Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

#๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket: Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%. Jumlah...

20 Kommentare

Profilbild von mild & warm tea
mild & warm teavor 3 Monaten

A very nice initiative. Jika boleh, walaupun mungkin tiada keperluan sangat, sumber2 dana ataupun belian dari orang ramai dibentangkan perbelanjaannya di khalayak ramai. Supaya umum lebih yakin dengan ketelusan Bersama yang parti lain tiada.

Profilbild von Zuwairi Md Yusof
Zuwairi Md Yusofvor 3 Monaten

@wongchen_my juga akan umum keluar PKR dan letak jawatan MP Subang minggu ini menyertai BERSAMA dan 2 rakannya itu secara rasminya tanpa menoleh ke belakang lagi.Harap @cheanchung dan Kesavan pun umum sekali biar meletup PKR di buatnya nanti.

Profilbild von Madam K ๐Ÿˆโ€โฌ› BERSAMA@MU
Madam K ๐Ÿˆโ€โฌ› BERSAMA@MUvor 3 Monaten

@BJeloson Saya dah beli ๐Ÿคš๐Ÿผ

Profilbild von fian fian
fian fianvor 3 Monaten

Terimakasih...anda yg terus menyumbang kpd BERSAMA BARISAN RAKYAT SUARA M'SIA...

Profilbild von GNola
GNolavor 3 Monaten

#AyuhMalaysia #KitaBERSAMA #PRU16 #PRNJohor #PRNNegeriSembilan

Profilbild von Zuwairi Md Yusof
Zuwairi Md Yusofvor 3 Monaten

2 TRAK BERSAMA dah sedia,HQ pun on the way,APP Kancil lagi akan siap nanti memang luarbiasa dan lain macam BERSAMA Kancil ini dari blok BN,PN,PH,GPS,GRS,WARISAN yang ada itu.Mai pula WONG CHEN join makin meletup BERSAMA masuk PRN,PRU16 nampaknya.Rugi sapa tak join sekarang ramai2

Profilbild von Team Player
Team Playervor 3 Monaten

Jumpa dimana?

Profilbild von HjhLelawati
HjhLelawativor 3 Monaten

Semua bahan berkempen diharapkan dimanafaatkan sebaik-baiknya untuk digunakan semula & tidak dijadikan cerbisan sampah, Dato Seri RR.

Profilbild von AkuEngkauDia
AkuEngkauDiavor 3 Monaten

PADU

Profilbild von Zuwairi Md Yusof
Zuwairi Md Yusofvor 3 Monaten

Siapakah Poster Boy BERSAMA masuk PRN2 dan PRU16 @rafiziramli?Adekah poster boy nanti muka Calon2 tanding Parlimen dan DUN di semua Negeri dan Wilayah?Bukan macam BN dengan Zahid,PAS dengan Samsuri,PN dengan dot dot dot,WARISAN Shafie,GRS Hajiji,GPS Abang Jo.Ahli dan PAP nak tahu

Profilbild von john romagnoli
john romagnolivor 3 Monaten

Semoga segala usaha dipermudahkan dan mendapat sambutan yang baik. Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong dan menyumbang. ๐Ÿ‘

Profilbild von Pakkia
Pakkiavor 3 Monaten

Mcm mana nak order bendera BERSAMA ni. Berapa harganya? Ahad minggu lepas x nampak pula bendera.

Profilbild von Fauzul Hakim
Fauzul Hakimvor 3 Monaten

lencana Bersama saya dah beli seminggu lepas sampai sekarang belum dapat lagi.

Profilbild von fian fian
fian fianvor 3 Monaten

C'mon Malaysians U can do it WeFUND BERSAMA

Profilbild von Zil_Zainol
Zil_Zainolvor 3 Monaten

Insya Allah akan beli seat, cuma tunggu minggu depan. Tgh susun jadaul supaya tak clash.

Profilbild von Muhd Kamal GS
Muhd Kamal GSvor 3 Monaten

Inilah kerja parti binatang. Meroyan kata kos Sara hidup harga brg mahal dll. Tapi sebat duit rakyat atas nama perjuangan

Profilbild von Maniam
Maniamvor 3 Monaten

Will do so

Profilbild von F
Fvor 3 Monaten

@lamkanahraf Siiru ala barakatillah

Profilbild von Zaman Malaysia Madani
Zaman Malaysia Madanivor 3 Monaten

Siapalah yang bangang beli tiket mahal2... Kata rakyat susah, kata rakyat menderita. Ni sembang kedai kopi je... rakyat Malaysia dah kaya. Terima Kasih PMX โ˜บ๏ธ

Profilbild von Alan Tan
Alan Tanvor 3 Monaten

What does the 5 stars in the party logo symbolise?

ร„hnliche Videos

๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ฒ #๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—–๐—ต๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ž๐˜„๐—ผ, ๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฃ๐—— Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun ini. Setakat hari ini, seminggu selepas tiket mula dijual, 464 tiket telah dijual, iaitu 46% dari keseluruhan tiket. Tiket-tiket mahal telah hampir habis dijual: Platinum RM2,000 seorang telah habis dijual. Gold RM1,000 seorang tinggal 4 tiket lagi. Silver RM500 seorang tinggal 1 tiket lagi. Yang tinggal ialah tiket standard RM150 seorang, ada sekitar 500 tiket lagi dengan masa berbaki 9 hari. Cuma saya nak kena buat satu pengumuman mengenai perubahan tempat. Tempahan dewan asal di SJKC Wangsa Maju terpaksa dibatalkan kerana sekolah mendapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), walaupun asalnya Lembaga Pengelola dan pihak sekolah menerima tempahan BERSAMA. Oleh itu, majlis dana #WeFund BERSAMA akan diadakan di SJKC Chung Kwo di Jalan Loke Yew, Pudu. Ada nilai sentimental juga bila #WeFund BERSAMA diadakan di SJKC Chung Kwo kerana di sinilah saya pernah menganjurkan pelbagai majlis kutipan dana dari 2016 lagi (semasa INVOKE) dan 2022 (semasa Ayuh Malaysia). Kami akan menghantar makluman pertukaran tempat kepada semua yang telah membeli tiket melalui email dan Whatsapp, dan akan menelefon semua pembeli juga. Bagi mereka yang ingin menyumbang, ada 9 hari lagi dan tiket-tiket boleh dibeli secara online di Klik โ€œAcaraโ€ dan pilih โ€œWeFund BERSAMAโ€. BERSAMA kami di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu pada hari Sabtu, 27 Jun ini jam 8 malam.

Rafizi Ramli

17,132 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

๐—ช๐—˜๐—™๐—จ๐—ก๐—— ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” Pilihan raya negeri Melaka akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Desas-desus mengatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri akan berlaku dalam tempoh 2 minggu yang akan datang. BERSAMA telah mengumumkan calon-calon pada 15 Ogos yang lalu. Mereka telah berkempen dan bergerak dalam komuniti sejak sebulan lalu. Hujung minggu ini, Insya-Allah BERSAMA akan mengumumkan 2 lagi calon, menjadikan jumlah 16 kerusi yang akan ditandingi di Melaka. Seperti mana kempen PRN Johor yang lalu, BERSAMA menganjurkan majlis makan malam untuk membina dana memasuki setiap pilihan raya. Jumlah kutipan dan perbelanjaan diisytiharkan kepada orang ramai dan boleh disemak di Majlis kutipan dana #WeFund Melaka akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026 jam 8 malam di IDCC Shah Alam, Jalan Pahat 15/L, Seksyen 15, Shah Alam. Tiket-tiket berharga RM150, RM500, RM1,000 dan RM2,000 boleh mula dibeli secara online di atau klik Kami hanya ada kurang dari 3 minggu untuk menjual tiket-tiket ini bagi membiayai kempen BERSAMA di PRN Melaka. Ikhtiar kita untuk membina sebuah negara yang bebas rasuah, perbalahan kaum dan agama, yang berfokus kepada penyelesaian bermula dengan langkah-langkah kecil seperti ini. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyumbang kepada BERSAMA sejak hari pertama, sehingga kami boleh bergerak aktif walaupun berusia 3 bulan. Teruskan sumbangan sebagai pelaburan masa depan untuk anak-anak kita. Jika mampu dan ada kelapangan untuk hadir, kita jumpa di majlis #WeFund Melaka pada 3 Oktober ini. Jika mampu, boleh juga menyumbang secara crowdfunding di klik Bantu Kami, atau buat sumbangan ke akaun Parti BERSAMA Malaysia, CIMB nombor akaun 86 0650240 9 Sebarkan melalui Whatsapp dan media sosial anda.

Rafizi Ramli

10,131 Aufrufe โ€ข vor 8 Tagen

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—™๐—จ๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”? ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—™๐—จ๐—ก๐——๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA. Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim. Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang. Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya. Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar. Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar. Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan. Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA. Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA. Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000. Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain. Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA. Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran. Funder BERSAMA adalah anda semua. Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana. Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai. Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut: Tarikh: Sabtu, 27 Jun 2026 Masa: Bermula jam 8 malam Tempat: SJKC Wangsa Maju 10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur. Harga tiket-tiket: Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu: 1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16 2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA 3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada. Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik. Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti. Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu. Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat. Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.

Rafizi Ramli

26,563 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

#๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐—จ๐—ก, ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ง๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—จ๐—˜ ๐——๐—”๐—›. ๐—”๐——๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿต๐Ÿฒ ๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Terima kasih kepada yang telah membeli tiket ke majlis makan malam mengutip dana #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu ini, 27 Jun bermula jam 8 malam. Kat mana? Lepas ni saya komen. Setakat hari Isnin, 22 Jun, lebih kurang 5 hari sebelum #WeFund - sebanyak 602 tiket telah dijual. Tiket platinum RM2,000 habis dijual. Tiket silver RM500 habis dijual. Tiket gold RM1,000 mulanya habis dijual, kemudian ada seorang pembeli yang baik hati dia rasa lebih baik dia dermakan saja satu meja RM10,000 dan minta dijual balik tiket-tiket yang dia. Jadi masih ada 8 tiket gold RM1,000 yang boleh dibeli. Jualan tiket setakat ini telah mencecah RM144,500 dengan berbaki 5 hari. Ada 396 tempat lagi belum dijual iaitu 8 tiket RM1,000 dan 388 tiket RM150 setiap satu. Bagi mereka yang ingin membeli, boleh layari - dari situ klik banner atas atau klik โ€œAcaraโ€, pilih #WeFund. Kami akan mula buat count down setiap hari dan kemas kini berapa tiket masih berbaki. Dekat mana majlis makan malam #WeFund ni? Kami terpaksa tukar tempat dua kali. Mulanya di SJKC Wangsa Maju. Sebaik diumum, pihak sekolah terus dapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terpaksa pulangkan bayaran kami dan batalkan booking, walaupun amalan biasa sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina menyewakan dewan mereka untuk acara luar seperti ini sebab ini cara mereka menampung kos operasi mereka. Kami pun berpindah ke SJKC Chung Kwo. Kami dah buat fundraising dinner di sini sejak zaman Datoโ€™ Seri Najib, di kemuncak kes 1MDB lagi. Mereka pun dah biasa dengan kami, dari zaman INVOKE untuk membiayai calon-calon PKR/PH masuk PRU2018 dan zaman Ayuh Malaysia membiayai calon PKR masuk PRU2022. Semua OK, saya umum pertukaran tempat. Pagi umum, tengahari sekolah dapat surat cinta PPD - perkara sama kena pulangkan bayaran dan batalkan tempahan. Akhirnya kami berjaya dapatkan tempat di IDCC Selayang dan setakat ini tidak dapat apa-apa surat cinta. Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama Kancil diperlaku begini, yang tak pernah berlaku zaman BN dahulu, DAP Subang Jaya juga buat majlis fundraising dinner di SJK(C) Chee Wen. Bila dah bising pasal double standard - BERSAMA buat tak boleh, DAP buat boleh, barulah agaknya SJKC Chee Wen pun dapat surat cinta dari PPD. Akhirnya, DAP Subang Jaya pun kena tukar ke venue lain. Nak kata ini dasar Kementerian Pendidikan di bawah Fadhlina Sidek yang langsung tidak boleh buat program oleh parti politik di sekolah, DAP Wilayah Persekutuan pun buat sambutan 60 tahun DAP di sekolah - di Sekolah Menengah Confucian pada 7 Jun 2026, lebih kurang 2 minggu lepas. Jadi saya tak rasa ini soal dasar lah sebab memang sekolah-sekolah Cina biasa saja menyewakan dewan-dewan mereka yang kemudahannya lebih baik dari dewan-dewan komersial, kepada function luar pada harga yang murah. Ia sumber kewangan untuk menampung kos operasi. Tapi bagus juga jadi macam ini, majlis #WeFund sampai jadi berita. Bila dilaporkan, lebih ramai orang tahu jualan tiket pun lagi cepat laris. Bila mencabar kuasa, halangan-halangan macam tempahan kena batal, kena sekat ini perkara biasa. Saya dah lalui zaman susah PKR dahulu tahun-tahun 2000 ke 2010 sebelum PKR ada kuasa. Cuma Fadhlina saja yang tak melaluinya, dia masuk masa dah senang terus jadi senator, kemudian terus jadi menteri. Jadi ikut suka mereka lah nak buat apa, yang penting kita jual tiket dan anda beli tiket. Jangan terlambat, kalau berkelapangan beli tiket #WeFund hari ini dan kita jumpa di IDCC Selayang hari Sabtu ini, 27 Jun jam 8 malam.

Rafizi Ramli

21,939 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

๐—ช๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜? ๐—•๐—˜๐—–๐—”๐—จ๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ ๐—ก๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini. Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan. Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke? Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN. BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami. Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan. Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa. Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE. Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu. Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik. Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza. Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih. Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia. Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya. Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga. Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri. Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat. Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing. Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari. Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini. Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit. Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil. Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut: Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026 Masa: Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam Tempat: Ruang Parkir Paragon Market Place 135, Jalan Tampoi Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini. Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di Klik Acara, pilih โ€œPengumuman Calon PRN Johorโ€ atau imbas kod QR. Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu. Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan. Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat. Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.

Rafizi Ramli

12,469 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

KEMPEN BERSAMA DI PRN JOHOR SAMPAI KE PENGHUJUNG FINALE DI PARAGON MARKETPLACE, JB Pengundi Johor akan mengundi hari Sabtu ini. Selama 14 hari, saya dan sukarelawan BERSAMA yang membentuk satu pasukan yang kami panggil Central Kitchen, duduk di satu rumah. Saya dapat bilik hujung di dapur sebelah tandas. Yang lain-lain kongsi tidur kat atas. Sebahagian besar dari mereka yang membentuk Central Kitchen ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Mereka naik bas berulang alik dari KL antara ambik exam, pergi kuliah dan datang membantu di sini. Kami melatih mereka sebagai perancang kempen, atau campaign planners. Mereka bertanggungjawab menyusun jadual kempen, menguruskan calon, menguruskan bahan kempen digital dan bercetak, mengendalikan logistik dan segala benda lain yang perlu dibuat. Kami mempunyai seorang penasihat, iaitu sukarelawan nombor 1 bernama Chopper. Dia datang masa hari pertama dan lepas tu tak nak balik dah. Kami akan bawa dia balik ke KL untuk terus jadi penasihat kami. Selain dari jadi perancang kempen, malam-malam pukul 2 pagi selepas ceramah trak, mereka akan bantu jentera yang lain pasang bendera, banner dan lain-lain. Sekarang tinggal satu hari lebih lagi sebelum hari mengundi, jadi mereka tumpu kepada pengurusan ejen kira undi atau PACA. Selama ini kempen saya yang diikuti melalui IRL Apehal Follow Aku di YouTube banyak tertumpu kepada calon-calon. Hanya kali ini saya tunjukkan bagaimana BERSAMA mengendalikan keseluruhan kempen di 15 kerusi dari sebuah rumah. Setiap yang bermula pasti berakhir. Kempen BERSAMA di PRN Johor akan berakhir tepat jam 12 tengah malam esok, hari Jumaat 10 Julai. Kami putuskan untuk mengakhiri kempen Kancil di tempat yang sama ia bermula semasa calon-calon diumumkan, iaitu di ruang parkir Paragon Marketplace, Jalan Tampoi, JB. Trak Kancil akan singgah buat kali terakhir di Paragon Marketplace esok, Jumaat 10 Julai. Ceramah akan bermula jam 8 malam. Saya jemput semua penduduk di seluruh Johor yang berkelapangan untuk hadir. Begitu juga sukarelawan dan ahli BERSAMA yang berada di Johor, termasuk yang datang untuk bertugas sebagai PACA pada hari pengundian, untuk hadir ke ceramah finale Trak Kancil ini. Sebarkan kepada semua dan sebaiknya, daftar kehadiran anda di di pautan ini: Insya-Allah, dalam ucapan terakhir saya di PRN Johor ini saya akan gulung, lipat, tembak dan canai semua isu yang telah dibawa dalam PRN Johor ini. Jumpa di Paragon Marketplace, JB hari Jumaat, 10 Julai bermula jam 8 malam.

Rafizi Ramli

14,050 Aufrufe โ€ข vor 2 Monaten

๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฅ๐—˜๐—ญ๐—˜๐—ž๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” Sebagai sebuah parti politik, BERSAMA masih terlalu baru. Minggu depan, genap 3 bulan BERSAMA dilancarkan semula. Saya dan Nik berpeluang membentuk budaya baru dalam BERSAMA, supaya ia lebih dekat dengan masyarakat dan tidak berlegar dengan persoalan kuasa dan tokoh individu semata-mata. Satu cita-cita kami ialah membentuk satu parti politik yang berteraskan khidmat kepada orang biasa. Kita mementingkan integriti supaya amanah rakyat dijaga betul-betul. Manfaatnya adalah orang biasa kerana setiap sen wang rakyat kembali kepada mereka. Kita mementingkan penyelesaian masalah dengan mengupas idea-idea dasar yang baru dan sesuai dengan keadaan semasa. Manfaatnya adalah orang biasa kerana kerajaan sentiasa tangkas menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial rakyat. Kita mementingkan budaya politik yang menawarkan khidmat kepada orang ramai secara sukarela. Manfaatnya adalah orang biasa kerana ahli BERSAMA sentiasa prihatin dan dekat dengan orang ramai, bukan sibuk berpolitik untuk menang pilihan raya semata-mata. Oleh itu, BERSAMA telah membangunkan pakej program-program akar umbi yang bertujuan untuk mendekatkan ahli BERSAMA dengan masyarakat melalui khidmat-khidmat sukarela. Ada beberapa ciri-ciri khusus yang kami tekankan dalam program-program ini, iaitu: 1) Ia mestilah secara sukarela dan bergotong royong, untuk mewujudkan suasana muhibbah setempat. Semua ada - tua, muda, rakyat pelbagai keturunan. 2) Mesti membantu orang setempat, ada khidmat khusus yang diberikan kepada orang setempat. Sukarelawan dan ahli BERSAMA membelanjakan wang sendiri, korbankan masa sendiri. 3) Tidak ada hirarki, pangkat atau kedudukan. Semua orang kena gotong royong sendiri. Kami akan mulakan dua program seperti ini bermula di Melaka, kemudian menular ke seluruh negara dengan digerakkan oleh ahli-ahli BERSAMA. Satu Kenduri BERSAMA akan dianjurkan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2026 di halaman rumah Cikgu Fatimah, di alamat 124, Jalan Kg. Musai, 75150, Bukit Piatu, Melaka. Kenduri ini akan bermula jam 9 pagi. Kita semua akan bergotong royong menyediakan makanan untuk orang yang datang. Insya-Allah, saya ditugaskan memotong bawang dan membasuh pinggan. Selain dari kenduri, akan ada khidmat-khidmat yang lain, seperti kaunter kesihatan, kaunter undang-undang (ada peguam yang akan bagi nasihat), kaunter kerjaya (untuk ibu bapa dan adik-adik yang nak dapat nasihat kerjaya atau pilihan lepasan sekolah), kaunter eSports (untuk adik-adik yang nak main game), kaunter robotik (untuk adik-adik yang nak belajar buat robot) dan macam-macam lagi. Kita juga akan memulakan siri Sukan BERSAMA, untuk menggalakkan orang ramai terutamanya yang muda-muda bersukan. Ia cara baik untuk mewujudkan muhibbah sesama kita. Satu pertandingan Futsal BERSAMA akan diadakan di Melaka, pada 15 Ogos ini di Kompleks Sukan Batu Berendam. Pertandingan terbuka kepada 48 pasukan dengan hadiah tunai RM3,000 dan pingat. Insya-Allah, saya jadi referee futsal kalau dipaksa. Oleh itu, saya jemput semua orang di kawasan sekitar untuk menyertai Kenduri BERSAMA dan Futsal BERSAMA hari Sabtu ini, 15 Ogos. Kepada yang ingin hadir ke Kenduri BERSAMA, boleh daftar di laman klik Acara, atau di Kepada yang ingin menghantar pasukan menyertai Futsal BERSAMA, urusan pendaftaran dan bayaran masuk pertandingan boleh dibuat di Kepada ahli BERSAMA yang ingin membantu bergotong royong menyediakan juadah dan bersama-sama potong bawang dengan saya, boleh semak aplikasi Kancil atau Komuniti Kancil di daftar di sana. Jumpa saya, Nik dan kancil-kancil yang lain Sabtu, 15 Ogos ini di Kenduri BERSAMA dan Futsal BERSAMA. Sebarkan kepada semua.

Rafizi Ramli

26,849 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik โ€œAcaraโ€. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik โ€œSertai Kempenโ€ 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik โ€œHantar kod melalui SMSโ€ 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik โ€œAktivitiโ€ dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

27,048 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—œ Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti pengumuman hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi hari ini - baik yang hadir ke PJ Pac ataupun yang menonton secara langsung di saluran media sosial. Bermula dari saat ini, BERSAMA menjemput orang ramai yang hadir, semua yang menonton, dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mendaftar sebagai ahli BERSAMA. Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman Saya juga menjemput orang ramai untuk menyumbang secara crowdfunding kepada BERSAMA, yang boleh dibuat secara online di laman atau secara manual ke bank akaun BERSAMA. Maklumat sumbangan online dan maklumat bank boleh diperolehi di laman web yang sama. Saya juga telah menerima makluman awal berkenaan beberapa isu teknikal yang dihadapi oleh beberapa pengguna semasa pendaftaran ahli. Isu-isu teknikal ini sedang diselesaikan oleh pasukan teknikal. Jikalau anda menghadapi isu-isu teknikal ini, boleh ikuti beberapa langkah: ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—— ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ถ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป (๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—ป) Pengguna yang mengalami isu ini akan menerima satu emel khas daripada BERSAMA mengandungi satu pautan untuk menyambung dan melengkapkan pendaftaran. ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป Isu ini terjadi kepada pelayar Safari di iOS dan isu ini telah diselesaikan. Sekiranya masalah yang sama masih berulang, pohon menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome untuk mendaftar. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir hari ini. Makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke masa selepas ini.

Rafizi Ramli

33,376 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”: ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก? Setiap minggu, ada saja aktiviti sukan komuniti yang dianjurkan dan disertai ahli-ahli BERSAMA. Ada orang tanya - ni parti politik ke kelab sukan? Kalau pergi ke app Kancil, boleh tengok aktiviti sukan komuniti yang melibatkan BERSAMA. Salah satu pandangan utama saya ialah masyarakat perlu sihat. Setiap tahun, negara membelanjakan berbilion ringgit untuk menanam budaya sihat dan menggalakkan riadah. Negara juga boleh jimat berbilion ringgit dari belanja khidmat kesihatan jika rakyat Malaysia lebih sihat. Sebab itu satu tumpuan utama BERSAMA ialah sukan, iaitu sumbangan kami sebagai sebuah parti politik ke arah melahirkan Malaysia yang lebih sihat. Kos bersukan dapat dikurangkan bila kita kongsi bersama. Rasa malu, terutamanya jika kita tidak fit, juga hilang sedikit bila kita sukan bersama sebab ramai sahaja yang tidak fit macam kita tetapi mahu hidup lebih sihat. Membudayakan hidup sihat melalui riadah adalah satu dasar yang sangat penting. Kalau kita berjaya bentuk di peringkat komuniti, kita sebenarnya tidak perlukan kementerian sukan pun. Malah, banyak negara di dunia tidak ada pun kementerian belia dan sukan. Tetapi matlamat ini kekal jadi cabaran utama negara - iaitu melahirkan masyarakat yang sihat dan kuat bersukan. Kepada yang muda-muda dan ingin mencari platform bersukan, atau yang tua-tua dan ingin cari kawan untuk bersukan, sertai BERSAMA. Dari Komuniti Kancil dan app Kancil, anda boleh sertai aktiviti sukan setiap minggu yang digerakkan oleh orang yang betul-betul minat sukan. Sertai Sukan BERSAMA, daftar di klik Sertai Kami. Dari situ, anda boleh akses Komuniti BERSAMA atau muat turun app Kancil di Android. Paling kurang, ikuti @official.sukanbersama di Threads.

Rafizi Ramli

11,435 Aufrufe โ€ข vor 7 Tagen

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก Salah satu budaya baru yang dibawa ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata. Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan. Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama. Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi. Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar. Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas). Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung. Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri. Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang. Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya. Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat. Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak. Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini. Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan. Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan. Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela. Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam PRN Johor yang lepas. Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai: 1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli 2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor 3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi Hari ini, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A. Pautan Lampiran A: Amalan ini akan menjadi disiplin ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang. Saya berharap sumbangan kecil ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang. ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

13,933 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat

๐——๐—จ๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,633 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten

๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” DUN Johor telah dibubarkan, apa nak jadi dengan BERSAMA? Perancangan mengenai BERSAMA, termasuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri, telah dirancang lebih awal sebelum pengumuman membubarkan DUN dibuat. Kebetulan, negeri pertama yang menganjurkan state tours, atau jelajah ke negeri-negeri, adalah Johor. Jelajah Kancil ke negeri-negeri adalah seperti berikut: Johor - Sabtu, 6 Jun 2026, 8 malam di Danga Bay Convention Centre Melaka - Ahad, 7 Jun 2026, 8 malam di Hotel Seri Malaysia, Melaka Tarikh-tarikh seterusnya: Negeri Sembilan - di Seremban, Sabtu 13 Jun Perak - di Ipoh, Ahad 14 Jun Kelantan/Utara Terengganu - di Kota Bharu, Sabtu 20 Jun Pahang/Selatan Terengganu - di Kuantan, Ahad 21 Jun Selangor Utara - Sabtu, 27 Jun Selangor Tengah - Ahad, 28 Jun Selangor Selatan - Rabu, 1 Julai Pulau Pinang - Sabtu, 4 Julai Kedah/Perlis - Ahad, 5 Julai KL - di Setiawangsa, Sabtu, 11 Julai Selangor Tengah - di Shah Alam, Ahad, 12 Julai dan berakhir di Selangor - di Pandan, Sabtu 18 Julai Maklumat lanjut mengenai setiap acara dan kempen BERSAMA akan dipaparkan di laman kempen BERSAMA di pautan ini: Sila pilih kempen mana yang hendak disertai atau akan hadir; daftarkan nama anda untuk membantu urusan logistik. Untuk kempen hari Sabtu dan Ahad ini, jumpa saya dan Nik di Danga Bay Convention Centre pada hari Sabtu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka pada hari Ahad. Mohon sebarkan kepada seramai mungkin dan bimbing rakan-rakan yang ingin hadir untuk mendaftar di pautan Kempen BERSAMA. Jelajah negeri-negeri ini akan disiarkan di YouTube dan TikTok Live di saluran saya. Jumpa hari Sabtu dan Ahad ini.

Rafizi Ramli

46,946 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿฑ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ: ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐—š๐—˜๐—ง๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA berusia 3 bulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lepas. Keahlian BERSAMA telah melepasi 30,000 ahli dalam tempoh 3 bulan itu, yang saya kira satu perkembangan yang memberangsangkan. Setiap ahli membayar RM20 yang membantu membiayai BERSAMA setakat ini. Selain itu, berikut adalah beberapa statistik lain sejak 3 bulan lalu: 4,052 ahli BERSAMA telah menyumbang secara crowdfunding sejumlah RM468,594, bersamaan purata RM115.65 setiap sumbangan. 2,165 ahli BERSAMA telah membeli merchandise dari online shop rasmi BERSAMA, jualan keseluruhan RM91,097. Secara keseluruhan, sejumlah RM1,009,641 telah disumbangkan oleh ahli BERSAMA sebagai yuran, sumbangan crowdfunding, jualan tiket #WeFund dan jualan merchandise. Untuk mengekalkan momentum ini, ahli-ahli BERSAMA perlu terus membantu meyakinkan orang di sekeliling kita untuk menyertai BERSAMA. Secara purata, setiap hari ada antara 100 hingga 200 orang ahli baru menyertai BERSAMA. Pada hari yang baik, mencecah 200 orang dan bila perlahan, sekitar 100 orang sahaja. Penyertaan ahli baru ini berlaku secara organik oleh individu perseorangan. Ada beberapa saluran mereka mendapat tahu mengenai BERSAMA dan mendaftar menjadi ahli BERSAMA. Dari pembacaan, baik di media atau kandungan berita dari orang-orang di sekeliling mereka. Dari rakan-rakan atau ahli keluarga mereka, yang memberi kod rujukan (referral code) dan pautan di untuk menjadi ahli. Dari kandungan digital atau podcast, yang ada kod rujukan dan pautan untuk menjadi ahli. Dari Kaunter BERSAMA yang dibuka oleh ahli-ahli BERSAMA, atau di program-program yang dianjurkan BERSAMA. Dalam tempoh 3 bulan dari sekarang, keahlian BERSAMA perlu mencecah 50,000 orang supaya kita menutup 6 bulan pertama dengan keahlian 50,000 orang. Sebab itu, infrastruktur digital BERSAMA dibina untuk memberi mata kepada ahli-ahli yang berusaha membawa masuk ahli baru. Setiap hari, ranking terkini ahli-ahli BERSAMA dipaparkan di aplikasi Kancil. Pendahulu ranking terkini ialah Balamurali Govindaraju dari Selangor dengan 14,680 mata, Iswardy Morni dari Sarawak dengan 10,161 mata dan Mustadalipa binti Apo dari Sabah dengan 5,300 mata. Cara paling senang untuk menambah mata ialah dengan membawa masuk ahli baru, iaitu 100 mata untuk setiap ahli baru. Maksudnya, secara kasar - Balamurali telah membawa masuk lebih 140 orang, Iswardy lebih 100 orang dan Mustadalipa lebih 50 orang ahli baru. Bila ada ahli-ahli BERSAMA yang tangkas berlari di lapangan, saya semak bagaimana mereka bekerja. Balamurali memberi tumpuan kepada Kaunter BERSAMA. Setiap hujung minggu, beliau membuka Kaunter BERSAMA di pasar-pasar dan kawasan strategik untuk memudahkan orang ramai mendaftar. Iswardy beri tumpuan kepada podcast dan mendaftar ahli secara digital. Untuk mencecah keahlian 50,000 menjelang akhir Oktober, jumlah ahli baru harian mesti mencecah ke lingkungan 200 ke 300 sehari. Ini boleh dicapai sekiranya setiap ahli membawa masuk seorang ahli baru sahaja. Oleh itu, saya ingin mengumumkan program Pingat Kancil yang akan diberikan kepada ahli-ahli BERSAMA yang membantu meningkatkan keahlian BERSAMA melepasi 50,000 orang menjelang akhir Oktober 2026, disahkan melalui kod rujukan (referral code) setiap ahli. Kategori pingat adalah: Pingat Kancil Emas - ahli yang membawa masuk lebih 500 orang ahli Pingat Kancil Perak - 250 hingga 499 orang ahli Pingat Gangsa Perak - 100 hingga 199 orang ahli Satu majlis pemberian Pingat Kancil akan diadakan bersempena dengan 6 bulan pelancaran semula BERSAMA. Oleh itu, berikut ialah tindakan-tindakan yang kita boleh buat untuk sahut seruan Pingat Kancil ini: 1) Dapatkan sekurang-kurangnya seorang ahli dari kalangan keluarga atau rakan kita 2) Buat kandungan di media sosial secara berterusan dengan mempromosikan kod rujukan keahlian BERSAMA masing-masing 3) Kalau ada podcast, saluran digital, gunakan saluran digital itu dengan memaparkan QR code dari app Kancil untuk dapat ahli baru 4) Buka Kaunter BERSAMA setiap minggu di lokasi-lokasi strategik. Bagi ahli yang ingin membuka Kaunter BERSAMA, ikuti langkah-langkah berikut: a. Jika anda mampu berbelanja RM300, anda boleh membeli kaunter tersebut dari HQ BERSAMA. Laman untuk membuat tempahan dan membayar kaunter secara online akan dilancarkan dalam tempoh terdekat di b. Buat masa sekarang, anda boleh membuat tempahan secara manual. Hantar email ke [email protected] atau hubungi Afiq di nombor 016 922 7056 untuk membuat tempahan. c. Jika anda hanya mahu meminjam kaunter dari HQ BERSAMA, anda perlu membayar deposit RM250. Deposit akan dipulangkan selepas kaunter dipulangkan ke HQ. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email atau menghubungi Afiq seperti di atas. Saya berharap sekawan Kancil kita akan menjadi lebih besar dan mencecah 50,000 menjelang akhir Oktober. Jangan lupa semak ranking di app Kancil.

Rafizi Ramli

11,261 Aufrufe โ€ข vor 27 Tagen

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” 25 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฏ 2026 ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—ก ๐—”๐—ž๐—จ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ 15 calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” yang akan bertanding di PRN Johor 2026 akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah. Selain dari pengisytiharan harta, pendapatan dan perbelanjaan, calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan turut menandatangani 4 akujanji secara Akuan Bersumpah dan 1 surat peletakan jawatan secara bersyarat, seperti berikut: 1. Akujanji untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila dipecat dan berhenti sebagai ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”; 2. Surat peletakan jawatan yang siap ditandatangani dan dipegang oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” selaras dengan perkara-perkara di dalam akujanji (1); 3. Akujanji untuk memulangkan wang deposit yang dibayar kepada ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”; 4. Akuan calon yang beliau berkelayakan untuk menjadi calon di sisi undang-undang dan telah memberi maklumat yang tepat untuk menjadi calon; 5. Akuan bersumpah mengisytiharkan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan; dan 6. Akuan bersumpah bersetuju dengan akujanji untuk tidak lompat parti, tidak mengosongkan kerusi, hadir ke mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan prestasi-prestasi lain, serta bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar akujanji. Draf enam akuan bersumpah dan pengisytiharan harta ini disertakan bersama kenyataan media ini untuk rujukan orang ramai. Pautan deraf boleh diakses di sini: Semua 15 calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” telah bersetuju menandatangani set akuan bersumpah ini. Akuan-akuan bersumpah dari setiap calon dijangka dikemukakan sepenuhnya kepada ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” sebelum jam 12 tengah hari, 26 Jun 2026 iaitu 6 jam sebelum calon-calon diumumkan. Pengisytiharan penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman dan akses kepada orang ramai akan dibuka pada jam 10 malam, Jumaat 26 Jun 2026. Orang ramai dijemput untuk meneliti sendiri latar belakang kerjaya, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon BERSAMA bermula 10 malam esok di laman Calon-calon BERSAMA akan diumumkan malam esok (Jumaat, 26 Jun 2026) bermula 8 malam di ruang parkir, Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kampung Baru Majidee bersempena dengan pelancaran Trak Kancil yang akan digunakan sepanjang kempen PRN Johor 2026. Orang ramai dijemput hadir dan boleh mendaftar kehadiran di laman klik โ€˜Acaraโ€™. Majlis ini akan diturut disiarkan di platform-platform media sosial. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berharap calon-calon dari parti-parti lain yang bertanding juga akan mengisytiharkan harta untuk mengukuhkan amalan berintegriti dalam politik. Selain pengisytiharan harta calon-calon, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah kempen berakhir dalam 2 minggu lagi. 25 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฏ 2026 Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—”๐—›๐— ๐—”๐——

Rafizi Ramli

20,543 Aufrufe โ€ข vor 3 Monaten

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿด,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” Sekitar 8,000 orang telah mendaftar sebagai ahli BERSAMA dalam tempoh 24 jam. Ada yang mesej saya selepas saya mengosongkan kerusi parlimen Pandan hari ini - katanya, kalau buat parti baru tolong beritahu, dia nak join. Memang saya dah bergerak atas platform parti baru. Nama parti itu BERSAMA, atau kalau nak mudah, ingat Kancil. Macam mana nak jadi ahli? Pergi ke laman - isi borang, boleh buat sumbangan, boleh beli merchandise Kancil. Saya minta maaf ada kes yang pendaftaran bermasalah dan tidak dapat dihantar semalam. Jangan bimbang, pendaftaran itu tidak hilang. Anda akan dapat email dari BERSAMA untuk sambung pendaftaran. Ada juga yang nombor telefon salah dan OTP tidak dapat dihantar. Bila dapat email BERSAMA untuk sambung pendaftaran, masukkan nombor telefon yang tepat. Permohonan keahlian akan disahkan oleh BERSAMA. Jawatankuasa akan bermesyuarat setiap hari untuk meluluskan permohonan, supaya permohonan keahlian diluluskan dalam tempoh 48 jam. Setelah diluluskan, anda akan dapat email pengesahan dan nombor keahlian. Kad keahlian akan dihantar secepat mungkin. Kami dalam proses menyediakan dan mencetak kad-kad keahlian untuk dihantar melalui pos. Terima kasih atas sambutan setakat ini. Saya harap momentum ini akan diteruskan. Tolong beritahu kawan-kawan dan keluarga untuk sertai BERSAMA. Bagi yang rajin menulis, post komen dan pandangan anda di media sosial, Whatsapp dan Telegram, asalkan disertakan pautan BERSAMA di Kita memang parti yang baru dan kecil, tapi kita ada semangat kancil. Insya Allah kita diberi kemudahan untuk mengembangkan parti ini kepada rakyat Malaysia yang berpandangan macam kita.

Rafizi Ramli

44,396 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten

๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” & ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—–๐—›๐—”๐—ฃ ๐—š๐—ข๐—› ๐— ๐—˜๐—›! Tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina jatuh dalam bulan Ramadhan. Sebaiknya, rumah terbuka Tahun Baru Cina diadakan sebelum Chap Goh Meh, iaitu hari ke-15 dan lazimnya dikira hari terakhir untuk sambutan Tahun Baru Cina. Chap Goh Meh jatuh hari ini. Jadi, memilih tarikh untuk rumah terbuka Tahun Baru Cina agak mencabar tahun ini. Ada yang cadangkan dibuat bersama-sama dengan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, tetapi itu di akhir Mac dan sangat lambat. Saya kira tidak sensitif kepada kawan-kawan Cina, sebaiknya rumah terbuka Tahun Baru Cina dibuat sebelum Chap Goh Meh. Ada yang cadangkan dibuat waktu malam pada hujung minggu lepas, iaitu seminggu selepas Tahun Baru Cina. Walaupun tarikh baik, tetapi saya rasa ada kawan-kawan Melayu yang kurang selesa kalau bertembung dengan solat tarawih pada waktu malam. Akhirnya kami capai persetujuan. Kita buat pada hari Sabtu lepas, iaitu 3 hari sebelum Chap Goh Meh tetapi pada waktu tengahari. Jangan buat makan malam, kita buat makan tengahari. Ada kawan-kawan Cina kata tidak adil kepada yang Islam kerana kami hanya boleh tengok sahaja, tak boleh makan. Kami hadir untuk meraikan dan sama-sama berkongsi kegembiraan, bukan untuk makan ha3. Alhamdulillah semua berjalan baik. Ramai kawan-kawan di Pandan hadir walaupun hari itu sangat panas. Ini kali pertama kami anjur rumah terbuka Tahun Baru Cina waktu tengahari (dan Insya Allah tak buat lagi sebab sangat panas dan sangat dahaga di bulan puasa ha3)! Ada yang memilih perbezaan sesama kita untuk membeza-bezakan kita. Sedangkan kita boleh melihat perbezaan sesama kita untuk mencari titik persamaan, iaitu kita semua belajar menjaga perasaan kawan-kawan kita. Hari ini hari kita, esok hari mereka. Hari ini kita berkongsi kegembiraan mereka, esok mereka menyumbang kepada kegembiraan kita. Selamat menyambut Chap Goh Meh dan terima kasih kepada semua yang memeriahkan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Pandan tempoh hari!

Rafizi Ramli

12,728 Aufrufe โ€ข vor 6 Monaten

๐—”๐—ฌ๐—จ๐—› ๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—š๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—ฆ Minggu ini, episod pertama siri โ€œAyuh Originalsโ€ disiarkan. Ayuh Originals merakam suka duka rakyat biasa mengusahakan sesuatu matlamat dan mengharungi cabaran-cabaran yang datang. Kami bermula dengan sekumpulan anak muda yang mengusahakan dua perusahaan sosial, iaitu Fleximart dan Kesum. Mereka tidak pernah ada latihan dan pengalaman dalam bidang perniagaan atau keusahawanan. Ikuti proses yang mereka lalui dan cabaran yang perlu ditangani dari seminggu ke seminggu. Dalam episod-episod yang akan datang, lebih banyak perusahaan, usaha dan isu yang akan dipaparkan, terutamanya bila lebih banyak perusahaan sosial di bawah Ayuh Malaysia mula beroperasi. Saya percaya bahawa potensi sebenar negara dan masyarakat kita dipegang oleh rakyat biasa. Lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk berdikari mengusahakan sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat, lebih sejahtera masyarakat kita. Saya juga percaya kita boleh belajar sesama kita. Melalui Ayuh Originals, saya berharap pengalaman yang dilalui kumpulan anak muda yang menyahut cabaran-cabaran untuk menyumbang kepada masyarakat, akan memberi inspirasi kepada lebih ramai anggota masyarakat. Mengusahakan sesuatu tanpa dokongan dari kerajaan dan dana pemodal yang besar memang mencabar, tetapi Insya Allah di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Ikuti Ayuh Originals setiap minggu. Tonton video penuh di saluran YouTube saya:

Rafizi Ramli

13,668 Aufrufe โ€ข vor 10 Monaten