Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต (๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ฑ ๐—–๐—น๐—ฎ๐˜€๐˜€) Kontraktor itu tidak dilantik oleh kerajaan negeri Kedah tetapi dilantik oleh "sistem". So, secara login akal Sanusi, kerajaan negeri Kedah tidak bersalah. So YB Akmal kena faham yer ๐Ÿซข๐Ÿซข๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

29,920 views โ€ข 1 year ago โ€ขvia X (Twitter)

10 Comments

Joe Labu's profile picture
Joe Labu1 year ago

Data yg kau masuk dlm sistem tu sapa yg masuk kan โ€ฆmonyet ke..mcm tu ja dia tipu walaun..

Mr.Nazril's profile picture
Mr.Nazril1 year ago

Tu la...bodoh betul mangkok ni

Bro2FaceB๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ's profile picture
Bro2FaceB๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ1 year ago

"sistem" apa?๐Ÿค” Sapa yg manage "sistem"?๐Ÿค”๐Ÿค” Ada "sistem manipulation" x???๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Azli Azimi's profile picture
Azli Azimi1 year ago

Yang keluarkan Letter of Award tu siapa? Yang sign surat siapa? Mudah rupanya nak kencing walaun.

Abang aji๐Ÿชต's profile picture
Abang aji๐Ÿชต1 year ago

Dia punya kona baring kalah valentino rossi

Mohamad Yusof Bin Yahya's profile picture
Mohamad Yusof Bin Yahya1 year ago

Dia dikatakan belajar kat USM betul ke?

pemfaiz's profile picture
pemfaiz1 year ago

ko taichi ke sistem... so sistem (pekerja die org bunian ke) award ke sykt ABC pastu... sykt ABC yg menang nie.. bole outsource ke sykt XYZโ€ผ๏ธ nasib baik semua nie dari staf ke pekerja sykt = org bunian... jumpa je kampung bunian.. setllelah semua๐Ÿ‘

Sahabat jaksrmd's profile picture
Sahabat jaksrmd1 year ago

Dah arwah dah MB sorang ni. Nampaknya rakyat Kedah masih gagal dapat bekalan air bersih pada bula Ramadan & Syawal tahun ni.

The Liberation Project's profile picture
The Liberation Project1 year ago

๐‘พ๐’†๐’‚๐’๐’•๐’‰๐’š ๐‘ฌ๐’๐’Š๐’•๐’† ๐‘ป๐’†๐’๐’๐’” ๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ป๐’“๐’–๐’•๐’‰ ๐‘จ๐’ƒ๐’๐’–๐’• ๐‘พ๐’†๐’‚๐’๐’•๐’‰๐’š ๐‘ฌ๐’๐’Š๐’•๐’†๐’” Multi-millionaire professor Scott Galloway tells the unadulterated facts about the decline of modern capitalism and extreme inequality. โ˜… NEW ARTICLE โฌ‡๏ธ

cakcibor's profile picture
cakcibor1 year ago

Kepandaian buatan

Related Videos

Setelah jadi bahan Tiktok kononnya Menteri Ekonomi memangsakan rakyat Kedah, akhirnya permohonan NOC ditarik balik. Lunyai saya kena maki sebab kononnya berdendam dan memangsakan rakyat Kedah kerana kononnya cuba mensabotaj projek Kerajaan Kedah, iaitu Kulim Hitech Park Fasa 5. Saya jelaskan yang saya tidak boleh luluskan selagi tidak dapat pengesahan kesediaan penjual tanah untuk menjual tanah. Bila saya jawab balik, barulah Kerajaan Kedah kembali kepada Kementerian Ekonomi. Jadi baru-baru ini, Kerajaan Kedah telah mengesahkan secara bertulis, dua perkara: (1) Hasrat untuk membatalkan permohonan NOC yang dia tuduh saya tidak luluskan. Pembelian itu memang tidak dapat diteruskan sebab yang saya dimaklumkan tuan punya tanah tidak pernah mengesahkan secara bertulis bersetuju menjual tanah. Bayangkan kalau saya pakai luluskan permohonan asal tanpa pengesahan bertulis. (2) Permohonan NOC baru untuk membeli tanah asal yang bermasalah. Permohonan perubahan skop itu kini bertukar, iaitu kos keseluruhan membeli tanah naik dari RM195 juta yang dipohon dahulu, kepada harga baru iaitu RM362 juta. Berita baik untuk rakyat Kedah - Kementerian Ekonomi telah luluskan permohonan itu dan KHTP Fasa 5 boleh diteruskan. Berita kurang baik untuk rakyat Kedah - agensi Kerajaan Negeri Kedah tambah hutang dari hutang asal RM195 juta yang diberikan Kerajaan Persekutuan, tambah lagi RM180 juta pinjaman yang perlu diusahakan Kerajaan Negeri Kedah sebab kos telah meningkat kepada RM362 juta. Saya boleh saja mintak EXCO terbabit minta maaf secara terbuka kerana cuba memburukkan nama Kementerian Ekonomi untuk menutup kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri Kedah, tapi saya ingat rakyat pun tahu perkara sebenar, tak perlu panjangkan isu ini. Yang lebih baik ialah EXCO terbabit minta maaf dengan rakyat Kedah.

Rafizi Ramli

40,662 views โ€ข 1 year ago

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐— ๐—ข ๐—ฌ๐—•๐— ๐Ÿฒ๐Ÿญ: ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—• ๐——๐—œ๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—š๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ Minggu ini Podcast YBM sensasi sedikit. Mula-mula, kita akan kupas soal siapa yang bertanggungjawab memajukan negeri - Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri? Kami pilih topik ini rentetan dari kritikan MB Kedah, Datoโ€™ Seri Sanusi Md Noor yang tak happy sebab dia kata PM Datoโ€™ Seri Anwar ni cakap macam semua negeri-negeri bergayut kat Anwar Ibrahim. Kita akan kupas secara ilmiah, dengan beri tumpuan kepada bagaimana datuk nenek kita membayangkan Persekutuan Malaysia patut berfungsi. Kita tidak boleh lari dari minggu yang penuh dengan berita mahkamah melibatkan ahli-ahli politik - bekas Perdana Menteri, bekas Menteri, bekas Ahli Parlimen kena heret ke mahkamah. Ini satu bentuk keganasan rumah tangga politik yang sedang berlaku dalam Kerajaan Madani. Apa end game sekarang? Nak cerai, talak berapa? Jumpa saya dan Haziq malam ini, Jumaat 28 Ogos 9 malam di Podcast YBM Episod 61.

Rafizi Ramli

10,580 views โ€ข 25 days ago

Alhamdulillah negeri-negeri yang ditadbir pembangkang - Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis - kini mahu memastikan unsur nadir bumi (atau rare earth elements, REE) diproses di Malaysia dahulu sebelum dieksport. Sebelum ini, berita mengenai penyeludupan REE mentah yang belum diproses ke luar negara pernah menjadi isu hangat tahun lepas. Idea menubuhkan syarikat bersama yang dimiliki kerajaan empat buah negeri itu untuk membina kilang pemprosesan REE ini adalah idea yang baik. Malah, idea ini telah dibincangkan panjang lebar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan dalam majlis-majlis bersama yang turut melibatkan pimpinan dari keempat-empat buah negeri. Cuma ada satu masalah sahaja. Industri REE ini dikuasai hampir 90% oleh negara China. Teknologi untuk memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan China. Hanya ada beberapa buah syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini. Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan telah memutuskan agar usaha di peringkat Kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur-pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia. Kemampuan sebenar Tun Mahathir akan terserlah sekiranya beliau berjaya membawa satu pelaburan asing yang membawa teknologi pemprosesan REE untuk dikongsi di sebuah kilang di Malaysia. Saya yakin ini persaingan yang sihat: Kerajaan Persekutuan dan PN yang mentadbir empat buah negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia. Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja.

Rafizi Ramli

134,336 views โ€ข 2 years ago

๐—ง๐—˜๐—•๐—จ๐—ž ๐—”๐—ง๐—”๐—ฃ & ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—— ๐—–๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ค๐—จ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ฆ (๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”) Kemelut politik di Negeri Sembilan telah memasuki fasa baru, iaitu peperangan mulut di antara PH dan BN. PH melihat tindakan BN cuba menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datoโ€™ Aminuddin Harun sebagai percubaan tebuk atap ala-ala Sheraton Move yang menjatuhkan kerajaan PH1.0. UMNO cuba mempertahankan tindakan itu sebagai langkah berprinsip untuk melindungi institusi adat dan diraja di Negeri Sembilan. Kini pimpinan UMNO seperti Khairy Jamaluddin menaikkan suhu perbalahan dengan mengingatkan bahawa budaya cuba menukar kerajaan di luar pilihanraya, atau dipanggil tebuk atap ini, dimulakan oleh Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 2008. Episod terkini di Negeri Sembilan menunjukkan beberapa perkara yang ahli politik jarang ambil kira dalam membuat keputusan. Ada satu konsep dipanggil โ€œunintended consequencesโ€ atau โ€œkesan luar jangkaโ€. Dalam dunia yang maklumat sampai melalui media sosial, setiap keputusan itu akan ditafsir mengikut lensa peribadi. Pandangan orang ramai tidak boleh lagi dikawal oleh beberapa instrumen maklumat yang dikawal kerajaan atau orang berkuasa, seperti sebelum zaman media sosial. Tujuan sesuatu tindakan diambil mungkin berlainan, tetapi bergantung kepada naratif yang akhirnya terbentuk, tindakan politik akan dinilai berlainan dari tujuan asal. Kemelut terkini di Negeri Sembilan menunjukkan tanda-tanda awal kesan luar jangka, terutamanya kepada UMNO. UMNO mungkin melihat tindakan mengambil alih kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai langkah natural untuk menguatkan kedudukan politik menjelang PRU16. UMNO mungkin yakin BN adalah gabungan terkuat kerana PH dan PN ada masalah dalaman. UMNO mungkin merasakan tindakan di Negeri Sembilan menjadi langkah pemula untuk menekan supaya pilihanraya negeri-negeri mula berlaku, mungkin bermula di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Dari kejayaan-kejayaan ini, akan membina gelombang untuk menang besar dalam PRU16 secara solo. Itu mungkin matlamat-matlamat UMNO. Tetapi kesan luar jangka yang tidak diteliti UMNO ialah tindakan di Negeri Sembilan ini mengingatkan orang ramai dan pengundi atas pagar kenapa UMNO dikalahkan ditempat tercorot (dari kalangan gabungan-gabungan yang bertanding) dalam PRU yang lalu. Sebabnya ialah pengundi atas pagar lebih sukar dipengaruhi dan pandangan pengundi atas pagar itu menyebabkan kesan luar jangka.

Rafizi Ramli

24,546 views โ€ข 4 months ago

Bila bercakap tentang masyarakat India, kebiasaannya perbincangan akan tertumpu kepada berapa banyak program khas yang diumumkan, berapa ramai menteri India yang dilantik, atau agensi mana yang diwujudkan untuk menjaga kepentingan komuniti itu. Saya faham kenapa pendekatan itu popular. Tetapi saya juga rasa sudah sampai masanya kita bercakap secara jujur tentang sama ada pendekatan itu benar-benar menyelesaikan masalah. Pandangan saya mungkin tidak disenangi semua pihak. Kita kena ubah budaya yang menyebabkan rakyat terpaksa "memohon". Sepatutnya, kalau dah benar-benar susah, golongan ini patut secara automatik mendapat bantuan. Seorang keluarga India yang miskin tidak sepatutnya memerlukan program khas untuk membuktikan mereka layak dibantu. Begitu juga keluarga Cina yang miskin, keluarga Melayu yang miskin, atau mana-mana rakyat yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Fokus kerajaan sepatutnya bukan kepada siapa yang paling kuat mendakwa mewakili sesuatu kaum. Fokus kerajaan mesti kepada siapa yang memerlukan bantuan dan memastikan mereka benar-benar menerima bantuan itu. Mudah untuk mengatakan dasar perlu berasaskan keperluan. Ramai yang pernah mengatakannya. Cabaran sebenar ialah pelaksanaannya. Sebab itu saya percaya kerajaan perlu berani menjawab satu soalan yang sering dielakkan: apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "berasaskan keperluan"? Apakah ukurannya? Siapa yang layak? Bagaimana kita memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira kaum? Kita perlu berani mengadakan perbincangan ini secara terbuka dan jujur dan mencari cara baru untuk memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan menerima bantuan. Pada akhirnya, rakyat tidak peduli siapa mendapat kredit politik kerana mereka mahu tahu sama ada kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Rafizi Ramli

18,141 views โ€ข 3 months ago

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—š๐—จ๐—ก๐—”, ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—ฅ๐— ๐Ÿณ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—๐—จ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—˜ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—› Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Boleh tonton teguran Ramanan kepada Datoโ€™ Seri Anwar di video ini. Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut. Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita. Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Datoโ€™ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah โ€œgedegumโ€, berbulan-bulan dia kena troll. Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim. Faktanya begini: Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan. Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi. Dari zaman Datoโ€™ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi. Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya. Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad. Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima. Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Datoโ€™ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis: 1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai 2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung. Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin. Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil. Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan. Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur: 1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk 2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan 3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN. Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu: Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5. Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian. Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun. Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN. Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta. Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah. Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat. Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat. Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.

Rafizi Ramli

47,148 views โ€ข 5 months ago

22 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026 ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—™๐—ช๐—–๐— ๐—ฆ Pandangan saya dan 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengenai cadangan satu sistem baru pengurusan pekerja asing telah mengundang kenyataan balas dari Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang bernama Aizuddin Abd Ghafal. Isnin lalu, saya dan 9 Ahli Parlimen PKR telah menyatakan bangkangan kami kepada cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mempertimbangkan satu sistem baru yang dipanggil TURAP untuk menguruskan pekerja asing. Jika diluluskan kerajaan, itu bermakna kerajaan memberikan konsesi pengurusan pekerja asing kepada sebuah syarikat bernama Bestinet Sdn Bhd selama 12 tahun, yang melibatkan pendapatan berbilion ringgit kepada Bestinet. Sebelum ini, Bestinet telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kedua-dua audit dan siasatan itu telah melaporkan pelbagai kepincangan dan pelanggaran tadbir urus. Setakat ini, R Ramanan sendiri tidak menjawab perkara-perkara yang kami timbulkan. Sebaliknya, satu-satunya kenyataan datang dari Setiausaha Politik beliau iaitu Aizuddin Abd Ghafal, yang mempersoalkan kenapa saya dan Nik Nazmi Nik Ahmad (bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam) tidak membantah penyambungan kontrak FWCMS (Foreign Workers Centralised Management System) oleh Bestinet semasa kami berada di dalam Jemaah Menteri dahulu. Aizuddin cuba mengkritik kononnya kami tidak konsisten dalam pendirian dan hanya mengambil kesempatan untuk mengkritik selepas kami tidak lagi di dalam Jemaah Menteri. Saya memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi seperti ini. Walaupun serangan seperti ini tidak menjawab perkara-perkara bersabit ketelusan dan integriti yang kami timbulkan, ia membuka peluang kepada saya menerangkan apa yang berlaku di belakang tabir dalam isu-isu nasional seperti FWCMS dan Bestinet ini. Aizuddin, yang mewakili R. Ramanan, Menteri KESUMA cuba mewujudkan persepsi kononnya saya hanya mengkritik setelah tidak lagi menjadi menteri. Kononnya saya bersetuju dan tidak membantah mengenai FWCMS dan Bestinet semasa di dalam Jemaah Menteri itu. Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis. Bantahan ini ada di dalam rekod minit Jemaah Menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi Menteri Ekonomi. Cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan di Jemaah Menteri sekitar pertengahan 2024 (pada ingatan saya). Ketika itu, Aizuddin adalah Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri dan sepatutnya beliau ingat mengenai bantahan bertulis dari saya dan Kementerian Ekonomi. KDN mencadangkan untuk menyambung kontrak FWCMS dengan Bestinet untuk tempoh 3 tahun sahaja atau sehingga Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (National Integrated Immigration System atau NIIse) beroperasi. Sebagai sebuah agensi pusat, Kementerian Ekonomi berhak memberi pandangan kepada Jemaah Menteri mengenai cadangan itu. Secara rasmi, saya telah menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN. Pendirian saya dan Kementerian Ekonomi pada ketika itu adalah berasaskan perkara-perkara berikut: 1. Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan. 2. Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing. 3. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Jemaah Menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat. 4. Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM. 5. Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM. Bantahan saya mengenai FWCMS dan pelanjutan kontrak dengan Bestinet ini direkodkan secara rasmi di dalam minit mesyuarat Jemaah Menteri. Jika benar saya bersetuju dan tidak membantah seperti yang didakwa, sebaiknya R Ramanan mendapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai. Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa. Hakikatnya, pandangan-pandangan saya mengenai sambungan kontrak dan isu tata kelola direkodkan secara terbuka di dalam mesyuarat dan koresponden kerajaan, yang ada kalanya dilihat bertentangan dengan kehendak pihak-pihak tertentu termasuk Perdana Menteri. Kecenderungan saya bersuara seperti inilah yang lama-lama membawa kepada pandangan bahawa pengaruh politik saya wajar dikekang (untuk menghilangkan legitimasi saya bersuara di dalam kerajaan), sehingga membawa kepada percaturan politik dalaman PKR yang meletakkan Nurul Izzah Anwar mencabar saya sebagai Timbalan Presiden PKR. Dari ketika itu lagi, saya faham bahawa percaturan itu bukanlah mengenai PKR. Ia mengenai rasa tidak senang sesetengah pihak yang melihat saya tidak mahu tunduk kepada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju. Maka, bila prinsip adalah lebih utama dari jawatan, saya memilih untuk meletakkan jawatan kerana jelas bersuara di dalam (seperti mana pandangan saya membantah FWCMS dengan Bestinet) tidak semestinya dapat mempertahankan prinsip tata kelola seperti yang kita janjikan kepada rakyat. Episod FWCMS dan Bestinet ini hanyalah satu dari perkara-perkara yang saya suarakan secara dalaman. Ia menjawab tuduhan kononnya saya senyap di dalam kerajaan, sedangkan saya hanya boleh bersuara melalui dokumen rasmi yang dirahsiakan semasa menjadi kerajaan. Amanah itu kini disambung di luar kerajaan. Bezanya, saya tidak lagi terikat dengan dokumen rasmi dan etika tanggungjawab bersama (collective responsibility) yang mengikat seorang menteri. ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ ๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ

Rafizi Ramli

46,403 views โ€ข 5 months ago

PENGURUSAN PELARIAN DI MALAYSIA Saya mengalu-alukan penglibatan ahli akademik, aktivis masyarakat sivil, badan pemikir, pengamal undang-undang, pakar keselamatan serta mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan pandangan yang membina untuk tampil mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung isu pengurusan pelarian di Malaysia yang kini menjadi perhatian ramai. Isu ini bukan isu baharu. Ia merupakan isu legasi yang telah berlarutan sejak sekian lama dan diwarisi merentasi pelbagai pentadbiran. Namun, hakikat bahawa ia adalah isu legasi tidak pernah dijadikan alasan untuk kerajaan berpeluk tubuh atau mengelak daripada bertindak. Kerajaan MADANI memilih untuk mengurus isu ini secara bertanggungjawab, berhemah dan berasaskan fakta. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, keutamaan kami tetap jelas โ€” memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara, di samping mengambil kira realiti kemanusiaan yang wujud. Antara cabaran terbesar yang kita hadapi selama ini ialah ketiadaan data yang lengkap, tepat dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia sendiri mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. Sebab itu kerajaan sedang melaksanakan proses pengumpulan data dan maklumat biometrik yang lebih menyeluruh. Kita tidak boleh mengurus apa yang kita tidak kenal. Kita tidak boleh melindungi keselamatan negara tanpa mengetahui dengan tepat siapa yang berada dalam sempadan negara kita. Data yang tepat akan membolehkan kerajaan mengurus pelbagai isu yang berbangkit dengan lebih berkesan, sama ada dari sudut keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan awam, pekerjaan mahupun kesejahteraan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa status pelarian bukan lesen untuk melanggar undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang negara tetap akan berdepan tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan yang sewajarnya. Kerajaan tidak melindungi pelaku jenayah. Kerajaan juga tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara. Apa yang sedang kita lakukan ialah memastikan Kerajaan Malaysia mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurus satu realiti yang telah lama wujud dalam negara. Matlamatnya bukan untuk melindungi pelarian, tetapi untuk melindungi kepentingan negara, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam. Saya percaya rakyat Malaysia mampu membincangkan isu ini secara matang, rasional dan bertanggungjawab demi kepentingan negara yang kita cintai bersama. #MadaniBEKERJA #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution

Saifuddin Nasution Ismail

151,471 views โ€ข 3 months ago

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ Hari ini, 13 Ogos, genap setahun berlaku satu peristiwa yang tidak akan dilupakan keluarga saya. Anak saya diserang ketika hendak memasuki kereta di depan orang ramai. Orang yang menyerang itu memakai pakaian rider serba gelap dan topi keledar yang menutup muka. Dengan tangannya memegang dan melilit leher anak saya, dia menyuntik sesuatu ke bahu anak saya sebanyak dua kali, sementara menjerit kepada isteri saya โ€œaku cucuk diaโ€. Malam dan keesokan hari, isteri saya menerima beberapa mesej Whatsapp yang mengugut โ€œdiam, lepas ini HIVโ€. CCTV ada sebab ia berlaku di siang hari. Nombor telefon yang menghantar mesej pun ada, walaupun pihak berkuasa buat kenyataan ia didaftarkan atas nama bukan rakyat Malaysia. Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri dalang yang disyaki, tetapi bila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak. Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya. Saya faham mesej yang ingin disampaikan melalui serangan itu. Ada kumpulan yang ingin mengugut isteri saya supaya memaksa saya bersara dari politik kalau tidak mahu diancam. Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara. Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa. Kalau ada orang yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza dari PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda. Semua ini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Saya akan tunggu 13 Ogos setiap tahun sehinggalah orang yang menyerang dan dalang di belakang mereka dibawa ke muka pengadilan. Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat.

Rafizi Ramli

98,004 views โ€ข 1 month ago

MB JOHOR: Hospital Utama di Johor Bahru Alami Krisis Kekurangan Petugas Kesihatan Serius - Situasi Sangat Membimbangkan Oleh MYNEWSHUB JOHOR BAHRU โ€“ Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa hospital-hospital utama di Johor Bahru kini sedang berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang amat serius dan kritikal, khususnya melibatkan petugas barisan hadapan di fasiliti kesihatan kerajaan. Menerusi satu lawatan mengejut bersama Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon ke Hospital Sultan Ismail (HSI), beliau menyifatkan situasi semasa sebagai sangat membimbangkan. > โ€œRealitinya amat membimbangkan. Kekurangan tenaga kerja kesihatan di hospital-hospital utama melibatkan pelbagai kategori kritikal termasuk doktor pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat serta anggota sokongan lain,โ€ ujar Onn Hafiz. Tambah beliau, tekanan kerja yang semakin tinggi bukan sahaja menjejaskan moral petugas, malah turut memberi kesan langsung terhadap kualiti rawatan yang diterima pesakit. > โ€œSebagai contoh, di beberapa wad, seorang jururawat terpaksa menguruskan lebih 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8. Keadaan ini bukan sahaja tidak adil buat petugas, tetapi juga tidak selamat untuk pesakit jika dibiarkan berpanjangan,โ€ katanya. Jelas beliau, Kerajaan Negeri Johor memandang serius perkara ini dan akan terus menyalurkan sokongan dari segi fasiliti serta keperluan kesihatan yang mendesak. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa isu ini telah dan akan terus dibawa ke perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta jabatan berkaitan. > โ€œSaya sendiri akan merayu agar pengisian jawatan kesihatan di Johor dapat disegerakan tanpa kompromi,โ€ tegasnya. Menteri Besar Johor turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas kesihatan di negeri ini atas segala usaha dan kerja keras mereka yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negeri. > โ€œKerajaan Negeri akan terus komited dalam memperjuangkan sistem kesihatan yang cekap, saksama dan mampan demi kepentingan seluruh negeri dan Bangsa Johor. Insya-Allah,โ€ kata beliau lagi. Onn Hafiz turut mendoakan agar semua urusan petugas kesihatan dipermudahkan dan mereka sentiasa diberi kekuatan serta perlindungan dalam menjalankan amanah. - MYNEWSHUB #Mynewshub #Johor #OnnHafiz #KrisisKesihatan #HospitalKerajaan #Jururawat #KesihatanAwam #KKM #HSI **Bukan sahaja di Johor Bahru, tapi rasanya hospital kerajaan satu negara sedang berdepan dengan masalah yang sama.

MYNEWSHUB

23,702 views โ€ข 1 year ago

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—• ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›: ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—”, ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—”, ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ€™ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis. Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis. Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan. Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media. Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya. Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam. Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini. Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya? Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14: โ€œMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ€ Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu. Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia. Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing. Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada. Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang. Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang. Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin. Doktrin ini adalah begini: Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan. Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu. Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima. Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu. Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu. Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat. Saya boleh sebut beberapa perkara. Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera. Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama. Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi? Juga tidak. Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang. Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama. Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu. Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka. Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah? Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah. Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan. Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini. Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang. Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka. Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah. Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali. Ini situasi politik sekarang. Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.

Rafizi Ramli

31,439 views โ€ข 1 month ago

Syukur Alhamdulillah, saya bersama YB Lee Ting Han dan pegawai penguatkuasa KPDN Johor telah turun padang untuk menjalankan pemeriksaan di beberapa stesen minyak sekitar Johor Bahru bagi memastikan penjualan petrol RON95 mematuhi peraturan dan tidak disalahgunakan oleh kenderaan berdaftar asing. Dalam operasi ini, kami meneliti pematuhan pengusaha stesen minyak terhadap larangan penjualan RON95 kepada warga asing serta memastikan harga yang dikenakan tidak melebihi harga siling RM2.05 seliter. Selain itu, had pengisian diesel sebanyak 20 liter bagi kenderaan asing dalam radius 50km dari sempadan turut diperiksa bagi memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya. Kerajaan Negeri Johor, dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, komited memastikan subsidi bahan api ini hanya dinikmati oleh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual RON95 kepada kenderaan asing atau menaikkan harga melebihi kadar yang ditetapkan. Sebarang ketidakpatuhan yang menjejaskan hak rakyat tidak akan dikompromi. Saya juga ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan ketelusan pengedaran bahan api bersubsidi. Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan atau pelanggaran peraturan, pengguna boleh menyalurkan aduan melalui Portal e-Aduan KPDN. Setiap aduan akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil. Usaha ini akan diteruskan secara konsisten bagi melindungi hak rakyat dan memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Semoga langkah ini dapat membendung ketirisan subsidi dan memberikan manfaat yang sepatutnya kepada rakyat. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

Onn Hafiz Ghazi

37,494 views โ€ข 1 year ago

Kita selalu dengar keluhan di media sosial bahawa harga barang makin melambung. Walaupun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras 2%, iaitu terendah sejak beberapa tahun ini, tetapi media sosial masih gamat dengan isu harga barang yang naik melambung. Kata mereka, kadar inflasi itu tidak betul sebab dimanipulasi. Saya pun kadang-kadang termakan juga, kot lah laporan inflasi yang diberikan ni tipu saya. Walaupun saya yakin pegawai-pegawai kerajaan tak tipu saya bila mereka muktamadkan laporan inflasi setiap bulan, saya rasa kena semak juga. Jadi saya dapatkan laporan terperinci dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk menunjukkan perbandingan harga barang. Ini laporan yang dikemukakan dalam bulan September, jadi laporan ini merujuk kepada harga dalam bulan Julai 2024 berbanding Jun 2024. Ada 238 barang yang harganya naik. 177 barang harga turun. 59 harga tidak berubah. Ada 4 barangan segar yang naik harga melebihi 10%. Betik biasa - dari RM4.48 ke RM5.57 sekg Udang putih - RM36.67 ke RM42.29 sekg Oren valencia - RM1.24 ke RM1.43 sebji Jambu batu tanpa biji - RM9.65 ke RM10.81 sekg Tetapi ada 20 barangan segar yang turun harga melebihi 10%, antaranya: Timun, kacang buncis, cili api, kubis bulat, daging kambing bebiri, limau kasturi, sawi, anggur merah, lada benggala, kacang panjang, ayam bersih, kailan, saderi, kacang botol, terung bulat, kubis bunga dan limau nipis. Ayam bersih turun harga dari RM9.62 kepada RM8.54 sekilo. Lepas dapat laporan KPDN itu, saya rasa lebih aman sebab saya tahu kita ada sistem pelaporan harga barang yang baik dan laporan inflasi itu disokong oleh turun naik setiap harga barang yang dipantau. Setiap bulan, ada harga barang yang naik, ada harga barang yang turun, ada yang tidak berubah. Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa inflasi kekal rendah berbanding sebelum Kerajaan Madani mengambil alih. Jadi kalau terjumpa orang di media sosial yang kata harga barang naik melambung dan hidup sengsara sebab harga barang naik, saya minta hantar bukti itu kepada saya. Supaya saya boleh bagi kepada KPDN untuk diambil tindakan kerana jelas peniaga itu mengambil kesempatan, dalam keadaan suasana inflasi keseluruhannya adalah rendah.

Rafizi Ramli

52,471 views โ€ข 1 year ago

Isu bil elektrik dibincangkan di Podcast YBM Episod 64. Orang marah TNB setiap kali bil naik. Saya faham - tetapi masalah sebenar jauh lebih besar daripada mana-mana syarikat. Harga gas kita ada dua tier. Satu untuk gas dari Semenanjung, satu lagi untuk gas yang kita import. Bila saya letak pergerakan harga kedua-duanya sebelah menyebelah, ada sesuatu yang tidak masuk akal. Satu tier sepatutnya tidak boleh bergerak begitu. Tetapi ia bergerak. Saya cuba cari sebabnya. Untuk memahaminya, saya perlukan maklumat asas tentang negara ini: berapa banyak gas yang masih kita ada, berapa yang kita keluarkan, dan berapa yang kita guna. Maklumat itu rahsia negara. Jadi saya kena kumpul sendiri, daripada pelbagai laporan, sampai dapat satu anggaran. Apa yang saya dapat itulah yang saya terangkan dalam klip ini, dan kenapa ia bermakna bil elektrik anda hari ini masih belum sampai ke tahap yang sebenarnya. Seluruh sistem penjanaan elektrik kita dibina atas andaian 40 tahun lalu bahawa kita negara kaya gas. Andaian itu sudah tidak benar. Pengoperasian loji arang batu juga akan berhenti secara beransur-ansur menjelang 2030, jika kapasiti tenaga solar tidak ditingkatkan dengan mendadak, kita perlu membina lebih banyak loji gas untuk menggantikannya, dalam keadaan gas domestik kita yang makin berkurangan. Setiap kali kos meningkat, kerajaan cuba menampungnya melalui langkah sementara. Potong di sini, tampal di sana. Tonton kupasan penuh isu ini di podcast YBM Episod 64 di saluran YouTube saya:

Rafizi Ramli

26,362 views โ€ข 2 days ago