Video yükleniyor...

Video Yüklenemedi

Ana Sayfaya Dön

"𝗗𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗮𝘁𝘂𝗸 𝘂𝗹𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮" - 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 "Saya hilang hormat pada ulama' politik, kerana nas, Quran dan Hadis yang sama, terjemahannya sama tetapi tafsirannya, pagi lain petang lain, malam lain besok lagi lain". Dan akhirnya Zahid dan UMNO memilih untuk dipatuk ular sekali lagi....

15,501 görüntüleme • 1 ay önce •via X (Twitter)

0 Yorum

Yorum bulunmuyor

Orijinal gönderinin yorumları burada görünecek

Benzer Videolar

Kejadian berlaku di Kuantan, Pahang Kronolgi kes: 25/8/2024 Ahad, pukul 8.20mlm suspek bersama seorang perempuan dipercayai isteri suspek telah datang ke kedai saya (Kedai Helmet Jepun) untuk membeli helmet. Sejurus masuk ke kedai Suspek terus bertanyakan tentang kedudukan helmet ARAI dan memilih helmet Arai yang dikehendakinya serta memilih sebijik helmet Zeus. Suspek pilih 1 biji Helmet Arai Nishikigikoi + visor semi blue, bernilai RM4150 dan 1 biji helmet Zeus gj609 bernilai RM220. Suspek juga ada memilih beberapa barangan lain bernilai RM350 [8.45mlm] Suspek membuat “ONLINE TRANSFER” di hadapan saya menggunakan applikasi “DUMMY” CIMB BANK dan menunjukkan pada saya bahawa kononnya transaksi telah berjaya. Saya periksa akaun saya tapi TIADA nilai yang sepatutnya beliau transfer, dan suspek telah call operator bank untuk membatalkan transaksi dan suspek meyakinkan saya bahawa transaksi tak boleh dibatalkan dan duit “CONFIRM” masuk keesokan harinya. Saya percaya sebab ada kes mcm ni pernah berlaku tapi saye tak lepaskan barang selagi tak dapat duit. Sebaliknya saye memberikan resit dan Suspek bersama “ISTERI” beliau terus keluar dari kedai pada pukul 8.54 mlm 26/8/2024 Isnin, Laporan polis telah saye buat di IPD Kuantan pada pukul 3 ptg sebab duit masih tak masuk ke akaun bank saye. *Sebelum dia Scam kedai saya Suspek yang sama juga telah Scam 1 kedai telephone di Batu 3 Kuantan Pahang pada pukul 5ptg dan berjaya melarikan 2 biji phone bernilai RM2000++. *Kes sama berlaku di Gua Musang Kelantan Hati² dan sama² lah kita beringat, modus operandi suspek buat job 2-3 kedai satu tempat lepas tu CHOW ke negeri lain. Pakat² share sorang sikit deh agar kawan² negeri lain turut beringat. Kredit : Azwan Holed

MYNEWSHUB

238,217 görüntüleme • 2 yıl önce

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran sepenuhnya kepada Allah SWT atas peluang untuk bertemu kembali bulan Ramadan yang mulia dan dirindui umat. Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah SAW berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan. اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.” Tuntutan ibadah puasa dan segala amalan lain dalam Ramadan bukan semata-mata memenuhi syarat dan rukun, namun lebih daripada itu adalah mencapai matlamat hikmah dan objektif syariat ini. Puncak kenikmatan disebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT. Sehubungan itu, motivasi dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah yang bukan sahaja mengapai cita-cita ukhrawi tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan disiplin kendiri, keinginan berkerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian. Firman Allah SWT: وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ Maksudnya : “ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”. [al-‘Ankabut : 69] #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI

Anwar Ibrahim

16,747 görüntüleme • 6 ay önce

KEMPEN BERSAMA DI PRN JOHOR SAMPAI KE PENGHUJUNG FINALE DI PARAGON MARKETPLACE, JB Pengundi Johor akan mengundi hari Sabtu ini. Selama 14 hari, saya dan sukarelawan BERSAMA yang membentuk satu pasukan yang kami panggil Central Kitchen, duduk di satu rumah. Saya dapat bilik hujung di dapur sebelah tandas. Yang lain-lain kongsi tidur kat atas. Sebahagian besar dari mereka yang membentuk Central Kitchen ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Mereka naik bas berulang alik dari KL antara ambik exam, pergi kuliah dan datang membantu di sini. Kami melatih mereka sebagai perancang kempen, atau campaign planners. Mereka bertanggungjawab menyusun jadual kempen, menguruskan calon, menguruskan bahan kempen digital dan bercetak, mengendalikan logistik dan segala benda lain yang perlu dibuat. Kami mempunyai seorang penasihat, iaitu sukarelawan nombor 1 bernama Chopper. Dia datang masa hari pertama dan lepas tu tak nak balik dah. Kami akan bawa dia balik ke KL untuk terus jadi penasihat kami. Selain dari jadi perancang kempen, malam-malam pukul 2 pagi selepas ceramah trak, mereka akan bantu jentera yang lain pasang bendera, banner dan lain-lain. Sekarang tinggal satu hari lebih lagi sebelum hari mengundi, jadi mereka tumpu kepada pengurusan ejen kira undi atau PACA. Selama ini kempen saya yang diikuti melalui IRL Apehal Follow Aku di YouTube banyak tertumpu kepada calon-calon. Hanya kali ini saya tunjukkan bagaimana BERSAMA mengendalikan keseluruhan kempen di 15 kerusi dari sebuah rumah. Setiap yang bermula pasti berakhir. Kempen BERSAMA di PRN Johor akan berakhir tepat jam 12 tengah malam esok, hari Jumaat 10 Julai. Kami putuskan untuk mengakhiri kempen Kancil di tempat yang sama ia bermula semasa calon-calon diumumkan, iaitu di ruang parkir Paragon Marketplace, Jalan Tampoi, JB. Trak Kancil akan singgah buat kali terakhir di Paragon Marketplace esok, Jumaat 10 Julai. Ceramah akan bermula jam 8 malam. Saya jemput semua penduduk di seluruh Johor yang berkelapangan untuk hadir. Begitu juga sukarelawan dan ahli BERSAMA yang berada di Johor, termasuk yang datang untuk bertugas sebagai PACA pada hari pengundian, untuk hadir ke ceramah finale Trak Kancil ini. Sebarkan kepada semua dan sebaiknya, daftar kehadiran anda di di pautan ini: Insya-Allah, dalam ucapan terakhir saya di PRN Johor ini saya akan gulung, lipat, tembak dan canai semua isu yang telah dibawa dalam PRN Johor ini. Jumpa di Paragon Marketplace, JB hari Jumaat, 10 Julai bermula jam 8 malam.

Rafizi Ramli

14,028 görüntüleme • 1 ay önce

Min izin sharing, Kejadian siang ini sekitar jam 11.00 di area perempatan kronggahan. Kronologi: pas siang tadi sedang maintenance wifi di area kronggahan imbas terkena pembangunan jalan tol, saya mau narik kabel dari perempatan kronggahan sebelah angkringan ke arah barat, di situ saya sudah was was karena di dekatnya ada sarang manusia silver, saya nitip tas yang berisi hp dan barang barang lain ke teman saya yang posisi baru nyambung kabel, sebenernya kelalaian saya karena langsung saya letakan saja di belakangnya, akhirnya saya tarik kabel -+200m ke arah barat, pas teman saya nyusul ke barat saya tanya lah di mana tas yang saya titipkan, tetapi kata teman saya ga ada barang lagi tadi di lokasi pas perempatan, panik dong karena isi tas ada beberapa hp dan kartu kartu identitas akhirnya saya telfon teman saya yang sama sama pengguna ios buat find my iphone, untuk lokasi masih di sekitaran perempatan, saya cari cari sambil positif thingking cuma di simpen sama bapak bapak angkringan, akan tetapi infonya tidak tau, bapak penjual nyuruh buat tanya di rombongan manusia silver, tapi ketika saya tanya mereka gaada yang tau katanya, dan pas saya hidupkan suara di find my tidak terdengar sama sekali, akhirnya saya masih positif thingking nyari posisi tas saya ada di sebelah mana, posisi saya sambil telfon sama teman yang mantau find my, tiba tiba 2 orang dari rombongan manusia silver pergi dengan bawa kresek, di situ saya masih positif thinking dan mereka menyapa saya, pas posisi itu teman saya di telfon teriak bilang kalau hp saya gerak pindah posisi langsung dong saya kepikiran sama 2 manusia silver itu tadi, akhirnya saya ikutin titik find my nya ketemu sampai di jembatan kronggahan jl kebon agung, di situ posisi nya di samping sungai pas, saya turun buat cari posisinya, pas itu saya ngeliat 2 manusia silvernya habis dari sungai, saya samperin mereka berdua dan ternyata bener tas saya di sembunyikan sama mereka, tapi mereka berdalih kalo mereka ga niat nyuri, tapi niat ngamanin, pas saya cek ternyata tas saya sudah di geledah dan posisi dompet dan barang barang lain sudah berpindah, saya orangnya ga enakan min jadinya saya biarkan saja mereka berdua sambil tak berikan 100k hari hati buat semuanya takutnya di situ masih banyak yang niat jahat, padahal saya sudah coba positif thinking dan tidak menuduh, tapi ya saya di kecewakan, di situ posisi salah saya tapi saya tidak membenarkan perbuatan manusia silver tersebut ( hfidd_21 )

Merapi Uncover

36,211 görüntüleme • 4 ay önce

𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗡𝗔𝗞, 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜, 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗟𝗨𝗖𝗔𝗛 Semalam saya dapat satu email mengenai dakwaan video lucah saya dengan seorang lelaki. Ha3 video lucah datang lagi! Sekarang zaman AI, senang nak buat video dan gambar. Masa saya di universiti dulu, saya buat ijazah kejuruteraan elektronik. Banyak la belajar pasal teknologi semua. Satu perkara yang saya tertanya masa tu, kenapa dalam Islam hukum hudud jelas menetapkan untuk mensabitkan tuduhan zina, mesti ada kesaksian empat orang yang akhlaknya baik? Bagaimana dengan bukti video? Sekarang kita tahu kenapa, sebab di zaman AI ini semuanya boleh dicipta. Jadi mudah untuk buat gambar lucah, video lucah dan lain-lain. Berbalik kepada ugutan video lucah. Saya dapat email ini, yang memeras ugut USD100,000 kalau tidak video disebarkan. Dia bagi screen shot video itu. Siap bagi QR code konon untuk pindahkan wang. Screen shot video tu nampak seperti seorang lelaki. Katil, bilik dan setting macam kabur-kabur. Macam video kabur yang pernah ada dulu, cuma nampak macam muka saya ha3. Yang lawaknya, setengah jam kemudian saya dapat mesej dari YB Wong Chen, ahli parlimen Subang. Dia beritahu dia kena ugut ada satu video lucah dengan lelaki jugak. Kami sama-sama kongsi screen shot. Rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama ha3. Pejabat YB Wong Chen lagi garang dari saya. Mereka terus buat laporan polis. Saya tak rasa mereka menghabiskan jutaan ringgit untuk bayar firma AI buat video lucah yang ada muka saya. Cuma edit video lama dan letak muka saya, kemudian ambil screen shot. Sebab saya rasa tujuan sebenar ialah untuk menggodam peranti elektronik saya dan kemudian fitnah lebih besar boleh dibuat. Sebenarnya saya selalu berhadapan dengan cubaan menggodam telefon, laptop dan macam-macam lagi. Cubaan paling berbahaya ialah yang menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone dan akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon dan peranti lain yang berkaitan. Saya telah menjadi sasaran sebanyak 4 kali dalam tempoh 9 bulan yang lepas dan mendapat amaran dari Apple pada 14 November 2024, 6 Mac 2025, 25 Jun 2025 dan 3 September 2025. Ini maklumat dan arahan dari Apple: - Serangan siber ini dari “mercenary spyware” - Serangan ini berkaitan dengan siapa saya dan tindakan-tindakan saya (iaitu kedudukan saya sebagai ahli politik dan pendirian saya) - Apple memberi contoh serangan siber yang sofistikated seperti perisian serangan Pegasus dari sebuah firma perang siber Israel bernama NSO Group Saya percaya cubaan untuk memfitnah saya dengan video palsu, berita palsu, menggodam dan sebagainya akan berterusan. Kalau dapat video atau gambar pelik mengenai saya, atau dapat email pelik, semaklah dahulu. Ramai yang ingat senang nak jadi ahli politik. Tapi kalau kita cuba ada pendirian sendiri, atau membongkar rasuah, atau cuba melawan vested interest yang bermaharajalela, sebenarnya kehidupan harian kita akan terus diganggu seperti ini.

Rafizi Ramli

108,995 görüntüleme • 11 ay önce

𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗛, 𝗜𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗗𝗜𝗖𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦: 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦𝗡𝗬𝗔, 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang “like” dan “share” setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: “Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." “Jangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama ini”. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?

Rafizi Ramli

10,768 görüntüleme • 4 ay önce

Alhamdulillah saya dapati suara-suara yang memperlekehkan usaha kerajaan membantu golongan B40 dan miskin tegar menambah pendapatan melalui IPR, semakin kurang kedengaran. Ia terbukti berkesan kerana rata-rata peserta dapat menambah pendapatan melebihi RM2,000 sebulan. Ada yang dapat lebih dari itu dan kita sama-sama bersyukur mereka diberi sedikit kelapangan dalam hidup. Sekarang ini, suara yang lebih lantang ialah mereka yang mempersoalkan kenapa permohonan mereka untuk mendapatkan mesin gedegum ini belum lagi mendapat jawapan. Kementerian Ekonomi kini sudah mendapat kelulusan untuk menawarkan mesin ini kepada 4,900 penerima yang layak di seluruh Malaysia secara berperingkat. Eyh, lamanya nak uruskan benda ni? Proses perolehan untuk melantik syarikat-syarikat yang akan menyediakan mesin ini memang mengambil masa. Sejak dilancarkan, Kementerian Ekonomi perlu melalui proses perolehan yang telus. Kalau tidak, nanti ada yang buat fitnah kata saya buat duit dengan melantik syarikat saya sendiri. Proses perolehan dimuktamadkan dalam bulan Ogos 2024 dan dengan itu, sebanyak 4,900 mesin vending IPR akan mula dipasang secara berperingkat di lokasi strategik di seluruh negara. So kena tunggu lagi? Perbezaan program INSAN berbanding mesin vending biasa ada dua: 1. Peserta diwajibkan menjual makanan segar yang diganti setiap 4-5 jam sehari, dengan harga dibawah RM5. Ia memenuhi kehendak semasa orang ramai yang mahukan makanan dimasak segar pada harga murah, berbeza dengan mesin vending lain yang menjual jajan dan air tin sahaja 2. Mesin-mesin ini diletakkan di lokasi strategik yang memang ada permintaan tinggi untuk makanan dimasak segar, sebab itu jualannya tinggi berbanding mesin vending biasa Cabarannya ialah mendapat persetujuan tuan punya lokasi strategik untuk menempatkan mesin-mesin ini. Selain dari persetujuan, Kementerian Ekonomi juga perlu mematuhi syarat-syarat lain berkaitan pendawaian, keselamatan makanan dan lain-lain. Pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi yang bertanggungjawab perlu mengetuk pintu seberapa banyak pemilik lokasi awam dan swasta untuk mendapat persetujuan mereka. Proses inilah yang lebih memakan masa dari memilih peserta atau menyediakan mesin vending. Proses itu kini berjalan rancak dan kami berharap 4,900 mesin seterusnya akan ditempatkan menjelang pertengahan tahun 2025, menjadikan jumlah penerima INSAN mencecah 5,000 peserta di seluruh negara. Walaupun proses ini rumit dan cerewet, hasilnya sama dengan kerajaan membina 5,000 kedai dan kiosk kecil ditempat strategik di seluruh negara. Jika dijalankan secara konvensional iaitu membina kedai atau kiosk, wang rakyat yang dibelanjakan adalah jauh lebih tinggi dan lebih sukar dilaksanakan kerana tidak banyak lokasi awam dan swasta yang membenarkan pembinaan baru di lokasi mereka. Bagi mereka yang ingin memohon, boleh daftar di Bagi pemilik lokasi awam dan swasta yang ingin menempatkan mesin vending ini, boleh email ke [email protected]

Rafizi Ramli

25,442 görüntüleme • 1 yıl önce

𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk “Sila Letak Jawatan”. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan. Dato’ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan. Kemudian dijawab Dato’ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak. Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja. Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali. Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab “prinsip saja tidak cukup, perlu kuasa”. Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela. Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara. Itu prinsip dan hala tuju kita. Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu. Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan. Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian. Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri. Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan? Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan. Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Dato’ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan. Di depan memuji, di belakang mencemuh. Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah. Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Dato’ Seri Anwar “Yes sir, you are right sir, you are great sir”. Dato’ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri. Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik. Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini. Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus. Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa. Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.

Rafizi Ramli

48,748 görüntüleme • 29 gün önce

#𝗪𝗲𝗙𝘂𝗻𝗱 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket: Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%. Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket. Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor. Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain. Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor. Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang. Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun. Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki. Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai. Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing. Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang. Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini. Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam. Tiket masih ada, beli di

Rafizi Ramli

17,427 görüntüleme • 2 ay önce

⚠️TOLONG JANGAN SCROLL DULU ⚠️ Kejadian penipuan modus debt collector (yang mungkin bisa saya bilang premanisme) yang terjadi pada keluarga saya saat di Yogyakarta pada hari Senin, 6 Mei 2024, pukul 14.00 Kejadian tersebut terjadi saat salah satu saudara saya terpisah dari rombongan keluarga yang lain di daerah Tegalrejo kemudian dihadang oleh 2 mobil dan 2 sepeda motor dengan kira-kira 10 orang sehingga saudara saya tidak bisa maju maupun memundurkan mobilnya Pada saat dihadang, tiba-tiba 1 pria menggedor kaca mobil dan menyuruh saudara saya turun dan keluar, kemudian saya dan rombongan lainnya tiba di lokasi kejadian dan melipir ke depan sebuah restoran dan memanggil saudara2 saya yang lain Saat saudara saya keluar mobil, mereka menyodorkan beberapa tunggakan, berniat untuk menarik paksa mobil saudara saya yang dinaikinya tersebut, Padahal mobil tersebut bukan didapat dari leasing, melainkan dari pembelian kepada pemilik showroom di daerah Kota Bondowoso dengan BPKP dan faktur STNK atas nama Hamidah Kemudian salah satu dari mereka menyodorkan surat penarikan dari Kreditplus BPKB atas nama Kadek Manurung untuk penarikan mobil dengan surat tersebut ditanggungjawabkan dengan nama Heru Kemudian saudara saya yang lain pergi ke polsek setempat meminta untuk menengahi kejadian ini, namun pada saat dua anggota polsek setempat tiba di lokasi kejadian, bukannya mereka menengahi perkara tersebut, malah seakan-akan cenderung menuduh bahwa BPKB dan surat-surat paman saya palsu karena tergiring opini dari preman-preman tersebut Akan tetapi, mirisnya, setelah kami bertanya kembali untuk pembuktian terbalik karena tuduhan BPKB saudata saya “palsu”, mereka berdalih bahwa karena kasus kredit macet ini dilimpahkan ke Polda Jatim, maka BPKB berada di Polda Jatim. Karena dua petugas polsek tersebut terlihat seperti tidak menengahi kejadian tersebut, saudara saya meminta untuk diselesaikan di kantor polsek, namun karena adanya beberapa pertimbangan dan saran dari masyarakat setempat, saat ditengah perjalanan menuju polsek, kami memutuskan untuk ke Ditlantas Polda DIY, namun preman-preman tersebut kaget dan bertanya: “Kok masuk ke sini? Nggak ke polsek aja?” Saudara saya pun menjawab: “Kan lebih cepat lebih baik, toh juga sama-sama polisi” Setelah kami sampai untuk meminta bantuan dan menjelaskan kronologi kejadian yang disertai dengan bukti pembelian dan surat-surat, hingga video call dengan penjual mobil, akhirnya preman-preman tersebut meninggalkan tempat satu per-satu dengan alasan kasus ini biar kantor Kreditplus yang menindak lanjuti, dan akan menemui pihak showroom yang berada di Bondowoso (tanpa menanyakan nama showroomnya) Source: tachfiezalhuzain

Merapi Uncover

622,373 görüntüleme • 2 yıl önce