Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Interview masa 2 bulan sebelum PRU15 Anthony Loke sembang pasai integriti. Tapi sekarang, selepas menjadi kerajaan Perpaduan, langsung takdak bunyi noh🤷🏽‍♂️ Berani ka dia tanya TPM Wak pasai isu ini?🤣

18,948 Aufrufe • vor 3 Jahren •via X (Twitter)

8 Kommentare

Profilbild von tedmzs1772
tedmzs1772vor 3 Jahren

@anthonyloke bagi larr comments pasal @DrZahidHamidi sekarang. Boleh ??

Profilbild von .
.vor 3 Jahren

Silap-silap kena lipat balik🤣🤣🤣🤣

Profilbild von Zue
Zuevor 3 Jahren

Maybe Birds of Feathers flocks together 😰😱

Profilbild von Zue
Zuevor 3 Jahren

With this black & white, both are to be strike out, zero integrity. Rakyat Please bear that in mind as long as zero integrity, they should NoT be trusted & should NOT be in Politics at all😰😒zero character

Profilbild von Faiz Rahmad
Faiz Rahmadvor 3 Jahren

Aku pn xsure la bob… peninnnnn

Profilbild von .
.vor 3 Jahren

@FaizRahmad2 Jangan pening2..skrg depa pakat lawan tunggang

Profilbild von mohd
mohdvor 3 Jahren

Alhamdulillah ada penyelesaian...harap 33 bln urus tadbir senyop...tak ada bunyi

Profilbild von .
.vor 3 Jahren

Skrip yang sama ‘33 bulan blaa..blaa..’ kahakahakah

Ähnliche Videos

KEHEBATAN ANAK MUDA Melintas nama Syed Ali di timeline berkali-kali harini. So aku kongsikan petikan video yang mengandungi soalan panas dan kritikal dari beliau untuk sesiapa yang terlepas nak menonton temu anwar Johor. Yang paling menarik perhatian adalah soalan kedua beliau tentang reformasi penerangan. Aku suka cara dia susun ayat untuk menyoal disamping dengan jelas dan berani memetik terus pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam isu yang dia cuba highlight. Tapi maaflah, jawapan dari PMX bagi aku tak berapa solid. Sedangkan soalan Syed Ali tu cukup jelas dah bagitau tentang kelemahan dan kekurangan media/penerangan PH. PMX mintak mahasiswa pulak yang tolong cover. Lepastu bagi contoh fitnah-fitnah yg dah berlegar. Ya, wahai Anwar Ibrahim kami pun dah cukup maklum dah dengan segala fitnah yang berlegar. Soalan pentingnya sekarang, bila dan macamana nak reform penerangan PH/unity gov ni? Bagi ada pasukan penerangan kerajaan yang mantap supaya tak kena buli dengan permainan fitnah pembangkang? Punya teruk kerajaan perpaduan ni jadi mangsa naratif pembangkang sampai tahap pembangkang nampak lagi kuat dari kerajaan dan kerajaan pulak nampak mcm pembangkang. Even di pejabat-pejabat kerajaan, naratif pembangkang lah yang lebih menjadi buah mulut makcik dan pakcik bawang kaki forward berita palsu dalam group whatsapp tempat kerja. Sampai bila nak suruh orang bekap kerajaan secara probono? Agensi-agensi dengan jabatan sedia ada tu untuk apa? Sampai bila nak bagi depa syok goyang teloq ja? Depa tu dibayar dengan duit rakyat tau untuk buat kerja-kerja penerangan, tangkis fitnah apa semua. Kalau tak boleh berfungsi dengan baik, then mansuhkan ja la dari baziaq dok bela isi tembolok depa tapi takdak hasil. Selagi tiada reformasi penerangan, selagi itulah kerja keras kerajaan perpaduan ini akan jadi sia-sia dan ditenggelami dengan segala fitnah dan tohmahan jijik pihak lawan. So jangan buang masa, REFORM!

Injang

256,442 Aufrufe • vor 2 Jahren

HOTMAN BACUL JUGA!!!🤣 MANA NYALI MU BUNG, MASA SEGINI DOANK🤏. PAKAI ROK SAJA SANA.😅 HOTMAN BACUL, HOTMAN BACUL, HOTMAN.....BACUL..... Hotman Paris Mendadak Mundur Jadi Pengacara Febrie Adriansyah? Alasan SAKIT Cuma Cover Up?! Kabar mengejutkan datang saat Hotman Paris tiba-tiba mengumumkan pengunduran dirinya wak. Alasannya? FAKTOR KESEHATAN. 🤣. Tapi awak jelas gak segampang itu dibodohi! Awak mulai curiga, apakah SAKIT ini cuma alasan aman untuk kabur sebelum semuanya meledak? 🔥 Mari kita bedah spekulasi dan kejanggalan di baliknya wak. 1. Takut Aib Sendiri Dibongkar Anak? Isu internal keluarga dan tuduhan/aib yang kabarnya siap dibeberkan sang anak makin santer terdengar. Apakah ini langkah panik sebelum KARTU MATINYA dibuka ke publik? 2. Ancaman Usut Kembali Kasus Kematian Keponakan? Kasus baru kemaren terkait kematian sang keponakan yang sempat membisu kini kembali jadi sorotan. Jika kasus ini diusut ulang secara transparan, apakah ada nama besar yang bakal terseret hingga ancaman penjara? 3. Ketakutan Soal Tracing TPPU? Bukan rahasia umum kalau aliran dana besar kerap menyertai kasus-kasus papan atas. Apakah pengunduran diri ini bentuk PUTARBALIK karena takut jejak TPPU lain ikut terendus penegak hukum? Dari dulu gagah berani di depan kamera, kok sekarang mendadak SAKIT WIR dan mundur teratur saat tekanan makin tinggi? Apakah ini murni masalah kesehatan, atau strategi menyelamatkan diri sebelum skandal yang lebih besar membanting kariernya? Bagaimana menurut kalian? Spill opini kalian di kolom komentar! 👇🔥

Sumatera Adil & Federal

17,952 Aufrufe • vor 22 Tagen

𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗔, 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗥𝗠𝟳𝟱𝟬 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗩𝗘𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗖𝗛𝗜𝗡𝗘 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗔𝗛 Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Boleh tonton teguran Ramanan kepada Dato’ Seri Anwar di video ini. Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut. Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita. Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Dato’ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah “gedegum”, berbulan-bulan dia kena troll. Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Faktanya begini: Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan. Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi. Dari zaman Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi. Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya. Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad. Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima. Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Dato’ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis: 1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai 2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung. Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin. Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil. Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan. Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur: 1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk 2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan 3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN. Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu: Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5. Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian. Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun. Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN. Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta. Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah. Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat. Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat. Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.

