Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

๐—ฃ๐—น๐—ผ๐˜ ๐˜๐˜„๐—ถ๐˜€๐˜ ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐˜€๐˜‚๐—น ๐—œ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ Seminggu-dua ini kecoh pasal Datuk Seri Shamsul Iskandar, bekas setiausaha politik Perdana Menteri. Episod ini bermula dengan tularnya 1 surat sokongan mengenai 1 projek di bawah Kementerian Kesihatan. Ada pandangan yang berbeza-beza mengenai surat ini. Ramai yang mengkritik kerana ia dilihat menyambung amalan...

58,415 Aufrufe โ€ข vor 8 Monaten โ€ขvia X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfรผgbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

ร„hnliche Videos

๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก Semua tak puas hati dengan saya sekarang. Yang dalam kepimpinan PKR, bila saya bagi pandangan, ramai yang kepanasan. Setiausaha Agung, Fuziah Salleh siap keluar memo lagi konon bila kami bangkit isu badan kehakiman, itu sama macam hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri. Yang dalam PAS, bila saya usik pendirian mereka yang berubah-ubah, pun pakat serang ramai-ramai. Tapi dalam bab ini yang dalam PKR dan PAS sebenarnya ada satu persamaan. Mereka akan ungkit kenapa tidak membantah semasa kamu dalam kerajaan. Saya pasti pimpinan PAS ada jawapan yang sama dengan saya. Sebab mereka pernah berdepan dengan keadaan yang sama semasa dalam kerajaan dulu. Dulu, kerajaan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri telah menaikkan cabutan loteri kepada 22 kali setahun berbanding 8 kali sebelum itu. Kecoh satu negara. Macam mana kerajaan yang ada parti Islam tetapi menaikkan cabutan loteri. Saya pasti PAS dah berbincang dalaman, dah suarakan dan dah bantah dalam Kabinet Muhyiddin Yassin. Samalah bila ada isu yang saya tidak bersetuju, sudah tentu saya nyatakan kepada Perdana Menteri atau suarakan dalam Kabinet. Tapi akhirnya Menteri tertakluk kepada keputusan akhir PM ataupun Jemaah Menteri. Bezanya saya dengan PAS begini; walaupun saya diminta kekal dalam Kabinet, bila saya rasa sudah tidak serasi atau pandangan saya tidak boleh dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, maka saya letak jawatanlah. PAS lain sedikit. Walaupun di luar menjerit anti-judi dan mahu mengangkat syiar Islam, selepas di dalam bersuara masih lagi kekal sampai ke sudah. Loteri naik 3 kali ganda pun tak apalah asalkan ana kekal jadi Menteri. Sebab itu bagi saya, ujian sebenar seorang pemimpin bukanlah lantangnya dia semasa berhadapan dengan lawan. Ujian sebenar ialah istiqamahnya menegur kawan dalam parti dan kerajaan. Kerana menegur kawan itu lebih susah dari menegur lawan.

Rafizi Ramli

58,645 Aufrufe โ€ข vor 1 Jahr

๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ฅ๐—œ, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐— Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara. Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar. Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain. Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian. Saya telah berhubung dengan Datoโ€™ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.

Rafizi Ramli

1,683,856 Aufrufe โ€ข vor 1 Jahr

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya โ€œaku cucuk diaโ€. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut โ€œdiam, lepas ini HIVโ€. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

96,733 Aufrufe โ€ข vor 8 Tagen

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก Ada satu berita positif mengenai Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah banyak cerita negatif dan keputusan pilihanraya akhir-akhir ini. Minggu ini, Malaysia melangkah setapak lagi untuk menukar wajah industri elektronik kita - dari menjadi tukang pasang saja, kepada pencipta chip elektronik yang dipakai dalam pelbagai aplikasi moden. Ia satu perkara yang sentimental kepada saya. Sebagai Menteri Ekonomi, saya diberi tanggungjawab untuk merancang. Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Kalau perancangan itu baik, setelah sudah dibuat semua, program atau dasar itu akan diambil oleh kementerian atau agensi lain. Ada program yang dibangunkan, bila diserahkan kepada kementerian lain, berjalan dengan baik. Contohnya Dasar Gaji Progresif. Ada dasar yang pada mulanya dipersetujui bersama, bila telah dibangunkan, dibangkang oleh kementerian lain. Ada banyak kes begini. Ada juga yang ditentang habis-habisan oleh beberapa menteri lain, tetapi saya bertegas sehinggalah berjalan, bila dah berjalan, menteri yang mati-matian menentang itu - merekalah yang paling kedepan tersenyum berjabat tangan. Ini pengalaman pahit manis saya cuba merombak dan menaik taraf industri semikonduktor negara. Salah saya hanyalah kerana ada angan-angan. Angan-angan saya ialah untuk melihat kita beralih dari menjadi kilang tukang pasang yang nilainya rendah, kepada negara yang mencipta dan biar orang pasang barang kita. Dari Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kerana bila kita cipta sendiri, untung yang lebih tinggi bukan sahaja memberi nilai ekonomi, ia mewujudkan pekerjaan bergaji dan berkepakaran tinggi kepada anak-anak kita. Idea ini bukanlah angan-angan Mat Jenin sangat sebab negara lain seperti China, Korea Selatan dan Taiwan pun ambil pendekatan yang sama. Orang kita senang terkeliru bila ada kilang besar dibuka di Malaysia. Kita ingat itu secara automatik akan memindahkan teknologi. Sebenarnya tidak. Kalau kilang itu dibangunkan oleh syarikat global hanya untuk memasang, maka kita hanya digaji untuk memasang. Sebab itu negara lain telah lama memberi tumpuan kepada membangunkan harta intelek, atau IP sendiri. Saya berpandukan kepada pengalaman China, Korea Selatan dan Taiwan dalam usaha menukar hala tuju industri semikonduktor. Mereka membeli IP asas untuk membuat chip. Dari IP asas itu, mereka perbaiki dan hasilkan IP mereka sendiri. Berdasarkan IP itu, mereka cipta chip yang dijual diseluruh dunia. Angan-angan inilah yang menghasilkan Silicon Vision yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi, dengan cita-cita menghasilkan chip ciptaan Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di Kami berjaya berunding dengan ARM, iaitu syarikat IP chip terkemuka dunia untuk membangunkan satu program chip nasional bagi sebuah negara, iaitu program pertama seumpamanya di dunia yang dipersetujui ARM. ARM adalah