ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐—™๐—ถ๐—ฟ๐˜€๐˜ ๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ..... Diceritakan oleh Nik Zawawi bahawa sebelum memeluk Islam di zaman jahiliyah, Saidina Abu Bakar dikatakan seorang bapa ceti dan menjadi kaya kerana memeras orang-orang miskin. Diceritakan oleh Nik Zawawi bahawa sebelum memeluk Islam di zaman jahiliyah, Saidina Umar dikatakan berzina menjadi hobinya. Diceritakan...

16,022 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

0 ๆก่ฏ„่ฎบ

ๆš‚ๆ— ่ฏ„่ฎบ

ๅŽŸๅง‹ๅธ–ๅญ็š„่ฏ„่ฎบๅฐ†ๆ˜พ็คบๅœจ่ฟ™้‡Œ

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

Melancong Ke Malaysia Membawa Pelakon Filem Dewasa Rae Lil Black Dari Dunia Hiburan ke Jalan Islam 1. Permulaan Pencarian Makna Hidup Sebelum memeluk Islam, Kae Asakuraโ€”yang lebih dikenali sebagai Rae Lil Blackโ€”adalah seorang figura terkenal dalam industri hiburan dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan populariti, kemewahan, dan kebebasan tanpa batas. Namun, di sebalik semua itu, dia mula merasakan kekosongan yang tidak dapat diisi dengan wang atau kejayaan. Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Rae pernah menyatakan bahawa sejak kecil, dia sering tertanya-tanya tentang tujuan hidup. Namun, persekitaran di mana dia dibesarkan tidak banyak memberi ruang untuk pencarian spiritual. 2. Titik Perubahan: Perjalanan ke Malaysia Pada pertengahan tahun 2024, Rae memutuskan untuk melancong ke Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya Islam. Pada awalnya, perjalanan ini hanyalah untuk bersantai dan menikmati makanan tempatan. Namun, ketika berada di Kuala Lumpur, dia bertemu dengan seorang rakan lama yang telah memeluk Islam. Perbualan dengan rakannya membuka mata Rae tentang Islam sebagai agama yang membawa kedamaian. Dia tertarik dengan konsep keseimbangan hidup, kesabaran, serta hubungan langsung dengan Tuhan tanpa perantara. Suatu hari, rakannya menjemputnya untuk melawat sebuah masjid di Putrajaya. Ketika melihat orang-orang beribadah dalam keheningan dan ketulusan, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia alami sebelum ini. Inilah detik permulaan rasa ingin tahunya terhadap Islam. 3. Mula Mempelajari Islam Secara Mendalam Selepas kembali dari Malaysia, Rae mula membaca tentang Islam. Dia menonton ceramah daripada pelbagai ulama, membaca terjemahan Al-Qur'an, dan berdiskusi dengan Muslim yang ditemuinya. Pada Oktober 2024, Rae mengejutkan para pengikutnya apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok. Dalam video tersebut, dia mengenakan hijab dan pakaian Muslim ketika mengunjungi sebuah pusat komuniti Islam di Tokyo. Video ini segera menjadi viral, dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan media. 4. Menghadapi Cabaran dan Kritikan Keputusan Rae untuk mendekati Islam tidak diterima dengan mudah oleh semua pihak. Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mengkritik dan mempersoalkan keputusannya. Sebagai seorang yang pernah berada dalam industri hiburan dewasa, ramai yang meragui keikhlasannya. Namun, Rae tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif. Dia terus mendalami ajaran Islam, menghadiri kelas agama, dan mula mengamalkan solat serta berpuasa. Pada awal tahun 2025, dia berkongsi satu lagi video di mana dia menunjukkan ruang solat di rumah ibu bapanya di Kyoto. Ini menandakan bahawa perjalanannya dalam Islam bukan sekadar fasa sementara, tetapi sebuah perubahan yang mendalam dan penuh makna. 5. Fasa Baru Kehidupan Kini, Rae Lil Black meneruskan kehidupannya dengan cara yang lebih bermakna. Dia menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan spiritualnya. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, dia tetap istiqamah dalam mencari kebenaran dan ketenangan dalam Islam. Kisah Rae Lil Black menjadi inspirasi bagi ramai orangโ€”bahawa hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan masa lalu. -MYNEWSHUB
1:43

Sensitive content

Melancong Ke Malaysia Membawa Pelakon Filem Dewasa Rae Lil Black Dari Dunia Hiburan ke Jalan Islam 1. Permulaan Pencarian Makna Hidup Sebelum memeluk Islam, Kae Asakuraโ€”yang lebih dikenali sebagai Rae Lil Blackโ€”adalah seorang figura terkenal dalam industri hiburan dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan populariti, kemewahan, dan kebebasan tanpa batas. Namun, di sebalik semua itu, dia mula merasakan kekosongan yang tidak dapat diisi dengan wang atau kejayaan. Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Rae pernah menyatakan bahawa sejak kecil, dia sering tertanya-tanya tentang tujuan hidup. Namun, persekitaran di mana dia dibesarkan tidak banyak memberi ruang untuk pencarian spiritual. 2. Titik Perubahan: Perjalanan ke Malaysia Pada pertengahan tahun 2024, Rae memutuskan untuk melancong ke Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya Islam. Pada awalnya, perjalanan ini hanyalah untuk bersantai dan menikmati makanan tempatan. Namun, ketika berada di Kuala Lumpur, dia bertemu dengan seorang rakan lama yang telah memeluk Islam. Perbualan dengan rakannya membuka mata Rae tentang Islam sebagai agama yang membawa kedamaian. Dia tertarik dengan konsep keseimbangan hidup, kesabaran, serta hubungan langsung dengan Tuhan tanpa perantara. Suatu hari, rakannya menjemputnya untuk melawat sebuah masjid di Putrajaya. Ketika melihat orang-orang beribadah dalam keheningan dan ketulusan, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia alami sebelum ini. Inilah detik permulaan rasa ingin tahunya terhadap Islam. 3. Mula Mempelajari Islam Secara Mendalam Selepas kembali dari Malaysia, Rae mula membaca tentang Islam. Dia menonton ceramah daripada pelbagai ulama, membaca terjemahan Al-Qur'an, dan berdiskusi dengan Muslim yang ditemuinya. Pada Oktober 2024, Rae mengejutkan para pengikutnya apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok. Dalam video tersebut, dia mengenakan hijab dan pakaian Muslim ketika mengunjungi sebuah pusat komuniti Islam di Tokyo. Video ini segera menjadi viral, dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan media. 4. Menghadapi Cabaran dan Kritikan Keputusan Rae untuk mendekati Islam tidak diterima dengan mudah oleh semua pihak. Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mengkritik dan mempersoalkan keputusannya. Sebagai seorang yang pernah berada dalam industri hiburan dewasa, ramai yang meragui keikhlasannya. Namun, Rae tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif. Dia terus mendalami ajaran Islam, menghadiri kelas agama, dan mula mengamalkan solat serta berpuasa. Pada awal tahun 2025, dia berkongsi satu lagi video di mana dia menunjukkan ruang solat di rumah ibu bapanya di Kyoto. Ini menandakan bahawa perjalanannya dalam Islam bukan sekadar fasa sementara, tetapi sebuah perubahan yang mendalam dan penuh makna. 5. Fasa Baru Kehidupan Kini, Rae Lil Black meneruskan kehidupannya dengan cara yang lebih bermakna. Dia menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan spiritualnya. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, dia tetap istiqamah dalam mencari kebenaran dan ketenangan dalam Islam. Kisah Rae Lil Black menjadi inspirasi bagi ramai orangโ€”bahawa hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan masa lalu. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

997,426 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ Menjawab kenyataan yang amat mengelirukan dimainkan oleh Walauntit. No wonder la Safuan dah jadi MB Terengganu. ๐Ÿญ.๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜-๐—ฎ๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น/๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด - Dakwaan bahawa โ€œaset-aset kerajaan telah habis dijualโ€ adalah tidak benar dan bersifat mengelirukan. - Kalau dirujuk kepada isu aset Tabung Haji, dakwaan bahawa aset TH dijual di bawah PH adalah tidak tepat โ€” tiada bukti menjual aset-aset kepada pihak bukan Islam maupun swasta secara terbuka. Ianya merupakan langkah pemulihan dalaman TH. Ustaz Dusuki telah kalah saman fitnah akibat isu ini. Begitu juga dengan MAHB, ianya tidak pernah dijual. ๐Ÿฎ. ๐— ๐—”๐—›๐—• ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น -MAHB tidak pernah dijual. Pegangan saham Khazanah dan KWSP adalah sebanyak 70% manakala selebihnya 30% dipegang oleh GIP, Abu Dhabi Investment Authority. Hanya melibatkan pengurusan dengan syarat yang ketat. MAHB kekal milik kerajaan. - Pada Sidang Dewan Rakyat, Putrajaya terkulai apabila dakwaannya bahawa MAHB dijual disangkal dengan mudah oleh Ipoh Timor dengan fakta. ๐Ÿฏ. ๐—›๐—ฎ๐—ธ-๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ถ. ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐—ถ๐˜‡๐—ฎ๐—ฏ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜€. ๐—œ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป - Ini merupakan retorik politik yang bersifat hasutan dan perkauman. Tiada bukti langsung yang menunjukkan hak Melayu dimansuhkan atau dipinggirkan. Kerajaan Madani telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memperkasakan Ekonomi Bumiputera seperti Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, Pelan Tindakan Ekonomi Madani dan pembiayaan dan bantuan melalui agensi seperti MARA, PUNB, TERAJU dan Ekuinas diperkukuhkan. - Secara umum, data rasmi yang dikeluarkan menunjukkan bahawa keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia adalah stabil atau menunjukkan sedikit peningkatan, walaupun terdapat variasi di peringkat negeri. ๐Ÿฐ. ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—บ. ๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ. - Ini sekali lagi merupakan retorik politik yang bersifat hasutan dan perkauman. - Kerajaan Madani mengamalkan prinsip keadilan sosial, bukan kesamarataan mutlak. Ini bermaksud: - Orang Melayu & Bumiputera tetap menerima keistimewaan dalam pendidikan (contoh: UiTM, MRSM), ekonomi (MARA, TERAJU, Dana Bumiputera), dan pelaburan (ASB). Kaum lain juga dibantu, terutamanya golongan miskin bandar, Orang Asli dan B40, tanpa menjejaskan hak Melayu. ๐Ÿฑ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ, ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ - Elaun 35,000 guru KAFA dinaikkan, RM150 juta untuk sekolah tahfiz dan pondok dibawah JAKIM, kembalikan bantuan sekolah agama (yg ditarik semasa era Mahathir), peruntukkan RM1.9 bilion kepada JAKIM, sumbangan khas RM500 kepada lebih 70 ribu Imam, Bilal, guru KAFA, menambah kuota guru KAFA sebanyak 1500 orang dan Kerajaan bakal bentang RUU355 (yg gagal dibuat oleh PAS)

Mr.Nazril

10,778 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

KENYATAAN MEDIA BERSAMA Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP *Sheikh Umar Bagharib Ali* *Syahredzan Johan* *Young Syefura Othman* 9 Ogos 2024 ---------- CERAMAH KEBENCIAN PAS/PN DI NENGGIRI - MENUDUH DAP SEBAGAI 'KAFIR HARBI' 1. Kami merujuk kenyataan dalam sebuah rakaman video yang tular yang memaparkan program ceramah PAS / Perikatan Nasional semasa Pilihan Raya Kecil Nenggiri. Ceramah tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok, YB Syahir Sulaiman dan juga Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa. 2. โ Dalam ceramah tersebut, seorang individu yang kami percaya mempengerusikan majlis telah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah 'kafir harbi di Malaysia'. 3. โ Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan ini. DAP adalah sebuah parti politik yang sah dan mempunyai keanggotaan daripada pelbagai kaum. Ini termasuk anggota parti yang beragama Islam. 4. Adapun istilah โ€˜kafir harbiโ€™ merupakan istilah fiqah klasik yang muncul dalam konteks zaman wujudnya ancaman perang dan bunuh dari negara orang kafir (darul harb) keatas negara umat Islam (darul Islam). Golongan kafir ini diklasifikasikan sebagai 'kafir harbi' dan halal darahnya untuk diperangi demi mempertahankan kedaulatan diri dan tanah air umat Islam. 5. โ Justeru, kenyataan melampau yang muncul menerusi rakaman video ceramah PAS di Nenggiri itu adalah sesuatu perbuatan takfiri terhadap ahli-ahli parti DAP yang beragama Islam yang langsung tidak boleh diterima. 6. โ Kami dengan ini menuntut supaya individu dalam rakaman video tersebut meminta maaf terhadap semua ahli parti DAP yang beragama Islam yang telah dihukum sebagai kafir oleh beliau. Pada masa yang sama, kami menuntut supaya kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan melampau individu tersebut. Sekiranya tidak, PAS dan Perikatan Nasional turut digesa untuk mengecam kenyataan tersebut. 7. โ Kami juga menggesa supaya pihak Perikatan Nasional berkempen dengan matang dan sejahtera, dan bukannya memainkan politik kebencian seperti ini. TAMAT Rara โœจ Sheikh Omar Ali

Syahredzan Johan

77,879 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—œ๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ: ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang โ€œlikeโ€ dan โ€œshareโ€ setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: โ€œNever doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." โ€œJangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama iniโ€. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?

Rafizi Ramli

10,768 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,392 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 27 ๅคฉๅ‰

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก-๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ-๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก Ada desakan supaya saya dan 8 lagi ahli parlimen PKR yang memulakan syor penubuhan RCI mengenai badan kehakiman digantung. Maka ramailah ketua-ketua cabang di seluruh negara berlumba-lumba keluar kenyataan media mendesak kami digantung. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh kata akan bentang kepada Majlis Pimpinan Pusat tidak lama lagi. Saya perhatikan saja. Anggota parti biasa pun perhati. Rakyat pun perhati juga. Nasihat saya, kalau main catur atau main dam haji, sebelum ghairah nak makan lawan, tengok dulu aturan kat sebelah kita. Menggantung 9 orang ahli parlimen menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, lebih sedikit dari DAP, BN dan GPS. Menggantung kami juga tidak menyelesaikan masalah kerana kami dibayar gaji oleh rakyat untuk bersuara bagi pihak mereka, jadi kami akan terus bersuara. Menggantung kami memberi gambaran bahawa tidak ada ruang demokrasi dalam PKR, lebih-lebih lagi apabila ada ahli parlimen seperti Hassan Karim yang lebih teruk mengkritik Perdana Menteri sebelum ini, tetapi tidak ada tindakan pun. Nasihat saya kepada pimpinan PKR peringkat cabang dari generasi yang baru menang selepas pemilihan baru-baru ini - PKR tidak dibina dengan menutup mulut. PKR nampak dinamik kerana kita sentiasa bergerak secara organik dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk membawa isu rakyat tanpa mengikut hirarki atau jawatan parti. Kita juga diminati rakyat sebelum ini kerana kita paling cepat dan lantang bersuara dalam isu-isu rakyat. Itulah amalan kami yang tua-tua ini sehingga PKR berjaya membentuk kerajaan dan membuka peluang kepada pimpinan baru, seperti ketua-ketua cabang ini, untuk menjadi orang besar dan berjawatan. Sebab kalau belum tahu budaya dalam PKR, ini satu petua yang saya nak kongsi: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก-๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ-๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก

Rafizi Ramli

37,581 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž, ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š Perhimpunan Agung BERSATU kecoh baru-baru ini, bermula dengan satu surat layang yang menuduh ada cubaan untuk mengumpul sokongan memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin. Isu surat layang ini berlanjutan ke perhimpunan agung apabila ada insiden jerit menjerit semasa Tan Sri Muhyiddin berucap. Memandangkan PRU16 boleh dipanggil dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, musim pilihanraya datang lagi. Musim pilihanraya bermakna ramai yang boleh jadi calon. Calon ahli parlimen, calon menteri besar, calon menteri dan yang paling hebat, calon Perdana Menteri. Jadi, ini musim yang calon-calon akan tumbuh seperti cendawan. Setiap parti utama di negara ini sebenarnya ada pergolakan masing-masing. PKR telah selesai. Walaupun nampak damai di luar, tetapi luka dari pemilihan yang lepas adalah sukar untuk dipulihkan, baik di dalam parti atau di mata pengundi. DAP juga akan terus berhadapan dengan pertembungan kumpulan-kumpulan dan sentimen bahawa veteran parti diketepikan kerana ramai orang baru yang masuk. UMNO akan terus dibayangi oleh kumpulan Datoโ€™ Seri Najib yang tidak walaโ€™ sepenuhnya kepada presiden Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi. PAS nampak tenang dari luar, tetapi tokoh-tokoh utama menyusun strategi untuk menjadi pemimpin selepas zaman Datoโ€™ Seri Hadi Awang, memandangkan keadaan kesihatan yang semakin uzur. Kemudian ada pertembungan golongan ustaz melawan yang bukan ustaz. Kemudian kita ada BERSATU. Saya dimaklumkan keadaannya sudah sampai ke peringkat mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin. Itu belum lagi ura-ura usaha untuk mengumpul ahli-ahli parlimen untuk tebuk atap sekali lagi. Jadi, negara kita tidak pernah ketandusan ahli-ahli politik yang mahu menjadi calon, terutamanya untuk menjadi Perdana Menteri. Calonnya banyak, cuma jumloh belum cukop. Belum cukop jumloh untuk menggulingkan Muhyiddin, belum cukop jumloh untuk tebuk atap. Semua ini terus berlaku dalam keadaan penyokong-penyokong yang walaโ€™ di bawah saling memaki hamun dan menanggung risiko dosa fitnah setiap hari. Budaya penyokong-penyokong walaโ€™ yang memaki hamun di media sosial dan menjadi pembuli siber ini juga yang sedikit sebanyak menjadi teladan kepada anak-anak kita, kerana pewalaโ€™ yang memaki hamun ini juga ibu bapa kepada anak-anak. Akhirnya, bila ada pemimpin baru yang naik, masalah tidak selesai. Maki hamun berterusan dan kitaran itu berterusan. Sebabnya ialah budaya masyarakat kita yang menilai seorang calon pemimpin berdasarkan sentimen dan personaliti, bukannya kebolehan dan ilmu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Sedangkan pemimpin politik, baik Perdana Menteri, menteri, menteri-menteri besar itu digaji oleh rakyat untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah. Itulah punca kepada penyakit masyarakat kita, iaitu calon Perdana Menteri banyak tetapi formula untuk selesai masalahnya kurang. Sebab kita tidak beri perhatian pun kepada idea yang dibawa, sebaliknya kita agung-agungkan sentimen dan personaliti. Kitaran ini akan berterusan, masalah akan dipanjangkan dan sebenarnya yang menanggung beban adalah tukang walaโ€™ politik tidak bergaji juga.

