ะ—ะฐะณั€ัƒะทะบะฐ ะฒะธะดะตะพ...

ะะต ัƒะดะฐะปะพััŒ ะทะฐะณั€ัƒะทะธั‚ัŒ ะฒะธะดะตะพ

ะะฐ ะณะปะฐะฒะฝัƒัŽ

๐—–๐—ข๐—ก๐—™๐—œ๐—ฅ๐—  ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—จ๐——๐—˜๐—ก๐—ง ๐—˜๐—ซ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— : ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฉ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—ง๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  Saya dah bincang dengan peguam-peguam saya. Alang-alang disiasat SPRM dalam kes yang saya yakin memang tidak ada apa-apa kecuali percaturan yang berkuasa, saya akan bantu SPRM giler-giler. Selalunya orang kena panggil...

rafiziramli's profile picture

Rafizi Ramli

794,919 subscribers

44,746 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด โ€ขvia X (Twitter)

ะšะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ: 0

ะะตั‚ ะดะพัั‚ัƒะฟะฝั‹ั… ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะตะฒ

ะ—ะดะตััŒ ะฟะพัะฒัั‚ัั ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ ะธะท ะพั€ะธะณะธะฝะฐะปัŒะฝะพะณะพ ะฟะพัั‚ะฐ

ะŸะพั…ะพะถะธะต ะฒะธะดะตะพ

๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—›, ๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”: ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐— ๐—”๐—–๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—–๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Hari ini, bekas pegawai dasar saya James Chai, pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM. SPRM menyiasat kononnya ada penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia. Kalau ingat, Mac 2025, Perdana Menteri melancarkan usaha sama ini untuk membolehkan Malaysia berubah dari menjadi pengilang yang memasang cip semikonduktor kepada pencipta yang mereka bentuk cip semikonduktor. Saya tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang. Kalau tidak dah lama saya ditahan dan berpuluh juta wang dipamerkan kepada orang ramai, seperti yang pernah berlaku dalam kes ahli politik lain. Siasatan menjurus kononnya saya mendesak kerajaan untuk menandatangani usaha sama itu secara tergesa-gesa. Macam perjanjian ART yang sesetengah pihak kata tergesa-gesa lah. Cuma yang saya disiasat besar-besaran, yang ART itu langsung tidak disentuh. Pun begitu, saya berbesar hati untuk membantu siasatan SPRM. Kemungkinannya begini: James adalah saksi terakhir yang SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya. Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua minggu atau tiga minggu dari sekarang. Masalahnya saya tidak ada Whatsapp dan saya tidak angkat telefon yang saya tidak kenali. Banyak scammer sekarang ni. Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya [email protected] Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari. Insya Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini.

