ๆญฃๅœจๅŠ ่ฝฝ่ง†้ข‘...

่ง†้ข‘ๅŠ ่ฝฝๅคฑ่ดฅ

#๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—๐—จ๐—ก, ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ง๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—จ๐—˜ ๐——๐—”๐—›. ๐—”๐——๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿต๐Ÿฒ ๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ Terima kasih kepada yang telah membeli tiket ke majlis makan malam mengutip dana #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu ini, 27 Jun bermula jam 8 malam. Kat mana? Lepas ni saya komen. Setakat hari Isnin,...

21,939 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰ โ€ขvia X (Twitter)

0 ๆก่ฏ„่ฎบ

ๆš‚ๆ— ่ฏ„่ฎบ

ๅŽŸๅง‹ๅธ–ๅญ็š„่ฏ„่ฎบๅฐ†ๆ˜พ็คบๅœจ่ฟ™้‡Œ

็›ธๅ…ณ่ง†้ข‘

๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ฒ #๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฆ๐—๐—ž๐—– ๐—–๐—ต๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ž๐˜„๐—ผ, ๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฃ๐—— Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun ini. Setakat hari ini, seminggu selepas tiket mula dijual, 464 tiket telah dijual, iaitu 46% dari keseluruhan tiket. Tiket-tiket mahal telah hampir habis dijual: Platinum RM2,000 seorang telah habis dijual. Gold RM1,000 seorang tinggal 4 tiket lagi. Silver RM500 seorang tinggal 1 tiket lagi. Yang tinggal ialah tiket standard RM150 seorang, ada sekitar 500 tiket lagi dengan masa berbaki 9 hari. Cuma saya nak kena buat satu pengumuman mengenai perubahan tempat. Tempahan dewan asal di SJKC Wangsa Maju terpaksa dibatalkan kerana sekolah mendapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), walaupun asalnya Lembaga Pengelola dan pihak sekolah menerima tempahan BERSAMA. Oleh itu, majlis dana #WeFund BERSAMA akan diadakan di SJKC Chung Kwo di Jalan Loke Yew, Pudu. Ada nilai sentimental juga bila #WeFund BERSAMA diadakan di SJKC Chung Kwo kerana di sinilah saya pernah menganjurkan pelbagai majlis kutipan dana dari 2016 lagi (semasa INVOKE) dan 2022 (semasa Ayuh Malaysia). Kami akan menghantar makluman pertukaran tempat kepada semua yang telah membeli tiket melalui email dan Whatsapp, dan akan menelefon semua pembeli juga. Bagi mereka yang ingin menyumbang, ada 9 hari lagi dan tiket-tiket boleh dibeli secara online di Klik โ€œAcaraโ€ dan pilih โ€œWeFund BERSAMAโ€. BERSAMA kami di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu pada hari Sabtu, 27 Jun ini jam 8 malam.

Rafizi Ramli

17,132 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

#๐—ช๐—ฒ๐—™๐˜‚๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket: Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%. Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket. Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor. Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain. Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor. Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang. Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun. Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki. Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai. Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing. Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang. Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini. Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam. Tiket masih ada, beli di

Rafizi Ramli

17,451 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ช๐—˜๐—™๐—จ๐—ก๐—— ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” Pilihan raya negeri Melaka akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Desas-desus mengatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri akan berlaku dalam tempoh 2 minggu yang akan datang. BERSAMA telah mengumumkan calon-calon pada 15 Ogos yang lalu. Mereka telah berkempen dan bergerak dalam komuniti sejak sebulan lalu. Hujung minggu ini, Insya-Allah BERSAMA akan mengumumkan 2 lagi calon, menjadikan jumlah 16 kerusi yang akan ditandingi di Melaka. Seperti mana kempen PRN Johor yang lalu, BERSAMA menganjurkan majlis makan malam untuk membina dana memasuki setiap pilihan raya. Jumlah kutipan dan perbelanjaan diisytiharkan kepada orang ramai dan boleh disemak di Majlis kutipan dana #WeFund Melaka akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026 jam 8 malam di IDCC Shah Alam, Jalan Pahat 15/L, Seksyen 15, Shah Alam. Tiket-tiket berharga RM150, RM500, RM1,000 dan RM2,000 boleh mula dibeli secara online di atau klik Kami hanya ada kurang dari 3 minggu untuk menjual tiket-tiket ini bagi membiayai kempen BERSAMA di PRN Melaka. Ikhtiar kita untuk membina sebuah negara yang bebas rasuah, perbalahan kaum dan agama, yang berfokus kepada penyelesaian bermula dengan langkah-langkah kecil seperti ini. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyumbang kepada BERSAMA sejak hari pertama, sehingga kami boleh bergerak aktif walaupun berusia 3 bulan. Teruskan sumbangan sebagai pelaburan masa depan untuk anak-anak kita. Jika mampu dan ada kelapangan untuk hadir, kita jumpa di majlis #WeFund Melaka pada 3 Oktober ini. Jika mampu, boleh juga menyumbang secara crowdfunding di klik Bantu Kami, atau buat sumbangan ke akaun Parti BERSAMA Malaysia, CIMB nombor akaun 86 0650240 9 Sebarkan melalui Whatsapp dan media sosial anda.

Rafizi Ramli

10,131 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ๅคฉๅ‰

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—™๐—จ๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”? ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ž๐—˜๐—ง ๐—™๐—จ๐—ก๐——๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA. Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim. Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang. Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya. Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar. Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar. Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan. Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA. Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA. Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000. Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain. Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA. Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran. Funder BERSAMA adalah anda semua. Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana. Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai. Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut: Tarikh: Sabtu, 27 Jun 2026 Masa: Bermula jam 8 malam Tempat: SJKC Wangsa Maju 10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur. Harga tiket-tiket: Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu: 1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16 2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA 3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada. Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik. Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti. Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu. Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat. Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.

Rafizi Ramli

26,563 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

KEMPEN BERSAMA DI PRN JOHOR SAMPAI KE PENGHUJUNG FINALE DI PARAGON MARKETPLACE, JB Pengundi Johor akan mengundi hari Sabtu ini. Selama 14 hari, saya dan sukarelawan BERSAMA yang membentuk satu pasukan yang kami panggil Central Kitchen, duduk di satu rumah. Saya dapat bilik hujung di dapur sebelah tandas. Yang lain-lain kongsi tidur kat atas. Sebahagian besar dari mereka yang membentuk Central Kitchen ini terdiri dari pelajar-pelajar universiti. Mereka naik bas berulang alik dari KL antara ambik exam, pergi kuliah dan datang membantu di sini. Kami melatih mereka sebagai perancang kempen, atau campaign planners. Mereka bertanggungjawab menyusun jadual kempen, menguruskan calon, menguruskan bahan kempen digital dan bercetak, mengendalikan logistik dan segala benda lain yang perlu dibuat. Kami mempunyai seorang penasihat, iaitu sukarelawan nombor 1 bernama Chopper. Dia datang masa hari pertama dan lepas tu tak nak balik dah. Kami akan bawa dia balik ke KL untuk terus jadi penasihat kami. Selain dari jadi perancang kempen, malam-malam pukul 2 pagi selepas ceramah trak, mereka akan bantu jentera yang lain pasang bendera, banner dan lain-lain. Sekarang tinggal satu hari lebih lagi sebelum hari mengundi, jadi mereka tumpu kepada pengurusan ejen kira undi atau PACA. Selama ini kempen saya yang diikuti melalui IRL Apehal Follow Aku di YouTube banyak tertumpu kepada calon-calon. Hanya kali ini saya tunjukkan bagaimana BERSAMA mengendalikan keseluruhan kempen di 15 kerusi dari sebuah rumah. Setiap yang bermula pasti berakhir. Kempen BERSAMA di PRN Johor akan berakhir tepat jam 12 tengah malam esok, hari Jumaat 10 Julai. Kami putuskan untuk mengakhiri kempen Kancil di tempat yang sama ia bermula semasa calon-calon diumumkan, iaitu di ruang parkir Paragon Marketplace, Jalan Tampoi, JB. Trak Kancil akan singgah buat kali terakhir di Paragon Marketplace esok, Jumaat 10 Julai. Ceramah akan bermula jam 8 malam. Saya jemput semua penduduk di seluruh Johor yang berkelapangan untuk hadir. Begitu juga sukarelawan dan ahli BERSAMA yang berada di Johor, termasuk yang datang untuk bertugas sebagai PACA pada hari pengundian, untuk hadir ke ceramah finale Trak Kancil ini. Sebarkan kepada semua dan sebaiknya, daftar kehadiran anda di di pautan ini: Insya-Allah, dalam ucapan terakhir saya di PRN Johor ini saya akan gulung, lipat, tembak dan canai semua isu yang telah dibawa dalam PRN Johor ini. Jumpa di Paragon Marketplace, JB hari Jumaat, 10 Julai bermula jam 8 malam.

Rafizi Ramli

14,050 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 2 ไธชๆœˆๅ‰

๐——๐—จ๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,633 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

