Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ Menjawab kenyataan yang amat mengelirukan dimainkan oleh Walauntit. No wonder la Safuan dah jadi MB Terengganu. ๐Ÿญ.๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜-๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น/๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด - Dakwaan bahawa โ€œaset-aset kerajaan telah habis dijualโ€ adalah tidak benar dan bersifat mengelirukan. - Kalau dirujuk kepada isu...

10,778 views โ€ข 1 year ago โ€ขvia X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

๐Š๐ž๐ซ๐ฎ๐ ๐ข๐š๐ง ๐’๐ค๐š๐ง๐๐š๐ฅ โ€œ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐‡๐ข๐ญ๐š๐ฆโ€: ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐š๐ง โ€œ๐Ÿ๐Œ๐ƒ๐โ€ ๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข ๐€๐ง๐ฐ๐š๐ซ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก๐ข๐ฆ??? Kami telah perolehi dokumen dalaman daripada beberapa pemegang taruh MAHB bahawa mereka juga tidak bersetuju dan rela nilai saham MAHB dijual serendah RM 11 sesaham. Kegilaan urus niaga penswastaan yang dipacu oleh Khazanah, KWSP ini seperti penjelasan daripada dokumen tersebut bakal membawa kerugian sehingga RM 4.9 BILION wang rakyat! Nampaknya pihak kerajaan Madani tidak endahkan teguran ini biarpun telah berkali-kali kami bangkitkan dalam Dewan Rakyat. Tahun depan PAC akan panggil dan siasat semua urus niaga ini. Kalau FashionValet boleh dituduh sebegitu rupa kerana kerugian yang kecil anak, bandingkan kerugian yang jauh lebih besar bakal berlaku kalau kerajaan terus paksa PNB, KWAP jual saham mereka dalam MAHB dengan nilai serendah itu. Siapa yang ketawa mengilai ke bank kalau bukan โ€œBatu Hitamโ€!!! Pencarum Melayu, Bumiputera dan Penjawat Awam bakal ditipu sekali lagi!!!! #wanfayhsal #tolakblackrock #batuhitam #mahb #janganjualasetnegara #klia #kapalterbang

Wan Ahmad Fayhsal

123,969 views โ€ข 1 year ago

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,439 views โ€ข 1 month ago

๐“๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐๐˜๐€ ๐Œ๐€๐•๐‚๐Ž๐Œ - ๐๐„๐๐“๐„๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐‹๐€๐๐† ๐๐„๐๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐’๐€๐‡๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐‹๐€๐‚๐Š๐‘๐Ž๐‚๐Š! Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional telah berjuang bermati-matian menggunakan segala jenis saluran perundangan, dan politik untuk menangguhkan/membatalkan penjualan saham aset strategik negara yang diuruskan MAHB kepada GIP milik BlackRock Inc. yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Hari ini satu lagi berita duka bilamana benteng terakhir kita iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang merupakan pemantau dan penyelia hal ehwal ekonomi sektor penerbangan negara telah dibubarkan untuk diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Semua ahli parlimen PN membantah Rang Undang-Undang ini kerana kami mahu ianya diteliti semula dalam Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen melibatkan Pengangkutan. Tindakan terburu-buru kerajaan Madani ini jelas menunjukkan ada udang disebalik batu: persetankan apa jua rakyat kata dan tegur yang penting saham MAHB perlu dijual dengan harga murah RM 11 per saham kepada GIP-BlackRock. Kesan daripada pembubaran MAVCOM yang akan diserap masuk ke dalam CAAM ini akan memberi kuasa yang besar kepada Menteri DAP yang jaga MAHB melebihi daripada apa yang ada sebelum ini. MAVCOM adalah sebuah badan bebas dan mandiri yang menjaga kepentingan negara dan orang ramai. Biarpun Menteri DAP Anthony Loke memberi jaminan kononnya MAVCOM masih boleh berfungsi walaupun pembubaran sedang berjalan, kami khuatir kuku dan taring MAVCOM akan dipotong untuk menegur pihak kerajaan Madani yang begitu rakus ingin percepatkan penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock Inc. Kerisauan ini turut dikongsi bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan yang diketahui ramai berpengalaman dalam dunia koperat. Suara beliau yang tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB ini ada asasnya - sama seperti yang kami dan ramai lagi telah tegaskan. Kami kalah dalam undian di Dewan Rakyat tadi tapi Perikatan Nasional tidak akan sesekali menjual maruah dan prinsip kami demi kemewahan ekonomi semata-mata seperti dihujahkan oleh Menteri-Menteri kerajaan Madani. Nampaknya ada satu sahaja bahasa yang Anwar Ibrahim akan faham: kita akan protes di JALANAN! ๐˜๐ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐…๐€๐˜๐‡๐’๐€๐‹ ๐–๐€๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐Š๐€๐Œ๐€๐‹ Ahli Parlimen Machang, Ketua Porfolio Hubungan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional. #MAHB #BlackRock #DewanRakyat #klia #WanFayhsal #AnthonyLoke #AnwarIbrahim #Khazanah #KWSP

Wan Ahmad Fayhsal

91,878 views โ€ข 2 years ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang. Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut: i. Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar; ii. Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji; iii. Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan. Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: a) Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan); b) Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029; c) Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang. Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019. Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13. Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi. Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja). Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19. Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji. Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji. Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026. Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai. Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya). Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak). Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036). Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026. Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi? Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang. 10 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

25,545 views โ€ข 1 month ago

Kerajaan dah tak bantu Bumiputra? Baru-baru ini, saya umum pelarasan semula tiga agensi mandat Bumiputra di bawah Kementerian Ekonomi iaitu TERAJU, Yayasan Peneraju dan Ekuinas. Ada dua pengumuman yang kena kecam: 1. Bahawa agensi-agensi ini akan menukar kaedah dari memberi geran kepada memberi akses modal berbentuk pinjaman 2. Dana berjumlah RM1 bilion oleh TERAJU dan RM800 juta oleh Ekuinas disediakan bagi tujuan ini Kecaman pertama, ada yang menuduh kerajaan berhenti memberi geran. Geran ini maksudnya bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar balik. Bantuan seperti ini masih disediakan, tetapi oleh agensi-agensi lain yang memberi tumpuan kepada peniaga kecil yang memerlukan modal kecil. Selalunya sekitar beberapa ratus ribu - MARA ada, Tekun ada, malah Amanah Ikhtiar pun ada. Akses modal yang ditawarkan oleh TERAJU adalah untuk perniagaan Bumiputra yang saiznya lebih besar. Sebelum ini, ada penerima geran dari syarikat Bumiputra yang saiz sederhana yang mendapat geran sehingga melebihi RM1 juta. Jika difikirkan, kalau peminjam Amanah Ikhtiar dari golongan miskin pun perlu membayar balik pinjaman, adalah lebih adil jika niagawan Bumiputra yang lebih selesa kewangannya berbanding golongan miskin ini, untuk turut membayar balik modal yang diberikan agensi kerajaan. Modal ini boleh digunakan untuk memberi lebih banyak akses modal kepada peniaga-peniaga lain supaya kita boleh mempercepatkan usaha membina kelas niagawan Bumiputra yang mampan. Kecaman kedua, ada yang mempersoalkan bagaimana sejumlah RM1.8 billion boleh diperuntukkan oleh TERAJU dan Ekuinas, sedangkan kerajaan sedang melaraskan kembali peruntukan. Caranya mudah: Kerajaan tidak memberi peruntukan baru kepada TERAJU dan Ekuinas. Dana RM1 bilion TERAJU adalah menggunakan peruntukan sebelum ini yang tidak dipakai, seterusnya dijadikan jaminan kepada bank-bank. Syaratnya bank-bank memberi pinjaman kepada niagawan Bumiputra menggunakan dana mereka sendiri. Peruntukan dari TERAJU hanya dipakai sekiranya peminjam gagal membayar balik, barulah tanggungan itu dibiayai oleh TERAJU melalui skim jaminan kredit. Wang RM800 juta oleh Ekuinas pula adalah dari dana terkumpul Ekuinas selama ini yang akan ditawarkan dalam bentuk kredit persendirian. Jangan lepaskan peluang ini. Boleh layari laman web TERAJU ( ) dan EKUINAS ( ) untuk mula memohon.

Rafizi Ramli

215,687 views โ€ข 2 years ago

๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‡๐-๐๐‹๐€๐‚๐‘๐Ž๐‚๐Š: ๐‰๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐Œ๐— ๐Œ๐„๐๐†๐„๐‚๐„๐–๐€๐Š๐€๐! Saya telah bertanyakan soalan tambahan berkenaan isu paling panas kini: penjualan saham MAHB kepada GIP milik BlackRock yang bersubahat membunuh rakyat Palestin. Nampaknya YAB Perdana Menteri tidak hiraukan sama sekali kebimbangan dan kekhuatiran rakyat Malaysia. Kita bukan tak setuju KLIA kena naik taraf tapi kita tak boleh terima sama sekali rakan strategik itu adalah GIP-BlackRock! Dari segi moral dan merit ekonomi tiada keperluan sama sekali untuk MAHB dapatkan mereka! Kita mampu baiki dan tukar pengurusan MAHB, dapatkan jururunding (consultant) yang baik untuk tingkatkan mutu operasi KLIA dan 38 lapangan terbang lain TANPA korbankan PRINSIP dan PEGANGAN, HAK MILIK dalam jumlah blok yang besar (30%) kepada sebuah entiti konsortium asing yang punya mudarat yang besar dari segi ekonomi, keselamatan dan moral! Rakyat Malaysia tolak urus niaga MAHB-GIP-BlackRock! Jangan hina kami wahai kerajaan Madani! Tangguh dan batalkan dahulu; pasti ada jalan lain yang lebih baik untuk ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ! #janganJUALnegara #MAHB #BDS #KLIA #WanFayhsal #AnwarIbrahim

Wan Ahmad Fayhsal

66,318 views โ€ข 2 years ago

PENGURUSAN PELARIAN DI MALAYSIA Saya mengalu-alukan penglibatan ahli akademik, aktivis masyarakat sivil, badan pemikir, pengamal undang-undang, pakar keselamatan serta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan pandangan yang membina untuk tampil mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu pengurusan pelarian di Malaysia yang kini menjadi perhatian ramai. Isu ini bukan isu baharu. Ia merupakan isu legasi yang telah berlarutan sejak sekian lama dan diwarisi merentasi pelbagai pentadbiran. Namun, hakikat bahawa ia adalah isu legasi tidak pernah dijadikan alasan untuk kerajaan berpeluk tubuh atau mengelak daripada bertindak. Kerajaan MADANI memilih untuk mengurus isu ini secara bertanggungjawab, berhemah dan berasaskan fakta. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, keutamaan kami tetap jelas โ€” memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara, di samping mengambil kira realiti kemanusiaan yang wujud. Antara cabaran terbesar yang kita hadapi selama ini ialah ketiadaan data yang lengkap, tepat dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia sendiri mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. Sebab itu kerajaan sedang melaksanakan proses pengumpulan data dan maklumat biometrik yang lebih menyeluruh. Kita tidak boleh mengurus apa yang kita tidak kenal. Kita tidak boleh melindungi keselamatan negara tanpa mengetahui dengan tepat siapa yang berada dalam sempadan negara kita. Data yang tepat akan membolehkan kerajaan mengurus pelbagai isu yang berbangkit dengan lebih berkesan, sama ada dari sudut keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan awam, pekerjaan mahupun kesejahteraan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa status pelarian bukan lesen untuk melanggar undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang negara tetap akan berdepan tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan yang sewajarnya. Kerajaan tidak melindungi pelaku jenayah. Kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara. Apa yang sedang kita lakukan ialah memastikan Kerajaan Malaysia mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurus satu realiti yang telah lama wujud dalam negara. Matlamatnya bukan untuk melindungi pelarian, tetapi untuk melindungi kepentingan negara, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam. Saya percaya rakyat Malaysia mampu membincangkan isu ini secara matang, rasional dan bertanggungjawab demi kepentingan negara yang kita cintai bersama. #MadaniBEKERJA #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution

Saifuddin Nasution Ismail

151,471 views โ€ข 3 months ago

Perencanaan Kerajaan dalam pelaksanaan caruman KWSP untuk bukan warganegara berlandaskan keperluan untuk melindungi kepentingan pekerja tempatan tanpa membebankan majikan. Kadar caruman yang ditetapkan pada tahap minimum bukan sekadar mekanisme pendaftaran pekerja asing dalam sistem kewangan negara, tetapi juga sebahagian daripada pendekatan yang selaras dengan piawaian antarabangsa, termasuk Artikel 68 Konvensyen 102 ILO. Ketimbang dengan kebanyakan negara lain yang menetapkan kadar lebih tinggi, Malaysia mengambil pendekatan yang lebih seimbang bagi memastikan keberkesanan tanpa menjejaskan daya saing ekonomi. Sementalahan, pelaksanaan caruman ini tidak mengalihkan perhatian KWSP daripada tanggungjawab utamanya terhadap rakyat Malaysia. Sebaliknya, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk memperkukuh aspek perlindungan sosial, termasuk caruman sukarela yang telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta anggota KWSP. Program seperti i-Saraan dan i-Suri juga adalah cerminan dan manifestasi Kerajaan dalam menjamin kebajikan sektor informal, khususnya bagi suri rumah, dengan insentif Kerajaan yang terus meningkat. Dalam konteks pencapaian KWSP, kadar dividen luar biasa sebanyak 6.3% yang diumumkan baru-baru ini ternyata mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara. Dengan 63% pelaburan KWSP tertumpu dalam pasaran domestik, peningkatan ketara sebanyak 11% dalam jumlah pelaburan ketimbang tahun sebelumnya menunjukkan keberkesanan kebijakan dan penekanan Ekonomi MADANI. Bursa Malaysia turut mencatat pertumbuhan memberangsangkan yakni sebanyak 12.9%, lantas membuktikan kestabilan serta prospek cerah ekonomi negara di bawah kemudi Kerajaan MADANI. Langkah-langkah reformasi institusi yang diperkenalkan turut menjadi faktor utama dalam menarik keyakinan pelabur. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, bersama pelbagai inisiatif lain, bertujuan memperkukuh tadbir urus ekonomi dan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil serta berdaya saing. Semua ini adalah manifestasi ketegasan Kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Anwar Ibrahim

10,388 views โ€ข 1 year ago

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara-saudara di Indonesia. Reaksi rakyat Malaysia rata-ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia. Banyak kandungan yang saling mendoakan. Sudah tentu ada satu dua kerat yang ingin mempolitikkan semuanya. Ini salah satu contoh - yang mendoakan supaya perkara yang sama berlaku di Malaysia dengan memberi konotasi agar kerajaan bertukar. Ada yang menambah lebih baik tentera mengambil alih. Tidak guna kita berhujah dengan dua tiga kerat begini, tetapi kita juga wajar bermuhasabah tentang apa yang berlaku di Indonesia, terutamanya orang-orang politik seperti saya, pimpinan kerajaan dan pembuat dasar. Kesimpulan awal yang diterima umum ialah kejadian tunjuk perasaan dicetuskan oleh kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi dan ledakan berlaku melihatkan kemewahan hidup ahli-ahli politik. Sebelum kita buat kesimpulan rambang, kita wajar semak prestasi ekonomi Indonesia selama dua dekad. Sebenarnya, secara makroekonomi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dari 2004 hingga 2024 adalah setara dengan Malaysia, kalau tidak lebih baik. Semua petunjuk ekonomi menunjukkan pencapaian ekonomi yang baik. Secara purata, ekonomi Indonesia tumbuh lebih baik sedikit dari Malaysia dalam tempoh ini. Hanya ada beberapa tahun yang pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak setanding dengan Malaysia, itu pun kerana pertumbuhan Malaysia dalam tahun 2010 dan 2022 melonjak selepas menguncup, sedangkan Indonesia tidak mengalami kemelesetan dalam 2009 seperti Malaysia; dan penguncupan akibat COVID adalah lebih sederhana berbanding Malaysia. Begitu juga petunjuk lain seperti kadar inflasi. Kadar inflasi Indonesia lebih kurang seperti Malaysia. Bagi tahun 2024, inflasi Indonesia 2.9% berbanding Malaysia 1.8%. Kadar pengangguran Indonesia adalah 3.3% berbanding Malaysia 3.8% bagi tahun 2024. Malah, kedudukan kewangan kerajaan Indonesia adalah jauh lebih stabil, dengan kadar hutang kerajaan sekitar 40% dari saiz ekonomi, berbanding 65-66% bagi Malaysia. Jadi bagaimana ekonomi Indonesia, yang pada pengamatan biasa ahli ekonomi berada dalam keadaan memberangsangkan, menghasilkan rasa tidak puas hati yang begitu tinggi di kalangan rakyatnya? Ini adalah muhasabah yang ahli politik dan pembuat dasar Malaysia perlu ingat. Angka-angka makro itu penting. Ekonomi mesti berkembang pesat, inflasi dikekang supaya tidak menghakis kuasa beli, rakyat mesti ada pekerjaan. Tetapi angka makro tidak memberi gambaran keseluruhan, sekiranya laba dari perkembangan ekonomi itu tidak sampai kepada rakyat dengan cepat. Apa pertalian di antara angka makro dengan kedudukan sosio ekonomi rakyat, yang selalu disebut sebagai ekonomi mikro? Pertumbuhan ekonomi di peringkat makro perlu diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang setimpal kepada rakyat. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah pelaporan gaji rakyat. Kadar inflasi di peringkat makro mesti dibandingkan dengan beban kos sara hidup bulanan isi rumah. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah statistik pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) yang mengukur lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan utama. Inflasi yang kekal perlahan adalah baik, tetapi harga tinggi yang kekal ditakuk lama, kalau gaji tidak naik dengan lebih cepat, akan tetap menekan rakyat. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang rendah tidak bermakna rakyat melakukan kerja yang setimpal dengan kelayakan, atau mendapat gaji yang setimpal. Sekali lagi, laporan gaji rakyat adalah angka ekonomi lapisan kedua yang penting untuk memahami perkara-perkara ini. Dari sini, kita boleh tahu sama ada pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan kerja sepadan yang setara kepada rakyat. Sudah tentu realitinya lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku di Indonesia, tidak semestinya diterjemahkan menjadi laba kepada rakyat dengan segera. Sebab itu setiap kenaikan cukai atau kos, walaupun ia berkadar dengan kenaikan kos pengeluaran yang perlu ditanggung, ditentang oleh rakyat. Di sinilah pentingnya dasar dan program ekonomi yang mengubah struktur ekonomi, agar pertumbuhan bukan sahaja lebih mampan, laba ekonomi juga dapat dirasai pada kadar yang berpatutan oleh rakyat. Bentuk-bentuk dasar yang penting ini termasuklah reformasi pasaran kerja berkaitan pergantungan kepada pekerja asing, program sokongan kenaikan gaji dan peningkatan kemahiran untuk pekerjaan bernilai tinggi. Selain itu, negara memerlukan tambah baik segera kepada sistem perlindungan sosial dan agihan bantuan yang lebih cekap. Tetapi muhasabah paling besar dari insiden di Indonesia adalah kepada ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat melihat ahli politik, yang dari segi pendidikan atau kemahiran tidaklah banyak berbeza dari mereka, tiba-tiba boleh hidup mewah hasil dari kedudukan mereka, maka rakyat akan rasa mual dan marah. Begitu juga kepada tokoh-tokoh yang dilihat sebagai rapat dengan pemerintah atau pun dianggap kroni mereka yang berkuasa. Jika kemahiran dan usaha mereka tidak seberapa tetapi dilihat kaya serta merta dan mewah melampaui batas, rakyat akan benci dan golongan elit pemerintah juga akan terpalit. Jadi jangan marah saya jika saya terus bersuara memberi peringatan mengenai beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini, kerana rakyat kita pun sentiasa memerhati golongan elit di kalangan ahli-ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Rafizi Ramli

26,788 views โ€ข 1 year ago