ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐๐„๐“๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’) - ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐€๐‚๐ ๐’๐‡๐€๐‡๐‘๐”๐‹๐๐ˆ๐™๐€๐Œ ๐๐ˆ๐ ๐‰๐€โ€™๐€๐…๐€๐‘ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐“๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€ KEJADIAN KEJAR MENGEJAR MELIBATKAN KERETA PERONDA POLIS DAN SEBUAH PROTON SATRIA PUTIH DI DALAM DAERAH PETALING JAYA PADA 26 DISEMBER 2024 JAM LEBIH KURANG 11.32 PAGI, TELAH BERLAKU INSIDEN KEJAR MENGEJAR...

29,971 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

3 ๆก่ฏ„่ฎบ

NegaraKuTanahAir ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ็š„ๅคดๅƒ
NegaraKuTanahAir ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ1 ๅนดๅ‰

Kesian rider2. Gws sedara2. Utk pelaku habih la hang..main2 dgn cikgu2.

Prisonervoice2 ็š„ๅคดๅƒ
Prisonervoice22 ๅนดๅ‰

Edited 2024 prison documentary edited with baptism clips

Ahmad Khomeini ็š„ๅคดๅƒ
Ahmad Khomeini1 ๅนดๅ‰

Ni babi punya scammer. Buka telegram minta duit... sial ja. babi kimak punya scammer

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

Kejar Mengejar Sejauh 96KM Di JB - Dua Ditahan JOHOR BAHRU, 7 Mei 2025 โ€“ Dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, berjaya ditahan polis selepas aksi kejar-mengejar sejauh 96 kilometer di sekitar Johor Bahru awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi, anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang sedang menjalankan rondaan pencegahan jenayah mengesan sebuah Proton Wira berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Pasir Gudang. Kenderaan tersebut dipandu melawan arus dan tidak mengendahkan arahan polis untuk berhenti. Cubaan meloloskan diri itu membawa suspek ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pusat Bandar Johor Bahru, South Key, Jalan Bakar Batu, Pandan hingga ke kawasan perindustrian Tanjung Langsat. Polis dari IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam turut digerakkan dalam usaha menahan suspek yang memandu secara berbahaya dan zig-zag. Kenderaan suspek akhirnya berjaya dihalang di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat selepas dikejar merentasi pelbagai laluan selama hampir dua jam. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Pemeriksaan lanjut turut mendedahkan pemandu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan yang digunakan telah tamat tempoh cukai jalan. Kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 36 tahun itu kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut. Semakan juga mendapati mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain. Kes disiasat mengikut beberapa seksyen termasuk: 1. Seksyen 186 Kanun Keseksaan โ€“ Menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 2. Seksyen 42(1), 26(1), 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 โ€“ Memandu secara berbahaya, tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh. 3. Seksyen 15(1) & 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 โ€“ Penyalahgunaan dan memiliki dadah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menyeru orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.- MYNEWSHUB Sumber: Kenyataan IPD Johor Bahru Selatan

MYNEWSHUB

49,235 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Rempuh 5 kenderaan, pasangan kekasih cuba lolos unit MPV dicekup KAJANG โ€“ Tindakan pasangan kekasih cuba meloloskan diri daripada dikejar Unit Kereta Peronda (MPV) akhirnya gagal selepas dikepung sepasukan polis di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kejar-mengejar melibatkan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kajang terhadap kereta jenis Proton Satria sekitar pukul 12.30 tengah hari, semalam. โ€œAwalnya, suspek dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kajang Utama. Kejadian bermula apabila suspek enggan memberhentikan kenderaan walaupun diarahkan anggota polis. โ€œSuspek bertindak memecut laju melalui Jalan Kajang Utama, memasuki Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), seterusnya menghala ke Plaza Tol Sungai Ramal sehingga melanggar palang tol,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Zaid, suspek yang masih tidak mahu menyerahkan diri sekali lagi memandu secara melulu melalui Lebuh Raya SILK dan masuk semula ke Jalan Ikram Uniten. โ€œSetibanya di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, suspek berjaya ditahan daripada bergerak dengan bantuan beberapa kenderaan peronda polis lain di kawasan berdekatan,โ€ katanya. Menurut Zaid, sebanyak lima kenderaan dikesan terlibat dalam kemalangan semasa kejadian kejar-mengejar tersebut berlaku termasuk sebuah kenderaan PDRM. Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa direkodkan dan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah. โ€œSejurus kenderaan suspek berjaya dihentikan, polis mendapati pemandu yang ditahan merupakan wanita tempatan berusia 26 tahun bersama kekasihnya, lelaki tempatan berusia 38 tahun. โ€œPemeriksaan mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamin dan turut dirampas 2.1 gram (g) syabu. Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu bagi tujuan membantu siasatan. โ€œTiga kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 186 Kanun Kesekaaan ,Seksyen 12(3) / 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,โ€ jelasnya.-KOSMO! ONLINE. Oleh AZMI NORDIN 22 Mei 2023, 4:59 pm

MYNEWSHUB

728,436 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ๅนดๅ‰

Lelaki maut ditembak ada 13 rekod jenayah, dadah Subang Jaya: Lelaki yang ditembak mati dalam kejadian di Puchong Prima, di sini hari ini adalah individu dikehendaki polis yang mempunyai 13 rekod lampau. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek adalah seorang lelaki tempatan mempunyai tujuh rekod jenayah dan enam rekod kesalahan narkotik. Menurutnya, suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima, di sini sekitar jam 3.49 petang, hari ini. "Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya. "Polis juga terkesan satu rakaman video berkait kejadian ini tular di media sosial, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu Harian Metro melaporkan penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai susulan kejadian tembakan di sini hari ini. Satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan. Mengulas lanjut Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil bagi membantu siasatan. "Sebarang maklumat boleh disalurkan ke IPD Subang Jaya di talian 0378627222 atau tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Disiarkan pada: Januari 14, 2024 @ 9:05pm Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil [email protected] Kredit: Harian Metro

MYNEWSHUB

390,043 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

Pemandu Myvi Ditahan Selepas Tunjuk Isyarat Lucah, Ugut Pengguna Jalan Raya BAYAN LEPAS, 30 Mei 2026 โ€“ Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai melakukan ugutan jenayah serta menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang pengguna jalan raya dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tun Dr Awang menghala ke Relau, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.27 pagi apabila suspek yang memandu sebuah Perodua Myvi didakwa memotong kenderaan mangsa secara mengejut sebelum bertindak menunjukkan isyarat lucah. Menurut beliau, suspek kemudian memberhentikan kenderaannya di hadapan mangsa sebelum keluar sambil memegang sebatang objek dan menghayunkannya ke arah kenderaan berkenaan. โ€œInsiden tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) milik pengadu sebelum rakaman itu tular di Facebook dan mengundang perhatian ramai,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan maklumat yang diterima, polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 37 tahun bagi membantu siasatan. Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas sebuah Perodua Myvi, sebatang paip PVC, kunci kenderaan serta pakaian yang dipercayai dipakai semasa kejadian. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik. Lebih membimbangkan, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengawal emosi ketika memandu dan mengelakkan sebarang tindakan agresif yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. Sumber: Polis Daerah Barat Daya.

MYNEWSHUB

14,167 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

Cubaan Lari Dari Polis Gagal, Dua Lelaki Dicekup Bersama Dadah Dan Alat Pecah Rumah AMPANG JAYA โ€“ Taktik dua lelaki untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan kegagalan apabila mereka diberkas selepas dikejar pihak berkuasa dalam satu kejadian dramatik di sekitar kawasan Bukit Indah, awal pagi Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, sebuah kereta jenis Volkswagen Passat yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dilaporkan enggan berhenti apabila diarahkan oleh pasukan peronda polis, sebelum memecut laju bagi mengelak pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya segera menggerakkan bantuan selepas menerima makluman daripada unit kereta peronda yang mengejar kenderaan suspek. โ€œHebahan segera dibuat kepada semua anggota bertugas bagi menjejaki kenderaan terbabit, selain laporan awal polis disediakan untuk tujuan makluman kejadian,โ€ katanya dalam satu kenyataan. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit dipercayai cuba melarikan diri kerana membawa bahan terlarang serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk aktiviti pecah rumah. Usaha meloloskan diri itu bagaimanapun gagal apabila suspek berjaya ditahan di Jalan Pintasan Serendah, Hulu Selangor, ketika dalam perjalanan menghala ke ibu negara. โ€œKedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan lanjut,โ€ jelasnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, serta Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung pemilikan peralatan pecah rumah. Terdahulu, rakaman video memaparkan aksi kejar-mengejar antara polis dan suspek di kawasan perumahan Bukit Indah tular di media sosial, mencetuskan perhatian orang ramai. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

21,244 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

Pukul Bekas Isteri Di Depan Balai Polis, Pemandu E-Hailing Dicekup Oleh Mynewshub KAJANG โ€“ Tindakan seorang pemandu e-hailing dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam berhampiran Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya membawa padah apabila dia diberkas polis hari ini. Insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu sebelum ini tular di media sosial selepas rakaman kejadian tersebar dan menarik perhatian netizen. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.51 petang semalam sebelum siasatan segera dijalankan. Menurut beliau, pihak polis turut mengesan satu rakaman video yang dimuat naik menerusi platform Threads dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut. โ€œBertindak atas maklumat yang diperoleh, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an pada jam 6.20 petang tadi. โ€œSiasatan awal mendapati suspek merupakan bekas suami kepada mangsa,โ€ katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi esok bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Ami di talian 011-2966 7474. Terdahulu, rakaman kejadian yang memaparkan seorang wanita dipercayai dipukul seorang lelaki di kawasan parkir awam berhampiran balai polis mengundang pelbagai reaksi serta kecaman orang ramai di media sosial.-MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

63,795 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

Lelaki buat bising maut dibunuh SEGAMAT: Seorang lelaki yang dipercayai membuat bising maut dibunuh dalam satu pergaduhan di depan sebuah kediaman di Taman Sejati, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan pergaduhan itu melibatkan sekumpulan lelaki dan wanita India jam 9 malam. โ€œHasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan mangsa yang berusia 30 tahun. โ€œMangsa dipercayai telah membuat bising di hadapan rumah suspek. โ€œPergaduhan dipercayai tercetus bermula daripada pertengkaran sebelum berakhir dengan mangsa terbunuh,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, siasatan mendapati mangsa terbunuh disebabkan libasan dan tetakan parang oleh suspek. Siasatan juga mendapati, beberapa rakan mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut mengalami beberapa kecederaan dan kini dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Segamat. Beilau memberitahu, dalam kejadian itu kenderaan milik keluarga suspek turut dirosakkan rakan-rakan mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek menyebabkan mangsa terbunuh. โ€œBertindak atas maklumat, pihak polis membuat tangkapan pada jam 12.30 tengah malam tadi. โ€œTangkapan melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan belasan tahun hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh untuk siasatan lanjut,โ€ katanya. Tambah beliau, pihak polis turut menahan tiga lagi lelaki yang menyebabkan khianat dan rusuhan. Menurutya, kes disiasat bawah Seksyen 148/302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. โ€œKes juga disiasat bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,โ€ ujarnya. Selain itu katanya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek utama mempunyai tujuh rekod lampau. Ahmad Zamry meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan tersebut boleh berhubung di Ipd Segamat 07-9312222 atau mana-mana balai polis berhampiran. โ€œOrang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini,โ€ katanya. 01 November 2024, 8:02pm Artikel โžก๏ธ Buletin TV3 **Lebih banyak di Channel Telegram Mynewshub Viral....tonton di sana

MYNEWSHUB

216,799 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Polis Sahkan Barang Kemas Mangsa Dicuri, Suami Trauma, Pemandu XPander Sudah Beri Kenyataan --- Laporan Berita: Perkembangan Kes Kemalangan Maut di KM 264.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Ipoh Ipoh, 5 April 2025 โ€“ Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan siasatan kes kemalangan maut yang berlaku pada 30 Mac 2025 jam 6.30 petang di KM 264.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Ipoh. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Bin Abang Ahmad, pihak polis telah menerima maklumat berkaitan satu video tular yang menunjukkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Xpander berwarna merah yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut. Pemandu kenderaan tersebut telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk memberikan keterangan. Rakaman keterangan telah diambil, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menilai sejauh mana keterlibatan kenderaan berkenaan dalam insiden maut tersebut. Dalam pada itu, pemandu kenderaan Perodua Bezza yang turut terlibat, yang juga merupakan suami kepada mangsa yang terkorban, dilaporkan masih mengalami trauma akibat kejadian tersebut. Lelaki itu juga mengalami kecederaan serius di bahagian mulut dengan 15 jahitan, menyukarkannya untuk memberikan keterangan. Difahamkan, beliau kini tinggal bersama keluarganya di Tanjung Malim. Ahli keluarga mangsa juga telah membuat satu laporan polis pada 4 April 2025 sekitar jam 10.42 malam berkaitan kehilangan barangan kemas milik mangsa. Laporan tersebut telah diterima oleh pihak polis dan kini dalam siasatan. Siasatan kes ini masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis turut mengesahkan bahawa pelbagai sudut siasatan sedang dianalisis, termasuk laporan forensik, keterangan saksi, serta rakaman dashcam yang diperoleh bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian. Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman dashcam ketika kejadian berlaku supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-372 8477. PDRM dalam kenyataan tersebut turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara adil dan menyeluruh. -MYNEWSHUB โ€” TAMAT โ€”

MYNEWSHUB

368,413 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Pekerja kedai makan dibelasah kerana lambat terima pesanan SENTUL โ€“ Dua lelaki ditahan selepas memukul dua pekerja kedai makan kerana lambat menerima pesanan di sebuah kedai makan di Jalan Perhentian Haji Salleh, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima aduan daripada wanita tempatan berusia 44 tahun kira-kira pukul 8.03 pagi. Pengadu yang merupakan pemilik kedai mengadu pekerjanya telah dipukul dan peralatan kedai makan dirosakkan. โ€œHasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa pekerja pengadu sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan telah didatangi seorang lelaki dikenali yang membuat pesanan minuman pada pukul 6 pagi. โ€œMemandangkan gerai baru dibuka, pekerja pengadu menjelaskan pesanan tidak dapat dibuat dengan segera menyebabkan suspek bertindak memaki hamun pekerja tersebut,โ€ ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, suspek beredar setelah pesanannya diterima namun datang semula setengah jam kemudian sebelum memaki hamun pengadu dengan perkataan kesat dan memukul kepala mangsa menggunakan sebatang penyapu. โ€œSekitar pukul 8.30 pagi setelah pengadu selesai membuat laporan polis, suspek sekali lagi datang bersama seorang rakannya yang tidak dikenali telah memaki hamun pengadu dan pekerjanya serta bertindak merosakkan peralatan di gerai tersebut. โ€œKedua-dua suspek ditahan di kedai bersebelahan oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta peronda (MPV) yang ditugaskan ke tempat kejadian,โ€jelasnya. Menurut Sukarno, pihaknya merampas sebatang cota dan sebuah topi keledar berwarna biru yang digunakan semasa kejadian. Ekoran kejadian tersebut, dua orang pekerja pengadu telah mengalami kecederaan ringan di kepala dan belakang badan serta disahkan oleh Pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur. Pengadu mengalami kerugian bernilai anggaran RM12,000 akibat kejadian terbabit. โ€œSeorang dari suspek yang ditangkap mempunyai sembilan rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan manakala seorang lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. โ€œKedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan,โ€jelasnya. Tambahnya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. -KOSMO! ONLINE. Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI 26 Ogos 2023, 2:36 pm *Baki video di Channel Telegram Mynewshubviral

MYNEWSHUB

459,716 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ๅนดๅ‰

Aksi Bahaya Lawan Arus Tular, Polis Kluang Tahan Seorang Penunggang KLUANG, 21 Mac 2026 โ€“ Tindakan berani mati dua penunggang motosikal menunggang secara melawan arus di Jalan Johor Bahruโ€“Ayer Hitam akhirnya membawa padah apabila salah seorang daripada mereka berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 2 minit 16 saat yang tular di media sosial pada 19 Mac lalu, memaparkan aksi berbahaya tersebut. โ€œHasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5 Mac 2026 di Kilometer 76 hingga 75, Jalan Johor Bahruโ€“Ayer Hitam melibatkan dua motosikal jenis Yamaha 135LC dan Modenas Kriss. โ€œKedua-dua penunggang lelaki tersebut didapati menunggang secara melawan arus tanpa memakai topi keledar, malah dipercayai saling kejar-mengejar walaupun terdapat kenderaan lain di laluan bertentangan sehingga hampir menyebabkan kemalangan,โ€ katanya dalam satu kenyataan. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kluang telah menahan salah seorang suspek pada 20 Mac bagi membantu siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000. Dalam masa sama, polis sedang mengesan seorang lagi penunggang yang terlibat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. Orang ramai boleh menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822 bagi menyalurkan maklumat. Polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang, mengutamakan keselamatan dan tidak melakukan tindakan berbahaya yang boleh mengundang tragedi. โ€” Mynewshub

MYNEWSHUB

28,792 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