Perbahasan tentang AUKU telah berlangsung selama bertahun-tahun. Tetapi jarang sekali ada perbincangan awam yang betul-betul mengupas struktur dan model pendidikan tinggi yang kita ada. Semuanya berpunca daripada satu hakikat. Hanya kerajaan yang mampu menubuhkan universiti untuk orang ramai. Sebab itu ada akta. Sebab itu ada kawalan. Segala-galanya mengalir dari situ. Memandangkan peruntukan datang daripada kerajaan, universiti tidak punya sebarang insentif untuk menyesuaikan diri dengan pasaran kerja. Buat apa nak adapt? Ikut arahan sudah. Atau kekal dengan status quo sudah. Di situlah lahirnya jurang antara apa yang universiti keluarkan dengan apa yang pasaran perlukan. Sekarang ini kita ada dua kutub sahaja. Universiti awam yang dibiayai sepenuhnya, geran diberi, autonomi diberi, buat apa pun boleh. Atau universiti swasta yang langsung tidak dapat apa-apa daripada kerajaan dan terpaksa cari semuanya sendiri melalui yuran dan geran penyelidikan. Sebenarnya ada model di tengah-tengah. Dan kita sudah pun ada di Malaysia. Saya tahu apa yang orang akan kata bila saya bawa contoh ini. Tapi tengok sistem sekolah kita. Sekolah kebangsaan dibiayai sepenuhnya, dari kapital sampai kepada gaji cikgu. Sekolah antarabangsa pula tidak dapat sesen pun. SJKC dan SMJK duduk di tengah, mereka dapat geran per kapita, tetapi itu tidak mencukupi, jadi mereka kutip yuran tambahan dan kumpul dana sendiri. Pergi tengok sendiri. Infrastruktur di SJKC dan SMJK selalunya jauh lebih baik daripada SK dan SMK. Walaupun geran yang mereka terima tidak lengkap. Jadi yang saya bayangkan untuk universiti ialah dua bentuk pembiayaan. Satu geran asas kepada universiti, untuk menampung opex dan capex yang munasabah. Satu lagi - jangan bagi kepada universiti. Bagi terus kepada pelajar. Payah nak buat. Susah nak buat. Tapi benda yang baik memang payah. Oleh sebab itu, dalam dua tiga bulan lagi, kita akan tahu sama ada pemansuhan AUKU ini reformasi yang betul atau sekadar kosmetik. Bukan dengan membaca aktanya. Dengan melihat duitnya. Tonton kupasan penuh isu pemansuhan AUKU dan masa depan pengajian tinggi Malaysia di Podcast YBM Episod 60:

Rafizi Ramli

10,275 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,439 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia โ€œabangโ€. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,481 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ช๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜? ๐—•๐—˜๐—–๐—”๐—จ๐—ฆ๐—˜ ๐—ฌ๐—ข๐—จ ๐—ก๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ฅ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ & ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ BERSAMA akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN Johor ini. Kami akan bertanding solo dan takkan masuk atau bekerjasama dengan mana-mana gabungan. Kenapa walk alone? Tak takut hilang deposit ke? Sebab BERSAMA hadir untuk memberi suara kepada rakyat biasa yang sudah muak dengan perebutan jawatan di antara gabungan politik, baik PH, BN atau PN. BERSAMA tidak hadir sebagai kenderaan untuk saya dan Nik Nazmi tunggang untuk dapat jawatan, kalau macam itu buat apa kami mengundur diri dari jawatan menteri dan mengosongkan kerusi parlimen kami. Memang jalan lebih mudah untuk ahli politik ialah berada di dalam gabungan. Tetapi bila kami rasa pembawaan gabungan-gabungan ini sudah terpisah dari suara rakyat biasa kerana sibuk berebut siapa akan jadi Perdana Menteri, Menteri Besar - lebih baik kita mulakan platform baru yang boleh beri suara kepada orang biasa. Sebab kami yakin, BERSAMA yakin, bila kita beri suara kepada orang biasa, walaupun kita masuk solo, walk alone, sebenarnya YOU NEVER WALK ALONE. Akan ada rakyat biasa yang serasi dengan pembawaan ini dan akan membantu. Untuk memastikan BERSAMA memberi suara kepada orang biasa, calon-calon yang dipilih juga mestilah majoriti dari kalangan orang biasa yang tidak pernah mendekati politik. Terima kasih kepada 73 orang yang memohon menjadi calon BERSAMA dalam PRN ini. Sebahagiannya sangat berkelayakan dan berjawatan tinggi, sebahagiannya mewakili kumpulan masyarakat yang berbeza. Dari 73 orang ini, setelah ditapis dan ditemu duga, 15 orang dipilih. Mereka mewakili gambaran sebenar rakyat Malaysia. Anak muda yang berusaha keras membina syarikat kecil dan kerjaya. Doktor yang terpaksa menukar kerjaya supaya isteri dapat meneruskan kerjaya sebagai doktor dan mengambil tanggung jawab mengimbangi keperluan keluarga. Kumpulan profesional yang bekerja di syarikat besar sebelum mengusahakan syarikat sendiri. Kumpulan profesional yang masih bekerja dengan syarikat antarabangsa, bergaji besar tetapi sanggup turun padang menyahut seruan berkhidmat. Sudah tentu penggiat dan aktivis masyarakat yang telah lama berkhidmat dalam komuniti masing-masing. Peguam, arkitek, doktor, pengarah syarikat, pemilik perniagaan bila digabungkan dengan penggiat masyarakat - mereka adalah cerminan sebenar rakyat biasa yang bergelumang dengan pelbagai keputusan yang dibuat orang politik setiap hari. Mereka akan diperkenalkan kepada pengundi Johor hari Jumaat ini. Mereka tidak akan diraikan di atas pentas mahal atau acara gilang-gemilang yang menelan belanja jutaan ringgit. Mereka akan naik pentas kecil atas sebuah trak kempen yang kami panggil Trak Kancil. Saya jemput seberapa ramai pengundi Johor, ahli BERSAMA di Johor, ahli BERSAMA dari seluruh negara dan orang biasa untuk hadir di majlis pengumuman calon BERSAMA PRN Johor dan pelancaran Trak Kancil, seperti berikut: Tarikh: Jumaat, 26 Jun 2026 Masa: Orang ramai dijangka mula hadir 730 malam Tempat: Ruang Parkir Paragon Market Place 135, Jalan Tampoi Kampung Melayu Majidee Johor Bahru Anda juga boleh dapatkan merchandise Kancil semasa pelancaran ini. Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal untuk memberi sokongan, terutamanya kepada ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara, saya mohon sahkan kehadiran anda di Klik Acara, pilih โ€œPengumuman Calon PRN Johorโ€ atau imbas kod QR. Majlis pengumuman calon ini juga akan disiarkan melalui platform digital di saluran saya pada malam itu. Biodata calon-calon ini akan dikongsi dengan orang ramai di jam 10 malam hari Jumaat ini, setelah nama mereka diumumkan. Saya tidak tahu ada orang yang akan hadir majlis pengumuman ini atau tidak. BERSAMA baru sebulan jagung, susah kita nak baca penerimaan rakyat. Tetapi kalau perlu walk alone, kami akan tetap jalan bersendirian kerana lama-lama, lebih ramai akan mula berjalan BERSAMA kami.

