Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐕𝐈𝐑𝐀𝐋 𝐀𝐊𝐒𝐈 '𝐃𝐑𝐈𝐅𝐓' 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐁𝐎𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐁𝐎𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 Tarikh Kejadian Kes Viral : 21/02/2024 Tempat Kejadian : Jalan Desa Botani Tarikh/Masa Kejadian : 20/02/2024@0015Hrs Jenis : Toyota Supra Warna : Silver Tindakan : Tangkap (1) L pemandu kenderaan tersebut dibawah Sek...

438,925 views • 2 years ago •via X (Twitter)

9 Comments

Jali boye 🏇's profile picture
Jali boye 🏇2 years ago

Children of rich people and fulfill their wishes but do not think whether they are doing good or bad.😢

PS Dhillon 🇲🇾's profile picture
PS Dhillon 🇲🇾2 years ago

Toyota Supra for sale super cheap, 1 lady owner, no visible damages and comes with special no plate. Owner going overseas. 🤣

samEone29™🇲🇾🇵🇸's profile picture
samEone29™🇲🇾🇵🇸2 years ago

Semoga tabah anak muda. Jgn lupa kereta yg langgar 2 repay balik oner parking cantik2 dh kene kiss.

ninjarun test's profile picture
ninjarun test2 years ago

nk pakai rwd tapi tak tau bawak....kahakahkahk bodoh

JSYD7712's profile picture
JSYD77122 years ago

Betul, JPJ kena Ada kategori lesen memandu untuk kereta kuasa tinggi. Mesti pass test dulu. Jangan saja untuk motor. Bila Ada lesen ni baru boleh beli kereta kuasa tinggi. Tapi jgn ada lesen kopi la.

Abd Faiz Malik's profile picture
Abd Faiz Malik2 years ago

Skill issue.

𝑃𝘦𝑟𝘰𝑑𝘶𝑎 𝑆𝘦𝑙𝘢𝑛𝘨𝑜𝘳 𝘑𝑜𝘩𝑛's profile picture
𝑃𝘦𝑟𝘰𝑑𝘶𝑎 𝑆𝘦𝑙𝘢𝑛𝘨𝑜𝘳 𝘑𝑜𝘩𝑛2 years ago

kalau anak cina kaya mmg mcm ni dia jakun sikit, sama juga anak melayu pun. dpt kerta HP tinggi terus menggelibas

Nastassja's profile picture
Nastassja2 years ago

Ada kad OKU ke? Otak Kurang Upaya

adam mclaughlin's profile picture
adam mclaughlin2 years ago

mesti c kan pemandu tu

Related Videos

47 mat rempit ditahan buat kecoh di Aidilfitri BATU PAHAT – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya diraikan dengan amalan mengunjungi sanak-saudara, namun berbeza dengan apa yang dilakukan segelintir anak muda di bandar ini. Akibat kelakuan dengan aktiviti rempit di Dataran Penggaram semalam, seramai 47 anak muda ditahan serta terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh kira-kira 200 meter ke Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Op Selamat ke-20 yang bermula dari pukul 5 hingga 7 petang itu telah mengepung kawasan dataran tersebut bagi memastikan semua samseng jalanan itu tidak dapat melarikan diri. “Operasi selama dua jam itu melibatkan 12 anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat. “Semuanya ditahan berikutan adanya aduan awam menyatakan puluhan remaja sedang berkumpul dan membuat bising mengunakan motosikal di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini. Menurut Ismail lagi, pihak polis mengepung kawasan itu dan menahan 47 penunggang motosikal yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. Ismail memberitahu, sebanyak 79 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 10 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tiada lesen menunggang serta mengubah suai ekzos. “Dalam operasi ini polis juga menangkap tiga remaja dalam konvoi berkenaan yang melakukan pembakaran suar asap yang boleh mendatangkan bahaya serta mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. Ujarnya lagi, seorang lagi ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana menunggang motosikal dengan melakukan aksi-aksi yang boleh mendatang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain. “Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Kecil/Seksyen 8 Akta Bahan Letupan. “Pihak Polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dengan aktiviti tidak sihat dengan melanggar peraturan dan undang-undang yang sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE Oleh ADNAN IBRAHIM 23 April 2023, 12:33 pm

MYNEWSHUB

162,097 views • 3 years ago

KOMEN: Jangan lepas reman dua hari...perhatian media dan orang ramai dah kurang...sohai ni tiba-tiba lepas atas jaminan polis atau setakat kena saman memandu secara melulu dan potong garisan berkembar yea...Johor nak PRN...PDRM sila buat keja elok-elok yea.. Mata seluruh negara bertumpu ke arah Johor waktu ini. Pastikan kena caj sebabkan kematian. Abang dia pun patut kena caj...Berapa ramai orang kita mati sebab hobi suka berlumba atas jalan dia tu.... Nahas lima maut: Remaja 19 tahun pandu Mercedes-Benz A250 direman dua hari 02 Jun 2026 12:57pm BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam. Perintah reman hingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250, dan berpakaian lokap berwarna coklat, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.20 pagi dengan diiringi pegawai polis. Semalam, polis mengesahkan penahanan remaja berkenaan susulan nahas ngeri yang membabitkan lima kenderaan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioer Bahrin Mohd Noh dilapor berkata siasatan awal mendapati suspek disyaki memandu kenderaannya secara melulu bersama-sama sebuah kereta BMW 530e yang dipandu oleh abangnya berusia 22 tahun. Beliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz. Akibat daripada perlanggaran itu, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, abang suspek yang memandu kenderaan BMW 530e berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya. - Bernama

MYNEWSHUB

22,313 views • 3 months ago

𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟔 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) - 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐂𝐏 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐑𝐔𝐋𝐍𝐈𝐙𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐍 𝐉𝐀’𝐀𝐅𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 KEJADIAN KEJAR MENGEJAR MELIBATKAN KERETA PERONDA POLIS DAN SEBUAH PROTON SATRIA PUTIH DI DALAM DAERAH PETALING JAYA PADA 26 DISEMBER 2024 JAM LEBIH KURANG 11.32 PAGI, TELAH BERLAKU INSIDEN KEJAR MENGEJAR ANTARA KERETA PERONDA POLIS IPD PETALING JAYA DENGAN SEBUAH KERETA JENIS PROTON SATRIA WARNA PUTIH YANG DIPANDU SECARA MELAWAN ARUS KERANA CUBA LARI DARI SEKATAN JALAN RAYA DI KILOMETER 16 LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG. DALAM USAHA MENAHAN KERETA BERKENAAN, SUSPEK TELAH BERTINDAK MELANGGAR KERETA PERONDA POLIS DAN SEBUAH MOTOSIKAL YANG DITUNGGANG OLEH ORANG AWAM. SASPEK DI DALAM KEJADIAN INI TELAH BERJAYA DITAHAN DI JALAN PJU 1A/1 ARA DAMANSARA. HASIL DARI PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN MENDAPATI KEDUA DUA SASPEK ADALAH LELAKI WARGA TEMPATAN. SASPEK PERTAMA YANG MERUPAKAN PEMANDU KENDERAAN TERSEBUT BERUMUR 30 TAHUN DAN SEMAKAN REKOD JENAYAH MENDAPATI BELIAU MEMPUNYAI 11 REKOD JENAYAH DAN 5 REKOD JENAYAH NARKOTIK, SASPEK KEDUA MERUPAKAN PENUMPANG KENDERAAN YANG SAMA BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 29 TAHUN DAN MEMPUNYAI 1 REKOD JENAYAH LAMPAU SEJUMLAH DADAH DIPERCAYAI JENIS SYABU ANGGARAN BERAT 12.87 GRAM TELAH DIJUMPAI DI DALAM KENDERAAN SASPEK BERSAMA-SAMA SENJATA DIPERCAYAI JENIS ELECTRIC SHOCK WAVE. KEDUA DUA SASPEK TELAH DITANGKAP DAN DI BAWA KE IBUPEJABAT POLIS DAERAH PETALING JAYA, SIASATAN KES TELAH DIBUKA DI BAWAH SEKSYEN 307/186/279 KANUN KESEKSAAN, SEKSYEN 7 AKTA BAHAN KAKISAN, LETUPAN & SENJATA MERBAHAYA, SEKSYEN 39A(1) ADB 1952 DAN SEKSYEN 42(1) APJ 1987. PIHAK POLIS INGIN MENASIHATKAN KEPADA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN KEJADIAN JENAYAH ATAU ORANG YANG MENCURIGAKAN, BOLEH MENGHUBUNGI BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU BILIK GERAKAN IPD PETALING JAYA DI TALIAN 03-79662222. (SHAHRULNIZAM BIN JA'AFAR) ACP KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA DIKELUARKAN PADA 26 DISEMBER 2024 Sumber ➡️ IPD PETALING JAYA

MYNEWSHUB

29,971 views • 1 year ago

Gajah Didakwa Mengamuk di Gerik: Kenderaan Rosak, Pengguna Jalan Diminta Berwaspada GERIK, 21 Mei 2025 — Kejadian seekor gajah mengamuk dan merosakkan sebuah kenderaan berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Batu 11 telah tular di media sosial malam tadi. Video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial menunjukkan seekor gajah menghampiri dan merosakkan kenderaan yang berada di lokasi kejadian. Insiden ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya yang sering melalui laluan tersebut, terutamanya pada waktu malam. Menurut laporan terdahulu, kawasan sekitar Batu 11 JRTB Gerik-Jeli sememangnya dikenali sebagai habitat semula jadi gajah liar. Kejadian pertembungan antara manusia dan gajah bukanlah sesuatu yang baharu di kawasan ini. Pada Oktober 2024, sekumpulan gajah liar telah merosakkan beberapa kenderaan di lokasi yang sama. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sebelum ini telah mengambil langkah proaktif dengan menempatkan anggota mereka di kawasan berisiko tinggi untuk memantau pergerakan gajah dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Namun, kejadian terbaru ini menunjukkan bahawa ancaman daripada gajah liar masih berterusan dan memerlukan perhatian serius. Pihak berkuasa menasihatkan pengguna jalan raya yang melalui laluan JRTB Gerik-Jeli, terutamanya pada waktu malam, agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan. Sekiranya terserempak dengan gajah di jalan raya, pengguna dinasihatkan untuk berhenti pada jarak yang selamat, tidak membunyikan hon, dan menunggu sehingga haiwan tersebut beredar sebelum meneruskan perjalanan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini atau pergerakan gajah liar di kawasan tersebut diminta untuk menghubungi Perhilitan Perak bagi membantu dalam usaha pemantauan dan pengurusan konflik antara manusia dan hidupan liar. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

67,728 views • 1 year ago

KOMEN: Asalnya nak membantu, tapi secara tak sengaja macam memperburukkan lagi keadaan...... Warga Emas Maut, MPV Terbalik Langgar Bucu Rumah Di Pandamaran SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran, malam tadi. Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu melibatkan mangsa berusia lingkungan 60-an yang memandu sebuah Toyota Avanza. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Jalan Bukit Kerayong menuju ke Jalan Banting sebelum dipercayai hilang kawalan. “Setibanya di lokasi, kenderaan mangsa melanggar struktur batu di bucu sebuah rumah di tepi jalan sebelum terbalik di bahu longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, tindakan orang awam yang cuba membantu mengalihkan kenderaan berkenaan menyebabkan MPV itu terjatuh ke dalam longkang bersama mangsa. Terdahulu, polis mengesan satu video tular memaparkan orang ramai memecahkan cermin dan menolak kenderaan terbabit di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. “Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan sama ada mangsa meninggal dunia ketika kemalangan atau selepas kenderaan dialihkan,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

MYNEWSHUB

46,314 views • 4 months ago

Polis giat kesan dua lelaki samun stesen minyak di Batu Gajah Batu Gajah: Polis giat mengesan dua suspek dipercayai lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, berhubung kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Pusing, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah Superintendan Zolkifli Hanafiah berkata dalam kejadian yang berlaku sekitar 6.45 pagi itu, dua pekerja stesen minyak berkenaan iaitu seorang wanita tempatan berusia 52 tahun dan seorang lelaki warga Bangladesh berumur 26 tahun, mengalami kecederaan ringan di bahagian bibir dan kepala. "Dapatan dari mangsa mengatakan bahawa kedua-dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dan Honda RSX 150. "Salah seorang daripada telah masuk ke dalam stesen minyak berkenaan dengan mengacukan pisau kecil. "Kedua-dua mangsa tidak mengendahkan arahan suspek hingga menyebabkan berlaku pergelutan. "Dalam pergelutan itu, suspek berjaya melarikan dua telefon bimbit yang dianggarkan bernilai sekitar RM500," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. Terdahulu, tular beberapa keping gambar kejadian itu yang dikongsikan netizen di aplikasi Telegram, memaparkan seorang wanita terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala barangan di dalam stesen itu turut berselerakan. Zolkifli berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan. Beliau berkata berkata kedua-dua mangsa mengalami luka di bahagian mulut dan kepala, selain telah dirujuk ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan susulan dengan pekerja wanita itu menerima empat jahitan di bahagian bibir, manakala pekerja lelaki itu menerima lapan jahitan di kepala. Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat terhadap kejadian yang berlaku, untuk menghubungi IPD Batu Gajah untuk membantu siasatan. Disiarkan pada: Mac 9, 2024 @ 7:04pm BERNAMA Artikel ➡️ BERNAMA

MYNEWSHUB

466,813 views • 2 years ago

Kejar Mengejar Sejauh 96KM Di JB - Dua Ditahan JOHOR BAHRU, 7 Mei 2025 – Dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita tempatan, berjaya ditahan polis selepas aksi kejar-mengejar sejauh 96 kilometer di sekitar Johor Bahru awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi, anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang sedang menjalankan rondaan pencegahan jenayah mengesan sebuah Proton Wira berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Pasir Gudang. Kenderaan tersebut dipandu melawan arus dan tidak mengendahkan arahan polis untuk berhenti. Cubaan meloloskan diri itu membawa suspek ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pusat Bandar Johor Bahru, South Key, Jalan Bakar Batu, Pandan hingga ke kawasan perindustrian Tanjung Langsat. Polis dari IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam turut digerakkan dalam usaha menahan suspek yang memandu secara berbahaya dan zig-zag. Kenderaan suspek akhirnya berjaya dihalang di Jalan Pesisiran Tanjung Langsat selepas dikejar merentasi pelbagai laluan selama hampir dua jam. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Pemeriksaan lanjut turut mendedahkan pemandu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan yang digunakan telah tamat tempoh cukai jalan. Kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 36 tahun itu kini direman selama empat hari bagi siasatan lanjut. Semakan juga mendapati mereka memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain. Kes disiasat mengikut beberapa seksyen termasuk: 1. Seksyen 186 Kanun Keseksaan – Menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 2. Seksyen 42(1), 26(1), 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Memandu secara berbahaya, tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh. 3. Seksyen 15(1) & 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Penyalahgunaan dan memiliki dadah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menyeru orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.- MYNEWSHUB Sumber: Kenyataan IPD Johor Bahru Selatan

MYNEWSHUB

49,235 views • 1 year ago

Lima remaja lelaki baling batu di lebuh raya ditahan SEREMBAN – Lima remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes insiden membaling batu ke arah sebuah lori di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Senawang Seremban di sini, Isnin lalu seperti yang tular di media sosial telah berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kelima-lima suspek berusia 14 hingga 15 tahun ditahan di lokasi berasingan sekitar Seremban. “Hasil operasi dan maklumat, pada pukul t hingga 7 petang semalam sepasukan Anggota Respon Team Balai Polis Senawang telah berjaya membuat tangkapan ke atas lima lelaki untuk siasatan lanjut bersabit kes baling batu di Lebuh Raya Seremban Senawang. “Tiga tangkapan dibuat di Bandar Seremban Selatan dan dua tangkapan di Taman Seremban Jaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Arifai, kesemua suspek masih bersekolah iaitu tiga suspek berusia 14 tahun manakala dua suspek lagi berusia 15 tahun. “Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dibuat di mahkamah hari ini,” katanya. Semalam Kosmo! melaporkan, pihak polis mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah sebuah lori di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Senawang Seremban di sini kelmarin seperti yang tular di media sosial. Seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 32 tahun telah membuat laporan polis lebih kurang pukul 8.14 malam kelmarin menyatakan cermin hadapan lori miliknya telah dibaling objek kayu dan batu semasa sedang melalui Lebuh Raya Senawang Seremban. – KOSMO! ONLINE Oleh NOR SHAFAWATI YUP 15 Jun 2023, 1:33 pm

MYNEWSHUB

295,416 views • 3 years ago

INI MELAMPAU SANGAT....Berani Bergaduh Dalam Balai Pergaduhan Di Balai Polis Meru: Lima Lelaki Serbu Balai, Pukul Individu Buat Laporan Oleh Mynewshub KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu masuk ke dalam balai sebelum memukul seorang lelaki yang sedang membuat laporan polis. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.40 malam pada 2 Mac lalu selepas pihak polis menerima maklumat mengenai pergaduhan yang berlaku di hadapan balai berkenaan. Menurut maklumat awal, tiga lelaki dikenali sebagai Navin, Ari dan Tiagu berada di sebuah restoran di kawasan Meru Court, Batu 5, Jalan Meru sebelum tercetus pertengkaran mulut dengan beberapa individu lain. Pertelingkahan itu dipercayai berpunca daripada salah faham melibatkan ahli keluarga apabila berlaku pertengkaran antara Navin dan abangnya, Gobi. Susulan kejadian itu, Navin bersama dua rakannya bertindak hadir ke Balai Polis Meru sekitar jam 10 malam bagi membuat laporan kerana bimbang pergaduhan tersebut berlarutan. Namun keadaan menjadi lebih tegang apabila lima lelaki lain iaitu Gobi, Rao, Thures, Magen serta seorang lagi lelaki yang merupakan pemandu lori kepada Gobi tiba di balai dalam keadaan dipercayai mabuk. Kesemua mereka kemudian memasuki kawasan balai dan bertindak agresif sebelum memukul Navin sehingga tercetus pergaduhan fizikal. Ketika anggota polis cuba meleraikan pergaduhan tersebut, sebuah televisyen di dalam balai dilaporkan terjatuh dan mengalami kerosakan. Difahamkan salah seorang suspek turut membawa senjata besi ketika insiden tersebut berlaku. Kesemua suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian itu. Polis telah mengesan beberapa individu termasuk Magen, Gobi dan Kalai bagi membantu siasatan. Kes dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua pihak di sebuah tapak projek di Batu 5, Jalan Meru. Pasukan operasi dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Klang Utara telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Perkembangan lanjut mengenai kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

36,309 views • 6 months ago

Bas Rombongan Murid Tahun Enam Dibaling Batu, Tular Video Kejadian di PUSASDA 13 November 2025 | 7.40 malam PORT DICKSON – Tular satu video memaparkan sebuah bas yang membawa rombongan murid Tahun Enam dibaling batu oleh beberapa individu di tepi jalan berhampiran Pusat Asas Tentera Darat (PUSASDA), di sini. Video berdurasi 39 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki menjerit ke arah pemandu bas berkenaan, namun percakapan mereka tidak kedengaran dengan jelas. Berdasarkan keterangan video, orang awam didakwa bertindak membaling batu selepas bas tersebut membunyikan hon kerana kenderaan diparkir di tepi jalan dan menyebabkan laluan menjadi sempit. Insiden itu turut mencetuskan panik dalam kalangan murid apabila difahamkan ada yang menangis ketakutan. Seorang wanita di ruangan komen mendakwa anaknya berada dalam bas terbabit yang sedang dalam perjalanan untuk lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. > “Itu bas sekolah anak saya. Mereka baru nak gerak ke KL, tapi kenapa orang awam pergi parkir tepi jalan? Tempat lain banyak. Lepas tu nak salahkan pemandu bas pula. Memang susahlah bas nak gerak sebab jalan sempit,” katanya. Seorang guru yang turut menaiki bas berkenaan turut menceritakan kronologi kejadian melalui komen. Menurutnya, insiden berlaku sekitar jam 8.30 pagi Rabu, melibatkan tiga buah bas rombongan sekolah. > “Sampai di depan PUSASDA, bas terpaksa berhenti kerana laluan terlalu sempit ketika berselisih dengan sebuah lori tangki minyak dari arah bertentangan,” jelasnya. Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

17,129 views • 10 months ago