Video wird geladen...

Video konnte nicht geladen werden

Zur Startseite

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿต | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ & ๐— ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—ฟ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ PMX, Anwar Ibrahim campur tangan untuk menghentikan perebutan dalam syarikat keselamatan strategik negara, NexG, itu laporan berita terkini dan akan diulas malam ini. Malam ini juga, dalam Podcast Yang Berhenti Menteri episod ke-39, 13 Mac 2026,...

18,081 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten โ€ขvia X (Twitter)

0 Kommentare

Keine Kommentare verfรผgbar

Kommentare vom Original-Post werden hier angezeigt

ร„hnliche Videos

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—™๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป? Podcast YBM Episod 56 akan bersiaran seperti biasa hari ini (24 Julai, Jumaat) pada jam 9 malam. Podcast YBM malam ini akan tertumpu kepada isu politik di Malaysia secara khusus berkenaan wang rakyat yang hilang. Saya akan mengupas secara terperinci berkenaan latar belakang kehilangan wang pencen negara sekitar RM167 juta dalam pelaburan KWAP di sebuah syarikat pemula (startup) Indonesia, iaitu e-Fishery, dan bagaimana risiko yang ada itu juga berkait dengan kontroversi-kontroversi minggu lalu seperti Network School dan Tabung Haji. Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Bagaimana kita nak pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Saya juga akan mengupas soalan-soalan paling panas di warong kopi iaitu adakah Kerajaan MADANI di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ini boleh bertahan sehingga 2028, dan sekiranya tidak bertahan, bila agaknya akan jatuh? Seperti biasa, jumpa saya dan Haziq malam ini di Podcast YBM Episod 56 jam 9 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

12,408 Aufrufe โ€ข vor 3 Tagen

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil dari aktiviti jenayah. Modus operandi mereka adalah licik dan rumit. Siasatan Bloomberg itu menyenaraikan nama-nama yang terbabit: dari ahli-ahli perniagaan yang dituduh, kepada syarikat-syarikat yang terbabit di Bursa, sehinggalah nama-nama pegawai kanan SPRM yang dituduh. Termasuklah dakwaan mereka mengenai Tan Sri Azam Baki. Dengan pendedahan oleh salah satu media antabarangsa yang paling wibawa ini, diiringi dengan desakan ahli-ahli parlimen merentas parti dari kerajaan dan pembangkang, kita semua tak faham kenapa Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mati-matian mempertahankan Tan Sri Azam Baki, sehingga sedikit pun tidak mahu buka ruang untuk menyiasat siasatan ini. Semua ini akan dikupas dengan mendalam dalam podcast Yang Berhenti Menteri episod #35 malam esok, Jumaat 13 Februari 2026. Seperti biasa, YBM akan bersiaran bermula jam 9 malam. Saya juga akan mengulas mengenai sindiran Anwar Ibrahim yang menyamakan saya dengan mak lampir, katanya banyak nyet nyet nyet, suka merajuk dan menghalau saya keluar dari PKR. Kalau nak tengok podcast YBM yang paling panas setakat ini, jangan lupa Jumaat malam, 13 Februari. Dakwaan salah laku Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ini telah menjadi isu negara yang perlu ditangani juga oleh kami, ahli-ahli Parlimen. Oleh itu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PKR yang lain akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari Jumaat, 13 Februari jam 10 pagi, seperti berikut: Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang P099 30, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor. ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang Location: Sidang media akan disiarkan secara langsung di media sosial. Saya jemput rakan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang media ini, sama ada dengan hadir sendiri atau secara langsung di media sosial. Keadaan sekarang mengingatkan saya suasana semasa COVID dan PKP dahulu. Bila ada isu negara yang besar, bila pimpinan atau parti atau ahli politik sibuk berebut kuasa dan memikirkan kepentingan, biarlah mereka jaga mereka, kerana kita akan jaga kita.