Rafizi Ramli

12,469 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก, ๐—”๐——๐—” ๐——๐—จ๐—” ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ž, ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ ๐—ก๐—œ ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž Sabtu ini, 2 Mei 2026, saya akan berada di Taman Angsana Hilir, Ampang untuk siri Kaunter Bergerak yang seterusnya. Penduduk Pandan sudah biasa dengan tradisi Kaunter Bergerak yang saya mulakan sejak 2013 lagi. Sesiapa sahaja boleh datang dan membuat aduan, permohonan atau apa-apa saja, jangan minta projek saja. Kebelakangan ini, saya sering ditanya apa perasaan saya bila Tengku Zafrul Aziz, yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri ligat berada di Pandan. Terkini, pasal Tengku Zafrul dan DB letrik terbakar di sebuah pangsapuri di Pandan Indah. Bagi saya, lebih ramai orang membantu rakyat biasa lebih baik. Kalau semua masalah boleh diselesaikan serentak, alhamdulillah. Cuma saya berharap perkara itu berpanjangan, jangan sebab nak dekat pilihanraya, semua berlumba-lumba buat content. Jangan jadi macam Kuala Selangor dahulu. Nak dekat pilihanraya umum, Menteri Kewangan Tengku Zafrul umum Kuala Selangor jadi parlimen angkat. Habis semua disentuh, minyak motor pun semua ditukar. Tak sampai 2-3 bulan, bila sudah kalah, terus hilang dan Kuala Selangor dilupakan. Saya berharap perkara itu tidak berlaku di Pandan. Dengan kedudukan Tengku Zafrul di Pandan, saya harap dia boleh bantu buat banyak perkara yang saya dan Datoโ€™ Seri Dr Wan Azizah, ahli parlimen sebelum saya, tak mampu buat kerana kekangan kewangan sebelum ini. Contohnya, kita nak minta semua pangsapuri kos rendah dan kos sederhana dicat baru di seluruh Pandan. Setakat ini, saya hanya berjaya mengusahakan beberapa buah sahaja. Kita nak mintak semua kes-kes kerakyatan yang masih tertunggak di peringkat Kementerian Dalam Negeri diselesaikan. Dan paling utama, kita nak minta Tengku Zafrul bantu selesaikan masalah hakmilik strata yang melibatkan lebih 3,000 unit kediaman di Pandan yang tidak selesai sebab pemaju telah bungkus lama dan tidak membuat bayaran kepada Kerajaan Selangor. Yang kecil-kecil pasal longkang, sampah, penduduk setempat tu tak pe kami yang kecil-kecil di bawah ni cuba selesaikan setiap kali kami berjumpa penduduk. Satu lagi pesan saya - sebagai Penasihat Politik Kanan Perdana Menteri, saya harap Tengku Zafrul jangan lupa buat yang sama di Tambun. Saya pasti banyak DB yang terbakar di Tambun. Jangan jaga Pandan saja sampai PMX kena cari kerusi lain nak bertanding PRU akan datang. Kepada penduduk Angsana Hilir, Kampung Pandan dan sekitarnya, kalau ada masalah yang nak dikongsi, boleh jumpa saya di Taman Angsana Hilir hari Sabtu ini, 2 Mei dari jam 10 pagi.

