ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐Œ๐€๐‡๐-๐†๐ˆ๐-๐๐‹๐€๐‚๐Š๐‘๐Ž๐‚๐Š: ๐๐„๐‘๐Œ๐”๐‹๐€๐€๐ ๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐Ÿ๐Œ๐ƒ๐ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Adakah penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock ini bakal bertukar menjadi skandal seperti 1MDB buat kerajaan Malaysia Madani? Tatakelola yang lemah akibat pemusatan kuasa kepada satu individu; urus niaga aset strategik yang dibuat secara sulit dan tidak telus lebih-lebih lagi tidak dibincangkan dalam...

23,044 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

10 ๆก่ฏ„่ฎบ

Abdul Aziz bin Abdullah @ AAA ็š„ๅคดๅƒ
Abdul Aziz bin Abdullah @ AAA2 ๅนดๅ‰

1. IMDB, sama spt SKANDAL JANA WIBAWA. Wang milik negara dijadikan milik peribadi atau dijadikan milik parti politik. 2. Dlm MAHB deal, GIP labur masuk RM18.4B utk MAHB expansion program. 3. Rakyat M'sia ni bknnya lembu yg boleh kau cucuk hidung sesuka hati.

Ben Rastafasia ็š„ๅคดๅƒ
Ben Rastafasia2 ๅนดๅ‰

Sumpah letih la tengok kau ni mat

Niel ็š„ๅคดๅƒ
Niel2 ๅนดๅ‰

Dia punya level X tau malu ni boleh dijadikan case study. Sumpah x pernah jumpa org paling x tau malu cmni. Rasa even pelacur tepi jalan pun jauh lagi bermaruah kot dari mangkuk ni

Tan ck ็š„ๅคดๅƒ
Tan ck2 ๅนดๅ‰

Pakai seluar Puma... sokong Israel ke...cakap lain, buat lain.

Abdul Muiz ็š„ๅคดๅƒ
Abdul Muiz2 ๅนดๅ‰

Kami dulu lawan 1MDB dan lawan umno. Kamu pula acah2 lawan 1MDB pastu khianat dlm langkah sheraton dan bentuk kerajaan dgn umno. Tak malu ke?

Tok Jaks ็š„ๅคดๅƒ
Tok Jaks2 ๅนดๅ‰

Inilah hasilnya bila dapat pemimpin politik @wanfayhsal yang telah memajakkan otak, akal & minda ke kepala lutut semataยฒ kerana nafsu politik & kuasa. Masih berpaut pada persepsi yang direka untuk memburukkan imej kerajaan. Terimalah hakikat kamu gagal memahami isu sebenarnya

KFAW ็š„ๅคดๅƒ
KFAW2 ๅนดๅ‰

Bila mp ni kata mahb ni sama mcm 1mdb aku tau WAF ni ejen Isael yg bermuka2 yg cuba memporak peranda situasi. Jadikan surat layang sbg sumber fakta yg tk tau kesahihannya. Peguam PN pun jd peguambela ejen Israel.

Timbalan Presiden Binti Presiden ็š„ๅคดๅƒ
Timbalan Presiden Binti Presiden2 ๅนดๅ‰

Setakat acah semata nak upload kat tiktok, sarang manusia bangang tu boleh la jargon oi. Drama lebih.

Jantzen ็š„ๅคดๅƒ
Jantzen2 ๅนดๅ‰

Lawak betul la kau Mat Jargon...patut la org cakap kau bodoh dan lapar perhatian ๐Ÿคฆ

DolFayed ็š„ๅคดๅƒ
DolFayed2 ๅนดๅ‰

Celah mana mcm 1MDB mcm langit dgn bumi..gip pegang 30% je oiiii..bkn 100%..lg pn mana ada buat pinjaman..bangsat laaa ko ni

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‡๐-๐๐‹๐€๐‚๐‘๐Ž๐‚๐Š: ๐‰๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐Œ๐— ๐Œ๐„๐๐†๐„๐‚๐„๐–๐€๐Š๐€๐! Saya telah bertanyakan soalan tambahan berkenaan isu paling panas kini: penjualan saham MAHB kepada GIP milik BlackRock yang bersubahat membunuh rakyat Palestin. Nampaknya YAB Perdana Menteri tidak hiraukan sama sekali kebimbangan dan kekhuatiran rakyat Malaysia. Kita bukan tak setuju KLIA kena naik taraf tapi kita tak boleh terima sama sekali rakan strategik itu adalah GIP-BlackRock! Dari segi moral dan merit ekonomi tiada keperluan sama sekali untuk MAHB dapatkan mereka! Kita mampu baiki dan tukar pengurusan MAHB, dapatkan jururunding (consultant) yang baik untuk tingkatkan mutu operasi KLIA dan 38 lapangan terbang lain TANPA korbankan PRINSIP dan PEGANGAN, HAK MILIK dalam jumlah blok yang besar (30%) kepada sebuah entiti konsortium asing yang punya mudarat yang besar dari segi ekonomi, keselamatan dan moral! Rakyat Malaysia tolak urus niaga MAHB-GIP-BlackRock! Jangan hina kami wahai kerajaan Madani! Tangguh dan batalkan dahulu; pasti ada jalan lain yang lebih baik untuk ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ! #janganJUALnegara #MAHB #BDS #KLIA #WanFayhsal #AnwarIbrahim