Rafizi Ramli

46,062 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—ž๐—จ๐—ง? ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—”๐—๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—› Jawapan seperti ini selalu juga kita dengar. Orang yang bercakap ni selalunya pakai tie, yakin dia hebat, sebab itu dia tidak kisah soal keadilan dalam masyarakat. Soal siasatan atau pendakwaan terpilih, apabila badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bukan soal politik. Ia soal keadilan, sebab orang yang ada wang, ada jawatan, orang macam saya boleh lalui semua ini dengan baik. Saya akan ada kawan-kawan yang peguam datang. Kalau saya tak de duit nak bayar duit jamin, kawan-kawan kumpul duit. Saya boleh bersuara dan menjelaskan tuduhan itu dari perspektif saya dan menunjukkan bukti-bukti kepada orang ramai. Tetapi kalau orang yang ada kedudukan dan jawatan seperti saya pun tidak terselamat, jika badan yang diberi amanah itu dijadikan senjata, bayangkan jika yang kena itu anak orang biasa yang tidak ada kedudukan. Dia akan terkapai-kapai. Tak de orang nak tolong dia. Bila dia disiasat atas tuduhan palsu, dia telah digari dan media dah laporkan sedangkan dia tidak didakwa pun. Hanya atas syak wasangka. Dia kehilangan kerja. Sejak saya melalui pengalaman ini dengan SPRM, ada yang menulis email kepada saya menceritakan pengalaman mereka. Mereka tidak didakwa dan digantung tidak bertali sehingga hilang pekerjaan. Bila berlaku begini, ia zalim kepada mereka yang jadi mangsa. Mangsa itu mungkin kita, mungkin anak kita, mungkin kawan kita, mungkin anak jiran kita. Bila saya bersuara mengenai SPRM, badan-badan penguatkuasa, saya bukanlah takut pasal kes saya. Saya yakin memang tidak ada apa-apa, peguam saya yakin kalau dibawa ke mahkamah ia tidak ke mana sebab tidak ada satu sen pun masuk kepada saya. Saya bersuara agar SPRM benar-benar bebas untuk mengelakkan kezaliman berlaku kepada rakyat biasa yang tidak ada suara seperti saya. Allah menetapkan saya melalui pengalaman ini, supaya saya faham perasaan mereka yang disiasat dan digantung tidak bertali hingga hilang pekerjaan, supaya saya memberi suara kepada mereka. Orang yang paling berisiko bila badan yang diberi amanah itu tidak bebas tergolong kepada dua kumpulan: Satu - orang biasa yang tidak ada peguam, tidak faham proses dan tiada suara Kedua - pegawai-pegawai SPRM yang jujur dan ingin menjalankan amanah, kerana mereka terpalit sama menanggung Kepada yang cepat ikut perasaan dalam menilai perkara-perkara seperti, saya doakan Allah lembutkan hati dan jangan tengok dari kaca mata kita sahaja. Sebab satu hari mungkin kita yang melaluinya sendiri.

Rafizi Ramli

37,848 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—ž ๐—˜๐—ซ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—ฃ๐— , ๐—˜๐—ฌ๐—› ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— , ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—š๐—” Minggu ini minggu exam saya, dah 2 hari habis paper pertama dan kedua. Hari ni paper ketiga. Saya disoal siasat oleh SPRM sejak hari Isnin lepas. Sebab ada satu tuduhan, bermula dengan fitnah-fitnah ceplos di media sosial kononnya saya makan rasuah projek RM1.1 bilion berkaitan inisiatif negara merevolusi industri semi konduktor negara melalui usaha sama dengan ARM, iaitu monopoli reka bentuk cip dunia. Kemudian ada NGO-NGO seperti Perkasa buat laporan SPRM. Geng-geng NGO ni buat 3 laporan SPRM terhadap saya untuk buka 3 kes. Bila semak-semak balik, salah satu NGO yang buat laporan ni memang selalu memuji dan melambung kehebatan individu tertentu dekat Pejabat Perdana Menteri dulu. Jadi kita faham-fahamlah. Ambik exam SPRM ni sama macam ambik exam SPM. Cuma satu paper SPM mungkin 2 jam, satu paper SPRM sampai 8-9 jam ha3. Tapi tip sama. Kalau kita dah study awal-awal dan ingatan kita baik, Insya Allah lancar saja jawab exam SPM. Kalau kita memang jenis ponteng kelas, homework tak pernah buat, hari exam memang menggelabah dan berterabur jawab exam. Exam SPRM pun sama. Kalau kita memang tak ambik duit, maka tak de money trail atau bukti kekayaan atau kemewahan. Kalau kita buat kerja kita saja dan tak de self interest, soal macam mana pun jawapan kita konsisten dengan rekod-rekod rasmi yang ada. Insya-Allah, exam SPRM paper ketiga ni pun akan OK. Cikgu-cikgu yang memeriksa saya pun setakat ni OK. Bukan macam cikgu disiplin saya dulu libas dengan tali pinggang ha3. Kalau saya bertuah dapat notis terima sijil di mahkamah nanti, Insya-Allah saya naik pentas dengan tunjukkan sijil exam SPRM yang cemerlang. Terima kasih atas doa keluarga dan kawan-kawan dari merata tempat. Satu tips je yang saya tak pakai untuk ambik exam SPRM ni - tips suruh makan kismis sebelum exam untuk ingatan kuat. Saya memang tak yakin tips ni dari dulu ha3.

Rafizi Ramli

33,379 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 4 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Ada yang tidak berpuas hati sebab saya cuit mengenai sambungan kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga beliau mengungkit secara terbuka yang saya pun sudah tidak suka dia. Nanti saya ulas panjang lebar pasal ni dalam podcast YBM episod 26, malam esok, hari Jumaat 12 Disember jam 9 malam. Selain isu SPRM, saya juga akan ulas isu pengiktirafan UEC, tindakan kerajaan Terengganu halau Felda dan pergolakan dalaman BN dan PN. Berbalik kepada soal SPRM, so betul ke saya tak nak kawan dengan Tan Sri Azam Baki? Saya sebenarnya emotionally dead. Jarang sangat la saya simpan rasa - marah ke, dendam ke, kecik hati ke - kepada sesiapa pun. Saya anggap kalau sesuatu tindakan itu adalah tanggungjawab saya, maka saya kena buat la. Kalau bersuara itu adalah sebahagian dari tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen, saya sebut apa yang saya percaya perkara yang perlu disebut. Jadi ini bukan soal saya suka dengan Tan Sri Azam Baki ke tidak. Ia soal kredibiliti SPRM dan menjadi tanggungjawab saya menyampaikan pandangan rakyat bahawa kita ada masalah jika rakyat kurang yakin dengan kebebasan SPRM. Nak dengar lebih lanjut - jangan lupa podcast YBM malam esok.

Rafizi Ramli

25,666 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— , ๐—ฆ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengeluarkan kenyataan jam 10 malam hari Ahad. Jarang jabatan kerajaan keluarkan kenyataan masa orang nak tidur hari Ahad ni. Kenyataan berbunyi: โ€œSPRM Nafi Tuduhan Tidak Berasas Berkaitan Siasatan Pemilihan PKR 2025โ€ Ia bersabit perkongsian saya bagaimana seorang calon pemilihan PKR disiasat SPRM di kemuncak pemilihan PKR; dan perbualan saya dengan YAB Perdana Menteri mengenai perkara itu. Kenyataan SPRM itu, sementara tajuknya menafikan dan katanya ia tuduhan tidak berasas, pada masa yang sama mengesahkan beberapa perkara: Pertama - memang betul seorang calon pemilihan PKR disiasat dan rumahnya didatangi pegawai SPRM. Kedua - memang betul dia dilepaskan tanpa ada sebarang pertuduhan. Ini yang disahkan secara terang-terangan. Namun, ada juga perkara yang disahkan apabila kenyataan SPRM mengelak dari memberi maklumat-maklumat lain yang penting untuk memahami kejadian itu. Contohnya: Pertama - apabila SPRM tidak menyatakan bilakah perkara itu berlaku, kerana tarikh kejadian itu berlaku mengesahkan garis masa kejadian, iaitu semasa kemuncak pemilihan PKR April dan Mei yang lalu. Kedua - apabila SPRM tidak menyatakan tuduhan yang disiasat, iaitu pembelian sebuah flat kos rendah yang lelong pada harga murah yang sememangnya perlu dibayar tunai. Sudah tentu SPRM tidak boleh menyatakan perkara-perkara ini di dalam kenyataannya kerana ia hanya mengesahkan apa yang saya sebut. Lebih-lebih lagi, garis masa perbualan dengan YAB Perdana Menteri sudah tentu boleh disahkan dengan menyemak rekod panggilan, yang memang tercatat di dalam bil telefon. Saya hanya perlu menunjukkan bil telefon saya bagi bulan itu untuk mengesahkan bahawa perbualan itu memang berlaku dan garis masa itu tepat dengan siasatan SPRM. Ada yang mempersoalkan kenapa perkara ini hanya keluar sekarang. Adab di dalam sesebuah organisasi, hatta di dalam keluarga pun, kita suarakan perkara itu secara dalaman untuk diambil tindakan oleh mereka yang berkuasa. Sama seperti pandangan mengenai SPRM, tingkah laku setiausaha politik Perdana Menteri, mengenai Farhash, adabnya saya perlu suarakan terus kepada Perdana Menteri kerana kuasa itu ada pada beliau. Saya bersangka baik dan mahukan beliau membuat perubahan. Selalunya beliau nyatakan beliau akan teliti dan ambil tindakan. Apabila semua ruang itu telah digunakan sepenuhnya dan saya rasa masih ada perkara yang disuarakan, saya terus suarakan; lebih-lebih lagi apabila saya tidak lagi terikat dengan peraturan Jemaah Menteri dan kerajaan. Sama juga keadaannya dengan kes yang melibatkan siasatan SPRM ke atas calon-calon PKR yang kebetulan berlaku semasa pemilihan PKR. Sekiranya saya membawa perkara ini kepada pengetahuan umum ketika itu, dengan mudah pihak berkuasa memutar belit bahawa ia satu gimik pada ketika saya sedang bertanding. Pada masa itu juga orang ramai belum faham sepenuhnya dengan dinamik politik dan kelemahan pemilihan PKR tempoh hari. Pada ketika itu, semuanya akan di bakul sampahkan sebagai taktik menutup kekalahan. Situasinya berbeza sekarang. Orang ramai boleh melihat sendiri kontroversi demi kontroversi yang mempersoalkan kebebasan dan budaya profesional SPRM, selepas beberapa kes yang berlaku. Demi menjaga nama baik dan kredibiliti SPRM, jalan yang terbaik adalah dengan menukar kepimpinannya. Sebab itu, saya sebut perkara ini sekarang supaya YAB Perdana Menteri fikir masak-masak dan tidak lagi menyambung kontrak Tan Sri Azam Baki. SPRM adalah sebuah institusi yang kita perlu lindungi. Jasanya besar terutama dalam membongkar skandal 1MDB. Berapa ramai pegawai SPRM yang jujur terpaksa berkorban untuk membawa Datoโ€™ Seri Najib Razak ke muka pengadilan. Maka kita perlu mempertahankan SPRM dari dalam dan luar, supaya tidak ada perkara yang boleh membawa persepsi yang mempersoalkan kebebasannya.