syarikat yang mencipta chip yang memonopoli pasaran chip dunia. Lebih 90% dari chip yang digunakan di dalam telefon pintar, gajet dan pelbagai peralatan moden dicipta oleh ARM. Saya yakin majoriti rakyat yang mengikuti bersetuju bahawa ini jalan ke depan untuk memodenkan ekonomi kita. Semua ahli akademik, profesor, pakar-pakar netizen kuat bersyarah bahawa kita mesti meningkatkan penghasilan teknologi. Tapi bila sampai nak buat, masing-masing toleh kiri toleh kanan. Itulah pengalaman pahit manis saya - bila dah siap semua, paling saya terkejut ialah bangkangan mati-matian itu banyaknya berdasarkan kepada hujah โ€œkita belum bersediaโ€. Hujah yang diberikan kepada saya: berapa banyak syarikat yang boleh buat ni? Sebenarnya kita telah kenal pasti dari awal syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencipta chip Made by Malaysia dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Memang bukan semua syarikat tempatan boleh mencipta chip elektronik. Tetapi untuk menghasilkan lima syarikat Malaysia dalam tempoh 10 tahun itu boleh. Dan ada syarikat global yang ingin datang melabur dan menjadi sebahagian dari program pembangunan cip dengan ARM ini. Akhirnya dalam tempoh kurang dari 9 bulan setelah Kementerian Ekonomi melancarkan Silicon Vision, dua syarikat pertama diterima masuk ke dalam program ini. Satu syarikat tempatan iaitu Skyechip, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh jurutera-jurutera yang pernah bekerja dengan gergasi dunia seperti Intel. Mereka adalah antara syarikat tempatan yang meneraju penciptaan chip di Malaysia. Satu lagi ialah syarikat antarabangsa, iaitu XPeng, pembuat kereta elektrik mewah dari China yang menawarkan EV berteknologi tinggi. Perbincangan saya dengan XPeng awal tahun ini meneroka pembangunan bersepadu: mereka membangunkan chip yang direka Malaysia dan akan digunakan di dalam kereta-kereta mereka di seluruh dunia. Ini termasuk membuka pusat pembangunan chip di Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan. Pembangkang, dan kini penyokong kerajaan, selalu menuduh yang kerja saya tidak berbekas. โ€œSekarang baru bising, masa jadi menteri tidak buat apaโ€ Ada segelintir orang kita yang suka nampak benda di depan mata. Berapa banyak projek diumum, berapa banyak wang diagihkan. Yang ini konon banyak buat kerja. Mereka tidak gemar perkara-perkara yang rumit. Kalau terang pun dia suruh lukis. Menteri yang cuba ubah sesuatu ke arah lebih baik secara radikal dengan pasang cita-cita besar, menteri itu sebenarnya bodoh. Sebab usaha itu tidak dapat tepukan dari rakyat di luar, dan mendapat tentangan dari dalam kerana mencabar status quo. Tapi kalau kita pasang niat jadi menteri untuk ubah keadaan, bukan untuk makan duit atau bermewah dengan kedudukan, satu-satunya kepuasan ialah apabila angan-angan Mat Jenin kita jadi kenyataan. Saya harap dalam 4-5 tahun dari sekarang, apabila Malaysia melancarkan cip ciptaan Malaysia yang pertama, saya akan tersenyum puas.

