Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿณ: ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Malam ini, Podcast YBM Episod 57 kembali bersiaran pada jam 9.00 malam di saluran YouTube dan TikTok saya. Sediakan kalkulator dan buku nota. Perbincangan malam ini akan panjang dan padat. Kita akan mengupas secara terperinci angka-angka dalam Laporan RCI Tabung Haji...

10,963 views โ€ข 1 month ago โ€ขvia X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Bila saya timbulkan isu RCI Tabung Haji dalam kempen PRN Johor yang lepas, kemudian tiba-tiba Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim umum akan dedah laporan RCI ini, ada macam-macam komen dan ulasan. Saya akan ulas kemudian alasan Datoโ€™ Seri Anwar konon laporan ini tidak disiarkan lebih awal dalam tahun 2023 untuk mengelakkan penabung panik. Banyak pusing la tu, saya akan tunjukkan angka-angka Tabung Haji. Yang Umno pulak, banyak yang fokus kepada teguran saya saja mengenai timing laporan ini hendak didedahkan. Mereka buat-buat tak baca pasal ulasan saya bagaimana laporan RCI Tabung Haji ini akan membuktikan pendedahan-pendedahan yang saya buat antara tahun 2015 ke 2018 itu adalah benar. Yang paling menarik, komen orang PAS. Mereka marah sebab saya petik nama PAS yang mensucikan Umno dalam kes Tabung Haji sejak ia mula-mula didedahkan lagi. Mereka tak mengaku selama ini PAS mensucikan Umno dalam hal ini. Saya akan ulas isu Tabung Haji ini panjang lebar dalam podcast YBM minggu ini. Tetapi untuk persediaan, terutamanya orang PAS yang buat-buat lupa mengenai peranan PAS mensucikan Umno dalam isu Tabung Haji, kena ingat bahawa internet tidak pernah lupa. Saya sertakan video saya yang menerangkan perihal Tabung Haji, PAS dan Umno yang pernah saya kongsi dahulu. Video ini panjang, lebih kurang 10 minit, jadi tahan je lah telinga dengar sampai habis.

Rafizi Ramli

26,959 views โ€ข 1 month ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฑ๐Ÿต: ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ - ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐——๐—œ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก? ๐——๐—”๐—ฃ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ก๐—”? Podcast YBM Episod 59 yang akan bersiaran malam ini, Jumaat, jam 9 malam akan menyentuh secara khusus perbahasan Parlimen berkenaan pembentangan laporan RCI Tabung Haji. Macam-macam jadi โ€“ ada yang keluar Dewan,ada yang kritik, tetapi yang lebih penting adalah beberapa perkara penting sebenarnya tidak disentuh ketika perbahasan di Parlimen. Malam ini, saya akan mengupas tiga perkara penting yang sepatutnya telah dibentangkan dan dibahas di Parlimen. Soalan yang lebih penting, adakah kerajaan MADANI sebenarnya telah berjaya memulihkan Tabung Haji. Podcast YBM Episod 59 juga akan mengupas Kongres Khas DAP sama ada kekal dalam Kerajaan Perpaduan atau keluar. Apakah implikasi kepada Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim atas apa-apa keputusan kongres khas DAP itu? Tonton Podcast YBM Episod 59 malam ini di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

15,892 views โ€ข 1 month ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi. Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015. Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib Razak dahulu. Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji. Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad. Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun. Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji. Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok: i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit; ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โ€˜bail-outโ€™ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun); iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain); iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan v. โ€˜Bail outโ€™ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โ€˜bail outโ€™ itu pada tarikh matang. Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah: a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan; b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji. Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras. Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu. Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji. Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini. Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji. Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam. ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

36,463 views โ€ข 1 month ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—™๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป? Podcast YBM Episod 56 akan bersiaran seperti biasa hari ini (24 Julai, Jumaat) pada jam 9 malam. Podcast YBM malam ini akan tertumpu kepada isu politik di Malaysia secara khusus berkenaan wang rakyat yang hilang. Saya akan mengupas secara terperinci berkenaan latar belakang kehilangan wang pencen negara sekitar RM167 juta dalam pelaburan KWAP di sebuah syarikat pemula (startup) Indonesia, iaitu e-Fishery, dan bagaimana risiko yang ada itu juga berkait dengan kontroversi-kontroversi minggu lalu seperti Network School dan Tabung Haji. Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Bagaimana kita nak pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Saya juga akan mengupas soalan-soalan paling panas di warong kopi iaitu adakah Kerajaan MADANI di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ini boleh bertahan sehingga 2028, dan sekiranya tidak bertahan, bila agaknya akan jatuh? Seperti biasa, jumpa saya dan Haziq malam ini di Podcast YBM Episod 56 jam 9 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

13,534 views โ€ข 2 months ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ข๐—š๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat. Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba. Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam. Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah. Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi. Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad. Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi. Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023. Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja. Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno. Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji. Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap. Tetapi pada ketika itu, Datoโ€™ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu. Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai. Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar. Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini. ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

33,055 views โ€ข 2 months ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฒ๐Ÿฐ | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž & ๐—ง๐—ก๐—•, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐——๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” โ€˜๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—ก๐—šโ€™ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข & ๐—ฃ๐—”๐—ฆ & ๐—จ๐—ฅ๐—”-๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Podcast YBM Episod 64 akan bersiaran seperti biasa malam ini, 18 September jam 9 malam. Kita akan membincangkan beberapa topik berkaitan TNB dan kenaikan harga elektrik yang dikatakan berlaku secara mendadak. Kita juga akan bincangkan berkenaan โ€˜tunang-tunangโ€™ yang sedang bergaduh tentang โ€˜wang hantaranโ€™ antara UMNO dan PAS. Juga, adakah PH dan BERSATU akan bergabung? Akhir sekali, ura-ura berkenaan pembebasan Datuk Seri Najib Razak turut akan dibincangkan malam ini. Jangan lupa untuk menonton Podcast YBM Episod 64, malam ini jam 9 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

11,786 views โ€ข 4 days ago

๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ, ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ-๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—™๐—จ๐—ก๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ž ๐—™๐—จ๐—ก๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก Bila ada isu nasional seperti penemuan-penemuan RCI Tabung Haji, ada pelbagai reaksi di kalangan rakyat. Penemuan RCI Tabung Haji itu fakta. Ahli-ahli Suruhanjaya Diraja juga mereka yang ternama dan pakar dalam bidang masing-masing. Penemuan mereka tidak dipertikaikan. Laporan RCI telah dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, juga telah diterima dan diluluskan oleh Jemaah Menteri yang ada PH dan BN. Tetapi biasalah, ada interpretasi yang berbeza-beza. Itulah yang berlaku apabila Umno dan PAS duduk sepentas dalam Musyawwarah Nasional baru-baru ini, yang cuba mempertahankan seolah-olah penemuan RCI Tabung Haji itu tidak tepat, terutamanya yang bersabit kerugian pelaburan Tabung Haji berbilion ringgit. Yang jadi titik perbezaan pendapat ialah kaedah nilaian. Umno kata kalau nilai ikut satu kaedah tak rugi, PAS nampaknya bersetuju dengan pandangan itu. Secara langsung, pandangan ini mengatakan pandangan dan penemuan RCI Tabung Haji itu tidak benar kerana laporan itu berdasarkan kaedah nilaian mengikut piawai antarabangsa, yang menyebabkan Tabung Haji rugi berbilion ringgit. Masa inilah BERSAMA kena function, dengan berkata yang benar tidak kira siapa lawan atau kawan. Dalam soal kebenaran, tidak ada pertimbangan lawan atau kawan. Kawan salah, kena kata salah. Lawan benar, kena kata benar. Ikuti penerangan saya mengenai hujah-hujah yang dikemukakan dalam Musyawwarah Nasional itu.

Rafizi Ramli

13,268 views โ€ข 27 days ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฐ๐Ÿฐ | ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐——๐—˜๐—™๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—™? Podcast YBM, Jumaat (17 April 2026) jam 9 malam, episod ke-44 - Bloomberg buat hal lagi. Kali ini, mereka mengejar Ramanan dan Aminul Islam. Satu laporan telah diterbitkan mengenai cadangan pelaksanaan sistem baharu yang dikhuatiri akan menjadi lubuk mengaut keuntungan. Isu ini akan dikupas dengan lebih lanjut, dengan tumpuan kepada Ramanan dan Aminul Islam. Episod kali ini juga akan mula menyentuh isu-isu berkaitan dasar negara. Kebetulan, negara kini sedang berhadapan dengan krisis tenaga, dan ini bertepatan dengan antara dasar terawal yang dikemukakan, iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Salah satu isu yang akan disentuh ialah mengenai kenderaan elektrik (electric vehicle, EV). Podcast YBM turut akan mengupas naratif Kerajaan MADANI yang kini dilihat semakin defensif. Persoalannya, adakah pendekatan ini mampu memastikan kerajaan MADANI kekal untuk penggal kedua? Terakhir sekali, seperti apa yang dijanjikan dalam episod minggu lepas, cerita Papagomo dan PMO akan disentuh. Jangan lupa, malam ini (17 April 2026), tonton Podcast YBM Episod 44, pada jam 9 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

10,167 views โ€ข 5 months ago

Ada satu perbandingan yang dibuat selepas musyawarah itu. Kalau di dunia ini ada Baitul Maqdis, di Malaysia ada Tabung Haji. Sebagai slogan, ia memang berkesan. Secara logik, ia tidak bercantum. Baitul Maqdis diserang oleh pihak luar. Jadi, siapa pula yang menyerang Tabung Haji dan kenapa nama itu tidak pernah disebut dalam naratif yang sama? Sebenarnya, kalau ada satu suara yang paling ada kredibiliti untuk mempertahankan Tabung Haji, memang suara itulah. Dengan syarat ia tegas sejak awal. Tetapi pada 2018, selepas dua tahun bukti dibentangkan satu persatu, jawapannya ialah ini semua cubaan memalukan institusi orang Melayu dan orang Islam. Bukan menafikan angka. Cuma menukar subjek. Pendirian itu tidak berganjak sehingga hari ini. RCI itu pula bukan idea orang lain. Merekalah yang menuntutnya pada 2019, dan ketika itu ia ditolak. Bila kerajaan bertukar pada 2022, barulah ia dibuat, dengan portfolio hal ehwal agama di tangan mereka sendiri. Laporannya siap pada Ogos 2022. Parlimen dibubarkan pada Oktober. Dalam dua bulan itu, ia tidak pernah dibawa ke Kabinet dan tidak pernah diputuskan untuk didedahkan. Ia diperam. Kemudian kerajaan berikutnya menyambung memeramnya. Sekarang datang tuntutan RCI 2.0. Baik. Buatlah. Cuma jangan berhenti pada kerugian lama. Sebab risiko sebenar hari ini bukan lagi apa yang berlaku sebelum 2018. Tabung Haji nampak selesa sekarang, tetapi asetnya masih bergantung kepada komitmen kerajaan untuk membayar sukuk UJSB. Masalah itu tidak pernah selesai. Ia cuma dipindahkan dan yang memikulnya sekarang bukan lagi Tabung Haji. Tonton kupasan penuh isu RCI Tabung Haji diperam ini di Podcast YBM Episod 61:

Rafizi Ramli

16,697 views โ€ข 19 days ago

๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต: ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฅ ๐—Ÿ๐—ง๐—› ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ง Ramai orang tua kita simpan dalam Tabung Haji bukan sebab dividen. Mereka simpan sebab satu perkara. Zakat dah diuruskan. Tak payah fikir dah. Asasnya kukuh. Pada 1979, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan kontrak antara LTH dengan pendeposit adalah mudarabah. Sebab itulah LTH kena bayar zakat bagi pihak pendeposit sebelum hibah diagihkan. Rujuk semula laporan RCI - baca perenggan 3.7.13 hingga 3.7.24 dalam laporan RCI, muka surat 68 hingga 72. Pada 2016, akad itu ditukar kepada wadiah yad dhamanah. Suruhanjaya mendapati tiada penjelasan kenapa. Di bawah akad baharu itu, LTH menjadi peminjam kepada duit simpanan. Maka zakat yang dibayar LTH pada masa itu adalah zakat LTH sendiri sebagai institusi. Bukan zakat pendeposit. Pendeposit sepatutnya membayar zakat simpanan sendiri. 2.5% daripada jumlah simpanan. Ini berlangsung dari 2016 sehingga Disember 2019. Tiga tahun. Bank Negara sudah bangkitkan perkara ini dalam surat kepada Perdana Menteri ketika itu pada 26 Jun 2019. Saya bukan pakar syariah. Saya tidak mengeluarkan hukum. Itu tugas Muzakarah MKI dan mufti. Tetapi saya berhak bertanya, dan saya sudah bertanya secara rasmi: Adakah kerajaan telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tempoh 2016 hingga 2019? Apakah panduan yang boleh diberikan kepada pendeposit yang selama ini yakin zakat mereka sudah dibayar? Bilakah Tabung Haji akan keluarkan kenyataan menjelaskan perkara ini? Sehingga hari ini, belum ada jawapan. Tonton penuh ulasan saya tentang Laporan RCI Tabung Haji di Podcast YBM Episod 57:

Rafizi Ramli

23,999 views โ€ข 1 month ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฑ๐Ÿฑ - ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ, ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก? Setelah tidak bersiaran selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada kempen PRN Johor, saya memohon maaf kepada ibu ibu kakak kakak kerana podcast YBM Episod 55 akan kembali Jumaat ini, 17 Julai jam 9 malam, seperti biasa di saluran YouTube dan Tiktok saya. Saya harap ibu ibu kakak kakak bersabar dan nasihatkan suami supaya jangan pasang podcast kuat-kuat. Episod kali ini akan bedah siasat PRN Johor baru-baru ini. Selain saya dan Haziq, podcast YBM kali ini akan turut disertai mereka yang berada di lapangan sepanjang kempen, iaitu: Dr Harith - calon BERSAMA di Tiram Saudara Tang Hong Yau atau Ubat, yang berkempen dengan pengundi Cina Datoโ€™ Syed Azwan atau DSA, yang tidur atas bumbung pick-up truck untuk berkempen membantu BERSAMA Datoโ€™ Dr Samsu Adabi Mamat, bekas ahli akademik dan ahli BERSAMA yang mengikuti kempen di lapangan Saya juga akan menjawab persoalan-persoalan mengenai keputusan BERSAMA menumpukan kepada PRN Melaka dan tidak menyertai PRN Negeri Sembilan. Jangan lupa malam ini, Jumaat 17 Julai 9 malam - podcast YBM kembali lagi dengan Episod 55.

Rafizi Ramli

20,211 views โ€ข 2 months ago

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,439 views โ€ข 1 month ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿณ: ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ถ๐˜€๐˜†๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ? ๐—ง๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—š๐—ฒ๐—ป ๐—ญ & ๐— ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—น๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฅ๐—จ Podcast YBM Episod ke 37 malam ini, selain daripada isu biasa dengan tetamu biasa kita iaitu Tan Sri Azam Baki, persoalan beliau akan kekal ataupun tidak. Yang paling penting malam ini kita akan mengupas mengenai trend politik dan juga sikap Gen Z dan millennials yang akan menentukan bagaimana pilihanraya umum yang akan datang ini akan ditentukan. Kita juga akan menyentuh mengenai pergolakan yang berterusan di dalam PKR, termasuk perkembangan terbaru bahawa saya besar kemungkinan akan diisytiharkan oleh mereka keluar parti. Supaya mereka boleh gugurkan saya daripada ahli parlimen. Juga sama penting jawapan daripada Kementerian Pendidikan mengenai bagaimana untuk menambahkan lagi masa di sekolah untuk mata pelajaran STEM. Jadi, jangan lupa malam ini, Podcast YBM, 27 Februari 2026, jam 10 malam.

Rafizi Ramli

11,544 views โ€ข 6 months ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang. Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut: i. Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar; ii. Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji; iii. Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan. Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: a) Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan); b) Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029; c) Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang. Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019. Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13. Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi. Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja). Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19. Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji. Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji. Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026. Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai. Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya). Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak). Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036). Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026. Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi? Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang. 10 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

25,545 views โ€ข 1 month ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿต | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ & ๐— ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—ฟ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ PMX, Anwar Ibrahim campur tangan untuk menghentikan perebutan dalam syarikat keselamatan strategik negara, NexG, itu laporan berita terkini dan akan diulas malam ini. Malam ini juga, dalam Podcast Yang Berhenti Menteri episod ke-39, 13 Mac 2026, kita akan ulas secara mendalam kemuncak bagaimana mafia korporat termasuklah nama-nama yang akan disebut seperti Farhash dan beberapa nama yang lain terpalit dan juga saling berkait dalam beberapa transaksi yang selalu dirujuk sebagai aktiviti-aktiviti yang sebelum ini mendapat liputan meluas berkaitan dengan SPRM, berkaitan dengan mafia korporat, berkaitan dengan syarikat strategik negara. Jadi jangan lupa tonton malam ini, episod yang sudah tentu panas, Podcast YBM, 13 Mac 2026 jam 10 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

18,081 views โ€ข 6 months ago

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,638 views โ€ข 9 months ago