Video yรผkleniyor...

Video Yรผklenemedi

Smart lane active, tapi rider pula nak tunjuk hero konon menghalang kereta dari menggunakan lorong kecemasan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜Œ buat malu je.

193,157 gรถrรผntรผleme โ€ข 3 ay รถnce โ€ขvia X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gรถnderinin yorumlarฤฑ burada gรถrรผnecek

Benzer Videolar

Ceritanya begini, tadi semasa dalam perjalanan saya ternampak orang menjual durian lalu berkata kepada suami, โ€œSedapnya durian.โ€ Selepas itu, saya terus melupakan perkara tersebut. Tiba-tiba, suami pula bersuara, โ€œAbang macam nak beli kasut kerjalah, tapi tak apalah nanti-nanti pun boleh. Duit tengah sempit sekarang ni.โ€ Namun tidak lama kemudian, dia tiba-tiba mengajak, โ€œSayang, jom kita beli durian.โ€ Saya terus menolak dan berkata, โ€œEh, tak payahlah. Awak kan nak beli kasut kerja, belilah kasut dulu.โ€ Dia lantas menjawab, โ€œTak apa, kita beli dua atau tiga biji sahaja buat rasa-rasa.โ€ Dia pun turun dari kereta untuk membeli buah tersebut. Apabila melihat dia memilih durian sehingga memenuhi dua bakul, air mata saya yang berada di dalam kereta terus berjurai jatuh. Hati saya tersentuh melihat wajahnya yang melangkah masuk semula ke dalam kereta dengan senyuman yang sangat lebar kerana gembira dapat membelikan durian untuk isterinya. Selepas itu, sebaik sahaja suami masuk ke dalam kereta dan melihat saya menangis, dia terus memeluk dan memujuk saya sambil mengusik, โ€œNak pergi kedai emas lagi tak?โ€ Saya hanya mampu menggelengkan kepala dalam tangisan. Mewah sungguh rezeki suami saya kerana dia sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi menunaikan keinginan isterinya. Saya sendiri tidak tahu mengapa hati ini berasa tersangat sedih dan terharu dengan pengorbanannya. Kredit : wawa.wewe_

KONGSI VIRAL๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

63,887 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 ay รถnce

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. โ€œDia asyik tengok kita je umiโ€ Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.
0:37

Sensitive content

Kisah sebenar : Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. โ€œDia asyik tengok kita je umiโ€ Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. Si perlaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula. Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan? Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part! Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit.

kamaghul deghaman

309,438 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐—–๐—”๐—ฅ๐—”-๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—˜๐— ๐—ข & ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก Kebelakangan ini musim protest dan demo, sebab ada isu-isu berbangkit. Hujung minggu depan, pada hari Sabtu 25 April 2026, akan ada satu lagi demo Tangkap Azam Baki. Saya akan turun bersama-sama anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu Malaysia bebas dari rasuah. Bila kita rasa orang dan badan yang diberi amanah membanteras rasuah telah menjadi senjata untuk mengejar sesiapa yang tidak sekepala dengan yang berkuasa, SPRM perlu dibaiki. Ia bermula dengan menukar Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki, yang terpalit dengan skandal pemilikan saham sebanyak dua kali dan tuduhan bersekongkol dengan mafia korporat. Tapi sebelum turun, kita kena tahu selok belok berdemo. Pertama, demo sebab ada isu yang kita ambil pendirian, selalunya anak muda yang tampil sebab mereka percaya kepada idealisme mereka, apa pun pandangan kita kepada pendirian mereka. Kalau boleh jangan jadi demo macam yang satu lagi ni (boleh rujuk video ini). Takut nak tunjuk muka. Malu-malu. Bila ditanya kenapa pakai penutup muka, jawabnya โ€œsebab habukโ€. Orangnya pula semua yang dah lanjut usia dengan rekod katak politik yang pernah masuk semua parti. Jom kita sama-sama tunjukkan cara demo yang sebenar di Dataran Merdeka, 25 April ini. Jumpa hari Sabtu minggu depan, lagi dekat nanti lagi banyak promo dari saya.

Rafizi Ramli

14,647 gรถrรผntรผleme โ€ข 4 ay รถnce

๐—œ๐—ก๐—œ ๐—–๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—–๐—˜ - ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—”๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ Semua fitnah yang dibuat Caprice - saya telah jawab satu persatu. Saya juga telah serahkan urusan saman Caprice kepada peguam saya. Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri. 4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN. Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi. Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta โ€œprivate coffee sessionโ€ dengan pegawai saya sebab nak tunjuk โ€œwhat else iโ€™ve been doing for Madaniโ€. Siap cakap โ€œI really wanna show uโ€. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 - dia cuba lagi. โ€œYooooโ€ โ€œRafizi really needs a rebranding bruvโ€ 4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya. Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice. Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak. Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je. Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani. Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.

Rafizi Ramli

317,447 gรถrรผntรผleme โ€ข 5 ay รถnce

Lagi kangen banget ya? Enggak, biasa aja. Cuma memang mood suka tiba-tiba melow aja kalo lagi keinget: ternyata gw udah melewati masa dicintai dan saling mencintai oleh orang yang tulus ya. Tulus yang bener-bener bukan cuma dari omongan, tapi bener dilakuin dalam keseharian dan gw baru sadar kalo gw udah melewatkan masa dengan orang itu. Masa dimana kita bener-bener bertumbuh dan berusaha memperbaiki diri demi kenyamanan pasangan yang kita sayangi. -doi yang keras kepala, tapi tiap dikasih tau masih mau dengerin&nurut kalo tau dia salah. Masih mau diatur, masih mau ngaku salah -doi yang tertutup, tapi masih mau berusaha& gak malu buat minta bantuan gw meskipun keseringan udah telat buat ditolongin -doi yang mandiri, tapi dia masih mau ngasih moment buat gw berusaha membuktikan diri, meyakinkan dia kalo dia punya gw kapanpun dia butuh bantuan&dia ga perlu ragu lagi -doi yang biasanya ego, tapi berubah seketika ketika dia tau gw beneran serius ama dia -doi yang gak bisa diem dirumah, tapi ketika udah sama gw dia tinggalin semua kebiasaan-kebiasaan buruk&dunia kelamnya -doi yang profesional dikerjaannya, tapi gak malu buat jadi manja, childish&ngondek kalo udah ada gw didepannya -doi yang biasanya gak mikir panjang buat gaya hidup, tapi ketika sama gw dia mau jadi dirinya sendiri yang apa adanya. Ya tiap orang pasti beda sifat & kepribadian, setiap orang pasti ada plus minusnya juga, tapi gak tau kenapa kek segalanya yang ada di doi itu balance dimata gw. Masih bisa ketutup sama sifat baiknya, masih bisa gw HANDLE. Kayak apa yang minus dari dia masih bisa gw tutupin, begitu pula sebaliknya. Dan hal itu yang susah gw temuin di orang lain, kayak setiap orang yang gw temuin itu keras kepala dan terkesan susah dikasih tau. Setiap orang pengennya megang kendali hubungan, tapi gak mau dikasih tau, gak mau diatur, gak mau mencoba buat mengerti pov orang lain, gak mau ngerasa dikontrol, masih mau bertindak sesuka hati karna merasa dirinya lebih pintar&superior. Padahal mau sepintar apapun elu dari segi pendidikan&karir lu, belum tentu lu pinter dalam mencari pasangan, belum tentu bisa memahami orang lain untuk konteks berhubungan, belum tentu bisa nurunin ego lu sebagai orang yang superior. Dan memang orang-orang yang gw deketin ini gak pintar akan hal itu, kayak saking pintarnya sampe merasa segala hal dia yang paling bener. Dia yang paling tau, dia yang perfect. Dan itu kendala utama gw tiap kali mencoba berhubungan lagi dengan orang lain. Sekalinya gw suka sama orang, eh keras kepala&malah jadi sesukanya. Padahal berhubungan sama gw udah tenang banget, gw udah coming out, udah gak terikat juga sama keputusan orang tua, udah bisa berdiri dikaki gw sendiri, mau selingkuh juga gw udah malu sama umur. Dan berhubung gw udah pernah ngerasain kehilangan pasangan buat selamanya, udah pasti gw gak akan pernah mau lagi kehilangan pasangan, udah pasti rasa suka&sayang gw besar banget kalo sampe gw mau pacaran sama lu. Tapi ya gitu dah sekalinya udah saling suka aja malah dibawa ribet sama ego sendiri padahal tinggal jalanin aja, tinggal resmiin aja, toh kalo udah berjalan juga bisa langsung sama-sama saling belajar buat mengerti. Sama kayak waktu gw sama doi, begitu jadian langsung gw pindah kekota yang sama ama doi, langsung gw gas ngekos bareng, karna gw percaya cinta&sayang itu bisa bertumbuh karna terbiasa berdua. Kalo dibilang cinta&kasih gw udah abis buat doi, kayaknya enggak juga. Gw sampe sekarang masih berusaha buat punya seseorang yang bisa gw sayangi selayaknya gw sayang ke doi. Cuman memang gak semua orang bisa balance sifat baik&buruknya, gak semua orang mau nurunin egonya, gak semua orang mau dengerin pendapat pasangannya, gak semua orang mau berenti caper ketika udah deket sama satu orang๐Ÿ˜‚

gesTun by.ipank

38,688 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 yฤฑl รถnce

Tak pasti dia scammer, atau mental sebab hidup stress. Hari ini masa budak aku tengah pasang battery customer outdoor, aku kebetulan lalu kedai, so aku singgah kejap jaga. Tiba-tiba brother ni datang. Kalau korang tengok video CCTV, nampak kereta dia pun problem โ€” jalan sikit, mati tengah jalan. Siap aku kena pergi tolak masuk. Sama ada baru redah banjir, atau alternator memang K.O. ngam2 banjir kilat sini 11/7/2024 dia beli battery dgn budak aku Takpelah, kita tetap layan. Buka bonet, aku terkejut โ€” battery pelik, takde sticker, takde barcode, kosong langsung. Mcm biasa la, kalau dah tau sudah mau kena diambil kesempatan mmg la nada auto jadi tegas sikit . Niat dia datang mmg nak claim battery, akan tetapi battery bukan dari kedai kita mmglah kena bagi Tau awal2 dulu . Aku minta dia tunjuk resit โ€” memang resit kedai aku. Aku tanya elok-elok, "Bang, abang ada pergi mana-mana bengkel ke? Sebab battery kita ada barcode & laser marking camni." (sambil tunjuk contoh battery baru) Tanya elok elok jer pun x provoke pun, Dia terus naik angin: "Memang aku beli sini! Ini battery kau! Kau yang pasang!" Padahal yang pasang staff aku, bukan aku โ€” beza badan pun jauh: aku 69kg, budak aku 100kg.๐Ÿคฃ Aku explain elok-elok, lebih 10 kali. Kalau battery rosak, kita settle. Warranty jalan. TAPI battery mesti battery kita. Battery ni, sumpah, aku tak pernah tengok. Aku siap video call supplier โ€” confirm bukan dari kita. Battery kalau rosak sebelum 1 tahun , mmg kilang akan gantikan dengan yg baru . Kita x akan rugi sesen pun . Buat apa kita nak gaduh sama u kalau itu battery kita ? X logic kan? Masalah sekarang mmg bukan kita punya battery yg u beli 10bulan lepas. Battery yg u beli mungkin dah kena swap . Beratus Kali aku terangkan .. ko asyik ckp "mmg beli sini mmg beli sini ".. Dia ckp aku jerit kat dia , saya cuma tegaskan yg Battery bukan battery yg dia beli dgn saya siap Tanya dia paham x ? Dia naik angin tolak saya la , nak pukul saya la , siap sentuh saya berkali-kali ,Cuba provoke saya untuk tumbuk dia la. Kalau aku nak, aku boleh je call polis. Sebab dah ada body contact Tapi nasib baik aku dah taubat. Kalau zaman dulu, memang terus ICU bro. Lepas tu aku reman, naik mahkamah, ambil lawyer... Anak bini kau macam mana? Anak bini aku macam mana? Semua sebab battery DIN55R MF RM260? Last-last, aku malas nak panjangkan Aku bagi dia satu battery baru โ€” FREE. Suruh dia blah, jangan datang lagi. Lepas tukar battery baru pun, kereta dia tetap susah nak start. Check punya check โ€” confirm alternator rosak. Bukan sebab battery. Battery yang dia bawa (aku rasa kena swap tanpa dia sedar ) juga tidak rosak . Kemungkinan besar dia pergi redah banjir dan akibatkan alternator dia basah dan tidak berfungsi . Aku sedekah battery baru tu, TAPI aku tak halalkan. Sebab kau dah fitnah aku bro. Kenapa dah sedekah tapi x halalkan? 1.Dah terbukti battery dia bukan battery yg dia beli 11/7/25 2.dah double confirm dengan supplier yg berkemungkinan bagi battery handle warna merah(supplier ckp bukan KOBA) 3.battery x rosak 4.kereta dia ada problem , siap aku kena tolak masuk . Dia boleh start lagi tapi kejab mati kejab mati . 5.dah tunjuk semua diatas pun dia bekeras mau aku ganti battery baru . Gua bagi jer la.. dah x boleh bincang dah.. Umpama kena rompak ni.. xnak panjangkan . Sebab tu aku pun letih Dan ckp lebih .. Bagi-rekod video yg aku bagi dia battery baru, suruh jgn balik lagi . Kalau battery tu betul dari aku, aku takkan lari. Ini memang 1000000% BUKAN barang kita. Aku bagitau juga, kalau aku nak, boleh charge kau bawah Seksyen 323 (Kanun Keseksaan): Setahun penjara, atau Denda RM2,000, atau Dua-dua sekali. Hadiah emosi kalau x kawal . Lepas aku dah bagi battery baru, baru lah dia macam terfikir, "Eh, betul ke battery ni aku beli kat sini?" Kalau bukan aku yang handle, kalau budak aku yang naik angin? Entah apa jadi. Ingat โ€” rezeki haram takkan kekal. Datang minta free pun aku bagi, apatah lagi kalau betul battery aku. Kalau

MYNEWSHUB

364,195 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—”๐—ž, ๐—จ๐—š๐—จ๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—š๐—จ๐—ง ๐—ฉ๐—œ๐——๐—˜๐—ข ๐—Ÿ๐—จ๐—–๐—”๐—› Semalam saya dapat satu email mengenai dakwaan video lucah saya dengan seorang lelaki. Ha3 video lucah datang lagi! Sekarang zaman AI, senang nak buat video dan gambar. Masa saya di universiti dulu, saya buat ijazah kejuruteraan elektronik. Banyak la belajar pasal teknologi semua. Satu perkara yang saya tertanya masa tu, kenapa dalam Islam hukum hudud jelas menetapkan untuk mensabitkan tuduhan zina, mesti ada kesaksian empat orang yang akhlaknya baik? Bagaimana dengan bukti video? Sekarang kita tahu kenapa, sebab di zaman AI ini semuanya boleh dicipta. Jadi mudah untuk buat gambar lucah, video lucah dan lain-lain. Berbalik kepada ugutan video lucah. Saya dapat email ini, yang memeras ugut USD100,000 kalau tidak video disebarkan. Dia bagi screen shot video itu. Siap bagi QR code konon untuk pindahkan wang. Screen shot video tu nampak seperti seorang lelaki. Katil, bilik dan setting macam kabur-kabur. Macam video kabur yang pernah ada dulu, cuma nampak macam muka saya ha3. Yang lawaknya, setengah jam kemudian saya dapat mesej dari YB Wong Chen, ahli parlimen Subang. Dia beritahu dia kena ugut ada satu video lucah dengan lelaki jugak. Kami sama-sama kongsi screen shot. Rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama ha3. Pejabat YB Wong Chen lagi garang dari saya. Mereka terus buat laporan polis. Saya tak rasa mereka menghabiskan jutaan ringgit untuk bayar firma AI buat video lucah yang ada muka saya. Cuma edit video lama dan letak muka saya, kemudian ambil screen shot. Sebab saya rasa tujuan sebenar ialah untuk menggodam peranti elektronik saya dan kemudian fitnah lebih besar boleh dibuat. Sebenarnya saya selalu berhadapan dengan cubaan menggodam telefon, laptop dan macam-macam lagi. Cubaan paling berbahaya ialah yang menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone dan akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon dan peranti lain yang berkaitan. Saya telah menjadi sasaran sebanyak 4 kali dalam tempoh 9 bulan yang lepas dan mendapat amaran dari Apple pada 14 November 2024, 6 Mac 2025, 25 Jun 2025 dan 3 September 2025. Ini maklumat dan arahan dari Apple: - Serangan siber ini dari โ€œmercenary spywareโ€ - Serangan ini berkaitan dengan siapa saya dan tindakan-tindakan saya (iaitu kedudukan saya sebagai ahli politik dan pendirian saya) - Apple memberi contoh serangan siber yang sofistikated seperti perisian serangan Pegasus dari sebuah firma perang siber Israel bernama NSO Group Saya percaya cubaan untuk memfitnah saya dengan video palsu, berita palsu, menggodam dan sebagainya akan berterusan. Kalau dapat video atau gambar pelik mengenai saya, atau dapat email pelik, semaklah dahulu. Ramai yang ingat senang nak jadi ahli politik. Tapi kalau kita cuba ada pendirian sendiri, atau membongkar rasuah, atau cuba melawan vested interest yang bermaharajalela, sebenarnya kehidupan harian kita akan terus diganggu seperti ini.

Rafizi Ramli

108,984 gรถrรผntรผleme โ€ข 11 ay รถnce

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ข๐—ข๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ฃ๐—›! ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ, ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ญ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ž๐—œ Negara kini kecoh dengan pendedahan demi pendedahan mengenai isu integriti Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, hasil dari laporan siasatan media antarabangsa Bloomberg. Bermula dengan pendedahan pemilikan saham yang melanggar peraturan penjawat awam, hari ini keluar pula laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg mengenai tuduhan SPRM bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan tertentu, termasuk yang pernah disiasat atas tuduhan mencuci duit kongsi gelap. Saya tunggu lebih 24 jam untuk mendapat reaksi pertama Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Ini reaksi beliau (tonton di video). Saya ulang verbatim reaksi Perdana Menteri: โ€œOrang buat kerja nak pecat mengapa, nak suruh ambil perasuah jaga.โ€ โ€œBaca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masingโ€ Walaupun saya kecewa dengan jawapan ini, walaupun jawapan tidak and ommmph langsung, tapi kita kena tabik juga kemahiran lari dari menjawab soalan yang PMX ada. Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX. Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM. Jawapan PMX: dia buat kerja, nak suruh ambil perasuah jaga. Dua-dua jawapan ke laut. Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Datoโ€™ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau. Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman. Tidak ada satu undang-undang pun di dunia ini yang mensyaratkan seseorang yang melakukan jenayah hanya boleh dihukum jika pesalah tidak buat kerja atau tiada kebaikan. Malah undang-undang yang ada di seluruh dunia adalah terbalik: kamu boleh ada jasa yang besar, tetapi jika kamu melakukan jenayah, kamu tetap dihukum seperti orang lain kerana jenayah tetap jenayah. Kalau tidak buat apa ada undang-undang. Jawapan kedua โ€œnak suruh ambil perasuah jagaโ€. Tak de siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau. PMX pusing seolah-olah kalau kita mahu Tan Sri Azam Baki diganti, kita nak letak perasuah. Apa punya konar macam ni. Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah. Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah. Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM.

Rafizi Ramli

76,501 gรถrรผntรผleme โ€ข 6 ay รถnce

Matanya, kulitnya dan darahnya macam kita, semuanya kita kena bersatu. Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membuat ucapan perkauman yang secara halus mengatakan orang Melayu mesti bersatu untuk melawan orang Cina. Yang saya pelik, dia nak kata yang mata sempit tu orang Cina, jadi yang mata bulat macam dia adalah Melayu. Saya tenung-tenung gambar dia dengan Ahli Parlimen Kuching: saya rasa mata mereka sama sempit dan semua bulat. Nak kata kulit dia gelap, tak de lah gelap sangat. Kulit dia lebih kurang sama je dengan rakyat Malaysia yang lain, sama ada Melayu atau Cina. Darah dia saya confirm warna merah, sama macam darah Anthony Loke. Tapi zaman sekarang, lebih mudah memainkan api perkauman untuk mendapat sokongan rakyat, lebih-lebih lagi atas nama melindungi Islam. Padahal Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh atas saiz mata kita, atau warna kulit, atau warna darah kita. Saya malu sebab sejarah Islam di China lebih lama dari kita. Jumlah orang Islam di Cina, yang dijangka sekitar 30 - 50 juta orang, lebih ramai dari semua Bumiputra Islam di negara. Laksamana terkenal Dinasti Ming iaitu Cheng Ho, adalah seorang Islam dari Yunan yang terkenal di dunia sebagai laksamana terhebat sepanjang zaman. Saya tak terkejut yang si Razman terus buat kenyataan berbahaya seperti ini. Dia ada rekod buka mulut kena saman. Dengan PMX dia minta maaf. Dengan Lim Guan Eng kena bayar saman kerana memfitnah. Saya terkejut sebab PAS masih kekalkan dia sebagai pesuruhjaya PAS Perak. Rosak pemikiran anak muda ada wakil rakyat macam ni.

Rafizi Ramli

90,916 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

Skim Perubatan Madani (SPM) ๐ŸŒ Dzulkefly Ahmad dh jawab tadi dlm parlimen yg SPM ini adalah antara 2 solusi KKMalaysia๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿฉบโค๏ธ lakukan utk mengatasi isu kesesakan dan waktu menunggu yang lama di Jabatan Kecemasan & Trauma seluruh negara. ๐Ÿ’กPertama extended hour di klinik kesihatan awam di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Perkhidmatan Awam; ๐Ÿ’กKedua, Skim Perubatan Madani as part of pilot project Tak dpt dinafikan juga, SPM byk membantu kewangan rakyat pasca Covid biarpun dilaksanakan tak sampai setahun kerajaan perpaduan tertubuh. Yg pasti, SPM mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia biarpun diremehkan oleh pembangkang. ๐Ÿ˜ Now SPM already served its purposes (kurangkan isu kesesakan di bahagian Kecemasan hospital), ia dikecilkan kembali skopnya supaya inisiatif ini dpt diperkemaskan lagi. Logiklah. PEKA B40 pun ambil masa beberapa tahun sehingga dilaksanakan, apatah lagi SPM yg baru setahun jagung. Q&A โ‰๏ธ Kenapa tak continue je buat satu Malaysia? โžก๏ธ Beban pembiayaan yg mencecah RM12-15 juta seminggu. Sebulan, dah hampir RM60 juta. Setahun, hampir RM720 juta. Nk mudah, sepatutnya SPM ni kene bagi bajet RM1Billion lah. โžก๏ธ Skrg tak possible sgt, bagi PADU dan rasionalisasi subsidi RON95 / diesel jalan dulu, mungkin bajet SPM ni akan ditambah lebih byk. Tapi kalau kerajaan nk tutup pun, takpe je. Ada lagi inisiatif-inisiatif perubatan lain akan di usahakan oleh kerajaan di masa akan dtg Insyallah. โ‰๏ธ Ada yg ckp akan jeopaedize nyawa dan pesakit rakyat Malaysia? โžก๏ธ Takdelah. SPM ni cover common illness, bukan penyakit kritikal. Over ngat eh โ‰๏ธ Kenapa MySalam yg sama mcm SPM elok je run? โžก๏ธ Dude, MySalam tu inisiatif skim perlindungan takaful bawah MOF. Bertahun dh plan dari zaman Bosskur. KKM mana bleh sesuka hati buat produk kewangan ๐Ÿ˜‚ Akhir kata, pembangkang tak payah acah2 concern. Dulu Dr Zaliha Mustafa gerakkan SPM ni, korg jugak byk complaint byk songeh mengata die kiri kanan. Tlg promote pun tidak. Puiii Khalas.

StratCommX

372,613 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 yฤฑl รถnce

NASIHAT SUCI MURNI & TERBUKA KEPADA KANDA YUSUF AZMI.. Kehadapan kanda Yusuf Azmi, Apa khabar kanda Yusuf? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi rahmat dan kasih tuhan. Bagaimana keadaan penyakit menggeletar kanda tempoh hari? Sudah pulih sepenuhnya? Harap semuanya sudah baik-baik sahaja. Perniagaan kanda bagaimana? Luar biasa baik? NGO pula bagaimana? Sudah audit? Kanda yang diidolakan, Apabila dinda diberikan video ini (rujuk video di bawah) oleh seorang rakan, dinda terasa sungguh sebak kerana dapat merasakan kekecewaan kanda terhadap tuduhan-tuduhan ganas yang menimpa kanda beberapa hari ini. Alhamdulillah dinda lihat, kanda telah buat settlement dengan supplier kedai runcit Sembocah yang viral baru-baru ini. Tidak perlulah kanda buat video terjerit-jerit walhal ia video rakaman kanda sendiri. Jangan buat malu budak 90s kanda. Kanda kena chill, tenang dan rasional. Jangan mengiggil, istighfar banyak-banyak. Biasalah kanda, itu semua ranjau kehidupan dunia yang kanda harus lalui. Kanda yang dihormati, Dinda nasihatkan kanda untuk tukarlah perniagaan yang kanda sedang lakukan. Buatlah perniagaan yang benar. Bukankah dulu kanda pernah bilang yang kanda pernah menjadi saudagar kereta yang pernah kaya raya dilimpahi wang yang banyak. Jika kanda tidak mahu jual kereta, boleh buka mini market balik. Bukankah kanda juga sudah jadi affiliator Quantum Mental? Tidak cukup lagi kah? Jika kanda mahu teruskan juga perniagaan sebegitu, gunakanlah entiti perniagaan bukan NGO. Takkanlah kanda taktau, bukankah kanda sering katakan kanda ini orang undang-undang? Dinda tidak tahu apa jenis kategori business yang kanda lakukan. Consultant? Broka? Debt collector? Negotiator? Jika kanda masih tegar mahu menggunakan nama NGO Semboyan tersebut, dinda risau kanda akan membuka lebih banyak pintu-pintu fitnah kerana NGO tersebut juga sering mengumpul dana awam daripada masyarakat. Kanda juga tidak pernah melakukan pembentangan audit secara terbuka segala perbelanjaan dan kutipan NGO tersebut. Kanda yang dipandang tinggi, Jangan sangka kanda lahir 90s kanda terlalu hebat dan matang untuk mendabik dada dengan masyarakat, ramai lagi budak 80s dan 70s yang sedang memerhati dan mentertawakan kanda. Kanda kena jadi seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk. Syarikat mini market yang menggunakan nama Semboyan itu jelas-jelas dimiliki adik beradik kanda. Bahkan kanda pemegang saham terbesar! Sudah pasti masyarakat akan mula menyoal kenapa nama Semboyan tetapi dimiliki oleh kanda adik beradik? Apa ini? Dinda pasti ramai yang mula bertanya dari mana datangnya modal membuka mini market Semboyan itu? Daripada NGO? Daripada gaji kanda di NGO? Berapa gaji kanda di NGO? Akhir sekali, akan balik kepada audit. Kanda di medan perang, Dinda pula di medan seni. Kita sama-sama berjuang, sama-sama berbakti untuk ibu pertiwi. Cumanya kanda, dinda telah ditunjukkan beberapa laporan polis ke atas nama kanda. Rasanya perniagaan yang kanda lakukan ini sudah jelas ada masalah. Jika kanda masih nak teruskan, dinda risau kanda akan terlungkup. Dinda lihat, PW pun sudah mula menyerang kanda. Kanda mungkin risau anak-anak buah kanda tidak ada kerja nanti. Suruhlah mereka buat kerja yang benar. Bukan kerja menyergah orang, menakut-nakutkan orang seperti kumpulan Sarip Dol. Kita bukan di zaman jalak lenteng lagi. Suruh mereka berniaga jual ayam goreng ke, jual burger ke, jadi rider atau paling tidak masuk tentera, lagi steady. Lagipun, rezeki daripada Allah kan kanda? Kanda, masyarakat zaman sekarang ini sudah tahu membezakan video mana yang staged, yang mana ori. Mungkin dulu zaman PPIM lakonan itu semua menjadi. Hari ini tidak lagi. Ahlong mana yang bebal bagi kanda record kamera depan belakang. Kanda yang lantang dan berpengaruh, Dinda rasa elok kanda jadi fasilitator PLKN bagi mengelakkan kanda dipanggil ke PLKN. Itu kerja yang mulia juga, menjadi pelatih. Kerja kutip hutang ni bukanlah kerja yang baik dan mulia sangat. (sambung..)

Aliff Ahmad

818,288 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 yฤฑl รถnce

Fitnah Isu DBKL & Peniaga Haram Bazar Ramadhan ๐Ÿ›‘ Fitnah: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur zalim & Dr Zaliha Mustafa tindas peniaga kecil โœ… Fakta: Penguatkuasaan dilakukan ke atas peniaga haram, bukan menindas sesiapa! โธป 1๏ธโƒฃ โ€œBerlesen sangat? Tapi kenapa kanopi merah?โ€ ๐Ÿ“Œ Semua tapak bazar Ramadhan yang sah di bawah DBKL menggunakan kanopi kuning. ๐Ÿ“Œ Kalau ada yang guna kanopi merah, maksudnya mereka buka tapak secara haram, tanpa lesen sah! ๐Ÿ“Œ Kalau betul ada lesen, kenapa tak ikut standard DBKL? โธป 2๏ธโƒฃ โ€œDah diberi amaran, tutup sehari, esok buka balik?โ€ ๐Ÿ“Œ Masalah peniaga haram ni dah lama berlaku โ€“ setiap kali kena halau, mereka buka semula! ๐Ÿ“Œ Sebab tu DBKL terpaksa sita dulu, kalau tidak sampai bila-bila pun takkan selesai. ๐Ÿ“Œ Berniaga ada undang-undang โ€“ kalau semua ikut suka hati, apa jadi pada peniaga yang bayar lesen? โธป 3๏ธโƒฃ โ€œGerai haram = Risiko Kesihatan Awamโ€ ๐Ÿ“Œ Peniaga bazar wajib ambil suntikan typhoid untuk elak risiko keracunan makanan. ๐Ÿ“Œ Peniaga haram tak tertakluk pada syarat kesihatan โ€“ kalau pelanggan sakit akibat makanan mereka, tak boleh ambil tindakan! ๐Ÿ“Œ Nak beli makanan berbuka, biar dari tempat yang selamat & bersih. Kesihatan lebih penting dari simpati! โธป 4๏ธโƒฃ โ€œNak simpati? Kalau tak kawal, KL jadi macam India & Indonesiaโ€ ๐Ÿ“Œ KL ni ibu kota negara โ€“ kalau dibiarkan bazaar jadi tak terkawal, penuh peniaga haram, akhirnya jadi macam jalan di India & Indonesia, berselerak & bersepah! ๐Ÿ“Œ Dr Zaliha serius nak betulkan sistem bazar, kalau tidak, kita akan terus hadap isu sama setiap tahun! ๐Ÿ“Œ Kalau semua ikut undang-undang, bazar lebih teratur, peniaga sah dapat rezeki, pembeli pun lebih selesa. โธป 5๏ธโƒฃ โ€œUndang-undang untuk semua, bukan untuk menindasโ€ ๐Ÿ“Œ Ini bukan isu kaum atau agama, tapi soal memperbaiki sistem bazar dan memastikan KL lebih tersusun. ๐Ÿ“Œ Kerajaan Madani sedang buat reformasi, kalau semua main sentimen, sampai bila-bila tak berubah! ๐Ÿ“Œ Jangan jadikan isu penguatkuasaan sebagai modal politik murahan. Fokus pada solusi, bukan manipulasi! โธป ๐Ÿ’ฌ Setuju tak kalau bazar kita jadi lebih teratur & bersih? Atau nak terus biarkan masalah sama berulang tiap tahun? ๐Ÿ’ฌ Penguatkuasaan undang-undang sebenarnya bukan untuk bazar je.. penjaja mana2 pun yang haram DBKL ambil tindakan.

Adzman Kamaruddin

669,084 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก Ada satu berita positif mengenai Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah banyak cerita negatif dan keputusan pilihanraya akhir-akhir ini. Minggu ini, Malaysia melangkah setapak lagi untuk menukar wajah industri elektronik kita - dari menjadi tukang pasang saja, kepada pencipta chip elektronik yang dipakai dalam pelbagai aplikasi moden. Ia satu perkara yang sentimental kepada saya. Sebagai Menteri Ekonomi, saya diberi tanggungjawab untuk merancang. Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Kalau perancangan itu baik, setelah sudah dibuat semua, program atau dasar itu akan diambil oleh kementerian atau agensi lain. Ada program yang dibangunkan, bila diserahkan kepada kementerian lain, berjalan dengan baik. Contohnya Dasar Gaji Progresif. Ada dasar yang pada mulanya dipersetujui bersama, bila telah dibangunkan, dibangkang oleh kementerian lain. Ada banyak kes begini. Ada juga yang ditentang habis-habisan oleh beberapa menteri lain, tetapi saya bertegas sehinggalah berjalan, bila dah berjalan, menteri yang mati-matian menentang itu - merekalah yang paling kedepan tersenyum berjabat tangan. Ini pengalaman pahit manis saya cuba merombak dan menaik taraf industri semikonduktor negara. Salah saya hanyalah kerana ada angan-angan. Angan-angan saya ialah untuk melihat kita beralih dari menjadi kilang tukang pasang yang nilainya rendah, kepada negara yang mencipta dan biar orang pasang barang kita. Dari Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kerana bila kita cipta sendiri, untung yang lebih tinggi bukan sahaja memberi nilai ekonomi, ia mewujudkan pekerjaan bergaji dan berkepakaran tinggi kepada anak-anak kita. Idea ini bukanlah angan-angan Mat Jenin sangat sebab negara lain seperti China, Korea Selatan dan Taiwan pun ambil pendekatan yang sama. Orang kita senang terkeliru bila ada kilang besar dibuka di Malaysia. Kita ingat itu secara automatik akan memindahkan teknologi. Sebenarnya tidak. Kalau kilang itu dibangunkan oleh syarikat global hanya untuk memasang, maka kita hanya digaji untuk memasang. Sebab itu negara lain telah lama memberi tumpuan kepada membangunkan harta intelek, atau IP sendiri. Saya berpandukan kepada pengalaman China, Korea Selatan dan Taiwan dalam usaha menukar hala tuju industri semikonduktor. Mereka membeli IP asas untuk membuat chip. Dari IP asas itu, mereka perbaiki dan hasilkan IP mereka sendiri. Berdasarkan IP itu, mereka cipta chip yang dijual diseluruh dunia. Angan-angan inilah yang menghasilkan Silicon Vision yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi, dengan cita-cita menghasilkan chip ciptaan Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di Kami berjaya berunding dengan ARM, iaitu syarikat IP chip terkemuka dunia untuk membangunkan satu program chip nasional bagi sebuah negara, iaitu program pertama seumpamanya di dunia yang dipersetujui ARM. ARM adalah syarikat yang mencipta chip yang memonopoli pasaran chip dunia. Lebih 90% dari chip yang digunakan di dalam telefon pintar, gajet dan pelbagai peralatan moden dicipta oleh ARM. Saya yakin majoriti rakyat yang mengikuti bersetuju bahawa ini jalan ke depan untuk memodenkan ekonomi kita. Semua ahli akademik, profesor, pakar-pakar netizen kuat bersyarah bahawa kita mesti meningkatkan penghasilan teknologi. Tapi bila sampai nak buat, masing-masing toleh kiri toleh kanan. Itulah pengalaman pahit manis saya - bila dah siap semua, paling saya terkejut ialah bangkangan mati-matian itu banyaknya berdasarkan kepada hujah โ€œkita belum bersediaโ€. Hujah yang diberikan kepada saya: berapa banyak syarikat yang boleh buat ni? Sebenarnya kita telah kenal pasti dari awal syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencipta chip Made by Malaysia dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Memang bukan semua syarikat tempatan boleh mencipta chip elektronik. Tetapi untuk menghasilkan lima syarikat Malaysia dalam tempoh 10 tahun itu boleh. Dan ada syarikat global yang ingin datang melabur dan menjadi sebahagian dari program pembangunan cip dengan ARM ini. Akhirnya dalam tempoh kurang dari 9 bulan setelah Kementerian Ekonomi melancarkan Silicon Vision, dua syarikat pertama diterima masuk ke dalam program ini. Satu syarikat tempatan iaitu Skyechip, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh jurutera-jurutera yang pernah bekerja dengan gergasi dunia seperti Intel. Mereka adalah antara syarikat tempatan yang meneraju penciptaan chip di Malaysia. Satu lagi ialah syarikat antarabangsa, iaitu XPeng, pembuat kereta elektrik mewah dari China yang menawarkan EV berteknologi tinggi. Perbincangan saya dengan XPeng awal tahun ini meneroka pembangunan bersepadu: mereka membangunkan chip yang direka Malaysia dan akan digunakan di dalam kereta-kereta mereka di seluruh dunia. Ini termasuk membuka pusat pembangunan chip di Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan. Pembangkang, dan kini penyokong kerajaan, selalu menuduh yang kerja saya tidak berbekas. โ€œSekarang baru bising, masa jadi menteri tidak buat apaโ€ Ada segelintir orang kita yang suka nampak benda di depan mata. Berapa banyak projek diumum, berapa banyak wang diagihkan. Yang ini konon banyak buat kerja. Mereka tidak gemar perkara-perkara yang rumit. Kalau terang pun dia suruh lukis. Menteri yang cuba ubah sesuatu ke arah lebih baik secara radikal dengan pasang cita-cita besar, menteri itu sebenarnya bodoh. Sebab usaha itu tidak dapat tepukan dari rakyat di luar, dan mendapat tentangan dari dalam kerana mencabar status quo. Tapi kalau kita pasang niat jadi menteri untuk ubah keadaan, bukan untuk makan duit atau bermewah dengan kedudukan, satu-satunya kepuasan ialah apabila angan-angan Mat Jenin kita jadi kenyataan. Saya harap dalam 4-5 tahun dari sekarang, apabila Malaysia melancarkan cip ciptaan Malaysia yang pertama, saya akan tersenyum puas.

Rafizi Ramli

12,826 gรถrรผntรผleme โ€ข 8 ay รถnce