Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

Pengakhiran yang tidak diduga....🤣

412,541 Aufrufe • vor 1 Jahr •via X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfügbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

Ähnliche Videos

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, "Tapi Post Dalam Facebook" - Netizen Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya membayarkan makanan pelanggan lain di sebuah restoran secara diam-diam menerima teguran netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan hantaran bertajuk 'Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui' tersebut kerana dilihat bercanggah dengan mesej yang ingin disampaikan oleh Ahli Parlimen berkenaan. Dalam hantaran itu, Syerleena menulis ada kalanya kebaikan paling bermakna adalah yang dilakukan tanpa mengharapkan perhatian dan memaklumkan beliau membelanja makanan seorang pelanggan tanpa pengetahuannya. "Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui. Ketika singgah bersarapan, saya memilih untuk membelanja makanan seorang pelanggan secara diam-diam tanpa pengetahuannya. "Melihat orang lain tersenyum sudah cukup membahagiakan. Semoga kita semua sentiasa diberikan rezeki untuk terus berkongsi dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja," katanya. Bagaimanapun seorang pengguna Facebook, Zul Hafiz menyindir, "Sendiri up dalam Facebook sendiri, tulis tajuk kebaikan tak perlu diketahui, tapi kongsi dekat Facebook sendiri" Seorang lagi pengguna, Zul Hanizam turut menyindir, "Kebaikan yang tidak perlu diketahui, tapi rekod dan muat naik ke media sosial" Manakala Lim U-Chyung mengkritik hantaran tersebut dengan berkata, "Tapi post dekat FB?" Rahim Razak pula berpendapat kebaikan yang tidak perlu diketahui sepatutnya dilakukan tanpa dirakam dan dikongsikan sendiri di media sosial. - MYNEWSHUB Sumber Info/Video/Komen Netizen: Akaun Media Sosial Syerleena Abdul Rashid

MYNEWSHUB

17,463 Aufrufe • vor 12 Tagen

Lelaki tanpa kepala dirakam di puncak gunung JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tanpa kepala dirakam di puncak Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Okezone semalam. Gunung Welirang merupakan gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto. Dalam video yang dikongsi di laman Instagram 𝕯aru.suroboyo, sekumpulan lelaki dilihat sedang berdiri di puncak Welirang yang ketika itu berkabus, dengan masing-masing merakam pemandangan di sekitarnya. Namun, netizen terkejut apabila melihat bahagian awal video itu memaparkan kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek sekali gus berbeza dengan pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana kabus tebal dan angin kuat. Lebih menyeramkan adalah susuk tubuh itu tidak mempunyai kepala, malah ia berdiri berhampiran pendaki lain serta menghala ke arah kamera. Reaksi kumpulan pendaki tersebut juga menunjukkan seolah-olah mereka tidak menyedari kehadiran lembaga itu. Rata-rata netizen berpendapat, sekiranya lelaki itu menundukkan kepalanya, pasti ia boleh dilihat kerana keadaannya yang menghala ke arah kamera. “Kalau menunduk, kenapa kepalanya tidak kelihatan kerana badannya menghala ke arah kamera?” soal seorang netizen. Namun, terdapat juga yang percaya bahawa susuk itu ialah manusia sebenar yang sedang menundukkan kepalanya. Menurut mereka, kepala lelaki itu tidak kelihatan kerana keadaan puncak gunung yang berkabus tebal. – AGENSI Oleh KOSMO! 20 Jun 2023, 3:51 pm

MYNEWSHUB

3,167,663 Aufrufe • vor 3 Jahren