UAI & ustaz-ustaz lain.
@sajidareads10.759 Follower
44.069 Aufrufe
7 Kommentare
Kommentare aus dem Originalbeitrag auf X (Twitter)

@sajidareads
Sheikh Assim.
537 Likes

@sajidareads
Ustaz Don.
871 Likes

@sajidareads
Semalam tengok video ustaz Don, tentang bagaimana isu boikot sudah slowly menjadi extreme (ghuluw) sehingga menyebabkan pergaduhan, menyebabkan orang perli memerli, hine menghina, paksa memaksa dan sebagainya. Ia juga buat kita tersasar dari fokus utama tentang apa berlaku sekarang. Ia buat saya teringat apa Sheikh @Assimalhakeem cakap tentang boikot. Saya cuba ringkaskan point penting dari apa Sheikh cakap: 1) boikot adalah pilihan peribadi berkaitan duit yang kita belanjakan. Kita tak boleh nak suruh-suruh orang lain ikut preference kita 2) zaman nabi ๏ทบ ada perang tapi Nabi ๏ทบ tak suruh sahabat stop beli dari orang kafir yang berperang dengan Muslim macam Rom, Parsi dan sebagainya 3) kalau nak boikot dengan niat sebab kita tak redha dengan apa musuh Islam buat pada orang Islam, boleh buat demikian & InshaAllah berpahala. Tapi jangan perli, pandang rendah atau judge orang yang tak buat macam kita. Tambahan info penting dari ustaz lain (tak sure nama dia tapi dia cakap Kelantan dalam kuliah): - yang jadi haram untuk beli dari mereka bila dengan jelas & nyata kita tahu duit yang kita bayar tu literally diambil dan digunakan untuk bun*h muslims. Saya akan letak video di next tweet. Boleh tengok the full video kalau nak lebih faham. So main point dia: -nak boikot silakan, malah berpahala andai niat kita baik. Tapi jangan sesekali hina, ejek, judge atau pandang rendah orang lain yang tak boikot barang yang kita boikot.
8.713 Likes

@sajidareads
Another important point dari apa yang ustaz-ustaz ni sampaikan: - belajar agama. Kenal Allah, Nabi ๏ทบ, tingkatkan amal ibadah kita, kuatkan iman dalam diri, improve diri jadi a better muslim. Itu lebih utama dalam usaha kita untuk memerangi musuh Islam & untuk bebaskan Al Aqsa.
542 Likes

@sajidareads
Dalam membantu perjuangan bumi Al Quds, penting untuk sentiasa ingatkan diri bahawa matlamat utama kita adalah demi Allah, demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Buat kerana Allah, bukan semata kerana benci Zl0nlst. Semoga kita tak salah niat & matlamat.
296 Likes

@sajidareads
Another important note dari apa ustaz Don cakap: - jangan hanya kerana kita dah boikot barangan Israel, kita rasa kitalah yang sudah terpaling membantu perjuangan Palestin & pembebasan Al Aqsa. It reminds me of pesanan pengasas Hamas buat kita ๐๐ป
728 Likes

@sajidareads
Pentingnya utk kita bantu perjuangan Palestin dengan cara kuatkan umat Islam. How? ๐๐ป Setiap individu muslim kuatkan iman dalam diri. Hanya itulah caranya untuk kuatkan umat ini & lemahkan musuh. Jauhi dosa kerana ia punca utama umat kita lemah. A reminder for myself too. ๐ข
364 Likes