Rafizi Ramli

16,640 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 11 ไธชๆœˆๅ‰

๐—š๐—”๐—๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—จ๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—ฃ๐—” ๐——๐—œ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง? Kalau ada satu perkara yang lebih dari 90% rakyat Malaysia sependapat, ialah gaji dan elaun ahli parlimen terlalu tinggi. Baru-baru ini, saya kongsi slip gaji sebagai Ahli Parlimen. Gaji pokok RM16,000 dan elaun RM9,700, jumlah gaji dan elaun bulanan adalah RM25,700. Ada dua saja pandangan yang dominan. Paling dominan, pandangan bahawa ahli parlimen makan gaji buta dan dibayar terlalu tinggi. Ada satu lagi pandangan minoriti ialah gaji ahli parlimen adalah berpatutan, malah rendah berbanding dengan gaji di sektor swasta, yang mana pengurusan pertengahan pun dibayar lebih RM20,000 sebulan. Bagi saya, sebelum kita boleh nilai gaji itu tinggi atau rendah, kita kena nilai dulu apa sebenarnya kerja yang perlu dibuat. Jadi sebenarnya, apa kerja Ahli Parlimen ni? Jawapan standard ialah Ahli Parlimen buat undang-undang. Tapi betul ke Ahli Parlimen di Malaysia ni kerjanya buat undang-undang? Oleh kerana Malaysia mewarisi sistem parlimen Westminster, sebenarnya Ahli Parlimen Malaysia tidak membuat undang-undang. Undang-undang dibuat oleh kerajaan melalui Jemaah Menteri atau Kabinet. Ini berbeza dari sistem di Amerika Syarikat, yang mana kuasa membuat undang-undang itu benar-benar berada di tangan ahli parlimen, iaitu Ahli Kongres atau Ahli Senat. Mereka akan mencadangkan undang-undang, kemudian melalui proses semakan di Jawatankuasa Parlimen, dipinda di peringkat mereka, dibahaskan di Kongres dan Senat, kemudian menjadi undang-undang. Cabang eksekutif yang diketuai oleh Presiden hanya melaksanakan. Jika pun Presiden atau cabang eksekutif hendak memperkenalkan undang-undang, cadangan undang-undang itu mesti diperkenalkan oleh ahli parlimen dan melalui proses yang sama. Tetapi kita mengikuti sistem Westminster, yang mana ahli parlimen perlu menurut keputusan parti dan mengundi mengikut arahan parti. Draf undang-undang pula hanya diperkenalkan oleh kerajaan dan dibuat oleh penjawat awam. Bila sampai ke parlimen, paling hebat pun boleh bercakap sana sini tetapi akan tetap diluluskan kerana kerajaan sudah tentu ada majoriti di Parlimen dan ahli parlimen kerajaan wajib menyokong akta yang dicadang kerajaan itu. Keadaan lebih baik sedikit sekarang berbanding di zaman BN semasa saya mula-mula menjadi ahli parlimen. Paling kurang, sekarang ada Select Committee atau JK Terpilih Parlimen yang sepatutnya menyemak dahulu draf undang-undang dari kerajaan untuk diberi maklum balas, sebelum dibentangkan pada bacaan kedua untuk diundi. Dulu zaman BN, langsung tak ada dan apa-apa yang Perdana Menteri nak, memang jadi undang-undang. Jadi bila Ahli Parlimen di Malaysia bukanlah sebenarnya ada kuasa buat undang-undang, apa fungsi Ahli Parlimen? Bagi saya, Ahli Parlimen atau ADUN ini adalah wakil rakyat. Maka tugasnya adalah menjadi suara rakyat dalam beberapa aspek. Contohnya, menjadi suara rakyat menghubungkan dengan jabatan-jabatan kerajaan agar kes rakyat atau pandangan rakyat diambil kira, atau membela rakyat dalam kes yang rakyat menjadi mangsa. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa isu-isu yang ada kesan besar kepada rakyat. Satu lagi contoh, menjadi suara rakyat membawa idea-idea yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan negara untuk kebaikan rakyat. Sebagai rakyat biasa, saya menilai mutu seseorang Ahli Parlimen itu berdasarkan perkara-perkara di atas. Saya sama sekali tidak bersetuju jika dikatakan mutu Ahli Parlimen itu diukur atas persembahannya di Parlimen semata-mata kerana itu adalah yang paling minima. Yang sama penting ialah kerajinan, kemampuan dan keberkesanan memainkan peranan sebagai suara rakyat dalam perkara-perkara yang ada kesan kepada rakyat. Sebab itu juga saya kurang bersetuju kalau KPI seorang Ahli Parlimen ialah berapa banyak kenduri yang dihadiri, atau berapa banyak kali tunjuk muka merasmikan acara. Jadi kepada persoalan berbaloikah bayar RM25,700 sebulan kepada Ahli Parlimen anda, agaknya ia bergantung kepada nilai yang dibawa oleh Ahli Parlimen tersebut berdasarkan fungsi yang patut mereka mainkan, seperti yang saya sebut tadi.

Rafizi Ramli

21,451 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—ฅ ๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› โ€ฆ.. Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat. Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang. Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R. Sebelum itu, kita recap. Ada 2 isu berbeza: Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG. Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash. Satu lagi isu ialah mengenai Mr R. Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R? Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini. Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu: 18 Oktober: Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini. 18 Oktober: Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya. 20 Oktober: Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan โ€œbossโ€ Mr R, dan supaya โ€œbossโ€ Mr R campur tangan. 21 Oktober: Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan. 21 Oktober: Seorang lagi pemegang saham NexG bernama โ€œTan Sriโ€ diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit. Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan. 22 Oktober: Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash. 29 Oktober: Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu. 3 Nov: Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada โ€œbossโ€nya. Mesejnya berbunyi: โ€œSo total shares passed to Boss is 421 mil, right?โ€ 5 Nov: Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi: โ€œI have given everything and yet you all still want to kill me.โ€ 7 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku. 7 Nov: Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi: โ€œWe have to deliver the shares minus the encumbrancesโ€ฆ by next week broโ€ โ€œOr else you and I sure will kenaโ€ 18 Nov: Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG. Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG. Mr R turut hadir dalam pertemuan itu. 20 Nov: Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG. 27 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin yang โ€œbossโ€nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku. Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu. Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini. Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R? 1 - Mr R ialah operator kepada boss nya 2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan 3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R. Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben). Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham: 1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024 2 - Juga Penasihat Korporat NexG 3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini. Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu. Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam. Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada โ€œbossโ€ nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa. Jadi siapa boss Ruben? Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut: 1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham 2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan 3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG 4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025. Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya. Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash. Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG. Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon. Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.

Rafizi Ramli

120,361 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—ฅ ๐—ฅ? ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐——๐—จ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—”? ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Petang tadi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh memanggil satu sidang media. Ia ekoran spekulasi yang timbul setelah Victor Chin, salah seorang yang dinamakan di dalam laporan Bloomberg mengenai mafia korporat, mendakwa dia telah membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR untuk menyelesaikan kes itu. Sidang media itu lebih kurang 25 minit. 10 minit mengenai Victor Chin, yang selebihnya Ramanan maki saya. Antara lain, dia tuduh: 1 - Saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin 2 - Saya seorang menteri yang gagal dan penakut Kalau nak tahu siapa Mr R, jangan skip content. Tunggu sampai habis sebab saya akan tunjukkan siapa Mr R. Kita mula dengan latar belakang drama politik terbaru ini. Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan. Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat. Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada 2 isu: 1 - Seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak โ€œbossโ€ nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham 2 - Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh โ€œkawtimโ€ dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguatkuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan Walau bagaimana pun, oleh kerana netizen tidak ada akses kepada dokumen 40 muka surat itu, ramai yang terkeliru bahawa Mr R itulah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta dari Victor Chin. Ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R. Saya sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan. Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami. Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar - syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar. Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza. Saya boleh namakan terus siapa Mr R berdasarkan maklumat yang didakwa oleh Victor Chin, tapi tunggu di hujung video. Sebab bagi saya isu yang sama besar ialah dakwaan Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat ini bagi pihaknya. Bila ia telah dilaporkan, netizen akan berteka-teka. Sebab itu saya dan YB Rodziah awal-awal lagi menafikan. Tetapi netizen pun pandai buat siasatan ala CSI mereka sendiri. Untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut: Pertama, seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kedua, dia mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Farhash, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash. Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash. Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini. Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan. Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan. Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen. Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu. Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin. Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini? Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya - wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai. Si pelaku yang menerima rasuah itu mungkin boleh mendabik dada dan menafikan terlibat kerana yakin Victor Chin tidak ada bukti. Lagi-lagi, dia juga yakin tidak ada bukti kerana bukan dia sendiri yang sendiri yang mengambil duit tunai itu. Dia juga boleh memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah berjumpa Victor Chin. Tetapi kalau Victor Chin berani memberi ultimatum terbuka agar wang RM9.5 juta itu dipulangkan semula sebelum 30 Mac, jika tidak dia akan menamakan ahli parlimen itu, ia bermakna Victor Chin sudah simpan bukti. Bila berhubung dengan Victor Chin di telefon, percakapan itu mungkin direkod. Bila orang yang dipercayai ahli parlimen itu mengambil duit tersebut, bukti video dan gambar juga telah ada. Kalau tidak, Victor Chin tidak berani buat ultimatum sebegitu. Jadi kes ini akan hanya ada 2 pengakhiran - sama ada 30 Mac ini ahli parlimen itu dinamakan secara terbuka, atau ia mati begitu sahaja. Kalau mati begitu sahaja, kita tahu bahawa ahli parlimen itu telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang Victor Chin kepada ah long, sebab Victor Chin ambil wang itu dari ah long untuk dibayar. Siapa yang ada kemampuan mencari RM9.5 juta dalam tempoh 5 hari? Kita tunggu la selepas ini. Saya dah jelaskan mengenai RM9.5 juta, seterusnya kepada teka teki nasional - siapa Mr R? Ha3 ingat ahli politik lain saja yang boleh scam orang, saya pun boleh juga. Cuma saya tak scam duit la. Saya scam content saja. Esok saya dedahkan siapa Mr R sebab saya masih dalam mood raya, kena balik beraya jap.

Rafizi Ramli

58,570 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

Lelaki diserang strok terlantar sendirian dalam bilik bersama najis, sampah HAZELEN LIANA KAMARUDIN 08 Februari 2026 08:56pm PASIR MAS - Seorang lelaki yang diserang penyakit strok sejak dua tahun lalu terpaksa hidup sendirian selepas terlantar di rumahnya di Kampung Bunut Susu di sini. Samsudin Mohamed, 60, mula hidup sebatang kara sejak tiga tahun lalu selepas bercerai dengan isterinya. Dia yang pernah bekerja sebagai jurukimpal dikatakan mempunyai empat orang anak berusia antara tujuh hingga 25 tahun namun kesemua mereka mengikut bekas isterinya. Samsudin tular di media sosial apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jejak Jalanan yang diketuai oleh Abe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd Adnan hadir ke rumahnya pada Ahad. Dirinya terlantar, tidak terurus serta tinggal dalam bilik yang kotor dengan najis dan sampah sarap sehingga mencetuskan rasa simpati daripada orang ramai. Menurut Penghulu Mukim Bunut Susu, Abdul Rahim Abbas, selepas bercerai Samsudin tinggal sendirian di rumah miliknya dan setahun kemudian dia diserang penyakit strok. Ujarnya, lelaki terbabit mempunyai empat adik beradik lelaki yang mana hanya seorang tinggal di Kelantan manakala selebihnya berada di luar negeri itu. "Adik-beradiknya ada datang jenguk tetapi disebabkan mereka tinggal jauh hanya pulang bila musim perayaan atau cuti umum. "Sebelum ini Samsudin dijaga oleh seorang pengasuh lelaki yang diupah dengan kadar bayaran RM500 sebulan. Lelaki terbabit berhenti pada Oktober tahun lalu kerana ingin mencari pekerjaan yang lebih terjamin," katanya ketika dihubungi. Sejak itu katanya, kehidupan Samsudin mulai tidak terurus. Abdul Rahim bagaimanapun berkata, Samsudin menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500. Selain itu jelasnya, lelaki berkenaan turut menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Isiadat Melayu Kelantan (MAIK). Tambahnya lagi, pada Jun tahun lalu JKM pernah membawa Samsudin ke Dungun, Terengganu untuk ditempatkan di rumah kebajikan di sana namun dihantar pulang semula kerana difahamkan dia menghidap Hepatitis B. "Sepanjang Samsudin diserang strok, jiran-jiran banyak membantu menolong menjaganya dengan memberi makanan dan sebagainya. "Kami telah cuba supaya upaya membantu bagi memastikan nasib Samsudin mendapat pembelaan sewajarnya," katanya. Artikel : Sinar Harian

MYNEWSHUB

157,685 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐— ๐—”๐—Ÿ, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  Selepas saya sembang mengenai YB Akmal yang dilantik menjadi Menteri Ekonomi, saya juga janji untuk cerita pasal YB Syed Ibrahim Syed Noh, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Syed Ibrahim ni quite rare dalam banyak-banyak ahli parlimen yang ada sebab latar belakang dia. Boleh kata dia all rounder, yang pada penilaian saya, negara perlu lebih ramai orang all rounder macam ini dalam politik. All rounder macam mana? For a start, dia lulusan ijazah dan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dari USA. Berkhidmat lebih 25 tahun dengan Telekom Malaysia ke jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengurus Besar Telekom Malaysia. Beliau juga seorang aktivis sejak dari universiti di US. Aktif di dalam gerakan Islam di kampus dan bila balik, terus bergiat di dalam IKRAM sehingga jawatan terakhir sebagai Naib Presiden IKRAM. Ramai ceplos-ceplos dalam parti yang suka mengherdik Syed Ibrahim kerana wataknya yang lembut dan bersopan santun. Tidak pernah marah, senyum sentiasa. Budi bahasa Syed Ibrahim sering disalah erti sebagai tanda Syed Ibrahim ini bukan tokoh politik yang sesuai dengan sepak terajang politik PKR. Sedangkan Syed Ibrahim ke depan melawan akta-akta zalim jauh lebih awal dari hampir semua Ahli Parlimen PKR, apatah lagi pimpinan-pimpinan PKR yang ada sekarang. Dari zaman reformasi, Syed Ibrahim adalah Pengerusi Gabungan Mansuh ISA (GMI), iaitu gabungan 80 NGO yang berkempen memansuhkan ISA. Beliau pernah kena gam dari masuk ke Sarawak, sebelum pun PKR pernah menang kerusi di Sarawak akibat penglibatan beliau menghapuskan ISA. Beliau menjadi Pengerusi GMI hinggalah ISA dimansuhkan dalam tahun 2011. Beliau juga adalah salah seorang pemimpin MAFREL, iaitu gabungan NGO menuntut pilihanraya bebas sebelum pun wujud BERSIH. Apabila BERSIH2.0 ditubuhkan, beliau adalah Timbalan Pengerusi BERSIH sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk menyertai PKR dalam tahun 2014. Semua ini beliau perjuangkan semasa beliau masih berkhidmat di dalam Telekom Malaysia, jadi kita boleh bayangkan kepayahan beliau mengimbangi tugas profesional di GLC dan aktivisme beliau lantang bersuara di luar. Selepas PRU 2013, sebagai Pengarah Strategi PKR pada ketika itu, saya bawa satu agenda kepada pimpinan parti, iaitu keperluan membawa tokoh-tokoh aktivis yang cukup syarat untuk menjadi generasi pimpinan PKR yang seterusnya. Salah seorang yang dikenal pasti cukup syaratnya ialah Syed Ibrahim - sejarah aktivisme yang panjang bukan sahaja dalam gerakan dakwah tetapi memimpin gerakan demokratik seperti GMI dan BERSIH. Beliau juga adalah seorang yang terpelajar dengan kerjaya profesional yang panjang. Alhamdulillah parti bersetuju dan Syed Ibrahim pun bersetuju. Dengan sekelip mata, sama juga dengan pengalaman saya sebelum itu, beliau hilang pekerjaan dan tiada gaji tetap. Syed Ibrahim dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR selepas pemilihan 2014. Ketika itu saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung parti. Apabila Datoโ€™ Seri Anwar dipenjarakan semula dalam tahun 2015, kepimpinan parti dimonopoli oleh geng Azmin Ali, yang dipanggil Kartel pada ketika itu. Apatah lagi mereka mempunya kuasa, wang dan jawatan dengan menguasai sepenuhnya kerajaan Selangor. Saya harap Kak Wan tidak lupa sepanjang tempoh itu, hanya ada beberapa orang dari kami yang terpaksa bertekak sepanjang masa mempertahankan beliau sebagai presiden parti. Salah seorang dari anggota Biro Politik yang secara berterusan mempertahankan Kak Wan dan Anwar Ibrahim, semasa diasak berterusan dari dalam, adalah Syed Ibrahim Syed Noh. Dari situ kami jadi rapat. Beliau tanya saya mengenai persediaan PRU 2018, sekiranya beliau perlu bertanding. Jawapan saya ketika itu bukanlah berita baik kepada beliau. Sementara ramai pimpinan parti cuba merebut kerusi yang dilihat mudah seperti Bandar Tun Razak, saya mencadangkan beliau menumpukan usaha kepada kerusi Ledang. Atas kertas, Ledang adalah kerusi mustahil untuk PKR. Dengan pengundi Melayu melebihi 70% dan dalam kategori Melayu luar bandar, saya tidak salahkan Syed Ibrahim jika dia rasa itu idea gila. Tetapi kami teliti angka dan Ledang ada potensi untuk menang sekiranya pertandingan 3 penjuru berlaku. Dari situ, banyak kempen trak INVOKE sering singgah ke Ledang sejak 2016. Syed Ibrahim menang Ledang dalam tahun 2018 dan berjaya dipertahankan dalam tahun 2022, walaupun PKR kalah besar dalam PRN Johor 6 bulan sebelum itu. Saya faham kalau ada pimpinan PKR yang tidak menghargai ketokohan beliau, sebab dia tidak ada gaya orang politik. Dia tidak meminta jawatan, mulutnya sangat berat untuk memuji sesiapa. Dengan saya, dia lebih banyak tidak bersetuju dari bersetuju. Yang dia ada, hanyalah budi bahasa dan muka yang selalu tersenyum. Cakap yang sangat berlembut. Dan seorang penyabar tahap tinggi, walaupun dia sering ada pandangan yang berbeza dan tak semestinya mengikut arus. Dari segi ibadah, dia jauh lebih warak dari sebahagian besar kami. Saya kira peribadi itu terbentuk dari perjuangan yang lama sebagai aktivis bukan politik - dari gerakan dakwah, kepada kempen mansuh ISA sehinggalah BERSIH, selain dari kerjaya profesional di sektor swasta. Saya memilih untuk berkongsi cerita seperti ini kerana reformasi yang sampai ke peringkat hingga Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, banyak menelan keringat dan air mata orang-orang terdahulu yang jauh lebih tinggi sumbangan mereka. Moga ia menjadi pengajaran, terutama kepada ceplos-ceplos yang beriya-iya menghalau pimpinan PKR yang tidak membayar atau memanjakan mereka, bahawa parti ini dibina kekuatannya oleh ramai orang yang tidak bernama, tidak kaya tetapi ada maruah tersendiri. Selamat memikul amanah di dalam kerajaan kepada Syed Ibrahim Syed Noh.

Rafizi Ramli

25,608 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ง๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk โ€œSila Letak Jawatanโ€. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan. Datoโ€™ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan. Kemudian dijawab Datoโ€™ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak. Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja. Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali. Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab โ€œprinsip saja tidak cukup, perlu kuasaโ€. Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela. Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara. Itu prinsip dan hala tuju kita. Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu. Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan. Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian. Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri. Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan? Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan. Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Datoโ€™ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan. Di depan memuji, di belakang mencemuh. Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah. Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Datoโ€™ Seri Anwar โ€œYes sir, you are right sir, you are great sirโ€. Datoโ€™ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri. Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik. Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini. Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus. Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa. Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.

Rafizi Ramli

48,795 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ไธชๆœˆๅ‰

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,403 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก Salah satu budaya baru yang dibawa ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata. Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan. Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama. Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi. Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar. Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas). Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung. Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri. Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang. Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya. Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat. Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak. Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini. Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan. Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan. Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela. Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam PRN Johor yang lepas. Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai: 1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli 2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor 3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi Hari ini, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A. Pautan Lampiran A: Amalan ini akan menjadi disiplin ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang. Saya berharap sumbangan kecil ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang. ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

13,912 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 28 ๅคฉๅ‰

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—š๐—จ๐—ก๐—”, ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—˜ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Boleh tonton teguran Ramanan kepada Datoโ€™ Seri Anwar di video ini. Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut. Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita. Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Datoโ€™ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah โ€œgedegumโ€, berbulan-bulan dia kena troll. Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Faktanya begini: Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan. Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi. Dari zaman Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi. Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya. Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad. Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima. Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Datoโ€™ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis: 1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai 2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung. Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin. Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil. Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan. Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur: 1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk 2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan 3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN. Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu: Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5. Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian. Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun. Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN. Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta. Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah. Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat. Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat. Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.

Rafizi Ramli

47,093 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik โ€œAcaraโ€. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik โ€œSertai Kempenโ€ 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik โ€œHantar kod melalui SMSโ€ 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik โ€œAktivitiโ€ dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

27,048 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—จ๐—›๐—”๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia, apatah lagi kita di Malaysia yang serumpun dengan saudara-saudara di Indonesia. Reaksi rakyat Malaysia rata-ratanya baik dan juga disambut baik oleh netizen Indonesia. Banyak kandungan yang saling mendoakan. Sudah tentu ada satu dua kerat yang ingin mempolitikkan semuanya. Ini salah satu contoh - yang mendoakan supaya perkara yang sama berlaku di Malaysia dengan memberi konotasi agar kerajaan bertukar. Ada yang menambah lebih baik tentera mengambil alih. Tidak guna kita berhujah dengan dua tiga kerat begini, tetapi kita juga wajar bermuhasabah tentang apa yang berlaku di Indonesia, terutamanya orang-orang politik seperti saya, pimpinan kerajaan dan pembuat dasar. Kesimpulan awal yang diterima umum ialah kejadian tunjuk perasaan dicetuskan oleh kemarahan rakyat akibat tekanan kos sara hidup yang tinggi dan ledakan berlaku melihatkan kemewahan hidup ahli-ahli politik. Sebelum kita buat kesimpulan rambang, kita wajar semak prestasi ekonomi Indonesia selama dua dekad. Sebenarnya, secara makroekonomi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dari 2004 hingga 2024 adalah setara dengan Malaysia, kalau tidak lebih baik. Semua petunjuk ekonomi menunjukkan pencapaian ekonomi yang baik. Secara purata, ekonomi Indonesia tumbuh lebih baik sedikit dari Malaysia dalam tempoh ini. Hanya ada beberapa tahun yang pertumbuhan ekonomi Indonesia tidak setanding dengan Malaysia, itu pun kerana pertumbuhan Malaysia dalam tahun 2010 dan 2022 melonjak selepas menguncup, sedangkan Indonesia tidak mengalami kemelesetan dalam 2009 seperti Malaysia; dan penguncupan akibat COVID adalah lebih sederhana berbanding Malaysia. Begitu juga petunjuk lain seperti kadar inflasi. Kadar inflasi Indonesia lebih kurang seperti Malaysia. Bagi tahun 2024, inflasi Indonesia 2.9% berbanding Malaysia 1.8%. Kadar pengangguran Indonesia adalah 3.3% berbanding Malaysia 3.8% bagi tahun 2024. Malah, kedudukan kewangan kerajaan Indonesia adalah jauh lebih stabil, dengan kadar hutang kerajaan sekitar 40% dari saiz ekonomi, berbanding 65-66% bagi Malaysia. Jadi bagaimana ekonomi Indonesia, yang pada pengamatan biasa ahli ekonomi berada dalam keadaan memberangsangkan, menghasilkan rasa tidak puas hati yang begitu tinggi di kalangan rakyatnya? Ini adalah muhasabah yang ahli politik dan pembuat dasar Malaysia perlu ingat. Angka-angka makro itu penting. Ekonomi mesti berkembang pesat, inflasi dikekang supaya tidak menghakis kuasa beli, rakyat mesti ada pekerjaan. Tetapi angka makro tidak memberi gambaran keseluruhan, sekiranya laba dari perkembangan ekonomi itu tidak sampai kepada rakyat dengan cepat. Apa pertalian di antara angka makro dengan kedudukan sosio ekonomi rakyat, yang selalu disebut sebagai ekonomi mikro? Pertumbuhan ekonomi di peringkat makro perlu diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang setimpal kepada rakyat. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah pelaporan gaji rakyat. Kadar inflasi di peringkat makro mesti dibandingkan dengan beban kos sara hidup bulanan isi rumah. Angka ekonomi lapisan kedua yang sama penting ialah statistik pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) yang mengukur lebihan gaji setelah ditolak perbelanjaan utama. Inflasi yang kekal perlahan adalah baik, tetapi harga tinggi yang kekal ditakuk lama, kalau gaji tidak naik dengan lebih cepat, akan tetap menekan rakyat. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang rendah tidak bermakna rakyat melakukan kerja yang setimpal dengan kelayakan, atau mendapat gaji yang setimpal. Sekali lagi, laporan gaji rakyat adalah angka ekonomi lapisan kedua yang penting untuk memahami perkara-perkara ini. Dari sini, kita boleh tahu sama ada pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kenaikan gaji dan kerja sepadan yang setara kepada rakyat. Sudah tentu realitinya lebih mencabar. Pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku di Indonesia, tidak semestinya diterjemahkan menjadi laba kepada rakyat dengan segera. Sebab itu setiap kenaikan cukai atau kos, walaupun ia berkadar dengan kenaikan kos pengeluaran yang perlu ditanggung, ditentang oleh rakyat. Di sinilah pentingnya dasar dan program ekonomi yang mengubah struktur ekonomi, agar pertumbuhan bukan sahaja lebih mampan, laba ekonomi juga dapat dirasai pada kadar yang berpatutan oleh rakyat. Bentuk-bentuk dasar yang penting ini termasuklah reformasi pasaran kerja berkaitan pergantungan kepada pekerja asing, program sokongan kenaikan gaji dan peningkatan kemahiran untuk pekerjaan bernilai tinggi. Selain itu, negara memerlukan tambah baik segera kepada sistem perlindungan sosial dan agihan bantuan yang lebih cekap. Tetapi muhasabah paling besar dari insiden di Indonesia adalah kepada ahli politik dan golongan elit. Jika rakyat melihat ahli politik, yang dari segi pendidikan atau kemahiran tidaklah banyak berbeza dari mereka, tiba-tiba boleh hidup mewah hasil dari kedudukan mereka, maka rakyat akan rasa mual dan marah. Begitu juga kepada tokoh-tokoh yang dilihat sebagai rapat dengan pemerintah atau pun dianggap kroni mereka yang berkuasa. Jika kemahiran dan usaha mereka tidak seberapa tetapi dilihat kaya serta merta dan mewah melampaui batas, rakyat akan benci dan golongan elit pemerintah juga akan terpalit. Jadi jangan marah saya jika saya terus bersuara memberi peringatan mengenai beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini, kerana rakyat kita pun sentiasa memerhati golongan elit di kalangan ahli-ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka.

Rafizi Ramli

26,788 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 11 ไธชๆœˆๅ‰