Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

Sorang lagi tetamu polis....

1,443,532 görüntüleme • 3 yıl önce •via X (Twitter)

10 Yorum

MYNEWSHUB profil fotoğrafı
MYNEWSHUB3 yıl önce

Bertengkar guna parang, pemandu lori ditahan SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang pemandu lori berusia 35 tahun susulan video pertengkaran membabitkan suspek memegang parang dengan seorang individu tular di media sosial sejak semalam. Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan lelaki terbabit memegang parang sambil dileraikan oleh orang awam ketika pertengkaran berlaku dengan seorang pemandu lain. Insiden dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya mengesan kejadian itu melalui video yang ditular di media sosial Facebook (FB) pada jam 10 malam semalam berhubung pertengkaran membabitkan dua lelaki. “Anggota Task Force Balai Polis Gurun dikerah ke lokasi dan menemubual pengurus stesen minyak yang memaklumkan kejadian berlaku pada 7.40 malam, 1 Julai lalu. “Siasatan juga mendapati, pada jam 6.15 petang 1 Julai lalu, sewaktu suspek memandu lori keluar dari Hentian Bukit Kobah, Pendang (Lebuhraya Utara-Selatan), berlaku perselisihan faham antara dia dengan seorang lelaki yang memandu sebuah Ford Ranger. “Ianya tercetus apabila pemandu Ford Ranger terbabit membunyikan hon kepada pemandu lori terbabit sehingga menyebabkan perselisihan faham antara mereka berterusan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Zaidy berkata, lelaki itu menyatakan yang dia diugut oleh pemandu Ford Ranger itu hingga menyebabkan dia mengeluarkan sebilah parang yang disimpan dalam lorinya. Beliau berkata, pemandu lori itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Gurun pada jam 5.14 petang semalam. “Berikutan itu, suspek ditahan jam 8.30 malam tadi untuk membantu siasatan. “Usaha mengesan dan menahan pemandu Ford Ranger itu masih diteruskan. “Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pemandu Ford Ranger berkenaan atau saksi kejadian boleh menghubungi Inspektor Sabri Salamat di talian 014-6727927,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya (ABKLSB) 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sauffie profil fotoğrafı
Sauffie3 yıl önce

Nak pesan, nak ada rekod polis dan penjara pastikan buat jenayah berbaloi contohnya : 1. Rompak Bank. 2. Pukul ahli politik sambil jerit "hidup Melayu". 3. Bunuh VIP. 4. Edar dada 100 kilo. Selain dari atas tak baloi, buat kena gelak dalam penjara. Kah.

Papa Kebenaran profil fotoğrafı
Papa Kebenaran3 yıl önce

Nak pesan, nak ada rekod polis dan penjara pastikan buat jenayah berbaloi contohnya : Kau tgk la tweet lgi satu tu. Belajr dr situ. Sini kau tekan like je bawah ni. Dh tekan aku bg mkn ayam KFC

Benjamil profil fotoğrafı
Benjamil3 yıl önce

That samurai Minimum 5 tahun. Ya. Minimum tu. Tak masuk charge2 lain seperti ugutan mendatangkan kecederaan. Semoga kita dilindungi dari sifat amarah yg tidak mendatangkan kebaikan

Indera profil fotoğrafı
Indera3 yıl önce

Jangan senang2 nak pegang senjata merbahaya di kawasan awam ye. Memana negara, ianya adalah satu kesalahan, apalagi negara kita! Nanti bang kalau dah kena tahan polis, kim salam kat polis ye!

Rangga profil fotoğrafı
Rangga3 yıl önce

Jenis yang main fon sambil memandu ni memang jenis bebal punya manusia aku rasa

jejaii profil fotoğrafı
jejaii3 yıl önce

lancau lah gemuk keluarkan samurai lepas tu tunjuk hebat pula , gaduh tangan kosong jelah . ready kena collect lah kau

JIMMIEYazmiey profil fotoğrafı
JIMMIEYazmiey3 yıl önce

Abg lari2 ayam pusing satu petron tu bang. Mesti dia semput nak kejar. Nak bawak perut 9 bulan dia tu

MiMa profil fotoğrafı
MiMa3 yıl önce

Bawak dalam kete pon dah salah, apatah lagi keluarkan mcm ni. 2 kesalahan

Matpeh profil fotoğrafı
Matpeh3 yıl önce

nanti bila kena dakwa dalam mahkamah mula lah merayu minta hukuman ringan, denda dikurangkan time tu baru fikir “Saya ada anak dan isteri yang perlu disara yang arif” waktu tunjuk pailang bukan main lagi. Macam Negara ni bapak dia punya sorang.

Benzer Videolar