ะ—ะฐะณั€ัƒะทะบะฐ ะฒะธะดะตะพ...

ะะต ัƒะดะฐะปะพััŒ ะทะฐะณั€ัƒะทะธั‚ัŒ ะฒะธะดะตะพ

ะะฐ ะณะปะฐะฒะฝัƒัŽ

๐—ง๐—˜๐—•๐—จ๐—ž ๐—”๐—ง๐—”๐—ฃ & ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—— ๐—–๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ค๐—จ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ฆ (๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”) Kemelut politik di Negeri Sembilan telah memasuki fasa baru, iaitu peperangan mulut di antara PH dan BN. PH melihat tindakan BN cuba menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datoโ€™ Aminuddin Harun sebagai percubaan tebuk atap ala-ala Sheraton Move yang menjatuhkan kerajaan PH1.0....

rafiziramli's profile picture

Rafizi Ramli

796,601 subscribers

24,546 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด โ€ขvia X (Twitter)

ะšะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ: 0

ะะตั‚ ะดะพัั‚ัƒะฟะฝั‹ั… ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะตะฒ

ะ—ะดะตััŒ ะฟะพัะฒัั‚ัั ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ ะธะท ะพั€ะธะณะธะฝะฐะปัŒะฝะพะณะพ ะฟะพัั‚ะฐ

ะŸะพั…ะพะถะธะต ะฒะธะดะตะพ

Soalan yang paling banyak saya terima sejak BERSAMA putuskan tak masuk PRN Negeri Sembilan: "Kenapa BERSAMA tak bertanding di Negeri Sembilan? Sebab Rafizi berkawan dengan Tok Min ke?" Ya, saya memang berkawan dengan Aminuddin. Semua orang tahu. Kami sudah lama kenal. Tetapi saya tidak pernah percaya politik boleh dibuat berdasarkan hubungan peribadi. Dulu orang tanya kenapa saya tidak ajak atau paksa beliau menyertai BERSAMA. Jawapan saya tetap sama. Dia ada tanggungjawab politiknya. Saya ada tanggungjawab politik saya. Masing-masing memilih jalan sendiri. Kalau hendak ikut logik persahabatan, saya mengenali Anwar Ibrahim sejak berumur 17 tahun. Penubuhan BERSAMA juga bukan kerana hubungan saya dengan sesiapa. Ia lahir daripada kepercayaan bahawa negara memerlukan pilihan politik yang baharu. Jadi kenapa Negeri Sembilan? Kerana pertimbangan kami bukan sekadar siapa menang atau kalah di sana. Yang lebih penting ialah apa yang berlaku selepas keputusan PRN diumumkan. Walau apa pun kenyataan bahawa jangan mengaitkan istana, kita semua tahu perbincangan akhirnya akan kembali kepada persoalan itu. Apa sahaja keputusan PRN Negeri Sembilan akan dinilai dalam konteks perebutan kuasa yang lebih besar. Kami melihat angka secara realistik. Di Johor, selepas kempen penuh, BERSAMA memperoleh sekitar 5 hingga 6 peratus undi. Profil pengundi Negeri Sembilan pula tidak jauh berbeza. Dalam tempoh seminggu, mustahil kami boleh mengubah sokongan itu secara mendadak. Tetapi kalau satu atau dua kerusi berubah kerana kehadiran BERSAMA, dan perubahan itu mencetuskan kesan berantai (knock-on effect) kepada perebutan yang lebih besar. Saya tidak mahu mengheret BERSAMA ke dalam polemik itu. Tonton kupasan penuh PRN Negeri Sembilan dan keputusan BERSAMA di Podcast YBM #55 di saluran YouTube saya:

Rafizi Ramli

37,604 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ง๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk โ€œSila Letak Jawatanโ€. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan. Datoโ€™ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan. Kemudian dijawab Datoโ€™ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak. Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja. Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali. Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab โ€œprinsip saja tidak cukup, perlu kuasaโ€. Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela. Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara. Itu prinsip dan hala tuju kita. Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu. Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan. Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian. Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri. Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan? Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan. Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Datoโ€™ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan. Di depan memuji, di belakang mencemuh. Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah. Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Datoโ€™ Seri Anwar โ€œYes sir, you are right sir, you are great sirโ€. Datoโ€™ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri. Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik. Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini. Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus. Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa. Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.

Rafizi Ramli

48,816 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

Perwakilan DAP sudah buat keputusan. 88% undi kekal. Episod ini saya rakam dua hari sebelum undian itu, dan saya memang jangka keputusannya begitu. Sebab bila saya tengok kedudukan DAP hari ini, mereka tersepit dua-dua jalan. Kalau keluar, mereka kena buat keputusan yang saya dan Nik sudah buat, terima hakikat yang mungkin sampai mati kami tidak akan kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan. Saya tidak pasti mereka bersedia untuk benda itu. Jadi mereka kekal. Bila kekal, strateginya jelas: guna kuasa dan pengaruh dalam kerajaan untuk lindungi undi Cina dan kerusi Cina, selepas apa yang berlaku di Johor dan di Negeri Sembilan. Di situ masalahnya. Kalau strategi itu berjaya, DAP mungkin menang 30 hingga 40 kerusi dalam PRU16. Tapi PKR dengan AMANAH nampak gayanya payah. Katakanlah DAP menang 35, PKR menang 5, AMANAH menang 1, pada ketika itu, Pakatan Harapan sudah tidak wujud. DAP akan jadi seperti Gerakan. Gerakan pun mula sebagai parti berbilang kaum. Tokoh-tokoh ilmiah Melayu, progresif Melayu, semuanya masuk. Lama-kelamaan ia jadi parti Cina, dan orang Melayu tidak pergi dekat. Hari ini Gerakan cium tangan PAS. Trend itu bukan teori. Di Johor, kos kekalahan jatuh kepada PKR dan AMANAH. Di Negeri Sembilan pun begitu. Jadi akhirnya bukan DAP yang terpaksa buat pilihan. Pengundi bukan Melayu yang terpaksa buat pilihan. Bagi saya DAP dan PH sudah sampai kemuncak perjalanan politik mereka. Yang belum pasti ialah sama ada mereka sedar atau tidak. Tonton kupasan penuh keputusan Kongres Khas DAP ini di Podcast YBM Episod 59:

Rafizi Ramli

79,072 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• Media sosial panas lagi hari ini, walaupun ini musim tengkujuh. Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Alice Loke memutuskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengampunan seseorang banduan perlulah dibuat mengikut bidang kuasa yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, oleh kerana titah tahanan di rumah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Rayuan iaitu tidak seperti yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka hakim memutuskan ia tidak sah. Maknanya begini: Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa setiap komponen penting dalam negara kita, dari kuasa Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam setiap undang-undang dan peraturan yang digubal. Dalam melaksanakan dan mengendalikan bidang kuasa masing-masing, ia mesti juga dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak terkecuali dalam perkara bersabit pengampunan pesalah-pesalah. Semestinya kuasa itu adalah kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu, tetapi Perlembagaan menetapkan mekanisme bagaimana kuasa itu dilaksanakan, yang bertepatan dengan model kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Pada pandangan saya, penghakiman YA Hakim Alice Loke hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bidang kuasa Yang diPertuan Agong dalam perkara-perkara lain juga turut dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, pelantikan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan banyak lagi pemimpin kepada komponen-komponen kerajaan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong adalah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Saya baca reaksi pemimpin Umno. Sudah tentu banyak yang tidak bersetuju atau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi. Ada yang kemarahannya meruap-ruap sehingga mengugut untuk menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, kalau saya faham apa maksud Ketua Pemuda Umnolah. Sebagai rakyat biasa yang berada di luar kepimpinan, saya hanya mahukan sebarang keputusan itu mestilah berasaskan keadilan dan mengikut proses yang sama rata kepada setiap rakyat, tidak kira dia seorang pengemis atau bekas Perdana Menteri. Hak untuk mengambil tindak balas politik itu adalah hak UMNO. UMNO memang ada pilihan untuk menarik diri dari kerajaan. Sebelum ini pun, DAP telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh 6 bulan DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan. Jadi, ugutan untuk menarik diri dari kerajaan ini bukanlah perkara yang baru dan itu hak setiap parti. Orang biasa seperti saya hanya akan memerhati sama ada keputusan-keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik. Selagi Datoโ€™ Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini. Selepas ini, Datoโ€™ Seri Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat. Maka terpulang kepada pimpinan politik. Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul. Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini satu garis merah? Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah.

Rafizi Ramli

34,246 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก, ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—” PKR telah mengumumkan 10 calon untuk pilihan raya negeri Sabah. Dari 10 calon ini, 4 adalah calon payung terjun, iaitu calon-calon yang lompat dari parti lain atau calon yang baru masuk parti. Calon yang baru masuk parti iaitu Datuk Ruji bagi kerusi Merotai, lebih mudah untuk kita fahami kerana PKR perlu menampilkan calon-calon berprofil tinggi. Datuk Ruji adalah bekas pegawai kanan kerajaan dan kehadiran beliau boleh menambah nilai PKR di mata rakyat. Calon yang tiga orang lagi boleh ada kesan yang sebaliknya kerana rekod mereka yang suka melompat parti. Datuk Yamani Hafez Tun Musa Aman adalah anak kepada TYT Sabah sekarang. Sebelum ini menganggotai Umno, kemudian Bersatu dan kini PKR. Maksudnya parti yang berkuasa di Persekutuan, parti itulah jadi platform politik beliau. Begitu juga calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar. Sebelum ini dalam Umno, bila Warisan berkuasa, beliau masuk Warisan. Tahun 2020 Warisan jatuh, beliau kembali kepada Umno. Bila Umno tidak sebulu dengan GRS tahun 2023, beliau masuk GRS. Kini masuk PKR. Seorang lagi calon ialah George Hiew. Asalnya DAP, kemudian masuk Warisan dan sempat jadi pembantu menteri. Bila Warisan jatuh, masuk GRS, dan kini PKR. Dalam PKR, dari dulu lagi, ada pandangan berbeza mengenai calon lompat. Satu pandangan merasakan calon lompat adalah seperti durian runtuh kerana yang melompat itu selalunya sudah ada nama, ada pangkat dan mereka ada pengaruh. Kalau yang melompat itu adalah bekas wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, peluang menang mungkin lebih tinggi. Satu lagi pandangan berpendapat ia tidak serasi dengan jiwa reformasi yang mahu melihat ahli politik yang berprinsip. Jika calon yang melompat itu benar-benar berjiwa reformasi, kita tidak perlulah lawan dia sebelum ini - sama ada memang dia sudah berada dalam PKR dari awal, atau dia seorang wakil rakyat yang baik. Bagi saya, strategi parti mestilah tepat dengan kehendak rakyat. PKR tampil di persada politik negara dengan janji untuk membawa politik baru dan membuang budaya lama yang menjadikan mandat rakyat sebagai percaturan tawar menawar. PKR pernah ada pengalaman masuk pilihan raya dengan menampilkan bekas wakil rakyat yang lompat parti, iaitu semasa pilihan raya negeri Melaka yang lepas. Keputusannya tidak baik. PKR kalah semua kerusi walaupun dalam PRU 2018 PKR mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah di Melaka. Setiap dari kita, apatah lagi yang memimpin parti politik, akan terus berdepan dengan dua pilihan dalam setiap keputusan: sama ada kita memilih jalan pintas untuk menang (contohnya mengambil calon lompat yang pasang siap); atau kita memilih untuk menang atas usaha melahirkan calon-calon yang kita didik sendiri. Saya akan ulas dinamik politik dan pilihan raya Sabah dalam podcast YBM minggu ini, hari Jumaat 14 November jam 9 malam.

Rafizi Ramli

34,863 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž 2026 adalah antara tahun paling penting dalam kalender politik bagi penggal ini. Kesan dari perkembangan politik dalam tahun 2026 ini bukan sahaja memberi kesan langsung kepada keputusan PRU-16 yang boleh diadakan dalam tempoh setahun dari sekarang, ia juga memberi kesan kepada ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi yang konsisten dan pengukuhan mata wang ringgit di antara tahun 2024 ke 2025 dipengaruhi oleh kestabilan politik yang membolehkan pelabur dan perniagaan meramalkan dasar-dasar kerajaan, di samping faktor luar seperti mata wang dollar AS yang melemah. Premium dari kestabilan politik ini yang turut menyumbang mempengaruhi pelaburan dibuat. Sebahagian besar dari premium kestabilan politik ini telah pun diterjemahkan kepada suasana ekonomi makro yang lebih baik di antara tahun 2024 ke 2025. Kalau pun kestabilan politik kekal dalam tahun 2026, itu pun belum tentu mempunyai kesan premium kepada ekonomi negara kerana kestabilan politik itu telah menjadi baseline baru. Sebaliknya, jika keadaan politik lebih sukar diramalkan, risiko ketidaktentuan politik akan diterjemahkan kepada risiko ekonomi yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara dalam tahun 2026. Apatah lagi pertumbuhan ekonomi dalam tahun 2026 memang diunjurkan lebih perlahan berbanding 2024 dan 2025. Kebelakangan ini, tanda-tanda ke arah ketidaktentuan politik telah nampak. Ada perkembangan-perkembangan besar dalam ketiga-tiga gabungan politik utama, dari PH, BN hinggalah kepada PN. Keputusan-keputusan politik yang dibuat dalam tahun ini akan mempunyai pengaruh besar yang mencorakkan keputusan siri pilihanraya seterusnya, bermula dengan PRN Melaka (perlu diadakan selewat-lewatnya Februari 2027), PRN Sarawak (selewat-lewatnya April 2027), PRN Johor (selewat-lewatnya June 2027) dan PRU16 (selewat-lewatnya Februari 2028). Sebagai rakyat, kita perlu memberi lebih perhatian menelaah setiap perkembangan politik ini dengan lebih mendalam bermula 2026, supaya kita membuat keputusan yang tepat dengan kehendak kita dalam tahun 2027 ke atas. Tonton podcast YBM Episod #30 hari Jumaat, 9 Januari 2026 jam 9 malam. Saya akan kupas mengenai perkembangan politik terkini di dalam PH, BN dan PN untuk dipertimbangkan penonton.

Rafizi Ramli

33,501 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—œ, ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง ๐— ๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—ก Dari segi undang-undang, apa yang didedahkan oleh Albert Tei masih merupakan dakwaan. Lebih baik sekiranya perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan yang sewajarnya. Shamsul sepatutnya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil untuk membersihkan namanya. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menguatkan dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei. Begitu juga, pihak berkuasa โ€” terutamanya SPRM โ€” perlu bertindak segera untuk menyiasat dan, sekiranya ada asas kes, mendakwa kedua-duanya atas tuduhan rasuah. Dari segi politik, keadaan ini lebih rumit. Tanpa mengira apa yang akan berlaku di mahkamah โ€” dan lebih-lebih lagi jika tiada tindakan diambil โ€” pendedahan Tei telah memberikan tamparan hebat kepada kerajaan dan kredibiliti Datoโ€™ Seri Anwar. Sekiranya Datoโ€™ Seri Anwar mengambil tindakan tegas dengan menyingkirkan Shamsul ketika kontroversi surat sokongan itu timbul minggu lalu, Perdana Menteri mungkin boleh menjauhkan diri daripada kesan pendedahan ini. Pada ketika ini, saya tidak nampak cara cepat yang boleh diambil oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan kerosakan terhadap kredibilitinya. Dalam keadaan paling buruk, para pengkritiknya akan menggunakan episod ini terhadap beliau pada masa hadapan setiap kali beliau bercakap tentang usaha memerangi rasuah. Dalam keadaan terbaik, orang ramai mungkin meragui pertimbangan beliau dalam menghakimi watak dan akhlak orang yang dipilih berada di sekelilingnya, memandangkan beberapa kali beliau meletakkan kepercayaan kepada individu yang reputasinya dipersoalkan sepanjang kerjaya beliau. Saya berharap beliau tidak memandang rendah gelombang kekecewaan di kalangan penyokong PH dan masyarakat umum akibat episod ini. Saya juga tidak mahu bertindak melulu menerima bulat-bulat apa yang didedahkan dalam video tersebut, yang mendakwa Datoโ€™ Seri Anwar berada di belakang usaha merakam video ADUN GRS dan Albert Tei. Setakat ini, semua itu masih kekal sebagai dakwaan dan khabar angin. Dakwaan tersebut perlu disiasat secara bebas dan segera. Sukar untuk Albert Tei membuktikan dakwaannya melebihi andaian yang dibuat dalam video itu, melainkan beliau mempunyai rakaman pertemuan dengan Perdana Menteri yang jelas merakamkan arahan sedemikian. Selain daripada itu, perkara ini hanya boleh diselesaikan di mahkamah. Saya berharap Datoโ€™ Seri Anwar menyaman Albert Tei secepat mungkin dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Jika tidak, kita akan terus mendengar mainan politik yang tidak berkesudahan daripada PAS dan PN, yang mengalih perhatian negara daripada perkara yang lebih penting. Akhirnya, bola berada di kaki Perdana Menteri. Penting untuk beliau mengambil tindakan undang-undang dengan segera kerana isu ini akan kekal sebagai situasi โ€œkata dia, kata sayaโ€ selagi tiada bukti kukuh dikemukakan.

Rafizi Ramli

30,980 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Dinamik dalaman politik UMNO antara perkara yang ditanyakan oleh moderator dalam Podcast YBM Episod 29. Politik hari ini bukan betul-betul stabil. Ia lebih kepada terapung, tak tentu arah. UMNO sendiri pun sedang berpecah. Di peringkat akar umbi, ramai yang cenderung bersama PAS, dan masih sukar menerima DAP serta Anwar Ibrahim. Tetapi di peringkat kepimpinan tertinggi, khususnya yang berada dalam Kabinet, kecenderungannya berbeza. Mereka lebih mahu kekal bersama kerajaan, sama ada atas sebab realistik, sebab kepentingan, atau gabungan kedua-duanya. Sebab itu, isu โ€œMuafakat Nasionalโ€ bukan keputusan UMNO semata-mata. PAS juga ada pertimbangan dan kira-kira sendiri. Akhirnya, semua pihak bergerak perlahan. Banyak bercakap, tapi tindakan sangat terhad. Masalah utama UMNO sebenarnya bukan soal siapa kawan atau lawan. Masalahnya, UMNO tidak berani potong kerugian. Najib sudah disabitkan kesalahan. Isu 1MDB pula terus jadi beban. Namun, tiada pemimpin kanan yang berani menyebut secara terbuka bahawa parti perlu berpisah dengan beban ini dan membersihkan diri. Sedangkan fakta mudahnya, UMNO kalah dua pilihan raya berturut-turut pada 2018 dan 2022, dan isu Najib serta 1MDB adalah antara faktor besar kekalahan itu. Selagi kepercayaan bahawa โ€œNajib masih popular, 1MDB hanya fitnah, dan jika Najib kembali UMNO akan menangโ€ terus dipegang, selagi itulah UMNO kekal lemah. Kita semua sekadar jadi penonton, tengok dari jauh sambil makan popcorn. Tonton kupasan penuh dalam Podcast YBM Episod 29 di sini:

Rafizi Ramli

29,631 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก Salah satu budaya baru yang dibawa ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata. Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan. Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama. Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi. Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar. Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas). Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung. Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri. Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang. Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya. Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat. Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak. Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini. Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan. Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan. Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela. Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam PRN Johor yang lepas. Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai: 1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli 2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor 3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi Hari ini, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A. Pautan Lampiran A: Amalan ini akan menjadi disiplin ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang. Saya berharap sumbangan kecil ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang. ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

13,912 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 29 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,392 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 28 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat. Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba. Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam. Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah. Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi. Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad. Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi. Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023. Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja. Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno. Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji. Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap. Tetapi pada ketika itu, Datoโ€™ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu. Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai. Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar. Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini. ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

32,967 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

Menteri Luar Negeri IRAN dan Negara lain, nampak begitu DEWASA dalam perannya sebagai MENTERI yah? Jika dibanding dengan Menteri Luar Negeri indonesia yang nampak seperti AJUDAN presiden daripada sebagai MENTERI Kalau keluar negeri pasti karena dibawa Presiden bukan karena Tanggung jawabnya untuk menentukan arah politik luar negeri negaranya, mungkin isi konstitusi negaranya juga ga dipahaminya, karena kalau paham, dia pasti ga perlu lagi tangan presiden untuk memperkenalkan dirinya, INI MENTERI SAYA pada tiap pertemuan Coba amati Abbas Araghchi, Menteri Luar Negeri Iran, yang menunjukkan aura kepemimpinan dan diplomasi yang sangat mandiri di berbagai panggung internasional. โ€‹Observasi gue mengenai perbedaan "bobot" antara menteri luar negeri suatu negara sering kali berakar pada bagaimana sistem politik dan budaya diplomasi negara tersebut dijalankan. โ€‹Diplomasi Berbasis Kekuatan Ideologis โ€‹Negara seperti Iran, Rusia, atau Tiongkok sering kali menempatkan Menteri Luar Negeri sebagai ARSITEK kebijakan, BUKAN sekadar PELAKSANA. โ€‹Kewenangan Penuh: Tokoh seperti Araghchi atau Sergey Lavrov (Rusia) memiliki mandat yang sangat luas untuk bernegosiasi langsung TANPA harus terus-menerus MENOLEH ke arah pemimpin mereka di setiap langkah kecil. โ€‹Spesialisasi: Mereka sering kali merupakan diplomat karier yang telah puluhan tahun berkecimpung di medan tempur geopolitik, sehingga wibawa mereka terbentuk dari penguasaan materi yang sangat dalam. โ€‹Gejala "Presiden-sial-isme yang Dominan" di Indonesia Saya melihat Menlu Indonesia tampak seperti "ajudan" bisa dijelaskan melalui gaya kepemimpinan di Indonesia: โ€‹Sentralisasi Pencitraan: Dalam politik Indonesia, sering kali Presiden ingin menjadi wajah utama dari setiap kesuksesan internasional. Hal ini membuat menteri-menteri di sekitarnya, termasuk Menlu, sering kali terlihat hanya sebagai pendamping atau pengatur protokol. โ€‹Diplomasi Transaksional: Jika kebijakan luar negeri lebih difokuskan pada investasi (ekonomi) daripada posisi geopolitik yang tegas, maka peran Menlu sering kali tergeser menjadi "pembuka jalan" bagi agenda ekonomi Presiden, sehingga kemandirian politiknya kurang terlihat. โ€‹ Aura dan Protokol Diplomasi โ€‹Video tersebut memperlihatkan Araghchi yang bergerak lincah di PBB, diwawancarai media internasional secara eksklusif, dan melakukan pertemuan bilateral tanpa bayang-bayang presidennya. Ini memberikan kesan bahwa dia adalah pemegang kendali di wilayahnya. โ€‹Di banyak negara maju atau negara dengan ketegangan geopolitik tinggi, Menlu adalah "wajah kedaulatan". โ€‹Sebaliknya, jika seorang Menlu hanya muncul saat mendampingi Presiden dalam kunjungan kerja, maka secara persepsi publik, fungsi strategisnya sebagai penentu arah politik luar negeri akan memudar. โ€‹Refleksi: Tanggung jawab seorang Menteri Luar Negeri seharusnya adalah menerjemahkan kepentingan nasional menjadi aksi nyata di panggung dunia. Jika seorang menteri hanya bertindak sebagai "pengikut", maka diplomasi negara tersebut akan kehilangan daya tawar karena dianggap tidak memiliki otoritas mandiri. โ€‹kalau presiden tidak percaya MENLU seperti sugiono itu belum mampu mengatasi geopolitik luar negeri apalagi menentukan arah kebijakan pada wilayahnya yang dia emban, kenapa masih DIPELIHARA? Karena itu sama saja Prabowo MENGGENDONGIN BEBAN KEMANA-MANA Bukan meringankan Beban, sehingga Presiden tidak dapat memikirkan Persoalan Bangsa dan Negaranya yang lebih luas karena banyak memerankan jadi BABY SITER Menteri-Mentrinya. :: WeKa ::

Wawat Kurniawan (WeKa) ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ

14,193 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž, ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š Perhimpunan Agung BERSATU kecoh baru-baru ini, bermula dengan satu surat layang yang menuduh ada cubaan untuk mengumpul sokongan memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin. Isu surat layang ini berlanjutan ke perhimpunan agung apabila ada insiden jerit menjerit semasa Tan Sri Muhyiddin berucap. Memandangkan PRU16 boleh dipanggil dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, musim pilihanraya datang lagi. Musim pilihanraya bermakna ramai yang boleh jadi calon. Calon ahli parlimen, calon menteri besar, calon menteri dan yang paling hebat, calon Perdana Menteri. Jadi, ini musim yang calon-calon akan tumbuh seperti cendawan. Setiap parti utama di negara ini sebenarnya ada pergolakan masing-masing. PKR telah selesai. Walaupun nampak damai di luar, tetapi luka dari pemilihan yang lepas adalah sukar untuk dipulihkan, baik di dalam parti atau di mata pengundi. DAP juga akan terus berhadapan dengan pertembungan kumpulan-kumpulan dan sentimen bahawa veteran parti diketepikan kerana ramai orang baru yang masuk. UMNO akan terus dibayangi oleh kumpulan Datoโ€™ Seri Najib yang tidak walaโ€™ sepenuhnya kepada presiden Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi. PAS nampak tenang dari luar, tetapi tokoh-tokoh utama menyusun strategi untuk menjadi pemimpin selepas zaman Datoโ€™ Seri Hadi Awang, memandangkan keadaan kesihatan yang semakin uzur. Kemudian ada pertembungan golongan ustaz melawan yang bukan ustaz. Kemudian kita ada BERSATU. Saya dimaklumkan keadaannya sudah sampai ke peringkat mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Itu belum lagi ura-ura usaha untuk mengumpul ahli-ahli parlimen untuk tebuk atap sekali lagi. Jadi, negara kita tidak pernah ketandusan ahli-ahli politik yang mahu menjadi calon, terutamanya untuk menjadi Perdana Menteri. Calonnya banyak, cuma jumloh belum cukop. Belum cukop jumloh untuk menggulingkan Muhyiddin, belum cukop jumloh untuk tebuk atap. Semua ini terus berlaku dalam keadaan penyokong-penyokong yang walaโ€™ di bawah saling memaki hamun dan menanggung risiko dosa fitnah setiap hari. Budaya penyokong-penyokong walaโ€™ yang memaki hamun di media sosial dan menjadi pembuli siber ini juga yang sedikit sebanyak menjadi teladan kepada anak-anak kita, kerana pewalaโ€™ yang memaki hamun ini juga ibu bapa kepada anak-anak. Akhirnya, bila ada pemimpin baru yang naik, masalah tidak selesai. Maki hamun berterusan dan kitaran itu berterusan. Sebabnya ialah budaya masyarakat kita yang menilai seorang calon pemimpin berdasarkan sentimen dan personaliti, bukannya kebolehan dan ilmu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Sedangkan pemimpin politik, baik Perdana Menteri, menteri, menteri-menteri besar itu digaji oleh rakyat untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Itulah punca kepada penyakit masyarakat kita, iaitu calon Perdana Menteri banyak tetapi formula untuk selesai masalahnya kurang. Sebab kita tidak beri perhatian pun kepada idea yang dibawa, sebaliknya kita agung-agungkan sentimen dan personaliti. Kitaran ini akan berterusan, masalah akan dipanjangkan dan sebenarnya yang menanggung beban adalah tukang walaโ€™ politik tidak bergaji juga.

Rafizi Ramli

16,640 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 11 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Hari ini, saya dan Nik Nazmi mengumumkan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026. Ada macam-macam pandangan. Ada kata jumlah kerusi itu terlalu banyak. Ada kata terlalu sedikit, minta bertanding sampai boleh bentuk kerajaan negeri. Sementara semua pandangan ini ada merit masing-masing, kami sedar bahawa Kancil baru berusia sebulan. Maka keputusan berapa kerusi bertanding dan dimana mestilah mengambil kira pelbagai sudut pandang. Kerusi-kerusi 15 yang ditandingi ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut: 1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas; 2) Sambutan terhadap ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit; 3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut; 4) Kemampuan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut. Maka, berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di PRN Johor 2026: 1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO) 2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO) 3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO) 4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA) 5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP) 6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO) 7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO) 8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP) 9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP) 10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO) 11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP) 12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO) 13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO) 14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR) 15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP) Calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak. Saya, Nik dan Syukri Razab, presiden BERSAMA telah selesai menemu duga kesemua 15 calon yang akan bertanding. Proses tapisan ini berlaku sebanyak tiga lapis - dari permohonan, kepada saringan awal, kemudian semakan digital untuk mengesahkan latar belakang. Selepas itu, senarai pendek calon-calon dibawa ke satu mesyuarat Jawatankuasa Calon yang dianggotai perintis BERSAMA dari Johor untuk mendapat maklum balas setempat dan tokoh-tokoh yang menggerakkan BERSAMA di peringkat nasional. Peringkat akhir tapisan ialah temu duga terakhir di antara setiap calon dengan saya, Nik dan Syukri Razab untuk mengenali peribadi dan motivasi setiap calon dengan dekat. Insya Allah, calon-calon yang dikemukakan BERSAMA adalah gabungan tua muda, wanita dan lelaki, Melayu, Cina, India, latar belakang professional, korporat dan penggerak masyarakat. Tugas kita, ahli-ahli BERSAMA dan orang ramai yang mahu melihat budaya politik baru yang lebih segar, ialah untuk membantu calon-calon ini meyakinkan pengundi. Oleh itu, saya menyeru dan menjemput seberapa ramai ahli BERSAMA dan orang ramai dari seluruh negara untuk tampil menjadi jentera BERSAMA di PRN Johor ini. Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran. Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati dan klik โ€œ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ปโ€. Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan. Sistem kempen bersepadu ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di 15 kerusi ini secara sukarela. Bagi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik. Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat. Kita berkampung di 15 kerusi-kerusi DUN Johor ini bermula hari Jumaat ini. Jumpa saya, Nik, Syukri dan kancil-kancil dari seluruh negara yang akan masuk kampung dan bandar di Johor.

Rafizi Ramli

17,094 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Saya faham niat setiap calon adalah untuk menang. Tetapi, warga emas yang sedang terbaring uzur dan bertarung dengan kesakitan di atas katil bukanlah audiens untuk kita menjaja manifesto, menabur janji politik, apatah lagi meminta mereka mendoakan kemenangan parti kita. Waktu itu adalah waktu mereka paling rapuh, dan apa yang mereka perlukan hanyalah doa, ketenangan, dan sokongan moral, bukan bebanan kempen politik. Di sinilah kita dapat melihat perbezaan nilai yang sangat jelas. Perhatikan bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra disapa Tok Min, menyantuni pesakit. Beliau melangkah masuk ke ruang ziarah itu bukan dengan 'baju politik', sebaliknya beliau hadir sebagai seorang manusia biasa yang penuh rasa empati. Tiada laungan kempen, tiada permintaan untuk dipangkah pada kertas undi. Yang ada hanyalah kata-kata semangat, permohonan maaf yang sangat merendah diri sebagai seorang pemimpin, dan doa yang ikhlas agar pesakit diberi kesembuhan. Tok Min mengingatkan kita bahawa katil pesakit itu adalah cerminan masa depan kita semua. Kesantunan, keikhlasan, dan sifat tawaduk ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat di hadapan kamera; ia lahir dari hati nurani seorang pemimpin yang benar-benar menghormati rakyatnya. Ketenangan dan jiwa besar Tok Min inilah yang sebenarnya menjadi paksi kepada kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan. Pemimpin yang tidak ego dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan amat mudah membina keserasian. Nismilan Elok Dah, Kekal Tok Min #KekalHarapan #NegeriSembilan

Jason Yew

16,129 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya โ€œaku cucuk diaโ€. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut โ€œdiam, lepas ini HIVโ€. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

97,080 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 13 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

Kenapa BERSAMA wujud? Isu ini saya huraikan dengan lebih panjang dalam Podcast YBM Episod 55. Saya dah nampak lama dah. Setiap kali pilihan raya, rakyat dihidangkan menu yang sama. Ugutan emosi. Emotional blackmail. Kalau kau bukan Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang DAP dan PH untuk melawan UMNO. Kalau kau Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang UMNO dan PAS untuk menghalang DAP dan PH. Hakikatnya, kedua dua belah menggunakan formula yang sama. Yang mereka lupa, semua benda ada law of diminishing returns. Cuba fikir. PH, dalam satu bentuk atau yang lain, sudah menjadi kerajaan hampir lapan tahun. Hanya dari 2020 hingga 2022 mereka tidak berada dalam kerajaan. Bila dah lama jadi kerajaan, moral high ground itu semakin hilang. Tambah pula dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu korporat mafia dan rasuah. Bila keadaan jadi begitu, ugutan emosi yang sama semakin hilang kesannya. "Kalau tak undi kami, Najib akan kembali." "Kalau tak undi kami, Rosmah akan kembali." Sampai satu ketika, pengundi pun akan tanya. Apa bezanya? Sekarang BN pula membawa naratif yang sama. "Jom bersatu. UMNO, PAS, Bersatu, Wawasan. Asalkan tiada DAP. Asalkan tiada PH." Mungkin mereka boleh menang. Tetapi kemenangan yang bergantung kepada ugutan emosi tidak akan bertahan lama. Sebab manusia akan sampai satu tahap, mereka mula kebal dengan ketakutan yang sama. Ugutan emosi ada tarikh luput. Tonton kupasan lanjut isu ini di Podcast YBM Episod 55:

Rafizi Ramli

18,432 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—ช๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜? ๐—•๐—˜๐—–๐—”๐—จ๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ ๐—ก๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini. Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan. Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke? Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN. BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami. Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan. Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa. Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE. Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu. Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik. Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza. Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih. Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia. Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya. Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga. Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri. Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat. Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing. Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari. Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini. Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit. Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil. Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut: Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026 Masa: Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam Tempat: Ruang Parkir Paragon Market Place 135, Jalan Tampoi Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini. Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di Klik Acara, pilih โ€œPengumuman Calon PRN Johorโ€ atau imbas kod QR. Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu. Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan. Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat. Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.

Rafizi Ramli

12,441 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด