ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐— ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป, ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด? Harga minyak akan turun bermula September ini. Jika harga barang selalunya akan naik serta merta apabila ada kenaikan harga barang asas, bahan api seperti minyak dan utiliti seperti elektrik; adakah harga barang akan turun apabila harga minyak turun 6 sen bermula September ini? Susah...

30,671 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

0 ๆก่ฏ„่ฎบ

ๆš‚ๆ— ่ฏ„่ฎบ

ๅŽŸๅง‹ๅธ–ๅญ็š„่ฏ„่ฎบๅฐ†ๆ˜พ็คบๅœจ่ฟ™้‡Œ

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

'Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul..." - Ka Siong Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada kadar yang sama 80 sen sebagai sesuatu yang aneh. Beliau mempersoalkan sama ada kenaikan harga yang sama sebanyak 80 sen tersebut secara kebetulan atau memang mengikut formula formula Mekanisme Harga Automatik (APM) "Setiap kali naik 80 sen, tak lebih tak kurang, tetap 80 sen. Eh, biar betul. Ini secara kebetulankah atau memang hasil perhitungan mengikut formula APM yang telah diumumkan sebelum ini. "Kalau dikira mengikut formula APM, tak mungkin dapat dibulatkan kepada angka 80 sen (sama) sahaja," katanya menerusi satu rakaman video hari ini. Justeru, Ka Siong mempersoalkan sama ada formula APM telah diubah atau ditambah dengan komponen cukai baharu yang tidak dimaklumkan kepada rakyat. Beliau menegaskan, kerajaan perlu tampil memberi penjelasan, bukan membiarkan rakyat tertanya-tanya dalam keadaan harga bahan api semakin menekan. Ka Siong menjelaskan, kenaikan harga diesel memberi kesan berantai yang besar kepada ekonomi, khususnya dalam sektor yang bergantung penuh kepada bahan api itu seperti logistik, pertanian, pembinaan dan perkilangan. โ€œApabila harga diesel naik mendadak, kos pengangkutan terus meningkat. Tetapi kesannya tidak berhenti di situ. Kos operasi sektor-sektor ini turut melonjak dan akhirnya memberi kesan kepada harga barangan di pasaran,โ€ katanya. Beliau menggambarkan situasi itu sebagai tekanan berlapis kerana kenaikan diesel bukan memberi kesan sekali, tetapi berulang kali sepanjang rantaian bekalan daripada pengeluaran hingga ke penghantaran kepada pengguna. Tambah beliau, peniaga tidak mampu menyerap keseluruhan peningkatan kos tersebut, menyebabkan harga barangan terpaksa dinaikkan. โ€œBila kos angkut naik, harga barang naik. Bila kos operasi naik, harga barang naik. Bila kos penghantaran naik, harga barang naik. Inilah tekanan inflasi,โ€ katanya lagi. Mengulas lanjut, Ka Siong memberi amaran apabila harga telah meningkat, ia sukar untuk kembali turun dalam masa singkat. Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan menggunakan kekuatan kewangan negara apabila harga minyak global meningkat seperti yang dilakukan beberapa negara lain. โ€œTugas kerajaan adalah melindungi rakyat, bukan memindahkan kejutan harga terus kepada rakyat,โ€ tegasnya. Kedua, beliau menyarankan sebarang pelarasan harga diesel dibuat secara berperingkat dan berhemah, bukan secara mendadak. โ€œNaik sedikit demi sedikit supaya pasaran boleh menyesuaikan diri, peniaga boleh merancang dan rakyat masih ada ruang untuk bernafas,โ€ katanya. Ka Siong turut mengingatkan bahawa kenaikan diesel bukan sekadar melibatkan bahan api semata-mata, tetapi memberi kesan langsung kepada kos makanan, barangan harian dan keseluruhan kos sara hidup. โ€œRakyat sudah susah, jangan buat mereka lebih susah,โ€ katanya. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

MYNEWSHUB

37,425 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

Kita selalu dengar keluhan di media sosial bahawa harga barang makin melambung. Walaupun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras 2%, iaitu terendah sejak beberapa tahun ini, tetapi media sosial masih gamat dengan isu harga barang yang naik melambung. Kata mereka, kadar inflasi itu tidak betul sebab dimanipulasi. Saya pun kadang-kadang termakan juga, kot lah laporan inflasi yang diberikan ni tipu saya. Walaupun saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tak tipu saya bila mereka muktamadkan laporan inflasi setiap bulan, saya rasa kena semak juga. Jadi saya dapatkan laporan terperinci dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menunjukkan perbandingan harga barang. Ini laporan yang dikemukakan dalam bulan September, jadi laporan ini merujuk kepada harga dalam bulan Julai 2024 berbanding Jun 2024. Ada 238 barang yang harganya naik. 177 barang harga turun. 59 harga tidak berubah. Ada 4 barangan segar yang naik harga melebihi 10%. Betik biasa - dari RM4.48 ke RM5.57 sekg Udang putih - RM36.67 ke RM42.29 sekg Oren valencia - RM1.24 ke RM1.43 sebji Jambu batu tanpa biji - RM9.65 ke RM10.81 sekg Tetapi ada 20 barangan segar yang turun harga melebihi 10%, antaranya: Timun, kacang buncis, cili api, kubis bulat, daging kambing bebiri, limau kasturi, sawi, anggur merah, lada benggala, kacang panjang, ayam bersih, kailan, saderi, kacang botol, terung bulat, kubis bunga dan limau nipis. Ayam bersih turun harga dari RM9.62 kepada RM8.54 sekilo. Lepas dapat laporan KPDN itu, saya rasa lebih aman sebab saya tahu kita ada sistem pelaporan harga barang yang baik dan laporan inflasi itu disokong oleh turun naik setiap harga barang yang dipantau. Setiap bulan, ada harga barang yang naik, ada harga barang yang turun, ada yang tidak berubah. Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa inflasi kekal rendah berbanding sebelum Kerajaan Madani mengambil alih. Jadi kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya. Supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan kerana jelas peniaga itu mengambil kesempatan, dalam keadaan suasana inflasi keseluruhannya adalah rendah.

Rafizi Ramli

52,471 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Saya bentangkan rekod kenaikan harga makanan dari 2011 hingga 2024 dalam penggulungan Belanjawan 2025. Hakikatnya sesiapa pun yang jadi kerajaan, kita akan menggunakan data yang sama iaitu daripada DOSM. Sementara kita boleh berbeza pendapat, mengenai bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan atau pendekatannya, janganlah sehingga kita menidakkan data rasmi inflasi seolah-olah data itu tidak melambangkan keadaan sebenar rakyat kerana banyak perbahasan yang menjurus ke arah itu. Data inflasi setiap bulan ini memberi dua gambaran penting. Pertama, ia memberi trend peningkatan harga keseluruhan kerana angka inflasi adalah angka komposit yang menggabungkan kenaikan mengikut kategori seperti makanan mentah, makanan siap dibeli, makanan di restoran, elektrik, api pengangkutan dan sebagainya. Sama ada data 2% atau 1.9% itu adalah data komposit yang telah pun dikira mengikut wajaran dan ini adalah standard antarabangsa bukan hanya digunakan di Malaysia. Kedua, data inflasi menunjukkan berapa tinggi kenaikan itu berlaku. Jika kita amati laporan inflasi setiap bulan, ada saling kait antara angka inflasi keseluruhan dengan kenaikan mengikut kategori tertentu. Bagi bulan September 2024, kadar inflasi adalah 1.8% dan kadar kenaikan harga makanan & minuman, kerana ini yang selalu dilontarkan. Angka inflasi itu banyak itu, 2% tapi kita di bawah ini terbeban dengan harga makanan dan minuman yang tinggi. Jadi saya tengok satu persatu, kalau untuk September 2024, kadar inflasi keseluruhan 1.8%. Kadar kenaikan harga makanan dan minuman dan ini wajaran paling besar 29.8%, kadarnya hanyalah 1.6% lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Kenaikan harga makanan dan minuman pada 1.6%, bagi September 2024 ini, boleh diberikan perspektif berbanding rekod-rekod kenaikan harga makanan dan minuman sejak 2011. Saya semak tiap-tiap bulan, kenaikan harga barang dan minuman yang jadi komponen inflasi itu sejak tahun 2011 mengikut data DOSM. Di antara tahun 2011 hingga 2018, kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan 2% hingga 5.7%. Hanya beberapa bulan sahaja dalam tahun 2011 ke tahun 2018 itu yang kadar kenaikan harga makanan itu dalam lingkungan 2% kepada 3%. Majoritinya adalah 3% hingga 5% iaitu lebih dua kali ganda daripada kenaikan yang kita ada sekarang ini September 2024. Kemudian, selepas Mei 2018, kerajaan bertukar, inflasi makanan dan minuman adalah paling rendah pada Julai 2018. Daripada 2011 hingga ke 2024, inflasi makanan dan minuman adalah palng rendah adalah dalam bulan Julai 2018 iaitu 0.7%. Kemudian kekal rendah hingga ke Mei 2019 tetapi mula naik kepada 1.2% iaitu kesan daripada penghapusan GST pada ketika itu. Selepas itu, kenaikan harga makanan dan minuman naik semula daripada Jun 2019 itu dia mula naik dan melebihi 2% daripada itu dan hanya turun sekejap semasa COVID kerana permintaan kurang. Itu pun semasa COVID, kenaikan harga makanan & minuman ini tak banyak beza daripada yang ada sekarang iaitu 1.3% hingga 1.9% julat dia. Jadi dalam keadaan ekonomi merudum masa itu takda permintaan, berbanding dengan keadaan sekarang, kadar inflasi kenaikan harga barang makanan dan minuman boleh dibandingkan dengan zaman COVID yang ada sekarang ini. Bermula Oktober 2021, kenaikan harga barang makanan & minuman mula naik mendadak dari 1.9% Oktober 2021 kepada 7.2% dalam bulan Ogos 2022. Kenaikan harga makanan & minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023. Mac 2023, 6.9% kepada 4.1% bagi Ogos 2023, kemudian 2% bagji Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6% bagi September 2024. Maknanya, jika kita teliti semua data ini dari 2011 hingga 2024, prestasi mengawal inflasi, terutamanya kenaikan harga makanan dan minuman adalah terbaik sejak Kerajaan Madani mengambil alih Dari tahun 2011, hanya ada satu tempoh masa saja iaitu Julai 2018 hingga Mei 2019 akibat penghapusan GST yang mana kenaikan harga makanan dan minuman adalah lebih rendah daripada apa yang ada sekarang. Saya huraikan semua ini supaya jangan mudah menuduh kerajaan memutar belit angka ekonomi. Semua ini ada di segala laporan. Sedangkan jika dalam perbahasan, saya tengok dalam perbahasan ada yang sewenang-wenangnya mengatakan harga makanan naik sampai 30%, sampai 20% sedangkan data rasmi yang dikumpul itu keadaannya sangat berbeza dan DOSM inilah yang turut akan membekalkan data rasmi sekiranya pembangkang akan menjadi kerajaan ataupun semasa pembangkang jadi kerajaan dahulu, data yang sama itu jugalah yang digunakan

Rafizi Ramli

32,101 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

Boleh tak rakyat Singapura beli minyak subsidi ron95 malaysia? Jawapan ringkasnya adalah tidak boleh. Berdasarkan peraturan terkini kerajaan Malaysia (sehingga Januari 2026), semua kenderaan bernombor pendaftaran asing, termasuk dari Singapura, dilarang sama sekali daripada membeli petrol RON95, sama ada pada harga subsidi mahupun harga pasaran. Berikut adalah butiran lanjut mengenai peraturan tersebut: 1. Larangan Berdasarkan Nombor Pendaftaran Kenderaan Pendaftaran Asing: Semua kenderaan dengan nombor plat luar negara (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia) diharamkan mengisi RON95. Hanya RON97: Pemandu kenderaan Singapura hanya dibenarkan mengisi petrol RON97 (biasanya muncung pam berwarna hijau) yang harganya diapungkan mengikut harga pasaran semasa. 2. Program BUDI MADANI (BUDI95) Di bawah sistem penyasaran subsidi terbaru yang bermula pada hujung 2025: Hanya warganegara Malaysia dengan lesen memandu yang sah layak membeli RON95 pada harga subsidi (contohnya RM1.99 seliter). Warga asing yang menetap di Malaysia dan memandu kenderaan berdaftar di Malaysia boleh membeli RON95, tetapi mereka perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi (bukan harga subsidi RM1.99). 3. Hukuman dan Tindakan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius perkara ini: Pengusaha Stesen Minyak: Boleh didenda sehingga RM1,000,000 atau penjara jika membenarkan kenderaan asing mengisi RON95. Pemandu: Anda mungkin berhadapan dengan tindakan undang-undang atau dihalang daripada keluar dari Malaysia jika ditangkap melanggar peraturan ini. Malah, baru-baru ini terdapat kes viral pemandu yang cuba menyorokkan nombor plat mereka menggunakan pita pelekat hitam untuk mengisi RON95, dan mereka sedang dikesan oleh pihak berkuasa.

MYNEWSHUB

68,725 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Lee Ting Han dan pegawai penguatkuasa KPDN Johor telah turun padang untuk menjalankan pemeriksaan di beberapa stesen minyak sekitar Johor Bahru bagi memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan dan tidak disalahgunakan oleh kenderaan berdaftar asing. Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing serta memastikan harga yang dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 seliter. Selain itu, had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50km dari sempadan turut diperiksa bagi memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya. Kerajaan Negeri Johor, dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, komited memastikan subsidi bahan api ini hanya dinikmati oleh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON95 kepada kenderaan asing atau menaikkan harga melebihi kadar yang ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan yang menjejaskan hak rakyat tidak akan dikompromi. Saya juga ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan ketelusan pengedaran bahan api bersubsidi. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan atau pelanggaran peraturan, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui Portal e-Aduan KPDN. Setiap aduan akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil. Usaha ini akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Semoga langkah ini dapat membendung ketirisan subsidi dan memberikan manfaat yang sepatutnya kepada rakyat. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

Onn Hafiz Ghazi

37,494 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—ช ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  Jika anda mencari pekerjaan yang fleksi dengan gaji yang bermaruah, ini peluang anda menyertai krew Fleximart dan Kesum yang akan dibuka pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart ialah sebuah kedai serbaneka yang menawarkan makanan siap pada harga bawah RM5 dan menjual barang-barang runcit pada harga murah, seperti sabun pembasuh baju pada harga RM1 seliter. Kesum ialah sebuah kedai makanan value-meal yang menjual makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam pada harga RM5 ke bawah. Setiap kedai Fleximart dan Kesum akan dikendalikan oleh 6 orang pekerja tetap dan 6 orang pekerja sambilan yang bekerja mengikut shif. Pekerja tetap bekerja tidak lebih dari 45 jam seminggu dan dibayar gaji RM2,000 sebulan termasuk sumbangan KWSP. Pekerja sambilan bekerja tidak lebih dari 20 jam seminggu dan dibayar gaji mengikut jam pada kadar mengikut undang-undang. Selain dari gaji pokok, pekerja juga akan mendapat perkongsian keuntungan mengikut kadar yang dipersetujui, supaya sebahagian untung dikembalikan kepada pekerja setiap bulan. Anda akan diberikan latihan, kami alu-alukan permohonan tidak kira latar belakang, terutamanya kepada golongan-golongan berikut: - Anak muda yang masih menganggur - Suri rumah yang berkelapangan untuk bekerja sambilan - Pelajar yang boleh buat kerja sambilan Fleximart akan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam pada 1 November dan Kesum akan dibuka di Pandan Indah pada 8 November. Jika anda berminat, sila isi borang di sini: Atau boleh menghubungi terus Qimi di 019 7191993.

Rafizi Ramli

17,736 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰

EKONOMI DAN KEMAMPANAN TENAGA Salah satu nadi utama yang menggerakkan ekonomi sesebuah negara adalah keberadaan dan kemampanan tenaga (elektrik, gas, petrol dan seumpamanya). Sektor tenaga yang bekalannya stabil, harga berpatutan dan mencukupi akan membolehkan ekonomi terus berkembang. Sebab itu, sebagai sebahagian dari proses menstrukturkan ekonomi ke arah bernilai tinggi, tumpuan pertama Kementerian Ekonomi adalah meletakkan agenda peralihan tenaga sebagai penggerak utama dasar ekonomi negara. Ada beberapa realiti mengenai kemampanan tenaga negara yang belum diketahui umum. Kita membesar dalam suasana keberadaan sumber asli yang memberi kelebihan kepada negara. Sebelum ini, Malaysia mempunyai rizab dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang besar. Itu membolehkan kita menggunakan gas asli untuk menjana elektrik pada kos yang rendah, malah gas asli dieksport ke negara luar sebagai LNG. Suatu ketika dahulu, pengeluaran minyak mentah pula berada pada paras sekitar 650,000 tong sehari. Pengeluaran pada kadar itu lebih dari mencukupi untuk menampung penggunaan domestik, selebihnya dieksport. Generasi saya membesar dalam suasana ini. Struktur ekonomi yang ada pada hari ini dibangunkan dengan berlatar belakangkan suasana kelebihan tenaga yang Malaysia ada sebelum ini. Ada beberapa fakta yang saya perlu kongsi dengan masyarakat, untuk memberi konteks kepada beberapa keputusan besar kerajaan seperti peralihan tenaga dan penyasaran semula subsidi pukal. Faktanya berkait rapat dengan keberadaan dan kemampanan sumber tenaga negara untuk 20-30 tahun akan datang. Pertama, pengeluaran kasar minyak mentah telah menurun mendadak beberapa tahun kebelakangan ini. Angka semasa menunjukkan Malaysia hanya mengeluarkan sekitar 380,000 ke 390,000 tong minyak mentah sehari (berbanding 650,000 tong sehari suatu ketika dahulu). Kedua, penggunaan gas asli di Semenanjung (untuk menjana elektrik dan sebagai bahan asas industri) telah melebihi pengeluaran domestik. Bagi tahun 2023, Malaysia sebenarnya telah mengimport sekitar 25% dari keperluan gas asli untuk Semenanjung dari negara luar. Kadar import ini dijangka naik lagi dalam 2024, dan akan terus naik sekiranya peralihan tenaga tidak berlaku dengan lebih cepat. Fakta-fakta ini telah pun diketahui oleh pembuat dasar dan pemain industri. Kakitangan PETRONAS di Kerteh misalnya sedia maklum bahawa kapasiti loji pemproses gas asli telah direhatkan sebahagiannya, kerana gas asli yang semakin berkurang. Realitinya, jika sesuatu tidak dilakukan, Malaysia akan berubah dari negara yang berkemampuan menyediakan tenaga dari sumber asli keluaran domestik, kepada negara yang mengimport sumber asli (minyak mentah dan gas asli) untuk menyediakan tenaga (elektrik, gas dan diesel/petrol). Jika kita terus dengan amalan-amalan sebelum ini (subsidi pukal, penggunaan tenaga yang tidak berhemah, komposisi penjanaan elektrik yang bergantung kepada arang batu dan gas asli), menjelang 2050, ekonomi kita bergantung kepada harga sumber asli yang ditetapkan negara lain. Ini fakta yang tidak gemar kita dengar. Lebih mudah untuk menolaknya sebagai masalah orang lain yang perlu diselesaikan oleh orang lain di masa lain. Tetapi orang lain yang akan mewarisi masalah ini adalah anak-anak kita dalam 10-20 tahun dari sekarang. Dalam konteks inilah, Kementerian Ekonomi akan terus memberi tumpuan untuk membina kemampanan tenaga negara menjelang 2050 kerana kemerdekaan ekonomi kita menjadi taruhan, sekiranya perkara ini tidak diselesaikan. Marilah kita wariskan ekonomi negara kepada anak-anak kita dalam keadaan yang lebih kukuh dan terjamin dari apa yang kita ada sekarang.

Rafizi Ramli

218,692 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

KERAJAAN ANTI-SUBSIDI DAN ANTI-ORANG MISKIN? Saya tidak terkejut kalau lepas ini, serangan terbaru pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi. Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini yang ditumpukan kerajaan โ€“ kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin? Kita sebenarnya dah terlepas kapal. Semasa polemik turunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza. Tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan, jadi isunya adakah lebih baik sejumlah beberapa bilion digunakan untuk rakyat terbanyak dan bukannya untuk projek-projek mega. Malah, antara tahun 2014 hingga 2018, ada ketikanya rakyat membayar harga RON95 yang lebih tinggi dari pengiraan harga pasaran. Maknanya, ada elemen cukai yang dikutip secara senyap-senyap. Keadaannya cukup berbeza sekarang. Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku (orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi), ia perlu distrukturkan semula. Jika tidak, perbelanjaan rakyat yang lain akan dikekang dengan keadaan fiskal sebegini. Sebab itu, tindakan yang sedang diambil kerajaan sekarang bukannya anti-subsidi. Ia adalah penyasaran semula subsidi supaya ia sampai kepada yang benar-benar memerlukan. Saya ulas perkara ini apabila dibakar oleh Profesor Barjoya Bardai baru-baru ini. Saksikan video penuh Yang Bakar Menteri EP 2 di laman YouTube saya atau Spotify Yang Bakar Menteri. #YangBakarMenteri #ekonomimadani

Rafizi Ramli

63,260 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  Kedai serbaneka Fleximart di S7, Shah Alam akan dibuka pada hari Sabtu, 1 November ini dan kedai makan value-meal Kesum di Pandan Indah akan dibuka pada hari Sabtu, 8 November. Bagaimana kami menentukan harga: 1) Kos bahan mentah 2) Kos barang runcit dari pembekal 3) Kos tidak langsung seperti sewa, gaji pekerja, utiliti 4) Kos perkongsian pra-keuntungan untuk dibayar kepada penyumbang modal 5) Banding dengan harga kedai-kedai lain 6) Tentukan margin agar harga sekitar yang termurah di pasaran Berikut adalah harga di Kesum: Semua juadah iaitu nasi lemak ayam, nasi minyak ayam, mee goreng, nasi ayam berempah, lempeng kari ayam dijual pada harga RM5 ke bawah. Berikut adalah harga di Fleximart: Aiskrim - RM1 per cone Kopi - antara RM2.90 ke RM4 secawan Mee kari & jus - RM5 Mee segera & condiments (bebola ikan dan lain-lain) & jus - RM5 Detergent (sabun basuh baju) - RM1 seliter, kuantiti flexi ikut sukatan sendiri Makanan siap dimakan dari Flexivending - semua di bawah RM5: Nasi lemak, Chicken wrap, Ayam Korea, Ayam cheese, Ayam goreng crispy, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, mee goreng basah telur mata, nasi goreng seafood, sandwich telur, sandwich tuna, sandwich ayam, roti sosej cheese Kalau tak percaya, boleh datang sendiri bila Fleximart mula dibuka pada 1 November dan Kesum pada 8 November ini.

Rafizi Ramli

20,700 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰

PENDAPATAN BERTANI MODEN LEBIH TINGGI DARI GAJI MEDIAN NASIONAL Hari ini (28 Januari 2024), YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim akan melawat ke tapak IPR INTAN Tanjung Rambutan, yang kebetulannya berada di dalam Parlimen Tambun. Ini adalah kali pertama PMX melawat tapak IPR INTAN. Sejak dilancarkan, program basmi kemiskinan melalui pendekatan IPR sering menjadi bahan sindiran segelintir masyarakat. Ada yang berkata ia bukan baru. Ada yang perlekeh vending machine. Ada yang seolah-olah mahu melihatnya gagal. Bagi setiap program kerajaan yang ambil pendekatan baru, memang risiko gagal atau terbengkalai itu ada. Apatah lagi yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan aktiviti pertanian. Saya cuba memahami kenapa beberapa projek pertanian yang melibatkan peserta berpendapatan rendah tidak berjaya seperti yang dirancang sebelum ini. Ada beberapa punca utama. Pertama, risiko operasi iaitu apabila tanaman diserang penyakit dan mutu tuaian tidak baik. Kedua, risiko pasaran apabila harga tidak menentu. Yang membawa kepada risiko ketiga, iaitu hasil yang dijana tidak dapat menampung kos buruh/masa, kos baja dan operasi. Kesemua ini mendorong risiko terakhir, iaitu peserta cepat berputus asa. Akhirnya segala bantuan (modal, polybag untuk menanam, baja dan lain-lain) ditinggalkan selepas satu musim (atau belum pun satu musim). Pendekatan IPR INTAN yang melihat satu tapak pertanian sebagai satu โ€œkilangโ€ cuba menyelesaikan semua risiko ini. Peserta menjadi pekerja yang menguruskan plot yang telah dibangunkan dengan kaedah pertanian moden dan diberi latihan. Kalau mereka putus asa awal, akan ada peserta baru yang masuk untuk menyambung, seperti pekerja kilang baru mengganti yang telah berhenti. Kontrak jualan telah diikat dengan pembeli pada harga tertentu, supaya peserta tidak perlu menjual sendiri hasil. Kos operasi telah dimasukkan di dalam keseluruhan perancangan kewangan, bukannya diberikan dalam bentuk modal dan baja kepada peserta. Peserta diberi jaminan menerima sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan setiap kali pusingan tanaman, dengan elaun RM600 sebulan dalam 2-3 bulan pertama sebelum boleh dituai.

Rafizi Ramli

366,538 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

Terjemahan Video Baiklah; sekarang kita terjebak, dan tidak ada jalan keluar sama sekali. ๐Ÿ”ป Iran memiliki strategi jangka panjang untuk tidak terseret ke dalam perang. Meskipun ada serangan-serangan yang dilancarkan Israel untuk memicu konflik, Iran tahun lalu dan tahun sebelumnya telah berusaha keras agar tidak masuk ke medan perang. Namun pada akhirnya, (Israel) mendapatkan apa yang mereka inginkan. ๐Ÿ”ป Selat Hormuz telah ditutup. Kita tidak memiliki sumber daya keuangan yang tak terbatas. Kita tidak memiliki sumber daya persenjataan yang tak terbatasโ€”dan apa yang dikatakan Presiden Trump di Truth Socialโ€”tidaklah benar. Oleh karena itu, kita terjebak, situasi kita hancur, dan tidak ada jalan keluar yang jelas. ๐Ÿ”ป Situasi ini sangat menyakitkan karena meskipun Trump terus membom dan menghujani Iran dengan rudal, bahkan jika Israel mengaku sebagai negara adidaya dan meluncurkan lebih banyak rudal, tindakan ini tidak akan membuka kembali Teluk Persia. Dan jika Teluk Persia tidak terbuka, dengan hilangnya lebih dari 20% pasokan minyak dunia, harga minyak akan terus melambung tinggi. ๐Ÿ”ป Seperti yang saya katakan beberapa hari lalu, untuk alasan yang bisa dimengerti semua orang fokus pada minyak, namun yang tidak terlihat adalah jumlah urea. 35% pasokan urea dunia yang dibutuhkan untuk pertanian global berasal dari sana. Jika jumlah ini terputus selama beberapa bulan, akan terjadi krisis pangan di seluruh dunia karena Anda tidak dapat memproduksi makanan sebanyak yang kita konsumsi setiap hari, sebab (urea) digunakan dalam pupuk. ๐Ÿ”ป Jadi, satu masalah adalah hal mendasar seperti harga minyak yang berdampak langsung dan merupakan masalah jangka pendek, tetapi urea adalah masalah sekunder yang akan membawa konsekuensi global yang membawa bencana. ๐Ÿ”ป Tekanan terhadap Presiden Trump tidak hanya akan meningkat dari dalam Amerika karena masalah di SPBU dan kenaikan harga minyak, tekanan dari luar juga akan semakin besar. Karena semakin lama masalah ini berlarut-larut dan selat tetap tertutup, masalah ketahanan pangan akan muncul di seluruh dunia. Dan ini akan menempatkan kita di bawah tekanan yang lebih besar. ๐Ÿ”ป Karena alasan ini, saya tidak lagi bersedia mendengar bualan Netanyahu tentang dirinya sebagai negara adidaya, karena (kamu) bukan adidaya, karena tanpa kami, kamu bukan apa-apa. Biar saya perjelas hal ini. Lagipula, kami tidak memiliki kekuatan seperti yang kamu bayangkan, sesuatu yang telah kamu curi sekarang dan kamu pikir tidak ada habisnya. Sekarang setelah kamu terjun ke dalam masalah ini, ketika kenyataan terungkap, kamu akan tersungkur.

SW News - SOFT WAR NEWS

22,219 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

Menteri Keuangan Purbaya Yudhi Sadewa menilai kenaikan harga Pertamax dan Pertamax Green tidak akan berdampak signifikan terhadap inflasi nasional. Menurut Purbaya, pengaruhnya relatif terbatas karena Pertamax bukan bahan bakar yang umum digunakan untuk angkutan umum maupun distribusi barang. Pengguna utama BBM tersebut adalah kendaraan pribadi. "Kenaikan harga Pertamax seharusnya berdampak terbatas terhadap inflasi karena tidak digunakan untuk angkutan barang maupun transportasi umum," ujar Purbaya di Kompleks Parlemen, Rabu (10/6). Sebelumnya, Pertamina Patra Niaga menaikkan harga Pertamax (RON 92) dari Rp12.300 menjadi Rp16.250 per liter dan Pertamax Green 95 (RON 95) dari Rp12.900 menjadi Rp17.000 per liter mulai 10 Juni 2026. Terkait potensi peralihan konsumen ke BBM bersubsidi, Purbaya menyebut pengendalian kuota menjadi kewenangan Kementerian ESDM. Ia menilai mekanisme pengawasan, termasuk pengaturan distribusi di SPBU, telah disiapkan pemerintah. Sementara itu, harga BBM lainnya tidak berubah. Pertamax Turbo tetap Rp20.750 per liter, Dexlite Rp23.000 per liter, dan Pertamina Dex Rp24.800 per liter. BBM bersubsidi juga tetap dijual dengan harga Pertalite Rp10.000 per liter dan Biosolar Rp6.800 per liter. Pemerintah menilai tetap bertahannya harga BBM bersubsidi akan membantu menjaga biaya transportasi dan distribusi barang sehingga tekanan inflasi akibat kenaikan Pertamax diperkirakan tetap terkendali. ๐Ÿ“ธ: Dok. kumparan/Ave Airiza. Baca selengkapnya dengan klik link di bio. Cari tahu berita update lainnya dengan download aplikasi kumparan di App Store atau Google Play. ๐Ÿ“: bisnisupdate | update | bisnis | svt | R142 | E074 | E093 #bicarafaktalewatberita #kumparan

kumparan

14,707 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  Dua inisiatif utama Ayuh Malaysia akan buka pintu kepada orang ramai pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart adalah sebuah kedai serbaneka yang memberi tumpuan kepada makanan siap di bawah RM5 dengan barangan runcit yang lain pada harga yang rendah. Kesum adalah sebuah kedai makan value-meal atas konsep โ€œasal Kenyang, Sedap dan Murahโ€ bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah. Kesum akan menjual makanan sarapan, tengahari dan malam pada harga di bawah RM5. Kedua-dua kedai ini menggunakan konsep perusahaan sosial, iaitu perkongsian di antara penyumbang modal dan pekerja. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai. Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah. Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya. Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah. Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan. Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri. Saya jemput orang ramai untuk hadir ke pembukaan Fleximart pada hari Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart). Kesum akan dibuka pada 8 November 2025 jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah (sederet dengan KM Bistro). Insya Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu.

Rafizi Ramli

34,510 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

MALANG โ€“ Fluktuasi harga sayuran di pasar tradisional Kota Malang semakin sulit diprediksi. Perubahan harga yang kini terjadi hampir setiap hari membuat pedagang memilih mengurangi stok dagangan untuk menghindari kerugian saat harga tiba-tiba anjlok. Pedagang sayur Pasar Klojen, Tini, mengatakan harga sejumlah komoditas pada Selasa (4/8/2026) kembali normal setelah sempat naik sehari sebelumnya. Bawang merah dijual Rp30.000 per kilogram, bawang putih Rp28.000, tomat Rp8.000, dan cabai Rp35.000 per kilogram. โ€œKalau hari ini normal. Kemarin sempat naik, sekarang turun lagi. Sekarang hitungannya harian, kami pedagang dan pembeli sama-sama bingung,โ€ ujarnya. Menurutnya, cabai menjadi komoditas yang paling sering bergejolak. Dalam beberapa hari terakhir, harganya turun dari Rp45.000 menjadi Rp35.000 per kilogram. Kondisi itu membuatnya memilih membeli stok dalam jumlah sedikit agar tidak merugi jika harga kembali berubah. Pedagang lainnya, Siti Maryam, juga mengaku gejolak harga terjadi hampir setiap hari. Bawang merah kini dijual sekitar Rp40.000 per kilogram dengan harga kulak Rp37.000, sedangkan bawang putih ikut naik sekitar Rp2.000. Kentang juga naik dari Rp14.000 menjadi Rp17.000 per kilogram. โ€œKarena harganya sering berubah dan pembeli juga sedang sepi, kami tidak berani menyimpan stok banyak,โ€ katanya. Menanggapi kondisi tersebut, Wakil Wali Kota Malang Ali Muthohirin mengatakan Pemkot akan membahas langkah stabilisasi harga bersama Tim Pengendali Inflasi Daerah (TPID). Salah satu opsi yang disiapkan ialah mengaktifkan kembali Warung Tekan Inflasi (WTI) untuk mengendalikan lonjakan harga komoditas pangan di pasaran. Laporan: Kontributor Malang Raya Media I Selasa, 4 Agustus 2026

Malang Raya Info

16,109 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 19 ๅคฉๅ‰