Wan Ahmad Fayhsal

66,318 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐“๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐๐˜๐€ ๐Œ๐€๐•๐‚๐Ž๐Œ - ๐๐„๐๐“๐„๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐’๐€๐‡๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐‹๐€๐‚๐Š๐‘๐Ž๐‚๐Š! Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional telah berjuang bermati-matian menggunakan segala jenis saluran perundangan, dan politik untuk menangguhkan/membatalkan penjualan saham aset strategik negara yang diuruskan MAHB kepada GIP milik BlackRock Inc. yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Hari ini satu lagi berita duka bilamana benteng terakhir kita iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang merupakan pemantau dan penyelia hal ehwal ekonomi sektor penerbangan negara telah dibubarkan untuk diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Semua ahli parlimen PN membantah Rang Undang-Undang ini kerana kami mahu ianya diteliti semula dalam Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen melibatkan Pengangkutan. Tindakan terburu-buru kerajaan Madani ini jelas menunjukkan ada udang disebalik batu: persetankan apa jua rakyat kata dan tegur yang penting saham MAHB perlu dijual dengan harga murah RM 11 per saham kepada GIP-BlackRock. Kesan daripada pembubaran MAVCOM yang akan diserap masuk ke dalam CAAM ini akan memberi kuasa yang besar kepada Menteri DAP yang jaga MAHB melebihi daripada apa yang ada sebelum ini. MAVCOM adalah sebuah badan bebas dan mandiri yang menjaga kepentingan negara dan orang ramai. Biarpun Menteri DAP Anthony Loke memberi jaminan kononnya MAVCOM masih boleh berfungsi walaupun pembubaran sedang berjalan, kami khuatir kuku dan taring MAVCOM akan dipotong untuk menegur pihak kerajaan Madani yang begitu rakus ingin percepatkan penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock Inc. Kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan yang diketahui ramai berpengalaman dalam dunia koperat. Suara beliau yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB ini ada asasnya - sama seperti yang kami dan ramai lagi telah tegaskan. Kami kalah dalam undian di Dewan Rakyat tadi tapi Perikatan Nasional tidak akan sesekali menjual maruah dan prinsip kami demi kemewahan ekonomi semata-mata seperti dihujahkan oleh Menteri-Menteri kerajaan Madani. Nampaknya ada satu sahaja bahasa yang Anwar Ibrahim akan faham: kita akan protes di JALANAN! ๐˜๐ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹ Ahli Parlimen Machang, Ketua Porfolio Hubungan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional. #MAHB #BlackRock #DewanRakyat #klia #WanFayhsal #AnthonyLoke #AnwarIbrahim #Khazanah #KWSP

Wan Ahmad Fayhsal

91,878 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐Š๐ž๐ซ๐ฎ๐ ๐ข๐š๐ง ๐’๐ค๐š๐ง๐๐š๐ฅ โ€œ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐‡๐ข๐ญ๐š๐ฆโ€: ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐š๐ง โ€œ๐Ÿ๐Œ๐ƒ๐โ€ ๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐ฐ๐š๐ซ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ??? Kami telah perolehi dokumen dalaman daripada beberapa pemegang taruh MAHB bahawa mereka juga tidak bersetuju dan rela nilai saham MAHB dijual serendah RM 11 sesaham. Kegilaan urus niaga penswastaan yang dipacu oleh Khazanah, KWSP ini seperti penjelasan daripada dokumen tersebut bakal membawa kerugian sehingga RM 4.9 BILION wang rakyat! Nampaknya pihak kerajaan Madani tidak endahkan teguran ini biarpun telah berkali-kali kami bangkitkan dalam Dewan Rakyat. Tahun depan PAC akan panggil dan siasat semua urus niaga ini. Kalau FashionValet boleh dituduh sebegitu rupa kerana kerugian yang kecil anak, bandingkan kerugian yang jauh lebih besar bakal berlaku kalau kerajaan terus paksa PNB, KWAP jual saham mereka dalam MAHB dengan nilai serendah itu. Siapa yang ketawa mengilai ke bank kalau bukan โ€œBatu Hitamโ€!!! Pencarum Melayu, Bumiputera dan Penjawat Awam bakal ditipu sekali lagi!!!! #wanfayhsal #tolakblackrock #batuhitam #mahb #janganjualasetnegara #klia #kapalterbang

Wan Ahmad Fayhsal

123,969 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

โ€˜๐‡๐š๐๐ข๐š๐กโ€™ ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐ƒ๐€๐ ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข! Kegagalan teknikal syarikat penerbangan negara kita Malaysia Airlines (MAS) yang semakin parah akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang kecil seperti yang didakwa Menteri Pengangkutan dari DAP, Anthony Loke. Punca masalah adalah KEGAGALAN Kerajaan Madani melindungi kepentingan negara dalam sektor penerbangan awam sehingga memberikan โ€œsweet heart dealโ€ kepada pesaing MAS (dalam hal ini Singapore Airlines) yang membolehkan mereka bersaing secara tidak adil. Kegilaan apakah ini? Kita bukan tolak pelaburan tapi bak pepatah Melayu: kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! Apakah benar ada kospirasi nak menjahamkan MAS dari dalam? Bagaimana Menteri Pengangkutan dan Kabinet Kerajaan Madani boleh luluskan urus niaga yang jelas merugikan MAS??!!! Ini rupanya hadiah Kemerdekaan Madani buat kita! Rakyat harus bangkit menentang urus niaga buluh kasap melibatkan MAHB dan kini MAS! Dua-dua sedang dirosakkan! #weekasiong #anthonyloke #wanfayhsal #kapalterbang #malaysiaairlines #singaporeairlines #malaysia #singapore #mro #merdeka #independence #mahb #dap

Wan Ahmad Fayhsal

193,647 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

Jawapan balas Menteri Kewangan Kedua, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, mengenai penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jelas cuba meremehkan isu sebenar dan mengelirukan rakyat dengan naratif separuh benar. Beliau mendakwa bahawa KWSP tidak mengalami kerugian dalam penjualan saham MAHB, walhal hakikatnya KWSP telah rugi dari segi nilai sebenar aset dan potensi keuntungan masa depan. 1๏ธโƒฃ Kenapa Dakwaan โ€œKWSP Tidak Rugiโ€ Itu Mengelirukan? ๐Ÿ”ด KWSP Jual Saham di Bawah Nilai Maksimum Potensinya โ€ข Menteri berhujah bahawa KWSP tidak rugi kerana menjual saham pada harga lebih tinggi daripada harga belian asalnya. โ€ข Namun, ini sengaja mengabaikan fakta bahawa KWSP menjual sahamnya sebelum proses penswastaan yang terbukti mampu menyebabkan nilai saham meningkat dengan ketara selepas diluluskan Perjanjian Pengurusan (OA) sampai 2069. โ€ข Sekiranya KWSP mengekalkan pegangan, nilai asetnya akan jauh lebih tinggi selepas pengumuman penswastaan oleh Khazanah, KWSP dengan BlackRock-GIP. ๐Ÿ”ด Kehilangan Potensi Keuntungan (Opportunity Cost) Tidak Diambil Kira โ€ข Saham MAHB melonjak selepas pengumuman pengambilalihan. KWSP, sebagai pelabur besar, sepatutnya menganalisis potensi kenaikan nilai sebelum menjual sahamnya. โ€ข KWSP seolah-olah tergesa-gesa menjual pegangan tanpa strategi pelaburan yang bijak, menyebabkan ia terlepas keuntungan yang boleh diperoleh. Atau sebenarnya memang ada udang disebalik batu mahu tekan (surpress) harga saham MAHB untuk jatuh lebih murah? ๐Ÿ”ด Siapa Yang Untung? โ€ข Jika benar KWSP tidak rugi, siapa yang paling mendapat manfaat daripada penjualan saham ini? โ€ข Jelas bahawa BlackRock-GIP mendapat manfaat kerana boleh membeli MAHB pada harga lebih rendah sebelum lonjakan harga akibat penswastaan. โ€ข Ini menimbulkan tanda tanya: adakah KWSP secara tidak langsung membantu syarikat asing mendapatkan pegangan MAHB dengan harga murah? 2๏ธโƒฃ Peranan Amir Hamzah di KWSP Sebelum Jadi Menteri & Konflik Kepentingan? Sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Amir Hamzah adalah CEO KWSP dari 2021 hingga 2023. Ini bermaksud: โœ… Beliau bertanggungjawab ke atas banyak keputusan pelaburan KWSP sebelum memasuki kabinet. โœ… Beliau terlibat secara langsung dalam merangka strategi KWSP, termasuk polisi jualan saham besar-besaran seperti kes MAHB. โœ… Beliau kini mempertahankan keputusan KWSP yang dibuat semasa eranya โ€“ ada potensi konflik kepentingan. Ini menimbulkan persoalan serius: ๐Ÿ‘‰ Adakah Amir Hamzah mempertahankan penjualan saham MAHB kerana ia sebahagian daripada dasar yang beliau laksanakan semasa mengetuai KWSP? ๐Ÿ‘‰ Adakah keputusan ini dibuat berdasarkan kepentingan pencarum KWSP, atau terdapat faktor lain yang mempengaruhi tindakan tersebut? 3๏ธโƒฃ Polisi โ€œChina Wallโ€ KWSP โ€“ Alasan atau Perlindungan? Menteri juga menggunakan konsep โ€œChina Wallโ€ dalam KWSP untuk menyatakan bahawa tiada campur tangan luar dalam keputusan pelaburan dana pencen ini. ๐Ÿ”ด Apa Itu Polisi China Wall KWSP? โ€ข Polisi ini kononnya memastikan keputusan pelaburan KWSP dibuat secara bebas daripada pengaruh politik atau kerajaan. โ€ข Ia dicipta bagi mengelakkan percanggahan kepentingan dalam keputusan pelaburan dan urus niaga saham. ๐Ÿ”ด Kenapa โ€œChina Wallโ€ KWSP Tidak Relevan Dalam Kes MAHB? โ€ข Hakikatnya, China Wall tidak bermaksud keputusan KWSP bebas dari sebarang kesilapan atau kepentingan tertentu. โ€ข KWSP masih bertanggungjawab menjelaskan rasional di sebalik penjualan saham besar seperti MAHB, terutama apabila ia ternyata menguntungkan pihak luar lebih daripada pencarum sendiri. โ€ข Jika benar KWSP berfungsi secara bebas, kenapa keputusan ini secara tidak langsung memihak kepada entiti asing dalam penswastaan MAHB? PAC wajib panggil Menteri Kewangan Kedua untuk disiasat.

Wan Ahmad Fayhsal

87,834 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,439 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara-saudara di Indonesia. Reaksi rakyat Malaysia rata-ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia. Banyak kandungan yang saling mendoakan. Sudah tentu ada satu dua kerat yang ingin mempolitikkan semuanya. Ini salah satu contoh - yang mendoakan supaya perkara yang sama berlaku di Malaysia dengan memberi konotasi agar kerajaan bertukar. Ada yang menambah lebih baik tentera mengambil alih. Tidak guna kita berhujah dengan dua tiga kerat begini, tetapi kita juga wajar bermuhasabah tentang apa yang berlaku di Indonesia, terutamanya orang-orang politik seperti saya, pimpinan kerajaan dan pembuat dasar. Kesimpulan awal yang diterima umum ialah kejadian tunjuk perasaan dicetuskan oleh kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi dan ledakan berlaku melihatkan kemewahan hidup ahli-ahli politik. Sebelum kita buat kesimpulan rambang, kita wajar semak prestasi ekonomi Indonesia selama dua dekad. Sebenarnya, secara makroekonomi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dari 2004 hingga 2024 adalah setara dengan Malaysia, kalau tidak lebih baik. Semua petunjuk ekonomi menunjukkan pencapaian ekonomi yang baik. Secara purata, ekonomi Indonesia tumbuh lebih baik sedikit dari Malaysia dalam tempoh ini. Hanya ada beberapa tahun yang pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak setanding dengan Malaysia, itu pun kerana pertumbuhan Malaysia dalam tahun 2010 dan 2022 melonjak selepas menguncup, sedangkan Indonesia tidak mengalami kemelesetan dalam 2009 seperti Malaysia; dan penguncupan akibat COVID adalah lebih sederhana berbanding Malaysia. Begitu juga petunjuk lain seperti kadar inflasi. Kadar inflasi Indonesia lebih kurang seperti Malaysia. Bagi tahun 2024, inflasi Indonesia 2.9% berbanding Malaysia 1.8%. Kadar pengangguran Indonesia adalah 3.3% berbanding Malaysia 3.8% bagi tahun 2024. Malah, kedudukan kewangan kerajaan Indonesia adalah jauh lebih stabil, dengan kadar hutang kerajaan sekitar 40% dari saiz ekonomi, berbanding 65-66% bagi Malaysia. Jadi bagaimana ekonomi Indonesia, yang pada pengamatan biasa ahli ekonomi berada dalam keadaan memberangsangkan, menghasilkan rasa tidak puas hati yang begitu tinggi di kalangan rakyatnya? Ini adalah muhasabah yang ahli politik dan pembuat dasar Malaysia perlu ingat. Angka-angka makro itu penting. Ekonomi mesti berkembang pesat, inflasi dikekang supaya tidak menghakis kuasa beli, rakyat mesti ada pekerjaan. Tetapi angka makro tidak memberi gambaran keseluruhan, sekiranya laba dari perkembangan ekonomi itu tidak sampai kepada rakyat dengan cepat. Apa pertalian di antara angka makro dengan kedudukan sosio ekonomi rakyat, yang selalu disebut sebagai ekonomi mikro? Pertumbuhan ekonomi di peringkat makro perlu diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang setimpal kepada rakyat. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah pelaporan gaji rakyat. Kadar inflasi di peringkat makro mesti dibandingkan dengan beban kos sara hidup bulanan isi rumah. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah statistik pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) yang mengukur lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan utama. Inflasi yang kekal perlahan adalah baik, tetapi harga tinggi yang kekal ditakuk lama, kalau gaji tidak naik dengan lebih cepat, akan tetap menekan rakyat. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang rendah tidak bermakna rakyat melakukan kerja yang setimpal dengan kelayakan, atau mendapat gaji yang setimpal. Sekali lagi, laporan gaji rakyat adalah angka ekonomi lapisan kedua yang penting untuk memahami perkara-perkara ini. Dari sini, kita boleh tahu sama ada pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan kerja sepadan yang setara kepada rakyat. Sudah tentu realitinya lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku di Indonesia, tidak semestinya diterjemahkan menjadi laba kepada rakyat dengan segera. Sebab itu setiap kenaikan cukai atau kos, walaupun ia berkadar dengan kenaikan kos pengeluaran yang perlu ditanggung, ditentang oleh rakyat. Di sinilah pentingnya dasar dan program ekonomi yang mengubah struktur ekonomi, agar pertumbuhan bukan sahaja lebih mampan, laba ekonomi juga dapat dirasai pada kadar yang berpatutan oleh rakyat. Bentuk-bentuk dasar yang penting ini termasuklah reformasi pasaran kerja berkaitan pergantungan kepada pekerja asing, program sokongan kenaikan gaji dan peningkatan kemahiran untuk pekerjaan bernilai tinggi. Selain itu, negara memerlukan tambah baik segera kepada sistem perlindungan sosial dan agihan bantuan yang lebih cekap. Tetapi muhasabah paling besar dari insiden di Indonesia adalah kepada ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat melihat ahli politik, yang dari segi pendidikan atau kemahiran tidaklah banyak berbeza dari mereka, tiba-tiba boleh hidup mewah hasil dari kedudukan mereka, maka rakyat akan rasa mual dan marah. Begitu juga kepada tokoh-tokoh yang dilihat sebagai rapat dengan pemerintah atau pun dianggap kroni mereka yang berkuasa. Jika kemahiran dan usaha mereka tidak seberapa tetapi dilihat kaya serta merta dan mewah melampaui batas, rakyat akan benci dan golongan elit pemerintah juga akan terpalit. Jadi jangan marah saya jika saya terus bersuara memberi peringatan mengenai beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini, kerana rakyat kita pun sentiasa memerhati golongan elit di kalangan ahli-ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Rafizi Ramli

26,788 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• Media sosial panas lagi hari ini, walaupun ini musim tengkujuh. Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Alice Loke memutuskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengampunan seseorang banduan perlulah dibuat mengikut bidang kuasa yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, oleh kerana titah tahanan di rumah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Rayuan iaitu tidak seperti yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka hakim memutuskan ia tidak sah. Maknanya begini: Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa setiap komponen penting dalam negara kita, dari kuasa Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam setiap undang-undang dan peraturan yang digubal. Dalam melaksanakan dan mengendalikan bidang kuasa masing-masing, ia mesti juga dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak terkecuali dalam perkara bersabit pengampunan pesalah-pesalah. Semestinya kuasa itu adalah kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu, tetapi Perlembagaan menetapkan mekanisme bagaimana kuasa itu dilaksanakan, yang bertepatan dengan model kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Pada pandangan saya, penghakiman YA Hakim Alice Loke hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bidang kuasa Yang diPertuan Agong dalam perkara-perkara lain juga turut dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, pelantikan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan banyak lagi pemimpin kepada komponen-komponen kerajaan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong adalah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Saya baca reaksi pemimpin Umno. Sudah tentu banyak yang tidak bersetuju atau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi. Ada yang kemarahannya meruap-ruap sehingga mengugut untuk menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, kalau saya faham apa maksud Ketua Pemuda Umnolah. Sebagai rakyat biasa yang berada di luar kepimpinan, saya hanya mahukan sebarang keputusan itu mestilah berasaskan keadilan dan mengikut proses yang sama rata kepada setiap rakyat, tidak kira dia seorang pengemis atau bekas Perdana Menteri. Hak untuk mengambil tindak balas politik itu adalah hak UMNO. UMNO memang ada pilihan untuk menarik diri dari kerajaan. Sebelum ini pun, DAP telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh 6 bulan DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan. Jadi, ugutan untuk menarik diri dari kerajaan ini bukanlah perkara yang baru dan itu hak setiap parti. Orang biasa seperti saya hanya akan memerhati sama ada keputusan-keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik. Selagi Datoโ€™ Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini. Selepas ini, Datoโ€™ Seri Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat. Maka terpulang kepada pimpinan politik. Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul. Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini satu garis merah? Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah.

Rafizi Ramli

34,260 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 8 ไธชๆœˆๅ‰

PENGURUSAN PELARIAN DI MALAYSIA Saya mengalu-alukan penglibatan ahli akademik, aktivis masyarakat sivil, badan pemikir, pengamal undang-undang, pakar keselamatan serta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan pandangan yang membina untuk tampil mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu pengurusan pelarian di Malaysia yang kini menjadi perhatian ramai. Isu ini bukan isu baharu. Ia merupakan isu legasi yang telah berlarutan sejak sekian lama dan diwarisi merentasi pelbagai pentadbiran. Namun, hakikat bahawa ia adalah isu legasi tidak pernah dijadikan alasan untuk kerajaan berpeluk tubuh atau mengelak daripada bertindak. Kerajaan MADANI memilih untuk mengurus isu ini secara bertanggungjawab, berhemah dan berasaskan fakta. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, keutamaan kami tetap jelas โ€” memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara, di samping mengambil kira realiti kemanusiaan yang wujud. Antara cabaran terbesar yang kita hadapi selama ini ialah ketiadaan data yang lengkap, tepat dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia sendiri mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. Sebab itu kerajaan sedang melaksanakan proses pengumpulan data dan maklumat biometrik yang lebih menyeluruh. Kita tidak boleh mengurus apa yang kita tidak kenal. Kita tidak boleh melindungi keselamatan negara tanpa mengetahui dengan tepat siapa yang berada dalam sempadan negara kita. Data yang tepat akan membolehkan kerajaan mengurus pelbagai isu yang berbangkit dengan lebih berkesan, sama ada dari sudut keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan awam, pekerjaan mahupun kesejahteraan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa status pelarian bukan lesen untuk melanggar undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang negara tetap akan berdepan tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan yang sewajarnya. Kerajaan tidak melindungi pelaku jenayah. Kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara. Apa yang sedang kita lakukan ialah memastikan Kerajaan Malaysia mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurus satu realiti yang telah lama wujud dalam negara. Matlamatnya bukan untuk melindungi pelarian, tetapi untuk melindungi kepentingan negara, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam. Saya percaya rakyat Malaysia mampu membincangkan isu ini secara matang, rasional dan bertanggungjawab demi kepentingan negara yang kita cintai bersama. #MadaniBEKERJA #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution

Saifuddin Nasution Ismail

151,471 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

Bila berlaku krisis akibat konflik geopolitik di Asia Barat, ini rupanya yang sibuk dibincangkan antara kita dengan Presiden Vladimir Putin dan Kerajaan Rusia. Baca sampai habis. Ramai melihat konflik dari sudut politik dan keselamatan. Tetapi untuk mengurus ekonomi, satu perkara yang sentiasa menjadi perhatian ialah bekalan dan harga tenaga dunia. Sebab itu, sempena lawatan kerja ke Rusia bagi menghadiri Russiaโ€“ASEAN Business Forum, saya juga turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, His Excellency Maxim Reshetnikov. Antara perkara yang dibincangkan ialah bagaimana Malaysia beserta kerangka ASEAN dan Rusia boleh memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya LNG, teknologi tenaga baharu, penyahkarbonan dan keselamatan bekalan tenaga khususnya melalui platform seperti JCESTC. Sedar tidak sedar, Malaysia dan Rusia telah menjalin hubungan diplomatik selama lebih 50 tahun. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, hubungan seperti ini menjadi semakin penting. Matlamatnya mudah โ€” memastikan ekonomi terus berkembang, pelaburan terus masuk, dan rakyat tidak menanggung kesan daripada gangguan bekalan serta kenaikan kos tenaga global. Kerana dalam ekonomi hari ini, keselamatan tenaga bukan lagi pilihan. Ia adalah keperluan strategik untuk masa depan negara. Selepas ini, saya akan kongsikan cerita delegasi YAB PM akan ke Turkmenistan pula untuk satu misi besar.

Akmal Nasir

22,688 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ Menjawab kenyataan yang amat mengelirukan dimainkan oleh Walauntit. No wonder la Safuan dah jadi MB Terengganu. ๐Ÿญ.๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜-๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น/๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด - Dakwaan bahawa โ€œaset-aset kerajaan telah habis dijualโ€ adalah tidak benar dan bersifat mengelirukan. - Kalau dirujuk kepada isu aset Tabung Haji, dakwaan bahawa aset TH dijual di bawah PH adalah tidak tepat โ€” tiada bukti menjual aset-aset kepada pihak bukan Islam maupun swasta secara terbuka. Ianya merupakan langkah pemulihan dalaman TH. Ustaz Dusuki telah kalah saman fitnah akibat isu ini. Begitu juga dengan MAHB, ianya tidak pernah dijual. ๐Ÿฎ. ๐— ๐—”๐—›๐—• ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น -MAHB tidak pernah dijual. Pegangan saham Khazanah dan KWSP adalah sebanyak 70% manakala selebihnya 30% dipegang oleh GIP, Abu Dhabi Investment Authority. Hanya melibatkan pengurusan dengan syarat yang ketat. MAHB kekal milik kerajaan. - Pada Sidang Dewan Rakyat, Putrajaya terkulai apabila dakwaannya bahawa MAHB dijual disangkal dengan mudah oleh Ipoh Timor dengan fakta. ๐Ÿฏ. ๐—›๐—ฎ๐—ธ-๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ. ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ฏ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€. ๐—œ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป - Ini merupakan retorik politik yang bersifat hasutan dan perkauman. Tiada bukti langsung yang menunjukkan hak Melayu dimansuhkan atau dipinggirkan. Kerajaan Madani telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memperkasakan Ekonomi Bumiputera seperti Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, Pelan Tindakan Ekonomi Madani dan pembiayaan dan bantuan melalui agensi seperti MARA, PUNB, TERAJU dan Ekuinas diperkukuhkan. - Secara umum, data rasmi yang dikeluarkan menunjukkan bahawa keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia adalah stabil atau menunjukkan sedikit peningkatan, walaupun terdapat variasi di peringkat negeri. ๐Ÿฐ. ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—บ. ๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ. - Ini sekali lagi merupakan retorik politik yang bersifat hasutan dan perkauman. - Kerajaan Madani mengamalkan prinsip keadilan sosial, bukan kesamarataan mutlak. Ini bermaksud: - Orang Melayu & Bumiputera tetap menerima keistimewaan dalam pendidikan (contoh: UiTM, MRSM), ekonomi (MARA, TERAJU, Dana Bumiputera), dan pelaburan (ASB). Kaum lain juga dibantu, terutamanya golongan miskin bandar, Orang Asli dan B40, tanpa menjejaskan hak Melayu. ๐Ÿฑ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ, ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ - Elaun 35,000 guru KAFA dinaikkan, RM150 juta untuk sekolah tahfiz dan pondok dibawah JAKIM, kembalikan bantuan sekolah agama (yg ditarik semasa era Mahathir), peruntukkan RM1.9 bilion kepada JAKIM, sumbangan khas RM500 kepada lebih 70 ribu Imam, Bilal, guru KAFA, menambah kuota guru KAFA sebanyak 1500 orang dan Kerajaan bakal bentang RUU355 (yg gagal dibuat oleh PAS)

Mr.Nazril

10,778 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Ada sebab kenapa penjawat awam dihadkan โ€œfinancial exposureโ€ di dalam syarikat atau mana-mana industri. Kalaupun dia bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM atau pun bukan Ketua Polis Negara, katakanlah dia seorang KSU atau Pengarah, mereka merangka, merancang dan melaksanakan dasar untuk negara. Setiap keputusan dasar ini ada pihak yang untung, ada pihak yang terkesan. Jika seseorang penjawat awam terlibat secara aktif dalam pemilikan saham, akan timbul persoalan motivasi kewangan. Adakah keputusan dasar dibuat semata-mata demi kepentingan awam, atau wujud dorongan keuntungan peribadi? Ini membawa kepada pertembungan kepentingan. Apabila seseorang yang berjawatan tinggi seperti KP SPRM rancak bermain saham dalam syarikat-syarikat, isyaratnya adalah โ€œhe is open for businessโ€ dan โ€œfinancial motivationโ€ adalah penting. Pasaran juga sensitif kepada โ€œisyaratโ€. Bila individu berjawatan tinggi mempunyai pegangan dalam syarikat tertentu, ia boleh menghantar signal kepada kroni dan broker. Broker dan pemain pasaran sentiasa membaca perkembangan, kenyataan rasmi dan kedudukan individu berpengaruh. Menjadi penjawat awam bukan sekadar jawatan, tetapi amanah. Lebih tinggi kuasa dan akses kepada maklumat, lebih tinggi keperluan untuk mengelakkan sebarang signal yang boleh menimbulkan keraguan. Juga akan timbul satu lagi persoalan moral yang besar iaitu dari mana datangnya sumber kewangan untuk memiliki saham-saham ini? Adakah hanya berjawatan dan bergaji besar sudah mampu? Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat, mereka boleh congak sendiri. Tonton kupasan penuh isu pemilikan saham Tan Sri Azam Baki di Podcast YBM #35:

Rafizi Ramli

27,111 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya โ€œaku cucuk diaโ€. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut โ€œdiam, lepas ini HIVโ€. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

97,944 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ไธชๆœˆๅ‰

Kritikan paling utama terhadap prestasi ekonomi negara mutakhir ini ialah kedudukan nilai matawang ringgit berbanding negara-negara lain. Kejatuhan ketara nilai ringgit bermula dalam tahun 2015 akibat kebimbangan pelabur dan pasaran ekoran skandal 1MDB. Hakikatnya, walaupun ada turun naik antara 2015 hingga sekarang, nilai ringgit tidak pernah mengukuh ke peringkat sebelum skandal 1MDB meletup. Itu beza di antara kejatuhan ketara (pada masa itu) dalam tahun 2015 dan sekarang. Kejatuhan ketara itu berlatar belakangkan skandal kewangan 1MDB dalam keadaan pasaran global tidak mengalami kelembapan ekonomi dunia dan ketidaktentuan di negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan China. Keadaannya berbeza sekarang. Dalam keadaan nilai ringgit tidak pernah pulih sepenuhnya dari kejatuhan ketara 2015, ringgit kini dipengaruhi pula oleh dasar monetari Amerika Syarikat (yang menyebabkan perbezaan kadar faedah kerana Malaysia menetapkan untuk tidak menaikkan kadar faedah) dan kelembapan ekonomi China. Sebab itu, usaha kerajaan mengukuhkan ringgit perlu mengambil kira langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang. Untuk jangka masa pendek, kita wajar menilai secara objektif kemampanan ekonomi negara dan tidak melatah dengan mengambil jalan singkat. Sebab itu, pandangan saya Bank Negara membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan kadar faedah, atau untuk tidak mempertaruhkan rizab simpanan negara untuk mempertahankan ringgit. Untuk jangka masa panjang, usaha menstrukturkan kembali ekonomi ke arah nilai tinggi perlu dipercepatkan seiring dengan langkah kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Kedua-dua langkah ini akan menjadi kayu ukur yang dirujuk pelabur dan pasaran untuk menilai potensi lonjakan ekonomi negara di masa akan datang. Penstrukturan ekonomi negara juga penting untuk memastikan eksport negara tidak terlalu bergantung kepada sentimen ekonomi dunia (contohnya sekarang, akibat sentimen ekonomi dunia yang menyederhana, eksport elektronik negara adalah perlahan yang mempengaruhi nilai ringgit). Ikuti penerangan saya mengenai perkara ini yang ditanya secara spontan semasa Episod 3: Yang Bakar Menteri minggu ini. #YangBakarMenteri

Rafizi Ramli

484,765 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

Gaji RM7,000 sebulan dah tak layak dapat subsidi RON95? Kalau belum dimuktamadkan kenapa umum dahulu? Tak buat homework ke? YAB Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 tahun depan. Banyak komen di luar sana dan saya faham ini peluang yang baik untuk membuat kandungan TikTok. Pertamanya, saya ajak kita semua menghadam dahulu apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri: 1. Tidak ada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85% terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi. Nak mudah cakap, 85% daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diwar-warkan 2. Bagi golongan yang berada di dalam 15% teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ni macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan. B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data. Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15% paling tinggi. Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya. Sudah tentu penentuan T15 ini adalah merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Proses untuk memuktamadkan kriteria yang menentukan kedudukan sosio-ekonomi sesebuah keluarga yang lebih adil ini sedang berlaku. Eyh kenapa umum tak bincang dulu? Pelbagai perbincangan mengenai kaedah yang lebih adil itu telah dibincangkan sebelum ini. Di Parlimen pun saya telah nyatakan hasrat kerajaan untuk beralih dari pengukuran berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Kaedah-kaedah yang dicadangkan dan dipertimbangkan juga telah dibentangkan dan dibincangkan di pelbagai peringkat kerajaan. Sekarang, setelah kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95 dengan garis masa yang jelas, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri. Setelah semuanya telah diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat. Still tak puas hati, kenapa umum masa Belanjawan sedangkan perincian belum dimuktamadkan? Belanjawan ialah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun itu. Hatta angka-angka yang diumumkan itu adalah satu anggaran dan unjuran. Bukannya kita dah buat spesifikasi bangunan, lantik kontraktor baru dimasukkan dan diumumkan di dalam Belanjawan. Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan, yang melibatkan dasar-dasar dan projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya. Kalau ikut Syed Saddiq yang semuanya perlu diperincikan dan telah dimuktamadkan sebelum boleh diumum di dalam Belanjawan, maka bertahun-tahunlah baru kita boleh siapkan satu belanjawan dan berjilid-jilid buku belanjawanlah yang perlu dicetak untuk setiap seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya beliau sedia maklum proses ini sebab beliau pernah menjadi menteri termuda.

Rafizi Ramli

370,859 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,403 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™, ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ข๐—ž ๐—ž๐—˜๐—–๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ? Saya dan 2 lagi ahli parlimen PKR, YB Setiawangsa Nik Nazmi dan YB Subang Wong Chen dikecam teruk oleh penyokong kerajaan apabila kami memberikan beberapa saranan untuk melindungi kedaulatan negara akibat dari kesan buruk perjanjian tarif dengan Amerika Syarikat. Ada yang suruh keluar parti, ada yang kata kami meroyan sebab kalah pemilihan, ada yang suruh saya jual nasi lemak saja. Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu. Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu. Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat. Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri. Begitu juga dengan saranan yang kita perlu semak dengan negara-negara serantau supaya perjanjian kita setara, supaya jangan sampai keadaan yang perjanjian Malaysia nampak terlalu memihak kepada Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain. Pengakuan Zafrul yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan kami ada asasnya. Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan? Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat. Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu. Semangat inilah yang meletakkan PKR di depan membela rakyat dalam isu-isu besar negara seperti membongkarkan skandal-skandal seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, MARA dan LCS. Semangat itu juga yang mendapat sokongan rakyat sehingga menjadikan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau semangat ini luntur dalam PKR, terutamanya bila ada geng-geng lompat masuk parti yang beriya-iya membodek sehingga isu rakyat tidak boleh dibawa atas alasan jangan kritik kerajaan, lepas ini geng-geng ini kena cari parti baru sebab tak lamalah PKR akan jadi kerajaan.

Rafizi Ramli

126,389 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