Rafizi Ramli

12,826 Aufrufe โ€ข vor 8 Monaten

๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ง๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk โ€œSila Letak Jawatanโ€. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan. Datoโ€™ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan. Kemudian dijawab Datoโ€™ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak. Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja. Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali. Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab โ€œprinsip saja tidak cukup, perlu kuasaโ€. Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela. Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara. Itu prinsip dan hala tuju kita. Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu. Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan. Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian. Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri. Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan? Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan. Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Datoโ€™ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan. Di depan memuji, di belakang mencemuh. Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah. Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Datoโ€™ Seri Anwar โ€œYes sir, you are right sir, you are great sirโ€. Datoโ€™ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri. Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik. Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini. Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus. Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa. Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.

Rafizi Ramli

48,748 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,364 Aufrufe โ€ข vor 23 Tagen

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— , ๐—ฆ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengeluarkan kenyataan jam 10 malam hari Ahad. Jarang jabatan kerajaan keluarkan kenyataan masa orang nak tidur hari Ahad ni. Kenyataan berbunyi: โ€œSPRM Nafi Tuduhan Tidak Berasas Berkaitan Siasatan Pemilihan PKR 2025โ€ Ia bersabit perkongsian saya bagaimana seorang calon pemilihan PKR disiasat SPRM di kemuncak pemilihan PKR; dan perbualan saya dengan YAB Perdana Menteri mengenai perkara itu. Kenyataan SPRM itu, sementara tajuknya menafikan dan katanya ia tuduhan tidak berasas, pada masa yang sama mengesahkan beberapa perkara: Pertama - memang betul seorang calon pemilihan PKR disiasat dan rumahnya didatangi pegawai SPRM. Kedua - memang betul dia dilepaskan tanpa ada sebarang pertuduhan. Ini yang disahkan secara terang-terangan. Namun, ada juga perkara yang disahkan apabila kenyataan SPRM mengelak dari memberi maklumat-maklumat lain yang penting untuk memahami kejadian itu. Contohnya: Pertama - apabila SPRM tidak menyatakan bilakah perkara itu berlaku, kerana tarikh kejadian itu berlaku mengesahkan garis masa kejadian, iaitu semasa kemuncak pemilihan PKR April dan Mei yang lalu. Kedua - apabila SPRM tidak menyatakan tuduhan yang disiasat, iaitu pembelian sebuah flat kos rendah yang lelong pada harga murah yang sememangnya perlu dibayar tunai. Sudah tentu SPRM tidak boleh menyatakan perkara-perkara ini di dalam kenyataannya kerana ia hanya mengesahkan apa yang saya sebut. Lebih-lebih lagi, garis masa perbualan dengan YAB Perdana Menteri sudah tentu boleh disahkan dengan menyemak rekod panggilan, yang memang tercatat di dalam bil telefon. Saya hanya perlu menunjukkan bil telefon saya bagi bulan itu untuk mengesahkan bahawa perbualan itu memang berlaku dan garis masa itu tepat dengan siasatan SPRM. Ada yang mempersoalkan kenapa perkara ini hanya keluar sekarang. Adab di dalam sesebuah organisasi, hatta di dalam keluarga pun, kita suarakan perkara itu secara dalaman untuk diambil tindakan oleh mereka yang berkuasa. Sama seperti pandangan mengenai SPRM, tingkah laku setiausaha politik Perdana Menteri, mengenai Farhash, adabnya saya perlu suarakan terus kepada Perdana Menteri kerana kuasa itu ada pada beliau. Saya bersangka baik dan mahukan beliau membuat perubahan. Selalunya beliau nyatakan beliau akan teliti dan ambil tindakan. Apabila semua ruang itu telah digunakan sepenuhnya dan saya rasa masih ada perkara yang disuarakan, saya terus suarakan; lebih-lebih lagi apabila saya tidak lagi terikat dengan peraturan Jemaah Menteri dan kerajaan. Sama juga keadaannya dengan kes yang melibatkan siasatan SPRM ke atas calon-calon PKR yang kebetulan berlaku semasa pemilihan PKR. Sekiranya saya membawa perkara ini kepada pengetahuan umum ketika itu, dengan mudah pihak berkuasa memutar belit bahawa ia satu gimik pada ketika saya sedang bertanding. Pada masa itu juga orang ramai belum faham sepenuhnya dengan dinamik politik dan kelemahan pemilihan PKR tempoh hari. Pada ketika itu, semuanya akan di bakul sampahkan sebagai taktik menutup kekalahan. Situasinya berbeza sekarang. Orang ramai boleh melihat sendiri kontroversi demi kontroversi yang mempersoalkan kebebasan dan budaya profesional SPRM, selepas beberapa kes yang berlaku. Demi menjaga nama baik dan kredibiliti SPRM, jalan yang terbaik adalah dengan menukar kepimpinannya. Sebab itu, saya sebut perkara ini sekarang supaya YAB Perdana Menteri fikir masak-masak dan tidak lagi menyambung kontrak Tan Sri Azam Baki. SPRM adalah sebuah institusi yang kita perlu lindungi. Jasanya besar terutama dalam membongkar skandal 1MDB. Berapa ramai pegawai SPRM yang jujur terpaksa berkorban untuk membawa Datoโ€™ Seri Najib Razak ke muka pengadilan. Maka kita perlu mempertahankan SPRM dari dalam dan luar, supaya tidak ada perkara yang boleh membawa persepsi yang mempersoalkan kebebasannya.

Rafizi Ramli

90,366 Aufrufe โ€ข vor 8 Monaten

๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›? ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ฆ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ PRN Sabah telah selesai. Keputusannya jelas. Diagnosis awal sudah ada. Saya akan hurai dengan lebih mendalam faktor-faktor yang mendorong keputusan itu dalam podcast YBM Jumaat ini 5 Disember. Salah satu faktor yang penting ialah rasa kecewa pengundi dengan prestasi reformasi dan pembaharuan, terutama dalam membersihkan negara dari rasuah. Kelebihan utama PH dan PKR sebelum ini ialah harapan rakyat agar sistem negara bebas dari rasuah. Ini kehendak utama pengundi-pengundi PH, yang rata-ratanya dari golongan kelas menengah. Saya selalu mengingatkan kerajaan dan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa data-data kaji selidik sejak 2024 menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai prestasi mencegah rasuah kekal menjadi kritikan utama terhadap kerajaan. Lebih-lebih lagi kerana di sebalik ucapan-ucapan dan berita mengenai usaha mencegah rasuah, perubahan itu tidak dirasakan dengan cepat. Persepsi ini disahkan oleh statistik kes-kes rasuah yang berakhir dengan hukuman. Peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024. Sabitan bersalah juga menurun, daripada 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan dalam 2021, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan. Tambahan pula, ada kes-kes berprofil besar yang berakhir dengan DNAA, atau kes digugurkan, atau tertuduh dilepaskan selepas membayar kompaun. Minggu ini, soalan saya kepada Perdana Menteri mengenai kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM naik. Soalan saya mudah: Adakah YAB Perdana Menteri bercadang untuk menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi kali keempat selepas ini, dalam keadaan kritikan mengenai penyambungan kontrak perkhidmatan tersebut turut datang dari Timbalan Presiden parti beliau sendiri? Jawapan kerajaan kabur, sama seperti surat sokongan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri. Ini jawapan kerajaan. Walau apa pun keputusan Perdana Menteri mengenai perkara ini, beliau tidak boleh lari dari hakikat bahawa pandangan rakyat mengenai komitmen beliau melawan rasuah bergantung kepada keputusan beliau menyambung perkhidmatan Tan Sri Azam Baki. Bukan untuk dua kali. Bukan tiga kali. Tetapi empat kali. Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah. Dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama beliau, sudah sampai masanya kontrak itu tidak disambung lagi. Jadi jika orang tanya saya apa yang PH perlu lakukan sebagai reaksi awal kepada kekalahan teruk di Sabah, mulakan dengan membina kembali kredibiliti melawan rasuah. Mula dengan melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Kalau saya seorang yang mendesak, Perdana Menteri tidak akan dengar. Lebih baik jika Nurul Izzah juga desak secara terbuka. Lebih baik lagi jika Anthony Loke dan DAP juga desak secara terbuka. Barulah kredibiliti lawan rasuah PH dan PKR dapat dibaiki sedikit demi sedikit.

Rafizi Ramli

58,787 Aufrufe โ€ข vor 8 Monaten

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ž๐—จ๐—ง? ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—”๐—๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—› Jawapan seperti ini selalu juga kita dengar. Orang yang bercakap ni selalunya pakai tie, yakin dia hebat, sebab itu dia tidak kisah soal keadilan dalam masyarakat. Soal siasatan atau pendakwaan terpilih, apabila badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bukan soal politik. Ia soal keadilan, sebab orang yang ada wang, ada jawatan, orang macam saya boleh lalui semua ini dengan baik. Saya akan ada kawan-kawan yang peguam datang. Kalau saya tak de duit nak bayar duit jamin, kawan-kawan kumpul duit. Saya boleh bersuara dan menjelaskan tuduhan itu dari perspektif saya dan menunjukkan bukti-bukti kepada orang ramai. Tetapi kalau orang yang ada kedudukan dan jawatan seperti saya pun tidak terselamat, jika badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bayangkan jika yang kena itu anak orang biasa yang tidak ada kedudukan. Dia akan terkapai-kapai. Tak de orang nak tolong dia. Bila dia disiasat atas tuduhan palsu, dia telah digari dan media dah laporkan sedangkan dia tidak didakwa pun. Hanya atas syak wasangka. Dia kehilangan kerja. Sejak saya melalui pengalaman ini dengan SPRM, ada yang menulis email kepada saya menceritakan pengalaman mereka. Mereka tidak didakwa dan digantung tidak bertali sehingga hilang pekerjaan. Bila berlaku begini, ia zalim kepada mereka yang jadi mangsa. Mangsa itu mungkin kita, mungkin anak kita, mungkin kawan kita, mungkin anak jiran kita. Bila saya bersuara mengenai SPRM, badan-badan penguatkuasa, saya bukanlah takut pasal kes saya. Saya yakin memang tidak ada apa-apa, peguam saya yakin kalau dibawa ke mahkamah ia tidak ke mana sebab tidak ada satu sen pun masuk kepada saya. Saya bersuara agar SPRM benar-benar bebas untuk mengelakkan kezaliman berlaku kepada rakyat biasa yang tidak ada suara seperti saya. Allah menetapkan saya melalui pengalaman ini, supaya saya faham perasaan mereka yang disiasat dan digantung tidak bertali hingga hilang pekerjaan, supaya saya memberi suara kepada mereka. Orang yang paling berisiko bila badan yang diberi amanah itu tidak bebas tergolong kepada dua kumpulan: Satu - orang biasa yang tidak ada peguam, tidak faham proses dan tiada suara Kedua - pegawai-pegawai SPRM yang jujur dan ingin menjalankan amanah, kerana mereka terpalit sama menanggung Kepada yang cepat ikut perasaan dalam menilai perkara-perkara seperti, saya doakan Allah lembutkan hati dan jangan tengok dari kaca mata kita sahaja. Sebab satu hari mungkin kita yang melaluinya sendiri.

Rafizi Ramli

37,848 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ: ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ.๐Ÿญ๐—•, ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ.๐Ÿฑ๐—•, ๐—–๐—จ๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ Secara rasmi, sekarang saya memegang rekod manusia paling diserang Madani dengan tuduhan-tuduhan rasuah. Bulan Februari dulu, saya mula disiasat kononnya dalam skandal penyelewengan ARM, kononnya melibatkan RM1.1 billion. Pada masa yang sama, SPRM membuka siasatan kononnya saya terlibat dalam satu lagi penyelewengan iaitu projek Khazanah membina loji solar bernilai RM2.5 billion. Hari ini, satu blog tidak bernama menyiarkan berita kononnya saya dirasuah oleh pemilik NexG, Datoโ€™ Abu Hanifah sebanyak RM500,000 untuk melanjutkan kontrak passport NexG dalam tahun 2023. Dalam cerita ini, dimasukkan semua soal NETR, IPR, vending machine dan lain-lain; untuk menunjukkan sayalah penerima rasuah terbesar. Saya jemput orang ramai membaca siri terbaru serangan terhadap saya ini, di capaian ini: Blog ini blog hantu tanpa nama dan dari gaya cerita, jelas bertujuan memfitnah saya. Cuma, kalau orang ramai baca, dengan segala tuduhan, tidak ada satu pun yang menunjukkan perkara-perkara berikut: 1 - saya berjumpa dengan Datoโ€™ Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidup saya, dari 2023 hingga sekarang 2 - saya menerima wang RM500,000 yang dituduh itu 3 - garis masa pun tidak kena, kononnya saya mengambil wang itu untuk membiayai pemilihan PKR 2025, sedangkan dalam bulan Julai 2023, semasa tuduhan saya menerima wang itu, ura-ura pemilihan PKR pun belum berlaku 4 - satu nama disebut-sebut menjadi watak utama, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn Bhd, yang dinyatakan menerima RM500,000. Kononnya Harizan ini adalah orang yang rapat dengan saya dan mengambil wang itu bagi pihak saya Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan ini. Kali pertama saya dengar namanya ialah pada 2 Disember 2025 dalam satu pertemuan dengan Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam pertemuan itu, beliau memberi bayangan saya ada kes rasuah yang jika keluar akan malu besar. Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya. Saya cakap: โ€œmana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanyaโ€ Saya juga cakap: โ€œbayaran RM500,000 ini dan invois adalah daripada Harizan dan GFIS. Saya tak pernah kenal mereka ini.โ€ Kalau NexG telah membayar RM500,000 kepada Harizan, GFIS atau sesiapa, maka siasatlah Harizan, GFIS hatta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datoโ€™ Yatimah yang disebut-sebut dalam cerita ini. Besar kemungkinan, ini cerita biasa dari Putrajaya - ada ahli perniagaan cuba cari jalan, ada scammer yang mengaku macam-macam. Bila ada yang mengkritik macam saya, watak-watak ini dibawa bersama untuk mencipta satu fitnah. Saya akan terangkan secara terperinci setiap fitnah yang cuba dibuat ini - sogokan wang, kontrak NexG, IPR dan lain-lain - dalam Podcast YBM Episod 43 hari Jumaat, 10 April ini jam 9 malam. Sementara itu, kepada yang dalam PKR yang masih ingat sedikit sebanyak perjuangan dulu; jangan lupa bahawa fitnah yang melampau la yang membawa kita menyertai PKR. Jangan sekarang, fitnah yang keterlaluan kerana terdesak menyebabkan rakyat menolak PKR dan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli

47,427 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,495 Aufrufe โ€ข vor 7 Monaten

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,787 Aufrufe โ€ข vor 5 Monaten

๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—–๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—š PAS bagi kata dua kepada saya: mereka hanya akan sokong cadangan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai badan kehakiman jika saya sertai perhimpunan Turun Anwar yang mereka anjur. Itu kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS. Sokongan bersyarat ni maksudnya nak menunggang. Hari ini, kami yang sembilan Ahli Parlimen PKR ni dah mula hantar surat secara rasmi kepada semua Ahli Parlimen, termasuk dari pembangkang. Dari situ, kita sama-sama lihat siapa yang bersetuju dan tidak bersetuju. Bukanlah hak saya nak hukum siapa yang ikhlas atau tidak dalam mempertahankan kebebasan badan kehakiman, seperti mana PAS terus menghukum saya tidak ikhlas selagi tidak sertai perhimpunan mereka. Saya minta satu saja, PAS jangan ulang kesilapan semasa skandal 1MDB dahulu. Kami susah payah membuktikan penyelewengan, dia mudah saja pergi jadi auditor dan umum mereka berpuas hati. PAS selalu sebut pasal politik matang. Politik matang maksudnya kita mengutarakan pandangan mengenai sesuatu isu berkepentingan awam dengan objektif. Kalau pandangan itu nampak sama, bukan bermakna kita bersama atas pentas politik kepartian. Yang pembangkang, pandangan itu dilihat sebagai membangkang. Yang kerajaan, pandangan itu dilihat sebagai menegur. Dua-dua perlu main peranan.

Rafizi Ramli

75,837 Aufrufe โ€ข vor 1 Jahr

๐—ฃ๐—  ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก: ๐—˜๐—ฌ๐—› ๐—ง๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—๐—˜? Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mengakui di Parlimen yang Setiausaha Politik beliau ada memberi surat sokongan. Perdana Menteri memberitahu Parlimen yang beliau telah menegur keras setiausaha politiknya. Isu ini tular sejak tahun lepas. Kesahihan surat itu pun telah disahkan oleh Menteri Kesihatan sendiri. Cuma jawapan PM tu macam tak de โ€œooommpphโ€. Sebab soal lawan rasuah, hentikan budaya sakau dalam kerajaan - semua ini tidak pernah lekang dari ucapan beliau sehingga hari ini. Masa kita pembangkang, rakyat faham yang kita tidak ada kuasa. Sekarang dah tiga tahun jadi kerajaan. Kita tidak boleh salahkan rakyat kalau harapan itu tinggi supaya kesan usaha-usaha memerangi rasuah itu dirasai dengan mendadak. Kita memang selalu baca berita orang ini ditangkap, orang itu ditangkap. Tapi setakat ini, hasil dari tangkapan itu tidaklah banyak yang berakhir dengan sabitan dan dihukum, sebab itu jangan salahkan rakyat kalau rakyat agak sinikal dengan laungan anti rasuah yang Datoโ€™ Seri Anwar laungkan. Ini statistik rasmi dari Menteri Undang-Undang mengenai usaha membanteras rasuah untuk membandingkan prestasi dari 2020 ke 2025: 1) Maklumat mengenai rasuah - sebenarnya berkurang dari 7,440 dalam 2020 kepada 6,520 dalam 2024 2) Kertas siasatan ada peningkatan baik - naik dari 857 tahun 2020 kepada 1,163 tahun 2024 3) Yang nampak hasil ialah lebih banyak tangkapan dan diwar-warkan dalam berita - naik dari 998 tahun 2020 kepada 1,334 tahun 2024 4) Tetapi sebenarnya yang dituduh selepas disiasat dan ditangkap ini lebih rendah. 480 dituduh dalam 2020, menurun kepada 454 tahun 2024. Ikut peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka: menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024 5) Maka sabitan bersalah juga lebih rendah zaman Madani ini, walaupun laungan anti rasuah lebih kuat. Tahun 2021, sabitan sebanyak 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan Cybertroopers kerajaan jangan kecam membuta tuli. Ini fakta yang menunjukkan jurang di antara retorik anti rasuah dengan realiti sebenar yang dinilai rakyat. Sebab itu dalam kes Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Shamsul Iskandar ini, sepatutnya ia jadi peluang kepada Datoโ€™ Seri Anwar tunjukkan komitmen beliau menentang rasuah. Ini yang sepatutnya berlaku: 1) Jangan tegur keras, pecat sahaja. Ini bukan kali pertama, malah saya sendiri pernah membincangkan beberapa aduan seperti ini. PM kata dia akan semak, lepas semak dia sahkan yang saya sebut itu betul, tapi sehingga sekarang Setiausaha Politik Kanan itu masih kekal di situ. 2) Laporkan kepada SPRM supaya boleh semak bila Setiausaha Politik Kanan tulis surat sokongan seperti itu, adakah ada habuan bertukar tangan Kalau setakat tegur keras, tetapi orang itu masih ada di situ, lama-lama berucap keras macam mana pun orang tak ambil serius. Takut nanti orang cakap depan cakap lain, belakang buat lain.

Rafizi Ramli

83,339 Aufrufe โ€ข vor 9 Monaten

Bila ceplos-ceplos ni pandai-pandai buat cerita kata saya ambil rasuah daripada ARM, saya tahu sebenarnya bukan saya saja yang mereka tuduh, mereka juga sedang menuduh ARM, dan secara tak langsung, kerajaan Malaysia sendiri. Dalam klip ini saya terangkan: 1) Perjanjian Malaysiaโ€“ARM ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia, ARM tak pernah buat perjanjian macam ini dengan mana-mana kerajaan lain. 2) ARM sekarang monopoli IP untuk lebih 90% cip dalam telefon, kereta dan macam-macam gadget. Negara lain berebut nak dapat akses; Malaysia antara yang pertama diberi kepercayaan. 3) Bila cybertrooper berbayar fitnah kononnya ada rasuah dalam perjanjian ini, mereka bukan saja serang nama saya, mereka jadikan Malaysia nampak bodoh di mata dunia. Kalau saya saman, kes itu akan membawa masuk ARM sendiri ke mahkamah, pegawai-pegawai PMO, MITI, MIDA, dan Perdana Menteri serta menteri-menteri utama sebagai saksi. Malaysia akan jadi โ€œpopular for the wrong reasonโ€, negara pertama yang dapat akses IP ARM, tapi sibuk bergaduh dengan cybertrooper sendiri di mahkamah terbuka. Sebab itu saya kata saya akan tulis nota kepada PMX untuk pesan supaya kawal cybertrooper berbayar, jangan benarkan maklumat dalaman kerajaan disalahguna untuk fitnah, dan jangan gadaikan reputasi negara hanya kerana politik dalam parti. Tonton Yang Berhenti Menteri Episod 23 di saluran YouTube saya, di mana saya huraikan Vision Silicon, ARM dan bagaimana isu ini boleh sabotaj masa depan ekonomi Malaysia.

Rafizi Ramli

127,161 Aufrufe โ€ข vor 9 Monaten

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,328 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten