正在加载视频...

视频加载失败

Terbongkar rahsia mengapa milo lori lebih sedap pada milo lain...🫣😅

84,079 次观看 • 9 个月前 •via X (Twitter)

0 条评论

暂无评论

原始帖子的评论将显示在这里

相关视频

'Sedap layan lagu,' dah bagi signal kecemasan pun 'driver' lori gigih nak potong Oleh NUR IFTITAH ROZLAN TULAR Isnin, 14 Ogos 20232:23 PM MYT TERLALU asyik melayan drama di corong radio dipercayai punca kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, Pahang pada Ahad. Kejadian sekitar pukul 5.23 petang itu difahamkan berlaku berhampiran Ladang Bebar, Muadzam, dan dikongsikan di laman sosial pada Isnin. Berdasarkan video berdurasi 25 saat tersebut, meskipun lori di hadapan sudah menekan brek dan menyalakan lampu kecemasan, pemandu lori yang berada di belakang dilihat tetap sahaja mahu memotong di laluan yang sempit itu. Namun, tindakan itu hanya membawa padah baginya apabila pemandu lori berkenaan terpaksa mengelak kereta lain yang datang dari arah bertentangan hingga menyebabkan kenderaannya melanggar bahagian tepi lori di depannya. Lebih parah, kecuaiannya itu telah mengakibatkan kecederaan kepada pemandu kereta tersebut. Dalam masa yang sama, berkemungkinan akibat tidak fokus kepada keadaan jalan di hadapannya menyebabkan pemandu lori itu tidak sedar bahawa terdapat kemalangan membabitkan beberapa kenderaan lain di hadapan. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan status terkini mangsa yang terlibat. Setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyatan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan kemarahan mereka terhadap kecuaian pemandu lori yang didakwa tidak fokus pada pemanduannya. "Langsung tak mahu break, nak juga memotong padahal lori depan dah nampak lampu break dan lampu kecemasan," kata Ibrahim. "Nak mengelak ke nak memotong tu? Tengok macam nak memotong sebab ambil kanan. Kalau nak elak ambil kirilah. Kalau memotong memang gilalah macam itu, kasihan pada orang lain," tulis Zaidi Whitesand. "Ni driver haram jadah, kenderaan depan dah mula break dan bagi signal kecemasan, elok kau je mampus bantai belakang treler," kata Rizal Ramlan. — Majoriti

MYNEWSHUB

566,631 次观看 • 3 年前

Phaiya lain macam nampak.....sembang lebih
1:23

Sensitive content

Phaiya lain macam nampak.....sembang lebih

MYNEWSHUB

45,753 次观看 • 1 天前