正在加载视频...

视频加载失败

Video lima penjenayah ditembak mati polis.....

1,927,012 次观看 • 2 年前 •via X (Twitter)

10 条评论

MYNEWSHUB 的头像
MYNEWSHUB2 年前

Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights POLIS menembak mati lima penjenayah yang disyaki aktif terlibat dalam kes samun bersenjata di Putra Heights, Selangor, malam tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi. “Satu sidang media akan diadakan berhubung insiden ini,” katanya ringkas. Difahamkan, dalam kejadian itu, sepasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan. Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis sebelum berlaku insiden berbalas tembakan. — BERNAMA

Rizz Johan 的头像
Rizz Johan2 年前

Jlker punya mat moto. Menghalang pandangan kamera!!!

Yang Haus 的头像
Yang Haus2 年前

Abg food pandai ingat shooting gerak khas raya kot

Ragum Besi 🇲🇾 的头像
Ragum Besi 🇲🇾2 年前

Rider ni dah lama hidup. Kalau kena peluru sesat nanti boleh la salahkan pihak lain.. buat duit woooo

피무디야 的头像
피무디야2 年前

Cam takde tempat lain kau nak berenti

kanda rentaka 的头像
kanda rentaka2 年前

Semoga ruh2 mereka dicucuri kicap dan berkicap

Encik Soleh 的头像
Encik Soleh2 年前

Kalau kat US dgr tembakan terus tunduk lari sbb takut peluru sesat. Dekat malaysia ni jakun. Buleh tgk siap amik video lagi

thisisWHY 的头像
thisisWHY2 年前

Fakta : brader FoodPanda/LalaMove/GrabRider akan berada di mana mana di dalam setiap rakaman jalan raya di Malaysia 😁

Lil Mad 的头像
Lil Mad2 年前

I was thinking malaysia officer will never use they guns untill i saw it infront of my eyes

🥷🏾 的头像
🥷🏾2 年前

5 orang badan gempal naik 1 axia 100kmh tu abis laju dah

相关视频

Penjenayah warga Afrika mati ditembak polis: 10 lagi ahli kumpulan samun diburu Subang Jaya: Suspek warga Afrika yang ditembak mati dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta. Kumpulan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata serta menyasarkan mangsa melalui urus niaga yang palsu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan berkenaan ditembak mati selepas berbalas tembakan di Jalan PJS 9/1, di sini, hari ini. Menurutnya, kejadian kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan polis. "Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir peluru ke arah polis tapi tiada yang kena pada anggota terbabit. "Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Beliau berkata, risikan terhadap kumpulan berkenaan dilakukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dikordinasikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Katanya, pihaknya masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas. "Modus operandi ialah mereka interaksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing. "Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya," katanya. Katanya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 11:28pm Hafidzul Hilmi Mohd Noor [email protected] Artikel ➡️ Harian Metro

MYNEWSHUB

411,106 次观看 • 1 年前

Bukan Isteri Rupanya, Malah Ada 10 rekod Jenayah Termasuk Cubaan Bunuh Wanita yang mendakwa kononnya isteri kepada penjenayah ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu sebenarnya adalah kekasih si mati yang mempunyai 10 rekod lampau termasuk cubaan bunuh. Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan mendapati, wanita yang berusia 31 tahun itu tiada hubungan suami isteri pun dengan salah seorang si mati sebaliknya mereka hanya pasangan kekasih yang tinggal serumah di Durian Tunggal sejak lebih tiga tahun lalu. “Isteri sebenar (penjenayah yang ditembak mati) berada di Johor dan sudah lama ditinggalkan. Polis kini juga sedang memburu bapa kepada wanita tersebut. "Lelaki berumur 55 tahun itu mempunyai 24 rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, selain pernah dijatuhkan hukuman," katanya kepada pemberita di Melaka malam tadi. Dalam operasi awal pagi 24 November itu, ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 29 tahun yang aktif melakukan jenayah membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor melibatkan kerugian RM1.3 juta ditembak mati. Ia selepas salah seorang ahli kumpulan dikenali Geng Durian Tunggal itu menyerang seorang anggota polis dengan parang sehingga menyebabkan tangan kirinya hampir putus. Suspek berusia 29 tahun mempunyai 39 rekod jenayah lampau manakala rakannya berusia 24 tahun juga ada 12 kesalahan sebelum ini termasuk samun, curi kenderaan, pecah rumah dan dadah. Video - Reza A Hamid #malaysiagazette

Malaysia Gazette

16,895 次观看 • 7 个月前

Tiba-Tiba Saya Mungkin Ditembak Mati ..Saya Orang India - Peguam Rajesh KUALA LUMPUR – Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili keluarga tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian di Melaka bulan lalu, mendakwa beliau kini takut terhadap keselamatan dirinya kerana beliau berbangsa India. Rajesh berkata beliau “takut untuk pulang lewat malam”, sambil merujuk kepada tindakan polis yang enggan mengklasifikasikan kematian tiga individu itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan Katanya, isu ini bukan sekadar membabitkan keluarga mangsa, sebaliknya menjadi kebimbangan awam mengenai keselamatan orang biasa sekiranya kejadian seperti itu boleh berlaku begitu mudah. > “Ini isu kepentingan awam. Jika tiga individu itu boleh dibunuh begitu sahaja, bagaimana pula dengan orang biasa seperti kita?” katanya. Rajesh turut mengakui beliau sendiri berasa terancam: > “Saya pun takut. Bila saya keluar tonton wayang dan pulang jam 12 malam, tiba-tiba saya mungkin diberhentikan dan ditembak. Seram tak? Saya takut. Saya orang India.” Sebelum ini, kes berkenaan mencetuskan persoalan awam selepas keluarga mangsa mendakwa mereka tidak dimaklumkan sepenuhnya mengenai perkembangan siasatan. Desakan agar ia disiasat sebagai pembunuhan turut meningkat selepas dakwaan wujudnya beberapa percanggahan dalam laporan awal. Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan baharu mengenai dakwaan dan kebimbangan peguam tersebut. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

12,874 次观看 • 7 个月前

Lelaki maut ditembak ada 13 rekod jenayah, dadah Subang Jaya: Lelaki yang ditembak mati dalam kejadian di Puchong Prima, di sini hari ini adalah individu dikehendaki polis yang mempunyai 13 rekod lampau. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek adalah seorang lelaki tempatan mempunyai tujuh rekod jenayah dan enam rekod kesalahan narkotik. Menurutnya, suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima, di sini sekitar jam 3.49 petang, hari ini. "Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya. "Polis juga terkesan satu rakaman video berkait kejadian ini tular di media sosial, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu Harian Metro melaporkan penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai susulan kejadian tembakan di sini hari ini. Satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan. Mengulas lanjut Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil bagi membantu siasatan. "Sebarang maklumat boleh disalurkan ke IPD Subang Jaya di talian 0378627222 atau tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Disiarkan pada: Januari 14, 2024 @ 9:05pm Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil [email protected] Kredit: Harian Metro

MYNEWSHUB

390,043 次观看 • 2 年前