ะ—ะฐะณั€ัƒะทะบะฐ ะฒะธะดะตะพ...

ะะต ัƒะดะฐะปะพััŒ ะทะฐะณั€ัƒะทะธั‚ัŒ ะฒะธะดะตะพ

ะะฐ ะณะปะฐะฒะฝัƒัŽ

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan...

rafiziramli's profile picture

Rafizi Ramli

796,508 subscribers

31,328 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด โ€ขvia X (Twitter)

ะšะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ: 0

ะะตั‚ ะดะพัั‚ัƒะฟะฝั‹ั… ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะตะฒ

ะ—ะดะตััŒ ะฟะพัะฒัั‚ัั ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ ะธะท ะพั€ะธะณะธะฝะฐะปัŒะฝะพะณะพ ะฟะพัั‚ะฐ

ะŸะพั…ะพะถะธะต ะฒะธะดะตะพ

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿต | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ & ๐— ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—ฟ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ PMX, Anwar Ibrahim campur tangan untuk menghentikan perebutan dalam syarikat keselamatan strategik negara, NexG, itu laporan berita terkini dan akan diulas malam ini. Malam ini juga, dalam Podcast Yang Berhenti Menteri episod ke-39, 13 Mac 2026, kita akan ulas secara mendalam kemuncak bagaimana mafia korporat termasuklah nama-nama yang akan disebut seperti Farhash dan beberapa nama yang lain terpalit dan juga saling berkait dalam beberapa transaksi yang selalu dirujuk sebagai aktiviti-aktiviti yang sebelum ini mendapat liputan meluas berkaitan dengan SPRM, berkaitan dengan mafia korporat, berkaitan dengan syarikat strategik negara. Jadi jangan lupa tonton malam ini, episod yang sudah tentu panas, Podcast YBM, 13 Mac 2026 jam 10 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

18,081 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿณ: ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ถ๐˜€๐˜†๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ? ๐—ง๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—š๐—ฒ๐—ป ๐—ญ & ๐— ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—น๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฅ๐—จ Podcast YBM Episod ke 37 malam ini, selain daripada isu biasa dengan tetamu biasa kita iaitu Tan Sri Azam Baki, persoalan beliau akan kekal ataupun tidak. Yang paling penting malam ini kita akan mengupas mengenai trend politik dan juga sikap Gen Z dan millennials yang akan menentukan bagaimana pilihanraya umum yang akan datang ini akan ditentukan. Kita juga akan menyentuh mengenai pergolakan yang berterusan di dalam PKR, termasuk perkembangan terbaru bahawa saya besar kemungkinan akan diisytiharkan oleh mereka keluar parti. Supaya mereka boleh gugurkan saya daripada ahli parlimen. Juga sama penting jawapan daripada Kementerian Pendidikan mengenai bagaimana untuk menambahkan lagi masa di sekolah untuk mata pelajaran STEM. Jadi, jangan lupa malam ini, Podcast YBM, 27 Februari 2026, jam 10 malam.

Rafizi Ramli

11,544 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Ada yang tidak berpuas hati sebab saya cuit mengenai sambungan kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga beliau mengungkit secara terbuka yang saya pun sudah tidak suka dia. Nanti saya ulas panjang lebar pasal ni dalam podcast YBM episod 26, malam esok, hari Jumaat 12 Disember jam 9 malam. Selain isu SPRM, saya juga akan ulas isu pengiktirafan UEC, tindakan kerajaan Terengganu halau Felda dan pergolakan dalaman BN dan PN. Berbalik kepada soal SPRM, so betul ke saya tak nak kawan dengan Tan Sri Azam Baki? Saya sebenarnya emotionally dead. Jarang sangat la saya simpan rasa - marah ke, dendam ke, kecik hati ke - kepada sesiapa pun. Saya anggap kalau sesuatu tindakan itu adalah tanggungjawab saya, maka saya kena buat la. Kalau bersuara itu adalah sebahagian dari tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen, saya sebut apa yang saya percaya perkara yang perlu disebut. Jadi ini bukan soal saya suka dengan Tan Sri Azam Baki ke tidak. Ia soal kredibiliti SPRM dan menjadi tanggungjawab saya menyampaikan pandangan rakyat bahawa kita ada masalah jika rakyat kurang yakin dengan kebebasan SPRM. Nak dengar lebih lanjut - jangan lupa podcast YBM malam esok.

Rafizi Ramli

25,666 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,778 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—ฅ ๐—ฅ? ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐——๐—จ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—”? ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Petang tadi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh memanggil satu sidang media. Ia ekoran spekulasi yang timbul setelah Victor Chin, salah seorang yang dinamakan di dalam laporan Bloomberg mengenai mafia korporat, mendakwa dia telah membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR untuk menyelesaikan kes itu. Sidang media itu lebih kurang 25 minit. 10 minit mengenai Victor Chin, yang selebihnya Ramanan maki saya. Antara lain, dia tuduh: 1 - Saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin 2 - Saya seorang menteri yang gagal dan penakut Kalau nak tahu siapa Mr R, jangan skip content. Tunggu sampai habis sebab saya akan tunjukkan siapa Mr R. Kita mula dengan latar belakang drama politik terbaru ini. Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan. Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat. Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada 2 isu: 1 - Seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak โ€œbossโ€ nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham 2 - Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh โ€œkawtimโ€ dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguatkuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan Walau bagaimana pun, oleh kerana netizen tidak ada akses kepada dokumen 40 muka surat itu, ramai yang terkeliru bahawa Mr R itulah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta dari Victor Chin. Ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R. Saya sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan. Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami. Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar - syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar. Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza. Saya boleh namakan terus siapa Mr R berdasarkan maklumat yang didakwa oleh Victor Chin, tapi tunggu di hujung video. Sebab bagi saya isu yang sama besar ialah dakwaan Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat ini bagi pihaknya. Bila ia telah dilaporkan, netizen akan berteka-teka. Sebab itu saya dan YB Rodziah awal-awal lagi menafikan. Tetapi netizen pun pandai buat siasatan ala CSI mereka sendiri. Untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut: Pertama, seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kedua, dia mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Farhash, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash. Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash. Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini. Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan. Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan. Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen. Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu. Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin. Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini? Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya - wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai. Si pelaku yang menerima rasuah itu mungkin boleh mendabik dada dan menafikan terlibat kerana yakin Victor Chin tidak ada bukti. Lagi-lagi, dia juga yakin tidak ada bukti kerana bukan dia sendiri yang sendiri yang mengambil duit tunai itu. Dia juga boleh memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah berjumpa Victor Chin. Tetapi kalau Victor Chin berani memberi ultimatum terbuka agar wang RM9.5 juta itu dipulangkan semula sebelum 30 Mac, jika tidak dia akan menamakan ahli parlimen itu, ia bermakna Victor Chin sudah simpan bukti. Bila berhubung dengan Victor Chin di telefon, percakapan itu mungkin direkod. Bila orang yang dipercayai ahli parlimen itu mengambil duit tersebut, bukti video dan gambar juga telah ada. Kalau tidak, Victor Chin tidak berani buat ultimatum sebegitu. Jadi kes ini akan hanya ada 2 pengakhiran - sama ada 30 Mac ini ahli parlimen itu dinamakan secara terbuka, atau ia mati begitu sahaja. Kalau mati begitu sahaja, kita tahu bahawa ahli parlimen itu telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang Victor Chin kepada ah long, sebab Victor Chin ambil wang itu dari ah long untuk dibayar. Siapa yang ada kemampuan mencari RM9.5 juta dalam tempoh 5 hari? Kita tunggu la selepas ini. Saya dah jelaskan mengenai RM9.5 juta, seterusnya kepada teka teki nasional - siapa Mr R? Ha3 ingat ahli politik lain saja yang boleh scam orang, saya pun boleh juga. Cuma saya tak scam duit la. Saya scam content saja. Esok saya dedahkan siapa Mr R sebab saya masih dalam mood raya, kena balik beraya jap.

Rafizi Ramli

58,570 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ข๐—ข๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ฃ๐—›! ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ, ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg. Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap. Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Ini reaksi beliau (tonton di video). Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri: โ€œOrang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.โ€ โ€œBaca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masingโ€ Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada. Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX. Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM. Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut. Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Datoโ€™ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau. Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan. Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang. Jawapan kedua โ€œnak suruh ambil perasuah jagaโ€. Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau. PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni. Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah. Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah. Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.

Rafizi Ramli

76,501 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” Sesi Parlimen dinamakan mengikut tatacara khusus. Bagi tahun 2026, ini adalah: Mesyuarat Pertama - maksudnya mesyuarat kali pertama dalam tahun ini Penggal Kelima - maksudnya tahun kelima, sebab penggal pertama bermula masa angkat sumpah dalam Disember 2022 Parlimen ke-15 - maksudnya parlimen ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan pentadbiran susulan keputusan PRU15. Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga awal Mac 2026. Sebahagiannya adalah untuk membahaskan Titah Diraja bersempena pembukaan Parlimen, selepas itu kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu diluluskan. Sudah tentu, tiap-tiap hari akan ada soalan-soalan Parlimen yang perlu dijawab oleh kerajaan. Saya akan menumpukan kepada beberapa perkara dalam mesyuarat pertama ini. Selain dari meneliti prestasi ekonomi dan cadangan-cadangan supaya negara mempercepatkan perubahan struktur ekonomi, iaitu pengkhususan yang saya ambil di Parlimen sejak dahulu lagi, saya juga akan menyusun bersama-sama rakan-rakan ahli parlimen yang lain untuk memberi tumpuan kepada cadangan DPA (deferred prosecution agreement, atau perjanjian pendakwaan tertangguh) untuk diperhalusi. Setakat ini, saya merasakan cadangan SPRM ini sangat tidak popular dikalangan rakyat kerana melihatnya tidak adil kepada rakyat biasa, apabila syarikat dan individu kaya yang dituduh ada salah laku melibatkan lebih RM100 juta boleh berunding untuk didakwa, asalkan ada bentuk-bentuk pampasan kewangan kepada kerajaan. Sedangkan seorang rakyat biasa yang mengambil barang dapur di kedai bernilai kurang RM500 didakwa dan dipenjara. Ada penyokong dan ceplos-ceplos PKR yang selalu memperli saya kenapa saya tidak berani berdepan dengan menanyakan terus di Parlimen kepada Perdana Menteri. Soalan-soalan yang dikemukakan akan ditapis oleh kerajaan. Soalan yang naik juga ditentukan oleh kerajaan. Soalan yang dijawab Perdana Menteri atau menteri-menteri juga ditentukan kerajaan. Selalunya soalan-soalan ini dibenarkan naik kerana kerajaan ada jawapan yang dirasakan boleh pukul pembangkang. Bila Perdana Menteri atau menteri-menteri jawab, yang bertanya tidak ada peluang untuk jawab balik kerana tatacara perbahasan, iaitu hanya boleh bertanya dan bukan membalas balik. Sebab itu, saya tidak pernah menggunakan proses kemuka soalan di Parlimen sebagai medan berpolitik. Soalan-soalan yang saya tanya ialah untuk mendapatkan fakta yang tidak boleh diperolehi dari sumber awam. Medan menyampaikan maklumat, berhujah, mengkritik, memberi pandangan adalah lebih luas dari sidang parlimen. Terlibat di dalam urusan parlimen - bertanya soalan, berbahas, membuat usul - itu adalah perkara minima bagi seorang ahli parlimen. Tugas hakiki adalah membawa suara rakyat ke medan yang lebih besar di luar parlimen, agar kita boleh membawa perubahan dalam masyarakat. Moga penggal kelima parlimen tahun 2026 ini lebih bermutu, membawa pencerahan dan mencerdikkan kita semua.

Rafizi Ramli

12,104 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—š๐—”๐——๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”? Ada macam-macam reaksi mengenai perjanjian tariff yang ditandatangani di antara Malaysia dan Amerika Syarikat bersempena dengan lawatan Presiden Trump baru-baru ini. Pembangkang memanggilnya perjanjian syaitan ha3. Ahli Parlimen Pasir Gudang berucap dengan penuh semangat dan menuntut jawapan kenapa kerajaan serah RM1 trillion kepada Amerika Syarikat. Sudah tentu ramai yang mahu tahu pendirian dan pendapat saya. Perjanjian ini dirundingkan oleh Menteri MITI, Tengku Zafrul bagi pihak kerajaan. Kebiasaannya setelah habis semua rundingan dan draf telah siap, barulah dibawa ke Kabinet. Kalaupun ada ruang untuk mengubahnya, ruang itu agak terhad, besar kemungkinan kerana kesuntukan masa. Kalaupun ada anggota Kabinet yang tidak bersetuju, akhirnya keputusan Perdana Menteri itu akan memuktamadkan keputusan Kabinet, cuma pandangan yang berbeza akan direkodkan dalam minit mesyuarat Kabinet. Besar kemungkinan kita tidak akan tahu sampai bila-bila apa yang dibincangkan. Jadi jalan yang adil untuk menilai perjanjian ini ialah dengan menelitinya perkataan demi perkataan, kemudian dibandingkan pula dengan perjanjian tariff negara Asean yang lain. Kita juga boleh cuba membuat cost benefit analysis (CBA) untuk menganggarkan kesan kewangan kepada negara. Saya sedang melakukan perkara-perkara ini sebelum saya membuka mulut. Insya Allah, saya akan kongsi beberapa perkara setakat penelitian saya dalam podcast YBM Jumaat, 31 Oktober ini. Jangan lupa saksikan podcast YBM Jumaat ini bermula jam 9 malam.

Rafizi Ramli

33,149 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—•๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ช๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ.๐Ÿฒ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก, ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Jangan lupa tonton podcast YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam di saluran YouTube saya. Kami akan rakam pagi Jumaat dan disiarkan bermula jam 10 malam selepas solat tarawih. Isu yang saya akan kupas minggu ini memang berat: Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Satu berhubung perjanjian negara dengan ARM, syarikat cip semikonduktor gergasi dunia. SPRM telah buka kertas siasatan, kononnya untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara. Ini yang jadi bahan berita konon โ€œbekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billionโ€. Satu lagi mengenai satu projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi, iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra. Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon โ€œRafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billionโ€. Semua ini timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Datoโ€™ Seri Najib. Datoโ€™ Seri Najib disabitkan bersalah bila ada RM2.3 bilion masuk akaun peribadi dari dana 1MDB. Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion - fuyooooo lagi banyak dari Najib! Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan overkill. Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi overkill. Kami yang GenX ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu - fitnah yang menjadi overkill. Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami yang rakyat biasa turun membela Anwar Ibrahim yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Malangnya, Anwar Ibrahim kini membenarkan fitnah yang overkill dijaja oleh penyokong-penyokongnya setiap hari, kerana kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Benarlah manusia ini mudah lupa. Jadi nak dengar kupasan penuh, jangan lupa tonton YBM hari Jumaat ini, 20 Februari 2026 bermula jam 10 malam.

Rafizi Ramli

63,778 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—™๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป? Podcast YBM Episod 56 akan bersiaran seperti biasa hari ini (24 Julai, Jumaat) pada jam 9 malam. Podcast YBM malam ini akan tertumpu kepada isu politik di Malaysia secara khusus berkenaan wang rakyat yang hilang. Saya akan mengupas secara terperinci berkenaan latar belakang kehilangan wang pencen negara sekitar RM167 juta dalam pelaburan KWAP di sebuah syarikat pemula (startup) Indonesia, iaitu e-Fishery, dan bagaimana risiko yang ada itu juga berkait dengan kontroversi-kontroversi minggu lalu seperti Network School dan Tabung Haji. Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Bagaimana kita nak pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Saya juga akan mengupas soalan-soalan paling panas di warong kopi iaitu adakah Kerajaan MADANI di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ini boleh bertahan sehingga 2028, dan sekiranya tidak bertahan, bila agaknya akan jatuh? Seperti biasa, jumpa saya dan Haziq malam ini di Podcast YBM Episod 56 jam 9 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

13,534 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 19 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 10 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก #๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ญ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐—–๐—”๐—  ๐—ž๐—จ๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก Saya akan turun menyertai satu himpunan yang diwar-warkan oleh Bersih dan dianjurkan gabungan kumpulan anak-anak muda pada hari Ahad ini, 15 Februari 2026. Tempat: di sekitar Sogo Waktu: bermula jam 4 petang Himpunan ini dipanggil oleh Sekretariat Tangkap Azam Baki untuk menzahirkan tuntutan reaksi rakyat kepada pendedahan-pendedahan mengenai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di SPRM, terutamanya tuduhan-tuduhan terhadap Tan Sri Azam Baki. Bagi mereka yang berkelapangan, saya jemput bersama. Bagi yang tak pernah sertai himpunan, jangan bimbang. Memang betul kita ni kecil saja. Rakyat biasa. Jadi melawan rasuah, apatah lagi bila yang dituduh itu ada kuasa besar, ibarat seekor kucing bertempur melawan Ultraman. Tapi jangan bimbang. Kalau kita di pihak yang benar, Insya Allah kucing pun boleh menang dengan Ultraman.

Rafizi Ramli

28,294 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ช๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜? ๐—•๐—˜๐—–๐—”๐—จ๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ ๐—ก๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini. Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan. Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke? Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN. BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami. Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan. Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa. Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE. Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu. Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik. Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza. Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih. Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia. Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya. Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga. Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri. Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat. Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing. Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari. Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini. Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit. Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil. Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut: Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026 Masa: Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam Tempat: Ruang Parkir Paragon Market Place 135, Jalan Tampoi Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini. Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di Klik Acara, pilih โ€œPengumuman Calon PRN Johorโ€ atau imbas kod QR. Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu. Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan. Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat. Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.

Rafizi Ramli

12,370 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™, ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ข๐—ž ๐—ž๐—˜๐—–๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ? Saya dan 2 lagi ahli parlimen PKR, YB Setiawangsa Nik Nazmi dan YB Subang Wong Chen dikecam teruk oleh penyokong kerajaan apabila kami memberikan beberapa saranan untuk melindungi kedaulatan negara akibat dari kesan buruk perjanjian tarif dengan Amerika Syarikat. Ada yang suruh keluar parti, ada yang kata kami meroyan sebab kalah pemilihan, ada yang suruh saya jual nasi lemak saja. Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu. Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu. Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat. Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri. Begitu juga dengan saranan yang kita perlu semak dengan negara-negara serantau supaya perjanjian kita setara, supaya jangan sampai keadaan yang perjanjian Malaysia nampak terlalu memihak kepada Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain. Pengakuan Zafrul yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan kami ada asasnya. Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan? Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat. Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu. Semangat inilah yang meletakkan PKR di depan membela rakyat dalam isu-isu besar negara seperti membongkarkan skandal-skandal seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, MARA dan LCS. Semangat itu juga yang mendapat sokongan rakyat sehingga menjadikan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau semangat ini luntur dalam PKR, terutamanya bila ada geng-geng lompat masuk parti yang beriya-iya membodek sehingga isu rakyat tidak boleh dibawa atas alasan jangan kritik kerajaan, lepas ini geng-geng ini kena cari parti baru sebab tak lamalah PKR akan jadi kerajaan.

Rafizi Ramli

126,334 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—œ๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ: ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang โ€œlikeโ€ dan โ€œshareโ€ setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: โ€œNever doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." โ€œJangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama iniโ€. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?

Rafizi Ramli

10,768 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,389 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Berita wajib tiap-tiap hari kebelakangan ini ialah โ€œRafizi Menteri Paling Gagal, Patut Bersara Dari Politikโ€. Seluruh media; dari media perdana ke media ceplos akan ulang perkara yang sama. Koordinasi berita-berita ini sangat baik. Sudah tentu serangan dan naratif โ€œmenteri gagalโ€ ini disusun; ada kumpulan berpengaruh di belakang naratif ini. Sebabnya individu-individu yang buat serangan dan gesaan ini, orang pun tak kenal. Kalau tidak disusun, saya tak rasa media-media utama di negara ini sudi menghabiskan ruang media mereka melaporkan komen-komen mereka. Ini antara individu-individu yang disusun untuk mengulangi serangan - cuba tengok mana yang betul-betul anda kenal sebelum ini: Ng Lum Yong - konon pengasas PKR yang kemudian masuk MCA dan tiap-tiap hari maki Anwar Ibrahim sebelum ini Faizan Mohd Noor - konon aktivis politik? Eyh aktivis politik senang-senang masuk berita, berlambak lagi menteri yang berhari-hari media tak cover Mahmud Epah - yang dapat 721 undi sahaja dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas Saya akan jawab tuduhan-tuduhan โ€œmenteri gagalโ€ ini dalam Podcast YBM #42 hari Jumaat ini. Saya tidaklah terkejut dengan serangan-serangan ini kerana ia cubaan untuk mengalih perhatian. Tapi saya juga sedar saya pun ada banyak perkara yang gagal. Saya gagal berdiam diri bila saya rasa ada rasuah, lagi tinggi pangkat, lagi kuat saya bersuara. Sebahagian kegagalan saya itu ada kesan kepada masyarakat. Minggu ini, Datoโ€™ Seri Najib diarahkan membayar lebih RM5 bilion kepada kerajaan akibat penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB. Masa saya mula-mula dedah mengenai SRC dan 1MDB, ramai pencacai yang memaki fitnah, gagal, sotong dan macam-macam. Minggu ini, mahkamah membuktikan kegagalan saya itu ada kebenaran. Minggu ini juga, kenyataan saya yang menamakan Naib Presiden PKR, R Ramanan sebagai ahli parlimen yang menerima RM9.5 juta dari Victor Chin dalam kes mafia korporat masih tidak dicabar. Saya juga gagal dalam membodek. Kalau harga tidak membodek itu bermakna saya diserang, dimaki atau dicerca, saya gagal takut dan tidak sekali-kali akan membodek sesiapa pun yang berkuasa. Saya juga gagal berhenti walau disiasat, disaman, dikenakan tekanan. Jumlah kes dan siasatan yang saya terpaksa lalui sejak 2010 hingga sekarang sudah mencecah 20 kes, sebahagiannya menyebabkan saya dilokap dan dijatuhkan hukuman penjara. Tapi saya tetap gagal berhenti. Yang paling saya gagal ialah saya gagal meletakkan kepentingan peribadi dan keluarga saya setelah saya pikul amanah jadi ahli parlimen. Setelah anak saya diserang, isteri saya diugut, sepatutnya saya ikut saja apa yang mereka mahu - saya berhenti dari politik, cium tangan dan membodek, walaupun saya tahu ada perkara yang tidak kena. Tapi sebab saya sudah setuju untuk pikul amanah, mahu tidak mahu, selagi itulah saya perlu teruskan kegagalan saya. Biarlah gagal di mata manusia, apatah lagi di mata pencacai berbayar, daripada gagal di mata Allah.

Rafizi Ramli

21,768 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”? Hari ini, 21 Mei 2026, jam 1256 tengahari, saya baru saya mendaftar menjadi ahli baru BERSAMA. Saya kini menjadi ahli biasa BERSAMA dan nombor keahlian saya agaknya lebih corot berbanding yang lebih awal sertai sejak hari Ahad. Macam mana nak tahu kita ahli nombor berapa bila dapat nombor keahlian? Nombor keahlian BERSAMA ada 14 digit. 2 digit - 4 digit - 4 digit - 4 digit 2 digit pertama ialah kod negeri yang anda pilih untuk bergiat. 4 digit seterusnya ialah kod parlimen yang ada pilih untuk bergiat. Nombor siri keahlian ialah 8 digit seterusnya dan nombor siri ini terpakai untuk seluruh negara. Jadi jika nombor keahlian anda ialah 12 0173 0000 9242, itu bermakna anda adalah ahli yang ke 9,242 mendaftar sejak Ahad dan akan bergiat aktif di parlimen Putatan, negeri Sabah. Contoh ini adalah pendaftaran yang sebenar, tahniah dan terima kasih kepada Agustinus dari Sabah. Ramai yang menghantar mesej kepada saya menawarkan diri untuk membuka cawangan di daerah atau negeri. Nasihat saya ialah untuk mendaftar sebagai ahli di dahulu. Proses untuk menyusun organisasi akar umbi itu akan berlaku dalam tempoh sebulan dari sekarang. BERSAMA mesti mengambil pendekatan sang kancil, iaitu mencari kaedah yang paling optimum dan berkesan dalam menyusun organisasi akar umbi supaya kita tangkas, cerdik dan berani. Pendekatan yang akan diambil oleh BERSAMA dalam menyusun organisasi akar umbi tidak sama dengan organisasi parti lain yang ada. Oleh itu, saya mohon supaya semua yang berminat mendaftar menjadi ahli dan kempenlah dengan keluarga, rakan-rakan untuk turut sama mendaftar. Panduan seterusnya untuk menyusun organisasi akar umbi akan dibuat dalam tempoh sebulan dari sekarang. Jangan lupa daftar sebagai ahli BERSAMA di

Rafizi Ramli

29,039 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi. Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015. Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib Razak dahulu. Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji. Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad. Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun. Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji. Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok: i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit; ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โ€˜bail-outโ€™ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun); iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain); iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan v. โ€˜Bail outโ€™ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โ€˜bail outโ€™ itu pada tarikh matang. Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah: a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan; b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji. Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras. Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu. Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji. Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini. Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji. Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam. ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

36,120 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 11 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด