#wefund

rafiziramli's profile picture

#𝗪𝗲𝗙𝘂𝗻𝗱 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨 𝗜𝗡𝗜 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗡, 𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗩𝗘𝗡𝗨𝗘 𝗗𝗔𝗛. 𝗔𝗗𝗔 𝟯𝟵𝟲 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗟𝗔𝗚𝗜 Terima kasih kepada yang telah membeli tiket ke majlis makan malam mengutip dana #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu ini, 27 Jun bermula jam 8 malam. Kat mana? Lepas ni saya komen. Setakat hari Isnin, 22 Jun, lebih kurang 5 hari sebelum #WeFund - sebanyak 602 tiket telah dijual. Tiket platinum RM2,000 habis dijual. Tiket silver RM500 habis dijual. Tiket gold RM1,000 mulanya habis dijual, kemudian ada seorang pembeli yang baik hati dia rasa lebih baik dia dermakan saja satu meja RM10,000 dan minta dijual balik tiket-tiket yang dia. Jadi masih ada 8 tiket gold RM1,000 yang boleh dibeli. Jualan tiket setakat ini telah mencecah RM144,500 dengan berbaki 5 hari. Ada 396 tempat lagi belum dijual iaitu 8 tiket RM1,000 dan 388 tiket RM150 setiap satu. Bagi mereka yang ingin membeli, boleh layari - dari situ klik banner atas atau klik “Acara”, pilih #WeFund. Kami akan mula buat count down setiap hari dan kemas kini berapa tiket masih berbaki. Dekat mana majlis makan malam #WeFund ni? Kami terpaksa tukar tempat dua kali. Mulanya di SJKC Wangsa Maju. Sebaik diumum, pihak sekolah terus dapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terpaksa pulangkan bayaran kami dan batalkan booking, walaupun amalan biasa sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina menyewakan dewan mereka untuk acara luar seperti ini sebab ini cara mereka menampung kos operasi mereka. Kami pun berpindah ke SJKC Chung Kwo. Kami dah buat fundraising dinner di sini sejak zaman Dato’ Seri Najib, di kemuncak kes 1MDB lagi. Mereka pun dah biasa dengan kami, dari zaman INVOKE untuk membiayai calon-calon PKR/PH masuk PRU2018 dan zaman Ayuh Malaysia membiayai calon PKR masuk PRU2022. Semua OK, saya umum pertukaran tempat. Pagi umum, tengahari sekolah dapat surat cinta PPD - perkara sama kena pulangkan bayaran dan batalkan tempahan. Akhirnya kami berjaya dapatkan tempat di IDCC Selayang dan setakat ini tidak dapat apa-apa surat cinta. Nak dijadikan cerita, pada masa yang sama Kancil diperlaku begini, yang tak pernah berlaku zaman BN dahulu, DAP Subang Jaya juga buat majlis fundraising dinner di SJK(C) Chee Wen. Bila dah bising pasal double standard - BERSAMA buat tak boleh, DAP buat boleh, barulah agaknya SJKC Chee Wen pun dapat surat cinta dari PPD. Akhirnya, DAP Subang Jaya pun kena tukar ke venue lain. Nak kata ini dasar Kementerian Pendidikan di bawah Fadhlina Sidek yang langsung tidak boleh buat program oleh parti politik di sekolah, DAP Wilayah Persekutuan pun buat sambutan 60 tahun DAP di sekolah - di Sekolah Menengah Confucian pada 7 Jun 2026, lebih kurang 2 minggu lepas. Jadi saya tak rasa ini soal dasar lah sebab memang sekolah-sekolah Cina biasa saja menyewakan dewan-dewan mereka yang kemudahannya lebih baik dari dewan-dewan komersial, kepada function luar pada harga yang murah. Ia sumber kewangan untuk menampung kos operasi. Tapi bagus juga jadi macam ini, majlis #WeFund sampai jadi berita. Bila dilaporkan, lebih ramai orang tahu jualan tiket pun lagi cepat laris. Bila mencabar kuasa, halangan-halangan macam tempahan kena batal, kena sekat ini perkara biasa. Saya dah lalui zaman susah PKR dahulu tahun-tahun 2000 ke 2010 sebelum PKR ada kuasa. Cuma Fadhlina saja yang tak melaluinya, dia masuk masa dah senang terus jadi senator, kemudian terus jadi menteri. Jadi ikut suka mereka lah nak buat apa, yang penting kita jual tiket dan anda beli tiket. Jangan terlambat, kalau berkelapangan beli tiket #WeFund hari ini dan kita jumpa di IDCC Selayang hari Sabtu ini, 27 Jun jam 8 malam.

Rafizi Ramli

21,877 просмотров • 1 месяц назад

rafiziramli's profile picture

𝗩𝗲𝗻𝘂𝗲 #𝗪𝗲𝗙𝘂𝗻𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗝𝗞𝗖 𝗪𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗷𝘂 𝗸𝗲 𝗦𝗝𝗞𝗖 𝗖𝗵𝘂𝗻𝗴 𝗞𝘄𝗼, 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗣𝗗 Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun ini. Setakat hari ini, seminggu selepas tiket mula dijual, 464 tiket telah dijual, iaitu 46% dari keseluruhan tiket. Tiket-tiket mahal telah hampir habis dijual: Platinum RM2,000 seorang telah habis dijual. Gold RM1,000 seorang tinggal 4 tiket lagi. Silver RM500 seorang tinggal 1 tiket lagi. Yang tinggal ialah tiket standard RM150 seorang, ada sekitar 500 tiket lagi dengan masa berbaki 9 hari. Cuma saya nak kena buat satu pengumuman mengenai perubahan tempat. Tempahan dewan asal di SJKC Wangsa Maju terpaksa dibatalkan kerana sekolah mendapat surat cinta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), walaupun asalnya Lembaga Pengelola dan pihak sekolah menerima tempahan BERSAMA. Oleh itu, majlis dana #WeFund BERSAMA akan diadakan di SJKC Chung Kwo di Jalan Loke Yew, Pudu. Ada nilai sentimental juga bila #WeFund BERSAMA diadakan di SJKC Chung Kwo kerana di sinilah saya pernah menganjurkan pelbagai majlis kutipan dana dari 2016 lagi (semasa INVOKE) dan 2022 (semasa Ayuh Malaysia). Kami akan menghantar makluman pertukaran tempat kepada semua yang telah membeli tiket melalui email dan Whatsapp, dan akan menelefon semua pembeli juga. Bagi mereka yang ingin menyumbang, ada 9 hari lagi dan tiket-tiket boleh dibeli secara online di Klik “Acara” dan pilih “WeFund BERSAMA”. BERSAMA kami di SJKC Chung Kwo, Jalan Loke Yew, Pudu pada hari Sabtu, 27 Jun ini jam 8 malam.

Rafizi Ramli

17,091 просмотров • 1 месяц назад

rafiziramli's profile picture

#𝗪𝗲𝗙𝘂𝗻𝗱 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 Terima kasih kepada orang ramai yang telah membeli tiket majlis mengumpul dana BERSAMA yang kita jenamakan sebagai #WeFund Sejak diumumkan 5 hari lalu, berikut ialah prestasi jualan tiket: Sejumlah 296 tiket dari 998 tiket telah dijual, iaitu sekitar 30%. Jumlah tiket terjual sekarang ialah RM79,700 iaitu purata RM269 setiap tiket. Maknanya tiket-tiket yang lebih mahal iaitu pada harga RM500, RM1,000 dan RM2,000 juga turut dibeli, selain tiket biasa pada harga RM150. Hasil kutipan ini akan digunakan untuk membiayai kempen BERSAMA di PRN Johor. Belanja utama ialah sewaan trak kempen dan bahan kempen seperti bendera, poster, bendera kecil dan lain-lain. Kami sudah ambil trak dan akan muncul buat kali pertama minggu depan di Johor. Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang. Kepada mereka yang belum beli tiket, ada seminggu setengah lagi sebelum hari Sabtu, 27 Jun. Kalau berniat untuk beli, boleh beli tiket di , klik Acara dan pilih acara #WeFund - tiket-tiket boleh dibeli secara online di situ. Pilih harga tiket, berapa tiket dan nombor meja yang dikehendaki. Jika sudah beli atau mahu membantu tetapi tidak ada kelapangan untuk hadir, saya mohon sebarkan content ini kepada seberapa ramai. Forward kandungan ini ke Whatsapp kawan-kawan, boleh share di media sosial masing-masing. Ini satu perkara yang ahli politik dan parti lain tidak mahu buat, iaitu bergantung kepada sumbangan rakyat untuk membina dan membiayai kempen, kerana mereka tidak mahu menjawab kepada rakyat bila sudah menang. Kalau kita mahu kembalikan kuasa kepada rakyat, bantu kami di BERSAMA suburkan budaya bergantung kepada sumbangan rakyat seperti ini. Jumpa kami di #WeFund BERSAMA pada hari Sabtu, 27 Jun jam 8 malam. Tiket masih ada, beli di

Rafizi Ramli

17,391 просмотров • 1 месяц назад

Больше нет контента для загрузки