Rafizi Ramli

47,032 Aufrufe • vor 4 Monaten

𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗞𝗥 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗞𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗧 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗧𝗬𝗟𝗘 𝗕𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗨𝗚𝗔𝗞 Satu perkara yang membezakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Dato’ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Dato’ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata “he wants to have a cake and eat it too”. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang “strong, formidable and convincing”, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: “biarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjut”. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Dato’ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,778 Aufrufe • vor 5 Monaten

Saya bentangkan rekod kenaikan harga makanan dari 2011 hingga 2024 dalam penggulungan Belanjawan 2025. Hakikatnya sesiapa pun yang jadi kerajaan, kita akan menggunakan data yang sama iaitu daripada DOSM. Sementara kita boleh berbeza pendapat, mengenai bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan atau pendekatannya, janganlah sehingga kita menidakkan data rasmi inflasi seolah-olah data itu tidak melambangkan keadaan sebenar rakyat kerana banyak perbahasan yang menjurus ke arah itu. Data inflasi setiap bulan ini memberi dua gambaran penting. Pertama, ia memberi trend peningkatan harga keseluruhan kerana angka inflasi adalah angka komposit yang menggabungkan kenaikan mengikut kategori seperti makanan mentah, makanan siap dibeli, makanan di restoran, elektrik, api pengangkutan dan sebagainya. Sama ada data 2% atau 1.9% itu adalah data komposit yang telah pun dikira mengikut wajaran dan ini adalah standard antarabangsa bukan hanya digunakan di Malaysia. Kedua, data inflasi menunjukkan berapa tinggi kenaikan itu berlaku. Jika kita amati laporan inflasi setiap bulan, ada saling kait antara angka inflasi keseluruhan dengan kenaikan mengikut kategori tertentu. Bagi bulan September 2024, kadar inflasi adalah 1.8% dan kadar kenaikan harga makanan & minuman, kerana ini yang selalu dilontarkan. Angka inflasi itu banyak itu, 2% tapi kita di bawah ini terbeban dengan harga makanan dan minuman yang tinggi. Jadi saya tengok satu persatu, kalau untuk September 2024, kadar inflasi keseluruhan 1.8%. Kadar kenaikan harga makanan dan minuman dan ini wajaran paling besar 29.8%, kadarnya hanyalah 1.6% lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Kenaikan harga makanan dan minuman pada 1.6%, bagi September 2024 ini, boleh diberikan perspektif berbanding rekod-rekod kenaikan harga makanan dan minuman sejak 2011. Saya semak tiap-tiap bulan, kenaikan harga barang dan minuman yang jadi komponen inflasi itu sejak tahun 2011 mengikut data DOSM. Di antara tahun 2011 hingga 2018, kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan 2% hingga 5.7%. Hanya beberapa bulan sahaja dalam tahun 2011 ke tahun 2018 itu yang kadar kenaikan harga makanan itu dalam lingkungan 2% kepada 3%. Majoritinya adalah 3% hingga 5% iaitu lebih dua kali ganda daripada kenaikan yang kita ada sekarang ini September 2024. Kemudian, selepas Mei 2018, kerajaan bertukar, inflasi makanan dan minuman adalah paling rendah pada Julai 2018. Daripada 2011 hingga ke 2024, inflasi makanan dan minuman adalah palng rendah adalah dalam bulan Julai 2018 iaitu 0.7%. Kemudian kekal rendah hingga ke Mei 2019 tetapi mula naik kepada 1.2% iaitu kesan daripada penghapusan GST pada ketika itu. Selepas itu, kenaikan harga makanan dan minuman naik semula daripada Jun 2019 itu dia mula naik dan melebihi 2% daripada itu dan hanya turun sekejap semasa COVID kerana permintaan kurang. Itu pun semasa COVID, kenaikan harga makanan & minuman ini tak banyak beza daripada yang ada sekarang iaitu 1.3% hingga 1.9% julat dia. Jadi dalam keadaan ekonomi merudum masa itu takda permintaan, berbanding dengan keadaan sekarang, kadar inflasi kenaikan harga barang makanan dan minuman boleh dibandingkan dengan zaman COVID yang ada sekarang ini. Bermula Oktober 2021, kenaikan harga barang makanan & minuman mula naik mendadak dari 1.9% Oktober 2021 kepada 7.2% dalam bulan Ogos 2022. Kenaikan harga makanan & minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023. Mac 2023, 6.9% kepada 4.1% bagi Ogos 2023, kemudian 2% bagji Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6% bagi September 2024. Maknanya, jika kita teliti semua data ini dari 2011 hingga 2024, prestasi mengawal inflasi, terutamanya kenaikan harga makanan dan minuman adalah terbaik sejak Kerajaan Madani mengambil alih Dari tahun 2011, hanya ada satu tempoh masa saja iaitu Julai 2018 hingga Mei 2019 akibat penghapusan GST yang mana kenaikan harga makanan dan minuman adalah lebih rendah daripada apa yang ada sekarang. Saya huraikan semua ini supaya jangan mudah menuduh kerajaan memutar belit angka ekonomi. Semua ini ada di segala laporan. Sedangkan jika dalam perbahasan, saya tengok dalam perbahasan ada yang sewenang-wenangnya mengatakan harga makanan naik sampai 30%, sampai 20% sedangkan data rasmi yang dikumpul itu keadaannya sangat berbeza dan DOSM inilah yang turut akan membekalkan data rasmi sekiranya pembangkang akan menjadi kerajaan ataupun semasa pembangkang jadi kerajaan dahulu, data yang sama itu jugalah yang digunakan

Rafizi Ramli

32,101 Aufrufe • vor 1 Jahr

Yb Steven Sim Steven Sim 🇲🇾 jadi MP Bukit Mertajam dah nak masuk 3 penggal, dari status MP pembangkang sampai menjadi MP kerajaan dan seterusnya menjadi menteri.. Rasanya, semua orang puas hati tak kira Melayu, Cina dan India dgn YB Steven Sim ni.. Kenapa YB keluar statement defend minority rights tu mudah je, sebab YB memang jaga semua kaum.. bukan isu satu kaum sahaja..Tak dak isu dia defend kuil ka, defend dia ka disebabkan Hospital BM susah nak operasi.. tiba-tiba ada dua hamba Allah nama Tamim dgn Zamri dok provoke kuil depan Hospital BM yang sebenarnya perbincangan panjang sedang berjalan. Kononnya, hospital BM susah nak operasi.. Aku rasa, aku perlu highlight sekali lagi perkara ini sebab Hospital BM ni cukup dekat dengan hati masyarakat Bukit Mertajam sebab dh melalui proses naiktaraf yang cukup besar oleh MP Steven Sim, tambah-tambah lepas dia jadi Menteri sehinggalah hospital BM mendapat pengiktirafan hospital paling lestari di Asia, selain dari itu, Hospital BM juga mendapat pengiktirafan sebagai hospital minor specialist terbaik di Malaysia dalam kategori tertentu pada penghujung 2025. Sebab apa? sebab usaha Yb Steven Sim untuk tambah fasiliti dan naiktaraf Hospital BM. 1. Peruntukan RM200,000 naiktaraf tandas hospital yang lebih bersih, moden dan mesra OKU 2. ⁠Naiktaraf bangunan sedia ada menjadi Klinik Pakar Mata baharu yang menelan belanja RM470,000 3. Menerima mesin CT Scan terbaru yang berharga RM5.5juta setelah 10 tahun menanti 4. ⁠Perbincangan "major upgrade" untuk hospital BM yang berusia 130 tahun dengan kerajaan negeri dan persekutuan untuk kekurangan parking, tempat menunggu sesak serta peralatan yang uzur. 5. ⁠Peruntukan lebih RM200,000 untuk upgrade air-cond di Hospital BM dan banyak lagi yang dibuat oleh YB Stevem Sim tak kira dia pembangkang atau menjadi kerajaan. Jadi, kenapa ada orang luar nak ganggu gugat usaha baik ini? Lepas tamim dan zamri tu buat kacau bilau, kuil tu boleh selesai ke? Ambil contoh kuil dalam tanah Jakel pun perlu masa untuk pindah Segala isu sedang diselesaikan, dari Hospital untuk rakyat, fasiliti rumah ibadat rakyat. semuanya sedang diselesaikan. Tapi demo dan buat huru hara sampai rosakkan hubungan antara orang Melayu dan India bukanlah satu jalan penyelesaian di BM

Kim 🇲🇾

17,527 Aufrufe • vor 5 Monaten

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar “isu media sosial”. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang “makan”. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan 𝘷𝘦𝘴𝘵𝘦𝘥 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘦𝘴𝘵 yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah “redha” wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, “dia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.” Macam “lambai dapat 100”, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu “hal dia”. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: “pendakwaan terpilih”. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab “alah, game politik je.” Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif “terpilih” tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, “tak ada apa pun.” Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada “personal” dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua “berteras rasuah” yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan 𝘢𝘭𝘭 𝘪𝘴 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘰𝘴𝘵 dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 Aufrufe • vor 8 Monaten

𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟 𝗔𝗗𝗗𝗘𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 Media sosial panas lagi hari ini, walaupun ini musim tengkujuh. Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Alice Loke memutuskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengampunan seseorang banduan perlulah dibuat mengikut bidang kuasa yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, oleh kerana titah tahanan di rumah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Rayuan iaitu tidak seperti yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka hakim memutuskan ia tidak sah. Maknanya begini: Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa setiap komponen penting dalam negara kita, dari kuasa Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam setiap undang-undang dan peraturan yang digubal. Dalam melaksanakan dan mengendalikan bidang kuasa masing-masing, ia mesti juga dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak terkecuali dalam perkara bersabit pengampunan pesalah-pesalah. Semestinya kuasa itu adalah kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu, tetapi Perlembagaan menetapkan mekanisme bagaimana kuasa itu dilaksanakan, yang bertepatan dengan model kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Pada pandangan saya, penghakiman YA Hakim Alice Loke hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bidang kuasa Yang diPertuan Agong dalam perkara-perkara lain juga turut dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, pelantikan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan banyak lagi pemimpin kepada komponen-komponen kerajaan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong adalah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Saya baca reaksi pemimpin Umno. Sudah tentu banyak yang tidak bersetuju atau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi. Ada yang kemarahannya meruap-ruap sehingga mengugut untuk menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, kalau saya faham apa maksud Ketua Pemuda Umnolah. Sebagai rakyat biasa yang berada di luar kepimpinan, saya hanya mahukan sebarang keputusan itu mestilah berasaskan keadilan dan mengikut proses yang sama rata kepada setiap rakyat, tidak kira dia seorang pengemis atau bekas Perdana Menteri. Hak untuk mengambil tindak balas politik itu adalah hak UMNO. UMNO memang ada pilihan untuk menarik diri dari kerajaan. Sebelum ini pun, DAP telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh 6 bulan DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan. Jadi, ugutan untuk menarik diri dari kerajaan ini bukanlah perkara yang baru dan itu hak setiap parti. Orang biasa seperti saya hanya akan memerhati sama ada keputusan-keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik. Selagi Dato’ Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini. Selepas ini, Dato’ Seri Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat. Maka terpulang kepada pimpinan politik. Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul. Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Dato’ Seri Najib ini satu garis merah? Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Dato’ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah.

Rafizi Ramli

34,242 Aufrufe • vor 7 Monaten

Sebuah Pusat Jantung baru yang makan kos rakyat sebanyak RM546 juta berdepan dengan masalah teknikal seperti ini. Adakah perkara seperti ini boleh diterima sebagai norma di Malaysia?! 1. Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu berkenaan dengan Pusat Jantung Hospital Serdang. 2. Pusat Jantung Hospital Serdang dibuka pada Disember 2022 dan dibina dengan kos RM 546 juta. 3. Apabila pusat jantung ini dibuka, ia dikatakan mampu memberi rawatan bertaraf dunia kepada pesakit jantung di Malaysia dan untuk mengurangkan pergantungan kepada Institut Jantung Negara (IJN). 4. Namun, hanya selepas 18 bulan pada Mei 2024, keempat-empat bilik pembedahan telah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah teknikal dan elektrik. 5. The Star menggunakan tajuk yang sangat tepat, “heart of the center is not beating”. Jantung pusat jantung tidak berdegup. 6. Bukan sahaja itu, pada masa yang sama, The Sun juga telah melaporkan bahawa sementara keempat-empat bilik pembedahan tidak berfungsi di new wing, hanya 1 daripada 4 bilik pembedahan di old wing Hospital Serdang berfungsi. 7. Puchong ingin mendapat pengesahan daripada KKM, adakah laporan ini benar? 8. Pada 7hb Jun, menteri umumkan bahawa 3 daripada 4 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang sudah mula berfungsi sejak 5hb Jun. 9. Walaubagaimanapun, pada Julai 22, hanya 1 bulan selepas penyelenggaran, bilik pembedahan terpaksa tutup lagi selama 3 minggu. 10. Puchong ingin mendapatkan pengesahan daripada menteri, berapakah bilik pembedahan di kedua-dua new wing dan old wing yang berfungsi sekarang? 11. Puchong juga ingin tanya sama ada fasiliti-fasiliti baru lain Pusat Jantung Hosptial Serdang seperti Makmal Jantung Invasif (ICL), mesin MRI 3.0 Tesla dll berfungsi dengan baik sekarang? 12. Yang paling penting, Puchong ingin tanya menteri, adakah perkara seperti ini boleh diterima sebagai norma di Malaysia? Sebuah Pusat Jantung yang makan kos rakyat sebanyak RM546 juta berdepan dengan masalah teknikal seperti ini. 13. Puchong cadangkan KKM untuk menjalankan satu siasatan dan audit, apakah prosedur atau siapakah yang menyebabkan kejadian yang memalukan ini berlaku dan mengambil langkah penambaikkan untuk memastikan perkara seperti ini tidak lagi berlaku. 14. Mengambil pengajaran daripada isu ini, Puchong ingin cadangkan KKM untuk mengadakan satu dashboard di ibu pejabat KKM untuk tujuan memantau bukan sahaja bilik pembedahan, tetapi fasiliti-fasiliti penting hospital yang lain bagi semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh Malaysia, sama ada fasiliti-fasiliti ini berfungsi, sama ada penyelenggaraan berkala (scheduled maintenance) telah dibuat, jika tidak, siasatan dan tindakan perlu diambil. 15. Ini adalah untuk memastikan kementerian bukan hanya fire-fighting dalam menyelenggara fasiliti kesihatan apabila ada laporan surat khabar tetapi penyelenggaran boleh dibuat secara berkala dan sistematik.

Yeo Bee Yin

79,301 Aufrufe • vor 1 Jahr

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟, 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗦𝗬𝗘𝗗 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 Selepas saya sembang mengenai YB Akmal yang dilantik menjadi Menteri Ekonomi, saya juga janji untuk cerita pasal YB Syed Ibrahim Syed Noh, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Syed Ibrahim ni quite rare dalam banyak-banyak ahli parlimen yang ada sebab latar belakang dia. Boleh kata dia all rounder, yang pada penilaian saya, negara perlu lebih ramai orang all rounder macam ini dalam politik. All rounder macam mana? For a start, dia lulusan ijazah dan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dari USA. Berkhidmat lebih 25 tahun dengan Telekom Malaysia ke jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengurus Besar Telekom Malaysia. Beliau juga seorang aktivis sejak dari universiti di US. Aktif di dalam gerakan Islam di kampus dan bila balik, terus bergiat di dalam IKRAM sehingga jawatan terakhir sebagai Naib Presiden IKRAM. Ramai ceplos-ceplos dalam parti yang suka mengherdik Syed Ibrahim kerana wataknya yang lembut dan bersopan santun. Tidak pernah marah, senyum sentiasa. Budi bahasa Syed Ibrahim sering disalah erti sebagai tanda Syed Ibrahim ini bukan tokoh politik yang sesuai dengan sepak terajang politik PKR. Sedangkan Syed Ibrahim ke depan melawan akta-akta zalim jauh lebih awal dari hampir semua Ahli Parlimen PKR, apatah lagi pimpinan-pimpinan PKR yang ada sekarang. Dari zaman reformasi, Syed Ibrahim adalah Pengerusi Gabungan Mansuh ISA (GMI), iaitu gabungan 80 NGO yang berkempen memansuhkan ISA. Beliau pernah kena gam dari masuk ke Sarawak, sebelum pun PKR pernah menang kerusi di Sarawak akibat penglibatan beliau menghapuskan ISA. Beliau menjadi Pengerusi GMI hinggalah ISA dimansuhkan dalam tahun 2011. Beliau juga adalah salah seorang pemimpin MAFREL, iaitu gabungan NGO menuntut pilihanraya bebas sebelum pun wujud BERSIH. Apabila BERSIH2.0 ditubuhkan, beliau adalah Timbalan Pengerusi BERSIH sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk menyertai PKR dalam tahun 2014. Semua ini beliau perjuangkan semasa beliau masih berkhidmat di dalam Telekom Malaysia, jadi kita boleh bayangkan kepayahan beliau mengimbangi tugas profesional di GLC dan aktivisme beliau lantang bersuara di luar. Selepas PRU 2013, sebagai Pengarah Strategi PKR pada ketika itu, saya bawa satu agenda kepada pimpinan parti, iaitu keperluan membawa tokoh-tokoh aktivis yang cukup syarat untuk menjadi generasi pimpinan PKR yang seterusnya. Salah seorang yang dikenal pasti cukup syaratnya ialah Syed Ibrahim - sejarah aktivisme yang panjang bukan sahaja dalam gerakan dakwah tetapi memimpin gerakan demokratik seperti GMI dan BERSIH. Beliau juga adalah seorang yang terpelajar dengan kerjaya profesional yang panjang. Alhamdulillah parti bersetuju dan Syed Ibrahim pun bersetuju. Dengan sekelip mata, sama juga dengan pengalaman saya sebelum itu, beliau hilang pekerjaan dan tiada gaji tetap. Syed Ibrahim dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR selepas pemilihan 2014. Ketika itu saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung parti. Apabila Dato’ Seri Anwar dipenjarakan semula dalam tahun 2015, kepimpinan parti dimonopoli oleh geng Azmin Ali, yang dipanggil Kartel pada ketika itu. Apatah lagi mereka mempunya kuasa, wang dan jawatan dengan menguasai sepenuhnya kerajaan Selangor. Saya harap Kak Wan tidak lupa sepanjang tempoh itu, hanya ada beberapa orang dari kami yang terpaksa bertekak sepanjang masa mempertahankan beliau sebagai presiden parti. Salah seorang dari anggota Biro Politik yang secara berterusan mempertahankan Kak Wan dan Anwar Ibrahim, semasa diasak berterusan dari dalam, adalah Syed Ibrahim Syed Noh. Dari situ kami jadi rapat. Beliau tanya saya mengenai persediaan PRU 2018, sekiranya beliau perlu bertanding. Jawapan saya ketika itu bukanlah berita baik kepada beliau. Sementara ramai pimpinan parti cuba merebut kerusi yang dilihat mudah seperti Bandar Tun Razak, saya mencadangkan beliau menumpukan usaha kepada kerusi Ledang. Atas kertas, Ledang adalah kerusi mustahil untuk PKR. Dengan pengundi Melayu melebihi 70% dan dalam kategori Melayu luar bandar, saya tidak salahkan Syed Ibrahim jika dia rasa itu idea gila. Tetapi kami teliti angka dan Ledang ada potensi untuk menang sekiranya pertandingan 3 penjuru berlaku. Dari situ, banyak kempen trak INVOKE sering singgah ke Ledang sejak 2016. Syed Ibrahim menang Ledang dalam tahun 2018 dan berjaya dipertahankan dalam tahun 2022, walaupun PKR kalah besar dalam PRN Johor 6 bulan sebelum itu. Saya faham kalau ada pimpinan PKR yang tidak menghargai ketokohan beliau, sebab dia tidak ada gaya orang politik. Dia tidak meminta jawatan, mulutnya sangat berat untuk memuji sesiapa. Dengan saya, dia lebih banyak tidak bersetuju dari bersetuju. Yang dia ada, hanyalah budi bahasa dan muka yang selalu tersenyum. Cakap yang sangat berlembut. Dan seorang penyabar tahap tinggi, walaupun dia sering ada pandangan yang berbeza dan tak semestinya mengikut arus. Dari segi ibadah, dia jauh lebih warak dari sebahagian besar kami. Saya kira peribadi itu terbentuk dari perjuangan yang lama sebagai aktivis bukan politik - dari gerakan dakwah, kepada kempen mansuh ISA sehinggalah BERSIH, selain dari kerjaya profesional di sektor swasta. Saya memilih untuk berkongsi cerita seperti ini kerana reformasi yang sampai ke peringkat hingga Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, banyak menelan keringat dan air mata orang-orang terdahulu yang jauh lebih tinggi sumbangan mereka. Moga ia menjadi pengajaran, terutama kepada ceplos-ceplos yang beriya-iya menghalau pimpinan PKR yang tidak membayar atau memanjakan mereka, bahawa parti ini dibina kekuatannya oleh ramai orang yang tidak bernama, tidak kaya tetapi ada maruah tersendiri. Selamat memikul amanah di dalam kerajaan kepada Syed Ibrahim Syed Noh.

Rafizi Ramli

25,591 Aufrufe • vor 7 Monaten

PN tak boleh bentangkan belanjawan kerana tak de angka, sebab bukan jadi kerajaan. Rakyat tanya kenapa pembangkang tak bentang belanjawan bayangan. PH dulu masa jadi pembangkang, tiap-tiap tahun bentangkan belanjawan bayangan. Saya dalam pasukan awal yang menyediakan belanjawan bayangan PH, sebelum disambung oleh beberapa ahli parlimen lain. Macam mana pembangkang boleh menyediakan belanjawan bayangan sedangkan tak de angka? Ni tips kepada Fadhli Shaari, Radzi Jidin - semua ni akan jadi menteri kalau PN cukop jumloh ni - dan Syahirnomics (satu-satunya ahli parlimen yang nama media sosialnya adalah ekonomi!) - Angka-angka ini diperolehi dari pelaporan rasmi yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun - Ada 4 laporan yang dibentangkan oleh kerajaan yang menjadi asas kepada angka-angka kepada belanjawan bayangan 1) Pertama - Tinjauan ekonomi tahunan, yang memberi gambaran menyeluruh keadaan ekonomi negara 2) Kedua - Tinjauan fiskal dan hasil kerajaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh kedudukan kewangan negara 3) Ketiga - Anggaran perbelanjaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh perbelanjaan dan tanggungan negara 4) Keempat - Senarai perjawatan, yang memperincikan jumlah perjawatan seluruh agensi kerajaan yang menjadi tanggungan kerajaan persekutuan Keempat-empat dokumen ini yang dibentangkan setiap tahun akan menjadi asas untuk membuat anggaran dan unjuran dalam menghasilkan belanjawan bayangan. Kita boleh menggunakan dokumen bagi belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas untuk membuat unjuran bagi tahun 2025. Contoh: jika pertumbuhan ekonomi bagi 2024 diramal 4 - 5% tahun lepas dan itu memberi hasil X bilion dalam cukai pendapatan, Y bilion dalam cukai tidak langsung dan sebagainya, jika pertumbuhan ekonomi bagi 2025 diramal antara 4.5% ke 5.5%, kita boleh unjurkan pertambahan hasil kerajaan dengan sewajarnya. Jika kita tahu unjuran hasil bagi 2025 berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan kita mahu membuat hutang baru 10% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, itu membolehkan kita menetapkan jumlah belanjawan. Selepas itu kita agihkan mengikut kepentingan - dalam bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan kepada kementerian-kementerian, kerana kita tahu unjuran tanggungan gaji. Macam ni lah kami berjaya hasilkan belanjawan bayangan setiap tahun. Saya harap tahun depan ahli-ahli parlimen yang kuat berteriak di Parlimen ini berjaya menghasilkan satu belanjawan bayangan. Kita nak tahu macam mana mereka nak meningkatkan ekonomi dan hasil negara. Jangan bagi alasan tak de angka. Ni sama macam cikgu dah bagi nota semua, tapi masih tak tahu jawab soalan exam sebab nak tunggu cikgu bagi skema jawapan terlebih dahulu!

Rafizi Ramli

153,071 Aufrufe • vor 1 Jahr

Melancong Ke Malaysia Membawa Pelakon Filem Dewasa Rae Lil Black Dari Dunia Hiburan ke Jalan Islam 1. Permulaan Pencarian Makna Hidup Sebelum memeluk Islam, Kae Asakura—yang lebih dikenali sebagai Rae Lil Black—adalah seorang figura terkenal dalam industri hiburan dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan populariti, kemewahan, dan kebebasan tanpa batas. Namun, di sebalik semua itu, dia mula merasakan kekosongan yang tidak dapat diisi dengan wang atau kejayaan. Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Rae pernah menyatakan bahawa sejak kecil, dia sering tertanya-tanya tentang tujuan hidup. Namun, persekitaran di mana dia dibesarkan tidak banyak memberi ruang untuk pencarian spiritual. 2. Titik Perubahan: Perjalanan ke Malaysia Pada pertengahan tahun 2024, Rae memutuskan untuk melancong ke Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya Islam. Pada awalnya, perjalanan ini hanyalah untuk bersantai dan menikmati makanan tempatan. Namun, ketika berada di Kuala Lumpur, dia bertemu dengan seorang rakan lama yang telah memeluk Islam. Perbualan dengan rakannya membuka mata Rae tentang Islam sebagai agama yang membawa kedamaian. Dia tertarik dengan konsep keseimbangan hidup, kesabaran, serta hubungan langsung dengan Tuhan tanpa perantara. Suatu hari, rakannya menjemputnya untuk melawat sebuah masjid di Putrajaya. Ketika melihat orang-orang beribadah dalam keheningan dan ketulusan, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia alami sebelum ini. Inilah detik permulaan rasa ingin tahunya terhadap Islam. 3. Mula Mempelajari Islam Secara Mendalam Selepas kembali dari Malaysia, Rae mula membaca tentang Islam. Dia menonton ceramah daripada pelbagai ulama, membaca terjemahan Al-Qur'an, dan berdiskusi dengan Muslim yang ditemuinya. Pada Oktober 2024, Rae mengejutkan para pengikutnya apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok. Dalam video tersebut, dia mengenakan hijab dan pakaian Muslim ketika mengunjungi sebuah pusat komuniti Islam di Tokyo. Video ini segera menjadi viral, dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan media. 4. Menghadapi Cabaran dan Kritikan Keputusan Rae untuk mendekati Islam tidak diterima dengan mudah oleh semua pihak. Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mengkritik dan mempersoalkan keputusannya. Sebagai seorang yang pernah berada dalam industri hiburan dewasa, ramai yang meragui keikhlasannya. Namun, Rae tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif. Dia terus mendalami ajaran Islam, menghadiri kelas agama, dan mula mengamalkan solat serta berpuasa. Pada awal tahun 2025, dia berkongsi satu lagi video di mana dia menunjukkan ruang solat di rumah ibu bapanya di Kyoto. Ini menandakan bahawa perjalanannya dalam Islam bukan sekadar fasa sementara, tetapi sebuah perubahan yang mendalam dan penuh makna. 5. Fasa Baru Kehidupan Kini, Rae Lil Black meneruskan kehidupannya dengan cara yang lebih bermakna. Dia menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan spiritualnya. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, dia tetap istiqamah dalam mencari kebenaran dan ketenangan dalam Islam. Kisah Rae Lil Black menjadi inspirasi bagi ramai orang—bahawa hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan masa lalu. -MYNEWSHUB
1:43

Sensitive content

Melancong Ke Malaysia Membawa Pelakon Filem Dewasa Rae Lil Black Dari Dunia Hiburan ke Jalan Islam 1. Permulaan Pencarian Makna Hidup Sebelum memeluk Islam, Kae Asakura—yang lebih dikenali sebagai Rae Lil Black—adalah seorang figura terkenal dalam industri hiburan dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan populariti, kemewahan, dan kebebasan tanpa batas. Namun, di sebalik semua itu, dia mula merasakan kekosongan yang tidak dapat diisi dengan wang atau kejayaan. Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Rae pernah menyatakan bahawa sejak kecil, dia sering tertanya-tanya tentang tujuan hidup. Namun, persekitaran di mana dia dibesarkan tidak banyak memberi ruang untuk pencarian spiritual. 2. Titik Perubahan: Perjalanan ke Malaysia Pada pertengahan tahun 2024, Rae memutuskan untuk melancong ke Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya Islam. Pada awalnya, perjalanan ini hanyalah untuk bersantai dan menikmati makanan tempatan. Namun, ketika berada di Kuala Lumpur, dia bertemu dengan seorang rakan lama yang telah memeluk Islam. Perbualan dengan rakannya membuka mata Rae tentang Islam sebagai agama yang membawa kedamaian. Dia tertarik dengan konsep keseimbangan hidup, kesabaran, serta hubungan langsung dengan Tuhan tanpa perantara. Suatu hari, rakannya menjemputnya untuk melawat sebuah masjid di Putrajaya. Ketika melihat orang-orang beribadah dalam keheningan dan ketulusan, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia alami sebelum ini. Inilah detik permulaan rasa ingin tahunya terhadap Islam. 3. Mula Mempelajari Islam Secara Mendalam Selepas kembali dari Malaysia, Rae mula membaca tentang Islam. Dia menonton ceramah daripada pelbagai ulama, membaca terjemahan Al-Qur'an, dan berdiskusi dengan Muslim yang ditemuinya. Pada Oktober 2024, Rae mengejutkan para pengikutnya apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok. Dalam video tersebut, dia mengenakan hijab dan pakaian Muslim ketika mengunjungi sebuah pusat komuniti Islam di Tokyo. Video ini segera menjadi viral, dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan media. 4. Menghadapi Cabaran dan Kritikan Keputusan Rae untuk mendekati Islam tidak diterima dengan mudah oleh semua pihak. Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mengkritik dan mempersoalkan keputusannya. Sebagai seorang yang pernah berada dalam industri hiburan dewasa, ramai yang meragui keikhlasannya. Namun, Rae tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif. Dia terus mendalami ajaran Islam, menghadiri kelas agama, dan mula mengamalkan solat serta berpuasa. Pada awal tahun 2025, dia berkongsi satu lagi video di mana dia menunjukkan ruang solat di rumah ibu bapanya di Kyoto. Ini menandakan bahawa perjalanannya dalam Islam bukan sekadar fasa sementara, tetapi sebuah perubahan yang mendalam dan penuh makna. 5. Fasa Baru Kehidupan Kini, Rae Lil Black meneruskan kehidupannya dengan cara yang lebih bermakna. Dia menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan spiritualnya. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, dia tetap istiqamah dalam mencari kebenaran dan ketenangan dalam Islam. Kisah Rae Lil Black menjadi inspirasi bagi ramai orang—bahawa hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan masa lalu. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

