Video yรผkleniyor...

Video Yรผklenemedi

๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ Salah satu tumpuan utama Kerajaan MADANI ialah mempercepatkan kenaikan gaji rakyat. Strategi serampang tiga mataโ€”kenaikan gaji kakitangan awam, gaji minima RM1,700 dan pelaksanaan Dasar Gaji Progresifโ€”mula menunjukkan tanda awal yang positif. Data awal memberikan petanda baik dengan gaji penengah meningkat lebih tinggi berbanding...

25,498 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce โ€ขvia X (Twitter)

4 Yorum

ฦ’เซจฮฑษณาก profil fotoฤŸrafฤฑ
ฦ’เซจฮฑษณาก1 yฤฑl รถnce

Formula RR bantu Sapura tanpa menggunakan wang rakyat. Mana?

JoeLabu profil fotoฤŸrafฤฑ
JoeLabu1 yฤฑl รถnce

kau tu lagi tak boleh pakai jargon. tu sbb kalah

Assam.Gelugoq profil fotoฤŸrafฤฑ
Assam.Gelugoq1 yฤฑl รถnce

Gaji naik harga barang pun naik... yg takda gaji?? matiii wooo ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Putera Shah profil fotoฤŸrafฤฑ
Putera Shah1 yฤฑl รถnce

Dlu kata nk cari azam baki..hahaha..sembang kari je lapiji nii

Benzer Videolar

Ada yang tanya apa dah jadi dengan gaji progresif? Isu yang sering digunakan untuk menyerang kerajaan ialah mengenai kos sara hidup. Bila kita tunjukkan angka inflasi yang paling kekal rendah, mereka alih pula kepada soal gaji. Bila kita terangkan strategi kerajaan menaikkan gaji, termasuk kenaikan gaji penjawat awam, kenaikan gaji minima dan pelaksanaan gaji progresif, mereka kata gaji progresif hanya satu pengumuman. Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember 2024 untuk mengesahkan bahawa ia akan benar-benar memberi kesan kenaikan gaji kepada pekerja swasta yang layak. Berikut ialah dapatan dari pelaksanaan projek rintis gaji progresif di majikan terpilih yang melibatkan pekerja swasta yang layak: Bagi pekerja di peringkat permulaan, gaji median permulaan naik dari RM1,950 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,200 sebulan (selepas gaji progresif), iaitu kenaikan RM250 sebulan setiap pekerja. Bagi pekerja berpengalaman (iaitu bukan peringkat permulaan), gaji median naik dari RM2,200 sebulan (sebelum gaji progresif) kepada RM2,400 sebulan (selepas gaji progresif), iaitu kenaikan RM200 setiap pekerja. Kerajaan memberikan insentif yang berbeza kepada majikan untuk menaikkan gaji. Bagi pekerja di peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya tangga gaji permulaan mengikuti panduan gaji mengikut pekerjaan yang dikeluarkan Majlis Perundingan Gaji Negara. Bagi pekerja bukan peringkat permulaan, kerajaan memberikan insentif supaya kenaikan gaji tahunan sekurang-kurangnya 6% diberikan kepada pekerja yang layak. Dengan pengesahan bahawa model gaji progresif berkesan untuk menaikkan gaji pekerja swasta, YAB Perdana Menteri, dalam ucapan Belanjawan 2025 telah mengumumkan pelaksanaan penuh gaji progresif bermula 2025 dengan peruntukan RM200 juta yang akan memberi manfaat kepada sekitar 50,000 orang pekerja. Insya-Allah, setiap bulan akan ada pekerja swasta baru yang layak menerima gaji progresif dan sekiranya ini berlaku secara berterusan, kita akan mempercepatkan kenaikan tangga gaji dan gaji median pekerja swasta. Sama-sama kita doakan.

Rafizi Ramli

11,956 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

Kertas putih Dasar Gaji Progresif (DGP) yang dibentangkan di Parlimen tahun lalu adalah salah satu reformasi reformasi pasaran buruh yang meningkatkan gaji rakyat secara sistematik. Realitinya, rakyat Malaysia, terutamanya graduan yang baru, ingin mula bekerja menghadapi isu penetapan gaji permulaan yang rendah dan hampir dengan kadar gaji minimum. Dasar gaji minimum telah menaikkan gaji pekerja berkemahiran rendah tetapi menyebabkan herotan gaji (wage compression). Akibatnya, jurang gaji antara pekerja berkemahiran rendah dan graduan peringkat permulaan semakin mengecil. Gaji pekerja tidak berkemahiran telah naik, manakala gaji pekerja berkemahiran atau para-kemahiran tidak meningkat atau menjadi lebih rendah. Itulah mengapa kita sering kita dengar keluhan anak muda tentang gaji mereka yang rendah. DGP yang kita ingin laksanakan bukan sekadar menambah pendapatan rakyat semata-mata tetapi meningkatkan pergerakan kemahiran dalam pasaran kerja supaya mereka yang dibayar rendah atau tidak bekerja boleh meneroka peluang kemahiran baru dan naik ke atas. DGP adalah secara sukarela, memberikan majikan ruang untuk bersedia dan menyesuaikan diri dengan peningkatan kos buruh. Syarikat yang berdaftar dan layak akan menerima insentif kerajaan untuk membantu menyesuaikan diri dengan kos tambahan. Sebelumnya, inisiatif menaikkan gaji tidak disokong dengan insentif dan ditinggalkan kepada majikan. DGP akan memastikan keseimbangan antara kenaikan gaji pekerja dan produktiviti untuk kesaksamaan. DGP akan mendorong majikan menyediakan latihan dan melabur dalam teknologi untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Negara memerlukan anjakan besar untuk meningkatkan gaji pekerja selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI. Ini bertujuan mengangkat martabat negara dan memastikan pendapatan dinikmati rakyat. Dasar Gaji Progresif, satu inisiatif serampang pelbagai mata, akan melengkapi dasar-dasar sedia ada seperti Dasar Gaji Minimum. Kepada majikan dan syarikat yang berminat untuk sertai, maklumat lanjut mengenai Dasar Gaji Progresif boleh dilayari di laman web

Rafizi Ramli

154,757 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 yฤฑl รถnce

โ€œDude, youโ€™re the PM. you have the powerโ€ Bila kerajaan umum kenaikan gaji kakitangan awam, ada yang mencemuh. Kata mereka, kerajaan tidak menggunakan kuasanya untuk menaikkan gaji kakitangan swasta juga. Mereka kata: โ€œDude, youโ€™re the PM. you have the powerโ€ Sebenarnya, bolehkah kerajaan mengarahkan majikan swasta menaikkan gaji mengikut ketetapan kerajaan? Jawapannya tidak, kerana namanya pun swasta. Ia bukan milik kerajaan. Ia tidak dimiliki kerajaan. Majikan menentukan tangga gaji masing-masing kerana syarikat itu milik mereka, atas usaha mereka. Konsepnya sama seperti rumah yang kita miliki. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya masuk rumah kita, ambil hak atas rumah kita atau mengutip sewa atas rumah kita kerana ia milik kita, bukan kerajaan. Tapi kerajaan boleh pula laksanakan Perintah Gaji Minima? Seperti mana kerajaan kuatkuasakan undang-undang menetapkan gaji minima, kenapa kerajaan tidak buat undang-undang sama untuk naikkan gaji semua pekerja swasta? Kerajaan boleh menetapkan gaji lantai untuk mengelakkan golongan pekerja dimanipulasi, agar pekerja tidak menjadi mangsa dibayar upah yang tidak berpatutan dengan kehendak hidup yang minima. Sebab itu dipanggil gaji minima. Tetapi setiap syarikat mempunyai pelbagai lapisan jawatan, kemahiran dan kelayakan yang berbeza-beza. Tangga gaji bagi pelbagai lapisan jawatan ini bergantung kepada kehendak pasaran, iaitu kemampuan syarikat-syarikat menjana pendapatan. Jadi kenapa kerajaan tidak boleh tetapkan juga? Sebab mustahil untuk ada undang-undang yang menetapkan gaji bagi setiap jenis pekerjaan, pada setiap peringkat kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang berbeza-beza. Dan juga mustahil untuk dikuatkuasakan kerana akan ada beratus ribu kombinasi jawatan dan tangga gaji mengikut industri yang berbeza dan kemahiran, kelayakan yang berbeza. Itulah sebabnya tidak ada negara di dunia ini yang mana kerajaan boleh mengarahkan dan menetapkan tangga gaji swasta, kecuali negara komunis sepenuhnya. Eyh negara komunis boleh pula? Sebab tiada konsep swasta di negara komunis, semua perusahaan adalah milik negara. Sebab itu negara yang pada namanya komunis pun tidak lagi mengamalkan pasaran kerja sebegini, contohnya China dan Vietnam. Habis apa guna kerajaan? Sebab itu kerajaan memberi tumpuan kepada gabungan dasar yang saling melengkapi untuk mewujudkan satu pasaran kerja yang dinamik, agar gaji yang dibayar sektor swasta naik sepadan dengan nilai ekonomi yang dijana. Pentadbiran Madani memberi tumpuan kepada dua dasar utama yang saling melengkapi, iaitu: Pertama - Perintah Gaji Minima untuk memastikan gaji lantai sentiasa naik mengikut kesesuaian, seterusnya mempengaruhi tangga gaji jawatan-jawatan yang lebih atas, dan: Kedua - Dasar Gaji Progresif yang memberi galakan dan insentif kepada majikan dan pekerja untuk melonjakkan tangga gaji mengikut panduan gaji umum mengikut industri dan kemahiran. Kepada mamat dude tadi, saya nak pesan: Dude, you have to read more about labour market!

Rafizi Ramli

391,438 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 yฤฑl รถnce

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara-saudara di Indonesia. Reaksi rakyat Malaysia rata-ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia. Banyak kandungan yang saling mendoakan. Sudah tentu ada satu dua kerat yang ingin mempolitikkan semuanya. Ini salah satu contoh - yang mendoakan supaya perkara yang sama berlaku di Malaysia dengan memberi konotasi agar kerajaan bertukar. Ada yang menambah lebih baik tentera mengambil alih. Tidak guna kita berhujah dengan dua tiga kerat begini, tetapi kita juga wajar bermuhasabah tentang apa yang berlaku di Indonesia, terutamanya orang-orang politik seperti saya, pimpinan kerajaan dan pembuat dasar. Kesimpulan awal yang diterima umum ialah kejadian tunjuk perasaan dicetuskan oleh kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi dan ledakan berlaku melihatkan kemewahan hidup ahli-ahli politik. Sebelum kita buat kesimpulan rambang, kita wajar semak prestasi ekonomi Indonesia selama dua dekad. Sebenarnya, secara makroekonomi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dari 2004 hingga 2024 adalah setara dengan Malaysia, kalau tidak lebih baik. Semua petunjuk ekonomi menunjukkan pencapaian ekonomi yang baik. Secara purata, ekonomi Indonesia tumbuh lebih baik sedikit dari Malaysia dalam tempoh ini. Hanya ada beberapa tahun yang pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak setanding dengan Malaysia, itu pun kerana pertumbuhan Malaysia dalam tahun 2010 dan 2022 melonjak selepas menguncup, sedangkan Indonesia tidak mengalami kemelesetan dalam 2009 seperti Malaysia; dan penguncupan akibat COVID adalah lebih sederhana berbanding Malaysia. Begitu juga petunjuk lain seperti kadar inflasi. Kadar inflasi Indonesia lebih kurang seperti Malaysia. Bagi tahun 2024, inflasi Indonesia 2.9% berbanding Malaysia 1.8%. Kadar pengangguran Indonesia adalah 3.3% berbanding Malaysia 3.8% bagi tahun 2024. Malah, kedudukan kewangan kerajaan Indonesia adalah jauh lebih stabil, dengan kadar hutang kerajaan sekitar 40% dari saiz ekonomi, berbanding 65-66% bagi Malaysia. Jadi bagaimana ekonomi Indonesia, yang pada pengamatan biasa ahli ekonomi berada dalam keadaan memberangsangkan, menghasilkan rasa tidak puas hati yang begitu tinggi di kalangan rakyatnya? Ini adalah muhasabah yang ahli politik dan pembuat dasar Malaysia perlu ingat. Angka-angka makro itu penting. Ekonomi mesti berkembang pesat, inflasi dikekang supaya tidak menghakis kuasa beli, rakyat mesti ada pekerjaan. Tetapi angka makro tidak memberi gambaran keseluruhan, sekiranya laba dari perkembangan ekonomi itu tidak sampai kepada rakyat dengan cepat. Apa pertalian di antara angka makro dengan kedudukan sosio ekonomi rakyat, yang selalu disebut sebagai ekonomi mikro? Pertumbuhan ekonomi di peringkat makro perlu diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang setimpal kepada rakyat. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah pelaporan gaji rakyat. Kadar inflasi di peringkat makro mesti dibandingkan dengan beban kos sara hidup bulanan isi rumah. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah statistik pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) yang mengukur lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan utama. Inflasi yang kekal perlahan adalah baik, tetapi harga tinggi yang kekal ditakuk lama, kalau gaji tidak naik dengan lebih cepat, akan tetap menekan rakyat. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang rendah tidak bermakna rakyat melakukan kerja yang setimpal dengan kelayakan, atau mendapat gaji yang setimpal. Sekali lagi, laporan gaji rakyat adalah angka ekonomi lapisan kedua yang penting untuk memahami perkara-perkara ini. Dari sini, kita boleh tahu sama ada pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan kerja sepadan yang setara kepada rakyat. Sudah tentu realitinya lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku di Indonesia, tidak semestinya diterjemahkan menjadi laba kepada rakyat dengan segera. Sebab itu setiap kenaikan cukai atau kos, walaupun ia berkadar dengan kenaikan kos pengeluaran yang perlu ditanggung, ditentang oleh rakyat. Di sinilah pentingnya dasar dan program ekonomi yang mengubah struktur ekonomi, agar pertumbuhan bukan sahaja lebih mampan, laba ekonomi juga dapat dirasai pada kadar yang berpatutan oleh rakyat. Bentuk-bentuk dasar yang penting ini termasuklah reformasi pasaran kerja berkaitan pergantungan kepada pekerja asing, program sokongan kenaikan gaji dan peningkatan kemahiran untuk pekerjaan bernilai tinggi. Selain itu, negara memerlukan tambah baik segera kepada sistem perlindungan sosial dan agihan bantuan yang lebih cekap. Tetapi muhasabah paling besar dari insiden di Indonesia adalah kepada ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat melihat ahli politik, yang dari segi pendidikan atau kemahiran tidaklah banyak berbeza dari mereka, tiba-tiba boleh hidup mewah hasil dari kedudukan mereka, maka rakyat akan rasa mual dan marah. Begitu juga kepada tokoh-tokoh yang dilihat sebagai rapat dengan pemerintah atau pun dianggap kroni mereka yang berkuasa. Jika kemahiran dan usaha mereka tidak seberapa tetapi dilihat kaya serta merta dan mewah melampaui batas, rakyat akan benci dan golongan elit pemerintah juga akan terpalit. Jadi jangan marah saya jika saya terus bersuara memberi peringatan mengenai beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini, kerana rakyat kita pun sentiasa memerhati golongan elit di kalangan ahli-ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Rafizi Ramli

26,788 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” Saya ditanya apa yang dibuat semasa menjadi Menteri Ekonomi? Menteri Ekonomi bertanggungjawab menyelia perancangan negara (termasuk hal ehwal ekonomi) buat jangka masa panjang. Tumpuan utama saya sepanjang memikul amanah itu ialah mengubah struktur dan pendekatan, supaya kita tidak melakukan perkara kosmetik yang membelanjakan wang rakyat tetapi tidak kekal berpanjangan (kerana struktur tidak berubah). Tekanan mendesak ekonomi negara ialah daya saingnya yang perlu ditingkatkan. Ini melibatkan usaha mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan, mengubah struktur ekonomi negara (agar kita beralih kepada aktiviti bernilai tinggi) dan melakukan reformasi pasaran kerja (agar pekerja mendapat kenaikan gaji yang setimpal dan negara tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing). Ada yang kesannya boleh dinilai terus oleh rakyat. Melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), kita merangka bentuk bantuan kerajaan agar penerima perlu bekerja untuk mendapat tambahan pendapatan, sementera pelaburan kerajaan mewujudkan infrastruktur kekal yang boleh membantu penerima akan datang menjana pendapatan. Ada yang kesannya sudah dirasai. Contohnya, penubuhan JSSEZ (Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura) mewujudkan enjin pertumbuhan yang menarik pelaburan baru atas sifatnya sebagai zon pertama di rantau ini yang melibatkan dua negara. Integrasi ekonomi Johor dan Singapura menjadi kes ujian pertama ke arah integrasi ekonomi Asean, yang mempunyai potensi besar di masa hadapan. Ada yang kesannya dirasai oleh sebahagian penerima tetapi perlu ditingkatkan pelaksanaan supaya lebih ramai menyertai. Contohnya, Dasar Gaji Progresif telah berjaya menaikkan gaji pekerja yang majikannya telah menyertai skim ini, tetapi kita perlu percepatkan supaya lebih ramai majikan menyertainya. Insya-Allah, saya akan huraikan kenapa dan bagaimana dasar dan program besar yang dimulakan oleh Kementerian Ekonomi sebelum ini wajar diteruskan dan ditingkatkan, ke arah menambah baik struktur ekonomi negara.

Rafizi Ramli

60,346 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—› ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—ก๐—œ? Saya rasa banyak polemik yang berlegar di kalangan orang atas tidak banyak yang menyentuh cabaran seharian yang dihadapi terutamanya Gen Z yang dibawah umur 28 tahun ini. Kita akan selalu dengar pembangkang memainkan isu kos sara hidup. Tiada siapa yang menafikan kos sara hidup adalah isu nombor satu Malaysia, malah di seluruh dunia. Tetapi selain kos sara hidup, bagi Gen Z, cabaran paling besar ialah mendapatkan pekerjaan yang boleh bagi ruang untuk membina kerjaya di masa hadapan. Dengan prospek kerjaya yang baik, ia akan memberi peluang kepada pendapatan yang stabil dan keupayaan mobiliti sosial untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan. Data-data ekonomi menunjukkan Gen Z berhadapan cabaran besar membina kerjaya, seperti berikut: 1. Pengangguran di kalangan orang muda sebenarnya tinggi, iaitu sekitar 10% bagi tempoh 2024 hingga awal 2025, berbanding pengangguran purata nasional yang hanya 3.2% (dari data DOSM) 2. Ini selari dengan kajian Bank Dunia, yang menunjukkan 13.4% anak muda berumur 16 hingga 24 tahun dalam kategori NEET (Not in employment, education or training). Maksudnya ada 13.4% dari kalangan ini, lepas sekolah, tidak buat apa-apa 3. 33 hingga 37% dari graduan bekerja dalam pekerjaan yang dibawah kelulusan mereka, yang dipanggil under-employment 4. Kita ada fenomena yang dipanggil โ€œwage compressionโ€ iaitu gaji bagi pekerja bawahan tanpa kemahiran sebenarnya meningkat jauh lebih laju dari gaji permulaan graduan atau pekerja berpengalaman atau pekerja separa kemahiran. Ini adalah disebabkan oleh gaji minima. Sementara majikan terpaksa menaikkan gaji minima kepada pekerja kurang berkemahiran kerana itu kehendak undang-undang, mereka terpaksa menampung kenaikan itu dengan memperlahankan kenaikan gaji pekerja yang lebih atas 5. Jurang kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran masih tinggi, terutamanya dalam sektor yang banyak kekosongan seperti yang berkaitan teknologi dan sains. Contohnya, jurutera perisian untuk rekabentuk cip semikonduktor boleh mencecah RM6,000 sebulan untuk fresh graduate, tetapi kita tidak cukup graduan yang memenuhi kelayakan akademik dan kelulusan untuk mengisinya 6. Ada ketidakpadanan di antara lulusan universiti dalam bidang-bidang yang tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan, sedangkan dalam bidang-bidang teknikal tertentu ada kekosongan yang tidak dapat diisi kerana tidak cukup lulusan yang memenuhi kriteria Akhirnya, negara kita berhadapan dengan masalah yang mengundang semua pihak saling menuding jari: Gen Z dan graduan mengeluh susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menuding jari kepada majikan atau kerajaan. Majikan mengeluh susah nak cari cari pekerja yang memenuhi kriteria dan kelayakan. Ada yang menuding jari kepada graduan atau kerajaan. Kerajaan? Terpulang nak tuding jari kepada sesiapa pun, tetapi tidak boleh lari dari cuba menyelesaikan masalah ini. Sebahagian dari masalah ini berpunca dari perkara struktur. Contohnya struktur ekonomi yang tidak sampai ke tahap nilai tinggi, maka pekerjaan dalam kategori gaji tinggi tidak banyak berbanding dengan negara-negara maju. Soal struktur ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan berjaya mewujudkan dan membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi, struktur ekonomi itu akan berubah secara berfasa. Tetapi ada perkara di dalam kawalan majikan, graduan dan pekerja. Majikan perlu menerima hakikat bahawa graduan dan pekerja perlu dilatih secara berterusan, terutamanya dalam bidang-bidang yang lebih teknikal. Majikan juga perlu tahu bahawa jika gaji yang dibayar tidak berpadanan dengan kelayakan, pekerja akan selalu lari yang mengganggu operasi perniagaan. Majikan juga perlu terbuka untuk mengambil fresh graduate yang tidak semestinya keluar universiti dengan kelulusan yang diiklankan, tetapi dalam bidang teknikal yang hampir sama tetapi boleh dilatih. Banyak majikan akan kata: kami dah buat semua ini tetapi masih bermasalah. Jadi apa yang majikan nak sebenarnya dari fresh graduate ni? Oleh kerana majikan tahu hampir semua fresh graduate perlu dilatih semula, dari pengalaman saya, majikan tidak melihat kepada kelayakan akademik semata-mata. Mereka melihat kepada potensi dan sikap calon yang ditemuduga. Oleh itu, kepada fresh graduate, ini kualiti yang dicari oleh majikan: 1. Prestasi akademik yang stabil. Tidaklah perlu mendapat ijazah kelas pertama, tetapi ada konsistensi akademik dari SPM hingga habis ijazah. Sebaiknya dalam quartile pertama dan kedua. 2. Paling penting, keupayaan untuk terus belajar. Bukanlah tahu semua perkara, tetapi ada keinginan dan curiosity untuk belajar perkara baru. 3. Self-starter, dalam bahasa mudah tidak perlu disuruh. Tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu. Untuk laksanakan tugas dia, kalau dia tak tahu, dia usaha untuk tahu, sama ada belajar dari senior, Google or ChatGPT. 4. Berdisiplin dan matang. Tahu membezakan tanggungjawab kepada syarikat dan rakan kerja, dengan keperluan dan keinginan peribadi. Tahu sumbangan yang perlu dibuat agar pasukan atau syarikat dapat bertahan. Tahu tanggungjawab minima yang perlu dilaksanakan. Mesti kena kecam dengan Gen Z lepas ni. Tapi jangan hanya kecam, kalau tak setuju bagi hujah kenapa tidak setuju.

Rafizi Ramli

23,122 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

Saya bentangkan rekod kenaikan harga makanan dari 2011 hingga 2024 dalam penggulungan Belanjawan 2025. Hakikatnya sesiapa pun yang jadi kerajaan, kita akan menggunakan data yang sama iaitu daripada DOSM. Sementara kita boleh berbeza pendapat, mengenai bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan atau pendekatannya, janganlah sehingga kita menidakkan data rasmi inflasi seolah-olah data itu tidak melambangkan keadaan sebenar rakyat kerana banyak perbahasan yang menjurus ke arah itu. Data inflasi setiap bulan ini memberi dua gambaran penting. Pertama, ia memberi trend peningkatan harga keseluruhan kerana angka inflasi adalah angka komposit yang menggabungkan kenaikan mengikut kategori seperti makanan mentah, makanan siap dibeli, makanan di restoran, elektrik, api pengangkutan dan sebagainya. Sama ada data 2% atau 1.9% itu adalah data komposit yang telah pun dikira mengikut wajaran dan ini adalah standard antarabangsa bukan hanya digunakan di Malaysia. Kedua, data inflasi menunjukkan berapa tinggi kenaikan itu berlaku. Jika kita amati laporan inflasi setiap bulan, ada saling kait antara angka inflasi keseluruhan dengan kenaikan mengikut kategori tertentu. Bagi bulan September 2024, kadar inflasi adalah 1.8% dan kadar kenaikan harga makanan & minuman, kerana ini yang selalu dilontarkan. Angka inflasi itu banyak itu, 2% tapi kita di bawah ini terbeban dengan harga makanan dan minuman yang tinggi. Jadi saya tengok satu persatu, kalau untuk September 2024, kadar inflasi keseluruhan 1.8%. Kadar kenaikan harga makanan dan minuman dan ini wajaran paling besar 29.8%, kadarnya hanyalah 1.6% lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Kenaikan harga makanan dan minuman pada 1.6%, bagi September 2024 ini, boleh diberikan perspektif berbanding rekod-rekod kenaikan harga makanan dan minuman sejak 2011. Saya semak tiap-tiap bulan, kenaikan harga barang dan minuman yang jadi komponen inflasi itu sejak tahun 2011 mengikut data DOSM. Di antara tahun 2011 hingga 2018, kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan 2% hingga 5.7%. Hanya beberapa bulan sahaja dalam tahun 2011 ke tahun 2018 itu yang kadar kenaikan harga makanan itu dalam lingkungan 2% kepada 3%. Majoritinya adalah 3% hingga 5% iaitu lebih dua kali ganda daripada kenaikan yang kita ada sekarang ini September 2024. Kemudian, selepas Mei 2018, kerajaan bertukar, inflasi makanan dan minuman adalah paling rendah pada Julai 2018. Daripada 2011 hingga ke 2024, inflasi makanan dan minuman adalah palng rendah adalah dalam bulan Julai 2018 iaitu 0.7%. Kemudian kekal rendah hingga ke Mei 2019 tetapi mula naik kepada 1.2% iaitu kesan daripada penghapusan GST pada ketika itu. Selepas itu, kenaikan harga makanan dan minuman naik semula daripada Jun 2019 itu dia mula naik dan melebihi 2% daripada itu dan hanya turun sekejap semasa COVID kerana permintaan kurang. Itu pun semasa COVID, kenaikan harga makanan & minuman ini tak banyak beza daripada yang ada sekarang iaitu 1.3% hingga 1.9% julat dia. Jadi dalam keadaan ekonomi merudum masa itu takda permintaan, berbanding dengan keadaan sekarang, kadar inflasi kenaikan harga barang makanan dan minuman boleh dibandingkan dengan zaman COVID yang ada sekarang ini. Bermula Oktober 2021, kenaikan harga barang makanan & minuman mula naik mendadak dari 1.9% Oktober 2021 kepada 7.2% dalam bulan Ogos 2022. Kenaikan harga makanan & minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023. Mac 2023, 6.9% kepada 4.1% bagi Ogos 2023, kemudian 2% bagji Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6% bagi September 2024. Maknanya, jika kita teliti semua data ini dari 2011 hingga 2024, prestasi mengawal inflasi, terutamanya kenaikan harga makanan dan minuman adalah terbaik sejak Kerajaan Madani mengambil alih Dari tahun 2011, hanya ada satu tempoh masa saja iaitu Julai 2018 hingga Mei 2019 akibat penghapusan GST yang mana kenaikan harga makanan dan minuman adalah lebih rendah daripada apa yang ada sekarang. Saya huraikan semua ini supaya jangan mudah menuduh kerajaan memutar belit angka ekonomi. Semua ini ada di segala laporan. Sedangkan jika dalam perbahasan, saya tengok dalam perbahasan ada yang sewenang-wenangnya mengatakan harga makanan naik sampai 30%, sampai 20% sedangkan data rasmi yang dikumpul itu keadaannya sangat berbeza dan DOSM inilah yang turut akan membekalkan data rasmi sekiranya pembangkang akan menjadi kerajaan ataupun semasa pembangkang jadi kerajaan dahulu, data yang sama itu jugalah yang digunakan

