ะ—ะฐะณั€ัƒะทะบะฐ ะฒะธะดะตะพ...

ะะต ัƒะดะฐะปะพััŒ ะทะฐะณั€ัƒะทะธั‚ัŒ ะฒะธะดะตะพ

ะะฐ ะณะปะฐะฒะฝัƒัŽ

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข ๐—ฌ๐—•๐— ๐Ÿฒ๐Ÿญ: ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—• ๐——๐—œ๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ Minggu ini Podcast YBM sensasi sedikit. Mula-mula, kita akan kupas soal siapa yang bertanggungjawab memajukan negeri - Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri? Kami pilih topik ini rentetan dari kritikan MB Kedah, Datoโ€™ Seri Sanusi Md Noor yang...

rafiziramli's profile picture

Rafizi Ramli

794,652 subscribers

10,580 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 25 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด โ€ขvia X (Twitter)

ะšะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ: 0

ะะตั‚ ะดะพัั‚ัƒะฟะฝั‹ั… ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะตะฒ

ะ—ะดะตััŒ ะฟะพัะฒัั‚ัั ะบะพะผะผะตะฝั‚ะฐั€ะธะธ ะธะท ะพั€ะธะณะธะฝะฐะปัŒะฝะพะณะพ ะฟะพัั‚ะฐ

ะŸะพั…ะพะถะธะต ะฒะธะดะตะพ

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—™๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป? Podcast YBM Episod 56 akan bersiaran seperti biasa hari ini (24 Julai, Jumaat) pada jam 9 malam. Podcast YBM malam ini akan tertumpu kepada isu politik di Malaysia secara khusus berkenaan wang rakyat yang hilang. Saya akan mengupas secara terperinci berkenaan latar belakang kehilangan wang pencen negara sekitar RM167 juta dalam pelaburan KWAP di sebuah syarikat pemula (startup) Indonesia, iaitu e-Fishery, dan bagaimana risiko yang ada itu juga berkait dengan kontroversi-kontroversi minggu lalu seperti Network School dan Tabung Haji. Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Bagaimana kita nak pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Saya juga akan mengupas soalan-soalan paling panas di warong kopi iaitu adakah Kerajaan MADANI di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ini boleh bertahan sehingga 2028, dan sekiranya tidak bertahan, bila agaknya akan jatuh? Seperti biasa, jumpa saya dan Haziq malam ini di Podcast YBM Episod 56 jam 9 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

13,534 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—œ๐—ก๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ง๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk โ€œSila Letak Jawatanโ€. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan. Datoโ€™ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan. Kemudian dijawab Datoโ€™ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak. Datoโ€™ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja. Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali. Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab โ€œprinsip saja tidak cukup, perlu kuasaโ€. Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela. Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara. Itu prinsip dan hala tuju kita. Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu. Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan. Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian. Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri. Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan? Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan. Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Datoโ€™ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan. Di depan memuji, di belakang mencemuh. Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah. Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Datoโ€™ Seri Anwar โ€œYes sir, you are right sir, you are great sirโ€. Datoโ€™ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri. Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik. Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini. Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus. Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa. Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.

Rafizi Ramli

48,856 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 2 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,439 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil dari aktiviti jenayah. Modus operandi mereka adalah licik dan rumit. Siasatan Bloomberg itu menyenaraikan nama-nama yang terbabit: dari ahli-ahli perniagaan yang dituduh, kepada syarikat-syarikat yang terbabit di Bursa, sehinggalah nama-nama pegawai kanan SPRM yang dituduh. Termasuklah dakwaan mereka mengenai Tan Sri Azam Baki. Dengan pendedahan oleh salah satu media antabarangsa yang paling wibawa ini, diiringi dengan desakan ahli-ahli parlimen merentas parti dari kerajaan dan pembangkang, kita semua tak faham kenapa Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mati-matian mempertahankan Tan Sri Azam Baki, sehingga sedikit pun tidak mahu buka ruang untuk menyiasat siasatan ini. Semua ini akan dikupas dengan mendalam dalam podcast Yang Berhenti Menteri episod #35 malam esok, Jumaat 13 Februari 2026. Seperti biasa, YBM akan bersiaran bermula jam 9 malam. Saya juga akan mengulas mengenai sindiran Anwar Ibrahim yang menyamakan saya dengan mak lampir, katanya banyak nyet nyet nyet, suka merajuk dan menghalau saya keluar dari PKR. Kalau nak tengok podcast YBM yang paling panas setakat ini, jangan lupa Jumaat malam, 13 Februari. Dakwaan salah laku Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ini telah menjadi isu negara yang perlu ditangani juga oleh kami, ahli-ahli Parlimen. Oleh itu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PKR yang lain akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari Jumaat, 13 Februari jam 10 pagi, seperti berikut: Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang P099 30, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor. ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang Location: Sidang media akan disiarkan secara langsung di media sosial. Saya jemput rakan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang media ini, sama ada dengan hadir sendiri atau secara langsung di media sosial. Keadaan sekarang mengingatkan saya suasana semasa COVID dan PKP dahulu. Bila ada isu negara yang besar, bila pimpinan atau parti atau ahli politik sibuk berebut kuasa dan memikirkan kepentingan, biarlah mereka jaga mereka, kerana kita akan jaga kita.