Rafizi Ramli

59,239 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 4 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: โ€œRafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia โ€“ Ahli Majlis MPPNโ€ โ€œDaripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.โ€ Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 6 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,847 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,647 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 9 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—  ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ฅ? ๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ž๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฆ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ง๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”โ€ฆ. Terima kasih Meor Mohd Zafuan, penyokong tegar Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim (gambar profile pun gambar PMX) yang bertanya khabar mengenai Kesum pada 10 Disember 2025 yang lalu. Alhamdulillah minggu depan, genap 3 bulan Kesum beroperasi. Semuanya berjalan baik. Jualan harian macam biasa ada hari baik, ada hari tersangat baik, ada hari sendu terutamanya bila masuk minggu ketiga. Dah nampak trend bila hujung bulan, gaji dah nak habis jadi orang kurang berbelanja. Kami sedang meneliti perincian kos satu-satu untuk membandingkan unit kos asal semasa perancangan, dengan turun naik harga bahan mentah. Insya Allah bila analisa terperinci siap, kami boleh tentukan margin pulangan kepada rakan kongsi ekuiti. Untuk menjawab Meor Mohd Zafuan, setakat ini Kesum balik modal dan berjaya bayar pekerja antara RM2,000 ke RM4,000 sebulan, ikut berapa banyak overtime yang dibuat. Ini contoh slip gaji pekerja (rujuk video), kot kot Meor Mohd Zafuan tak percaya. Insya Allah, Kesum akan beroperasi lebih lama, walaupun ada walanon seperti Meor Mohd Zafuan berharap tutup cepat-cepat. Ada juga walanon yang macam ni, benda baik orang nak tolong rakyat dengan makanan yang kenyang, sedap dan murah; juga untung yang sedikit itu diutamakan kepada pekerja-pekerja - yang itu pun dia sakit hati sibuk mintak tutup awal. Buat masa ini, Kesum sedang mencari 3 orang lagi krew dapur untuk menampung keperluan kerja. Kami mencari 3 orang krew dapur tetap dan beberapa orang lagi untuk pekerja separuh masa. Gaji saya dah kongsi tadi dan terma kerja saya pernah kongsi sebelum ini. Bagi mereka yang berminat, sila isi borang di sini dan kami akan senarai pendek: Mohon kongsi dan sebarkan kepada seberapa ramai. Kepada yang minta buka Kesum di sana sini, benda macam ni tak leh nak rush sebab kita nak pastikan model operasi, model kos dan semuanya betul-betul OK dulu. Beri kami masa beberapa bulan lagi untuk fine tune - lagi pun kami nak bersedia untuk Ramadhan. Nanti saya kongsi operasi dan perancangan Kesum semasa Ramadhan.

Rafizi Ramli

50,356 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 7 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฅ Bila kami perkenalkan BERSAMA sebagai parti yang flat structure, tidak ada lapisan bahagian, cawangan dan lain-lain, saya faham bila ramai yang mengkritik. Kritikan itu ada asasnya sebab parti politik kena masuk pilihanraya. Bila masuk pilihanraya kena ada jentera. Lapisan bawah macam bahagian dan cawangan inilah yang bawa orang jadi jentera. Kalau tak de lapisan bawah macam bahagian dan cawangan, macam mana nak ada jentera? Tapi kami mahu membina BERSAMA sebagai parti masa hadapan dengan inovasi untuk masa depan yang boleh selesaikan beberapa masalah kronik dalam politik negara. Masalah paling kronik adalah rasuah dan orang politik ialah punca utama rasuah. Bila ada lapisan bawah seperti bahagian dan cawangan, ada kepala. Bila mereka kena gerakkan orang untuk buat tugasan seperti pasang bendera, pasang khemah, dulu-dulu saya ingat semua ni secara percuma. Kemudian belanja minum saja. Lama-lama, jadi berbayar. Budaya ini menyebabkan politik jadi mahal kerana semangat sukarelawan itu telah pupus. Buat kerja bukan sebab niat mahu berjuang, tetapi berju-WANG! Yang dekat atas, mereka turun kempen sebagai bangsa-WANG sahaja. Pengiring ramai, dayang-dayang dan hulubalang ke hulu hilir. Bila turun, semua mesti tersedia. Orang mesti ramai. Mesti jerit-jerit sokong. Siapa yang berjaya tunjukkan dia boleh buat sehebat mungkin, orang seramai mungkin, yang ini ada kabel besar dengan pemimpin di atas. Semua ni perlukan wang. Budaya ini melahirkan warlords politik di setiap lapisan yang perlukan duit. Sebab itu kena jadi kerajaan dan wakil rakyat, untuk bayar balik pelaburan berbelanja masa kempen. Atau untuk terus kekal berpengaruh di peringkat masing-masing, perlu duit untuk bayar warlords di setiap lapis. Ini isu utama saya dalam politik. Saya menentang budaya ini dari hari pertama. Saya pun bendul masa muda-muda, saya ingat dah nama reformasi budaya ini mesti dikekang lah. Tapi orang akan beritahu saya, kau ingat kau sorang saja cerdik. Ini cara politik di Malaysia, memang perlukan duit. Cuma yang tak diberitahu kepada saya awal-awal dulu - orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Sebelum saya mati, saya berharap Nik dan rakan-rakan lain dalam BERSAMA boleh buktikan bahawa kita mampu hapuskan budaya rasuah dalam politik ini. Tapi kita mesti berani ambil risiko. Kita perlu yakinkan ahli parti dan orang ramai bahawa kita perlu kembali kepada semangat gotong royong, jiwa sukarela. Kalau kita percaya kepada sesuatu perjuangan, kita sanggup menyumbang masa, tenaga dan wang kita, tanpa berharap habuan sebab habuan itu datang dalam bentuk pahala. Itu misi BERSAMA dan sekarang kami diuji dalam PRN Johor yang dipanggil sebulan selepas kami lahir. Jadi siapa yang akan pasang bendera, pasang banner bila kita tak bayar jentera? Tak de duit minyak. Semua kena sukarela atas dasar berjuang. Jawapannya: kita semua. Cuma kita nak kena susun secara bersistem, supaya yang sanggup luangkan masa tahu dekat mana nak kutip bendera, jumpa sapa, di mana nak pasang. Tahu dekat mana nak berkumpul, pakai baju apa. Kalau kempen, nak buat apa. Kita tidak perlukan ketua besar nak arahkan semua dan nak bayar kita. Kita semua ketua dan bergotong royong dalam kumpulan kecil kita bila arahan dan maklumat itu jelas. Konsep cantik, sekarang nak diuji dalam PRN Johor. Ada 2 tugas besar yang perlu dipikul oleh kita semua yang bencikan budaya rasuah dalam politik. Ini tanggungjawab saya, Nik, ahli-ahli BERSAMA dan penyokong di seluruh Malaysia. Satu, kita perlu mengiringi calon-calon kita pada hari penamaan calon. Ada 15 calon di 15 pusat penamaan calon. 2 calon di Johor Bahru, 2 di Pulai, 2 di Tebrau, 2 di Pasir Gudang, 2 di Iskandar Puteri, 3 di Kulai, 1 di Kluang dan 1 di Muar. Dua, kita kena pasang bendera cepat-cepat di semua kerusi yang kita bertanding. Setiap satu DUN dalam 8,000 bendera - pusingan pertama pasang bendera mesti bermula sebaik selesai penamaan calon, kemudian pusingan kedua dalam beberapa hari selepas itu. Jadi rancangannya begini: Saya mohon bantuan masa, tenaga dan wang (sebab kena bayar sendiri) ahli-ahli BERSAMA dan penyokong dari seluruh negara untuk hadir ramai-ramai di majlis pelancaran Trak Kancil dan pengumuman calon pada Jumaat malam, 26 Jun di Paragon Market Place, Kampung Baru Majidee, JB. Daftar kehadiran anda dengan imbas kod QR ini atau lawati klik โ€œAcaraโ€. Esoknya, kita akan sama-sama iringi calon-calon BERSAMA ke pusat-pusat penamaan calon di sekitar JB, Tebrau, Pasir Gudang, Pulai, Kota Iskandar, Kulai, Kluang dan Muar. Untuk memastikan agihan yang baik di setiap pusat penamaan calon, anda boleh pilih pusat penamaan calon mana yang anda akan hadir. Kita susun semua ini melalui sistem Kancil yang sekarang ini beroperasi secara web sementara menunggu Apple dan Android Store meluluskan permohonan aplikasi. Ikut langkah-langkah ini. 1. Klik 2. Klik โ€œSertai Kempenโ€ 3. Anda akan lihat laman log masuk ke Komuniti BERSAMA. Jika anda sudah menjadi ahli, klik Ahli. Jika mahu membantu tanpa menjadi ahli BERSAMA, klik Sukarelawan. 4. Masukkan nombor kad pengenalan. Anda akan mendapat OTP di email yang didaftarkan. Jika anda mahu mendapat OTP di telefon pintar, klik โ€œHantar kod melalui SMSโ€ 5. Selepas itu anda akan log masuk ke sistem kempen bersepadu Kancil dan landing page adalah untuk menjadi ejen kira undi atau PACA. Jika anda mahu menjadi PACA, daftar di sini. Semua sumber mengenai PACA ada di sini - video latihan, undang-undang, borang-borang dan dokumen yang perlu dikemukakan untuk kami daftarkan nama anda dengan SPR. 6. Klik โ€œAktivitiโ€ dan anda akan dapat lihat senarai aktiviti kempen pilihanraya. 7. HQ BERSAMA telah senaraikan setiap penamaan calon sebagai satu aktiviti. Anda boleh pilih yang mana anda ingin sertai. Bila kami sudah dapat maklumat di mana pusat penamaan calon bagi setiap kerusi DUN, maklumat ini akan dikemaskini dan anda akan tahu butirannya. Sila sentiasa semak sistem Kancil untuk maklumat terkini. Selepas kita mengiringi calon-calon BERSAMA untuk penamaan calon, aktiviti kempen seterusnya ialah taklimat dan susunan memasang bendera dan bahan kempen untuk DUN itu. Sama juga - setiap aktiviti ini akan terpampang di skrin sistem kempen bersepadu Kancil. Anda boleh pilih untuk sertai dan maklumat - di mana, siapa yang bertanggungjawab dan lain-lain - ada di situ. Setiap sumbangan masa dan tenaga anda akan direkod dan diberikan mata. Setiap bulan, ahli BERSAMA yang paling tinggi mata aktiviti, Insya-Allah saya dan Nik akan raikan. Bila sampai untuk mengundi pimpinan BERSAMA selepas ini, setiap ahli boleh lihat rekod khidmat - baik dari segi aktiviti kempen, jumlah ahli baru yang didaftarkan, capaian content di media sosial dan lain-lain - untuk setiap calon yang bertanding. Dengan cara ini, ahli-ahli BERSAMA ada maklumat yang telus siapa di kalangan kita yang benar-benar bekerja, bukan lagi budaya membodek ketua dan memetik nama ketua untuk naik dalam parti politik. Tapi semua ini yang kita bangunkan untuk melawan budaya rasuah dalam politik, hanya berkesan bila kita dapat buktikannya di PRN Johor. Jadi kita mulakan dengan tiga langkah berikut: 1. Daftar untuk hadir di pelancaran Trak Kancil di Paragon Market Place, Jumaat ini. Jangan daftar saja, make sure hadir juga. 2. Daftar di Komuniti Kancil untuk hadir ke penamaan calon, pilih DUN yang anda akan hadir. 3. Daftar untuk memasang bendera selepas itu. Jika kita berjaya laksanakan perkara ini walaupun BERSAMA tidak ada bahagian atau cawangan, itu petanda awal struktur BERSAMA yang tidak berlapis mampu mencabar struktur warlord parti-parti lain. Insya-Allah, itu sudah jadi satu kejayaan kecil dalam usaha membawa politik yang bersih dari rasuah.

Rafizi Ramli

27,048 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 3 ไธชๆœˆๅ‰

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก, ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—” PKR telah mengumumkan 10 calon untuk pilihan raya negeri Sabah. Dari 10 calon ini, 4 adalah calon payung terjun, iaitu calon-calon yang lompat dari parti lain atau calon yang baru masuk parti. Calon yang baru masuk parti iaitu Datuk Ruji bagi kerusi Merotai, lebih mudah untuk kita fahami kerana PKR perlu menampilkan calon-calon berprofil tinggi. Datuk Ruji adalah bekas pegawai kanan kerajaan dan kehadiran beliau boleh menambah nilai PKR di mata rakyat. Calon yang tiga orang lagi boleh ada kesan yang sebaliknya kerana rekod mereka yang suka melompat parti. Datuk Yamani Hafez Tun Musa Aman adalah anak kepada TYT Sabah sekarang. Sebelum ini menganggotai Umno, kemudian Bersatu dan kini PKR. Maksudnya parti yang berkuasa di Persekutuan, parti itulah jadi platform politik beliau. Begitu juga calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar. Sebelum ini dalam Umno, bila Warisan berkuasa, beliau masuk Warisan. Tahun 2020 Warisan jatuh, beliau kembali kepada Umno. Bila Umno tidak sebulu dengan GRS tahun 2023, beliau masuk GRS. Kini masuk PKR. Seorang lagi calon ialah George Hiew. Asalnya DAP, kemudian masuk Warisan dan sempat jadi pembantu menteri. Bila Warisan jatuh, masuk GRS, dan kini PKR. Dalam PKR, dari dulu lagi, ada pandangan berbeza mengenai calon lompat. Satu pandangan merasakan calon lompat adalah seperti durian runtuh kerana yang melompat itu selalunya sudah ada nama, ada pangkat dan mereka ada pengaruh. Kalau yang melompat itu adalah bekas wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, peluang menang mungkin lebih tinggi. Satu lagi pandangan berpendapat ia tidak serasi dengan jiwa reformasi yang mahu melihat ahli politik yang berprinsip. Jika calon yang melompat itu benar-benar berjiwa reformasi, kita tidak perlulah lawan dia sebelum ini - sama ada memang dia sudah berada dalam PKR dari awal, atau dia seorang wakil rakyat yang baik. Bagi saya, strategi parti mestilah tepat dengan kehendak rakyat. PKR tampil di persada politik negara dengan janji untuk membawa politik baru dan membuang budaya lama yang menjadikan mandat rakyat sebagai percaturan tawar menawar. PKR pernah ada pengalaman masuk pilihan raya dengan menampilkan bekas wakil rakyat yang lompat parti, iaitu semasa pilihan raya negeri Melaka yang lepas. Keputusannya tidak baik. PKR kalah semua kerusi walaupun dalam PRU 2018 PKR mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah di Melaka. Setiap dari kita, apatah lagi yang memimpin parti politik, akan terus berdepan dengan dua pilihan dalam setiap keputusan: sama ada kita memilih jalan pintas untuk menang (contohnya mengambil calon lompat yang pasang siap); atau kita memilih untuk menang atas usaha melahirkan calon-calon yang kita didik sendiri. Saya akan ulas dinamik politik dan pilihan raya Sabah dalam podcast YBM minggu ini, hari Jumaat 14 November jam 9 malam.

Rafizi Ramli

34,871 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 10 ไธชๆœˆๅ‰

๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—”๐—ž, ๐—จ๐—š๐—จ๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ, ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—š๐—จ๐—ง ๐—ฉ๐—œ๐——๐—˜๐—ข ๐—Ÿ๐—จ๐—–๐—”๐—› Semalam saya dapat satu email mengenai dakwaan video lucah saya dengan seorang lelaki. Ha3 video lucah datang lagi! Sekarang zaman AI, senang nak buat video dan gambar. Masa saya di universiti dulu, saya buat ijazah kejuruteraan elektronik. Banyak la belajar pasal teknologi semua. Satu perkara yang saya tertanya masa tu, kenapa dalam Islam hukum hudud jelas menetapkan untuk mensabitkan tuduhan zina, mesti ada kesaksian empat orang yang akhlaknya baik? Bagaimana dengan bukti video? Sekarang kita tahu kenapa, sebab di zaman AI ini semuanya boleh dicipta. Jadi mudah untuk buat gambar lucah, video lucah dan lain-lain. Berbalik kepada ugutan video lucah. Saya dapat email ini, yang memeras ugut USD100,000 kalau tidak video disebarkan. Dia bagi screen shot video itu. Siap bagi QR code konon untuk pindahkan wang. Screen shot video tu nampak seperti seorang lelaki. Katil, bilik dan setting macam kabur-kabur. Macam video kabur yang pernah ada dulu, cuma nampak macam muka saya ha3. Yang lawaknya, setengah jam kemudian saya dapat mesej dari YB Wong Chen, ahli parlimen Subang. Dia beritahu dia kena ugut ada satu video lucah dengan lelaki jugak. Kami sama-sama kongsi screen shot. Rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama ha3. Pejabat YB Wong Chen lagi garang dari saya. Mereka terus buat laporan polis. Saya tak rasa mereka menghabiskan jutaan ringgit untuk bayar firma AI buat video lucah yang ada muka saya. Cuma edit video lama dan letak muka saya, kemudian ambil screen shot. Sebab saya rasa tujuan sebenar ialah untuk menggodam peranti elektronik saya dan kemudian fitnah lebih besar boleh dibuat. Sebenarnya saya selalu berhadapan dengan cubaan menggodam telefon, laptop dan macam-macam lagi. Cubaan paling berbahaya ialah yang menggunakan firma antarabangsa dan cuba menggodam iPhone dan akaun Apple saya. Cuma ciri keselamatan iPhone ini lebih baik dan bila ada cubaan, maka Apple akan terus beri arahan untuk menutup telefon dan peranti lain yang berkaitan. Saya telah menjadi sasaran sebanyak 4 kali dalam tempoh 9 bulan yang lepas dan mendapat amaran dari Apple pada 14 November 2024, 6 Mac 2025, 25 Jun 2025 dan 3 September 2025. Ini maklumat dan arahan dari Apple: - Serangan siber ini dari โ€œmercenary spywareโ€ - Serangan ini berkaitan dengan siapa saya dan tindakan-tindakan saya (iaitu kedudukan saya sebagai ahli politik dan pendirian saya) - Apple memberi contoh serangan siber yang sofistikated seperti perisian serangan Pegasus dari sebuah firma perang siber Israel bernama NSO Group Saya percaya cubaan untuk memfitnah saya dengan video palsu, berita palsu, menggodam dan sebagainya akan berterusan. Kalau dapat video atau gambar pelik mengenai saya, atau dapat email pelik, semaklah dahulu. Ramai yang ingat senang nak jadi ahli politik. Tapi kalau kita cuba ada pendirian sendiri, atau membongkar rasuah, atau cuba melawan vested interest yang bermaharajalela, sebenarnya kehidupan harian kita akan terus diganggu seperti ini.

Rafizi Ramli

109,149 ๆฌก่ง‚็œ‹ โ€ข 1 ๅนดๅ‰