Rafizi Ramli

32,103 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

Bank Negara mengatakan pertumbuhan suku kedua didorong oleh permintaan domestik yang berterusan dan prestasi eksport yang kukuh. Itu memang betul. Permintaan isi rumah memang kukuh. Jadi kenapa rakyat tidak dapat merasainya? Pergi tanya orang di kedai. Ramai memang tak rasa. Dan pada masa yang sama kos sara hidup semakin tinggi, gaji tidak mengejar. Mulakan dengan satu konsep. KDNK mengukur pengeluaran - berapa banyak yang dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi pada satu masa. Ia tidak berkait secara terus dengan gaji. Bukan satu lawan satu. Tetapi ada satu korelasi yang cukup kukuh, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Gaji sepatutnya bergerak rapat dengan produktiviti. Di Malaysia, korelasi itu hilang. Dari 2010 sampai sekarang, gaji tidak berkembang selaju produktiviti. Dan di sinilah bezanya dua angka yang jarang disebut bersama. KDNK mengira semua yang dikeluarkan di dalam Malaysia. Tak kira orang asing, syarikat asing, atau orang tempatan. Seluruh apa yang dibuat di sini dikira. PNK berbeza. Ia mengukur pendapatan yang diakru kepada orang Malaysia atau syarikat Malaysia sahaja. Malaysia memang selalu mempunyai PNK yang lebih rendah daripada KDNK. Itu perkara biasa bagi sebuah small open economy yang menerima banyak pelaburan asing. Tetapi jurang antara keduanya semakin besar. Dan ia mula melebar pada suku pertama 2025 - bertepatan dengan permulaan AI boom. Ini bukan bukti yang muktamad. Tetapi kebanyakan sektor eksport, terutamanya syarikat cip, adalah syarikat asing. Intel. AMD. Lam Research. Permintaan tinggi, keuntungan tinggi, dan dividen dihantar balik kepada syarikat induk di luar negara. Duit itu masuk. Kemudian ia dibawa balik keluar. Kemudian ada satu lagi lapisan. Ekonomi kita berbentuk piramid, dan hujung atasnya halus. Kita ada lebih kurang satu juta enterprise. Yang dikira syarikat besar hanya dua setengah peratus daripada itu. Sederhana dua setengah peratus lagi. Selebihnya, kira-kira sembilan puluh lima peratus, adalah kecil dan mikro. Jadi pertumbuhan ekonomi boleh nampak cantik setiap tahun, tetapi ia mungkin digerakkan oleh sepuluh ribu syarikat sahaja. Yang betul-betul mendapat manfaat ialah sepuluh ribu itu, orang yang bekerja dengan mereka, dan kerajaan yang mengutip cukai. Kebanyakan rakyat kita bekerja dengan SME, atau bekerja sendiri sebagai mikro. Dan SME tidak merasa apa-apa melainkan ia sebahagian daripada kitaran itu - melainkan ia membekalkan bahan kimia, atau berada dalam rantaian nilai semikonduktor. Sebab itu di mata rakyat, dia tidak peduli lima peratus atau empat peratus. Dia sebenarnya pasal gaji. Sebab itu yang dia faham. Itu yang dia rasa tiap-tiap bulan. Tonton kupasan penuh isu pertumbuhan ekonomi negara dan kesan kepada rakyat di Podcast YBM Episod 60:

Rafizi Ramli

25,697 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 ay รถnce

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ฅ? ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ž๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฆ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ง๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”โ€ฆ. Terima kasih Meor Mohd Zafuan, penyokong tegar Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim (gambar profile pun gambar PMX) yang bertanya khabar mengenai Kesum pada 10 Disember 2025 yang lalu. Alhamdulillah minggu depan, genap 3 bulan Kesum beroperasi. Semuanya berjalan baik. Jualan harian macam biasa ada hari baik, ada hari tersangat baik, ada hari sendu terutamanya bila masuk minggu ketiga. Dah nampak trend bila hujung bulan, gaji dah nak habis jadi orang kurang berbelanja. Kami sedang meneliti perincian kos satu-satu untuk membandingkan unit kos asal semasa perancangan, dengan turun naik harga bahan mentah. Insya Allah bila analisa terperinci siap, kami boleh tentukan margin pulangan kepada rakan kongsi ekuiti. Untuk menjawab Meor Mohd Zafuan, setakat ini Kesum balik modal dan berjaya bayar pekerja antara RM2,000 ke RM4,000 sebulan, ikut berapa banyak overtime yang dibuat. Ini contoh slip gaji pekerja (rujuk video), kot kot Meor Mohd Zafuan tak percaya. Insya Allah, Kesum akan beroperasi lebih lama, walaupun ada walanon seperti Meor Mohd Zafuan berharap tutup cepat-cepat. Ada juga walanon yang macam ni, benda baik orang nak tolong rakyat dengan makanan yang kenyang, sedap dan murah; juga untung yang sedikit itu diutamakan kepada pekerja-pekerja - yang itu pun dia sakit hati sibuk mintak tutup awal. Buat masa ini, Kesum sedang mencari 3 orang lagi krew dapur untuk menampung keperluan kerja. Kami mencari 3 orang krew dapur tetap dan beberapa orang lagi untuk pekerja separuh masa. Gaji saya dah kongsi tadi dan terma kerja saya pernah kongsi sebelum ini. Bagi mereka yang berminat, sila isi borang di sini dan kami akan senarai pendek: Mohon kongsi dan sebarkan kepada seberapa ramai. Kepada yang minta buka Kesum di sana sini, benda macam ni tak leh nak rush sebab kita nak pastikan model operasi, model kos dan semuanya betul-betul OK dulu. Beri kami masa beberapa bulan lagi untuk fine tune - lagi pun kami nak bersedia untuk Ramadhan. Nanti saya kongsi operasi dan perancangan Kesum semasa Ramadhan.

Rafizi Ramli

50,356 gรถrรผntรผleme โ€ข 8 ay รถnce

Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke? YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan. Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik untuk membuat kandungan TikTok. Pertamanya, saya ajak kita semua menghadam dahulu apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri: 1. Tidak ada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85% terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi. Nak mudah cakap, 85% daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diwar-warkan 2. Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ni macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan. B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data. Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi. Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya. Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi sesebuah keluarga yang lebih adil ini sedang berlaku. Eyh kenapa umum tak bincang dulu? Pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibincangkan sebelum ini. Di Parlimen pun saya telah nyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan. Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri. Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat. Still tak puas hati, kenapa umum masa Belanjawan sedangkan perincian belum dimuktamadkan? Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan. Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan, yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya. Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.

Rafizi Ramli

370,907 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

Istri saya lulusan S1 Teknik Fisika ITS dan bekerja di PT Dirgantara Indonesia (BUMN). Jam 4 pagi sudah bangun, lalu masak, nyuci, dan mempersiapkan 3 anak kamiโ€”memandikan, memakaikan baju, dan lain-lainโ€”sebelum berangkat ke kantor. Padahal kami punya pembantu. Anak pertama kelas 3 SD, anak kedua TK kecil, dan anak ketiga masih 2,5 tahun. Kantor masuk pukul 07.30 WIB, jaraknya sekitar 12 km dari rumah. Biasanya istri saya berangkat pukul 06.40 WIB sambil mengantar anak pertama yang kebetulan sekolahnya satu jalur. Namun, dia rela telat, tidak masuk kantor, atau pulang setengah hari kalau ada urusan keluarga. Padahal kalau telat, potongannya dihitung per menit. Kalau total telatnya sudah 90 menit dalam sebulan, langsung dipotong Rp660.000. Istri saya juga jualan gas dan pulsa. Kalau pacaran mungkin kita menginginkan yang cantik (jarene ben macem dijak nyumbang ๐Ÿ˜…), tapi kalau menikah kita membutuhkan pasangan yang sudah matang dalam berumah tangga. Allah memberikan pasangan yang kita butuhkan, bukan yang kita inginkan. Sementara saya bekerja di PT KSTerminals Technology Indonesia dengan gaji Rp6 juta dan take home pay sekitar Rp5,85 juta setelah pajak. Saya pegawai kontrak. Sudah 2 kali kontrak, dengan masa percobaan dan kontrak yang totalnya sekitar 2 tahun 6 bulan. Saya juga belum tahu apakah aturan kontraknya memang seperti itu. Dulu saya bekerja di PT Transavia Otomasi Pratama dengan kontrak 1 tahun. Di sana ada BPJS Ketenagakerjaan yang sudah saya cairkan, dan kata HRD saya juga mendapat uang sebesar 1 kali gaji setelah kontrak selesai. Tapi alasan saya bertahan di KST adalah karena bisa bekerja dari rumah. Dengan WFH, saya tetap bisa mengurus anak-anak dan punya waktu untuk membantu istri. Sekitar Juli 2025 datang manager dari Malaysia. Lalu sekitar Maret 2026 saya mengajukan proposal untuk perbaikan management demi meningkatkan omzet. April 2026 saya dijanjikan kenaikan gaji dan jabatan. Tapi sampai manager tersebut sudah tidak lagi di KST pada Juli 2026, janji itu belum terealisasi. Sekarang management sudah berganti dan diurus oleh management dari Vietnam. Saya kembali menagih janji kenaikan gaji tersebut kepada management baru, tapi dijanjikan lagi sampai Desember 2026 dengan pertimbangan peningkatan performance. Padahal selama bekerja, sampai thread ini ditulis, saya sudah mendapatkan 30 new customer untuk KST. Sales lain ada yang 10 customer saja tidak mendapat kenaikan, bahkan sales yang sudah 10 tahun di KST katanya sudah mentok dalam mencari customer baru. 30 new customer itu pun sebenarnya belum saya lakukan secara totalitas karena saya masih mengurus bisnis sendiri, yaitu PT Volta Electric Indonesia, usaha persewaan mobil, dan sambil membantu istri mengurus anak-anak. My strength is relationship yang sudah ada sebelumnya dan pengalaman dari pekerjaan-pekerjaan saya sebelumnya, terutama di proyek electrical engineering. Background pendidikan saya juga guru Teknik Elektro, jadi pekerjaan di KST terasa cukup mudah bagi saya. Cari new customer bagi saya relatif mudah karena dari kecil memang sudah sering jualan. Dulu pernah jualan ikan koi, susu kedelai yang dititipkan di warung, servis komputer, buka les privat, dan sekarang punya usaha reklame, pengelasan, serta persewaan mobil. Dan satu hal lagi... Saya nggak cerita ke management KST kalau saya masih punya bisnis yang berjalan. ๐Ÿ˜… Dulu waktu wawancara bilangnya sudah tutup. Hehehe ๐Ÿ˜… Menurut kalian, dalam kondisi seperti ini lebih baik saya fokus mengejar kenaikan gaji dan jabatan di KST, atau justru lebih fokus mengembangkan bisnis sendiri sambil tetap WFH dan mengurus keluarga?

txt keabsurdan wni

30,091 gรถrรผntรผleme โ€ข 28 gรผn รถnce