Rafizi Ramli

31,337 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 7 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—š๐—”๐——๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”? Ada macam-macam reaksi mengenai perjanjian tariff yang ditandatangani di antara Malaysia dan Amerika Syarikat bersempena dengan lawatan Presiden Trump baru-baru ini. Pembangkang memanggilnya perjanjian syaitan ha3. Ahli Parlimen Pasir Gudang berucap dengan penuh semangat dan menuntut jawapan kenapa kerajaan serah RM1 trillion kepada Amerika Syarikat. Sudah tentu ramai yang mahu tahu pendirian dan pendapat saya. Perjanjian ini dirundingkan oleh Menteri MITI, Tengku Zafrul bagi pihak kerajaan. Kebiasaannya setelah habis semua rundingan dan draf telah siap, barulah dibawa ke Kabinet. Kalaupun ada ruang untuk mengubahnya, ruang itu agak terhad, besar kemungkinan kerana kesuntukan masa. Kalaupun ada anggota Kabinet yang tidak bersetuju, akhirnya keputusan Perdana Menteri itu akan memuktamadkan keputusan Kabinet, cuma pandangan yang berbeza akan direkodkan dalam minit mesyuarat Kabinet. Besar kemungkinan kita tidak akan tahu sampai bila-bila apa yang dibincangkan. Jadi jalan yang adil untuk menilai perjanjian ini ialah dengan menelitinya perkataan demi perkataan, kemudian dibandingkan pula dengan perjanjian tariff negara Asean yang lain. Kita juga boleh cuba membuat cost benefit analysis (CBA) untuk menganggarkan kesan kewangan kepada negara. Saya sedang melakukan perkara-perkara ini sebelum saya membuka mulut. Insya Allah, saya akan kongsi beberapa perkara setakat penelitian saya dalam podcast YBM Jumaat, 31 Oktober ini. Jangan lupa saksikan podcast YBM Jumaat ini bermula jam 9 malam.

Rafizi Ramli

33,149 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 10 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—ฌ๐—Ÿ๐—˜ ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ๐—–๐—›๐—”๐—œ๐—ก ๐—๐—จ๐—š๐—”๐—ž Satu perkara yang membezakan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah soal keberanian dalam membuat keputusan. Kalau saya dalam Bersatu, dah lama saya kena pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar, seperti yang saya pernah sebut dalam podcast, kalau boleh dia nak semua orang buat untuk dia. Apa yang saya sebut sebelum ini sebagai entitlement yang dia ada. Dia rasa hak dia supaya orang berkorban untuk dia kerana dia pemimpin besar. Bila sampai kepada kes saya, bila saya kritik dia, orang ingat dia akan tunjuk keberanian dengan memecat saya. Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR, dia nak suruh saya tolong selesaikan masalah itu bagi pihak dia. Sebab kalau dia pecat, maka saya akan kekal sebagai Ahli Parlimen. Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker dari PKR isytihar saya bukan lagi Ahli Parlimen. Puas hati mereka, padan muka kau. Tapi mereka nak saya tolong masak, tolong hidang dan mereka makan. Sama seperti sebelum ini - Datoโ€™ Seri Anwar dan PKR nak saya kerja separuh mati angkat dia, keluar masuk lokap dedahkan skandal supaya orang sokong PKR, tapi bila dia dah jadi Perdana Menteri, ikut suka dia nak buat apa. Orang Barat kata โ€œhe wants to have a cake and eat it tooโ€. Berbalik kepada cerita surat dari PKR. Ini saya kongsikan perangai Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh. PKR hantar surat tunjuk sebab kepada saya atas alasan saya telah isytihar keluar parti. Kononnya saya isytihar keluar parti bila saya sebut saya akan bertanding di PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR. Itu perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan saya tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti. Setelah saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa. Selagi saya Ahli Parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen. Konar baring dari Fuziah Salleh ni, kalau kita guna pakai kepada kes Anwar Ibrahim di masa lalu, lagi memalukan. Bayangkan sebelum-sebelum ini dalam tahun 2020-2021, Anwar sering mengumumkan yang beliau bakal menjadi Perdana Menteri kerana telah cukup Ahli Parlimen yang menyokongnya. Katanya dia telah dapat sokongan yang โ€œstrong, formidable and convincingโ€, hingga hampir sokongan dua pertiga. Bila wartawan tanya butiran, siapa, parti mana - Anwar pada ketika itu jawab: โ€œbiarlah ahli-ahli parlimen yang menyokong saya ini yang memberi respons, daripada saya bagi maklumat lanjutโ€. Pakai logik yang PKR sedang gunakan sekarang, dengan pengumuman Datoโ€™ Seri Anwar yang beliau telah cukup sokongan dan AKAN menjadi Perdana Menteri, maka beliau TELAH jadi Perdana Menteri. Kita semua tahu itu tidak benar. Beliau hanya jadi Perdana Menteri setelah PH menjadi blok terbesar selepas PRU15. Undang-undang tidak diputuskan berasaskan niat semata-mata. Ahli Parlimen ada niat masing-masing dan perancangan masing-masing dalam PRU16, tetapi kerusi parlimen hanya gugur kalau dia umum keluar parti atau masuk parti lain secara sah dan rasmi. Konar baring dari Fuziah Salleh ini tidak ubah seperti konar-konar baring semasa pemilihan PKR tempoh hari - dari pertukaran sistem mengundi, kepada block chain, kepada keengganan membuka peti undi untuk diaudit. Sekarang konar baring itu hendak digunakan untuk menggugurkan saya dari Parlimen, walaupun saya tidak isytihar keluar parti. Saya akan balas dan jelaskan seperti ini kepada Fuziah Salleh dan PKR. Lepas itu, kamu nak buat apa pun buatlah. Sebab saya yakin Allah melihat semuanya.

Rafizi Ramli

169,847 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• Media sosial panas lagi hari ini, walaupun ini musim tengkujuh. Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Alice Loke memutuskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengampunan seseorang banduan perlulah dibuat mengikut bidang kuasa yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, oleh kerana titah tahanan di rumah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Rayuan iaitu tidak seperti yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka hakim memutuskan ia tidak sah. Maknanya begini: Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa setiap komponen penting dalam negara kita, dari kuasa Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam setiap undang-undang dan peraturan yang digubal. Dalam melaksanakan dan mengendalikan bidang kuasa masing-masing, ia mesti juga dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak terkecuali dalam perkara bersabit pengampunan pesalah-pesalah. Semestinya kuasa itu adalah kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu, tetapi Perlembagaan menetapkan mekanisme bagaimana kuasa itu dilaksanakan, yang bertepatan dengan model kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Pada pandangan saya, penghakiman YA Hakim Alice Loke hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bidang kuasa Yang diPertuan Agong dalam perkara-perkara lain juga turut dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, pelantikan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan banyak lagi pemimpin kepada komponen-komponen kerajaan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong adalah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Saya baca reaksi pemimpin Umno. Sudah tentu banyak yang tidak bersetuju atau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi. Ada yang kemarahannya meruap-ruap sehingga mengugut untuk menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, kalau saya faham apa maksud Ketua Pemuda Umnolah. Sebagai rakyat biasa yang berada di luar kepimpinan, saya hanya mahukan sebarang keputusan itu mestilah berasaskan keadilan dan mengikut proses yang sama rata kepada setiap rakyat, tidak kira dia seorang pengemis atau bekas Perdana Menteri. Hak untuk mengambil tindak balas politik itu adalah hak UMNO. UMNO memang ada pilihan untuk menarik diri dari kerajaan. Sebelum ini pun, DAP telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh 6 bulan DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan. Jadi, ugutan untuk menarik diri dari kerajaan ini bukanlah perkara yang baru dan itu hak setiap parti. Orang biasa seperti saya hanya akan memerhati sama ada keputusan-keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik. Selagi Datoโ€™ Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini. Selepas ini, Datoโ€™ Seri Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat. Maka terpulang kepada pimpinan politik. Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul. Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini satu garis merah? Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah.

