ะ—ะฐะณั€ัƒะทะบะฐ ะฒะธะดะตะพ...

ะะต ัƒะดะฐะปะพััŒ ะทะฐะณั€ัƒะทะธั‚ัŒ ะฒะธะดะตะพ

ะะฐ ะณะปะฐะฒะฝัƒัŽ

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—ž๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฌ๐—ข๐—จ๐—ก๐—š ๐—๐—œ๐—˜ ๐—ฌ๐—จ Semalam calon Sungai Udang, hari ini calon Klebang. Calon BERSAMA bagi kerusi N14 Klebang bernama Young Jie Yu, anak Melaka yang memiliki Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil daripada National University of Singapore (NUS). Beliau seterusnya menyambung pendidikan di peringkat Master dalam...

rafiziramli's profile picture

Rafizi Ramli

794,875 subscribers

14,321 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด โ€ขvia X (Twitter)

ะšะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ: 0

ะะตั‚ ะดะพัั‚ัƒะฟะฝั‹ั… ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะตะฒ

ะ—ะดะตััŒ ะฟะพัะฒัั‚ัั ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ ะธะท ะพั€ะธะณะธะฝะฐะปัŒะฝะพะณะพ ะฟะพัั‚ะฐ

ะŸะพั…ะพะถะธะต ะฒะธะดะตะพ

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—จ๐——๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—ก Bermula hari ini, saya akan perkenalkan calon-calon Kancil di Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung sebulan dua ini. Mohd Ridzuan Abdul Rahman adalah anak jati Sungai Udang, Melaka. Anak tentera yang membesar sekitar kem tentera, bersekolah di Sekolah Rendah Kem Terendak dan Sekolah Menengah Kem Terendak. Saudara Ridzuan merupakan seorang bekas pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia berpangkat Assistant Superintendent (ASP) yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) di bawah Bahagian Siasatan Jenayah bagi kawasan Gombak dan Ampang, sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2006 untuk memberi tumpuan kepada bidang Keselamatan Korporat. Kini pada usia 47 tahun, Saudara Ridzuan telah memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Keselamatan Korporat. Beliau bertugas sebagai Pengurus Besar Keselamatan Kumpulan, untuk Malaysian Aviation Group (MAG) dan telah menguruskan operasi keselamatan di Malaysia Airlines (MAB), Firefly, MAB Kargo, Malaysia Airlines Academy (MABA), Aerodarat Services dan syarikat-syarikat lain di bawah Malaysian Aviation Group. Sebelum MAG, beliau memegang jawatan di peringkat pengurusan dengan syarikat-syarikat ternama dunia, termasuklah di Shell, Northport, Carrefour dan Tesco. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media dan Komunikasi dari Universiti Malaya, memperolehi Master dalam bidang Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dari Universiti Teknologi Malaysia. Kini beliau sedang meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Strategik di Universiti Malaya. Jumpa saya dan Saudara Ridzuan di ceramah Trak Kancil hari Ahad, 23 Ogos ini jam 9 malam di hadapan Masjid Tun Ghaffar Baba, Sungai Udang.

Rafizi Ramli

18,306 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—Ÿ: ๐——๐—ฅ ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ญ๐—” ๐—–๐—›๐—˜ ๐—”๐— ๐—ฅ๐—”๐—ก Hari ini saya perkenalkan calon BERSAMA untuk N17 Bukit Katil. Kami ada beberapa persamaan - dari segi umur, beliau muda beberapa tahun dari saya. Dari segi latar belakang, kami bermula dengan ijazah kejuruteraan elektrikal dan elektronik. Tapi tidak seperti saya, beliau teruskan pengkhususan kejuruteraan itu sampai ke peringkat PhD. Berusia 46 tahun, Dr Aliza merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Petronas. Beliau menyambung pengajian ke peringkat Master dalam bidang Kejuruteraan Sistem Elektrik dan Komputer di University Monash, Kampus Clayton, Australia. Seterusnya, beliau memperolehi PhD dalam bidang Robotik dari University Yokohama Jepun. Beliau datang dari keluarga jurutera. Ibu beliau, Datoโ€™ Ir Azizah Osman ialah mantan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR yang berkhidmat selama 37 tahun. Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Melaka (UTEM) sejak tahun 2003 sehingga tahun 2025. Semasa bertugas di UTeM, beliau pernah berperanan sebagai Timbalan Pengarah Centre for Strategic, Quality & Risk Management, dan Timbalan Pengarah di Centre of Teaching and Learning UTeM. Sepanjang kerjaya sebagai ahli akademik, beliau aktif menjadi wakil ahli akademik di peringkat UTeM dan nasional. Beliau dipilih sebagai ahli Exco, Setiausaha Kehormat dan Timbalan Presiden Persatuan Staf Akademik UTeM (UTeMASA). Di peringkat nasional, beliau adalah Exco Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan universiti awam di Malaysia. Dr Aliza telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 20 tahun yang cukup hebat bermain pickle ball. Kepada orang Bukit Katil, bila berjumpa dengan Dr Aliza yang hari-hari berjumpa penduduk untuk memperkenalkan diri, jangan terkejut wanita yang sangat mesra dan santai itu adalah seorang doktor robotik!

Rafizi Ramli

11,675 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 28 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—•๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก: ๐——๐—ฅ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—›๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—› Saya dah perkenalkan 3 calon BERSAMA untuk PRN Melaka setakat ini: Ridzuan Abdul Rahman - N11 Sungai Udang, bekas Pengurus Besar (Keselamatan Korporat) Penerbangan Malaysia (MAG) Young Ji Yue - N14 Klebang, seorang jurutera geoteknikal dengan pengalaman 16 tahun di peringkat antarabangsa Dr Aliza Che Seman - N17 Bukit Katil, bekas pensyarah kanan UTeM dalam bidang kejuruteraan robotik Hari ini, kita berkenalan dengan seorang doktor perubatan yang akan mewakili BERSAMA bagi N24 DUN Bemban. Berusia 40 tahun, Dr Muhammad Solehin Saleh memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum daripada Universitas Sriwijaya, Indonesia. Dr. Solehin memiliki empat buah klinik perubatan sendiri yang telah beroperasi sejak tahun 2017 iaitu Klinik Muar, Klinik Muar Jalan Hasyim, Klinik Merlimau dan Klinik Muar, Tangkak. Beliau bukan seorang yang asing di kalangan penduduk Bemban dan Jasin amnya. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Jasin yang bertanggungjawab bagi kawasan Bemban, termasuk Taman Maju (Fasa 1-7), Kawasan Perindustrian Kecil Dan Sederhana Taman Maju dan Kawasan Perindustrian Jasin. Beliau juga datang dari sebuah keluarga yang ada penglibatan politik di Jasin dan Melaka. Beliau merupakan abang kepada YB Dr Akmal Saleh, Adun Merlimau, merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun beliau dan Dr Akmal memilih platform politik yang berbeza, hubungan adik beradik dan kekeluargaan mereka baik. Seperti calon-calon BERSAMA yang lain, Dr Solehin mendekati penduduk dengan sebaik mungkin setiap hari. Kalau tak percaya, ikuti akaun media sosial beliau di Tiktok dan Threads untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Kebelakangan ini beliau sibuk jumpa rakyat melalui program-program seperti Tauhu Crispy Kongsi BERSAMA. Ikuti akaun beliau: Tiktok: Dr Solehin Saleh Threads: Dr Solehin Saleh

Rafizi Ramli

11,553 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 26 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini, setelah dipersetujui bahawa sebagai seorang ahli politik saya wajar membuat ucapan raya kepada rakyat Malaysia, maka dengan ini diumumkan ucapan raya saya jatuh pada hari raya tahun ini, seperti begini: Ucapan raya pada tahun ini saya tujukan dan hadiahkan terutamanya kepada seorang yang istimewa. Tanpa beliau, sambutan raya setiap tahun tidak lengkap. Insan itu tidak lain dan tidak bukan Tan Sri Datoโ€™ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang diberi amanah mengumumkan tarikh raya setiap tahun. Saya bertuah kerana mengenali Tan Sri Syed Danial sejak umur awal 20an, semasa kami sering bertukar email - walaupun umur kami berbeza 33 tahun. Tan Sri Datoโ€™ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad dilahirkan pada 30 November 1944 di George Town, Pulau Pinang. Beliau ada 4 orang adik beradik, ini adalah gambar Tan Sri Syed Danial masa umur 3 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai, sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan keluar MCKK tahun 1961. Seterusnya Tan Sri Syed Danial melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya hingga menerima ijazah dalam tahun 1967. Selepas berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Tan Sri Syed Danial melanjutkan pengajian peringkat sarjana di University of Wisconsinโ€“Madison, universiti yang sama dengan YB Akmal Nasir, yang juga pernah belajar di MCKK. Jawatan awal Tan Sri Syed Danial sebagai PTD ialah di Jabatan Perdana Menteri dan beliau adalah antara pegawai awal yang menyertai Majlis Mubihbah Negara (MMN) yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk membina perpaduan dari peringkat akar umbi. Tan Sri Syed Danial berkhidmat dalam kerajaan selama 32 tahun, termasuk memegang jawatan penting sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen. Seingat saya, jawatan terakhir Tan Sri Syed Danial di dalam kerajaan sebelum bersara ialah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan iaitu pegawai kerajaan nombor dua di Kementerian Kewangan. Selepas bersara dalam tahun 1999, Tan Sri Syed Danial dilantik ke jawatan-jawatan istana iaitu Datuk Paduka Maharaja Lela pada tahun 2002 dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004. Pada tahun 2011, Tan Sri Syed Danial dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sehingga kini. Saya mula berhubung dengan Tan Sri Syed Danial semasa di universiti. Saya punya pandangan politik yang berpihak kepada PKR dan beliau adalah seorang pesara antara tahun 1999 ke 2002. Tan Sri Syed Danial tidak pernah menulis mengenai pandangan politik beliau, sepanjang tahun-tahun itu beliau adalah antara yang paling neutral dari semua yang neutral. Sebab itu beliau sangat dihormati. Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya mengagumi Tan Sri Syed Danial dan menulis email kepada beliau dari UK, walaupun kami berbeza 33 tahun. Pertama, pengetahuan beliau mengenai sejarah yang cukup mendalam. Beliau seorang ahli sejarah yang cukup saya kagumi. Kedua, beliau juga seorang pelajar yang nakal di MCKK, menurut kata beliau. Di MCKK, pelajar yang nakal akan dikenakan kelas tahanan atau detention class (DC). Tan Sri Syed Danial pernah memberitahu kami bahawa di dalam batch nya, dia adalah Raja DC. Semasa saya di sekolah, saya juga minat sejarah dan bukanlah di kalangan budak-budak paling baik. Jadi ada persamaan dengan Tan Sri Syed Danial. Apabila saya pulang ke Malaysia, saya tidak lagi ada banyak masa untuk menulis email. Jadi hubungan email kami semakin berkurang. Pada tahun 2010, Tan Sri Syed Danial menulis email kepada saya bertanyakan sama ada saya telah mula mengumpulkan penulisan oleh arwah Adlan Benan Omar, seorang lagi tokoh sejarah lulusan Cambridge yang menjadi kenalan kami bersama. Tahun 2019, selepas PH menang dan saya tidak lagi berada di dalam politik, Tan Sri Syed Danial menulis email dengan doa kepada saya. Setelah saling berutus email sejak 1999, kami tidak pernah bersua muka. Akhirnya kali pertama saya bersua muka dengan Tan Sri Syed Danial dalam bulan Disember 2022 semasa saya mengangkat sumpah sebagai menteri. Saya harap orang ramai yang menonton lebih mengenali Tan Sri Syed Danial yang kita nanti-nantikan setiap tahun. Sama-sama kita doakan beliau diberi kesihatan dan dipanjangkan umur, supaya kita dapat terus melihat wajahnya setiap kali Hari Raya. Ia juga ingatan kepada kita semua supaya menghabiskan masa sebaik mungkin dengan ibu bapa dan keluarga tersayang, terutamanya mereka yang sudah berumur di Hari Raya ini. Selamat Hari Raya Aildilfitri, maaf zahir batin.

Rafizi Ramli

14,511 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Hari ini, saya dan Nik Nazmi mengumumkan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026. Ada macam-macam pandangan. Ada kata jumlah kerusi itu terlalu banyak. Ada kata terlalu sedikit, minta bertanding sampai boleh bentuk kerajaan negeri. Sementara semua pandangan ini ada merit masing-masing, kami sedar bahawa Kancil baru berusia sebulan. Maka keputusan berapa kerusi bertanding dan dimana mestilah mengambil kira pelbagai sudut pandang. Kerusi-kerusi 15 yang ditandingi ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut: 1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas; 2) Sambutan terhadap ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit; 3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut; 4) Kemampuan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut. Maka, berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di PRN Johor 2026: 1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO) 2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO) 3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO) 4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA) 5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP) 6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO) 7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO) 8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP) 9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP) 10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO) 11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP) 12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO) 13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO) 14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR) 15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP) Calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak. Saya, Nik dan Syukri Razab, presiden BERSAMA telah selesai menemu duga kesemua 15 calon yang akan bertanding. Proses tapisan ini berlaku sebanyak tiga lapis - dari permohonan, kepada saringan awal, kemudian semakan digital untuk mengesahkan latar belakang. Selepas itu, senarai pendek calon-calon dibawa ke satu mesyuarat Jawatankuasa Calon yang dianggotai perintis BERSAMA dari Johor untuk mendapat maklum balas setempat dan tokoh-tokoh yang menggerakkan BERSAMA di peringkat nasional. Peringkat akhir tapisan ialah temu duga terakhir di antara setiap calon dengan saya, Nik dan Syukri Razab untuk mengenali peribadi dan motivasi setiap calon dengan dekat. Insya Allah, calon-calon yang dikemukakan BERSAMA adalah gabungan tua muda, wanita dan lelaki, Melayu, Cina, India, latar belakang professional, korporat dan penggerak masyarakat. Tugas kita, ahli-ahli BERSAMA dan orang ramai yang mahu melihat budaya politik baru yang lebih segar, ialah untuk membantu calon-calon ini meyakinkan pengundi. Oleh itu, saya menyeru dan menjemput seberapa ramai ahli BERSAMA dan orang ramai dari seluruh negara untuk tampil menjadi jentera BERSAMA di PRN Johor ini. Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran. Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati dan klik โ€œ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ปโ€. Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan. Sistem kempen bersepadu ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di 15 kerusi ini secara sukarela. Bagi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik. Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat. Kita berkampung di 15 kerusi-kerusi DUN Johor ini bermula hari Jumaat ini. Jumpa saya, Nik, Syukri dan kancil-kancil dari seluruh negara yang akan masuk kampung dan bandar di Johor.

Rafizi Ramli

17,106 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ช๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜? ๐—•๐—˜๐—–๐—”๐—จ๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ ๐—ก๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini. Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan. Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke? Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN. BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami. Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan. Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa. Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE. Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu. Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik. Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza. Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih. Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia. Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya. Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga. Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri. Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat. Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing. Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari. Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini. Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit. Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil. Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut: Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026 Masa: Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam Tempat: Ruang Parkir Paragon Market Place 135, Jalan Tampoi Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini. Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di Klik Acara, pilih โ€œPengumuman Calon PRN Johorโ€ atau imbas kod QR. Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu. Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan. Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat. Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.

Rafizi Ramli

12,469 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก, ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—” PKR telah mengumumkan 10 calon untuk pilihan raya negeri Sabah. Dari 10 calon ini, 4 adalah calon payung terjun, iaitu calon-calon yang lompat dari parti lain atau calon yang baru masuk parti. Calon yang baru masuk parti iaitu Datuk Ruji bagi kerusi Merotai, lebih mudah untuk kita fahami kerana PKR perlu menampilkan calon-calon berprofil tinggi. Datuk Ruji adalah bekas pegawai kanan kerajaan dan kehadiran beliau boleh menambah nilai PKR di mata rakyat. Calon yang tiga orang lagi boleh ada kesan yang sebaliknya kerana rekod mereka yang suka melompat parti. Datuk Yamani Hafez Tun Musa Aman adalah anak kepada TYT Sabah sekarang. Sebelum ini menganggotai Umno, kemudian Bersatu dan kini PKR. Maksudnya parti yang berkuasa di Persekutuan, parti itulah jadi platform politik beliau. Begitu juga calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar. Sebelum ini dalam Umno, bila Warisan berkuasa, beliau masuk Warisan. Tahun 2020 Warisan jatuh, beliau kembali kepada Umno. Bila Umno tidak sebulu dengan GRS tahun 2023, beliau masuk GRS. Kini masuk PKR. Seorang lagi calon ialah George Hiew. Asalnya DAP, kemudian masuk Warisan dan sempat jadi pembantu menteri. Bila Warisan jatuh, masuk GRS, dan kini PKR. Dalam PKR, dari dulu lagi, ada pandangan berbeza mengenai calon lompat. Satu pandangan merasakan calon lompat adalah seperti durian runtuh kerana yang melompat itu selalunya sudah ada nama, ada pangkat dan mereka ada pengaruh. Kalau yang melompat itu adalah bekas wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, peluang menang mungkin lebih tinggi. Satu lagi pandangan berpendapat ia tidak serasi dengan jiwa reformasi yang mahu melihat ahli politik yang berprinsip. Jika calon yang melompat itu benar-benar berjiwa reformasi, kita tidak perlulah lawan dia sebelum ini - sama ada memang dia sudah berada dalam PKR dari awal, atau dia seorang wakil rakyat yang baik. Bagi saya, strategi parti mestilah tepat dengan kehendak rakyat. PKR tampil di persada politik negara dengan janji untuk membawa politik baru dan membuang budaya lama yang menjadikan mandat rakyat sebagai percaturan tawar menawar. PKR pernah ada pengalaman masuk pilihan raya dengan menampilkan bekas wakil rakyat yang lompat parti, iaitu semasa pilihan raya negeri Melaka yang lepas. Keputusannya tidak baik. PKR kalah semua kerusi walaupun dalam PRU 2018 PKR mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah di Melaka. Setiap dari kita, apatah lagi yang memimpin parti politik, akan terus berdepan dengan dua pilihan dalam setiap keputusan: sama ada kita memilih jalan pintas untuk menang (contohnya mengambil calon lompat yang pasang siap); atau kita memilih untuk menang atas usaha melahirkan calon-calon yang kita didik sendiri. Saya akan ulas dinamik politik dan pilihan raya Sabah dalam podcast YBM minggu ini, hari Jumaat 14 November jam 9 malam.

Rafizi Ramli

34,871 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 10 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐Ÿฐ-๐Ÿฑ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ, ๐—ง๐—œ๐—”๐—ฃ-๐—ง๐—œ๐—”๐—ฃ ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ, ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—”-๐—ฆ๐—œ๐—” Malam ini Selasa 18 Ogos, BERSAMA memulakan ceramah trak yang pertama di Selangor. Jumpa saya, Nik, Wong Chen dan penggerak BERSAMA yang lain di Padang Desa Mentari Blok 5, bermula jam 830 malam. BERSAMA telah susun jadual supaya tiap-tiap minggu, ada 4-5 ceramah di merata tempat. Dari Melaka, ke Selangor, Kuala Lumpur dan mula bergerak ke negeri-negeri lain. Tiap-tiap minggu juga kami turun berjumpa ahli-ahli BERSAMA di kawasan-kawasan Parlimen di seluruh negara yang makin bertambah setiap hari. Hujung minggu, kami bergerak ke kampung-kampung, kawasan perumahan untuk Kenduri BERSAMA, selain dari aktiviti-aktiviti lain: bersukan, bergotong royong, Forum BERSAMA mengupas isu-isu rakyat. Ahli BERSAMA pun rancak memperkenalkan BERSAMA setiap minggu melalui Kaunter BERSAMA, Ziarah BERSAMA dan lain-lain. Ada netizen yang ejek kata ini semua kerja sia-sia. Ceramah tiap-tiap malam pun bukan orang sokong pun. BERSAMA dibina untuk membawa suara rakyat. Lumrah manusia ini, awalnya mereka belum kenal, jadi belum cinta. Lama-lama lebih ramai yang berminat, lebih ramai yang terbuka hati. Dulu-dulu pun, inilah proses yang dilalui oleh mana-mana parti. Kalau nak bertahan lama, perlu bina asas yang kukuh dari bawah, iaitu mendekati rakyat biasa bukannya berunding di belakang rakyat berebut jawatan dan kerusi. Kalau ada kelapangan, jumpa saya, Nik dan kancil-kancil lain seperti berikut: Selasa, 18 Ogos 830 malam - ceramah Trak Kancil di Padang Desa Mentari Blok 5 Jumaat, 21 Ogos 830 malam - Jelajah Kancil Kedah di YB Event House, Taman Lobak Indah, Lunas, Kedah Ahad, 23 Ogos bermula 10 pagi - Kenduri BERSAMA Melaka #2 di Lot 3206, Bt 5 1/4, Jln Kg. Bukit Rambai, Bukit Rambai Ahad, 23 Ogos 9 malam - ceramah Trak Kancil di Sungai Udang, Melaka (Hadapan Masjid Tun Abdul Ghaffar Baba, No 1075-1, Batu 11/5 Sg Udang) Selasa, 25 Ogos bermula 10 pagi - Sehari BERSAMA Lembah Pantai di IWK Eco Part @ Pantai Dalam Kepada orang ramai, boleh daftarkan kehadiran di klik Acara dan pilih acara. Kepada ahli BERSAMA, boleh sertai di atau aplikasi Kancil. Sesuatu kerja yang mencari kebaikan itu tidak sia-sia kerana manfaat akan dirasai oleh orang selepas kita.

Rafizi Ramli

16,779 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐— ๐—”๐—Ÿ, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  Selepas saya sembang mengenai YB Akmal yang dilantik menjadi Menteri Ekonomi, saya juga janji untuk cerita pasal YB Syed Ibrahim Syed Noh, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Syed Ibrahim ni quite rare dalam banyak-banyak ahli parlimen yang ada sebab latar belakang dia. Boleh kata dia all rounder, yang pada penilaian saya, negara perlu lebih ramai orang all rounder macam ini dalam politik. All rounder macam mana? For a start, dia lulusan ijazah dan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dari USA. Berkhidmat lebih 25 tahun dengan Telekom Malaysia ke jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengurus Besar Telekom Malaysia. Beliau juga seorang aktivis sejak dari universiti di US. Aktif di dalam gerakan Islam di kampus dan bila balik, terus bergiat di dalam IKRAM sehingga jawatan terakhir sebagai Naib Presiden IKRAM. Ramai ceplos-ceplos dalam parti yang suka mengherdik Syed Ibrahim kerana wataknya yang lembut dan bersopan santun. Tidak pernah marah, senyum sentiasa. Budi bahasa Syed Ibrahim sering disalah erti sebagai tanda Syed Ibrahim ini bukan tokoh politik yang sesuai dengan sepak terajang politik PKR. Sedangkan Syed Ibrahim ke depan melawan akta-akta zalim jauh lebih awal dari hampir semua Ahli Parlimen PKR, apatah lagi pimpinan-pimpinan PKR yang ada sekarang. Dari zaman reformasi, Syed Ibrahim adalah Pengerusi Gabungan Mansuh ISA (GMI), iaitu gabungan 80 NGO yang berkempen memansuhkan ISA. Beliau pernah kena gam dari masuk ke Sarawak, sebelum pun PKR pernah menang kerusi di Sarawak akibat penglibatan beliau menghapuskan ISA. Beliau menjadi Pengerusi GMI hinggalah ISA dimansuhkan dalam tahun 2011. Beliau juga adalah salah seorang pemimpin MAFREL, iaitu gabungan NGO menuntut pilihanraya bebas sebelum pun wujud BERSIH. Apabila BERSIH2.0 ditubuhkan, beliau adalah Timbalan Pengerusi BERSIH sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk menyertai PKR dalam tahun 2014. Semua ini beliau perjuangkan semasa beliau masih berkhidmat di dalam Telekom Malaysia, jadi kita boleh bayangkan kepayahan beliau mengimbangi tugas profesional di GLC dan aktivisme beliau lantang bersuara di luar. Selepas PRU 2013, sebagai Pengarah Strategi PKR pada ketika itu, saya bawa satu agenda kepada pimpinan parti, iaitu keperluan membawa tokoh-tokoh aktivis yang cukup syarat untuk menjadi generasi pimpinan PKR yang seterusnya. Salah seorang yang dikenal pasti cukup syaratnya ialah Syed Ibrahim - sejarah aktivisme yang panjang bukan sahaja dalam gerakan dakwah tetapi memimpin gerakan demokratik seperti GMI dan BERSIH. Beliau juga adalah seorang yang terpelajar dengan kerjaya profesional yang panjang. Alhamdulillah parti bersetuju dan Syed Ibrahim pun bersetuju. Dengan sekelip mata, sama juga dengan pengalaman saya sebelum itu, beliau hilang pekerjaan dan tiada gaji tetap. Syed Ibrahim dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR selepas pemilihan 2014. Ketika itu saya adalah Naib Presiden dan Setiausaha Agung parti. Apabila Datoโ€™ Seri Anwar dipenjarakan semula dalam tahun 2015, kepimpinan parti dimonopoli oleh geng Azmin Ali, yang dipanggil Kartel pada ketika itu. Apatah lagi mereka mempunya kuasa, wang dan jawatan dengan menguasai sepenuhnya kerajaan Selangor. Saya harap Kak Wan tidak lupa sepanjang tempoh itu, hanya ada beberapa orang dari kami yang terpaksa bertekak sepanjang masa mempertahankan beliau sebagai presiden parti. Salah seorang dari anggota Biro Politik yang secara berterusan mempertahankan Kak Wan dan Anwar Ibrahim, semasa diasak berterusan dari dalam, adalah Syed Ibrahim Syed Noh. Dari situ kami jadi rapat. Beliau tanya saya mengenai persediaan PRU 2018, sekiranya beliau perlu bertanding. Jawapan saya ketika itu bukanlah berita baik kepada beliau. Sementara ramai pimpinan parti cuba merebut kerusi yang dilihat mudah seperti Bandar Tun Razak, saya mencadangkan beliau menumpukan usaha kepada kerusi Ledang. Atas kertas, Ledang adalah kerusi mustahil untuk PKR. Dengan pengundi Melayu melebihi 70% dan dalam kategori Melayu luar bandar, saya tidak salahkan Syed Ibrahim jika dia rasa itu idea gila. Tetapi kami teliti angka dan Ledang ada potensi untuk menang sekiranya pertandingan 3 penjuru berlaku. Dari situ, banyak kempen trak INVOKE sering singgah ke Ledang sejak 2016. Syed Ibrahim menang Ledang dalam tahun 2018 dan berjaya dipertahankan dalam tahun 2022, walaupun PKR kalah besar dalam PRN Johor 6 bulan sebelum itu. Saya faham kalau ada pimpinan PKR yang tidak menghargai ketokohan beliau, sebab dia tidak ada gaya orang politik. Dia tidak meminta jawatan, mulutnya sangat berat untuk memuji sesiapa. Dengan saya, dia lebih banyak tidak bersetuju dari bersetuju. Yang dia ada, hanyalah budi bahasa dan muka yang selalu tersenyum. Cakap yang sangat berlembut. Dan seorang penyabar tahap tinggi, walaupun dia sering ada pandangan yang berbeza dan tak semestinya mengikut arus. Dari segi ibadah, dia jauh lebih warak dari sebahagian besar kami. Saya kira peribadi itu terbentuk dari perjuangan yang lama sebagai aktivis bukan politik - dari gerakan dakwah, kepada kempen mansuh ISA sehinggalah BERSIH, selain dari kerjaya profesional di sektor swasta. Saya memilih untuk berkongsi cerita seperti ini kerana reformasi yang sampai ke peringkat hingga Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, banyak menelan keringat dan air mata orang-orang terdahulu yang jauh lebih tinggi sumbangan mereka. Moga ia menjadi pengajaran, terutama kepada ceplos-ceplos yang beriya-iya menghalau pimpinan PKR yang tidak membayar atau memanjakan mereka, bahawa parti ini dibina kekuatannya oleh ramai orang yang tidak bernama, tidak kaya tetapi ada maruah tersendiri. Selamat memikul amanah di dalam kerajaan kepada Syed Ibrahim Syed Noh.

Rafizi Ramli

25,629 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik โ€œAcaraโ€. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik โ€œSertai Kempenโ€ 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik โ€œHantar kod melalui SMSโ€ 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik โ€œAktivitiโ€ dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

27,048 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก Ada satu berita positif mengenai Malaysia yang tenggelam di tengah-tengah banyak cerita negatif dan keputusan pilihanraya akhir-akhir ini. Minggu ini, Malaysia melangkah setapak lagi untuk menukar wajah industri elektronik kita - dari menjadi tukang pasang saja, kepada pencipta chip elektronik yang dipakai dalam pelbagai aplikasi moden. Ia satu perkara yang sentimental kepada saya. Sebagai Menteri Ekonomi, saya diberi tanggungjawab untuk merancang. Kementerian Ekonomi tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Kalau perancangan itu baik, setelah sudah dibuat semua, program atau dasar itu akan diambil oleh kementerian atau agensi lain. Ada program yang dibangunkan, bila diserahkan kepada kementerian lain, berjalan dengan baik. Contohnya Dasar Gaji Progresif. Ada dasar yang pada mulanya dipersetujui bersama, bila telah dibangunkan, dibangkang oleh kementerian lain. Ada banyak kes begini. Ada juga yang ditentang habis-habisan oleh beberapa menteri lain, tetapi saya bertegas sehinggalah berjalan, bila dah berjalan, menteri yang mati-matian menentang itu - merekalah yang paling kedepan tersenyum berjabat tangan. Ini pengalaman pahit manis saya cuba merombak dan menaik taraf industri semikonduktor negara. Salah saya hanyalah kerana ada angan-angan. Angan-angan saya ialah untuk melihat kita beralih dari menjadi kilang tukang pasang yang nilainya rendah, kepada negara yang mencipta dan biar orang pasang barang kita. Dari Made in Malaysia kepada Made by Malaysia, kerana bila kita cipta sendiri, untung yang lebih tinggi bukan sahaja memberi nilai ekonomi, ia mewujudkan pekerjaan bergaji dan berkepakaran tinggi kepada anak-anak kita. Idea ini bukanlah angan-angan Mat Jenin sangat sebab negara lain seperti China, Korea Selatan dan Taiwan pun ambil pendekatan yang sama. Orang kita senang terkeliru bila ada kilang besar dibuka di Malaysia. Kita ingat itu secara automatik akan memindahkan teknologi. Sebenarnya tidak. Kalau kilang itu dibangunkan oleh syarikat global hanya untuk memasang, maka kita hanya digaji untuk memasang. Sebab itu negara lain telah lama memberi tumpuan kepada membangunkan harta intelek, atau IP sendiri. Saya berpandukan kepada pengalaman China, Korea Selatan dan Taiwan dalam usaha menukar hala tuju industri semikonduktor. Mereka membeli IP asas untuk membuat chip. Dari IP asas itu, mereka perbaiki dan hasilkan IP mereka sendiri. Berdasarkan IP itu, mereka cipta chip yang dijual diseluruh dunia. Angan-angan inilah yang menghasilkan Silicon Vision yang dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi, dengan cita-cita menghasilkan chip ciptaan Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Maklumat lanjut boleh dibaca di Kami berjaya berunding dengan ARM, iaitu syarikat IP chip terkemuka dunia untuk membangunkan satu program chip nasional bagi sebuah negara, iaitu program pertama seumpamanya di dunia yang dipersetujui ARM. ARM adalah syarikat yang mencipta chip yang memonopoli pasaran chip dunia. Lebih 90% dari chip yang digunakan di dalam telefon pintar, gajet dan pelbagai peralatan moden dicipta oleh ARM. Saya yakin majoriti rakyat yang mengikuti bersetuju bahawa ini jalan ke depan untuk memodenkan ekonomi kita. Semua ahli akademik, profesor, pakar-pakar netizen kuat bersyarah bahawa kita mesti meningkatkan penghasilan teknologi. Tapi bila sampai nak buat, masing-masing toleh kiri toleh kanan. Itulah pengalaman pahit manis saya - bila dah siap semua, paling saya terkejut ialah bangkangan mati-matian itu banyaknya berdasarkan kepada hujah โ€œkita belum bersediaโ€. Hujah yang diberikan kepada saya: berapa banyak syarikat yang boleh buat ni? Sebenarnya kita telah kenal pasti dari awal syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mencipta chip Made by Malaysia dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Memang bukan semua syarikat tempatan boleh mencipta chip elektronik. Tetapi untuk menghasilkan lima syarikat Malaysia dalam tempoh 10 tahun itu boleh. Dan ada syarikat global yang ingin datang melabur dan menjadi sebahagian dari program pembangunan cip dengan ARM ini. Akhirnya dalam tempoh kurang dari 9 bulan setelah Kementerian Ekonomi melancarkan Silicon Vision, dua syarikat pertama diterima masuk ke dalam program ini. Satu syarikat tempatan iaitu Skyechip, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh jurutera-jurutera yang pernah bekerja dengan gergasi dunia seperti Intel. Mereka adalah antara syarikat tempatan yang meneraju penciptaan chip di Malaysia. Satu lagi ialah syarikat antarabangsa, iaitu XPeng, pembuat kereta elektrik mewah dari China yang menawarkan EV berteknologi tinggi. Perbincangan saya dengan XPeng awal tahun ini meneroka pembangunan bersepadu: mereka membangunkan chip yang direka Malaysia dan akan digunakan di dalam kereta-kereta mereka di seluruh dunia. Ini termasuk membuka pusat pembangunan chip di Malaysia yang menggunakan kepakaran tempatan. Pembangkang, dan kini penyokong kerajaan, selalu menuduh yang kerja saya tidak berbekas. โ€œSekarang baru bising, masa jadi menteri tidak buat apaโ€ Ada segelintir orang kita yang suka nampak benda di depan mata. Berapa banyak projek diumum, berapa banyak wang diagihkan. Yang ini konon banyak buat kerja. Mereka tidak gemar perkara-perkara yang rumit. Kalau terang pun dia suruh lukis. Menteri yang cuba ubah sesuatu ke arah lebih baik secara radikal dengan pasang cita-cita besar, menteri itu sebenarnya bodoh. Sebab usaha itu tidak dapat tepukan dari rakyat di luar, dan mendapat tentangan dari dalam kerana mencabar status quo. Tapi kalau kita pasang niat jadi menteri untuk ubah keadaan, bukan untuk makan duit atau bermewah dengan kedudukan, satu-satunya kepuasan ialah apabila angan-angan Mat Jenin kita jadi kenyataan. Saya harap dalam 4-5 tahun dari sekarang, apabila Malaysia melancarkan cip ciptaan Malaysia yang pertama, saya akan tersenyum puas.

Rafizi Ramli

12,826 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—–๐—›๐—”๐—œ, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—•๐—ข๐—ก๐—— Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop. Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist. Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki. Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia. Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion. Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya. Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya. Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya. Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion. Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari. Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil. Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana. Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu. Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan. Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020. Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan? James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low. SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan. Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini. Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!). Siapa James Chai ini? Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu? Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai? Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini? Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini. Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu. Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur. Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim. Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu. Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran. Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding. Skripnya berbeza, matlamatnya sama. Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu. Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini? James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu. Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang. Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara. Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen. James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA. Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR. Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar. Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan. Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa โ€œa life without a higher purpose is a life not worth livingโ€. James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ). Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia. Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru. James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021. Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022. Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya. Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri. Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak. Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang. Sasarannya ialah saya. Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan. Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU. Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini. Syabas Malaysia!

Rafizi Ramli

166,928 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,403 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐——๐—จ๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,633 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,638 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐—”๐—ฃ๐—”? Setiap tahun, lepas SPM, memang ibu bapa dan lepasan SPM pening kepala: nak pilih jurusan apa untuk lanjut pelajaran? Selalunya yang keputusan bagus-bagus akan berlumba untuk memohon biasiswa ke luar negara. Juga untuk masuk universiti tempatan. Kadang-kadang, tumpuan terlebih diberikan kepada apa peluang yang ada, bukan apa yang sesuai dan perancangan kerjaya masa depan. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang ibu bapa dan pelajar perlu ambil kira dalam memilih peluang pendidikan lepasan SPM: 1 - Kekuatan teknikal yang berkekalan Setiap pelajar ada kecenderungan masing-masing. Kadang-kadang kita kata minat. Kadang-kadang mak ayah cakap โ€œdia pandai melukisโ€. Tetapi selalunya ada satu bakat yang memang semulajadi sejak dari kecil. Kita perlu tahu apa bakat dan kecenderungan semulajadi yang kita ada kerana jika kita pilih yang tidak tepat dengan bakat semulajadi, subjek atau kursus itu lebih sukar untuk kita kuasai. Kalau bakat matematik - cari jurusan yang banyak menggunakan matematik. Kalau bakat menulis - cari jurusan yang banyak melibatkan penulisan. Kalau bakat melukis dan kreatif - cari jurusan yang banyak melibatkan perkara kreatif. Sebabnya kita hanya boleh menjadi seorang profesional yang handal bila kita kekal menambah pengetahuan dalam bidang itu hingga tua. Ia hanya berlaku dalam bidang-bidang yang kita memang ada bakat. 2 - Prospek kerjaya Jangan pilih tawaran atau jurusan semata-mata untuk mendapat tempat. Semak prospek kerjaya di masa akan datang kerana ia menentukan pasaran kerja 4-5 tahun lagi selepas kita tamat belajar. Contohnya, berdasarkan data terkini, kekosongan kerja banyaknya datang dari bidang-bidang bersabit teknologi, kewangan, kejuruteraan dan khidmat perubatan. Bidang-bidang ini termasuk software engineer, data scientist, semiconductor/IC engineer, electronics, electrical and mechanical engineers, qualified accountants, doctors, nurses, healthcare professionals. Juga jangan lupa bahawa di masa akan datang, kerjaya yang tidak boleh diganti oleh AI akan sering ada kekosongan. Ini termasuk yang bersabit seni kreatif. Tidak akan ada senarai yang lengkap. Sebaiknya ibu bapa dan pelajar semak dan fahami prospek kerjaya semasa sebelum membuat pilihan. 3 - Jalan professional Ada kerjaya yang tidak memerlukan ijazah, contohnya akauntan bertauliah. Lebih cepat dan sesuai untuk terus mengambil kursus perakaunan profesional yang ditawarkan oleh institut bertauliah dunia seperti Nas dan sebagainya tanpa perlu mengambil ijazah. 4 - Ada ikatan atau tidak Banyak biasiswa, terutamanya yang ditawarkan oleh GLC seperti Petronas, Maybank, Khazanah dan lain-lain datang dengan ikatan atau bonding untuk kerja dengan mereka selepas tamat universiti. Ada yang merasakan ini perkara yang baik kerana ada jaminan pekerjaan. Tetapi ia tidak sesuai untuk pelajar yang ada rancangan lain selepas ada ijazah; sama ada untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD atau memulakan perniagaan sendiri. Atau yang mendapat tawaran dari syarikat ternama dunia. Biasiswa-biasiswa ini kebanyakannya adalah pinjaman. Kalau tidak dapat keputusan yang ditetapkan, atau tidak balik bekerja dengan mereka, kena bayar balik. Paling kurang, ibu bapa dan pelajar perlu bincang perkara ini dan memikirkan senario 5 - 10 tahun dari sekarang sebelum buat keputusan, bukannya mengejar biasiswa semata-mata tanpa mengambil kira perkara ini. Tidak ada nasihat atau tips yang sempurna dalam memilih jurusan selepas SPM. Panduan yang saya kongsi adalah perkara-perkara basic yang perlu disemak sebelum buat keputusan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dipertimbangkan, tapi paling kurang jangan lupa yang empat ini. Selamat maju jaya, jangan bimbang - Youโ€™ll Never Walk Alone!

Rafizi Ramli

10,661 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—› ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—ก๐—œ? Saya rasa banyak polemik yang berlegar di kalangan orang atas tidak banyak yang menyentuh cabaran seharian yang dihadapi terutamanya Gen Z yang dibawah umur 28 tahun ini. Kita akan selalu dengar pembangkang memainkan isu kos sara hidup. Tiada siapa yang menafikan kos sara hidup adalah isu nombor satu Malaysia, malah di seluruh dunia. Tetapi selain kos sara hidup, bagi Gen Z, cabaran paling besar ialah mendapatkan pekerjaan yang boleh bagi ruang untuk membina kerjaya di masa hadapan. Dengan prospek kerjaya yang baik, ia akan memberi peluang kepada pendapatan yang stabil dan keupayaan mobiliti sosial untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan. Data-data ekonomi menunjukkan Gen Z berhadapan cabaran besar membina kerjaya, seperti berikut: 1. Pengangguran di kalangan orang muda sebenarnya tinggi, iaitu sekitar 10% bagi tempoh 2024 hingga awal 2025, berbanding pengangguran purata nasional yang hanya 3.2% (dari data DOSM) 2. Ini selari dengan kajian Bank Dunia, yang menunjukkan 13.4% anak muda berumur 16 hingga 24 tahun dalam kategori NEET (Not in employment, education or training). Maksudnya ada 13.4% dari kalangan ini, lepas sekolah, tidak buat apa-apa 3. 33 hingga 37% dari graduan bekerja dalam pekerjaan yang dibawah kelulusan mereka, yang dipanggil under-employment 4. Kita ada fenomena yang dipanggil โ€œwage compressionโ€ iaitu gaji bagi pekerja bawahan tanpa kemahiran sebenarnya meningkat jauh lebih laju dari gaji permulaan graduan atau pekerja berpengalaman atau pekerja separa kemahiran. Ini adalah disebabkan oleh gaji minima. Sementara majikan terpaksa menaikkan gaji minima kepada pekerja kurang berkemahiran kerana itu kehendak undang-undang, mereka terpaksa menampung kenaikan itu dengan memperlahankan kenaikan gaji pekerja yang lebih atas 5. Jurang kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran masih tinggi, terutamanya dalam sektor yang banyak kekosongan seperti yang berkaitan teknologi dan sains. Contohnya, jurutera perisian untuk rekabentuk cip semikonduktor boleh mencecah RM6,000 sebulan untuk fresh graduate, tetapi kita tidak cukup graduan yang memenuhi kelayakan akademik dan kelulusan untuk mengisinya 6. Ada ketidakpadanan di antara lulusan universiti dalam bidang-bidang yang tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan, sedangkan dalam bidang-bidang teknikal tertentu ada kekosongan yang tidak dapat diisi kerana tidak cukup lulusan yang memenuhi kriteria Akhirnya, negara kita berhadapan dengan masalah yang mengundang semua pihak saling menuding jari: Gen Z dan graduan mengeluh susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menuding jari kepada majikan atau kerajaan. Majikan mengeluh susah nak cari cari pekerja yang memenuhi kriteria dan kelayakan. Ada yang menuding jari kepada graduan atau kerajaan. Kerajaan? Terpulang nak tuding jari kepada sesiapa pun, tetapi tidak boleh lari dari cuba menyelesaikan masalah ini. Sebahagian dari masalah ini berpunca dari perkara struktur. Contohnya struktur ekonomi yang tidak sampai ke tahap nilai tinggi, maka pekerjaan dalam kategori gaji tinggi tidak banyak berbanding dengan negara-negara maju. Soal struktur ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan berjaya mewujudkan dan membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi, struktur ekonomi itu akan berubah secara berfasa. Tetapi ada perkara di dalam kawalan majikan, graduan dan pekerja. Majikan perlu menerima hakikat bahawa graduan dan pekerja perlu dilatih secara berterusan, terutamanya dalam bidang-bidang yang lebih teknikal. Majikan juga perlu tahu bahawa jika gaji yang dibayar tidak berpadanan dengan kelayakan, pekerja akan selalu lari yang mengganggu operasi perniagaan. Majikan juga perlu terbuka untuk mengambil fresh graduate yang tidak semestinya keluar universiti dengan kelulusan yang diiklankan, tetapi dalam bidang teknikal yang hampir sama tetapi boleh dilatih. Banyak majikan akan kata: kami dah buat semua ini tetapi masih bermasalah. Jadi apa yang majikan nak sebenarnya dari fresh graduate ni? Oleh kerana majikan tahu hampir semua fresh graduate perlu dilatih semula, dari pengalaman saya, majikan tidak melihat kepada kelayakan akademik semata-mata. Mereka melihat kepada potensi dan sikap calon yang ditemuduga. Oleh itu, kepada fresh graduate, ini kualiti yang dicari oleh majikan: 1. Prestasi akademik yang stabil. Tidaklah perlu mendapat ijazah kelas pertama, tetapi ada konsistensi akademik dari SPM hingga habis ijazah. Sebaiknya dalam quartile pertama dan kedua. 2. Paling penting, keupayaan untuk terus belajar. Bukanlah tahu semua perkara, tetapi ada keinginan dan curiosity untuk belajar perkara baru. 3. Self-starter, dalam bahasa mudah tidak perlu disuruh. Tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu. Untuk laksanakan tugas dia, kalau dia tak tahu, dia usaha untuk tahu, sama ada belajar dari senior, Google or ChatGPT. 4. Berdisiplin dan matang. Tahu membezakan tanggungjawab kepada syarikat dan rakan kerja, dengan keperluan dan keinginan peribadi. Tahu sumbangan yang perlu dibuat agar pasukan atau syarikat dapat bertahan. Tahu tanggungjawab minima yang perlu dilaksanakan. Mesti kena kecam dengan Gen Z lepas ni. Tapi jangan hanya kecam, kalau tak setuju bagi hujah kenapa tidak setuju.

Rafizi Ramli

23,122 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 11 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

CATATAN KRITIS PENDIDIKAN INDONESIA Oleh : dr. GAMAL (Anggota DPR RI) Sistem pendidikan yang efektif akan membentuk SDM unggul. SDM Unggul akan mewujudkan negara maju. SDM yang berkualitas dan produktif akan memperkuat pertumbuhan ekonomi. Lalu, bagaimana sistem pendidikan kita hari ini? Numbers never lie. Mari kita lihat angka-angkanya. 1. HASIL PISA TERENDAH SEPANJANG SEJARAH INDONESIA MENGIKUTI PISA Capaian nilai PISA kita tertinggal jauh dari rata-rata negara OECD dan ASEAN. Skor membaca 356 jauh dibawah target RPJMN 392. Skor matematika 366 jauh dibawah target RPJMN 392. Skor sains 383 jauh dibawah target RPJMN 402. Tahun 2022, Indonesia peringkat 69 dari 81 negara. Jika kita membuat proyeksi skor Indonesia dan merujuk pada rata-rata neagra OECD, maka kita bisa mencapai rata-rata skor OECD pada tahun 2089 untuk literasi dan 2063 untuk numerasi. 2. TINGKAT KESEJAHTERAAN GURU YANG SANGAT RENDAH Merujuk pada laporan IDEAS pada Mei 2024, 42% guru dan 74% guru honorer memiliki penghasilan di bawah 2 juta rupiah, serta 13% guru dan 20,5% guru honorer memiliki penghasilan di bawah 500rb. 89% guru merasa penghasilan mereka pas-pasan atau kurang untuk memenuhi kebutuhan hidup mereka. 55,8% guru memiliki pekerjaan sampingan, serta 79,8% guru memiliki hutang. Kita juga dikejutkan oleh riset NoLimit yang mengatakan 42% masyarakat yang terjerat pinjol ilegal berprofesi sebagai guru. Jika kita bandingkan dengan negara ASEAN, maka rata-rata terendah gaji guru dengan menggunakan perbandingan Purchasing Power Parity, maka Indonesia 2,4 juta, Malaysia 5,54 juta, Filipina 6,97 juta, Thailand 9,52 juta, serta Singapura 11,93 juta. Bahkan jika kita bandingkan dengan gaji negara-negara OECD, guru SD di Australia memiliki penghasilan 620-883 juta per tahun, guru SMP di Belanda memiliki penghasilan 606 juta hingga 1,06 milyar per tahun, serta gaji guru SMA di Prancis memiliki penghasilan 454-550 juta per tahun. Yang perlu kita apresiasi bersama, 93,5% guru mengatakan akan terus mengajar hingga pensiun. Jika kesejahteraan guru masih minim, bagaimana mereka bisa mengajar dengan tenang tatkala hutang membebani dan keperluan rumah tangga belum terpenuhi. 3. 71% ANAK-ANAK INDONESIA MEMILIKI FIXED MINDSET Dalam laporan PISA 2018, menyatakan mayoritas siswa di negara OECD memiliki mindset berkembang. Hasil kuisioner dalam angket mereka tidak setuju atau sangat tidak setuju dengan pernyataan "Kecerdasan seseorang merupakan sesuatu yang tidak dapat diubah". Sedangkan di Indonesia hanya 29% anak-anak Indonesia yang memiliki growth mindset. Sebagian besar, 71%, masih menganggap bahwa kecerdasannya tak bisa diubah. Anggapan tersebut mempengaruhi mindset yang akan mengantarkan pada perilaku dan hasil yang berbeda dalam hal pengembangan diri secara signifikan. 4. AKSES PENDIDIKAN TINGGI TERBATAS Angka Partisipasi Kasar (APK) perguruan tinggi tidak pernah melampaui target renstra Kemendikbudristek dan jauh dari target RPJMN. Capaian APK PT tahun 2023 adalah 31,45% dimana Target renstra Kemendikbud adalah 36,64%. Padahal kita memiliki target APK PT tahun 2035 adalah 45% dan 2045 dalah 60%. Jika kita bandingkan dengan negara tetangga, Malaysia memiliki APK PT 43%, Thailand 49,29%, dan singapura 91,09%. Selain itu ada disparitas yang tinggi antara kelompok pengeluaran terendah dan tertinggi. Masyarakat dengan ekonomi baik mampu mencapai angka 52,65% dan masyarakat dengan kelas ekonomi terendah hanya 17,54% yang berkesempatan kuliah. 5. KRISIS LITERASI UNESCO menilai minat baca Indonesia memprihatinkan, dari 1.000 orang Indonesia hanya 1 yang rajin membaca. Penelitian World's Most Literate Nation Ranking oleh CCSU menyatakan Indonesia peringkat 60 dair 61 negara untuk minat baca. 6. KRISIS NUMERASI Berbagai asesmen menunjukkan stagnansi atau kemajuan yang lambat kemampuan numerasi. Hasil tes IFLS menunjukkan rendahnya probabilitas siswa usia sekolah dalam penguasaan materi perhitugan dasar. Kemudian kenaikan jenjang pendidikan tidak menaikkan kemampuan literasi secara signifikan. Misalkan dalam tes IFLS anak kelas 1 mendapatkan skor 26,5% dan anak kelas 12 mendapat skor 38,7%. Jadi, walaupun siswa tersebut naik kelas, peningkatan kemampuan siswa antara jenjang satu dengan jenjang berikutnya tidak memiliki kenaikan yang signifikan. 7. MISMATCH BAKAT, PENDIDIKAN, DAN PEKERJAAN Berdasar penelitian Indonesia Career Center Network (ICCN), 87% mahasiswa di indonesia salah jurusan dan 71,7% pekerja memiliki profesi yang tidak sesuai pendidikannya. Oleh karena itu, penting design kurikulum untuk memberikan kesempatan anak mengeksplorasi minat dan bakatnya. 8. LULUSAN SMK PALING BANYAK MENGANGGUR Lulusan SMK menjadi menjadi penyubang terbesar pengangguran terbuka. Kita butuh link and match antara dunia pendidikan dan kebutuhan pasar. Kita juga harus melatih skill-skill yang dibutuhkan di dunia kerja ke depan, sesuai rekomendasi World Economic Forum misalkan, analytical thinking, creative thinking, serta resiliensi, fleksibilitas, dan agility. 9. GAP BESAR ANTARA RATA-RATA LAMA SEKOLAH (RLS) DENGAN HLS (HARAPAN LAMA SEKOLAH) Laporan BPS menunjukkan HLS Indonesia adalah 13,15 tahun. Artinya anak-anak yang berusia 7 tahun memiliki harapan pendidikan sampai jenjang Diploma 1. Saat ini RLS (Rata-Rata Lama Sekolah) pelajar Indonesia adalah 8,77. Artinya penduduk yang berusia 25 tahun telah menempuh pendidikan hingga SMP kelas 9. Hal ini menunjukkan RLS lebih rendah 4,38 tahun dari HLS (Harapan Lama Sekolah). Oleh karena itu, kita harus melakukan beberapa solusi strategis : 1. Memprioritaskan peningkatan kemampuan literasi dan numerasi, 2. Memberikan dukungan kesejahteraan dan peningkatan kualitas guru, 3. Realokasi anggaran fokus pada peningkatan kualitas pendidikan berbasis indikator kinerja pendidikan. Saya memiliki ide dan mimpi, bagaimana kita mampu menghadirkan program 1 desa 10 mahasiswa. 10 mahasiswa ini harus kembali untuk membangun desanya. Dengan begitu akan terjadi akselerasi peningkatan kualitas SDM yang merata yang berdampak pada pertumbuhan dan perkembangan desa. Desa-desa yang unggul akan mewujudkan kota/kabupaten unggul. Kota/Kabupaten unggul akan mewujudkan Indonesia unggul.

dr. Gamal

465,433 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะณะพะด ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—š๐—จ๐—ก๐—”, ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—˜ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Boleh tonton teguran Ramanan kepada Datoโ€™ Seri Anwar di video ini. Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut. Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita. Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Datoโ€™ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah โ€œgedegumโ€, berbulan-bulan dia kena troll. Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Faktanya begini: Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan. Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi. Dari zaman Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi. Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya. Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad. Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima. Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Datoโ€™ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis: 1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai 2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung. Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin. Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil. Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan. Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur: 1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk 2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan 3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN. Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu: Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5. Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian. Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun. Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN. Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta. Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah. Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat. Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat. Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.

Rafizi Ramli

47,148 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Bagaimana Platform Mendeteksi Usia Tanpa Verifikasi ID? Saya sangat mendukung Kementerian Komunikasi dan Digital secara resmi menerbitkan Peraturan Menteri sebagai turunan dari PP Nomor 17 Tahun 2025 (PP Tunas), yang menunda akses anak di bawah 16 tahun pada platform digital berisiko tinggi termasuk media sosial dan layanan jejaring. Alasannya sudah disampaikan Menkomdigi. Clear. Itu problem besar kita. Negara lain, spt China, justru jauh lebih ketat dibanding Indonesia dan sudah melakukannya sejak lama. China tidak hanya melarang anak membuat akun medsos, tapi mengatur ekosistem digital anak secara menyeluruh dan berlapis, dari level konten, level platform, hingga level perangkat keras. China sebenarnya model referensi yang lebih relevan secara geopolitik untuk Indonesia dibanding Australia, keduanya negara non-Barat dengan populasi besar dan konteks digital yang mirip. Yang menarik, Indonesia justru melampaui China dalam satu hal, yakni melarang akun medsos secara eksplisit per platform berdasarkan usia, sesuatu yang belum dilakukan China secara langsung. Rencananya, implementasi dimulai secara bertahap pada 28 Maret 2026, mencakup YouTube, TikTok, Facebook, Instagram, Threads, X, Bigo Live, dan Roblox. Pertanyaan Besar Naaah.... yang jadi pertanyaan banyak netizen adalah: bagaimana teknis deteksi usianya? Pake KTP? Belum punya. Pake form tanggal lahir? Mudah dimanipulasi. TErkait teknis pembatasan, saya pernah bertanya ke perwakilan TikTok Indonesia. Apakah platform sebenarnya bisa mendeteksi usia anak, dari pola akses mereka, misal anak sekolah tidak akses pada jam2 sekolah, konten yang mereka buka, komentar yang mereka tuliskan? Dia bilang, Tiktok bisa tahu dari parameter2 ini. Bagaimana Platform Mendeteksi Usia? ๐Ÿ”ด TikTok โ€” Paling agresif dalam video scanning TikTok telah mengonfirmasi bahwa mereka memindai video publik pengguna untuk menginferensi usia. Salah satu sinyal unik yang digunakan adalah dengan memindai komentar di posting ulang tahun ("Happy Birthday") di mana usia pengguna mungkin tersebut. Sistem TikTok menganalisis profil pengguna, video yang diposting, dan sinyal perilaku untuk memprediksi apakah akun tersebut milik pengguna di bawah umur. Setelah AI menandai akun, moderator manusia mereview akun-akun tersebut sebelum pemblokiran dilakukan โ€” bukan otomatis ban langsung. Sistem ini mengidentifikasi pola yang mungkin mengindikasikan pengguna lebih muda dari yang diklaim, seperti nada video, sifat interaksi, atau sinyal keterlibatan lainnya. Untuk verifikasi lanjutan (saat akun diperdebatkan), TikTok bermitra dengan layanan seperti Yoti untuk estimasi usia berbasis biometrik wajah โ€” sistem menganalisis karakteristik wajah untuk memperkirakan usia, tanpa menyimpan foto secara permanen. ๐Ÿ”ต Instagram/Meta โ€” "Adult Classifier" AI paling canggih Sistem adult classifier Meta menganalisis sinyal perilaku untuk mengkategorikan pengguna sebagai di bawah atau di atas 18 tahun. AI memeriksa profil pengguna, daftar follower, interaksi konten, dan postingan seperti pesan ulang tahun dari teman. Misalnya, profil yang mengikuti influencer bertema remaja atau berinteraksi dengan konten terkait sekolah dapat memicu pemeriksaan lebih lanjut. Meta juga menandai akun yang dibuat dengan email atau device ID yang sama tetapi dengan tanggal lahir berbeda โ€” ini mencegah remaja lolos dengan membuat akun baru. Jika teman pengguna memposting sesuatu seperti "Screaming happy 15th birthday to my best friend", tim evaluasi internal Meta akan melabeli pengguna tersebut sebagai remaja. Instagram juga menggunakan Natural Language Processing (NLP) untuk memindai caption dan pesan terhadap pola bahasa yang khas dari pengguna yang lebih muda. ๐Ÿ”ด YouTube/Google โ€” Berbasis riwayat tontonan Sistem AI YouTube bergantung pada sinyal seperti jenis video yang dicari dan ditonton pengguna, serta sudah berapa lama akun aktif, untuk menentukan apakah mereka berusia di bawah 18 tahun. Pengguna dewasa yang salah diidentifikasi sebagai remaja harus mengunggah KTP, kartu kredit, atau selfie untuk membuktikan usia mereka. Google dan YouTube sangat mengandalkan sinyal perilaku yang terkait dengan riwayat tontonan dan aktivitas akun untuk menginferensi usia โ€” baru kemudian meminta KTP atau kartu kredit ketika sistem merasa tidak yakin. ๐ŸŸฃ Facebook/Threads โ€” Lintas platform Meta Facebook dan Threads menggunakan infrastruktur yang sama dengan Instagram. Instagram menyatakan bahwa mereka mungkin mencoba mencocokkan usia pengguna di Facebook dengan usia yang dinyatakan di Instagram, bersama dengan penggunaan "banyak sinyal lain" yang tidak diungkapkan. ๐ŸŸก Roblox โ€” Orientasi pada perilaku anak di bawah umur Roblox secara khusus fokus pada deteksi perilaku anak. Mereka menganalisis pola chat, jenis game yang dimainkan, dan waktu sesi bermain. Perilaku khas anak (bahasa yang digunakan, pola waktu bermain di jam sekolah/malam) menjadi sinyal utama. โšช X (Twitter) & Bigo Live X saat ini paling lemah dalam deteksi usia berbasis perilaku โ€” lebih mengandalkan laporan komunitas dan verifikasi manual. Bigo Live menggunakan moderasi konten live streaming secara real-time, termasuk deteksi wajah untuk usia. Keterbatasan Sistem Sistem-sistem ini gagal dengan cara yang dapat diprediksi. False positive sangat umum โ€” platform mengidentifikasi orang dewasa dengan wajah muda, orang dewasa yang berbagi perangkat keluarga, atau memiliki penggunaan yang tidak biasa, sebagai remaja. Sementara false negative juga persisten โ€” remaja dengan cepat belajar cara mengelabui sistem dengan meminjam KTP, berganti akun, atau menggunakan VPN. Bukan Sekadar Pembatasan, Perlu ada Substitusi Menurut saya, ini harus dimulai. Pasti ada kekurangan di awal. Yang penting terus disempurnakan sambil belajar dari yang sudah berhasil seperti China. Poin kunci yang membuat model China berbeda adalah mereka tidak hanya melarang, tapi menyediakan alternatif yang dikurasi secara aktif oleh negara. Douyin "Youth Mode" โ€” fitur-fiturnya sangat spesifik: Fitur Youth Mode Douyin antara lain: jeda wajib lima detik antar video untuk mengurangi risiko adiksi, batas 40 menit per hari hanya antara jam 6 pagi sampai 10 malam, dan konten diganti dengan materi edukatif seperti eksperimen sains, pameran museum, dan penjelasan sejarah. Di sisi konten, mode remaja Douyin melarang berbagai jenis konten ditampilkan, termasuk video prank, "takhayul", dan konten tempat hiburan seperti klub dansa atau karaoke yang memang tidak boleh dimasuki remaja. Setiap akun juga dihubungkan ke identitas asli pengguna, dan teknologi pengenalan wajah digunakan untuk memantau pembuatan konten live streaming. Bahkan ada aplikasi anak tersendiri. ByteDance meluncurkan aplikasi khusus anak bernama Xiao Qu Xing ("Little Fun Star") โ€” seperti Douyin tapi hanya berisi konten edukatif, dibatasi 40 menit per hari dengan default 30 menit di hari kerja, dan orang tua bisa menurunkan batas waktu hingga hanya 15 menit per hari. Kesimpulan Jadi konfirmasi dari perwakilan TikTok itu akurat dan berdasar โ€” platform memang sudah jauh melampaui sekadar mengandalkan tanggal lahir yang diinput. Namun tantangan terbesarnya untuk konteks Indonesia adalah sinyal seperti "cross-platform account matching" dan "device ID linking" akan sangat efektif, tapi sinyal berbasis konten (bahasa, NLP) perlu dilatih ulang untuk Bahasa Indonesia dan dialek lokal agar akurasinya setara dengan deployment di pasar Barat. Harusnya ini ndak jadi masalah, mengingat perkembangan AI yang sudah sangat maju.

Ismail Fahmi

61,361 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด