Loading video...
Video Failed to Load
Sumber video: Info Semasa Official (Telegram)
3,974,077 views • 2 years ago •via X (Twitter)
10 Comments

Budak tukang pukul ni berdepan kemungkinan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan.......berikut kenyataan pihak polis: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SENTUL MEMUKUL DAN MENGUGUT PELAJAR SEKOLAH Pada 5/1/24 jam lebih kurang 5.33 petang pihak polis telah terima laporan polis dari (1) lelaki warga tempatan berkenaan insiden anak lelakinya telah dipukul oleh rakan sekolahnya. Kejadian tersebut berlaku di tepi Jalan Prima Pelangi, Bukit Prima Pelangi, Segambut Dalam Kuala Lumpur. Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada mangsa tidak mahu mengikut suspek ponteng sekolah. Ekoran dari kejadian tersebut suspek tidak berpuashati dan telah memaksa mangsa menaiki motosikal dan dibawa ke Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi Segambut Dalam berhampiran Kondominium Villa Orkid scbelum dipukul berkali-kali di bahagian muka, dada dengan menggunakan helmet. Semasa kejadian berlaku, terdapat rakaman video yang telah dibuat oleh rakan-rakan suspek dan video tersebut telah pun tersebar di kalangan pelajar tingkatan 3 serta tular di media sosial. Pada 6/1/23 jam lebih kurang 1.22 pagi, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspck (1) lelaki tempatan berumur 15 tahun. Turut dirampas bersama suspek adalah (1I) unit helmet jenama MSS8 warna merah yang disyaki digunakan semasa kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. Jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga 10 tahun, denda atau sebatan. Pihak Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur. Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah di minta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222. (AHMAD SUKARNO BIN MOHD ZAHARI) ACP Ketua Polis Daerah Sentul Kuala Lumpur. (Dikeluarkan pada 06 Januari 2024)

Kalau anak penguatkuasa tak perlu hairan. Sesetengah mak ayah bagi makan duit tak bersih. Masa syif, peras ugut orang awam, balik bawa anak bini makan prosperity Burger dekat McDonald's. Anak belajar tak pandai tak apa, itu kemampuan dia, ini perangai ma'am penyangak.

Harap dia diajar betul2 jgn tunjuk gengster dan membuli ni!

Melayu kena faham especially yg kimak mcm ni kat sekolah boleh tunjuk hero lepas sekolah korang keje mcdonal je takde achieve ape2 pon ramai dah aku jumpa camni

Dia fikir dia dalam cerita Project High-Council rasanya...

Kecik kecik dah ada potensi nak jadi pembunuh !

Bapak kuat makan duit haram ni la hasil dia anak jadi sampah masyarakat. Banyak anak polis yg aku jumpa mmg x jadi orang. Keluarga bermasalah. Bahana makan rasuah

Budak camni la yang besar-besar roadbully, rogol, bunuh orang. Kecik-kecik dah nampak potensi.

dah besar join polis lepastu makan rasuah

didikan anak anak bermula dari rumah. kalau dah perangai macam ni, mak ayah dia? tak dipersoalkan, sama je.
