Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ผ - ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—”๐—ป๐˜„๐—ฎ๐—ฟ Peguam Anwar, Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia), kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu. "Mesyuarat...

131,002 views โ€ข 1 year ago โ€ขvia X (Twitter)

10 Comments

Pak Ddin's profile picture
Pak Ddin1 year ago

Petikan/Doa ATGNA. "DSAI ini, orang yang berkelayakan menjadi Perdana menteri, dan dia ini bekas menteri kewangan.. Tiba-tiba orang tak nak beri dia jadi Perdana Menteri, macam-macam ikhtiar, macam-macam sekatan di buat, Allah Taala akan JAHANAMKAN ORANG JAHAT,Insyallah"

Sahabat jaksrmd's profile picture
Sahabat jaksrmd1 year ago

Balaciยฒ Tun Mahathir tidak mahu anakยฒ muda mengetahui kronologi kekejaman & kezaliman Tun Mahathir dalam mempertahankan kekuasaan beliau. Tun Mahathir sanggup menjatuhkan maruah & mencemarkan nama baik DS Anwar Ibrahim semataยฒ kerana ingin kekal berkuasa.

Azlan Md Lajis's profile picture
Azlan Md Lajis1 year ago

TERBAIK.. MASIH ADA ARKIB ORANG SIMPAN.. ๐Ÿ™๐Ÿผ

Mr.Nazril's profile picture
Mr.Nazril1 year ago

Yg muda-muda maybe tak aware...so kena simpan

Nur Mukhlis Noordin's profile picture
Nur Mukhlis Noordin1 year ago

mana loyar yg sembang konon gen-z xtaw kes DSAI. yg die nak sembunyikan adalah fakta sbnr kes. mmg bdk2 skrg caye je pe yg di suap kt dorg. tp kita kena didik generasi utk buat research, study dan fhm fakta sebenar. br decide. bkn hanya terima dan hadam. nnti semua jd walaun.

Tom Bomboloni ๎จ€'s profile picture
Tom Bomboloni ๎จ€1 year ago

Semua konspirator2 dah mampus, tinggal sorg tu je sbb Allah makbulkan doa arwah ustaz fadzil noor

jsiien's profile picture
jsiien1 year ago

masyaAllahโ€ฆ moga mendpt pembalasan setimpal dunia akhiratโ€ฆ aamiinn yraโ€ฆ.

Far la FARRR's profile picture
Far la FARRR1 year ago

Kalau konspirasi ni benar, semoga si saka tua, balaci2nya, loyar2 yg jahat dan anjing upahan yg diupah menjadi pengumpat2 agar Allah memburukkan wajah2 itu di akhir hayat mereka. Tapi kalau dakwaan liwat itu benar, semoga Allah jatuhkan kerajaan mereka dgn hinanya. Amin.

SLC ๐Ÿ‰๐Ÿ”ป๐Ÿ”ป๐Ÿงฏ๐Ÿงฏ๐Ÿ๐Ÿ's profile picture
SLC ๐Ÿ‰๐Ÿ”ป๐Ÿ”ป๐Ÿงฏ๐Ÿงฏ๐Ÿ๐Ÿ1 year ago

Yg paling bodow adalah the plundering idiot, sambung buat liwat bersiri

Hanis's profile picture
Hanis1 year ago

Memang berkesan until now musuh dia guna liwat sebagai modal dan manusia-manusia yang menyokong musuh dia juga menggunakan liwat sebagai modal.

Related Videos

๐—ฃ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—›๐—”๐— ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—œ, ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง ๐— ๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—ก Dari segi undang-undang, apa yang didedahkan oleh Albert Tei masih merupakan dakwaan. Lebih baik sekiranya perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan yang sewajarnya. Shamsul sepatutnya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil untuk membersihkan namanya. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menguatkan dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei. Begitu juga, pihak berkuasa โ€” terutamanya SPRM โ€” perlu bertindak segera untuk menyiasat dan, sekiranya ada asas kes, mendakwa kedua-duanya atas tuduhan rasuah. Dari segi politik, keadaan ini lebih rumit. Tanpa mengira apa yang akan berlaku di mahkamah โ€” dan lebih-lebih lagi jika tiada tindakan diambil โ€” pendedahan Tei telah memberikan tamparan hebat kepada kerajaan dan kredibiliti Datoโ€™ Seri Anwar. Sekiranya Datoโ€™ Seri Anwar mengambil tindakan tegas dengan menyingkirkan Shamsul ketika kontroversi surat sokongan itu timbul minggu lalu, Perdana Menteri mungkin boleh menjauhkan diri daripada kesan pendedahan ini. Pada ketika ini, saya tidak nampak cara cepat yang boleh diambil oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan kerosakan terhadap kredibilitinya. Dalam keadaan paling buruk, para pengkritiknya akan menggunakan episod ini terhadap beliau pada masa hadapan setiap kali beliau bercakap tentang usaha memerangi rasuah. Dalam keadaan terbaik, orang ramai mungkin meragui pertimbangan beliau dalam menghakimi watak dan akhlak orang yang dipilih berada di sekelilingnya, memandangkan beberapa kali beliau meletakkan kepercayaan kepada individu yang reputasinya dipersoalkan sepanjang kerjaya beliau. Saya berharap beliau tidak memandang rendah gelombang kekecewaan di kalangan penyokong PH dan masyarakat umum akibat episod ini. Saya juga tidak mahu bertindak melulu menerima bulat-bulat apa yang didedahkan dalam video tersebut, yang mendakwa Datoโ€™ Seri Anwar berada di belakang usaha merakam video ADUN GRS dan Albert Tei. Setakat ini, semua itu masih kekal sebagai dakwaan dan khabar angin. Dakwaan tersebut perlu disiasat secara bebas dan segera. Sukar untuk Albert Tei membuktikan dakwaannya melebihi andaian yang dibuat dalam video itu, melainkan beliau mempunyai rakaman pertemuan dengan Perdana Menteri yang jelas merakamkan arahan sedemikian. Selain daripada itu, perkara ini hanya boleh diselesaikan di mahkamah. Saya berharap Datoโ€™ Seri Anwar menyaman Albert Tei secepat mungkin dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Jika tidak, kita akan terus mendengar mainan politik yang tidak berkesudahan daripada PAS dan PN, yang mengalih perhatian negara daripada perkara yang lebih penting. Akhirnya, bola berada di kaki Perdana Menteri. Penting untuk beliau mengambil tindakan undang-undang dengan segera kerana isu ini akan kekal sebagai situasi โ€œkata dia, kata sayaโ€ selagi tiada bukti kukuh dikemukakan.

Rafizi Ramli

30,980 views โ€ข 9 months ago

๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐— ๐—ซ, ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya. Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus. Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan. Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi. Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim. Dan saya menjadi saksi kepada semua itu. Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Datoโ€™ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh. Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek. Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta. Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam. Dalam bilik Datoโ€™ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Datoโ€™ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari. Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim. Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek. Akhirnya, Datoโ€™ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon. Saya lihat matanya ada genangan air mata. Jadi saya sebut kepada beliau: โ€œYou ada the final say. Iโ€™ve done everything I can, tapi kalau you berkeras, thatโ€™s your decision. You donโ€™t have to plead macam niโ€ Jawapan Datoโ€™ Seri Anwar: โ€œSaya tak mahulah nanti you buat kecohโ€ Saya jawab balik: โ€œAkhirnya itโ€™s your decision. Saya hanya minta Datoโ€™ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.โ€ Datoโ€™ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu. Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa. Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir. Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri. Itu sekitar akhir 2023. Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Datoโ€™ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua. Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran. Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya. Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Datoโ€™ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.

Rafizi Ramli

107,697 views โ€ข 5 months ago

Isu surat tunjuk sebab terbaru PKR terhadap saya dan apa yang bakal berlaku selepas ini saya ulas dalam Podcast YBM 43. Pada saya, arah dia sudah jelas. Bila pertuduhan rasmi sudah dikeluarkan begini, maknanya proses itu sudah sampai ke peringkat akhir untuk tindakan diambil. Sudah nampak juga gerakan itu disusun berperingkat. Bermula dari Ketua Cabang, kemudian pimpinan negeri, kemudian pimpinan yang lebih tinggi. Semua bawa mesej yang sama, iaitu saya perlu letak jawatan dan keluar parti. Bila susunan itu berlaku serentak, itu bukan kebetulan. Itu keputusan politik yang sedang disediakan. Kita pernah tengok pola yang sama sebelum ini. Sebab itu saya kata, ini budaya lama politik dalaman yang kini dibawa masuk semula ke dalam PKR. Daripada apa yang berlaku sekarang, saya jangka PKR tidak akan pecat saya secara langsung. Mereka akan ambil jalan mentafsir kenyataan dan pendirian saya sebagai saya telah keluar parti. Itu memang sudah pun dibayangkan dalam surat tunjuk sebab pertama oleh Setiausaha Agung PKR. Kenapa? Sebab kalau saya dipecat, saya kekal sebagai Ahli Parlimen. Tetapi kalau saya dianggap keluar parti, implikasinya lain. Sebab itu kehadiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Pandan semalam memberi isyarat politik yang cukup jelas. PKR sedang bersedia untuk segala kemungkinan, termasuk pilihan raya kecil. Jadi bagi saya, surat tunjuk sebab ini besar kemungkinan akan berakhir seperti yang disebut Fuziah Salleh sebelum ini. PKR akan mentafsir pendirian saya sebagai tindakan keluar parti. Terus terang, ini pelik. Saya tidak pernah lihat parti lain ambil jalan begini. Tafsir sendiri pendirian ahli sebagai keluar parti, hanya untuk elak memecat secara rasmi tetapi pada masa yang sama membuka jalan kepada kehilangan kerusi. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM 43 di YouTube saya:

Rafizi Ramli

23,733 views โ€ข 5 months ago

๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—” ๐—ง๐—œ๐—•๐—”, ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—•๐—” Naib Presiden PKR, R Ramanan baru-baru ini buat beberapa kenyataan, berkenaan siasatan SPRM kononnya saya terlibat skandal penyelewengan bernilai RM1.1 bilion dengan ARM. Ini tahap menteri dan Naib Presiden yang PKR ada sekarang. Dengan confident, dia buat kenyataan yang saya bagi kontrak RM1.1 billion kepada kenalan saya. Dia ingat ARM ni syarikat modal berbayar RM2 jual satar ikan dari Kemaman, milik anak beranak saya ke. ARM ialah syarikat monopoli reka cipta chip dunia. Semua chip yang digunakan syarikat ternama, dari Nvidia, Apple, Samsung dan lain-lain, semua menggunakan reka bentuk chip ARM. Maksudnya mereka bayar royalti untuk menggunakan reka bentuk itu, dan bila telah dijual, mereka kena bayar sebahagian hasil lagi kepada ARM. Kenapa syarikat-syarikat terbesar dunia pun gunakan reka bentuk chip ARM? Sebab lebih 95% chip dalam peranti di dunia menggunakan teknologi ARM. Bila Ramanan buat tuduhan saya bagi kontrak RM1.1 billion kepada kenalan saya, ia hanya ada 2 kemungkinan: Pertama - dia ingat ARM itu adalah singkatan kepada Anak Ramli & Menantu enterprise, sebuah syarikat bermodal RM2 dari Kemaman yang dimiliki anak beranak saya. Jadi bila perjanjian dengan ARM berjumlah RM1.1 billion dimeterai, maksudnya saya bagi kontrak RM1.1 billion kepada Anak Ramli & Menantu, atau ARM. Kena jawab ni, seperti kata Ramanah. Kemungkinan kedua - dia memang kurang cerdik. Dia tak faham pun pasal industri chip dunia. Dia tak pernah tahu kewujudan ARM. Dia tidak faham bahawa dasar Visi Semikonduktor negara memerlukan kita membeli harta intelek dalam bentuk reka bentuk chip supaya syarikat-syarikat Malaysia boleh mula memasuki industri frontend reka bentuk chip. Saya rasa, mengenali Ramanan yang hebat dan berjaya memaut hati Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sampai PMX ni macam terpukau dengan Ramanan, kedua-dua kemungkinan itu berlaku serentak. Memang dia tak cerdik dan tak tahu pasal industri chip & semikonduktor. Dan memang dia ingat ARM itu adalah Anak Ramli & Menantu enterprise dari Kemaman. Saya dituduh memperdaya kerajaan sehingga kerajaan tergesa-gesa menandatangani perjanjian RM1.1 billion yang kononnya merugikan negara. Jenayahnya adalah kononnya memperdaya. Ramanan sepatutnya tidak buka mulut mengenai isu ARM yang kononnya saya memperdaya kerajaan. Sebab dia ada rekod mahkamah atas tuduhan memperdaya, atau scamming. Pada 2014, Ramanan diarah Mahkamah Tinggi supaya memulangkan RM5.5 juta kepada doktor sakit jiwa, Tan Sri Dr M Mahadevan. Memetik laporan The Sun Daily, Ramanan didakwa telah menyebabkan Mahadevan percaya bahawa beliau boleh membantu mendapatkan bayaran tertunggak berjumlah RM26.5 juta daripada Kementerian Pertahanan. Menurut portal itu lagi, Mahadevan mendakwa Ramanan telah memperdayanya supaya membayar sejumlah RM5.5 juta bagi tujuan itu. Selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, mendiang Karpal Singh telah mendesak supaya Ramanan, yang pada ketika itu baru dilantik sebagai bendahari MIC, didakwa atas tuduhan jenayah kerana menipu. Selepas kes mahkamah tahun 2014 itu, MIC pun tidak lagi mahukan Ramanan. Sebab itu, dengan rekod yang beliau ada di luar PKR dan amalan politik beliau di dalam PKR, saya berkali-kali berselisih faham dengan Datoโ€™ Seri Anwar mengenai Ramanan. Saya tidak bersetuju PKR mengutip seorang yang terpalit dengan tuduhan yang telah diputuskan di mahkamah kerana menipu. Saya tidak bersetuju dengan layanan istimewa yang diberikan Datoโ€™ Seri Anwar kepada Ramanan - diberikan kerusi selamat Sungai Buloh, kemudian sebagai Timbalan Menteri dan dalam tempoh yang singkat menteri penuh. Yang ada rekod mahkamah atas kesalahan memperdaya atau scamming melibatkan sejumlah wang ini adalah Ramanan, bukannya saya. Jadi sepatutnya Ramanan yang perlu beri penjelasan, bukannya saya. Patut Ramanan tumpu saja ampu PMX, jangan campur perkara-perkara yang dia tidak faham.

Rafizi Ramli

59,940 views โ€ข 6 months ago

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฌ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐——๐——๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—• Media sosial panas lagi hari ini, walaupun ini musim tengkujuh. Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Alice Loke memutuskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengampunan seseorang banduan perlulah dibuat mengikut bidang kuasa yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, oleh kerana titah tahanan di rumah dibuat di luar mesyuarat Lembaga Rayuan iaitu tidak seperti yang diperincikan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka hakim memutuskan ia tidak sah. Maknanya begini: Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bidang kuasa setiap komponen penting dalam negara kita, dari kuasa Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri, Parlimen dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam setiap undang-undang dan peraturan yang digubal. Dalam melaksanakan dan mengendalikan bidang kuasa masing-masing, ia mesti juga dilaksanakan berdasarkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak terkecuali dalam perkara bersabit pengampunan pesalah-pesalah. Semestinya kuasa itu adalah kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu, tetapi Perlembagaan menetapkan mekanisme bagaimana kuasa itu dilaksanakan, yang bertepatan dengan model kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Pada pandangan saya, penghakiman YA Hakim Alice Loke hari ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bidang kuasa Yang diPertuan Agong dalam perkara-perkara lain juga turut dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, pelantikan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan banyak lagi pemimpin kepada komponen-komponen kerajaan yang dibuat oleh Yang diPertuan Agong adalah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Saya baca reaksi pemimpin Umno. Sudah tentu banyak yang tidak bersetuju atau kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi. Ada yang kemarahannya meruap-ruap sehingga mengugut untuk menarik sokongan dari Kerajaan Perpaduan, kalau saya faham apa maksud Ketua Pemuda Umnolah. Sebagai rakyat biasa yang berada di luar kepimpinan, saya hanya mahukan sebarang keputusan itu mestilah berasaskan keadilan dan mengikut proses yang sama rata kepada setiap rakyat, tidak kira dia seorang pengemis atau bekas Perdana Menteri. Hak untuk mengambil tindak balas politik itu adalah hak UMNO. UMNO memang ada pilihan untuk menarik diri dari kerajaan. Sebelum ini pun, DAP telah memberi bayangan jika reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat, dalam tempoh 6 bulan DAP boleh menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan. Jadi, ugutan untuk menarik diri dari kerajaan ini bukanlah perkara yang baru dan itu hak setiap parti. Orang biasa seperti saya hanya akan memerhati sama ada keputusan-keputusan kerajaan dibuat berlandaskan undang-undang, tanpa ada campur tangan atau terpengaruh dengan tekanan politik. Selagi Datoโ€™ Seri Najib dilayan seadilnya sebagai seorang rakyat, saya dan ramai lagi yang berpandangan seperti saya akan percaya bahawa ada kebebasan institusi di negara ini. Selepas ini, Datoโ€™ Seri Najib boleh merayu ke Mahkamah Rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan. Kita bukan sahaja akan ikuti keputusan, kita akan teliti hujah penghakiman hakim-hakim, kerana rakyat membuat kesimpulan sama ada berlaku tekanan, atau campur tangan, berdasarkan kekuatan hujah penghakiman yang dibuat. Maka terpulang kepada pimpinan politik. Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul. Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong. Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini satu garis merah? Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Datoโ€™ Seri Najib ini bukanlah satu garis merah.

Rafizi Ramli

34,260 views โ€ข 8 months ago

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ: ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—จ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ.๐Ÿญ๐—•, ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ.๐Ÿฑ๐—•, ๐—–๐—จ๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐— ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ Secara rasmi, sekarang saya memegang rekod manusia paling diserang Madani dengan tuduhan-tuduhan rasuah. Bulan Februari dulu, saya mula disiasat kononnya dalam skandal penyelewengan ARM, kononnya melibatkan RM1.1 billion. Pada masa yang sama, SPRM membuka siasatan kononnya saya terlibat dalam satu lagi penyelewengan iaitu projek Khazanah membina loji solar bernilai RM2.5 billion. Hari ini, satu blog tidak bernama menyiarkan berita kononnya saya dirasuah oleh pemilik NexG, Datoโ€™ Abu Hanifah sebanyak RM500,000 untuk melanjutkan kontrak passport NexG dalam tahun 2023. Dalam cerita ini, dimasukkan semua soal NETR, IPR, vending machine dan lain-lain; untuk menunjukkan sayalah penerima rasuah terbesar. Saya jemput orang ramai membaca siri terbaru serangan terhadap saya ini, di capaian ini: Blog ini blog hantu tanpa nama dan dari gaya cerita, jelas bertujuan memfitnah saya. Cuma, kalau orang ramai baca, dengan segala tuduhan, tidak ada satu pun yang menunjukkan perkara-perkara berikut: 1 - saya berjumpa dengan Datoโ€™ Abu Hanifah atau sesiapa dari NexG seumur hidup saya, dari 2023 hingga sekarang 2 - saya menerima wang RM500,000 yang dituduh itu 3 - garis masa pun tidak kena, kononnya saya mengambil wang itu untuk membiayai pemilihan PKR 2025, sedangkan dalam bulan Julai 2023, semasa tuduhan saya menerima wang itu, ura-ura pemilihan PKR pun belum berlaku 4 - satu nama disebut-sebut menjadi watak utama, iaitu Mohd Harizan Haris dari syarikat GFIS Sdn Bhd, yang dinyatakan menerima RM500,000. Kononnya Harizan ini adalah orang yang rapat dengan saya dan mengambil wang itu bagi pihak saya Seumur hidup saya tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Harizan ini. Kali pertama saya dengar namanya ialah pada 2 Disember 2025 dalam satu pertemuan dengan Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam pertemuan itu, beliau memberi bayangan saya ada kes rasuah yang jika keluar akan malu besar. Saya tanya dia kes yang mana atau apa buktinya? Cerita inilah yang disebut, lalu ditunjukkan konon invois bayaran dari NexG kepada saya. Saya cakap: โ€œmana ada orang bagi rasuah keluarkan resit? Itu tak cerdik namanyaโ€ Saya juga cakap: โ€œbayaran RM500,000 ini dan invois adalah daripada Harizan dan GFIS. Saya tak pernah kenal mereka ini.โ€ Kalau NexG telah membayar RM500,000 kepada Harizan, GFIS atau sesiapa, maka siasatlah Harizan, GFIS hatta bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datoโ€™ Yatimah yang disebut-sebut dalam cerita ini. Besar kemungkinan, ini cerita biasa dari Putrajaya - ada ahli perniagaan cuba cari jalan, ada scammer yang mengaku macam-macam. Bila ada yang mengkritik macam saya, watak-watak ini dibawa bersama untuk mencipta satu fitnah. Saya akan terangkan secara terperinci setiap fitnah yang cuba dibuat ini - sogokan wang, kontrak NexG, IPR dan lain-lain - dalam Podcast YBM Episod 43 hari Jumaat, 10 April ini jam 9 malam. Sementara itu, kepada yang dalam PKR yang masih ingat sedikit sebanyak perjuangan dulu; jangan lupa bahawa fitnah yang melampau la yang membawa kita menyertai PKR. Jangan sekarang, fitnah yang keterlaluan kerana terdesak menyebabkan rakyat menolak PKR dan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli

47,427 views โ€ข 5 months ago

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,403 views โ€ข 4 months ago

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ๐˜‚๐—ต๐˜‚๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—น ๐—ž๐—ฃ๐—ž ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐˜„๐—ถ ๐——๐—ถ๐˜‚๐˜€๐˜‚๐˜ ? Banyak orang yang tidak sadar, bahwa pernyataan Luhut Binsar Pandjaitan (LBP) bahwa proyek Kereta Api Cepat (KAC) Jakarta-Bandung "sudah busuk sejak awal" dapat ditafsirkan bahwa ia bukan orang yang bertanggung jawab atas proyek tersebut. Dengan menggunakan frasa "sejak awal", LBP secara eksplisit menciptakan jarak (disosiasi) antara dirinya dan fase inisiasi atau perencanaan proyek. Ini membangun narasi bahwa ia masuk di tengah jalan atau dengan kata lain "saat proyek sudah berjalanโ€ untuk memperbaiki masalah yang sudah ada. Luhut sedang memposisikan dirinya bukan sebagai arsitek kegagalan, melainkan sebagai "tukang" atau "pemadam kebakaran" yang ditugaskan untuk menyelamatkan proyek yang fondasinya sudah bermasalah. Ini secara logis menegaskan bahwa ia tidak bertanggung jawab atas masalah-masalah fundamental yang menyebabkan pembengkakan anggaran, karena masalah itu sudah ada sebelum ia mengambil alih komando penuh atas penyelesaian masalah proyek tersebut. Dengan kata lain, jika masalahnya sudah ada "sejak awal", maka secara logis, pihak yang bertanggung jawab adalah mereka yang ada di "awal" tersebut, siapa ?, tentu saja yang dimaksud Luhut dapat diduga adalah Tuan Insinyur Teknologi Hutan Joko Widodo. Masalah utama yang diributkan adalah pembengkakan anggaran (cost overrun). Pembengkakan anggaran dalam skala besar hampir selalu berakar pada kesalahan fundamental di tahap perencanaan awal, seperti sudi kelayakan (Feasibility Study/FS) yang tidak akurat termasuk kalkulasi anggaran (RAB) yang terlalu optimis serta penilaian risiko (risk assessment) yang buruk. Dengan menyatakan perencanaan awal "busuk", LBP secara eksplisit menyalahkan proses perencanaan. Dalam hierarki pemerintahan, proses perencanaan proyek strategis nasional tidak terjadi di ruang hampa. Proses itu dipimpin dan disetujui oleh otoritas tertinggi. Proyek KAC Jakarta-Bandung adalah proyek andalan (flagship) yang identik dengan visi Presiden Jokowi. โ€œRaja Jawaโ€ itu adalah promotor utama dan pengambil keputusan akhir yang menyetujui skema awal proyek (awalnya B2B/Business-to-Business, yang kemudian juga bermasalah). Secara logis, kritik setajam "busuk sejak awal" terhadap fondasi sebuah proyek andalan Presiden, secara tidak langsung (implisit) namun logis, menunjuk pada penanggung jawab tertinggi saat fondasi itu diletakkan. Meskipun LBP tidak menyebut nama Jokowi secara eksplisit, dengan menyalahkan awal mula proyek, ia secara logis mengarahkan tanggung jawab kepada administrasi yang menggagasnya, yang dipimpin oleh Tuan Insinyur Joko Widodo. Jika KPK peka terhadap frasa โ€œBusuk Sejak Awalโ€, harusnya KPK tau persis, siapa yang harusnya dipanggil untuk dimintai keterangan tentang โ€œSegala Kebusukanโ€ yang ada dalam proyek yang bau busuknya telah menyengat penciuman publik seluruh dunia, tak terkecuali OCCRP. Refly Harun Akbar Faizal Abraham Samad Muhammad Said Didu Faizal Assegaf Lambe Waras EdyMulyadi Andi Pitopang Partai Gerindra GELORA NEWS

