ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—ช ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  Jika anda mencari pekerjaan yang fleksi dengan gaji yang bermaruah, ini peluang anda menyertai krew Fleximart dan Kesum yang akan dibuka pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart ialah sebuah kedai serbaneka yang menawarkan makanan siap pada harga bawah RM5 dan menjual...

17,736 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

0 ๆก่ฏ„่ฎบ

ๆš‚ๆ— ่ฏ„่ฎบ

ๅŽŸๅง‹ๅธ–ๅญ็š„่ฏ„่ฎบๅฐ†ๆ˜พ็คบๅœจ่ฟ™้‡Œ

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  Dua inisiatif utama Ayuh Malaysia akan buka pintu kepada orang ramai pada 1 November dan 8 November ini. Fleximart adalah sebuah kedai serbaneka yang memberi tumpuan kepada makanan siap di bawah RM5 dengan barangan runcit yang lain pada harga yang rendah. Kesum adalah sebuah kedai makan value-meal atas konsep โ€œasal Kenyang, Sedap dan Murahโ€ bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah. Kesum akan menjual makanan sarapan, tengahari dan malam pada harga di bawah RM5. Kedua-dua kedai ini menggunakan konsep perusahaan sosial, iaitu perkongsian di antara penyumbang modal dan pekerja. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai. Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan itu disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah. Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya. Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah. Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan. Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri. Saya jemput orang ramai untuk hadir ke pembukaan Fleximart pada hari Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart). Kesum akan dibuka pada 8 November 2025 jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah (sederet dengan KM Bistro). Insya Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu.

Rafizi Ramli

34,510 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ซ๐—œ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  Kedai serbaneka Fleximart di S7, Shah Alam akan dibuka pada hari Sabtu, 1 November ini dan kedai makan value-meal Kesum di Pandan Indah akan dibuka pada hari Sabtu, 8 November. Bagaimana kami menentukan harga: 1) Kos bahan mentah 2) Kos barang runcit dari pembekal 3) Kos tidak langsung seperti sewa, gaji pekerja, utiliti 4) Kos perkongsian pra-keuntungan untuk dibayar kepada penyumbang modal 5) Banding dengan harga kedai-kedai lain 6) Tentukan margin agar harga sekitar yang termurah di pasaran Berikut adalah harga di Kesum: Semua juadah iaitu nasi lemak ayam, nasi minyak ayam, mee goreng, nasi ayam berempah, lempeng kari ayam dijual pada harga RM5 ke bawah. Berikut adalah harga di Fleximart: Aiskrim - RM1 per cone Kopi - antara RM2.90 ke RM4 secawan Mee kari & jus - RM5 Mee segera & condiments (bebola ikan dan lain-lain) & jus - RM5 Detergent (sabun basuh baju) - RM1 seliter, kuantiti flexi ikut sukatan sendiri Makanan siap dimakan dari Flexivending - semua di bawah RM5: Nasi lemak, Chicken wrap, Ayam Korea, Ayam cheese, Ayam goreng crispy, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, mee goreng basah telur mata, nasi goreng seafood, sandwich telur, sandwich tuna, sandwich ayam, roti sosej cheese Kalau tak percaya, boleh datang sendiri bila Fleximart mula dibuka pada 1 November dan Kesum pada 8 November ini.

Rafizi Ramli

20,700 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰

Kertas putih Dasar Gaji Progresif (DGP) yang dibentangkan di Parlimen tahun lalu adalah salah satu reformasi reformasi pasaran buruh yang meningkatkan gaji rakyat secara sistematik. Realitinya, rakyat Malaysia, terutamanya graduan yang baru, ingin mula bekerja menghadapi isu penetapan gaji permulaan yang rendah dan hampir dengan kadar gaji minimum. Dasar gaji minimum telah menaikkan gaji pekerja berkemahiran rendah tetapi menyebabkan herotan gaji (wage compression). Akibatnya, jurang gaji antara pekerja berkemahiran rendah dan graduan peringkat permulaan semakin mengecil. Gaji pekerja tidak berkemahiran telah naik, manakala gaji pekerja berkemahiran atau para-kemahiran tidak meningkat atau menjadi lebih rendah. Itulah mengapa kita sering kita dengar keluhan anak muda tentang gaji mereka yang rendah. DGP yang kita ingin laksanakan bukan sekadar menambah pendapatan rakyat semata-mata tetapi meningkatkan pergerakan kemahiran dalam pasaran kerja supaya mereka yang dibayar rendah atau tidak bekerja boleh meneroka peluang kemahiran baru dan naik ke atas. DGP adalah secara sukarela, memberikan majikan ruang untuk bersedia dan menyesuaikan diri dengan peningkatan kos buruh. Syarikat yang berdaftar dan layak akan menerima insentif kerajaan untuk membantu menyesuaikan diri dengan kos tambahan. Sebelumnya, inisiatif menaikkan gaji tidak disokong dengan insentif dan ditinggalkan kepada majikan. DGP akan memastikan keseimbangan antara kenaikan gaji pekerja dan produktiviti untuk kesaksamaan. DGP akan mendorong majikan menyediakan latihan dan melabur dalam teknologi untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti pekerja. Negara memerlukan anjakan besar untuk meningkatkan gaji pekerja selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI. Ini bertujuan mengangkat martabat negara dan memastikan pendapatan dinikmati rakyat. Dasar Gaji Progresif, satu inisiatif serampang pelbagai mata, akan melengkapi dasar-dasar sedia ada seperti Dasar Gaji Minimum. Kepada majikan dan syarikat yang berminat untuk sertai, maklumat lanjut mengenai Dasar Gaji Progresif boleh dilayari di laman web

Rafizi Ramli

154,757 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ๅนดๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ฅ? ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ž๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฆ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ง๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”โ€ฆ. Terima kasih Meor Mohd Zafuan, penyokong tegar Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim (gambar profile pun gambar PMX) yang bertanya khabar mengenai Kesum pada 10 Disember 2025 yang lalu. Alhamdulillah minggu depan, genap 3 bulan Kesum beroperasi. Semuanya berjalan baik. Jualan harian macam biasa ada hari baik, ada hari tersangat baik, ada hari sendu terutamanya bila masuk minggu ketiga. Dah nampak trend bila hujung bulan, gaji dah nak habis jadi orang kurang berbelanja. Kami sedang meneliti perincian kos satu-satu untuk membandingkan unit kos asal semasa perancangan, dengan turun naik harga bahan mentah. Insya Allah bila analisa terperinci siap, kami boleh tentukan margin pulangan kepada rakan kongsi ekuiti. Untuk menjawab Meor Mohd Zafuan, setakat ini Kesum balik modal dan berjaya bayar pekerja antara RM2,000 ke RM4,000 sebulan, ikut berapa banyak overtime yang dibuat. Ini contoh slip gaji pekerja (rujuk video), kot kot Meor Mohd Zafuan tak percaya. Insya Allah, Kesum akan beroperasi lebih lama, walaupun ada walanon seperti Meor Mohd Zafuan berharap tutup cepat-cepat. Ada juga walanon yang macam ni, benda baik orang nak tolong rakyat dengan makanan yang kenyang, sedap dan murah; juga untung yang sedikit itu diutamakan kepada pekerja-pekerja - yang itu pun dia sakit hati sibuk mintak tutup awal. Buat masa ini, Kesum sedang mencari 3 orang lagi krew dapur untuk menampung keperluan kerja. Kami mencari 3 orang krew dapur tetap dan beberapa orang lagi untuk pekerja separuh masa. Gaji saya dah kongsi tadi dan terma kerja saya pernah kongsi sebelum ini. Bagi mereka yang berminat, sila isi borang di sini dan kami akan senarai pendek: Mohon kongsi dan sebarkan kepada seberapa ramai. Kepada yang minta buka Kesum di sana sini, benda macam ni tak leh nak rush sebab kita nak pastikan model operasi, model kos dan semuanya betul-betul OK dulu. Beri kami masa beberapa bulan lagi untuk fine tune - lagi pun kami nak bersedia untuk Ramadhan. Nanti saya kongsi operasi dan perancangan Kesum semasa Ramadhan.

Rafizi Ramli

50,356 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

โ€œDude, youโ€™re the PM. you have the powerโ€ Bila kerajaan umum kenaikan gaji kakitangan awam, ada yang mencemuh. Kata mereka, kerajaan tidak menggunakan kuasanya untuk menaikkan gaji kakitangan swasta juga. Mereka kata: โ€œDude, youโ€™re the PM. you have the powerโ€ Sebenarnya, bolehkah kerajaan mengarahkan majikan swasta menaikkan gaji mengikut ketetapan kerajaan? Jawapannya tidak, kerana namanya pun swasta. Ia bukan milik kerajaan. Ia tidak dimiliki kerajaan. Majikan menentukan tangga gaji masing-masing kerana syarikat itu milik mereka, atas usaha mereka. Konsepnya sama seperti rumah yang kita miliki. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya masuk rumah kita, ambil hak atas rumah kita atau mengutip sewa atas rumah kita kerana ia milik kita, bukan kerajaan. Tapi kerajaan boleh pula laksanakan Perintah Gaji Minima? Seperti mana kerajaan kuatkuasakan undang-undang menetapkan gaji minima, kenapa kerajaan tidak buat undang-undang sama untuk naikkan gaji semua pekerja swasta? Kerajaan boleh menetapkan gaji lantai untuk mengelakkan golongan pekerja dimanipulasi, agar pekerja tidak menjadi mangsa dibayar upah yang tidak berpatutan dengan kehendak hidup yang minima. Sebab itu dipanggil gaji minima. Tetapi setiap syarikat mempunyai pelbagai lapisan jawatan, kemahiran dan kelayakan yang berbeza-beza. Tangga gaji bagi pelbagai lapisan jawatan ini bergantung kepada kehendak pasaran, iaitu kemampuan syarikat-syarikat menjana pendapatan. Jadi kenapa kerajaan tidak boleh tetapkan juga? Sebab mustahil untuk ada undang-undang yang menetapkan gaji bagi setiap jenis pekerjaan, pada setiap peringkat kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang berbeza-beza. Dan juga mustahil untuk dikuatkuasakan kerana akan ada beratus ribu kombinasi jawatan dan tangga gaji mengikut industri yang berbeza dan kemahiran, kelayakan yang berbeza. Itulah sebabnya tidak ada negara di dunia ini yang mana kerajaan boleh mengarahkan dan menetapkan tangga gaji swasta, kecuali negara komunis sepenuhnya. Eyh negara komunis boleh pula? Sebab tiada konsep swasta di negara komunis, semua perusahaan adalah milik negara. Sebab itu negara yang pada namanya komunis pun tidak lagi mengamalkan pasaran kerja sebegini, contohnya China dan Vietnam. Habis apa guna kerajaan? Sebab itu kerajaan memberi tumpuan kepada gabungan dasar yang saling melengkapi untuk mewujudkan satu pasaran kerja yang dinamik, agar gaji yang dibayar sektor swasta naik sepadan dengan nilai ekonomi yang dijana. Pentadbiran Madani memberi tumpuan kepada dua dasar utama yang saling melengkapi, iaitu: Pertama - Perintah Gaji Minima untuk memastikan gaji lantai sentiasa naik mengikut kesesuaian, seterusnya mempengaruhi tangga gaji jawatan-jawatan yang lebih atas, dan: Kedua - Dasar Gaji Progresif yang memberi galakan dan insentif kepada majikan dan pekerja untuk melonjakkan tangga gaji mengikut panduan gaji umum mengikut industri dan kemahiran. Kepada mamat dude tadi, saya nak pesan: Dude, you have to read more about labour market!

Rafizi Ramli

391,427 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

FlexiMart dan KESUM, dua inisiatif pertama Ayuh Malaysia telah dibuka kepada orang ramai pada 1 dan 8 November. Dari luar, nampak seperti dua kedai baharu. Di sebalik semua ini sebenarnya satu eksperimen sosial yang penuh risiko. Beberapa minggu sebelum dibuka, kedua-duanya masih โ€œwork in progressโ€. Di KESUM, dapur sempit dan aliran kerja belum teruji. Staf baru hanya sempat direkrut dan dilatih dalam 2โ€“3 hari. Di atas kertas, setiap hidangan mesti siap bawah 5 minit. Di dapur, budaya โ€œasalkan jalanโ€ masih berbaki dan mula berlaga dengan perancangan rapi. Dalam projek sosial begini, setiap keputusan kecil ada harga dan kesan. Satu plug tambahan, satu lampu tak dirancang, sedikit kesilapan dalam susunan aliran dapur, semuanya boleh menolak kos dan menggugat model kenyang, sedap dan murah. Di suatu sudut pula, FlexiMart nampak 70% siap. Kaunter dan rak sudah berdiri, stok mula masuk. Namun, baki 30% itulah yang paling perit, ketika kelemahan kecil dan keputusan yang tertangguh mula menuntut harga. Bagi pengusahanya, FlexiMart bukan sekadar kedai tetapi pertaruhan hidup selepas meninggalkan kerjaya lama dan terjun ke dunia keusahawanan sosial tanpa pengalaman. Di tengah kekalutan ini, satu pasukan kecil, MediaCo dipanggil untuk merakam semuanya. Bukan sekadar poster dan gambar pembukaan, tetapi juga perbualan, kegagalan, kebimbangan dan cara fikir yang membentuk projek ini. Ayuh Originals cuba membuka helaian belakang, bukan sekadar kulit depan. Dulu sistem dibina dari kementerian. Kini, percubaan yang sama dibuat dari lantai kedai, di ruang sempit dapur, di kaunter runcit, dan di kepala orang-orang yang mempertaruhkan masa depan mereka. Episod ke-2 ini merakam detik-detik sebelum pintu dibuka, saat di mana satu eksperimen sosial boleh berubah menjadi kisah kejayaan atau kekecewaan yang hanya ditanggung oleh mereka yang bekerja di belakang tabir. Tonton penuh Episod 2 Ayuh Originals di saluran YouTube saya:

Rafizi Ramli

16,281 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 8 ไธชๆœˆๅ‰

๐— ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป, ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด? Harga minyak akan turun bermula September ini. Jika harga barang selalunya akan naik serta merta apabila ada kenaikan harga barang asas, bahan api seperti minyak dan utiliti seperti elektrik; adakah harga barang akan turun apabila harga minyak turun 6 sen bermula September ini? Susah nak cakap. Tiada siapa yang tahu. Kita hanya boleh melihat selepas beberapa bulan, iaitu menjelang akhir tahun ini. Selain dari faktor kos bahan mentah dan kos pengeluaran, harga dalam sistem pasaran terbuka dipengaruhi oleh banyak perkara. Salah satunya ialah persaingan. Apabila peniaga masing-masing telah menaikkan harga sebelum ini kerana peniaga lain pun menaikkan harga yang sama, jika kenaikan harga itu tidak menjejaskan permintaan dan pelanggan masih membeli, sukar untuk peniaga itu menurunkan harga. Kos barang mentah juga dipengaruhi harga sepanjang rantaian bekalan. Peniaga membeli dari pemborong, pemborong membeli dari pembekal pukal atau pengilang. Kecuali harga diturunkan dari pengilang iaitu kos di peringkat huluan, peniaga akan rasa sebarang penurunan harga minyak tidak membawa kesan kepadanya. Kos juga bergantung kepada kadar upah pekerja dan kos-kos lain. Mengimbangi kenaikan harga memerlukan peranan semua pihak. Kerajaan bertanggungjawab memastikan tiada kenaikan mendadak harga bahan asas yang berterusan kerana bahan-bahan asas kebanyakannya adalah barang terkawal. Kerajaan juga bertanggungjawab memastikan undang-undang berupaya menyekat amalan mengambil untung berlebihan yang memanipulasi pengguna; dan undang-undang ini boleh dikuatkuasakan. Pengguna bertanggungjawab membeli barang dan perkhidmatan yang memberi nilai terbaik pada harga yang berpatutan. Peniaga yang memanipulasi pengguna dengan harga yang melampau wajar dihindari. Namun semua ini menjadi sukar kerana kita masih belum mengamalkan ketelusan harga (atau price transparency) dalam amalan urusniaga harian. Prinsip ketelusan harga membolehkan pengguna menilai, sama ada dari perbandingan harga rujukan, atau dari analisa kos dan margin keuntungan untuk menentukan sama ada harga itu berpatutan atau tidak. Ketelusan harga ialah satu bidang dasar yang saya akan berikan tumpuan selepas ini, supaya Malaysia bergerak lebih cepat untuk menggalakkan amalan harga yang telus dalam ekonomi kita.

Rafizi Ramli

30,671 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

PELANGGAN MENGAMUK DI KEDAI NASI CAMPUR, PEKERJA DIPUKUL GARA-GARA HARGA RM13 IPOH, 3 Jun 2025 โ€“ Sebuah insiden keganasan mengejutkan berlaku di sebuah kedai nasi campur di Meru Raya, di sini baru-baru ini apabila seorang pelanggan bertindak agresif dan menampar seorang pekerja kedai, dipercayai tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dikenakan. Menurut saksi kejadian, lelaki berkenaan yang berpakaian serba hitam telah memesan dua hidangan nasi putih bersama beberapa lauk berasaskan daging termasuk bebola daging, ayam mentega dan ayam goreng. Jumlah keseluruhan harga makanan tersebut ialah RM13. Namun, lelaki itu dikatakan berang dengan harga berkenaan dan bertindak mempersoalkan caj yang dikenakan. Meskipun pekerja kedai tersebut โ€“ seorang warga asing โ€“ telah memulangkan semula wang pelanggan itu, insiden tidak berakhir di situ. Lelaki terbabit kemudian dilaporkan kembali semula ke premis sebelum didakwa menampar pekerja berkenaan di hadapan pelanggan lain. โ€œSaya lihat lelaki tu memang dah dapat balik duit, tapi dia tetap datang semula dan terus serang pekerja tu tanpa sebab munasabah,โ€ ujar salah seorang pelanggan yang enggan dikenali. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri atau menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian, sebaliknya menyalurkan aduan melalui saluran yang betul. Tindakan pelanggan tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan, apatah lagi pekerja kedai hanya menjalankan tugas mengikut arahan majikan. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih bersikap rasional dan menghormati pekerja di sektor perkhidmatan yang turut berusaha mencari rezeki demi kelangsungan hidup. - MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

177,776 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰

๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—™๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—› ๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—ก๐—œ? Saya rasa banyak polemik yang berlegar di kalangan orang atas tidak banyak yang menyentuh cabaran seharian yang dihadapi terutamanya Gen Z yang dibawah umur 28 tahun ini. Kita akan selalu dengar pembangkang memainkan isu kos sara hidup. Tiada siapa yang menafikan kos sara hidup adalah isu nombor satu Malaysia, malah di seluruh dunia. Tetapi selain kos sara hidup, bagi Gen Z, cabaran paling besar ialah mendapatkan pekerjaan yang boleh bagi ruang untuk membina kerjaya di masa hadapan. Dengan prospek kerjaya yang baik, ia akan memberi peluang kepada pendapatan yang stabil dan keupayaan mobiliti sosial untuk membina hidup yang lebih baik di masa hadapan. Data-data ekonomi menunjukkan Gen Z berhadapan cabaran besar membina kerjaya, seperti berikut: 1. Pengangguran di kalangan orang muda sebenarnya tinggi, iaitu sekitar 10% bagi tempoh 2024 hingga awal 2025, berbanding pengangguran purata nasional yang hanya 3.2% (dari data DOSM) 2. Ini selari dengan kajian Bank Dunia, yang menunjukkan 13.4% anak muda berumur 16 hingga 24 tahun dalam kategori NEET (Not in employment, education or training). Maksudnya ada 13.4% dari kalangan ini, lepas sekolah, tidak buat apa-apa 3. 33 hingga 37% dari graduan bekerja dalam pekerjaan yang dibawah kelulusan mereka, yang dipanggil under-employment 4. Kita ada fenomena yang dipanggil โ€œwage compressionโ€ iaitu gaji bagi pekerja bawahan tanpa kemahiran sebenarnya meningkat jauh lebih laju dari gaji permulaan graduan atau pekerja berpengalaman atau pekerja separa kemahiran. Ini adalah disebabkan oleh gaji minima. Sementara majikan terpaksa menaikkan gaji minima kepada pekerja kurang berkemahiran kerana itu kehendak undang-undang, mereka terpaksa menampung kenaikan itu dengan memperlahankan kenaikan gaji pekerja yang lebih atas 5. Jurang kemahiran antara graduan dan kehendak pasaran masih tinggi, terutamanya dalam sektor yang banyak kekosongan seperti yang berkaitan teknologi dan sains. Contohnya, jurutera perisian untuk rekabentuk cip semikonduktor boleh mencecah RM6,000 sebulan untuk fresh graduate, tetapi kita tidak cukup graduan yang memenuhi kelayakan akademik dan kelulusan untuk mengisinya 6. Ada ketidakpadanan di antara lulusan universiti dalam bidang-bidang yang tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan, sedangkan dalam bidang-bidang teknikal tertentu ada kekosongan yang tidak dapat diisi kerana tidak cukup lulusan yang memenuhi kriteria Akhirnya, negara kita berhadapan dengan masalah yang mengundang semua pihak saling menuding jari: Gen Z dan graduan mengeluh susah nak dapat pekerjaan. Ada yang menuding jari kepada majikan atau kerajaan. Majikan mengeluh susah nak cari cari pekerja yang memenuhi kriteria dan kelayakan. Ada yang menuding jari kepada graduan atau kerajaan. Kerajaan? Terpulang nak tuding jari kepada sesiapa pun, tetapi tidak boleh lari dari cuba menyelesaikan masalah ini. Sebahagian dari masalah ini berpunca dari perkara struktur. Contohnya struktur ekonomi yang tidak sampai ke tahap nilai tinggi, maka pekerjaan dalam kategori gaji tinggi tidak banyak berbanding dengan negara-negara maju. Soal struktur ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kalau kerajaan berjaya mewujudkan dan membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi, struktur ekonomi itu akan berubah secara berfasa. Tetapi ada perkara di dalam kawalan majikan, graduan dan pekerja. Majikan perlu menerima hakikat bahawa graduan dan pekerja perlu dilatih secara berterusan, terutamanya dalam bidang-bidang yang lebih teknikal. Majikan juga perlu tahu bahawa jika gaji yang dibayar tidak berpadanan dengan kelayakan, pekerja akan selalu lari yang mengganggu operasi perniagaan. Majikan juga perlu terbuka untuk mengambil fresh graduate yang tidak semestinya keluar universiti dengan kelulusan yang diiklankan, tetapi dalam bidang teknikal yang hampir sama tetapi boleh dilatih. Banyak majikan akan kata: kami dah buat semua ini tetapi masih bermasalah. Jadi apa yang majikan nak sebenarnya dari fresh graduate ni? Oleh kerana majikan tahu hampir semua fresh graduate perlu dilatih semula, dari pengalaman saya, majikan tidak melihat kepada kelayakan akademik semata-mata. Mereka melihat kepada potensi dan sikap calon yang ditemuduga. Oleh itu, kepada fresh graduate, ini kualiti yang dicari oleh majikan: 1. Prestasi akademik yang stabil. Tidaklah perlu mendapat ijazah kelas pertama, tetapi ada konsistensi akademik dari SPM hingga habis ijazah. Sebaiknya dalam quartile pertama dan kedua. 2. Paling penting, keupayaan untuk terus belajar. Bukanlah tahu semua perkara, tetapi ada keinginan dan curiosity untuk belajar perkara baru. 3. Self-starter, dalam bahasa mudah tidak perlu disuruh. Tahu apa yang dia tahu, tahu apa yang dia tak tahu. Untuk laksanakan tugas dia, kalau dia tak tahu, dia usaha untuk tahu, sama ada belajar dari senior, Google or ChatGPT. 4. Berdisiplin dan matang. Tahu membezakan tanggungjawab kepada syarikat dan rakan kerja, dengan keperluan dan keinginan peribadi. Tahu sumbangan yang perlu dibuat agar pasukan atau syarikat dapat bertahan. Tahu tanggungjawab minima yang perlu dilaksanakan. Mesti kena kecam dengan Gen Z lepas ni. Tapi jangan hanya kecam, kalau tak setuju bagi hujah kenapa tidak setuju.

Rafizi Ramli

22,903 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

#๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket: Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%. Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket. Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor. Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain. Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor. Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang. Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun. Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki. Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai. Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing. Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang. Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini. Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam. Tiket masih ada, beli di

Rafizi Ramli

17,427 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

Terjemahan Video Baiklah; sekarang kita terjebak, dan tidak ada jalan keluar sama sekali. ๐Ÿ”ป Iran memiliki strategi jangka panjang untuk tidak terseret ke dalam perang. Meskipun ada serangan-serangan yang dilancarkan Israel untuk memicu konflik, Iran tahun lalu dan tahun sebelumnya telah berusaha keras agar tidak masuk ke medan perang. Namun pada akhirnya, (Israel) mendapatkan apa yang mereka inginkan. ๐Ÿ”ป Selat Hormuz telah ditutup. Kita tidak memiliki sumber daya keuangan yang tak terbatas. Kita tidak memiliki sumber daya persenjataan yang tak terbatasโ€”dan apa yang dikatakan Presiden Trump di Truth Socialโ€”tidaklah benar. Oleh karena itu, kita terjebak, situasi kita hancur, dan tidak ada jalan keluar yang jelas. ๐Ÿ”ป Situasi ini sangat menyakitkan karena meskipun Trump terus membom dan menghujani Iran dengan rudal, bahkan jika Israel mengaku sebagai negara adidaya dan meluncurkan lebih banyak rudal, tindakan ini tidak akan membuka kembali Teluk Persia. Dan jika Teluk Persia tidak terbuka, dengan hilangnya lebih dari 20% pasokan minyak dunia, harga minyak akan terus melambung tinggi. ๐Ÿ”ป Seperti yang saya katakan beberapa hari lalu, untuk alasan yang bisa dimengerti semua orang fokus pada minyak, namun yang tidak terlihat adalah jumlah urea. 35% pasokan urea dunia yang dibutuhkan untuk pertanian global berasal dari sana. Jika jumlah ini terputus selama beberapa bulan, akan terjadi krisis pangan di seluruh dunia karena Anda tidak dapat memproduksi makanan sebanyak yang kita konsumsi setiap hari, sebab (urea) digunakan dalam pupuk. ๐Ÿ”ป Jadi, satu masalah adalah hal mendasar seperti harga minyak yang berdampak langsung dan merupakan masalah jangka pendek, tetapi urea adalah masalah sekunder yang akan membawa konsekuensi global yang membawa bencana. ๐Ÿ”ป Tekanan terhadap Presiden Trump tidak hanya akan meningkat dari dalam Amerika karena masalah di SPBU dan kenaikan harga minyak, tekanan dari luar juga akan semakin besar. Karena semakin lama masalah ini berlarut-larut dan selat tetap tertutup, masalah ketahanan pangan akan muncul di seluruh dunia. Dan ini akan menempatkan kita di bawah tekanan yang lebih besar. ๐Ÿ”ป Karena alasan ini, saya tidak lagi bersedia mendengar bualan Netanyahu tentang dirinya sebagai negara adidaya, karena (kamu) bukan adidaya, karena tanpa kami, kamu bukan apa-apa. Biar saya perjelas hal ini. Lagipula, kami tidak memiliki kekuatan seperti yang kamu bayangkan, sesuatu yang telah kamu curi sekarang dan kamu pikir tidak ada habisnya. Sekarang setelah kamu terjun ke dalam masalah ini, ketika kenyataan terungkap, kamu akan tersungkur.

SW News - SOFT WAR NEWS

22,219 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 5 ไธชๆœˆๅ‰

Seminggu Kesum dibuka. Dua minggu saya tak cukup tidur. Ramai nampak harga RM5 dan ramai juga tanya macam mana kami boleh kekalkan harga macam tu. Sebenarnya, setiap hari kami fikir satu benda saja: boleh tak model macam ni bertahan lama tanpa bank, tanpa kerajaan, dan hanya dengan sokongan orang ramai? Margin Kesum memang sangat nipis. Yang paling mencabar sebenarnya operasi harian: โ€ข Hidangan kena siap dalam 5 minit โ€ข Krew dapur tak boleh lebih 3 orang atau setiap hidangan mula rugi โ€ข Dapur kena disusun macam production line fryer, plating, bekalan contohnya seperti ayam sampai pukul berapa. Ini semua bukan sebab kami nak kedekut krew atau nak tunjuk hebat. Ini kerana Kesum adalah eksperimen, bukan kedai makan biasa. Kami sedang uji beberapa perkara penting: โ€ข Boleh tak perniagaan sosial dengan margin rendah tapi jumlah jualan tinggi (๐˜ท๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฆ) bertahan? โ€ข Boleh tak kita bina model modal yang lebih adil supaya lebih ramai anak muda dan orang biasa boleh mula berniaga tanpa kos tinggi? โ€ข dan kalau rakyat sendiri boleh buktikan model ni berfungsi barulah kita boleh tekan bank dan kerajaan tak boleh bagi alasan lagi. Kalau orang biasa boleh jalankan model ni, tidak ada sebab sistem kewangan dan kerajaan tak boleh sokong. Terima kasih kepada semua yang datang dan sanggup beratur. Terima kasih besar juga kepada krew yang bertahan walaupun kami masih belajar dan betulkan banyak kelemahan. Jangan biar Kesum jadi viral dua minggu saja. Perjuangan ini lebih besar daripada sepinggan nasi RM5. Tonton episod penuh di Podcast YBM Episod 22 kalau nak faham keseluruhan model Kesum dan Fleximart dan kenapa kami pilih jalan perusahaan sosial.

Rafizi Ramli

74,411 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