Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗔𝗞, 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜, 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗟𝗨𝗖𝗔𝗛 Semalam saya dapat satu email mengenai dakwaan video lucah saya dengan seorang lelaki. Ha3 video lucah datang lagi! Sekarang zaman AI, senang nak buat video dan gambar. Masa saya di universiti dulu, saya buat ijazah kejuruteraan elektronik. Banyak la belajar pasal...

108,995 görüntüleme • 11 ay önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 Berita wajib tiap-tiap hari kebelakangan ini ialah “Rafizi Menteri Paling Gagal, Patut Bersara Dari Politik”. Seluruh media; dari media perdana ke media ceplos akan ulang perkara yang sama. Koordinasi berita-berita ini sangat baik. Sudah tentu serangan dan naratif “menteri gagal” ini disusun; ada kumpulan berpengaruh di belakang naratif ini. Sebabnya individu-individu yang buat serangan dan gesaan ini, orang pun tak kenal. Kalau tidak disusun, saya tak rasa media-media utama di negara ini sudi menghabiskan ruang media mereka melaporkan komen-komen mereka. Ini antara individu-individu yang disusun untuk mengulangi serangan - cuba tengok mana yang betul-betul anda kenal sebelum ini: Ng Lum Yong - konon pengasas PKR yang kemudian masuk MCA dan tiap-tiap hari maki Anwar Ibrahim sebelum ini Faizan Mohd Noor - konon aktivis politik? Eyh aktivis politik senang-senang masuk berita, berlambak lagi menteri yang berhari-hari media tak cover Mahmud Epah - yang dapat 721 undi sahaja dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas Saya akan jawab tuduhan-tuduhan “menteri gagal” ini dalam Podcast YBM #42 hari Jumaat ini. Saya tidaklah terkejut dengan serangan-serangan ini kerana ia cubaan untuk mengalih perhatian. Tapi saya juga sedar saya pun ada banyak perkara yang gagal. Saya gagal berdiam diri bila saya rasa ada rasuah, lagi tinggi pangkat, lagi kuat saya bersuara. Sebahagian kegagalan saya itu ada kesan kepada masyarakat. Minggu ini, Dato’ Seri Najib diarahkan membayar lebih RM5 bilion kepada kerajaan akibat penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB. Masa saya mula-mula dedah mengenai SRC dan 1MDB, ramai pencacai yang memaki fitnah, gagal, sotong dan macam-macam. Minggu ini, mahkamah membuktikan kegagalan saya itu ada kebenaran. Minggu ini juga, kenyataan saya yang menamakan Naib Presiden PKR, R Ramanan sebagai ahli parlimen yang menerima RM9.5 juta dari Victor Chin dalam kes mafia korporat masih tidak dicabar. Saya juga gagal dalam membodek. Kalau harga tidak membodek itu bermakna saya diserang, dimaki atau dicerca, saya gagal takut dan tidak sekali-kali akan membodek sesiapa pun yang berkuasa. Saya juga gagal berhenti walau disiasat, disaman, dikenakan tekanan. Jumlah kes dan siasatan yang saya terpaksa lalui sejak 2010 hingga sekarang sudah mencecah 20 kes, sebahagiannya menyebabkan saya dilokap dan dijatuhkan hukuman penjara. Tapi saya tetap gagal berhenti. Yang paling saya gagal ialah saya gagal meletakkan kepentingan peribadi dan keluarga saya setelah saya pikul amanah jadi ahli parlimen. Setelah anak saya diserang, isteri saya diugut, sepatutnya saya ikut saja apa yang mereka mahu - saya berhenti dari politik, cium tangan dan membodek, walaupun saya tahu ada perkara yang tidak kena. Tapi sebab saya sudah setuju untuk pikul amanah, mahu tidak mahu, selagi itulah saya perlu teruskan kegagalan saya. Biarlah gagal di mata manusia, apatah lagi di mata pencacai berbayar, daripada gagal di mata Allah.

