Video yรผkleniyor...

Video Yรผklenemedi

๐—–๐—”๐—ฅ๐—”-๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—˜๐— ๐—ข & ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก Kebelakangan ini musim protest dan demo, sebab ada isu-isu berbangkit. Hujung minggu depan, pada hari Sabtu 25 April 2026, akan ada satu lagi demo Tangkap Azam Baki. Saya akan turun bersama-sama anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu Malaysia bebas dari rasuah....

14,647 gรถrรผntรผleme โ€ข 5 ay รถnce โ€ขvia X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gรถnderinin yorumlarฤฑ burada gรถrรผnecek

Benzer Videolar

๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—œ๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ: ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang โ€œlikeโ€ dan โ€œshareโ€ setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: โ€œNever doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." โ€œJangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama iniโ€. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?

Rafizi Ramli

10,768 gรถrรผntรผleme โ€ข 5 ay รถnce

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ž๐—จ๐—ง? ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—”๐—๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—› Jawapan seperti ini selalu juga kita dengar. Orang yang bercakap ni selalunya pakai tie, yakin dia hebat, sebab itu dia tidak kisah soal keadilan dalam masyarakat. Soal siasatan atau pendakwaan terpilih, apabila badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bukan soal politik. Ia soal keadilan, sebab orang yang ada wang, ada jawatan, orang macam saya boleh lalui semua ini dengan baik. Saya akan ada kawan-kawan yang peguam datang. Kalau saya tak de duit nak bayar duit jamin, kawan-kawan kumpul duit. Saya boleh bersuara dan menjelaskan tuduhan itu dari perspektif saya dan menunjukkan bukti-bukti kepada orang ramai. Tetapi kalau orang yang ada kedudukan dan jawatan seperti saya pun tidak terselamat, jika badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bayangkan jika yang kena itu anak orang biasa yang tidak ada kedudukan. Dia akan terkapai-kapai. Tak de orang nak tolong dia. Bila dia disiasat atas tuduhan palsu, dia telah digari dan media dah laporkan sedangkan dia tidak didakwa pun. Hanya atas syak wasangka. Dia kehilangan kerja. Sejak saya melalui pengalaman ini dengan SPRM, ada yang menulis email kepada saya menceritakan pengalaman mereka. Mereka tidak didakwa dan digantung tidak bertali sehingga hilang pekerjaan. Bila berlaku begini, ia zalim kepada mereka yang jadi mangsa. Mangsa itu mungkin kita, mungkin anak kita, mungkin kawan kita, mungkin anak jiran kita. Bila saya bersuara mengenai SPRM, badan-badan penguatkuasa, saya bukanlah takut pasal kes saya. Saya yakin memang tidak ada apa-apa, peguam saya yakin kalau dibawa ke mahkamah ia tidak ke mana sebab tidak ada satu sen pun masuk kepada saya. Saya bersuara agar SPRM benar-benar bebas untuk mengelakkan kezaliman berlaku kepada rakyat biasa yang tidak ada suara seperti saya. Allah menetapkan saya melalui pengalaman ini, supaya saya faham perasaan mereka yang disiasat dan digantung tidak bertali hingga hilang pekerjaan, supaya saya memberi suara kepada mereka. Orang yang paling berisiko bila badan yang diberi amanah itu tidak bebas tergolong kepada dua kumpulan: Satu - orang biasa yang tidak ada peguam, tidak faham proses dan tiada suara Kedua - pegawai-pegawai SPRM yang jujur dan ingin menjalankan amanah, kerana mereka terpalit sama menanggung Kepada yang cepat ikut perasaan dalam menilai perkara-perkara seperti, saya doakan Allah lembutkan hati dan jangan tengok dari kaca mata kita sahaja. Sebab satu hari mungkin kita yang melaluinya sendiri.

Rafizi Ramli

37,848 gรถrรผntรผleme โ€ข 4 ay รถnce

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,439 gรถrรผntรผleme โ€ข 3 ay รถnce

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar โ€œisu media sosialโ€. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang โ€œmakanโ€. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah โ€œredhaโ€ wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, โ€œdia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.โ€ Macam โ€œlambai dapat 100โ€, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu โ€œhal diaโ€. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: โ€œpendakwaan terpilihโ€. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab โ€œalah, game politik je.โ€ Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif โ€œterpilihโ€ tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, โ€œtak ada apa pun.โ€ Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada โ€œpersonalโ€ dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua โ€œberteras rasuahโ€ yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 gรถrรผntรผleme โ€ข 9 ay รถnce

Perbahasan tentang AUKU telah berlangsung selama bertahun-tahun. Tetapi jarang sekali ada perbincangan awam yang betul-betul mengupas struktur dan model pendidikan tinggi yang kita ada. Semuanya berpunca daripada satu hakikat. Hanya kerajaan yang mampu menubuhkan universiti untuk orang ramai. Sebab itu ada akta. Sebab itu ada kawalan. Segala-galanya mengalir dari situ. Memandangkan peruntukan datang daripada kerajaan, universiti tidak punya sebarang insentif untuk menyesuaikan diri dengan pasaran kerja. Buat apa nak adapt? Ikut arahan sudah. Atau kekal dengan status quo sudah. Di situlah lahirnya jurang antara apa yang universiti keluarkan dengan apa yang pasaran perlukan. Sekarang ini kita ada dua kutub sahaja. Universiti awam yang dibiayai sepenuhnya, geran diberi, autonomi diberi, buat apa pun boleh. Atau universiti swasta yang langsung tidak dapat apa-apa daripada kerajaan dan terpaksa cari semuanya sendiri melalui yuran dan geran penyelidikan. Sebenarnya ada model di tengah-tengah. Dan kita sudah pun ada di Malaysia. Saya tahu apa yang orang akan kata bila saya bawa contoh ini. Tapi tengok sistem sekolah kita. Sekolah kebangsaan dibiayai sepenuhnya, dari kapital sampai kepada gaji cikgu. Sekolah antarabangsa pula tidak dapat sesen pun. SJKC dan SMJK duduk di tengah, mereka dapat geran per kapita, tetapi itu tidak mencukupi, jadi mereka kutip yuran tambahan dan kumpul dana sendiri. Pergi tengok sendiri. Infrastruktur di SJKC dan SMJK selalunya jauh lebih baik daripada SK dan SMK. Walaupun geran yang mereka terima tidak lengkap. Jadi yang saya bayangkan untuk universiti ialah dua bentuk pembiayaan. Satu geran asas kepada universiti, untuk menampung opex dan capex yang munasabah. Satu lagi - jangan bagi kepada universiti. Bagi terus kepada pelajar. Payah nak buat. Susah nak buat. Tapi benda yang baik memang payah. Oleh sebab itu, dalam dua tiga bulan lagi, kita akan tahu sama ada pemansuhan AUKU ini reformasi yang betul atau sekadar kosmetik. Bukan dengan membaca aktanya. Dengan melihat duitnya. Tonton kupasan penuh isu pemansuhan AUKU dan masa depan pengajian tinggi Malaysia di Podcast YBM Episod 60:

Rafizi Ramli

10,275 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 ay รถnce

๐—”๐—ฌ๐—จ๐—› ๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—š๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ฆ Minggu ini, episod pertama siri โ€œAyuh Originalsโ€ disiarkan. Ayuh Originals merakam suka duka rakyat biasa mengusahakan sesuatu matlamat dan mengharungi cabaran-cabaran yang datang. Kami bermula dengan sekumpulan anak muda yang mengusahakan dua perusahaan sosial, iaitu Fleximart dan Kesum. Mereka tidak pernah ada latihan dan pengalaman dalam bidang perniagaan atau keusahawanan. Ikuti proses yang mereka lalui dan cabaran yang perlu ditangani dari seminggu ke seminggu. Dalam episod-episod yang akan datang, lebih banyak perusahaan, usaha dan isu yang akan dipaparkan, terutamanya bila lebih banyak perusahaan sosial di bawah Ayuh Malaysia mula beroperasi. Saya percaya bahawa potensi sebenar negara dan masyarakat kita dipegang oleh rakyat biasa. Lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk berdikari mengusahakan sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat, lebih sejahtera masyarakat kita. Saya juga percaya kita boleh belajar sesama kita. Melalui Ayuh Originals, saya berharap pengalaman yang dilalui kumpulan anak muda yang menyahut cabaran-cabaran untuk menyumbang kepada masyarakat, akan memberi inspirasi kepada lebih ramai anggota masyarakat. Mengusahakan sesuatu tanpa dokongan dari kerajaan dan dana pemodal yang besar memang mencabar, tetapi Insya Allah di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Ikuti Ayuh Originals setiap minggu. Tonton video penuh di saluran YouTube saya:

Rafizi Ramli

13,668 gรถrรผntรผleme โ€ข 10 ay รถnce

๐—–๐—ข๐—ก๐—™๐—œ๐—ฅ๐—  ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—จ๐——๐—˜๐—ก๐—ง ๐—˜๐—ซ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— : ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฉ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  Saya dah bincang dengan peguam-peguam saya. Alang-alang disiasat SPRM dalam kes yang saya yakin memang tidak ada apa-apa kecuali percaturan yang berkuasa, saya akan bantu SPRM giler-giler. Selalunya orang kena panggil SPRM sebab nak disiasat. Saya dah dipanggil SPRM dan ambik 4 paper exam SPRM minggu lepas. Minggu ini, saya sendiri akan pergi untuk tambah lagi keterangan dan bawa bukti-bukti untuk membantu siasatan SPRM. Peguam saya telah menulis secara rasmi kepada SPRM untuk saya hadir memberi keterangan tambahan secara sukarela dan mengemukakan bukti-bukti tambahan. Pasukan penyiasat SPRM bersetuju saya datang esok, Khamis 14 Mei jam 10 pagi. Harapnya ini paper terakhirlah. Bila ada siasatan, selalunya orang cuba mengelak dari disoal siasat atau cuba sembunyikan sesuatu semasa memberi keterangan. Tapi kalau kita yakin kita tidak ada kesalahan, bukan sahaja kita tak sembunyikan apa-apa, dengan sukarela kita pergi tambah kenyataan dan bukti kita jadi lagi panjang. Sapa kata saya tak suka SPRM? Saya ada masalah dengan rekod integriti Azam Baki saja. Pegawai-pegawai yang buat kerja dengan jujur tu semua kita doakan yang terbaik.

Rafizi Ramli

44,746 gรถrรผntรผleme โ€ข 4 ay รถnce

Bendera buat kecoh lagi! Bendera tak salah, yang salah manusia yang lebih-lebih. Bendera terbalik ni ada banyak kemungkinan. Salah satu ialah benar-benar silap, tak banyak orang berani dengan sengaja pasang bendera terbalik sebab takut dengan Ketua Pemuda Umno! Habis satu gerombolan dia bawa tunjuk perasaan nanti. Sebab itu, bagi setiap kejadian yang dilaporkan, biarlah siasatan dibuat dan pihak berkuasa tentukan: adakah sengaja atau tersilap. Kalau dipercayai sengaja, ada peruntukan untuk didakwa, boleh dakwa dan biar mahkamah putuskan tertuduh itu benar-benar sengaja atau tersilap. Kalau siasatan dari awal menunjukkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan, tidak payahlah buat jadi isu. Sebab kalau saya rakyat, terutamanya orang bukan Melayu, saya susah payah nak pasang bendera sebab itu cara saya nak zahirkan kecintaan kepada negara, kalau selalu jadi sasaran Pemuda Umno, lepas ni baik tak pasang langsung bendera. Kepada ahli politik yang muda-muda, nilai kita terletak kepada ilmu dan wawasan membaiki masyarakat yang kita bawa. Masa muda ni mungkin boleh buat nama dengan stokin, bendera, lepas ni kasut, selipar dan topi. Bila sudah berumur, orang akan gelak dekat kita sebagai ahli politik stokin, bendera, kasut, selipar dan topi! Jadi berpada-padalah! Dulu ada satu zaman Pemuda Umno gah menghunus keris semasa perhimpunan. Yang keris itulah yang jadi ingatan orang hingga menjadi salah satu sebab Umno ditolak sebahagian pengundi.

Rafizi Ramli

76,266 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 yฤฑl รถnce

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya โ€œaku cucuk diaโ€. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut โ€œdiam, lepas ini HIVโ€. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

98,042 gรถrรผntรผleme โ€ข 1 ay รถnce

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil dari aktiviti jenayah. Modus operandi mereka adalah licik dan rumit. Siasatan Bloomberg itu menyenaraikan nama-nama yang terbabit: dari ahli-ahli perniagaan yang dituduh, kepada syarikat-syarikat yang terbabit di Bursa, sehinggalah nama-nama pegawai kanan SPRM yang dituduh. Termasuklah dakwaan mereka mengenai Tan Sri Azam Baki. Dengan pendedahan oleh salah satu media antabarangsa yang paling wibawa ini, diiringi dengan desakan ahli-ahli parlimen merentas parti dari kerajaan dan pembangkang, kita semua tak faham kenapa Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mati-matian mempertahankan Tan Sri Azam Baki, sehingga sedikit pun tidak mahu buka ruang untuk menyiasat siasatan ini. Semua ini akan dikupas dengan mendalam dalam podcast Yang Berhenti Menteri episod #35 malam esok, Jumaat 13 Februari 2026. Seperti biasa, YBM akan bersiaran bermula jam 9 malam. Saya juga akan mengulas mengenai sindiran Anwar Ibrahim yang menyamakan saya dengan mak lampir, katanya banyak nyet nyet nyet, suka merajuk dan menghalau saya keluar dari PKR. Kalau nak tengok podcast YBM yang paling panas setakat ini, jangan lupa Jumaat malam, 13 Februari. Dakwaan salah laku Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ini telah menjadi isu negara yang perlu ditangani juga oleh kami, ahli-ahli Parlimen. Oleh itu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PKR yang lain akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari Jumaat, 13 Februari jam 10 pagi, seperti berikut: Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang P099 30, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor. ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang Location: Sidang media akan disiarkan secara langsung di media sosial. Saya jemput rakan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang media ini, sama ada dengan hadir sendiri atau secara langsung di media sosial. Keadaan sekarang mengingatkan saya suasana semasa COVID dan PKP dahulu. Bila ada isu negara yang besar, bila pimpinan atau parti atau ahli politik sibuk berebut kuasa dan memikirkan kepentingan, biarlah mereka jaga mereka, kerana kita akan jaga kita.

Rafizi Ramli

31,337 gรถrรผntรผleme โ€ข 7 ay รถnce

Kenapa BERSAMA wujud? Isu ini saya huraikan dengan lebih panjang dalam Podcast YBM Episod 55. Saya dah nampak lama dah. Setiap kali pilihan raya, rakyat dihidangkan menu yang sama. Ugutan emosi. Emotional blackmail. Kalau kau bukan Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang DAP dan PH untuk melawan UMNO. Kalau kau Melayu, kau diberitahu kena bersatu di belakang UMNO dan PAS untuk menghalang DAP dan PH. Hakikatnya, kedua dua belah menggunakan formula yang sama. Yang mereka lupa, semua benda ada law of diminishing returns. Cuba fikir. PH, dalam satu bentuk atau yang lain, sudah menjadi kerajaan hampir lapan tahun. Hanya dari 2020 hingga 2022 mereka tidak berada dalam kerajaan. Bila dah lama jadi kerajaan, moral high ground itu semakin hilang. Tambah pula dengan pelbagai kontroversi, termasuk isu korporat mafia dan rasuah. Bila keadaan jadi begitu, ugutan emosi yang sama semakin hilang kesannya. "Kalau tak undi kami, Najib akan kembali." "Kalau tak undi kami, Rosmah akan kembali." Sampai satu ketika, pengundi pun akan tanya. Apa bezanya? Sekarang BN pula membawa naratif yang sama. "Jom bersatu. UMNO, PAS, Bersatu, Wawasan. Asalkan tiada DAP. Asalkan tiada PH." Mungkin mereka boleh menang. Tetapi kemenangan yang bergantung kepada ugutan emosi tidak akan bertahan lama. Sebab manusia akan sampai satu tahap, mereka mula kebal dengan ketakutan yang sama. Ugutan emosi ada tarikh luput. Tonton kupasan lanjut isu ini di Podcast YBM Episod 55:

Rafizi Ramli

18,449 gรถrรผntรผleme โ€ข 2 ay รถnce