992,099 Aufrufe • vor 1 Jahr

𝗣𝗠 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡: 𝗘𝗬𝗛 𝗧𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗝𝗘? Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengakui di Parlimen yang Setiausaha Politik beliau ada memberi surat sokongan. Perdana Menteri memberitahu Parlimen yang beliau telah menegur keras setiausaha politiknya. Isu ini tular sejak tahun lepas. Kesahihan surat itu pun telah disahkan oleh Menteri Kesihatan sendiri. Cuma jawapan PM tu macam tak de “ooommpph”. Sebab soal lawan rasuah, hentikan budaya sakau dalam kerajaan - semua ini tidak pernah lekang dari ucapan beliau sehingga hari ini. Masa kita pembangkang, rakyat faham yang kita tidak ada kuasa. Sekarang dah tiga tahun jadi kerajaan. Kita tidak boleh salahkan rakyat kalau harapan itu tinggi supaya kesan usaha-usaha memerangi rasuah itu dirasai dengan mendadak. Kita memang selalu baca berita orang ini ditangkap, orang itu ditangkap. Tapi setakat ini, hasil dari tangkapan itu tidaklah banyak yang berakhir dengan sabitan dan dihukum, sebab itu jangan salahkan rakyat kalau rakyat agak sinikal dengan laungan anti rasuah yang Dato’ Seri Anwar laungkan. Ini statistik rasmi dari Menteri Undang-Undang mengenai usaha membanteras rasuah untuk membandingkan prestasi dari 2020 ke 2025: 1) Maklumat mengenai rasuah - sebenarnya berkurang dari 7,440 dalam 2020 kepada 6,520 dalam 2024 2) Kertas siasatan ada peningkatan baik - naik dari 857 tahun 2020 kepada 1,163 tahun 2024 3) Yang nampak hasil ialah lebih banyak tangkapan dan diwar-warkan dalam berita - naik dari 998 tahun 2020 kepada 1,334 tahun 2024 4) Tetapi sebenarnya yang dituduh selepas disiasat dan ditangkap ini lebih rendah. 480 dituduh dalam 2020, menurun kepada 454 tahun 2024. Ikut peratusan yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka: menurun dari 56% tahun 2020 kepada 39% tahun 2024 5) Maka sabitan bersalah juga lebih rendah zaman Madani ini, walaupun laungan anti rasuah lebih kuat. Tahun 2021, sabitan sebanyak 300 kes bersamaan 36% kertas siasatan berakhir dengan sabitan, berbanding 2024 hanya 256 sabitan, iaitu 22% berjaya disabitkan Cybertroopers kerajaan jangan kecam membuta tuli. Ini fakta yang menunjukkan jurang di antara retorik anti rasuah dengan realiti sebenar yang dinilai rakyat. Sebab itu dalam kes Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shamsul Iskandar ini, sepatutnya ia jadi peluang kepada Dato’ Seri Anwar tunjukkan komitmen beliau menentang rasuah. Ini yang sepatutnya berlaku: 1) Jangan tegur keras, pecat sahaja. Ini bukan kali pertama, malah saya sendiri pernah membincangkan beberapa aduan seperti ini. PM kata dia akan semak, lepas semak dia sahkan yang saya sebut itu betul, tapi sehingga sekarang Setiausaha Politik Kanan itu masih kekal di situ. 2) Laporkan kepada SPRM supaya boleh semak bila Setiausaha Politik Kanan tulis surat sokongan seperti itu, adakah ada habuan bertukar tangan Kalau setakat tegur keras, tetapi orang itu masih ada di situ, lama-lama berucap keras macam mana pun orang tak ambil serius. Takut nanti orang cakap depan cakap lain, belakang buat lain.

Rafizi Ramli

83,328 Aufrufe • vor 8 Monaten

Apakah strategi komunikasi digital kerajaan MADANI berkesan? Ini isu yang diulas dalam Podcast YBM Episod 46. Pertama. “Ceplos-ceplos” ini bukan aset. Mereka liabiliti. Selepas pemilihan PKR Mei 2025, sentimen terhadap Datuk Seri Anwar masih ok. Masih boleh kerja. Tapi dalam 7-8 bulan kebelakangan ini, pandangan di X terutamanya berubah dengan ketara. Sebab apa? Dua perkara. Overkill attack terhadap saya, dan overkill defense terhadap kerajaan sampai tahap menjilat. Penyokong PH sendiri pun rasa put off. Rasa toksik. Rasa menyampah. Kedua - soal “network effect”. Saya kira teras cybertrooper kerajaan ada lebih kurang 100 orang. Tambah lapisan AMK dan lain-lain, mungkin 300 orang. Setiap seorang pegang 20 hingga 30 akaun palsu, add sesama sendiri, like sesama sendiri. Follower 2 ke 3 orang sahaja. Pusing dalam bubble yang sama. Ambil contoh Vietnam. 100,000 akaun disambung kepada 100 telefon, dikawal oleh 3 orang. Network effect sebenar? Tiga orang. Itu sahaja. Sebab itu, podcast JKOM ke, Podcast Tok Abah ke, view 10 orang. Komen 1 ke 2 orang. LIKE pun sikit. Sebab semuanya berputar dalam bubble yang sama. Ketiga - metrik yang sebenarnya penting. Orang selalu nampak komen maki hamun berkarung-karung dan ingat, “Habislah Rafizi kena bantai.” Tetapi saya dilatih sebagai jurutera. Saya tengok metrik, bukan perasaan. Facebook saya, reach bulanan 8 hingga 15 juta. Tak turun. Like tinggi. Share tinggi. Itu silent majority. Mereka tak komen. Mereka observe, mereka like, mereka share. Ceplos? Dia komen banyak. Tapi sebenarnya algoritma Facebook baca komen itu sebagai engagement tinggi dan push posting saya kepada lebih ramai orang. Jadi ceplos sebenarnya tolong saya. Terima kasih. Keempat - pengajaran daripada Dato Seri Najib. Pada 2022, semua orang takut Facebook Najib. 30,000 like. Viral. Nampak hebat. Tapi saya duduk dengan data scientist dalam team saya dan kaji. 30,000 like itu datang dari mana? Melayu Pantai Timur. Kawasan yang memang UMNO sudah menang. Penyokong yang memang penyokong. Tak ada network effect untuk swing undi. 30,000 like dari Kota Bharu sahaja berbeza dengan 30,000 like dari seluruh negara. Ada Melayu, ada Cina, ada muda, ada tua, ada Kedah, ada Johor. Yang kedua itu ada spread. Ada network effect sebenar. Yang pertama itu syok sendiri. Sama juga dengan PAS. Traction tinggi, tapi berlegar dalam kalangan yang memang sudah cenderung begitu. Sebab itu sampai sekarang tak boleh swing pengundi bukan Melayu. Kelima - jadi macam mana nak betulkan? Kuncinya adalah kandungan. Kalau kandungan tak menarik, tak relevan, tak jujur, you bayar berapa pun reach takkan sampai. Duit habis, kesan tak ada. Itu masalah besar komunikasi kerajaan hari ini. Bukan kurang platform. Bukan kurang bajet. Tapi kurang faham bagaimana media sosial sebenarnya berfungsi. Tonton kupasan penuh isu perang medsos parti-parti politik di Podcast YBM Episod 46:

Rafizi Ramli

13,198 Aufrufe • vor 3 Monaten

10 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 Hari ini, media antarabangsa Bloomberg telah menyiarkan satu laporan mengenai pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang secara terang-terangan melanggar peraturan kerajaan berhubung pemilikan saham oleh seorang pegawai tinggi penjawat awam. Berita tersebut turut dilaporkan oleh media-media lain. Memandangkan ia berkait rapat dengan kewibawaan SPRM sebagai institusi yang diberi amanah mencegah rasuah, saya percaya kontroversi ini akan mendapat perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Laporan Bloomberg itu mendedahkan satu pelanggaran, iaitu pemilikan 17.7 juta saham di dalam sebuah syarikat senaraian awam Velocity Capital Partners Berhad. Berdasarkan harga hari ini, 17.7 juta saham ini dianggarkan bernilai RM800,000. Ini telah melanggar peraturan-peraturan yang mengikat penjawat awam, terutamanya yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang secara khusus menyatakan bahawa 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Malah, kontroversi melibatkan pemilikan saham Velocity Capital Partners Berhad ini bukan melibatkan pelanggaran peraturan penjawat awam semata-mata. Satu perkara yang mewajarkan satu siasatan menyeluruh diadakan segera ialah urusniaga- urusniaga yang telah beberapa kali mengundang persoalan yang melibatkan beberapa syarikat kerana urusniaga-urusniaga ini dituduh melibatkan bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Wira Farhash Wafa Salvador. Pada 29 Mac 2025, rekod urusniaga saham menunjukkan Farhash menjadi pemegang saham terbesar sebuah syarikat senaraian awam MMAG Holdings Berhad, dalam satu urusniaga melibatkan pembelian 462 juta saham MMAG yang dilaporkan bernilai RM184.8 juta. Transaksi ini berlaku sehari selepas NexG Berhad (sebelumnya dikenali sebagai Datasonic Group Berhad) muncul sebagai pemegang saham utama di dalam MMAG Holdings Berhad, di dalam urusniaga membabitkan bayaran RM70 juta untuk memperolehi 173 juta saham atau 7.58% pegangan di dalam MMAG Holdings Berhad. Ini menjadikan NexG Berhad dan Farhash pemegang-pemegang saham utama di dalam MMAG Berhad, sekali gus mewujudkan pertalian perniagaan tidak langsung di antara NexG Berhad dan Farhash melalui MMAG Berhad. Di antara Ogos 2025 dan Oktober 2025, NexG Berhad memenangi tender kerajaan berjumlah lebih RM2.5 bilion dalam tempoh dua bulan sahaja, iaitu: 1) Kontrak enam tahun berjumlah RM1.73 bilion dari Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan pasport dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032; 2) Tiga lagi kontrak awam termasuk kontrak membekalkan kad pengenalan berjumlah RM732.72 juta. Pada 31 Disember 2025, Farhash menjual keseluruhan sahamnya di dalam MMAG Berhad. Laporan media menyatakan bahawa keseluruhan blok 462 juta saham itu sebenarnya dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad. Saham-saham Farhash di dalam MMAG Berhad itu dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang yang berumur 25 tahun bernama Cheah Min Lly. Selepas saham-saham itu bertukar tangan, ia kekal dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad. Ini bermakna, Velocity Capital Partner Berhad adalah syarikat peminjam wang yang terbabit dengan urusniaga yang melibatkan Farhash dan berhubung kait dengan NexG Berhad, yang mendapat tender lebih RM2.5 bilion dari kerajaan. Pendedahan Bloomberg hari ini menunjukkan bahawa Tan Sri Azam Baki adalah seorang pemegang saham utama Velocity Capital Partner Berhad, yang meletakkan beliau di dalam jaringan urusniaga (melalui Velocity Capital Partner Berhad) yang melibatkan Farhash dan NexG Berhad (syarikat yang menerima kontrak berbilion ringgit dari kerajaan). Maka, beberapa perkara berikut wajar diteliti oleh rakyat: 1) Bagaimana seorang penjawat awam berpangkat kanan mempunyai sedemikian banyak wang untuk menjadi pemegang saham yang signifikan di dalam sebuah syarikat senaraian awam? 2) Bagaimana beliau boleh kekal menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan beliau telah melanggar peraturan penjawat awam bersabit pemilikan saham, yang berhubung dengan soal integriti seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM? 3) Apakah kepentingan beliau di dalam urusniaga yang melibatkan syarikat-syarikat yang telah mengundang spekulasi sebelum ini (MMAG Holdings Berhad dan NexG Berhad) kerana NexG Berhad berjaya mendapat tender sebesar itu dari kerajaan? Oleh itu, tindakan-tindakan berikut wajar diambil segera oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu: 1)menggantung tugas Tan Sri Azam Baki dengan serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku (pemilikan saham melebihi RM100,000); 2)menyemak keseluruhan pemilikan harta beliau untuk memastikan bagaimana beliau boleh mempunyai wang sedemikian rupa; 3)memastikan sama ada beliau terbabit, secara langsung atau tidak langsung, di dalam apa-apa urusniaga melibatkan MMAG Berhad dan NexG Berhad (terutamanya yang melibatkan perolehan awam). Saya menunggu maklum balas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan seterusnya. 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜 Ahli Parlimen Pandan

Rafizi Ramli

74,546 Aufrufe • vor 6 Monaten

𝗦𝗘𝗠𝗕𝗢𝗬𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗚𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗦𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗡𝗘𝗥 Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik “Acara”. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik “Sertai Kempen” 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik “Hantar kod melalui SMS” 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik “Aktiviti” dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

26,730 Aufrufe • vor 1 Monat

𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,410 Aufrufe • vor 2 Monaten

𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗧𝗨 𝗣𝗠𝗫, 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Dato’ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Dato’ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Dato’ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Dato’ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: “You ada the final say. I’ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, that’s your decision. You don’t have to plead macam ni” Jawapan Dato’ Seri Anwar: “Saya tak mahulah nanti you buat kecoh” Saya jawab balik: “Akhirnya it’s your decision. Saya hanya minta Dato’ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.” Dato’ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Dato’ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Dato’ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.

Rafizi Ramli

107,623 Aufrufe • vor 4 Monaten