
Zamir Mohyedin
@zamirmohyedin • 193,981 subscribers
Physicist | Solid-state physics & radiation physics | Author (latest book: Angkasaraya) | 📩: [email protected]
Shorts
Videos

Ular kena siat dengan Helang Ular Coklat (Brown Snake Eagle). Spesis helang ini memang makanan utamanya ular. Tinjauan pernah dibuat, 75% ular yang dia sebat adalah ular berbisa termasuklah Black Mamba. Kalau helang ini lebarkan sayapnya, boleh sampai hingga ke 2 meter (lebih panjang daripada purata saiz manusia). #TriviaZM
Zamir Mohyedin1,083,501 Aufrufe • vor 2 Jahren

Aku suka juga makan steak. Paling murah makan delat NY Steak Shack, dalam RM50. Paling mahal pernah bedal di Me'nate — beratus-ratus habis. Kalau setiap kali rasa nak makan, kena pergi tempat macam ini, barai juga. Jadi aku beli daging mentah di AEON — RM15-RM18. Pastu masak sendiri ikut tunjuk ajar Gordon Ramsay. Senang, cepat, murah. Steak ini antara makanan yang masa memasak lebih cepat daripada makan.
Zamir Mohyedin862,412 Aufrufe • vor 2 Jahren

Badak air nampak lunak. Tapi saintis anggap badak air sama bahaya dengan singa. Daya gigitannya adalah paling kuat dalam kalangan haiwan darat. Lebih kuat daripada singa & harimau. 500 orang mati diserang badak air setiap tahun berbanding singa (22 orang mati setahun). Badak air adalah mamalia darat terbesar selepas gajah dan badak sumbu. Beratnya boleh mencecah 1500 kg. Dalam BI badak air = hippopotamus yang sebenarnya bermaksud "kuda sungai". Menariknya, susur galur keturunan badak air lebih rapat dengan paus (whale) berbanding badak sumbu. Badak sumbu pula lebih rapat dengan kuda. #TriviaZM
Zamir Mohyedin863,619 Aufrufe • vor 2 Jahren

Semua haiwan dalam kumpulan catacea seperti paus, dolfin dan orca ada sirip. Tetapi disebalik sirip itu, rangka tulangnya hampir menyerupai tangan manusia. Leluhur kumpulan haiwan catacea iaitu Pakitecus tinggal di daratan 49 juta tahun dahulu. Ia haiwan darat yg cari makanan di sekitar air cetek. Ahli paleontologi mencadangkan Pakitecus merupakan haiwan perantara di antara mamalia darat dan paus. Keturunan Pakitecus mula menjadi haiwan akuatik sepenuhnya sekitar 5 juta hingga 10 juta tahun lalu. Orang selalu panggil paus sebagai "ikan paus" dan dolfin sebagai "ikan lumba-lumba". Tetapi mereka semua bukan ikan. Paus, dolfin dan orca ialah mamalia — bernafas dengan paru-paru dan menyusukan anak. Malah, paus banyak sebenarnya ciri mamalia lain yg menjadikannya lebih dekat dengan mamalia darat berbanding ikan.
Zamir Mohyedin118,337 Aufrufe • vor 4 Monaten

Ramai maklum Bumi beredar mengelilingi Matahari. Tapi Matahari juga bergerak & beredar. Seluruh sistem suria mengambil 250 juta tahun untuk lengkapkan satu peredaran. Setakat ini Matahari telah mengelilingi pusat galaksi sekitar 18 kali sejak kejadiannya 4.6 bilion tahun lalu.
Zamir Mohyedin386,703 Aufrufe • vor 3 Jahren

Saya dah pernah terangkan dalam video kenapa taufan lazimnya tak berlaku di Khatulistiwa.
Zamir Mohyedin140,602 Aufrufe • vor 1 Jahr

Jangankan gelombang-mikro, lampu infrared pun boleh jadi sumber tenaga elektrik. Dah ada teknologi teroka benda ini iaitu Wi-Charge. Bayangkan telefon takyah pasang kabel, terus cas sendiri dari jauh sebab ada lampu ini. Bayangkan teknologi buka WiFi bukan internet je dapat, tapi dapat sumber tenaga elektrik juga. Lampu Wi-Charge ini teknologi kuasa nirwayar pertama berasaskan sinaran elektromagnet.
Zamir Mohyedin183,734 Aufrufe • vor 2 Jahren

Lagu pembukaan cerita-cerita dongeng Nusantara masa kecik-kecik dulu — Dunia Khayalan.
Zamir Mohyedin88,095 Aufrufe • vor 2 Jahren

Kenapa saintis nak bangkitkan mamot dan haiwan pra-sejarah lain daripada kepupusan?
Zamir Mohyedin20,708 Aufrufe • vor 1 Jahr

Tahu tak macam mana telefon korang boleh dapat signal internet macam 5G?
Zamir Mohyedin12,328 Aufrufe • vor 11 Monaten
Keine weiteren Inhalte verfügbar