Rafizi Ramli

34,277 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 9 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐Ÿญ๐— ๐——๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• ๐—ง๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ญ๐—”๐—ž Sebentar tadi, Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Datoโ€™ Collin Lawrence Sequerah telah selesai membaca penghakiman beliau, dalam kes Datoโ€™ Seri Najib Tun Razak bersabit 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion. Bagi mereka yang kurang arif mengenai kes ini, ia bersabit sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Datoโ€™ Seri Najib yang pada awalnya dikatakan satu derma keluarga diraja Saudi kepada beliau, tetapi akhirnya dibuktikan wang itu adalah dana 1MDB. Hakim YA Datoโ€™ Collin Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes dan mendapati Datoโ€™ Seri Najib bersalah dalam kesemua tuduhan itu. Setakat ini, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Datoโ€™ Seri Najib. Telefon saya berbunyi setiap beberapa minit kerana pihak media mahu mendapatkan komen saya. Saya fikir lebih baik saya sampaikan reaksi awal saya di sini. Kes 1MDB sebenarnya berlarutan 15 tahun, dari tahun 2010 apabila keraguan mengenai pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi mula-mula ditimbulkan, hinggalah ke hari ini. Ia melibatkan banyak pihak dan satu penceritaan yang panjang selama 15 tahun. Sudah tentu setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Mereka yang mengikuti bukti-bukti yang telah ditunjukkan kepada umum, baik semasa isu ini dibawa di luar mahkamah sehinggalah bukti-bukti dikemukakan di mahkamah, sudah tentu bersetuju dengan keputusan hakim pada hari ini. Mereka yang tidak bersetuju, atas sebab-sebab mereka sendiri, akan terus tidak bersetuju. Itu hak kita masing-masing sebagai seorang rakyat. Yang penting, kes 1MDB ini telah melalui proses yang penuh, dari mahkamah rakyat sebelum Datoโ€™ Seri Najib didakwa, hinggalah ke mahkamah undang-undang. Perbicaraan ini juga mengambil masa yang panjang, bermula dari tahun 2019 lagi. Selepas ini, akan ada proses rayuan ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. Proses mahkamah ini akan mengambil masa beberapa tahun lagi. Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga. Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang. Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Datoโ€™ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah. Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita. Setelah melalui proses ini, sebagai seorang manusia yang telah menggunakan hak kita secara bertanggungjawab, maka damailah kita dengan apa-apa kesimpulan yang kita buat secara peribadi. Hak untuk terus membela Datoโ€™ Seri Najib, oleh mana-mana pihak, asalkan berlandaskan undang-undang, itu hak mereka. Hak pihak yang lain untuk bersetuju dengan perkembangan kes ini setakat ini, kita juga wajar hormati. Tidak ada sesiapa yang boleh cuba memaksa pihak yang lain untuk mengikuti pandangan mereka. Kerana kes 1MDB ini tidak boleh dipadamkan sampai bila-bila, dan apa pun pengakhirannya tidak akan mendamaikan pihak-pihak yang bertembung. Kes 1MDB memang satu kes yang divisive. Kes yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Kes yang mengejutkan. Kes yang penuh emosi. Jadi terpulanglah kepada setiap dari kita untuk mencari ketenangan, agar akhirnya generasi akan datang boleh mendapat iktibar dari episod 1MDB yang panjang ini. Saya pasti setiap dari kita yang mengikuti kes ini ingat di mana, pukul berapa, kita tengah buat apa, setiap kali ada perkembangan besar kes 1MDB sejak 2010. Saya ingat masa dan ketikanya saya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan bersabit kes 1MDB seawal November 2016. Saya ingat apabila rayuan saya ditolak dalam bulan Ogos 2017 dan terpaksa menerima hakikat kemungkinan besar saya akan ke penjara. Saya ingat perbincangan dengan isteri supaya beliau berhenti kerja, agar masa berbaki beberapa bulan yang ada, isteri dan anak saya ikut saya berkempen ke seluruh negara kerana itu mungkin bulan-bulan terakhir yang saya ada bersama mereka. Saya ingat apabila papan tanda elektronik di London memaparkan berita saya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan laporan audit 1MDB. Di antara tahun 2013 hingga 2022, saya menulis 123 artikel dan pendedahan mengenai 1MDB. Semuanya masih ada di blog saya dan boleh dibaca di Jadi saya faham yang semua pihak ada emosi masing-masing. Damailah kita dengan emosi itu. Yang penting jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan. Dan jika kita perlu terus menegur, walau rimas macam mana pun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada satu 1MDB dalam sejarah kita.

Rafizi Ramli

200,637 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 8 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿณ: ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Malam ini, Podcast YBM Episod 57 kembali bersiaran pada jam 9.00 malam di saluran YouTube dan TikTok saya. Sediakan kalkulator dan buku nota. Perbincangan malam ini akan panjang dan padat. Kita akan mengupas secara terperinci angka-angka dalam Laporan RCI Tabung Haji yang sedang hangat diperkatakan, satu demi satu. Bukan sekadar mengulas kandungan laporan RCI, saya juga akan menjawab persoalan yang lebih besar: apakah sebenarnya yang berlaku kepada Tabung Haji, dan di manakah kedudukan Tabung Haji hari ini? Sejak laporan ini diterbitkan, saya melihat pelbagai pihak segera membentuk naratif masing-masing. Penyokong PH bersorak sambil mempersendakan UMNO. Yang UMNO buat-buat tak nampak, lalu terus bertanya, "Mana sakaunya?" AMANAH pula tampil menyatakan bahawa Tabung Haji berjaya diselamatkan hasil usaha mereka. Pada masa yang sama, ramai yang mengulangi penjelasan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan ini kononnya tidak didedahkan selama tiga tahun kerana kerajaan perlu memberi ruang untuk memulihkan Tabung Haji terlebih dahulu. Kini, apabila Tabung Haji dikatakan sudah kembali kukuh, barulah laporan itu didedahkan bukan kerana pertimbangan politik. Persoalannya, adakah semua dakwaan ini benar? Adakah setiap pihak sedang berpandukan fakta, atau sekadar memilih fakta yang menyebelahi naratif politik masing-masing? Malam ini, saya akan membawa kita semua meneliti angka, kronologi dan fakta supaya kita boleh menilai sendiri apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan fakta dan angka, bukan sentimen atau propaganda politik. Semua persoalan ini akan saya jawab dalam Podcast YBM Episod 57, malam ini, 31 Julai, jam 9.00 malam, di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

10,963 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,439 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 1 ะผะตััั† ะฝะฐะทะฐะด

๐——๐—จ๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”? Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi. Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan? 1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa 2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan. Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama. Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya. 3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan. Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan. 4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran. Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan. Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu. 5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti. Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini. Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya? 1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu. Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar. 2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan. Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial. 3) Sentiasa komen dengan pautan supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA. Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link 4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain. Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat. Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat. Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun? 1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini. 2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang. 3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3. 4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya. 5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula. Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja 1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon. Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita. 2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil. Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja. Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini. Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Rafizi Ramli

54,584 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 3 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”, ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ: ๐—๐—ข๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—œ ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  Orang kata, satu minggu adalah masa yang panjang dalam politik. Itu terbukti benar minggu ini dan mungkin minggu depan. Bekas Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa hari ini. Semalam, bekas Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi TH zaman Umno, Datoโ€™ Seri Azeez Rahim ditahan reman, bersama-sama orang kuat Datoโ€™ Seri Najib Razak dalam kerajaan dulu, Tan Sri Irwan Siregar. Esok, seorang lagi bekas Menteri dari BN akan didakwa. Minggu depan, mungkin ada lagi didakwa. Seperti juga perlawanan bola sepak, perlawanan politik serang menyerang di antara PH dan BN juga perlu ada pengulas. Tak de pengulas, tak best tengok bola. Sekarang ini PH nampak menyerang. Adakah tendangan striker PH akan membuahkan gol? Insya-Allah, saya akan jadi pengulas perlawanan politik antara pasangan dalam kerajaan PH dan BN ini tanpa berlapik, tanpa ditapis. Temui saya, Nik dan penggerak BERSAMA yang lain dalam 2 ceramah Trak Kancil yang akan datang: Sabtu 29 Ogos, di Perkarangan Persatuan Penganut Dewan Kuan Ti, Lot 284, Jalan ASEAN 2, Taman ASEAN, 75250, Melaka. Selasa 1 September, di Medan Selera Seksyen 7, Shah Alam. Ceramah bermula selepas Isyak sekitar jam 9 malam. Bila ada perlawanan politik serang menyerang seperti ini, barulah parti kecil macam BERSAMA boleh mencelah di tengah-tengah bawa lari bola! Untuk bantu kami susun kerusi, daftar kehadiran di

Rafizi Ramli

17,101 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 25 ะดะฝะตะน ะฝะฐะทะฐะด

๐—ญ๐—”๐—™๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—™, ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ข๐—ž ๐—ž๐—˜๐—–๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ? Saya dan 2 lagi ahli parlimen PKR, YB Setiawangsa Nik Nazmi dan YB Subang Wong Chen dikecam teruk oleh penyokong kerajaan apabila kami memberikan beberapa saranan untuk melindungi kedaulatan negara akibat dari kesan buruk perjanjian tarif dengan Amerika Syarikat. Ada yang suruh keluar parti, ada yang kata kami meroyan sebab kalah pemilihan, ada yang suruh saya jual nasi lemak saja. Baru-baru ini, Menteri MITI Senator Tengku Zafrul yang bertanggungjawab merundingkan perjanjian ini, mengakui dalam podcast Keluar Sekejap, yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali perjanjian itu. Ini termasuk klausa yang kontroversi seperti klausa 5.1 berbanding klausa sama dengan Cambodia yang secara jelas melindungi kedaulatan negara itu. Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat. Ini termasuk persoalan kenapa perlu tergesa-gesa untuk menandatangani, yang diakui oleh Zafrul sebagai satu keputusan politik yang ada risiko tersendiri. Begitu juga dengan saranan yang kita perlu semak dengan negara-negara serantau supaya perjanjian kita setara, supaya jangan sampai keadaan yang perjanjian Malaysia nampak terlalu memihak kepada Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain. Pengakuan Zafrul yang kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan kami ada asasnya. Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan? Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat. Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu. Semangat inilah yang meletakkan PKR di depan membela rakyat dalam isu-isu besar negara seperti membongkarkan skandal-skandal seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, MARA dan LCS. Semangat itu juga yang mendapat sokongan rakyat sehingga menjadikan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kalau semangat ini luntur dalam PKR, terutamanya bila ada geng-geng lompat masuk parti yang beriya-iya membodek sehingga isu rakyat tidak boleh dibawa atas alasan jangan kritik kerajaan, lepas ini geng-geng ini kena cari parti baru sebab tak lamalah PKR akan jadi kerajaan.

Rafizi Ramli

126,389 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 10 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

Isu surat tunjuk sebab terbaru PKR terhadap saya dan apa yang bakal berlaku selepas ini saya ulas dalam Podcast YBM 43. Pada saya, arah dia sudah jelas. Bila pertuduhan rasmi sudah dikeluarkan begini, maknanya proses itu sudah sampai ke peringkat akhir untuk tindakan diambil. Sudah nampak juga gerakan itu disusun berperingkat. Bermula dari Ketua Cabang, kemudian pimpinan negeri, kemudian pimpinan yang lebih tinggi. Semua bawa mesej yang sama, iaitu saya perlu letak jawatan dan keluar parti. Bila susunan itu berlaku serentak, itu bukan kebetulan. Itu keputusan politik yang sedang disediakan. Kita pernah tengok pola yang sama sebelum ini. Sebab itu saya kata, ini budaya lama politik dalaman yang kini dibawa masuk semula ke dalam PKR. Daripada apa yang berlaku sekarang, saya jangka PKR tidak akan pecat saya secara langsung. Mereka akan ambil jalan mentafsir kenyataan dan pendirian saya sebagai saya telah keluar parti. Itu memang sudah pun dibayangkan dalam surat tunjuk sebab pertama oleh Setiausaha Agung PKR. Kenapa? Sebab kalau saya dipecat, saya kekal sebagai Ahli Parlimen. Tetapi kalau saya dianggap keluar parti, implikasinya lain. Sebab itu kehadiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Pandan semalam memberi isyarat politik yang cukup jelas. PKR sedang bersedia untuk segala kemungkinan, termasuk pilihan raya kecil. Jadi bagi saya, surat tunjuk sebab ini besar kemungkinan akan berakhir seperti yang disebut Fuziah Salleh sebelum ini. PKR akan mentafsir pendirian saya sebagai tindakan keluar parti. Terus terang, ini pelik. Saya tidak pernah lihat parti lain ambil jalan begini. Tafsir sendiri pendirian ahli sebagai keluar parti, hanya untuk elak memecat secara rasmi tetapi pada masa yang sama membuka jalan kepada kehilangan kerusi. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM 43 di YouTube saya:

Rafizi Ramli

23,733 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 5 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” Saya tak kenal seorang yang bernama Profesor Dr Tajuddin Rasdi. Pernah la dengar yang dia dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Tiba-tiba ramai yang tag saya suruh respon kepada komen dia. Kalau setakat pandangan politik tu, ikut suka masing-masing la. Saya pun baca la apa yang bising-bising suruh jawab ni. Dulu dia hentam saya pasal Anwar nak jadi PM. Dia kata saya biadap. Kali ini lagi teruk - ini laporan media pasal apa yang dia kata: โ€œRafizi liabiliti kepada seluruh politik Malaysia โ€“ Ahli Majlis MPPNโ€ โ€œDaripada aset Pakatan Harapan (PH), bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah bertukar menjadi liabiliti bukan sahaja kepada gabungan parti tersebut, malah juga kepada negara dan seluruh politik Malaysia.โ€ Ikut suka hati dia je jadi ketua hakim politik negara, kalau ada la jawatan macam tu, jatuh hukuman yang saya dah jadi liabiliti kepada negara dan seluruh politik Malaysia. Ikut Dr Tajuddin ni, saya lebih teruk dari semua ahli politik yang pernah ada la. Saya sehina-hina ahli politik yang ada di negara ni dan jadi liabiliti. Ikut suka dia jatuh hukum, macam Malaysia dan arena politik Malaysia ni milik dia. Saya fahamlah kenapa dia panic sangat dan hentam saya berkali-kali. Kalau boleh, orang macam dia nak suruh saya hilang terus dari muka bumi ini. Sebab dia takut kalau saya terus bersuara, takut PH hilang undi. Lebih tepat, dia takut DAP hilang undi, sebab saya dimaklumkan dia ahli DAP. Saya tak paham macam mana dia boleh jadi professor. Sekejap dia kata saya beban, ahli politik paling tak guna, paling dibenci dan tak de sapa suka kat saya dan tak de sapa yang nak kerjasama dengan saya. Kalau dah macam tu, apa yang dia nak takut. PH atau DAP takkan terjejas sebab tak de sapa yang akan dengar cakap saya, undi PH atau DAP takkan terganggu. Tapi gaya hentam saya ni macam luar cakap lain, dalam rasa lain. Macam dalam hati ada taman, yang sedang bergelora sebab takut pandangan saya akan ada kesan kepada sokongan PH dan DAP. Saya ni dah lama bertanding dalam pilihanraya. Jadi pengarah pilihanraya lagi. Saya nak kongsi dengan profesor ni ilmu nak menang pilihanraya. Kalau parti kita tak buat salah, orang kritik macam mana pun, Insya Allah dapat undi. Kalau parti kita memang ada kelemahan, orang tak kritik pun rakyat tak undi. Sebab itu nasihat saya kepada Prof Tajuddin: Awak tu ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Sekarang ni banyak isu-isu ketegangan perkauman. Baik awak tumpu buat kerja sebagai ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Elaun awak yang dibayar oleh cukai rakyat bukan untuk awak komen pasal politik lebih-lebih, tapi untuk mengharmonikan hubungan kaum di Malaysia. Sia-sia kami semua berjuang sampai PH bentuk kerajaan dan awak jadi ahli Majlis Penasihat, kalau yang itu pun awak tak boleh buat sebab sibuk komen politik yang di luar skop kerja awak. Selamat Hari Raya!

Rafizi Ramli

26,282 ะฟั€ะพัะผะพั‚ั€ะพะฒ โ€ข 6 ะผะตััั†ะตะฒ ะฝะฐะทะฐะด