Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Pekerja yang kena minta majikan join Dasar Gaji Progresif? Dalam multiverse mana yang ada pekerja berani suruh majikan dia buat macam tu? 🤣 patutlah Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 kata Dasar Gaji Progresif ni laughable (melucukan) 😂

73,671 Aufrufe • vor 1 Jahr •via X (Twitter)

10 Kommentare

Profilbild von Amer Hamzah
Amer Hamzahvor 1 Jahr

@Khairykj Tak sedar…

Profilbild von AqimNizar
AqimNizarvor 1 Jahr

@Khairykj Mat loyar dan kj dua2 susah nak faham ya😅 Majikan yg berdaftar sahaja yg layak dpt insentif dari kerajaan dlm DGP ni.

Profilbild von Abdul Aziz bin Abdullah @ AAA
Abdul Aziz bin Abdullah @ AAAvor 1 Jahr

@Khairykj Apa yg melucukan? Apa masalah utk pekerja atau wakil pekerja ie Kesatuan Sekerja jumpa majikan (HR) bincang ttg Dasar Gaji Progresif. Ini win win situation for both sides. Majikan kena pro aktif utk kurangkan risiko job hopping dlm sykt atau job market.

Profilbild von Double A
Double Avor 1 Jahr

@Khairykj Eh aku selamba je mintak naik gaji, ye lah aku dah senior. Elok je x kena buang kerja, siap bos ajak minum teh tarik lepas kerja atau wknd. Kalau kau junior dok diam2 lah

Profilbild von Izzat Hanafiah
Izzat Hanafiahvor 1 Jahr

@Khairykj Support lah bro.. semua bangkang diri tu BODOH pun dah xsedar.. tapi yang pasti, geng walauntit dah mendahului senarai untuk minta join dasar gaji progresif ni. 😊

Profilbild von Wilson
Wilsonvor 1 Jahr

@Khairykj Ada. MY berani jatuhkan TM. Sekarang WAF berani jatuhkan MY. Hanya Sid saje yang takde telur.

Profilbild von Loyar Mati Setem
Loyar Mati Setemvor 1 Jahr

@Khairykj Aikh mana video yg KJ hentam Din crett? Din kena hentam kiri kanan topik hangat skrg ni😁

Profilbild von SJDN1008
SJDN1008vor 1 Jahr

@Khairykj Suruh KJ baca balik berita 18/12/13. Sprt kutty kata Mudah Lupa 🤣

Profilbild von sahar
saharvor 1 Jahr

@Khairykj Sbb dia tk pernh kerja kilang. Dlm sektor perkilangan ada kesatuan yg berani bersuara utk pekerja. Tk lucu jika tau tp sbgai menteri dia lahir dikayangan mn tau semua di bawah.dia yg lucu dr menteti jd dj lucu

Profilbild von Mohamad Yusof Bin Yahya
Mohamad Yusof Bin Yahyavor 1 Jahr

@Khairykj Why laughable? Ko sendiri yg perlekeh kan usaha kerajaan yg murni. Just because KJ lepas belajar ja makan atas ulang emas. Ko jenis hampeh KJ.