Rafizi Ramli

21,784 görüntüleme • 4 ay önce

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗞𝗥 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗧𝗬𝗟𝗘 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Satu perkara yang membezakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Dato’ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata “he wants to have a cake and eat it too”. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang “strong, formidable and convincing”, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: “biarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjut”. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,787 görüntüleme • 5 ay önce

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔 Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia “abang”. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,481 görüntüleme • 6 ay önce

𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬: 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡, 𝗕𝗟𝗢𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗕𝗔-𝗧𝗜𝗕𝗔 Dua hari lepas saya berkongsi mengenai cubaan terbaru menuduh saya menerima rasuah, kononnya saya menerima RM500,000 dari NexG menerusi seorang yang bernama Harizan Haris. Tuduhan itu dibuat melalui satu blog hantu bernama The Malaysian Corporates. Habis cerita mak nenek dia masukkan - konon nak bagi tahu saya sebenarnya ada kaitan dengan mafia korporat, ambik duit mula RM500,000, kemudian konon mafia korporat bagi saya RM40 juta. Pada hari yang sama fitnah ini keluar, saya telah jelaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa sesiapa dari NexG atau seorang yang bernama Harizan Haris. Pada hari yang sama, NexG dan Harizan Haris juga telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah berjumpa saya dan menafikan semua tuduhan-tuduhan itu. Mereka juga menyatakan akan menyaman blog itu. Hari ini, saya ingat nak baca balik tuduhan-tuduhan fitnah itu. Ada peguam-peguam tanya sama ada nak saman beberapa orang yang gunakan tuduhan blog itu untuk memfitnah saya, yang paling ke depan ialah Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard. Bila check balik, blog tu dah jadi chipsmore. Sekejap ada, seronok masa fitnah orang: Bila kena ugut saman, terus tiada. Kepada penulis-penulis upahan yang banyak dapat job untuk mencipta fitnah terhadap saya kebelakangan ini, ingat Allah. Kita takkan terlepas dari penghakiman Allah, kalau tak hari ini, esok. Kalau tak di dunia, di akhirat.

Rafizi Ramli

19,815 görüntüleme • 4 ay önce

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗦 𝗟𝗔𝗚𝗜: 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗨 𝗥𝗠𝟭.𝟭𝗕, 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟮.𝟱𝗕, 𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 Secara rasmi, sekarang saya memegang rekod manusia paling diserang Madani dengan tuduhan-tuduhan rasuah. Bulan Februari dulu, saya mula disiasat kononnya dalam skandal penyelewengan ARM, kononnya melibatkan RM1.1 billion. Pada masa yang sama, SPRM membuka siasatan kononnya saya terlibat dalam satu lagi penyelewengan iaitu projek Khazanah membina loji solar bernilai RM2.5 billion. Hari ini, satu blog tidak bernama menyiarkan berita kononnya saya dirasuah oleh pemilik NexG, Dato’ Abu Hanifah sebanyak RM500,000 untuk melanjutkan kontrak passport NexG dalam tahun 2023. Dalam cerita ini, dimasukkan semua soal NETR, IPR, vending machine dan lain-lain; untuk menunjukkan sayalah penerima rasuah terbesar. Saya jemput orang ramai membaca siri terbaru serangan terhadap saya ini, di capaian ini: Blog ini blog hantu tanpa nama dan dari gaya cerita, jelas bertujuan memfitnah saya. Cuma, kalau orang ramai baca, dengan segala tuduhan, tidak ada satu pun yang menunjukkan perkara-perkara berikut: 1 - saya berjumpa dengan Dato’ Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidup saya, dari 2023 hingga sekarang 2 - saya menerima wang RM500,000 yang dituduh itu 3 - garis masa pun tidak kena, kononnya saya mengambil wang itu untuk membiayai pemilihan PKR 2025, sedangkan dalam bulan Julai 2023, semasa tuduhan saya menerima wang itu, ura-ura pemilihan PKR pun belum berlaku 4 - satu nama disebut-sebut menjadi watak utama, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn Bhd, yang dinyatakan menerima RM500,000. Kononnya Harizan ini adalah orang yang rapat dengan saya dan mengambil wang itu bagi pihak saya Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan ini. Kali pertama saya dengar namanya ialah pada 2 Disember 2025 dalam satu pertemuan dengan Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam pertemuan itu, beliau memberi bayangan saya ada kes rasuah yang jika keluar akan malu besar. Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya. Saya cakap: “mana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanya” Saya juga cakap: “bayaran RM500,000 ini dan invois adalah daripada Harizan dan GFIS. Saya tak pernah kenal mereka ini.” Kalau NexG telah membayar RM500,000 kepada Harizan, GFIS atau sesiapa, maka siasatlah Harizan, GFIS hatta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Yatimah yang disebut-sebut dalam cerita ini. Besar kemungkinan, ini cerita biasa dari Putrajaya - ada ahli perniagaan cuba cari jalan, ada scammer yang mengaku macam-macam. Bila ada yang mengkritik macam saya, watak-watak ini dibawa bersama untuk mencipta satu fitnah. Saya akan terangkan secara terperinci setiap fitnah yang cuba dibuat ini - sogokan wang, kontrak NexG, IPR dan lain-lain - dalam Podcast YBM Episod 43 hari Jumaat, 10 April ini jam 9 malam. Sementara itu, kepada yang dalam PKR yang masih ingat sedikit sebanyak perjuangan dulu; jangan lupa bahawa fitnah yang melampau la yang membawa kita menyertai PKR. Jangan sekarang, fitnah yang keterlaluan kerana terdesak menyebabkan rakyat menolak PKR dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli

47,427 görüntüleme • 4 ay önce

𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: “Rafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia – Ahli Majlis MPPN” “Daripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.” Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 görüntüleme • 5 ay önce

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗔𝗕𝗥𝗜, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗝 Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ. Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian. Rentetan dari insiden satu serangan ke atas anak saya minggu lepas, soalan yang sering berlegar ialah siapa dalang yang mengarahkan serangan itu. Serangan itu diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan saya diam. Jadi timbul persoalan siapa yang mahu saya diam dan diam mengenai isu apa. Saya telah mengesahkan bahawa seminggu sebelum serangan, memang saya ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai satu skandal yang saya sedang teliti. Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan-tuduhan yang berlegar. Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara. Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Saudara Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar. Maklumat yang diberikan adalah bersabit Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengenai urusniaga syarikat-syarikatnya. Ia tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Saudara Khairy Jamaluddin atau mana-mana ahli politik lain. Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian. Saya telah berhubung dengan Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini.

Rafizi Ramli

1,683,856 görüntüleme • 1 yıl önce

𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝟱𝟬: 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗤𝗨𝗔𝗗 Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut “saya memang support YB dari dulu”. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,389 görüntüleme • 2 ay önce

𝟭𝟯 𝗢𝗚𝗢𝗦 Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya “aku cucuk dia”. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut “diam, lepas ini HIV”. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

96,290 görüntüleme • 6 gün önce

𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛, 𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧? 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗦𝗔𝗝𝗔 𝗟𝗔𝗛 Jawapan seperti ini selalu juga kita dengar. Orang yang bercakap ni selalunya pakai tie, yakin dia hebat, sebab itu dia tidak kisah soal keadilan dalam masyarakat. Soal siasatan atau pendakwaan terpilih, apabila badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bukan soal politik. Ia soal keadilan, sebab orang yang ada wang, ada jawatan, orang macam saya boleh lalui semua ini dengan baik. Saya akan ada kawan-kawan yang peguam datang. Kalau saya tak de duit nak bayar duit jamin, kawan-kawan kumpul duit. Saya boleh bersuara dan menjelaskan tuduhan itu dari perspektif saya dan menunjukkan bukti-bukti kepada orang ramai. Tetapi kalau orang yang ada kedudukan dan jawatan seperti saya pun tidak terselamat, jika badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bayangkan jika yang kena itu anak orang biasa yang tidak ada kedudukan. Dia akan terkapai-kapai. Tak de orang nak tolong dia. Bila dia disiasat atas tuduhan palsu, dia telah digari dan media dah laporkan sedangkan dia tidak didakwa pun. Hanya atas syak wasangka. Dia kehilangan kerja. Sejak saya melalui pengalaman ini dengan SPRM, ada yang menulis email kepada saya menceritakan pengalaman mereka. Mereka tidak didakwa dan digantung tidak bertali sehingga hilang pekerjaan. Bila berlaku begini, ia zalim kepada mereka yang jadi mangsa. Mangsa itu mungkin kita, mungkin anak kita, mungkin kawan kita, mungkin anak jiran kita. Bila saya bersuara mengenai SPRM, badan-badan penguatkuasa, saya bukanlah takut pasal kes saya. Saya yakin memang tidak ada apa-apa, peguam saya yakin kalau dibawa ke mahkamah ia tidak ke mana sebab tidak ada satu sen pun masuk kepada saya. Saya bersuara agar SPRM benar-benar bebas untuk mengelakkan kezaliman berlaku kepada rakyat biasa yang tidak ada suara seperti saya. Allah menetapkan saya melalui pengalaman ini, supaya saya faham perasaan mereka yang disiasat dan digantung tidak bertali hingga hilang pekerjaan, supaya saya memberi suara kepada mereka. Orang yang paling berisiko bila badan yang diberi amanah itu tidak bebas tergolong kepada dua kumpulan: Satu - orang biasa yang tidak ada peguam, tidak faham proses dan tiada suara Kedua - pegawai-pegawai SPRM yang jujur dan ingin menjalankan amanah, kerana mereka terpalit sama menanggung Kepada yang cepat ikut perasaan dalam menilai perkara-perkara seperti, saya doakan Allah lembutkan hati dan jangan tengok dari kaca mata kita sahaja. Sebab satu hari mungkin kita yang melaluinya sendiri.

Rafizi Ramli

37,848 görüntüleme • 3 ay önce

𝗝𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔: 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗬𝗔 Hari ini, bekas pegawai dasar saya James Chai, pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM. SPRM menyiasat kononnya ada penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia. Kalau ingat, Mac 2025, Perdana Menteri melancarkan usaha sama ini untuk membolehkan Malaysia berubah dari menjadi pengilang yang memasang cip semikonduktor kepada pencipta yang mereka bentuk cip semikonduktor. Saya tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang. Kalau tidak dah lama saya ditahan dan berpuluh juta wang dipamerkan kepada orang ramai, seperti yang pernah berlaku dalam kes ahli politik lain. Siasatan menjurus kononnya saya mendesak kerajaan untuk menandatangani usaha sama itu secara tergesa-gesa. Macam perjanjian ART yang sesetengah pihak kata tergesa-gesa lah. Cuma yang saya disiasat besar-besaran, yang ART itu langsung tidak disentuh. Pun begitu, saya berbesar hati untuk membantu siasatan SPRM. Kemungkinannya begini: James adalah saksi terakhir yang SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya. Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua minggu atau tiga minggu dari sekarang. Masalahnya saya tidak ada Whatsapp dan saya tidak angkat telefon yang saya tidak kenali. Banyak scammer sekarang ni. Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya [email protected] Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari. Insya Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.

Rafizi Ramli

46,062 görüntüleme • 3 ay önce

Hari saya kehilangan Abah saya, saya juga kehilangan separuh hidup saya. Saya kehilangan seorang Abah, seorang ketua juga seorang sahabat. Saya kehilangan sebuah rumah. Rumah yang sentiasa saya tuju apabila saya penat dengan urusan dunia. Sepenat mana saya, saya tahu, saya ada rumah untuk saya tuju. Saya sudah lama menjangkakan tibanya saat itu bertahun-tahun sebelum itu lagi. Tapi dengan nama Allah, saya tidak tahu ianya akan sesakit dan seberat itu. Sakit yang membuatkan realiti tiba-tiba seperti mimpi. Mimpi yang sangat ngeri. Mimpi yang walau dicuba sekuat manapun untuk saya keluar, saya tidak akan mampu. Sudah menjadi rutin saya pulang ke Johor dari Perlis setiap kali cuti sekolah. Tetapi perjalanan saya pada masa itu adalah perjalanan paling jauh dan paling menyakitkan saya rasa. Pedal minyak saya tekan sebawah mungkin mencecah lantai kereta, tapi kereta saya rasakan seperti tidak bergerak. Dah tak fikir tentang hidup mati sendiri. Yabg tinggal dalam fikiran nak sampai ke rumah srcepat mungkin. Dalam hujan renyai ketika itu, suasana dirasakan sungguh suram, diri terasa seperti di awangan. Sebenarnya saya baru sahaja bertolak pulang ke Perlis dari Johor pada jam 6.00 pagi itu. Saya menerima panggilan dari Emak saya saya ketika saya baru sampai di Pulau Pinang sekitar 4.00 petang. Terus saya patah balik ke Johor ketika itu juga. Sampai di halaman rumah, kaki saya terasa kaku. Jantung rasa bagai nak gugur. Berat benar langkah kali ini. Sunguh berat. Allah sahaja yang tahu perasaan saat melihat jenazah kaku Abah. Pandangan saya jadi kelam. Gelap. Masa tu saya tertanya-tanya. Siapa nak tengok Sepahtu Reunion sama-sama dengan saya lagi? Siapa nak bahan Chelsea bila Chelsea kalah? Siapa nak bukak cerita Cina lawan pedang cing, cing, cing lagi? Kami nak berbual dengan siapa lagi pasal JDT, pasal takraw, pasal badminton? Siapa nak tanya teka-teki tak best dan buat lawak hambar? Kehilangan itu, seperti ada satu lompong, satu lohong yang takkan tertimbus. Takkan terisi sampai kini. Teringat masa nak kebumikan Abah, saya berjanji dengan Abah saya untuk jaga Mak saya macam Abah jaga Mak. Dan itulah yang cuba saya lakukan sekarang. Doakan saya terus sihat dan berjaya menjaga Mak dan keluarga saya. Aamiin. Rindunya dekat Abah😢 Al-fatihah buat Abah saya Mastor bin Jamsari (1954-2021)

Cikgu_Anep

684,070 görüntüleme • 3 yıl önce

Isu surat tunjuk sebab terbaru PKR terhadap saya dan apa yang bakal berlaku selepas ini saya ulas dalam Podcast YBM 43. Pada saya, arah dia sudah jelas. Bila pertuduhan rasmi sudah dikeluarkan begini, maknanya proses itu sudah sampai ke peringkat akhir untuk tindakan diambil. Sudah nampak juga gerakan itu disusun berperingkat. Bermula dari Ketua Cabang, kemudian pimpinan negeri, kemudian pimpinan yang lebih tinggi. Semua bawa mesej yang sama, iaitu saya perlu letak jawatan dan keluar parti. Bila susunan itu berlaku serentak, itu bukan kebetulan. Itu keputusan politik yang sedang disediakan. Kita pernah tengok pola yang sama sebelum ini. Sebab itu saya kata, ini budaya lama politik dalaman yang kini dibawa masuk semula ke dalam PKR. Daripada apa yang berlaku sekarang, saya jangka PKR tidak akan pecat saya secara langsung. Mereka akan ambil jalan mentafsir kenyataan dan pendirian saya sebagai saya telah keluar parti. Itu memang sudah pun dibayangkan dalam surat tunjuk sebab pertama oleh Setiausaha Agung PKR. Kenapa? Sebab kalau saya dipecat, saya kekal sebagai Ahli Parlimen. Tetapi kalau saya dianggap keluar parti, implikasinya lain. Sebab itu kehadiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pandan semalam memberi isyarat politik yang cukup jelas. PKR sedang bersedia untuk segala kemungkinan, termasuk pilihan raya kecil. Jadi bagi saya, surat tunjuk sebab ini besar kemungkinan akan berakhir seperti yang disebut Fuziah Salleh sebelum ini. PKR akan mentafsir pendirian saya sebagai tindakan keluar parti. Terus terang, ini pelik. Saya tidak pernah lihat parti lain ambil jalan begini. Tafsir sendiri pendirian ahli sebagai keluar parti, hanya untuk elak memecat secara rasmi tetapi pada masa yang sama membuka jalan kepada kehilangan kerusi. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM 43 di YouTube saya:

Rafizi Ramli

23,719 görüntüleme • 4 ay önce

Pertama sekali saya minta maaf kepada empunya video kalau tak selesa dengan perkongsian saya. Tapi saya rasa saya nak sangat berkongsi video ni sebagai pengajaran dan teladan untuk semua orang lain juga. Pendapat peribadi saya, kalau ada kemusykilan mengenai harga, tanya terus dengan tuan kedai tu. Kalau betul pengiraannya, dan terlalu mahal tak masuk akal, nak viral ke apa, terpulang. Itu hak masing-masing. Untung-untung dapat perhatian pihak berkenaan. Tapi bila dah viralkan dulu baru nak dapatkan penjelasan, "the damage has been done". Video penjelasan tu cuma mampu buat minimum damage control. Reputasi kedai tersebut dah tercalar dah pun. Cuma kita tak tahu berapa teruk kesannga. Berapa ramai yang dah tengok video pertama dan pasti akan tengok video kedua? Dan maaf sekali lagi, saya rasa terganggu pula saya bila minta maaf tapi ada "andai salahnya datang daripada aku". Maaf, tapi pada saya memang cik bersalah dan saya tak nafikan ada juga salah daripada pihak kedai tersebut. Respect akak tu sebab mampu kawal situasi dengan baik. Cuma kes tax tu kalau kena ambil tindakan, masalah juga tu kalau pihak berkuasa tahu. Jujur saya katakan, walaupun saya tak faham cara dia berfikir, tapi saya hormat keyakinannya yang begitu tinggi. Cuma kadangkala, keyakinan tu boleh memakan diri sendiri dan orang lain. Tapi alhamdulillah dah selesai pun isu ini. Cuma saya harap kita semua dapat belajar sesuatu daripada apa yang jadi ni. Credit : TT keknanjudge

Cikgu_Anep

494,768 görüntüleme • 2 yıl önce

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di

Rafizi Ramli

63,412 görüntüleme • 3 ay önce

𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,451 görüntüleme • 2 ay önce

𝗗𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗡𝗙𝗔 Sekarang ada anugerah kebesaran yang lebih bernilai dari pingat-pingat biasa. Dalam tempoh antara tahun 2020 hingga Julai 2025, daripada 60 penerima anugerah kebesaran ini yang dipertimbangkan, akhirnya hanya 41 orang sahaja yang diberikan anugerah ini. Cara lain nak tengok kehebatan anugerah ini - susah untuk disenarai pendek, tetapi bila dah masuk senarai pendek, peluang nak dapat anugerah ini mudah. Sebab 41 yang menerima dari 60 yang disenarai pendek itu bermaksud 68%, iaitu lebih dari dua pertiga akhirnya berjaya. Nilai anugerah kebesaran ini pula saya ingat mesti berjuta-juta, sebab setiap yang disenarai pendek mesti melibatkan urusniaga melibatkan juta-juta. Anugerah kebesaran yang saya maksudkan ialah anugerah kepada ahli-ahli politik yang dibuka kertas siasatan jenayah tetapi akhirnya tidak ada tindakan lanjut. Sebab itu dapat anugerah darjat istimewa yang dipanggil NFA - No Further Action. Untuk berlaku adil, kita sebenarnya tidak ada maklumat terperinci mengenai kes jenayah apa dan ahli politik mana. Yang kita tahu, ia melibatkan dua pentadbiran dan tiga Perdana Menteri dalam tempoh 2020 hingga Julai 2025, iaitu pentadbiran Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, serta pentadbiran Madani di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jadi semua parti dan ahli politik dari parti yang berbeza-beza ini tidak boleh tuding jari siapa yang lebih teruk, sebab prestasi anugerah 68% NFA kepada ahli politik yang dibuka kertas siasatan jenayah ini melibatkan ketiga-tiga Perdana Menteri dan PH, BN dan PN. Macam yang saya sebut tadi, kita tidak tahu kes apa. Tetapi pada pandangan rakyat, takkan ahli politik curi susu sebab tak de duit. Selalunya kes-kes jenayah ahli politik melibatkan salah guna kuasa dan rasuah. Kecualilah zaman saya sepuluh tahun lepas semasa saya membongkarkan skandal-skandal besar negara. Masa itu semua dakwaan terhadap saya tidak ada kena mengena dengan rasuah atau salah guna kuasa. Semuanya berkaitan usaha menutup mulut saya dari bersuara, jadi saya didakwa di bawah Akta Hasutan, didakwa menghina Umno dan lain-lain. Tapi seingat saya selepas 2018, dakwaan seperti itu sudah tidak ada kerana tak ada ahli parlimen yang ambil risiko bongkar rasuah. Maka, jangkaan saya, antara tahun 2020 hingga 2025 ni sebahagian besar kertas siasatan terhadap ahli politik, besar kemungkinannya adalah berkaitan salah guna kuasa dan rasuah. Bila lebih dua pertiga diberi anugerah NFA dan tidak didakwa pun, saya fahamlah kalau rakyat bandingkan dengan layanan terhadap rakyat biasa yang dituduh mencuri susu. Saya pun dah tak tahu nak komen apa. Kita balik main dengan kucing je lah macam ni.

Rafizi Ramli

22,821 görüntüleme • 11 ay önce

Bila ceplos-ceplos ni pandai-pandai buat cerita kata saya ambil rasuah daripada ARM, saya tahu sebenarnya bukan saya saja yang mereka tuduh, mereka juga sedang menuduh ARM, dan secara tak langsung, kerajaan Malaysia sendiri. Dalam klip ini saya terangkan: 1) Perjanjian Malaysia–ARM ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia, ARM tak pernah buat perjanjian macam ini dengan mana-mana kerajaan lain. 2) ARM sekarang monopoli IP untuk lebih 90% cip dalam telefon, kereta dan macam-macam gadget. Negara lain berebut nak dapat akses; Malaysia antara yang pertama diberi kepercayaan. 3) Bila cybertrooper berbayar fitnah kononnya ada rasuah dalam perjanjian ini, mereka bukan saja serang nama saya, mereka jadikan Malaysia nampak bodoh di mata dunia. Kalau saya saman, kes itu akan membawa masuk ARM sendiri ke mahkamah, pegawai-pegawai PMO, MITI, MIDA, dan Perdana Menteri serta menteri-menteri utama sebagai saksi. Malaysia akan jadi “popular for the wrong reason”, negara pertama yang dapat akses IP ARM, tapi sibuk bergaduh dengan cybertrooper sendiri di mahkamah terbuka. Sebab itu saya kata saya akan tulis nota kepada PMX untuk pesan supaya kawal cybertrooper berbayar, jangan benarkan maklumat dalaman kerajaan disalahguna untuk fitnah, dan jangan gadaikan reputasi negara hanya kerana politik dalam parti. Tonton Yang Berhenti Menteri Episod 23 di saluran YouTube saya, di mana saya huraikan Vision Silicon, ARM dan bagaimana isu ini boleh sabotaj masa depan ekonomi Malaysia.

Rafizi Ramli

127,161 görüntüleme • 9 ay önce