Rafizi Ramli

31,288 Aufrufe โ€ข vor 5 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ: ๐—ฉ๐—œ๐—–๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—–๐—›๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ช๐—จ๐—๐—จ๐——, ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—”. ๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—จ, ๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐—”๐—– Patutnya saya post promo podcast YBM Episod 40 esok, tapi kita awalkan sikit pada malam ini supaya lebih ramai tahu podcast YBM akan disiarkan pada esok malam jam 10 malam. Saya tahu minggu ni raya dan kita akan ada bunga api malam raya. Tapi untuk podcast, bunga api itu terbakar sendiri bila ada isu-isu penting negara yang perlu dikupas. Kalau tidak dikupas, walaupun minggu raya, maklumat itu akan dilupakan. Sebab itu, podcast YBM minggu ini akan tetap bersiaran tetapi diawalkan ke hari Rabu, 18 Mac jam 10 malam. Sebab utama - Victor Chin, salah seorang yang disebut di dalam pendedahan mengenai mafia korporat, telah bersuara. Beliau menyokong siasatan penuh melalui suruhanjaya diraja dibuat, kerana katanya โ€œmafia korporat memang wujud, tapi bukan diaโ€. Saya berani ulas kerana saya ada maklumat dalaman yang belum lagi dilaporkan. Jadi jika anda sedang memandu balik kampung esok malam, Rabu, 18 Mac, jangan lupa menonton podcast YBM jam 10 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

17,175 Aufrufe โ€ข vor 4 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿณ: ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ถ๐˜€๐˜†๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ? ๐—ง๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—š๐—ฒ๐—ป ๐—ญ & ๐— ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—น๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฅ๐—จ Podcast YBM Episod ke 37 malam ini, selain daripada isu biasa dengan tetamu biasa kita iaitu Tan Sri Azam Baki, persoalan beliau akan kekal ataupun tidak. Yang paling penting malam ini kita akan mengupas mengenai trend politik dan juga sikap Gen Z dan millennials yang akan menentukan bagaimana pilihanraya umum yang akan datang ini akan ditentukan. Kita juga akan menyentuh mengenai pergolakan yang berterusan di dalam PKR, termasuk perkembangan terbaru bahawa saya besar kemungkinan akan diisytiharkan oleh mereka keluar parti. Supaya mereka boleh gugurkan saya daripada ahli parlimen. Juga sama penting jawapan daripada Kementerian Pendidikan mengenai bagaimana untuk menambahkan lagi masa di sekolah untuk mata pelajaran STEM. Jadi, jangan lupa malam ini, Podcast YBM, 27 Februari 2026, jam 10 malam.

Rafizi Ramli

11,544 Aufrufe โ€ข vor 5 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฐ๐Ÿด: ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—ฆ๐—œ๐——๐—œ, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐Ÿฐ๐Ÿฌ, ๐— ๐Ÿฐ๐Ÿฌ & ๐—ง๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Jangan lupa sertai saya malam ini di Podcast YBM Episod 48, Jumaat, 15 Mei 2026, jam 9 malam di saluran YouTube saya. Antara perkara yang akan kita kupas malam ini: โ€ข Penyasaran subsidi dan pengkelasan B40, M40 dan T20 โ€ข Keluhan rakyat berkenaan keputusan kerajaan berkaitan kereta EV import โ€ข Pengumuman besar berkaitan hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi pada 17 Mei ini Kalau nak tahu lebih lanjut tentang โ€œpetunjukโ€ berkaitan hala tuju politik saya, jumpa malam ini, Jumaat (15 Mei), jam 9 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

14,984 Aufrufe โ€ข vor 2 Monaten

๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—š๐—”๐——๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”? Ada macam-macam reaksi mengenai perjanjian tariff yang ditandatangani di antara Malaysia dan Amerika Syarikat bersempena dengan lawatan Presiden Trump baru-baru ini. Pembangkang memanggilnya perjanjian syaitan ha3. Ahli Parlimen Pasir Gudang berucap dengan penuh semangat dan menuntut jawapan kenapa kerajaan serah RM1 trillion kepada Amerika Syarikat. Sudah tentu ramai yang mahu tahu pendirian dan pendapat saya. Perjanjian ini dirundingkan oleh Menteri MITI, Tengku Zafrul bagi pihak kerajaan. Kebiasaannya setelah habis semua rundingan dan draf telah siap, barulah dibawa ke Kabinet. Kalaupun ada ruang untuk mengubahnya, ruang itu agak terhad, besar kemungkinan kerana kesuntukan masa. Kalaupun ada anggota Kabinet yang tidak bersetuju, akhirnya keputusan Perdana Menteri itu akan memuktamadkan keputusan Kabinet, cuma pandangan yang berbeza akan direkodkan dalam minit mesyuarat Kabinet. Besar kemungkinan kita tidak akan tahu sampai bila-bila apa yang dibincangkan. Jadi jalan yang adil untuk menilai perjanjian ini ialah dengan menelitinya perkataan demi perkataan, kemudian dibandingkan pula dengan perjanjian tariff negara Asean yang lain. Kita juga boleh cuba membuat cost benefit analysis (CBA) untuk menganggarkan kesan kewangan kepada negara. Saya sedang melakukan perkara-perkara ini sebelum saya membuka mulut. Insya Allah, saya akan kongsi beberapa perkara setakat penelitian saya dalam podcast YBM Jumaat, 31 Oktober ini. Jangan lupa saksikan podcast YBM Jumaat ini bermula jam 9 malam.

Rafizi Ramli

33,149 Aufrufe โ€ข vor 9 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฑ๐Ÿฐ, ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿต ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—•, ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ Podcast YBM tetap istiqomah bersiaran, walaupun kita sudah mula masuk ke kempen PRN Johor. Saya dalam perjalanan ke JB, tadi ada benda yang pelik. Ada satu tempat tiba-tiba bumbung kereta macam ada orang ketuk bergendang. Macam irama pun ada. Selepas 2 minit, bunyi dari bumbung itu hilang. Saya buat kesimpulan itu burung yang singgah atas bumbung kereta kami dan menari, sebab kesimpulan alternatif ialah itu hantu. Ini bukan pasal burung atau hantu, ini pasal podcast malam ini. Jangan lupa, podcast YBM episod ke 54 adalah malam ini hari Khamis, bukan hari Jumaat sebab malam esok kita ada majlis mengumumkan calon di Paragon Market Place JB. Podcast malam ini lebih bersantai dan kita kupas isu-isu berkaitan perkembangan politik semasa. Selain dari PRN Johor dan persediaan BERSAMA masuk gelanggang buat kali pertama selepas sebulan dilancarkan, kita juga akan ulas perkembangan di dalam Perikatan Nasional dan bom terbaru yang berluka dalam Umno Johor. Jangan lupa podcast YBM episod 54, malam ini, Khamis 25 Jun jam 9 malam.

Rafizi Ramli

20,641 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat

Dalam perjanjian timbal balik Amerika Syarikat dan Malaysia yang baru ditandatangani, terdapat dua perkara penting yang jarang dibincangkan secara terbuka: Artikel 5.2 dan Artikel 5.3(4). Pertama, Malaysia โ€œakan menerokaโ€ satu mekanisme untuk menilai pelaburan asing berdasarkan risiko keselamatan negara dan akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan pelaburan. Bunyinya mungkin teknikal, tetapi implikasinya mudah: apabila wujud pelaburan strategik seperti dalam sektor telekomunikasi, pusat data, mineral kritikal atau infrastruktur, adakah Washington akan menapis terlebih dahulu pelaburan sebelum diluluskan di Malaysia? Kedua, berkenaan klausa nuklear: Malaysia tidak dibenarkan membeli reaktor nuklear, rod bahan api atau uranium diperkaya daripada โ€œnegara tertentuโ€, kecuali jika tiada pembekal alternatif yang setanding. Sedangkan kita sendiri telah menyatakan hasrat untuk meneroka tenaga nuklear, termasuk berbincang dengan Rusia dan beberapa rakan lain. Dengan klausa ini, ruang pilihan pembekal sudah dikecilkan sejak awal, seolah-olah arah tuju kita mesti condong ke blok Barat. Persoalannya, adakah MITI telah meneliti perkara sepenting ini bersama kementerian teknikal seperti MOSTI dan Luar Negeri sebelum dibentangkan ke Kabinet? Inilah sebab saya membangkitkan persoalan tentang proses. Adakah teks perjanjian itu dibentangkan โ€œbaris demi barisโ€ di Kabinet dan disemak silang oleh kementerian berkaitan? Berdasarkan pengalaman saya, begitulah amalan yang sepatutnya, setiap klausa sensitif yang melibatkan kedaulatan, keselamatan dan teknologi mesti ditanda, diperhalusi dan dibahaskan. Jika tidak, kerajaan hari ini perlu bersedia menjawab di Parlimen: kemukakan minit mesyuarat Kabinet, buktikan semakan rentas kementerian telah dibuat, dan jelaskan mengapa perlindungan kedaulatan yang wujud dalam perjanjian negara jiran tidak dimasukkan dalam teks kita. Saya tidak menolak keperluan menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat atau pentingnya akses pasaran global. Namun, situasi seolah-olah kita terikat pada tafsiran โ€œkeselamatanโ€ pihak lain adalah membimbangkan. Dalam hal teknologi nuklear, saringan pelaburan, dan mineral kritikal, negara mesti menilai berdasarkan keperluan sendiri, bukan dengan pengaruh luar menentukan keputusannya. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 20 di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

17,449 Aufrufe โ€ข vor 8 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฑ๐Ÿฑ - ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ, ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก? Setelah tidak bersiaran selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada kempen PRN Johor, saya memohon maaf kepada ibu ibu kakak kakak kerana podcast YBM Episod 55 akan kembali Jumaat ini, 17 Julai jam 9 malam, seperti biasa di saluran YouTube dan Tiktok saya. Saya harap ibu ibu kakak kakak bersabar dan nasihatkan suami supaya jangan pasang podcast kuat-kuat. Episod kali ini akan bedah siasat PRN Johor baru-baru ini. Selain saya dan Haziq, podcast YBM kali ini akan turut disertai mereka yang berada di lapangan sepanjang kempen, iaitu: Dr Harith - calon BERSAMA di Tiram Saudara Tang Hong Yau atau Ubat, yang berkempen dengan pengundi Cina Datoโ€™ Syed Azwan atau DSA, yang tidur atas bumbung pick-up truck untuk berkempen membantu BERSAMA Datoโ€™ Dr Samsu Adabi Mamat, bekas ahli akademik dan ahli BERSAMA yang mengikuti kempen di lapangan Saya juga akan menjawab persoalan-persoalan mengenai keputusan BERSAMA menumpukan kepada PRN Melaka dan tidak menyertai PRN Negeri Sembilan. Jangan lupa malam ini, Jumaat 17 Julai 9 malam - podcast YBM kembali lagi dengan Episod 55.

Rafizi Ramli

19,995 Aufrufe โ€ข vor 10 Tagen

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฅ๐—ฃ๐— ) ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฅ๐—ฃ๐—ง๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฑ YAB Perdana Menteri telah melancarkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035. Setakat ini, saya hanya dapat menelaah ringkasan eksekutif bagi kedua-dua rancangan dan masih belum mendapat dokumen penuh. Beberapa pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, termasuk mengenai persekolahan darjah satu yang bermula pada umur 6 tahun, pendidikan pra-sekolah universal bagi kanak-kanak berumur 5 tahun, penyelarasan tanggungjawab supaya pendidikan peringkat matrikulasi dan tingkatan enam diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi - adalah antara beberapa dasar yang dibangunkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Perincian-perincian lain, selain dari yang diumumkan pada hari ini, saya ingat kita hanya akan ketahui dengan meneliti dokumen penuh. Kalau ada sesiapa yang sudah ada dokumen penuh RPM dan RTPM, boleh kongsi dengan saya. Insya Allah saya akan kupas dengan mendalam isu pendidikan, RPM dan RPTM dalam podcast YBM episod #32, hari Jumaat 23 Januari 2026 jam 9 malam. Kalau ada perkara-perkara yang anda ingin kemukakan untuk saya ulas, atau ada pandangan mengenai RPM dan RPTM, boleh kongsi diruang komen untuk saya teliti dan ulas dalam podcast nanti.

Rafizi Ramli

13,121 Aufrufe โ€ข vor 6 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿฐ๐Ÿฒ, ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก, ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก, ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— ? Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) Episod 46, 1 Mei 2026, jam 9 malam akan tertumpu kepada beberapa isu panas berikut: 1) Krisis pentadbiran dan politik di Negeri Sembilan serta kesan besarnya terhadap peluang parti-parti politik sedia ada dalam Pilihan Raya Umum akan datang. 2) Tindakan Kerajaan Madani yang ingin memotong RM10 bilion daripada perbelanjaan rakyat demi mengekalkan harga minyak pada paras semasa. 3) Isu tertunda daripada minggu lepas berkenaan perang medsos: parti politik mana yang mendominasi. 4) Akhir sekali, berkenaan satu kes di mana pada minggu depan saya dijangka akan dipanggil SPRM, sebelum saya didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu Kabinet untuk menandatangani perjanjian Arm bagi pembangunan cip semikonduktor. Jumpa malam ini di Podcast YBM Episod 46, jam 9 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

10,829 Aufrufe โ€ข vor 2 Monaten

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,373 Aufrufe โ€ข vor 1 Monat