๐‹๐ˆ๐‘๐€ โฝแดผแถ แถ โฑแถœโฑแตƒหกโพ

18,566 views โ€ข 10 months ago

๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—ฅ ๐—ฅ? ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐——๐—จ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ง๐—”? ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ Petang tadi, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh memanggil satu sidang media. Ia ekoran spekulasi yang timbul setelah Victor Chin, salah seorang yang dinamakan di dalam laporan Bloomberg mengenai mafia korporat, mendakwa dia telah membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR untuk menyelesaikan kes itu. Sidang media itu lebih kurang 25 minit. 10 minit mengenai Victor Chin, yang selebihnya Ramanan maki saya. Antara lain, dia tuduh: 1 - Saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin 2 - Saya seorang menteri yang gagal dan penakut Kalau nak tahu siapa Mr R, jangan skip content. Tunggu sampai habis sebab saya akan tunjukkan siapa Mr R. Kita mula dengan latar belakang drama politik terbaru ini. Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan. Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa telah disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat. Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada 2 isu: 1 - Seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak โ€œbossโ€ nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham 2 - Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh โ€œkawtimโ€ dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguatkuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan Walau bagaimana pun, oleh kerana netizen tidak ada akses kepada dokumen 40 muka surat itu, ramai yang terkeliru bahawa Mr R itulah Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta dari Victor Chin. Ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R. Saya sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan. Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami. Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar - syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar. Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza. Saya boleh namakan terus siapa Mr R berdasarkan maklumat yang didakwa oleh Victor Chin, tapi tunggu di hujung video. Sebab bagi saya isu yang sama besar ialah dakwaan Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat ini bagi pihaknya. Bila ia telah dilaporkan, netizen akan berteka-teka. Sebab itu saya dan YB Rodziah awal-awal lagi menafikan. Tetapi netizen pun pandai buat siasatan ala CSI mereka sendiri. Untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah memenuhi ciri-ciri berikut: Pertama, seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Kedua, dia mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Farhash, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash. Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash. Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini. Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan. Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan. Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen. Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu. Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin. Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini? Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya - wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai. Si pelaku yang menerima rasuah itu mungkin boleh mendabik dada dan menafikan terlibat kerana yakin Victor Chin tidak ada bukti. Lagi-lagi, dia juga yakin tidak ada bukti kerana bukan dia sendiri yang sendiri yang mengambil duit tunai itu. Dia juga boleh memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah berjumpa Victor Chin. Tetapi kalau Victor Chin berani memberi ultimatum terbuka agar wang RM9.5 juta itu dipulangkan semula sebelum 30 Mac, jika tidak dia akan menamakan ahli parlimen itu, ia bermakna Victor Chin sudah simpan bukti. Bila berhubung dengan Victor Chin di telefon, percakapan itu mungkin direkod. Bila orang yang dipercayai ahli parlimen itu mengambil duit tersebut, bukti video dan gambar juga telah ada. Kalau tidak, Victor Chin tidak berani buat ultimatum sebegitu. Jadi kes ini akan hanya ada 2 pengakhiran - sama ada 30 Mac ini ahli parlimen itu dinamakan secara terbuka, atau ia mati begitu sahaja. Kalau mati begitu sahaja, kita tahu bahawa ahli parlimen itu telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang Victor Chin kepada ah long, sebab Victor Chin ambil wang itu dari ah long untuk dibayar. Siapa yang ada kemampuan mencari RM9.5 juta dalam tempoh 5 hari? Kita tunggu la selepas ini. Saya dah jelaskan mengenai RM9.5 juta, seterusnya kepada teka teki nasional - siapa Mr R? Ha3 ingat ahli politik lain saja yang boleh scam orang, saya pun boleh juga. Cuma saya tak scam duit la. Saya scam content saja. Esok saya dedahkan siapa Mr R sebab saya masih dalam mood raya, kena balik beraya jap.

Rafizi Ramli

58,611 views โ€ข 5 months ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ, ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi. Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015. Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ€™ Seri Najib Razak dahulu. Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji. Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad. Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun. Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji. Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok: i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit; ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โ€˜bail-outโ€™ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun); iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain); iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan v. โ€˜Bail outโ€™ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โ€˜bail outโ€™ itu pada tarikh matang. Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah: a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan; b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji. Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras. Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu. Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji. Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini. Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji. Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam. ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

36,429 views โ€ข 1 month ago

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh. Bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini, setelah dipersetujui bahawa sebagai seorang ahli politik saya wajar membuat ucapan raya kepada rakyat Malaysia, maka dengan ini diumumkan ucapan raya saya jatuh pada hari raya tahun ini, seperti begini: Ucapan raya pada tahun ini saya tujukan dan hadiahkan terutamanya kepada seorang yang istimewa. Tanpa beliau, sambutan raya setiap tahun tidak lengkap. Insan itu tidak lain dan tidak bukan Tan Sri Datoโ€™ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang diberi amanah mengumumkan tarikh raya setiap tahun. Saya bertuah kerana mengenali Tan Sri Syed Danial sejak umur awal 20an, semasa kami sering bertukar email - walaupun umur kami berbeza 33 tahun. Tan Sri Datoโ€™ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad dilahirkan pada 30 November 1944 di George Town, Pulau Pinang. Beliau ada 4 orang adik beradik, ini adalah gambar Tan Sri Syed Danial masa umur 3 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai, sebelum melanjutkan pengajian ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan keluar MCKK tahun 1961. Seterusnya Tan Sri Syed Danial melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya hingga menerima ijazah dalam tahun 1967. Selepas berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Tan Sri Syed Danial melanjutkan pengajian peringkat sarjana di University of Wisconsinโ€“Madison, universiti yang sama dengan YB Akmal Nasir, yang juga pernah belajar di MCKK. Jawatan awal Tan Sri Syed Danial sebagai PTD ialah di Jabatan Perdana Menteri dan beliau adalah antara pegawai awal yang menyertai Majlis Mubihbah Negara (MMN) yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk membina perpaduan dari peringkat akar umbi. Tan Sri Syed Danial berkhidmat dalam kerajaan selama 32 tahun, termasuk memegang jawatan penting sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen. Seingat saya, jawatan terakhir Tan Sri Syed Danial di dalam kerajaan sebelum bersara ialah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan iaitu pegawai kerajaan nombor dua di Kementerian Kewangan. Selepas bersara dalam tahun 1999, Tan Sri Syed Danial dilantik ke jawatan-jawatan istana iaitu Datuk Paduka Maharaja Lela pada tahun 2002 dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004. Pada tahun 2011, Tan Sri Syed Danial dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sehingga kini. Saya mula berhubung dengan Tan Sri Syed Danial semasa di universiti. Saya punya pandangan politik yang berpihak kepada PKR dan beliau adalah seorang pesara antara tahun 1999 ke 2002. Tan Sri Syed Danial tidak pernah menulis mengenai pandangan politik beliau, sepanjang tahun-tahun itu beliau adalah antara yang paling neutral dari semua yang neutral. Sebab itu beliau sangat dihormati. Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya mengagumi Tan Sri Syed Danial dan menulis email kepada beliau dari UK, walaupun kami berbeza 33 tahun. Pertama, pengetahuan beliau mengenai sejarah yang cukup mendalam. Beliau seorang ahli sejarah yang cukup saya kagumi. Kedua, beliau juga seorang pelajar yang nakal di MCKK, menurut kata beliau. Di MCKK, pelajar yang nakal akan dikenakan kelas tahanan atau detention class (DC). Tan Sri Syed Danial pernah memberitahu kami bahawa di dalam batch nya, dia adalah Raja DC. Semasa saya di sekolah, saya juga minat sejarah dan bukanlah di kalangan budak-budak paling baik. Jadi ada persamaan dengan Tan Sri Syed Danial. Apabila saya pulang ke Malaysia, saya tidak lagi ada banyak masa untuk menulis email. Jadi hubungan email kami semakin berkurang. Pada tahun 2010, Tan Sri Syed Danial menulis email kepada saya bertanyakan sama ada saya telah mula mengumpulkan penulisan oleh arwah Adlan Benan Omar, seorang lagi tokoh sejarah lulusan Cambridge yang menjadi kenalan kami bersama. Tahun 2019, selepas PH menang dan saya tidak lagi berada di dalam politik, Tan Sri Syed Danial menulis email dengan doa kepada saya. Setelah saling berutus email sejak 1999, kami tidak pernah bersua muka. Akhirnya kali pertama saya bersua muka dengan Tan Sri Syed Danial dalam bulan Disember 2022 semasa saya mengangkat sumpah sebagai menteri. Saya harap orang ramai yang menonton lebih mengenali Tan Sri Syed Danial yang kita nanti-nantikan setiap tahun. Sama-sama kita doakan beliau diberi kesihatan dan dipanjangkan umur, supaya kita dapat terus melihat wajahnya setiap kali Hari Raya. Ia juga ingatan kepada kita semua supaya menghabiskan masa sebaik mungkin dengan ibu bapa dan keluarga tersayang, terutamanya mereka yang sudah berumur di Hari Raya ini. Selamat Hari Raya Aildilfitri, maaf zahir batin.

Rafizi Ramli

14,511 views โ€ข 5 months ago

๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—”๐—› ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—›, ๐—œ๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ ๐——๐—œ๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ: ๐—๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ก๐—ฌ๐—”, ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ? Sabtu ini, 25 April 2026, ada sekumpulan kecil rakyat yang lain dari yang lain. Mereka tahu bahawa melawan yang berkuasa itu tidak mudah. Apatah lagi bila majoriti rakyat tidak ambil peduli kerana terbahagi kepada kesetiaan politik masing-masing. Sabtu ini, 25 April 2026, sekumpulan kecil rakyat ini akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang Mereka tidak minta wang, mereka tidak menuntut pangkat. Mereka hanya minta satu sahaja: Tangkap Azam Baki dan siasat semua dakwaan-dakwaan salah laku dan rasuah yang telah berlarutan merentasi tiga Perdana Menteri dari tiga gabungan politik terbesar dalam negara - dari Tan Sri Muhyiddin dan PN, kepada Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob dan BN, kini bersambung dengan Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dan PH. Kumpulan kecil rakyat Malaysia ini tidak ada identiti. Mereka tidak mewakili mana-mana parti, agama, bangsa, negeri, umur atau kaya miskin. Jika tidak kerana isu rasuah dan Azam Baki, mereka tidak boleh duduk dalam satu bilik pun. Tetapi ada satu perkara yang mereka bersetuju: rasuah adalah barah masyarakat, dan barah tidak akan sembuh dengan sendirinya. Barah mesti dicantas. Mereka adalah kumpulan yang kecil kerana gabungan-gabungan politik yang mewarnai politik negara ada percaturan masing-masing dalam isu ini. Azam Baki dilantik oleh PN. Semasa PN memerintah, sudah tentu ada banyak keputusan dan tender yang dikendalikan. Hanya ada beberapa orang pimpinan utama yang setakat ini disiasat SPRM, kita tidak terkejut ramai lagi yang ada fail. Menuntut siasatan ke atas Azam Baki maksudnya menggali kubur. Azam Baki dikekalkan oleh BN. Kita semua tahu banyak kes-kes yang dikaitkan dengan pimpinan BN. Membuka mulut mengundang siasatan. Lagi pun, sistem kuasa yang ada ini dibentuk oleh BN dan diwariskan kepada PN dan kini PH. BN yang paling mahir bermain percaturan kuasa dan menggunakan badan-badan kerajaan. Strategi BN kini mudah: biarkan Anwar Ibrahim tercungap-cungap mempertahankan Azam Baki berseorang kerana pengundi progresif yang akan lari dari PH. Azam Baki disambung tiga kali oleh PH. Majoriti pendukung PH kini membuat u-turn dan mengulangi hujah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bahawa Azam Baki seorang yang berani dan bekerja keras, walaupun bukti-bukti dan tuduhan salah laku telah dibentangkan kepada rakyat. PH kini terperangkap, turun naik nasib politiknya terikat di kaki dengan nasib Azam Baki. Maka tinggallah segelintir kecil rakyat Malaysia yang lebih bencikan rasuah dan salah guna kuasa dari percaturan politik. Episod Azam Baki membuka mata kita bahawa permainan dan percaturan kuasa di koridor Putrajaya yang gah itu tidak akan berubah dengan perubahan parti pemerintah semata-mata, jika sistemnya tidak berubah. Bila kuasa dipusatkan di tangan beberapa orang sahaja, sukar untuk menolak godaan kuasa. Asalkan sesuatu itu memberi keuntungan politik dan mengukuhkan kuasa aku, persetankan suara-suara kecil segelintir manusia kerana aku ada pengikut yang ramai. Saya yakin walaupun kumpulan rakyat yang tampil mengambil risiko ini kecil, tetapi kebencian mereka kepada rasuah dikongsi majoriti rakyat kita. Mereka telah menjalankan tanggungjawab sivik dan amanah masyarakat. Mereka bersuara, berhadapan dengan tindakan undang-undang walaupun mereka dipandang rendah. Mereka telah lulus ujian mereka. Kita yang turut bencikan rasuah perlu bertanya kepada diri sendiri: di mana aku ketika anak-anak muda ini berhempas pulas menyatakan pendirian mereka melawan rasuah? Jika kita rasa kita berkemampuan untuk hadir, sama-sama kita hadir di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang. Jika kita tidak berkelapangan, kongsikan mesej ini dan panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan, agar lebih ramai boleh hadir. Jika kita tidak mahu dipandang serong oleh keluarga dan kawan-kawan kerana ke depan mempromosi demonstrasi Tangkap Azam Baki, tekan butang โ€œlikeโ€ dan โ€œshareโ€ setiap kali ada kandungan mengenai demo ini dan mesej anti-rasuah. Saya tidak pandai sangat berstrategi dalam politik. Saya selalunya bendul - kalau saya rasa perkara itu salah, saya cakap salah. Kalau saya rasa benar, saya cakap benar. Tetapi ada satu kata-kata yang menjadi pegangan saya sejak dari muda: โ€œNever doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world; indeed, it's the only thing that ever has." โ€œJangan sesekali ragu-ragu bahawa sekumpulan kecil rakyat yang berfikir dan komited akan mengubah dunia, malah itu sajalah yang membawa perubahan selama iniโ€. Saya dimaklumkan saya akan memberi ucapan terakhir di perhimpunan Tangkap Azam Baki pada hari Sabtu ini. Jumpa di Dataran Merdeka dan bermula hari ini, saya akan menghantar kandungan promosi setiap hari dan count down menjelang 25 April 2026. Rasuah itu barah dan perlu dicantas. Kalau kita tidak mencantasnya, siapa lagi?

Rafizi Ramli

10,768 views โ€ข 4 months ago

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—š๐—จ๐—ก๐—”, ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—˜ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Boleh tonton teguran Ramanan kepada Datoโ€™ Seri Anwar di video ini. Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut. Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita. Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Datoโ€™ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah โ€œgedegumโ€, berbulan-bulan dia kena troll. Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Faktanya begini: Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan. Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi. Dari zaman Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi. Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya. Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad. Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima. Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Datoโ€™ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis: 1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai 2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung. Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin. Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil. Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan. Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur: 1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk 2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan 3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN. Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu: Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5. Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian. Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun. Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN. Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta. Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah. Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat. Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat. Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.

Rafizi Ramli

47,148 views โ€ข 5 months ago

๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—–๐—›๐—”๐—œ, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—”๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—•๐—ข๐—ก๐—— Cerita-cerita yang keluar dari SPRM kebelakangan ini seperti episod-episod K-Pop. Sejak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dituduh terpalit dengan pelanggaran peraturan kepemilikan saham dan pendedahan hubungan mesra SPRM dengan mafia korporat oleh Bloomberg, saban beberapa hari kita akan didedahkan dengan episod terbaru yang banyak plot twist. Cuma daya khayalan kita tak pernah sampai ke plot twist episod terkini, iaitu kemunculan watak James Chai ala James Bond yang keluar dari Azam Baki. Penulis skrip di belakang tabir patut diberikan duit raya yang lebih tahun ini. Skrip ini mungkin boleh kita pitch kepada Netflix, satu hari nanti jadi siri hebat yang ditonton di seluruh dunia. Ikut naratif yang sedang dibangunkan pencatur-pencatur, James Chai ini adalah seorang anak Cina yang licik sehingga berjaya memperdaya keseluruhan kerajaan di dalam satu skandal penyelewengan berjumlah RM1.1 bilion. Bukan sahaja Amir Hamzah, seorang bekas CEO terpedaya, tokoh perbankan Malaysia yang banyak connection, Tengku Zafrul pun terpedaya. Kalau saya seorang sahaja yang terpedaya, kita boleh terima lagi. Menteri-menteri yang hebat-hebat seperti Gobind Singh Deo, Zambry Abdul Kadir dan Fahmi Fadzil pun turut terpedaya. Hebatnya James Chai ini, bukan sahaja menteri-menteri terpedaya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tokoh tersohor dunia juga terpedaya dengannya. Sebab itu dia kini diburu SPRM sebagai person-of-interest utama dalam skandal terbesar selepas 1MDB, iaitu penyelewengan sebanyak RM1.1 bilion. Sejak beberapa minggu lepas, rakyat terpaku dengan cerita skandal ini. Helaian ceritanya diselak satu persatu selang beberapa hari. Kementerian itu diserbu, Ketua Setiausaha itu disoal siasat. Dokumen itu diambil. Setiap kali SPRM bergerak, tindak tanduknya menjadi berita besar di paparan skrin media-media perdana. Tetapi liciknya James Chai ini mengalahkan Jho Low, sehebat James Bond spy ternama itu. Mana tidaknya, walaupun skandal ini dikatakan melibatkan RM1.1 bilion, sehingga sekarang SPRM tidak dapat menjejaki satu sen pun yang kononnya diselewengkan. Tidak seperti Jho Low yang harta dan wang seleweng dikesan di parti-parti mewah, akaun sulit, kondominium mewah di London dan New York, kapal layar mewah; setakat ini satu-satunya harta James Chai yang berjaya dikesan ialah sebuah Proton Persona model 2020. Macam mana dia boleh sembunyikan RM1.1 billion ini sampai tak dapat dikesan? James Chai juga berbisa dan tidak takut berdepan dengan SPRM, tidak seperti Jho Low. SPRM sehingga sekarang tidak dapat mengesan Jho Low. Bukan sahaja Jho Low, menantu Tan Sri Muhyiddin pun tak dapat dikesan. Jadi kita tidak terkejut SPRM tidak dapat mengesan anak Cina selicik James Chai ini. Setelah buntu, SPRM menyiarkan notis dikehendaki untuk mendapat maklumat di mana James Chai ala James Bond ini. Tapi hebatnya James Chai, tidak seperti Jho Low - dia bantu SPRM untuk cari dia dengan memberikan semua maklumat untuk menghubunginya. Di LinkedIn pun boleh, X pun boleh, di Substack pun boleh (malangnya tak ramai pegawai penyiasat yang biasa membaca di Substack!). Siapa James Chai ini? Macam mana anak Cina kurus keding ini berjaya memperdaya dari menteri-menteri hingga ke Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu? Bagaimana Azam Baki yang berjaya menjejaki dan mengesahkan derma diraja Saudi semasa 1MDB dahulu, tiba-tiba hilang punca dan tak jumpa cari James Chai? Manusia jenis apa memperdaya seluruh kerajaan dalam skandal penyelewengan RM1.1 billion tetapi hidup papa kedana? Tidak bernafsukah anak Cina ini? Saya akui jalan ceritanya cukup memukau. Penulis skrip dan pengarahnya mesti berbangga dengan hasil fiksyen ini. Kali terakhir rakyat Malaysia dihidangkan dengan fiksyen ala James Bond ini ialah semasa 1MDB dahulu. Azam Baki juga terlibat di dalam skripnya masa itu, sebab itulah agaknya jalan ceritanya kali ini sama berpusing-pusing seperti drama derma Saudi dahulu. Sebelum fiksyen drama derma Saudi 1MDB yang dibintangi Azam Baki, rakyat yang lebih tua pernah digamit satu lagi fiksyen bersimpang siur. Cuma genre yang lain dan bintang yang lain. Genre ketika itu memaparkan kelucahan melampau dan protagonis pada ketika itu bukan anak Cina kurus keding, tetapi seorang bekas Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim. Fiksyen 1998 itu memaparkan tilam-tilam yang diusung untuk menunjukkan bekas air mani, selain dari pelakon-pelakon tambahan yang langsung tidak kena dengan watak dalam cerita itu. Seorang yang dikatakan tampan, langsung tidak tampan. Seorang yang dikatakan menawan, hanya orang sawan yang kata begitu. Maka akhirnya, Malaysia melengkapkan satu kitaran. Kalau fiksyen 1998 menggunakan tilam, fiksyen 2026 memaksa kita menggunakan imaginasi. Bayangkan wang-wang yang dicuri tetapi tidak dapat dibuktikan kecuriannya. Bayangkan pak-pak menteri diperdaya seorang anak Cina kurus keding. Skripnya berbeza, matlamatnya sama. Sekiranya kamu berani mengkritik yang berkuasa, aku akan ajar kamu. Tapi plot twist yang paling besar ialah: Siapa James Chai ini? James dibesarkan di dalam keluarga biasa, pergi ke sekolah menengah kebangsaan, mendapat 12A1 dalam SPM. Fasih berbahasa Melayu, fasih menulis di dalam bahasa Melayu, duduk di taman perumahan majoriti Melayu. Namun dia anak Cina, jadi dia tidak mendapat biasiswa. Keluarganya membayar sendiri yuran pengajian undang-undang yang mahal di UK. James membalasnya dengan mendapat tempat pertama keseluruhan di universitinya dalam jurusan undang-undang. Hasil kecemerlangan itu, James melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana ke Universiti Oxford. Bila balik ke Malaysia dan menduduki peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice), sekali lagi James menduduki tempat pertama di seluruh negara. Satu hari dalam tahun 2013, James mengetuk pintu saya. Ketika itu saya baru beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen. James mahu menjadi intern saya. Dia tidak pilih ahli parlimen DAP, dia tidak pilih ahli parlimen Cina PKR, dia tidak pilih menteri MCA. Dia pilih ahli parlimen Melayu dari PKR. Sebabnya kerana saya dan James berkongsi satu pandangan yang sama. Bahawa manusia ini dilahirkan baik dan kita wajar saling belajar. Bagi seorang yang berumur 20 tahun pada tahun 2013, selepas keputusan PRU 2013, anak Cina kurus keding ini merasa terpanggil untuk menyumbang membina Malaysia yang saling berkasih sayang, bukan saling bermusuhan. Bila James ke UK dalam tahun 2015, saya galakkan beliau untuk terus mengambil tahu keadaan di Malaysia. Saya selalu sebut kepada anak-anak muda seperti James bahawa โ€œa life without a higher purpose is a life not worth livingโ€. James pun termakan kata-kata saya. Dia dan kawan-kawannya menubuhkan Malaysian Progressive UK (MPUK), seperti juga beberapa orang bekas intern saya menubuhkan Malaysian Progressive Australia (MPOZ). Kumpulan anak muda seperti James inilah yang berdemonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim kali kedua di London dan Sydney. Mereka juga yang menyertai BERSIH di kota-kota besar di seluruh dunia. Bila James balik ke Malaysia dalam tahun 2018, dia mahu memberikan 3 tahun usia muda menyumbang kepada reformasi dan membina Malaysia yang baru. James tidak bekerja di firma besar atau syarikat antarabangsa, James memilih untuk bekerja di INVOKE bersama-sama anak muda lain, sehinggalah tahun 2021. Saya rasa serba salah untuk mengacau hidup dan kerjayanya apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi di hujung tahun 2022. Tetapi berkhidmat untuk negara itu adalah dalam darah daging anak Cina kurus keding bernama James Chai ini. Maka sekali lagi dia mengorbankan kerjayanya untuk berkhidmat di pejabat saya. Saya tidak rasa James mahu disanjung. Dia datang berkhidmat atas kerelaan sendiri, dia meletak jawatan bersama-sama saya atas kerelaan sendiri. Tetapi adalah sangat memualkan menjadikan seorang anak Cina yang lebih patriotik berbanding sebahagian besar dari kita, sebagai bola yang boleh disepak-sepak. Sasarannya bukan James. James hanyalah seorang anak Cina kurus keding yang boleh ditendang-tendang. Sasarannya ialah saya. Dan itulah bahagian yang saya paling terkilan. Dalam senario lain, seorang anak Cina yang jiwa kebangsaannya sangat kuat, sangat cemerlang dalam semua yang dia ceburi, fasih berbahasa Melayu, pelajar terbaik di sekolah kebangsaan, lebih ramai kawan Melayu dari bukan Melayu - James sudah menjadi watak yang dikagumi pimpinan Melayu dalam PKR, UMNO, PAS dan BERSATU. Malangnya dalam senario sekarang, James dijaja dan diperagakan sebagai watak jahat demi mencipta satu fiksyen politik dekad ini. Syabas Malaysia!

Rafizi Ramli

166,847 views โ€ข 6 months ago

๐— ๐—ฅ ๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› โ€ฆ.. Netizen masih lagi kecoh siapa Mr R yang dituduh oleh Victor Chin terkait dengan geng mafia korporat. Walaupun saya dah terangkan semalam isu Mr R dan ahli parlimen PKR yang menerima RM9.5 juta itu dua isu berbeza, teka-teki siapa Mr R ini masih kencang. Seperti yang saya janji, hari ini saya dedah siapa Mr R. Jangan bimbang, saya takkan scam content macam semalam. Tunggu sampai habis, memang saya akan sebut siapa Mr R. Sebelum itu, kita recap. Ada 2 isu berbeza: Satu - ahli parlimen PKR yang dituduh menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk kawtim kes mafia korporat cuba ambil alih NexG. Saya dah terangkan semalam - berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Victor Chin sendiri, kita boleh simpulkan ahli parlimen ini mestilah seorang yang berjawatan kanan dalam PKR, punyai pengaruh dan akses terus kepada Perdana Menteri dan Farhash. Satu lagi isu ialah mengenai Mr R. Kenapa tiba-tiba media melaporkan mengenai Mr R? Kerana menurut Victor Chin, Mr R menjadi orang tengah, operator atau juru komunikasi di antara geng mafia korporat dengan pemegang-pemegang saham NexG yang ditekan pihak berkuasa untuk memberikan saham mereka secara percuma kepada geng mafia korporat ini. Berikut ialah petikan-petikan komunikasi yang berlaku di antara Victor Chin dan Mr R, seperti yang didakwa Mr Chin. Komunikasi berlaku kencang bermula 18 Oktober 2025, setelah pihak berkuasa membekukan akaun-akaun syarikat tertentu: 18 Oktober: Victor Chin berbincang dengan Mr R bahawa tekanan yang dibuat dengan membekukan akaun-akaun akan merosakkan semua usaha bersama mereka selama ini. 18 Oktober: Victor Chin mengaturkan sejumlah RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli parlimen PKR yang mengaku akan menyelesaikan tekanan dari geng mafia korporat terhadapnya. 20 Oktober: Victor Chin berkali-kali berhubung dan merayu kepada Mr R untuk bercakap dengan โ€œbossโ€ Mr R, dan supaya โ€œbossโ€ Mr R campur tangan. 21 Oktober: Mr R bertanya kepada Victor Chin sama ada 150 juta saham NexG yang dimiliki sebuah syarikat bernama Trendtrove boleh dipindahkan. 21 Oktober: Seorang lagi pemegang saham NexG bernama โ€œTan Sriโ€ diugut akan direman jika tidak memindahkan 271 juta saham NexG melalui syarikat Skyelimit. Setiausaha syarikat Skyelimit ditukar kepada setiausaha syarikat yang dikawal oleh Mr R, untuk membolehkan pertukaran saham, pemegang jawatan dan lain-lain boleh dibuat tanpa kerelaan. 22 Oktober: Victor Chin berhubung dengan Mr R mengenai serbuan pegawai AMLA dari PDRM ke MMAG, sebuah syarikat yang pernah dikawal oleh Victor Chin dan Farhash. 29 Oktober: Mr R memberikan nombor akaun saham kepada Victor Chin supaya saham-saham yang hendak dirampas dipindahkan ke akaun saham itu. 3 Nov: Mr R berhubung dengan Victor Chin untuk mengesahkan jumlah saham yang telah dipindahkan kepada โ€œbossโ€nya. Mesejnya berbunyi: โ€œSo total shares passed to Boss is 421 mil, right?โ€ 5 Nov: Victor Chin berasa kecewa kerana setelah memindahkan semua saham, tekanan masih dikenakan. Mesejnya berbunyi: โ€œI have given everything and yet you all still want to kill me.โ€ 7 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin dia boleh menghentikan perintah pembekuan akaun dan meminta maklumat akaun-akaun itu untuk dinyahbeku. 7 Nov: Mr R mengingatkan Victor Chin agar semua saham yang dipindahkan mesti diselesaikan tanpa sekatan, jika tidak mereka akan kena. Mesejnya berbunyi: โ€œWe have to deliver the shares minus the encumbrancesโ€ฆ by next week broโ€ โ€œOr else you and I sure will kenaโ€ 18 Nov: Seorang yang dirujuk sebagai geng korporat mafia oleh Victor Chin, mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan NexG di ibu pejabat NexG. Dalam pertemuan itu, individu itu mengaku dia telah menjadi pemilik NexG dan dialah yang bertanggungjawab meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak passport dan myKad kepada NexG. Mr R turut hadir dalam pertemuan itu. 20 Nov: Mr R dilantik menjadi Penasihat Korporat NexG, walaupun dia juga adalah Pengarah Eksekutif sebuah syarikat lain yang menjadi pesaing kepada NexG. 27 Nov: Mr R memberitahu Victor Chin yang โ€œbossโ€nya mahukan senarai akaun-akaun yang hendak dinyahbeku. Mr R juga meminta pertolongan Victor Chin untuk memindahkan harta intelek mengenai MyKad dan passport kepada syarikat pesaing iaitu HeiTech Padu. Ada banyak lagi komunikasi yang saya boleh kongsi, tetapi itu memadai untuk saya membuktikan siapakah Mr R yang dimaksudkan oleh Victor Chin ini. Apa maklumat yang kita tahu dari dakwaan-dakwaan Victor Chin ini dan boleh sahkan dari maklumat awam mengenai Mr R? 1 - Mr R ialah operator kepada boss nya 2 - Boss nya berada di satu pihak yang dipanggil mafia korporat oleh Victor Chin yang dituduh cuba merampas saham-saham NexG dengan menggunakan tekanan dari pihak berkuasa. Ini bermakna boss nya ada pengaruh dengan kerajaan 3 - Mr R ialah seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah Eksekutif HighTech Padu Dengan maklumat ini, kita dah boleh tentukan siapa Mr R. Semakan dengan pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia menunjukkan individu yang merupakan seorang Penasihat Korporat NexG dan Pengarah HighTech Padu adalah seorang peguam bernama Sandraruben Neelamagham (Ruben). Ini maklumat mengenai Sandraruben Neelamagham: 1 - Dilantik Pengarah Eksekutif HeiTech Padu pada 3 April 2024 2 - Juga Penasihat Korporat NexG 3 - Rakan Kongsi firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Victor Chin terhadap Ruben atau Mr R itu sebenarnya telah dibuat secara terbuka dan dilaporkan oleh media sebelum ini. Pengerusi eksekutif dan CEO NexG iaitu Datuk Abu Hanifah Noordin, pada 10 Mac 2026, telah mendedahkan perkara yang sama mengenai peranan Ruben dalam usaha menyerahkan sebahagian kontrak NexG kepada HeiTech Padu. Jadi kita sudah tahu Mr R adalah Sandraruben Neelamagham, seorang peguam. Tetapi dalam komunikasi dengan Victor Chin, Mr R sering merujuk kepada โ€œbossโ€ nya. Gambarannya jelas bahawa Mr R adalah operator kepada seorang yang lebih berkuasa. Jadi siapa boss Ruben? Maklumat dari komunikasi Victor Chin dan Ruben memberi gambaran berikut: 1 - Boss nya mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa membeku atau menyahbeku akaun bank dan akaun saham 2 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku menjadi tuan punya NexG setelah saham-saham dipindahkan 3 - Boss nya adalah sebahagian dari geng mafia korporat yang mengaku telah mempengaruhi Perdana Menteri untuk memberi kontrak MyKad dan passport kepada NexG 4 - Usaha Ruben untuk memindahkan harta intelek dari NexG kepada HeiTech Padu memberi gambaran boss nya juga ada hubungan dengan HeiTech Padu Kebetulan saya pernah mendapat surat saman dari firma guaman Ahmad Deniel, Ruben & Co. ini bertarikh 15 Disember 2025. Firma guaman Mr R atau Ruben ini mewakili Farhash Wafa Salvador dalam samannya terhadap saya. Jadi kita boleh rumuskan, daripada dakwaan-dakwaan Victor Chin, laporan media dan maklumat-maklumat di Bursa, Victor Chin mendakwa bahawa boss Mr R adalah Farhash. Persoalan yang lebih besar ialah dakwaan-dakwaan dari komunikasi antara Victor Chin dan Ruben, iaitu boss nya, atau dari deduksi Farhash, mempunyai pengaruh untuk mengarahkan tindakan pihak berkuasa untuk menekan pemegang saham NexG, dan juga Farhash berkemampuan meyakinkan Perdana Menteri untuk memberikan kontrak berbilion ringgit kepada NexG. Yang ini, sebaiknya Perdana Menteri bagi respon. Saya dah tunaikan janji saya untuk dedah siapa Mr R.

Rafizi Ramli

120,434 views โ€ข 5 months ago

10 ๐˜๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช 2026 ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—› ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—ง๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” Hari ini, media antarabangsa Bloomberg telah menyiarkan satu laporan mengenai pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang secara terang-terangan melanggar peraturan kerajaan berhubung pemilikan saham oleh seorang pegawai tinggi penjawat awam. Berita tersebut turut dilaporkan oleh media-media lain. Memandangkan ia berkait rapat dengan kewibawaan SPRM sebagai institusi yang diberi amanah mencegah rasuah, saya percaya kontroversi ini akan mendapat perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Laporan Bloomberg itu mendedahkan satu pelanggaran, iaitu pemilikan 17.7 juta saham di dalam sebuah syarikat senaraian awam Velocity Capital Partners Berhad. Berdasarkan harga hari ini, 17.7 juta saham ini dianggarkan bernilai RM800,000. Ini telah melanggar peraturan-peraturan yang mengikat penjawat awam, terutamanya yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, yang secara khusus menyatakan bahawa ๐˜€๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ-๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜. Malah, kontroversi melibatkan pemilikan saham Velocity Capital Partners Berhad ini bukan melibatkan pelanggaran peraturan penjawat awam semata-mata. Satu perkara yang mewajarkan satu siasatan menyeluruh diadakan segera ialah urusniaga- urusniaga yang telah beberapa kali mengundang persoalan yang melibatkan beberapa syarikat kerana urusniaga-urusniaga ini dituduh melibatkan bekas Setiausaha Politik kepada Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Wira Farhash Wafa Salvador. Pada 29 Mac 2025, rekod urusniaga saham menunjukkan Farhash menjadi pemegang saham terbesar sebuah syarikat senaraian awam MMAG Holdings Berhad, dalam satu urusniaga melibatkan pembelian 462 juta saham MMAG yang dilaporkan bernilai RM184.8 juta. Transaksi ini berlaku sehari selepas NexG Berhad (sebelumnya dikenali sebagai Datasonic Group Berhad) muncul sebagai pemegang saham utama di dalam MMAG Holdings Berhad, di dalam urusniaga membabitkan bayaran RM70 juta untuk memperolehi 173 juta saham atau 7.58% pegangan di dalam MMAG Holdings Berhad. Ini menjadikan NexG Berhad dan Farhash pemegang-pemegang saham utama di dalam MMAG Berhad, sekali gus mewujudkan pertalian perniagaan tidak langsung di antara NexG Berhad dan Farhash melalui MMAG Berhad. Di antara Ogos 2025 dan Oktober 2025, NexG Berhad memenangi tender kerajaan berjumlah lebih RM2.5 bilion dalam tempoh dua bulan sahaja, iaitu: 1) Kontrak enam tahun berjumlah RM1.73 bilion dari Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan pasport dari 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032; 2) Tiga lagi kontrak awam termasuk kontrak membekalkan kad pengenalan berjumlah RM732.72 juta. Pada 31 Disember 2025, Farhash menjual keseluruhan sahamnya di dalam MMAG Berhad. Laporan media menyatakan bahawa keseluruhan blok 462 juta saham itu sebenarnya dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad. Saham-saham Farhash di dalam MMAG Berhad itu dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang yang berumur 25 tahun bernama Cheah Min Lly. Selepas saham-saham itu bertukar tangan, ia kekal dicagarkan kepada Velocity Capital Partner Berhad. Ini bermakna, Velocity Capital Partner Berhad adalah syarikat peminjam wang yang terbabit dengan urusniaga yang melibatkan Farhash dan berhubung kait dengan NexG Berhad, yang mendapat tender lebih RM2.5 bilion dari kerajaan. Pendedahan Bloomberg hari ini menunjukkan bahawa Tan Sri Azam Baki adalah seorang pemegang saham utama Velocity Capital Partner Berhad, yang meletakkan beliau di dalam jaringan urusniaga (melalui Velocity Capital Partner Berhad) yang melibatkan Farhash dan NexG Berhad (syarikat yang menerima kontrak berbilion ringgit dari kerajaan). Maka, beberapa perkara berikut wajar diteliti oleh rakyat: 1) Bagaimana seorang penjawat awam berpangkat kanan mempunyai sedemikian banyak wang untuk menjadi pemegang saham yang signifikan di dalam sebuah syarikat senaraian awam? 2) Bagaimana beliau boleh kekal menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan beliau telah melanggar peraturan penjawat awam bersabit pemilikan saham, yang berhubung dengan soal integriti seorang penjawat awam, apatah lagi seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM? 3) Apakah kepentingan beliau di dalam urusniaga yang melibatkan syarikat-syarikat yang telah mengundang spekulasi sebelum ini (MMAG Holdings Berhad dan NexG Berhad) kerana NexG Berhad berjaya mendapat tender sebesar itu dari kerajaan? Oleh itu, tindakan-tindakan berikut wajar diambil segera oleh Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, iaitu: 1)menggantung tugas Tan Sri Azam Baki dengan serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku (pemilikan saham melebihi RM100,000); 2)menyemak keseluruhan pemilikan harta beliau untuk memastikan bagaimana beliau boleh mempunyai wang sedemikian rupa; 3)memastikan sama ada beliau terbabit, secara langsung atau tidak langsung, di dalam apa-apa urusniaga melibatkan MMAG Berhad dan NexG Berhad (terutamanya yang melibatkan perolehan awam). Saya menunggu maklum balas Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sebelum mengeluarkan kenyataan seterusnya. ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ Ahli Parlimen Pandan

Rafizi Ramli

74,603 views โ€ข 7 months ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang. Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut: i. Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar; ii. Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji; iii. Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan. Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut: a) Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan); b) Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029; c) Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang. Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019. Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13. Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi. Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja). Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19. Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji. Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji. Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026. Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai. Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya). Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak). Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036). Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026. Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi? Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang. 10 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

25,545 views โ€ข 1 month ago

Melancong Ke Malaysia Membawa Pelakon Filem Dewasa Rae Lil Black Dari Dunia Hiburan ke Jalan Islam 1. Permulaan Pencarian Makna Hidup Sebelum memeluk Islam, Kae Asakuraโ€”yang lebih dikenali sebagai Rae Lil Blackโ€”adalah seorang figura terkenal dalam industri hiburan dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan populariti, kemewahan, dan kebebasan tanpa batas. Namun, di sebalik semua itu, dia mula merasakan kekosongan yang tidak dapat diisi dengan wang atau kejayaan. Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Rae pernah menyatakan bahawa sejak kecil, dia sering tertanya-tanya tentang tujuan hidup. Namun, persekitaran di mana dia dibesarkan tidak banyak memberi ruang untuk pencarian spiritual. 2. Titik Perubahan: Perjalanan ke Malaysia Pada pertengahan tahun 2024, Rae memutuskan untuk melancong ke Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya Islam. Pada awalnya, perjalanan ini hanyalah untuk bersantai dan menikmati makanan tempatan. Namun, ketika berada di Kuala Lumpur, dia bertemu dengan seorang rakan lama yang telah memeluk Islam. Perbualan dengan rakannya membuka mata Rae tentang Islam sebagai agama yang membawa kedamaian. Dia tertarik dengan konsep keseimbangan hidup, kesabaran, serta hubungan langsung dengan Tuhan tanpa perantara. Suatu hari, rakannya menjemputnya untuk melawat sebuah masjid di Putrajaya. Ketika melihat orang-orang beribadah dalam keheningan dan ketulusan, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia alami sebelum ini. Inilah detik permulaan rasa ingin tahunya terhadap Islam. 3. Mula Mempelajari Islam Secara Mendalam Selepas kembali dari Malaysia, Rae mula membaca tentang Islam. Dia menonton ceramah daripada pelbagai ulama, membaca terjemahan Al-Qur'an, dan berdiskusi dengan Muslim yang ditemuinya. Pada Oktober 2024, Rae mengejutkan para pengikutnya apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok. Dalam video tersebut, dia mengenakan hijab dan pakaian Muslim ketika mengunjungi sebuah pusat komuniti Islam di Tokyo. Video ini segera menjadi viral, dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan media. 4. Menghadapi Cabaran dan Kritikan Keputusan Rae untuk mendekati Islam tidak diterima dengan mudah oleh semua pihak. Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mengkritik dan mempersoalkan keputusannya. Sebagai seorang yang pernah berada dalam industri hiburan dewasa, ramai yang meragui keikhlasannya. Namun, Rae tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif. Dia terus mendalami ajaran Islam, menghadiri kelas agama, dan mula mengamalkan solat serta berpuasa. Pada awal tahun 2025, dia berkongsi satu lagi video di mana dia menunjukkan ruang solat di rumah ibu bapanya di Kyoto. Ini menandakan bahawa perjalanannya dalam Islam bukan sekadar fasa sementara, tetapi sebuah perubahan yang mendalam dan penuh makna. 5. Fasa Baru Kehidupan Kini, Rae Lil Black meneruskan kehidupannya dengan cara yang lebih bermakna. Dia menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan spiritualnya. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, dia tetap istiqamah dalam mencari kebenaran dan ketenangan dalam Islam. Kisah Rae Lil Black menjadi inspirasi bagi ramai orangโ€”bahawa hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan masa lalu. -MYNEWSHUB
1:43

Sensitive content

Melancong Ke Malaysia Membawa Pelakon Filem Dewasa Rae Lil Black Dari Dunia Hiburan ke Jalan Islam 1. Permulaan Pencarian Makna Hidup Sebelum memeluk Islam, Kae Asakuraโ€”yang lebih dikenali sebagai Rae Lil Blackโ€”adalah seorang figura terkenal dalam industri hiburan dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan populariti, kemewahan, dan kebebasan tanpa batas. Namun, di sebalik semua itu, dia mula merasakan kekosongan yang tidak dapat diisi dengan wang atau kejayaan. Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Rae pernah menyatakan bahawa sejak kecil, dia sering tertanya-tanya tentang tujuan hidup. Namun, persekitaran di mana dia dibesarkan tidak banyak memberi ruang untuk pencarian spiritual. 2. Titik Perubahan: Perjalanan ke Malaysia Pada pertengahan tahun 2024, Rae memutuskan untuk melancong ke Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan budaya Islam. Pada awalnya, perjalanan ini hanyalah untuk bersantai dan menikmati makanan tempatan. Namun, ketika berada di Kuala Lumpur, dia bertemu dengan seorang rakan lama yang telah memeluk Islam. Perbualan dengan rakannya membuka mata Rae tentang Islam sebagai agama yang membawa kedamaian. Dia tertarik dengan konsep keseimbangan hidup, kesabaran, serta hubungan langsung dengan Tuhan tanpa perantara. Suatu hari, rakannya menjemputnya untuk melawat sebuah masjid di Putrajaya. Ketika melihat orang-orang beribadah dalam keheningan dan ketulusan, dia merasakan ketenangan yang belum pernah dia alami sebelum ini. Inilah detik permulaan rasa ingin tahunya terhadap Islam. 3. Mula Mempelajari Islam Secara Mendalam Selepas kembali dari Malaysia, Rae mula membaca tentang Islam. Dia menonton ceramah daripada pelbagai ulama, membaca terjemahan Al-Qur'an, dan berdiskusi dengan Muslim yang ditemuinya. Pada Oktober 2024, Rae mengejutkan para pengikutnya apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok. Dalam video tersebut, dia mengenakan hijab dan pakaian Muslim ketika mengunjungi sebuah pusat komuniti Islam di Tokyo. Video ini segera menjadi viral, dengan pelbagai reaksi daripada peminat dan media. 4. Menghadapi Cabaran dan Kritikan Keputusan Rae untuk mendekati Islam tidak diterima dengan mudah oleh semua pihak. Ada yang menyokong, tetapi ada juga yang mengkritik dan mempersoalkan keputusannya. Sebagai seorang yang pernah berada dalam industri hiburan dewasa, ramai yang meragui keikhlasannya. Namun, Rae tidak mudah terpengaruh dengan pandangan negatif. Dia terus mendalami ajaran Islam, menghadiri kelas agama, dan mula mengamalkan solat serta berpuasa. Pada awal tahun 2025, dia berkongsi satu lagi video di mana dia menunjukkan ruang solat di rumah ibu bapanya di Kyoto. Ini menandakan bahawa perjalanannya dalam Islam bukan sekadar fasa sementara, tetapi sebuah perubahan yang mendalam dan penuh makna. 5. Fasa Baru Kehidupan Kini, Rae Lil Black meneruskan kehidupannya dengan cara yang lebih bermakna. Dia menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan spiritualnya. Walaupun perjalanan ini tidak mudah, dia tetap istiqamah dalam mencari kebenaran dan ketenangan dalam Islam. Kisah Rae Lil Black menjadi inspirasi bagi ramai orangโ€”bahawa hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan masa lalu. -MYNEWSHUB

MYNEWSHUB

997,426 views โ€ข 1 year ago