Rafizi Ramli

90,478 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” Bulan Ogos 2025, ada serangan ke atas anak saya dan ugutan kepada isteri saya. Mesejnya simple: kalau saya terus bersuara, mereka nak cucuk AIDS. Saya tidak pernah menulis surat, atau tanya perkembangan siasatan secara terbuka. Saya serah kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengawal selia PDRM, badan yang menyiasat. Lagi pun Menteri Dalam Negeri, Saudara Saifuddin Nasution Ismail, adalah kawan lama yang saya dah kenal sejak 1998 lagi. Untuk tempoh masa yang lama, saya panggil dia โ€œabangโ€. Saya kenal rapat keluarga beliau dan beliau kenal isteri dan anak saya. Jadi saya serah amanah itu kepada beliau. Memang saya tidak pernah dapat apa-apa maklumbalas, secara rasmi atau tidak rasmi. Kalau ada kemaskini siasatan pun, itu dari media saja. Saya membaca laporan sama macam rakyat yang lain. Akhir November 2025, Saudara Saifuddin minta untuk adakan pertemuan. Kami pun jumpa di parlimen pada 1 Disember 2025. Lebih sejam kami berjumpa, bincang macam-macam. Saya lagi banyak dengar dari bercakap, seperti biasa bila saya jumpa pimpinan PKR ha3. Saya ingat sebab dia tak sampai hati dah berbulan-bulan tak de maklumat atau hasil siasatan mengenai kejadian serangan, dia ada berkongsi beberapa perkembangan dan sudut-sudut siasatan. Saya pun masukkan soalan di parlimen untuk beliau sahkan secara rasmi di Dewan Rakyat maklumat-maklumat yang dia kongsi dengan saya pada 1 Disember 2025 itu. Minggu ini, beliau jawab dan seperti yang saya dah agak, beliau kena bagi jawapan pentadbiran lah, iaitu tak boleh dedah takut ganggu siasatan. Saya pun tak ambik hati. Sebab anak kita yang kena, takkan orang lain faham perasaan kita. Malah saya berterima kasih kerana jawapan Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan dua perkara: Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada. Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak leh kongsi secara terbuka saja. Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya. Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa. Nanti saya tunggu lagi, kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini. Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah. Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus. Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang volunteer suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan Insya Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini. Yang nak kena pertahan reputasi di mata rakyat ni bukan anak saya yang kena serang. Yang nak kena jawab dengan rakyat nanti adalah orang-orang besar belaka, mereka tahulah apa jawapan nak diberi satu hari nanti.

Rafizi Ramli

131,481 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,439 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž, ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—›? Saya ada satu plot twist yang saya nak ajukan kepada pimpinan negara, terutamanya Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan skandal rasuah bersabit perolehan angkatan tentera. Beberapa orang pimpinan terkanan Angkatan Tentera Malaysia ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Tapi ada satu plot twist yang saya masih belum ada jawapan. Masa saya jadi menteri dahulu, setiap lantikan yang melibatkan pegawai kerajaan perlu ditapis terlebih dahulu oleh SPRM. Ini bukan untuk lantikan kanan pun, lantikan yang melibatkan gred 52, 54 pun kena ditapis oleh SPRM. Tapisan SPRM ini memang syarat untuk kenaikan pangkat pun. Ini kenyataan media dari JPA sendiri dalam tahun 2017 mengesahkan perkara ini: Ini pula adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 mengenai syarat pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, yang secara khusus menyebut sebarang kenaikan pangkat bukan sahaja perlu melepasi tapisan SPRM, tetapi perlu mengisytiharkan harta. Nampak tak plot twist? Saya ambil contoh dua kes yang telah dibawa ke mahkamah. Kes terhadap Tan Sri Hafizuddeain Jantan. Beliau dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 23 Mac 2023, kemudian dilantik Panglima Tentera Darat pada 6 September 2023. Mengikut laporan berita semasa beliau didakwa, kes rasuah beliau adalah berhubung dengan kontrak-kontrak perolehan sejak 2023. Masa dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat dalam Mac 2023 - SPRM luluskan tapisan. Masa dilantik Panglima Tentera Darat dalam September 2023 - SPRM luluskan tapisan. Sedangkan kes yang beliau kena dakwa adalah bersabit kontrak sejak 2023 lagi - sebenarnya apa bentuk tapisan yang SPRM buat ni? Bukan ke perlu semak pengisytiharan harta? Kalau beliau dah ada kes berhubung kontrak perolehan sejak 2023, macam mana SPRM boleh luluskan tapisan beliau? Begitu juga dengan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Nizam Jaffar. Dilantik pada 31 Januari 2025, maksudnya selepas tapisan diluluskan oleh SPRM. Salah satu dakwaan rasuah adalah perolehan sebanyak RM1.725 juta kepada Helmee Resources pada 24 Jun 2024; iaitu sebelum beliau dinaikkan pangkat. Bila beliau nak dinaikkan pangkat, SPRM yang bertanggungjawab semak dan buat tapisan. Tapi bolos. Tapisan yang bolos. Pengisytiharan harta yang bolos. Yang ini Tan Sri Azam Baki tak pernah jawab atau komen. Bukan ke kalau SPRM buat tapisan betul-betul, semua ini telah dikenal pasti awal-awal? Ini bukan kes 1MDB atau Jho Low yang melibatkan wang di seluruh dunia. Ini kes beli hamper raya je pun. Tan Sri Azam Baki dengan gah keliling podcast tunjukkan dia berani lawan rasuah - tetapi prevention is better than cure. Ada benda yang tak kena ni sehingga tapisan SPRM tidak berkesan untuk menyekat mereka yang ada kes dari dinaikkan pangkat. Bila jadi macam ni, jangan salahkan rakyat kalau rakyat sinis. Masa nak dinaikkan pangkat semua cantik, SPRM lulus semua. Bila ada yang tak berkenan atau tak kena, korek balik semua yang dulu-dulu. Kami bukan cerdik atau hebat atau berani macam Tan Sri Azam Baki. Bila dah jadi macam ni dan tapisan SPRM macam mencukupkan syarat, rakyat fikir macam tu la. Jadi apa jaminan yang tapisan SPRM atau pengisytiharan harta tu sebenarnya ada makna untuk memastikan sesiapa yang ada kes tidak dinaikkan pangkat?