Ähnliche Videos

Ada yang tanya apa dah jadi dengan gaji progresif? Isu yang sering digunakan untuk menyerang kerajaan ialah mengenai kos sara hidup. Bila kita tunjukkan angka inflasi yang paling kekal rendah, mereka alih pula kepada soal gaji. Bila kita terangkan strategi kerajaan menaikkan gaji, termasuk kenaikan gaji penjawat awam, kenaikan gaji minima dan pelaksanaan gaji progresif, mereka kata gaji progresif hanya satu pengumuman. Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember 2024 untuk mengesahkan bahawa ia akan benar-benar memberi kesan kenaikan gaji kepada pekerja swasta yang layak. Berikut ialah dapatan dari pelaksanaan projek rintis gaji progresif di majikan terpilih yang melibatkan pekerja swasta yang layak: Bagi pekerja di peringkat permulaan, gaji median permulaan naik dari RM1,950 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,200 sebulan (selepas gaji progresif), iaitu kenaikan RM250 sebulan setiap pekerja. Bagi pekerja berpengalaman (iaitu bukan peringkat permulaan), gaji median naik dari RM2,200 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,400 sebulan (selepas gaji progresif), iaitu kenaikan RM200 setiap pekerja. Kerajaan memberikan insentif yang berbeza kepada majikan untuk menaikkan gaji. Bagi pekerja di peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya tangga gaji permulaan mengikuti panduan gaji mengikut pekerjaan yang dikeluarkan Majlis Perundingan Gaji Negara. Bagi pekerja bukan peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya kenaikan gaji tahunan sekurang-kurangnya 6% diberikan kepada pekerja yang layak. Dengan pengesahan bahawa model gaji progresif berkesan untuk menaikkan gaji pekerja swasta, YAB Perdana Menteri, dalam ucapan Belanjawan 2025 telah mengumumkan pelaksanaan penuh gaji progresif bermula 2025 dengan peruntukan RM200 juta yang akan memberi manfaat kepada sekitar 50,000 orang pekerja. Insya-Allah, setiap bulan akan ada pekerja swasta baru yang layak menerima gaji progresif dan sekiranya ini berlaku secara berterusan, kita akan mempercepatkan kenaikan tangga gaji dan gaji median pekerja swasta. Sama-sama kita doakan.

Rafizi Ramli

11,956 Aufrufe • vor 1 Jahr

Kertas putih Dasar Gaji Progresif (DGP) yang dibentangkan di Parlimen tahun lalu adalah salah satu reformasi reformasi pasaran buruh yang meningkatkan gaji rakyat secara sistematik. Realitinya, rakyat Malaysia, terutamanya graduan yang baru, ingin mula bekerja menghadapi isu penetapan gaji permulaan yang rendah dan hampir dengan kadar gaji minimum. Dasar gaji minimum telah menaikkan gaji pekerja berkemahiran rendah tetapi menyebabkan herotan gaji (wage compression). Akibatnya, jurang gaji antara pekerja berkemahiran rendah dan graduan peringkat permulaan semakin mengecil. Gaji pekerja tidak berkemahiran telah naik, manakala gaji pekerja berkemahiran atau para-kemahiran tidak meningkat atau menjadi lebih rendah. Itulah mengapa kita sering kita dengar keluhan anak muda tentang gaji mereka yang rendah. DGP yang kita ingin laksanakan bukan sekadar menambah pendapatan rakyat semata-mata tetapi meningkatkan pergerakan kemahiran dalam pasaran kerja supaya mereka yang dibayar rendah atau tidak bekerja boleh meneroka peluang kemahiran baru dan naik ke atas. DGP adalah secara sukarela, memberikan majikan ruang untuk bersedia dan menyesuaikan diri dengan peningkatan kos buruh. Syarikat yang berdaftar dan layak akan menerima insentif kerajaan untuk membantu menyesuaikan diri dengan kos tambahan. Sebelumnya, inisiatif menaikkan gaji tidak disokong dengan insentif dan ditinggalkan kepada majikan. DGP akan memastikan keseimbangan antara kenaikan gaji pekerja dan produktiviti untuk kesaksamaan. DGP akan mendorong majikan menyediakan latihan dan melabur dalam teknologi untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Negara memerlukan anjakan besar untuk meningkatkan gaji pekerja selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI. Ini bertujuan mengangkat martabat negara dan memastikan pendapatan dinikmati rakyat. Dasar Gaji Progresif, satu inisiatif serampang pelbagai mata, akan melengkapi dasar-dasar sedia ada seperti Dasar Gaji Minimum. Kepada majikan dan syarikat yang berminat untuk sertai, maklumat lanjut mengenai Dasar Gaji Progresif boleh dilayari di laman web

Rafizi Ramli

154,757 Aufrufe • vor 2 Jahren

Gaji penjawat awam akan naik, gaji pekerja swasta bila lagi? Ini soalan yang sering ditanya. Salah satu strategi utama kerajaan untuk menangani kos sara hidup ialah memastikan pertumbuhan gaji yang lebih seimbang kepada rakyat. Antara keputusan pertama saya sebagai Menteri Ekonomi ialah meminta DOSM menerbitkan laporan gaji pekerja formal setiap 3 bulan sekali, menggunakan data gaji setiap pekerja formal yang ada di KWSP dan PERKESO. Ini bagi membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih baik untuk menaikkan gaji dalam tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani. Laporan gaji pekerja formal terkini ialah bagi suku kedua 2024 berakhir Jun 2024. Ada beberapa perkembangan awal mengenai pertumbuhan gaji antara Jun 2023 dan Jun 2024: - gaji median meningkat dari RM2,600 sebulan ke RM2,745 sebulan. Gaji median ialah taburan gaji pertengahan, maknanya dari 6.73 juta pekerja yang bergaji (atau pekerja formal), bila dibandingkan gaji bagi setiap pekerja, gaji pertengahan ialah RM2,745 - jumlah pekerja yang gaji di bawah RM2,000 sebulan telah berkurang dari 34.8% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 32.2% dalam Jun 2024 - jumlah pekerja yang gaji antara RM2,000 ke RM5,000 telah meningkat dari 42.7% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 43.8% dalam Jun 2024 - Jumlah pekerja yang gaji melebihi RM5,000 juga telah meningkat dari 22.5% dari jumlah pekerja dalam Jun 2023, kepada 24% dalam Jun 2024 Pertumbuhan gaji ini mendukung hasrat kerajaan untuk menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun agar gaji yang dinikmati setiap isi rumah menjadi lebih baik. Pun begitu, fenomena gaji rendah ini masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara. Walaupun ada pertumbuhan yang menyaksikan jumlah pekerja di bawah gaji RM2,000 sebulan telah berkurang, 32.2% pekerja di dalam kategori ini bersamaan dengan 2.167 juta rakyat Malaysia masih digaji RM2,000 sebulan. Keadaan akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan berkenaan gaji pekerja: Pertama, kenaikan gaji penjawat awam. Kedua, kenaikan gaji minima kepada RM1,700 sebulan.Ketiga, pelaksanaan sepenuhnya gaji progresif bagi pekerja swasta dengan peruntukan awal RM200 juta bagi 2025. Insya Allah, keadaan gaji akan bertambah baik setiap tahun selepas ini.

Rafizi Ramli

13,371 Aufrufe • vor 1 Jahr

“Dude, you’re the PM. you have the power” Bila kerajaan umum kenaikan gaji kakitangan awam, ada yang mencemuh. Kata mereka, kerajaan tidak menggunakan kuasanya untuk menaikkan gaji kakitangan swasta juga. Mereka kata: “Dude, you’re the PM. you have the power” Sebenarnya, bolehkah kerajaan mengarahkan majikan swasta menaikkan gaji mengikut ketetapan kerajaan? Jawapannya tidak, kerana namanya pun swasta. Ia bukan milik kerajaan. Ia tidak dimiliki kerajaan. Majikan menentukan tangga gaji masing-masing kerana syarikat itu milik mereka, atas usaha mereka. Konsepnya sama seperti rumah yang kita miliki. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya masuk rumah kita, ambil hak atas rumah kita atau mengutip sewa atas rumah kita kerana ia milik kita, bukan kerajaan. Tapi kerajaan boleh pula laksanakan Perintah Gaji Minima? Seperti mana kerajaan kuatkuasakan undang-undang menetapkan gaji minima, kenapa kerajaan tidak buat undang-undang sama untuk naikkan gaji semua pekerja swasta? Kerajaan boleh menetapkan gaji lantai untuk mengelakkan golongan pekerja dimanipulasi, agar pekerja tidak menjadi mangsa dibayar upah yang tidak berpatutan dengan kehendak hidup yang minima. Sebab itu dipanggil gaji minima. Tetapi setiap syarikat mempunyai pelbagai lapisan jawatan, kemahiran dan kelayakan yang berbeza-beza. Tangga gaji bagi pelbagai lapisan jawatan ini bergantung kepada kehendak pasaran, iaitu kemampuan syarikat-syarikat menjana pendapatan. Jadi kenapa kerajaan tidak boleh tetapkan juga? Sebab mustahil untuk ada undang-undang yang menetapkan gaji bagi setiap jenis pekerjaan, pada setiap peringkat kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang berbeza-beza. Dan juga mustahil untuk dikuatkuasakan kerana akan ada beratus ribu kombinasi jawatan dan tangga gaji mengikut industri yang berbeza dan kemahiran, kelayakan yang berbeza. Itulah sebabnya tidak ada negara di dunia ini yang mana kerajaan boleh mengarahkan dan menetapkan tangga gaji swasta, kecuali negara komunis sepenuhnya. Eyh negara komunis boleh pula? Sebab tiada konsep swasta di negara komunis, semua perusahaan adalah milik negara. Sebab itu negara yang pada namanya komunis pun tidak lagi mengamalkan pasaran kerja sebegini, contohnya China dan Vietnam. Habis apa guna kerajaan? Sebab itu kerajaan memberi tumpuan kepada gabungan dasar yang saling melengkapi untuk mewujudkan satu pasaran kerja yang dinamik, agar gaji yang dibayar sektor swasta naik sepadan dengan nilai ekonomi yang dijana. Pentadbiran Madani memberi tumpuan kepada dua dasar utama yang saling melengkapi, iaitu: Pertama - Perintah Gaji Minima untuk memastikan gaji lantai sentiasa naik mengikut kesesuaian, seterusnya mempengaruhi tangga gaji jawatan-jawatan yang lebih atas, dan: Kedua - Dasar Gaji Progresif yang memberi galakan dan insentif kepada majikan dan pekerja untuk melonjakkan tangga gaji mengikut panduan gaji umum mengikut industri dan kemahiran. Kepada mamat dude tadi, saya nak pesan: Dude, you have to read more about labour market!

Rafizi Ramli

391,396 Aufrufe • vor 1 Jahr

𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗙𝗥𝗘𝗦𝗛 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗧𝗘 𝗡𝗜? Saya rasa banyak polemik yang berlegar di kalangan orang atas tidak banyak yang menyentuh cabaran seharian yang dihadapi terutamanya Gen Z yang dibawah umur 28 tahun ini. Kita akan selalu dengar pembangkang memainkan isu kos sara hidup. Tiada siapa yang menafikan kos sara hidup adalah isu nombor satu Malaysia, malah di seluruh dunia. Tetapi selain kos sara hidup, bagi Gen Z, cabaran paling besar ialah mendapatkan pekerjaan yang boleh bagi ruang untuk membina kerjaya di masa hadapan. Dengan prospek kerjaya yang baik, ia akan memberi peluang kepada pendapatan yang stabil dan keupayaan mobiliti sosial untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan. Data-data ekonomi menunjukkan Gen Z berhadapan cabaran besar membina kerjaya, seperti berikut: 1. Pengangguran di kalangan orang muda sebenarnya tinggi, iaitu sekitar 10% bagi tempoh 2024 hingga awal 2025, berbanding pengangguran purata nasional yang hanya 3.2% (dari data DOSM) 2. Ini selari dengan kajian Bank Dunia, yang menunjukkan 13.4% anak muda berumur 16 hingga 24 tahun dalam kategori NEET (Not in employment, education or training). Maksudnya ada 13.4% dari kalangan ini, lepas sekolah, tidak buat apa-apa 3. 33 hingga 37% dari graduan bekerja dalam pekerjaan yang dibawah kelulusan mereka, yang dipanggil under-employment 4. Kita ada fenomena yang dipanggil “wage compression” iaitu gaji bagi pekerja bawahan tanpa kemahiran sebenarnya meningkat jauh lebih laju dari gaji permulaan graduan atau pekerja berpengalaman atau pekerja separa kemahiran. Ini adalah disebabkan oleh gaji minima. Sementara majikan terpaksa menaikkan gaji minima kepada pekerja kurang berkemahiran kerana itu kehendak undang-undang, mereka terpaksa menampung kenaikan itu dengan memperlahankan kenaikan gaji pekerja yang lebih atas 5. Jurang kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran masih tinggi, terutamanya dalam sektor yang banyak kekosongan seperti yang berkaitan teknologi dan sains. Contohnya, jurutera perisian untuk rekabentuk cip semikonduktor boleh mencecah RM6,000 sebulan untuk fresh graduate, tetapi kita tidak cukup graduan yang memenuhi kelayakan akademik dan kelulusan untuk mengisinya 6. Ada ketidakpadanan di antara lulusan universiti dalam bidang-bidang yang tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan, sedangkan dalam bidang-bidang teknikal tertentu ada kekosongan yang tidak dapat diisi kerana tidak cukup lulusan yang memenuhi kriteria Akhirnya, negara kita berhadapan dengan masalah yang mengundang semua pihak saling menuding jari: Gen Z dan graduan mengeluh susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menuding jari kepada majikan atau kerajaan. Majikan mengeluh susah nak cari cari pekerja yang memenuhi kriteria dan kelayakan. Ada yang menuding jari kepada graduan atau kerajaan. Kerajaan? Terpulang nak tuding jari kepada sesiapa pun, tetapi tidak boleh lari dari cuba menyelesaikan masalah ini. Sebahagian dari masalah ini berpunca dari perkara struktur. Contohnya struktur ekonomi yang tidak sampai ke tahap nilai tinggi, maka pekerjaan dalam kategori gaji tinggi tidak banyak berbanding dengan negara-negara maju. Soal struktur ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan berjaya mewujudkan dan membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi, struktur ekonomi itu akan berubah secara berfasa. Tetapi ada perkara di dalam kawalan majikan, graduan dan pekerja. Majikan perlu menerima hakikat bahawa graduan dan pekerja perlu dilatih secara berterusan, terutamanya dalam bidang-bidang yang lebih teknikal. Majikan juga perlu tahu bahawa jika gaji yang dibayar tidak berpadanan dengan kelayakan, pekerja akan selalu lari yang mengganggu operasi perniagaan. Majikan juga perlu terbuka untuk mengambil fresh graduate yang tidak semestinya keluar universiti dengan kelulusan yang diiklankan, tetapi dalam bidang teknikal yang hampir sama tetapi boleh dilatih. Banyak majikan akan kata: kami dah buat semua ini tetapi masih bermasalah. Jadi apa yang majikan nak sebenarnya dari fresh graduate ni? Oleh kerana majikan tahu hampir semua fresh graduate perlu dilatih semula, dari pengalaman saya, majikan tidak melihat kepada kelayakan akademik semata-mata. Mereka melihat kepada potensi dan sikap calon yang ditemuduga. Oleh itu, kepada fresh graduate, ini kualiti yang dicari oleh majikan: 1. Prestasi akademik yang stabil. Tidaklah perlu mendapat ijazah kelas pertama, tetapi ada konsistensi akademik dari SPM hingga habis ijazah. Sebaiknya dalam quartile pertama dan kedua. 2. Paling penting, keupayaan untuk terus belajar. Bukanlah tahu semua perkara, tetapi ada keinginan dan curiosity untuk belajar perkara baru. 3. Self-starter, dalam bahasa mudah tidak perlu disuruh. Tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu. Untuk laksanakan tugas dia, kalau dia tak tahu, dia usaha untuk tahu, sama ada belajar dari senior, Google or ChatGPT. 4. Berdisiplin dan matang. Tahu membezakan tanggungjawab kepada syarikat dan rakan kerja, dengan keperluan dan keinginan peribadi. Tahu sumbangan yang perlu dibuat agar pasukan atau syarikat dapat bertahan. Tahu tanggungjawab minima yang perlu dilaksanakan. Mesti kena kecam dengan Gen Z lepas ni. Tapi jangan hanya kecam, kalau tak setuju bagi hujah kenapa tidak setuju.

Rafizi Ramli

22,903 Aufrufe • vor 10 Monaten