Rafizi Ramli

44,193 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐Ÿšจ Thierry Henry di CBS Sports Golazo โšฝ๏ธ setelah insiden penghinaan rasial Vinรญcius Jรบnior dalam laga Benfica-Real Madrid kemarin: โ€œDengarkan, saya akan mengatakan sesuatu yang cukup kuat di sini. Saya tidak suka Real Madrid, tetapi saya seorang madridista malam ini. Saya tidak peduli dengan seragam apa yang dikenakan Vinรญcius Jรบnior. Saya tidak ingin melihat itu. Saya juga mendengar beberapa orang bilang bahwa itu selalu terjadi padanyaโ€ฆ Lalu kenapa? Jadi pertanyaannya, yang ingin kamu ubah itu subjeknya atau situasinya? Mari kembali ke inti persoalannya.โ€ โ€œApa yang telah dikatakan? Dikatakan bahwa Vinรญcius Jr. adalah monyet. Kita lagi membicarakan apa? Apa yang harus kita lakukan? Dan di atas itu, dia tidak bisa merayakan golnya? Mengapa kita di sini? Apa yang kita bicarakan?โ€ โ€œBukan, ini bukan menggeneralisasi tentang Benfica sebagai klub. Tidak ada yang membicarakannya. Kita semua punya rasa hormat terhadap Benfica. Tetapi, individu itu harus bertanggung jawab atas apa yang ia katakan.โ€ โ€œDia tidak bisa keluar lalu berkata โ€˜Saya tidak mengatakan apa-apaโ€™, nah kenapa kamu menutup mulutmu saat itu? Saya tidak suka berspekulasi. Saya percaya pernyataan Kylian [yang menyebut bahwa ia mendengar Prestianni memanggil Vini Jr dengan sebutan monyet]. Dia meninggalkan pesan untuk saya, ngomong-ngomong. Saya tidak sabar untuk mendengarnya. Saya biasanya tidak membicarakan apa yang saya lakukan di telepon dan sebagainya, kalian tahu itu, tapi ini penting.โ€ โ€œSaya akan menelponnya [Kylian Mbappรฉ] dan saya ingin tahu apa yang dikatakan orang itu [Prestianni]. Tapi pada saat yang sama kita punya video buktinya. Cukup sudah.โ€ โ€œIni permainan yang indah. Tapi kadang-kadang aturan yang kita miliki dalam permainan ini jauh dari apa yang orang lihat di dalam permainan. Apa itu? Kita di sini untuk mencetak gol atau membuat orang bahagia, tapi ketika seorang terluka, kita tidak bertindak, kita malah menyalahkan orang itu.โ€ โ€œSerius, apa yang kita bicarakan? Golnya menghentikan permainan ini? Itu yang kita dengar malam ini. Sebenarnya, golnya membuat saya terkejut, itu yang dia lakukan. Gol itu yang ingin saya lihat [bukan insiden rasismenya].โ€

Seputar Real Madrid

32,106 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil dari aktiviti jenayah. Modus operandi mereka adalah licik dan rumit. Siasatan Bloomberg itu menyenaraikan nama-nama yang terbabit: dari ahli-ahli perniagaan yang dituduh, kepada syarikat-syarikat yang terbabit di Bursa, sehinggalah nama-nama pegawai kanan SPRM yang dituduh. Termasuklah dakwaan mereka mengenai Tan Sri Azam Baki. Dengan pendedahan oleh salah satu media antabarangsa yang paling wibawa ini, diiringi dengan desakan ahli-ahli parlimen merentas parti dari kerajaan dan pembangkang, kita semua tak faham kenapa Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mati-matian mempertahankan Tan Sri Azam Baki, sehingga sedikit pun tidak mahu buka ruang untuk menyiasat siasatan ini. Semua ini akan dikupas dengan mendalam dalam podcast Yang Berhenti Menteri episod #35 malam esok, Jumaat 13 Februari 2026. Seperti biasa, YBM akan bersiaran bermula jam 9 malam. Saya juga akan mengulas mengenai sindiran Anwar Ibrahim yang menyamakan saya dengan mak lampir, katanya banyak nyet nyet nyet, suka merajuk dan menghalau saya keluar dari PKR. Kalau nak tengok podcast YBM yang paling panas setakat ini, jangan lupa Jumaat malam, 13 Februari. Dakwaan salah laku Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ini telah menjadi isu negara yang perlu ditangani juga oleh kami, ahli-ahli Parlimen. Oleh itu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PKR yang lain akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari Jumaat, 13 Februari jam 10 pagi, seperti berikut: Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang P099 30, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor. ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang Location: Sidang media akan disiarkan secara langsung di media sosial. Saya jemput rakan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang media ini, sama ada dengan hadir sendiri atau secara langsung di media sosial. Keadaan sekarang mengingatkan saya suasana semasa COVID dan PKP dahulu. Bila ada isu negara yang besar, bila pimpinan atau parti atau ahli politik sibuk berebut kuasa dan memikirkan kepentingan, biarlah mereka jaga mereka, kerana kita akan jaga kita.

Rafizi Ramli

31,337 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,647 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Kontroversi demi kontroversi berkenaan isu rasuah ini kalau dibiarkan, dia bukan sekadar โ€œisu media sosialโ€. Dia boleh jadi malapetaka kepada PH dan PKR, sebab satu perkara yang orang selalu lupa: dalam mana-mana parti pun, memang ada yang โ€œmakanโ€. Bezanya cuma bentuk. Zaman UMNO, yang bawa beg duit pakai suit, tie, songkok. Kalau PAS, kopiah. Kalau PKR, mungkin beg kepit. Tapi budaya dia sama: ada kumpulan dengan ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต yang tak pernah pupus. Kerajaan bertukar macam mana pun, kumpulan ini tetap ada. Sebab kita datang daripada budaya politik yang orang biasa pun, kadang-kadang, dah โ€œredhaโ€ wakil rakyat ambil duit 300 ribu sini, 1 juta sana, dia tak kisah pun. Kenapa? Sebab dalam kepala dia, โ€œdia kena ada duit sebab nanti dia kena bagi kat aku.โ€ Macam โ€œlambai dapat 100โ€, kalau dia tak ada duit, macam mana dia nak bagi? Duit itu datang dari mana, dia makan duit ke apa itu โ€œhal diaโ€. Yang penting ada bahagian untuk dia. Kalau seperti itu pemikiran masyarakat, lagi-lagi bila SPRM pula nampak tak bebas, habislah. Bila kebebasan SPRM dipersoalkan, setiap pendakwaan akan jadi bahan: โ€œpendakwaan terpilihโ€. Paling bahaya, bila perkara itu dah melekat dalam kepala rakyat, kes yang betul pun nanti orang akan sapu bawah karpet sebab โ€œalah, game politik je.โ€ Lihatlah kes-kes terbaru. Ada kes masuk mahkamah, tetapi penyokong-penyokong tertentu diam. Tak ada kesan. Sebab naratif โ€œterpilihโ€ tu semakin kuat: kononnya nak tutup kes lain, kononnya ada motif. Itu kerugian besar untuk PH/PKR sebab selepas ini, sebarang kes melibatkan PAS, Bersatu, UMNO semua orang boleh menolak dengan senang, โ€œtak ada apa pun.โ€ Kesan jangka panjang dia? Usaha nak membersihkan budaya politik daripada rasuah semakin pudar. Kita menjadi negara yang dah tak percaya kepada institusi. Apabila rakyat dah tak percaya, tidak ada reformasi yang hidup. Saya cakap benda ini bukan sebab saya ada โ€œpersonalโ€ dengan sesiapa. Saya tak ada kawan SPRM, saya tak pernah panggil pegawai pergi lepak. Itu kerja dia, biar dia bebas. Tetapi kalau sampai kontrak disambung kali ke-4, dan persepsi rakyat tentang SPRM tak berubah, habis semua โ€œberteras rasuahโ€ yang dilaungkan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Yang paling sakit: berbelas tahun kita bina imej dan kredibiliti sebagai anti-rasuah, keluar masuk kes, risiko peribadi, tenaga, masa, tiba-tiba menjadi sia-sia kalau akhirnya PKR/PH diletakkan sama dengan parti lain. Apabila credential anti-rasuah hilang, saya tanya satu soalan mudah: PKR nak jual apa lagi kepada rakyat? Sebab itu saya akan terus bercakap, sekurang-kurangnya supaya masih ada saki-baki rakyat yang meraskan ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต dalam PKR/PH. Tonton ulasan penuh isu SPRM dan isu-isu lain di Podcast Yang Berhenti Menteri Episod 26:

Rafizi Ramli

16,071 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—–๐—”๐—ฅ๐—”-๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—˜๐— ๐—ข & ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก Kebelakangan ini musim protest dan demo, sebab ada isu-isu berbangkit. Hujung minggu depan, pada hari Sabtu 25 April 2026, akan ada satu lagi demo Tangkap Azam Baki. Saya akan turun bersama-sama anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu Malaysia bebas dari rasuah. Bila kita rasa orang dan badan yang diberi amanah membanteras rasuah telah menjadi senjata untuk mengejar sesiapa yang tidak sekepala dengan yang berkuasa, SPRM perlu dibaiki. Ia bermula dengan menukar Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki, yang terpalit dengan skandal pemilikan saham sebanyak dua kali dan tuduhan bersekongkol dengan mafia korporat. Tapi sebelum turun, kita kena tahu selok belok berdemo. Pertama, demo sebab ada isu yang kita ambil pendirian, selalunya anak muda yang tampil sebab mereka percaya kepada idealisme mereka, apa pun pandangan kita kepada pendirian mereka. Kalau boleh jangan jadi demo macam yang satu lagi ni (boleh rujuk video ini). Takut nak tunjuk muka. Malu-malu. Bila ditanya kenapa pakai penutup muka, jawabnya โ€œsebab habukโ€. Orangnya pula semua yang dah lanjut usia dengan rekod katak politik yang pernah masuk semua parti. Jom kita sama-sama tunjukkan cara demo yang sebenar di Dataran Merdeka, 25 April ini. Jumpa hari Sabtu minggu depan, lagi dekat nanti lagi banyak promo dari saya.

Rafizi Ramli

14,647 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Pertama sekali saya minta maaf kepada empunya video kalau tak selesa dengan perkongsian saya. Tapi saya rasa saya nak sangat berkongsi video ni sebagai pengajaran dan teladan untuk semua orang lain juga. Pendapat peribadi saya, kalau ada kemusykilan mengenai harga, tanya terus dengan tuan kedai tu. Kalau betul pengiraannya, dan terlalu mahal tak masuk akal, nak viral ke apa, terpulang. Itu hak masing-masing. Untung-untung dapat perhatian pihak berkenaan. Tapi bila dah viralkan dulu baru nak dapatkan penjelasan, "the damage has been done". Video penjelasan tu cuma mampu buat minimum damage control. Reputasi kedai tersebut dah tercalar dah pun. Cuma kita tak tahu berapa teruk kesannga. Berapa ramai yang dah tengok video pertama dan pasti akan tengok video kedua? Dan maaf sekali lagi, saya rasa terganggu pula saya bila minta maaf tapi ada "andai salahnya datang daripada aku". Maaf, tapi pada saya memang cik bersalah dan saya tak nafikan ada juga salah daripada pihak kedai tersebut. Respect akak tu sebab mampu kawal situasi dengan baik. Cuma kes tax tu kalau kena ambil tindakan, masalah juga tu kalau pihak berkuasa tahu. Jujur saya katakan, walaupun saya tak faham cara dia berfikir, tapi saya hormat keyakinannya yang begitu tinggi. Cuma kadangkala, keyakinan tu boleh memakan diri sendiri dan orang lain. Tapi alhamdulillah dah selesai pun isu ini. Cuma saya harap kita semua dapat belajar sesuatu daripada apa yang jadi ni. Credit : TT keknanjudge

Cikgu_Anep

494,783 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะปะตั‚ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,847 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด