Loading video...

Video Failed to Load

Go Home

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿฐ๐Ÿฒ, ๐Ÿญ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก, ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก, ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— ? Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) Episod 46, 1 Mei 2026, jam 9 malam akan tertumpu kepada beberapa isu panas berikut: 1) Krisis pentadbiran dan politik di Negeri Sembilan serta kesan besarnya...

10,829 views โ€ข 3 months ago โ€ขvia X (Twitter)

0 Comments

No comments available

Comments from the original post will appear here

Related Videos

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—™๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐˜† ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป? Podcast YBM Episod 56 akan bersiaran seperti biasa hari ini (24 Julai, Jumaat) pada jam 9 malam. Podcast YBM malam ini akan tertumpu kepada isu politik di Malaysia secara khusus berkenaan wang rakyat yang hilang. Saya akan mengupas secara terperinci berkenaan latar belakang kehilangan wang pencen negara sekitar RM167 juta dalam pelaburan KWAP di sebuah syarikat pemula (startup) Indonesia, iaitu e-Fishery, dan bagaimana risiko yang ada itu juga berkait dengan kontroversi-kontroversi minggu lalu seperti Network School dan Tabung Haji. Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Bagaimana kita nak pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Saya juga akan mengupas soalan-soalan paling panas di warong kopi iaitu adakah Kerajaan MADANI di bawah Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ini boleh bertahan sehingga 2028, dan sekiranya tidak bertahan, bila agaknya akan jatuh? Seperti biasa, jumpa saya dan Haziq malam ini di Podcast YBM Episod 56 jam 9 malam di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

13,534 views โ€ข 15 days ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฐ๐Ÿด: ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—ฆ๐—œ๐——๐—œ, ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐Ÿฐ๐Ÿฌ, ๐— ๐Ÿฐ๐Ÿฌ & ๐—ง๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐— ๐—˜๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Jangan lupa sertai saya malam ini di Podcast YBM Episod 48, Jumaat, 15 Mei 2026, jam 9 malam di saluran YouTube saya. Antara perkara yang akan kita kupas malam ini: โ€ข Penyasaran subsidi dan pengkelasan B40, M40 dan T20 โ€ข Keluhan rakyat berkenaan keputusan kerajaan berkaitan kereta EV import โ€ข Pengumuman besar berkaitan hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi pada 17 Mei ini Kalau nak tahu lebih lanjut tentang โ€œpetunjukโ€ berkaitan hala tuju politik saya, jumpa malam ini, Jumaat (15 Mei), jam 9 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

14,992 views โ€ข 2 months ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฐ๐Ÿฐ | ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—Ÿ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐——๐—˜๐—™๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—™? Podcast YBM, Jumaat (17 April 2026) jam 9 malam, episod ke-44 - Bloomberg buat hal lagi. Kali ini, mereka mengejar Ramanan dan Aminul Islam. Satu laporan telah diterbitkan mengenai cadangan pelaksanaan sistem baharu yang dikhuatiri akan menjadi lubuk mengaut keuntungan. Isu ini akan dikupas dengan lebih lanjut, dengan tumpuan kepada Ramanan dan Aminul Islam. Episod kali ini juga akan mula menyentuh isu-isu berkaitan dasar negara. Kebetulan, negara kini sedang berhadapan dengan krisis tenaga, dan ini bertepatan dengan antara dasar terawal yang dikemukakan, iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Salah satu isu yang akan disentuh ialah mengenai kenderaan elektrik (electric vehicle, EV). Podcast YBM turut akan mengupas naratif Kerajaan MADANI yang kini dilihat semakin defensif. Persoalannya, adakah pendekatan ini mampu memastikan kerajaan MADANI kekal untuk penggal kedua? Terakhir sekali, seperti apa yang dijanjikan dalam episod minggu lepas, cerita Papagomo dan PMO akan disentuh. Jangan lupa, malam ini (17 April 2026), tonton Podcast YBM Episod 44, pada jam 9 malam di saluran YouTube saya.

Rafizi Ramli

10,159 views โ€ข 3 months ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฏ๐Ÿณ: ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ถ๐˜€๐˜†๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ? ๐—ง๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—š๐—ฒ๐—ป ๐—ญ & ๐— ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—น๐˜€ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฅ๐—จ Podcast YBM Episod ke 37 malam ini, selain daripada isu biasa dengan tetamu biasa kita iaitu Tan Sri Azam Baki, persoalan beliau akan kekal ataupun tidak. Yang paling penting malam ini kita akan mengupas mengenai trend politik dan juga sikap Gen Z dan millennials yang akan menentukan bagaimana pilihanraya umum yang akan datang ini akan ditentukan. Kita juga akan menyentuh mengenai pergolakan yang berterusan di dalam PKR, termasuk perkembangan terbaru bahawa saya besar kemungkinan akan diisytiharkan oleh mereka keluar parti. Supaya mereka boleh gugurkan saya daripada ahli parlimen. Juga sama penting jawapan daripada Kementerian Pendidikan mengenai bagaimana untuk menambahkan lagi masa di sekolah untuk mata pelajaran STEM. Jadi, jangan lupa malam ini, Podcast YBM, 27 Februari 2026, jam 10 malam.

Rafizi Ramli

11,544 views โ€ข 5 months ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฑ๐Ÿฑ - ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ, ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก? Setelah tidak bersiaran selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada kempen PRN Johor, saya memohon maaf kepada ibu ibu kakak kakak kerana podcast YBM Episod 55 akan kembali Jumaat ini, 17 Julai jam 9 malam, seperti biasa di saluran YouTube dan Tiktok saya. Saya harap ibu ibu kakak kakak bersabar dan nasihatkan suami supaya jangan pasang podcast kuat-kuat. Episod kali ini akan bedah siasat PRN Johor baru-baru ini. Selain saya dan Haziq, podcast YBM kali ini akan turut disertai mereka yang berada di lapangan sepanjang kempen, iaitu: Dr Harith - calon BERSAMA di Tiram Saudara Tang Hong Yau atau Ubat, yang berkempen dengan pengundi Cina Datoโ€™ Syed Azwan atau DSA, yang tidur atas bumbung pick-up truck untuk berkempen membantu BERSAMA Datoโ€™ Dr Samsu Adabi Mamat, bekas ahli akademik dan ahli BERSAMA yang mengikuti kempen di lapangan Saya juga akan menjawab persoalan-persoalan mengenai keputusan BERSAMA menumpukan kepada PRN Melaka dan tidak menyertai PRN Negeri Sembilan. Jangan lupa malam ini, Jumaat 17 Julai 9 malam - podcast YBM kembali lagi dengan Episod 55.

Rafizi Ramli

20,151 views โ€ข 22 days ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐Ÿฑ๐Ÿฌ: ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ค๐—จ๐—”๐—— Malam ini episod ke-50 podcast YBM. Masa saya mula pada tahun 2023, namanya Yang Bakar Menteri. Tujuannya nak bagi peluang kepada orang ramai, terutamanya tokoh dari parti lain, atau penganalisis politik, datang bakar saya depan-depan dan saya jawab depan-depan. Akhirnya susah dengan format itu sebab tak ramai yang berani datang bakar depan-depan. Kita tukar format dalam Jun 2025 jadi Yang Berhenti Menteri. Sama juga, mulanya saya nak jemput tokoh-tokoh untuk hadir sekali. Lepas 2-3 kali kena tokoh yang saya jemput cancel last minute dengan macam-macam alasan, saya faham keadaannya. Tak ramai berani nak hadir takut kena cop melawan kerajaan. Hadir dalam podcast lain tak apa, asal jangan hadir podcast YBM. Sebab itu, akhirnya saya ulas sendiri ha3. Alhamdulillah, nampak serasi dengan pendengar. Jumlah yang menonton naik, ramai juga yang menonton penuh 3 jam tiap-tiap minggu. Pengalaman saya melalui podcast YBM ini mengesahkan satu perkara mengenai politik yang ramai ahli politik lupa. Kawan yang berpangkat, tokoh perniagaan yang kaya, mereka datang dan pergi mengikut jawatan. Bila ada pangkat, orang ada jawatan dalam kerajaan, GLC dan macam-macam lagi, mereka lah yang paling awal beratur dan sebut โ€œsaya memang support YB dari duluโ€. Bila kita tak ada pangkat, mereka ini jugalah yang paling awal angkat kaki pergi cari siapa yang perlu dikipas seterusnya. Memang begitu dinamik kuasa di mana-mana. Yang paling setia hanyalah rakyat biasa yang tidak bernama. Mereka support kita dari kita tidak ada apa-apa. Bila kita menang dan ada pangkat, mereka tidak berpeluang pun untuk tunjuk muka, selalunya jadual dah kena conquer dengan geng-geng berpangkat yang sebelum itu sokong lawan kita. Bila kita kena bermula balik, rakyat biasa ini jugalah yang sokong dan beri semangat. Dia lebih semangat dari kita. Sebab itu, Episod ke-50 malam ini, adalah untuk orang-orang biasa yang tidak bernama. Malam ini, kita buang format biasa, kita buat format Firing Squad. Saya jemput sertai live podcast YBM episod 50, Jumaat 29 Mei 2026 jam 9 malam di YouTube saya. Tanya saja apa-apa soalan, mintak lah saya komen apa-apa, saya akan jawab. Had jawapan saya paling panjang 90 saat satu jawapan, supaya boleh bagi peluang kepada ramai orang bertanya. Kalau nak korbankan saya di depan skrin, malam ni lah peluangnya.

Rafizi Ramli

22,389 views โ€ข 2 months ago

Bila ceplos-ceplos ni pandai-pandai buat cerita kata saya ambil rasuah daripada ARM, saya tahu sebenarnya bukan saya saja yang mereka tuduh, mereka juga sedang menuduh ARM, dan secara tak langsung, kerajaan Malaysia sendiri. Dalam klip ini saya terangkan: 1) Perjanjian Malaysiaโ€“ARM ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia, ARM tak pernah buat perjanjian macam ini dengan mana-mana kerajaan lain. 2) ARM sekarang monopoli IP untuk lebih 90% cip dalam telefon, kereta dan macam-macam gadget. Negara lain berebut nak dapat akses; Malaysia antara yang pertama diberi kepercayaan. 3) Bila cybertrooper berbayar fitnah kononnya ada rasuah dalam perjanjian ini, mereka bukan saja serang nama saya, mereka jadikan Malaysia nampak bodoh di mata dunia. Kalau saya saman, kes itu akan membawa masuk ARM sendiri ke mahkamah, pegawai-pegawai PMO, MITI, MIDA, dan Perdana Menteri serta menteri-menteri utama sebagai saksi. Malaysia akan jadi โ€œpopular for the wrong reasonโ€, negara pertama yang dapat akses IP ARM, tapi sibuk bergaduh dengan cybertrooper sendiri di mahkamah terbuka. Sebab itu saya kata saya akan tulis nota kepada PMX untuk pesan supaya kawal cybertrooper berbayar, jangan benarkan maklumat dalaman kerajaan disalahguna untuk fitnah, dan jangan gadaikan reputasi negara hanya kerana politik dalam parti. Tonton Yang Berhenti Menteri Episod 23 di saluran YouTube saya, di mana saya huraikan Vision Silicon, ARM dan bagaimana isu ini boleh sabotaj masa depan ekonomi Malaysia.

Rafizi Ramli

127,161 views โ€ข 8 months ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฑ๐Ÿณ: ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—–๐—œ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—๐—œ Malam ini, Podcast YBM Episod 57 kembali bersiaran pada jam 9.00 malam di saluran YouTube dan TikTok saya. Sediakan kalkulator dan buku nota. Perbincangan malam ini akan panjang dan padat. Kita akan mengupas secara terperinci angka-angka dalam Laporan RCI Tabung Haji yang sedang hangat diperkatakan, satu demi satu. Bukan sekadar mengulas kandungan laporan RCI, saya juga akan menjawab persoalan yang lebih besar: apakah sebenarnya yang berlaku kepada Tabung Haji, dan di manakah kedudukan Tabung Haji hari ini? Sejak laporan ini diterbitkan, saya melihat pelbagai pihak segera membentuk naratif masing-masing. Penyokong PH bersorak sambil mempersendakan UMNO. Yang UMNO buat-buat tak nampak, lalu terus bertanya, "Mana sakaunya?" AMANAH pula tampil menyatakan bahawa Tabung Haji berjaya diselamatkan hasil usaha mereka. Pada masa yang sama, ramai yang mengulangi penjelasan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa laporan ini kononnya tidak didedahkan selama tiga tahun kerana kerajaan perlu memberi ruang untuk memulihkan Tabung Haji terlebih dahulu. Kini, apabila Tabung Haji dikatakan sudah kembali kukuh, barulah laporan itu didedahkan bukan kerana pertimbangan politik. Persoalannya, adakah semua dakwaan ini benar? Adakah setiap pihak sedang berpandukan fakta, atau sekadar memilih fakta yang menyebelahi naratif politik masing-masing? Malam ini, saya akan membawa kita semua meneliti angka, kronologi dan fakta supaya kita boleh menilai sendiri apa yang sebenarnya berlaku berdasarkan fakta dan angka, bukan sentimen atau propaganda politik. Semua persoalan ini akan saya jawab dalam Podcast YBM Episod 57, malam ini, 31 Julai, jam 9.00 malam, di saluran YouTube dan TikTok saya.

Rafizi Ramli

10,470 views โ€ข 7 days ago

Isu surat tunjuk sebab terbaru PKR terhadap saya dan apa yang bakal berlaku selepas ini saya ulas dalam Podcast YBM 43. Pada saya, arah dia sudah jelas. Bila pertuduhan rasmi sudah dikeluarkan begini, maknanya proses itu sudah sampai ke peringkat akhir untuk tindakan diambil. Sudah nampak juga gerakan itu disusun berperingkat. Bermula dari Ketua Cabang, kemudian pimpinan negeri, kemudian pimpinan yang lebih tinggi. Semua bawa mesej yang sama, iaitu saya perlu letak jawatan dan keluar parti. Bila susunan itu berlaku serentak, itu bukan kebetulan. Itu keputusan politik yang sedang disediakan. Kita pernah tengok pola yang sama sebelum ini. Sebab itu saya kata, ini budaya lama politik dalaman yang kini dibawa masuk semula ke dalam PKR. Daripada apa yang berlaku sekarang, saya jangka PKR tidak akan pecat saya secara langsung. Mereka akan ambil jalan mentafsir kenyataan dan pendirian saya sebagai saya telah keluar parti. Itu memang sudah pun dibayangkan dalam surat tunjuk sebab pertama oleh Setiausaha Agung PKR. Kenapa? Sebab kalau saya dipecat, saya kekal sebagai Ahli Parlimen. Tetapi kalau saya dianggap keluar parti, implikasinya lain. Sebab itu kehadiran Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim ke Pandan semalam memberi isyarat politik yang cukup jelas. PKR sedang bersedia untuk segala kemungkinan, termasuk pilihan raya kecil. Jadi bagi saya, surat tunjuk sebab ini besar kemungkinan akan berakhir seperti yang disebut Fuziah Salleh sebelum ini. PKR akan mentafsir pendirian saya sebagai tindakan keluar parti. Terus terang, ini pelik. Saya tidak pernah lihat parti lain ambil jalan begini. Tafsir sendiri pendirian ahli sebagai keluar parti, hanya untuk elak memecat secara rasmi tetapi pada masa yang sama membuka jalan kepada kehilangan kerusi. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM 43 di YouTube saya:

Rafizi Ramli

23,719 views โ€ข 3 months ago

Orang boleh kata macam-macam daripada PAS ke, Geng Ceplos ke, kononnya saya dah tak relevan. Terus terang, saya tak ambil hati sangat sebab setiap bulan saya tengok sendiri angka (rating) daripada rakyat. Dalam video ini, saya jelaskan: - Saya memang semak approval rating Perdana Menteri, saya sendiri, Nurul Izzah, Zahid Hamidi dan lain-lain, survey demi survey, bulan demi bulan. -Sebab bagi saya, rakyat yang tentukan sama ada kita relevan atau tidak, bukan echo chamber parti atau penyokong tegar mana-mana blok. Saya ulas juga tentang cerita yang ramai buat-buat tak tahu iaitu rancangan untuk membawa Tengku Zafrul masuk PKR dan susun semula kerusi untuk beliau dan Nurul Izzah. Berdasarkan maklumat dalaman yang sampai kepada saya: 1) Zafrul dirancang masuk PKR dan diumumkan di Konvensyen PKR sekitar April 2024. 2) Satu kerusi Parlimen, besar kemungkinan Ampang, dirancang untuk dikosongkan supaya Zafrul boleh jadi Ahli Parlimen selepas tamat tempoh Senator. 3) Satu kerusi DUN Selangor akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah bertanding. 4) Susunannya: Zafrul melicinkan jalan, Izzah akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin pula dibawa ke Persekutuan. Itu semua โ€œrancangan atas kertasโ€. Realiti politik tak seindah itu: 1) UMNO marah bila berita bocor awal. 2) Proses Zafrul masuk PKR tak jadi mengikut garis masa asal. 3) Imej dan persepsi terhadap Nurul Izzah berubah selepas pemilihan parti. 4) Risiko politik di Selangor makin besar termasuk kerusi yang dianggap โ€œselamatโ€ tapi bergantung pada reaksi pengundi bukan Melayu. Saya juga terangkan satu benda yang orang jarang mengaku secara terbuka: Ahli politik yang tak ambil pendirian jelas memang kekal popular, sebab orang tak tahu dia berdiri di mana. Bila masuk pemilihan, bila mula polarizing, barulah kita nampak rupa sebenar dalam angka. Tonton Podcast YBM Episod 24 untuk ulasan isu ini dan isu-isu lain di saluran YouTube saya. ๐—ฃ๐—ผ๐—ฑ๐—ฐ๐—ฎ๐˜€๐˜ ๐—ฌ๐—•๐—  ๐—˜๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ฑ ๐Ÿฎ๐Ÿฐ:

Rafizi Ramli

34,296 views โ€ข 8 months ago

๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—™๐—˜๐—•: ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—™๐—œ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง? ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ž๐—ฅ Minggu ini panas dengan pendedahan-pendedahan berhubung SPRM. Hari ini, media antarabangsa Bloomberg menyiarkan laporan eksklusif yang mendakwa SPRM dibolosi oleh beberapa individu yang terpalit dengan pelbagai tuduhan jenayah, termasuklah tuduhan menggunakan syarikat peminjam wang berlesen untuk mencuci duit hasil dari aktiviti jenayah. Modus operandi mereka adalah licik dan rumit. Siasatan Bloomberg itu menyenaraikan nama-nama yang terbabit: dari ahli-ahli perniagaan yang dituduh, kepada syarikat-syarikat yang terbabit di Bursa, sehinggalah nama-nama pegawai kanan SPRM yang dituduh. Termasuklah dakwaan mereka mengenai Tan Sri Azam Baki. Dengan pendedahan oleh salah satu media antabarangsa yang paling wibawa ini, diiringi dengan desakan ahli-ahli parlimen merentas parti dari kerajaan dan pembangkang, kita semua tak faham kenapa Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim mati-matian mempertahankan Tan Sri Azam Baki, sehingga sedikit pun tidak mahu buka ruang untuk menyiasat siasatan ini. Semua ini akan dikupas dengan mendalam dalam podcast Yang Berhenti Menteri episod #35 malam esok, Jumaat 13 Februari 2026. Seperti biasa, YBM akan bersiaran bermula jam 9 malam. Saya juga akan mengulas mengenai sindiran Anwar Ibrahim yang menyamakan saya dengan mak lampir, katanya banyak nyet nyet nyet, suka merajuk dan menghalau saya keluar dari PKR. Kalau nak tengok podcast YBM yang paling panas setakat ini, jangan lupa Jumaat malam, 13 Februari. Dakwaan salah laku Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ini telah menjadi isu negara yang perlu ditangani juga oleh kami, ahli-ahli Parlimen. Oleh itu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen PKR yang lain akan mengadakan satu sidang media tergempar pada hari Jumaat, 13 Februari jam 10 pagi, seperti berikut: Tempat: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang P099 30, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor. ๐Ÿ“Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang Location: Sidang media akan disiarkan secara langsung di media sosial. Saya jemput rakan media dan orang ramai untuk mengikuti sidang media ini, sama ada dengan hadir sendiri atau secara langsung di media sosial. Keadaan sekarang mengingatkan saya suasana semasa COVID dan PKP dahulu. Bila ada isu negara yang besar, bila pimpinan atau parti atau ahli politik sibuk berebut kuasa dan memikirkan kepentingan, biarlah mereka jaga mereka, kerana kita akan jaga kita.

Rafizi Ramli

31,318 views โ€ข 5 months ago

๐—ฃ๐—ข๐——๐—–๐—”๐—ฆ๐—ง ๐—ฌ๐—•๐—  #๐Ÿฑ๐Ÿฐ, ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿต ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—•, ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ Podcast YBM tetap istiqomah bersiaran, walaupun kita sudah mula masuk ke kempen PRN Johor. Saya dalam perjalanan ke JB, tadi ada benda yang pelik. Ada satu tempat tiba-tiba bumbung kereta macam ada orang ketuk bergendang. Macam irama pun ada. Selepas 2 minit, bunyi dari bumbung itu hilang. Saya buat kesimpulan itu burung yang singgah atas bumbung kereta kami dan menari, sebab kesimpulan alternatif ialah itu hantu. Ini bukan pasal burung atau hantu, ini pasal podcast malam ini. Jangan lupa, podcast YBM episod ke 54 adalah malam ini hari Khamis, bukan hari Jumaat sebab malam esok kita ada majlis mengumumkan calon di Paragon Market Place JB. Podcast malam ini lebih bersantai dan kita kupas isu-isu berkaitan perkembangan politik semasa. Selain dari PRN Johor dan persediaan BERSAMA masuk gelanggang buat kali pertama selepas sebulan dilancarkan, kita juga akan ulas perkembangan di dalam Perikatan Nasional dan bom terbaru yang berluka dalam Umno Johor. Jangan lupa podcast YBM episod 54, malam ini, Khamis 25 Jun jam 9 malam.

Rafizi Ramli

20,641 views โ€ข 1 month ago

๐—ง๐—ข๐—ฃ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฌ๐—•๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ Podcast YBM minggu ini pada 26 Disember, 9 malam adalah episod ke-28, iaitu episod terakhir bagi tahun ini. Kita akan ada satu segmen khusus yang membedah kembali 10 perkembangan terbesar dalam negara sepanjang 2025. Selain dari senarai yang kami sediakan, kami juga nak semak sama ada senarai itu bertepatan dengan senarai penonton. Boleh klik pautan di sini untuk senaraikan 10 perkembangan terbesar dalam negara sepanjang 2025. Kami akan sesuaikan senarai akhir itu dengan dapatan dari penonton. Klik pautan di sini: Saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang setia mengikuti podcast YBM sejak kami mula setiap minggu dalam bulan Jun 2025. Saya ikuti statistik tontonan setiap minggu dan pasukan kami cari jalan untuk tingkatkan mutu supaya lebih ramai menonton dengan lebih lama. Selain dari jumlah tontonan atau views, kayu ukur sebenar ialah berapa lama kandungan yang ditonton bagi setiap 1 tontonan. Sebab YouTube mengira 1 view bagi setiap tontonan 30 saat. Ada yang menonton 30 saat tetapi terus ditukar, ada yang menonton sehingga 2 jam. Kedua-dua ini tetap dikira sebagai satu tontonan iaitu satu view. Alhamdulillah, prestasi tontonan podcast YBM bertambah baik kebelakangan ini. Pada awal siaran mingguan dalam bulan Jun 2025, jumlah tontonan memang lebih tinggi iaitu sekitar 150,000 view bagi episod itu, tetapi sebenarnya watch minutes, atau lama mana setiap tontonan, adalah sekitar 11 minit bagi setiap penonton. Kemudian, jumlah tontonan makin berkurangan dalam bulan Ogos ke Oktober, iaitu jumlah views hanyalah purata 40,000 setiap episod. Namun, walaupun jumlah views berkurangan, watch minutes terus meningkat, dari 11 minit bagi setiap penonton kepada 20 minit setiap penonton. Sejak November dan Disember, jumlah views naik kembali kepada purata 80,000 views setiap episod. Alhamdulillah, setakat minggu lepas, watch minutes telah mencecah 30 minit setiap 1 view. Dalam tempoh 6 bulan sejak Jun 2025, jumlah tontonan keseluruhan video podcast YBM dan video-video pendek dari podcast YBM adalah sekitar 4.5 juta views dan 1 juta watch hours, iaitu ia telah ditontonkan selama 1 juta jam. Statistik tontonan ini hanyalah berdasarkan kepada tontonan di platform YouTube, tidak megira tontonan di platform lain seperti TikTok, Facebook dan X. Saya bersyukur kerana dalam tempoh 6 bulan, podcast YBM telah mula ada pendengar tegar setiap minggu yang menonton tanpa berhenti sepanjang lebih 2 jam setiap episod. Saya harap perkara ini dapat diteruskan dan lebih ramai orang baru yang menonton setiap episod sepenuhnya setiap minggu, supaya jumlah watch minutes setiap satu penonton terus meningkat dari 30 minit kepada 40-50 minit selepas ini. Sekali lagi, terima kasih penonton setia setiap minggu. Jangan lupa tonton podcast YBM episod ke-28, iaitu episod terakhir bagi tahun 2025. Jangan lupa juga kongsi senarai 10 isu paling besar bagi 2025 yang perlu kami ulas minggu ini (rujuk pautan di bawah) Klik pautan di sini (Senarai 10 Perkembangan Terbesar Dalam Negara 2025):

Rafizi Ramli

10,629 views โ€ข 7 months ago

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก Salah satu budaya baru yang dibawa ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya. ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata. Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan. Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama. Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi. Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar. Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas). Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung. Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri. Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang. Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya. Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat. Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak. Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini. Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan. Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan. Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela. Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam PRN Johor yang lepas. Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai: 1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli 2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor 3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi Hari ini, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A. Pautan Lampiran A: Amalan ini akan menjadi disiplin ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang. Saya berharap sumbangan kecil ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang. ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Bagi pihak BERSAMA ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Rafizi Ramli

13,579 views โ€ข 10 days ago

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฅ๐—ฃ๐— ) ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฅ๐—ฃ๐—ง๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฑ YAB Perdana Menteri telah melancarkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035. Setakat ini, saya hanya dapat menelaah ringkasan eksekutif bagi kedua-dua rancangan dan masih belum mendapat dokumen penuh. Beberapa pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, termasuk mengenai persekolahan darjah satu yang bermula pada umur 6 tahun, pendidikan pra-sekolah universal bagi kanak-kanak berumur 5 tahun, penyelarasan tanggungjawab supaya pendidikan peringkat matrikulasi dan tingkatan enam diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi - adalah antara beberapa dasar yang dibangunkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Perincian-perincian lain, selain dari yang diumumkan pada hari ini, saya ingat kita hanya akan ketahui dengan meneliti dokumen penuh. Kalau ada sesiapa yang sudah ada dokumen penuh RPM dan RTPM, boleh kongsi dengan saya. Insya Allah saya akan kupas dengan mendalam isu pendidikan, RPM dan RPTM dalam podcast YBM episod #32, hari Jumaat 23 Januari 2026 jam 9 malam. Kalau ada perkara-perkara yang anda ingin kemukakan untuk saya ulas, atau ada pandangan mengenai RPM dan RPTM, boleh kongsi diruang komen untuk saya teliti dan ulas dalam podcast nanti.

Rafizi Ramli

13,123 views โ€ข 6 months ago

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ, ๐—ž๐—˜ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ก, ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—” PKR telah mengumumkan 10 calon untuk pilihan raya negeri Sabah. Dari 10 calon ini, 4 adalah calon payung terjun, iaitu calon-calon yang lompat dari parti lain atau calon yang baru masuk parti. Calon yang baru masuk parti iaitu Datuk Ruji bagi kerusi Merotai, lebih mudah untuk kita fahami kerana PKR perlu menampilkan calon-calon berprofil tinggi. Datuk Ruji adalah bekas pegawai kanan kerajaan dan kehadiran beliau boleh menambah nilai PKR di mata rakyat. Calon yang tiga orang lagi boleh ada kesan yang sebaliknya kerana rekod mereka yang suka melompat parti. Datuk Yamani Hafez Tun Musa Aman adalah anak kepada TYT Sabah sekarang. Sebelum ini menganggotai Umno, kemudian Bersatu dan kini PKR. Maksudnya parti yang berkuasa di Persekutuan, parti itulah jadi platform politik beliau. Begitu juga calon Melalap, Datuk Jamawi Jaafar. Sebelum ini dalam Umno, bila Warisan berkuasa, beliau masuk Warisan. Tahun 2020 Warisan jatuh, beliau kembali kepada Umno. Bila Umno tidak sebulu dengan GRS tahun 2023, beliau masuk GRS. Kini masuk PKR. Seorang lagi calon ialah George Hiew. Asalnya DAP, kemudian masuk Warisan dan sempat jadi pembantu menteri. Bila Warisan jatuh, masuk GRS, dan kini PKR. Dalam PKR, dari dulu lagi, ada pandangan berbeza mengenai calon lompat. Satu pandangan merasakan calon lompat adalah seperti durian runtuh kerana yang melompat itu selalunya sudah ada nama, ada pangkat dan mereka ada pengaruh. Kalau yang melompat itu adalah bekas wakil rakyat di kawasan itu sebelum ini, peluang menang mungkin lebih tinggi. Satu lagi pandangan berpendapat ia tidak serasi dengan jiwa reformasi yang mahu melihat ahli politik yang berprinsip. Jika calon yang melompat itu benar-benar berjiwa reformasi, kita tidak perlulah lawan dia sebelum ini - sama ada memang dia sudah berada dalam PKR dari awal, atau dia seorang wakil rakyat yang baik. Bagi saya, strategi parti mestilah tepat dengan kehendak rakyat. PKR tampil di persada politik negara dengan janji untuk membawa politik baru dan membuang budaya lama yang menjadikan mandat rakyat sebagai percaturan tawar menawar. PKR pernah ada pengalaman masuk pilihan raya dengan menampilkan bekas wakil rakyat yang lompat parti, iaitu semasa pilihan raya negeri Melaka yang lepas. Keputusannya tidak baik. PKR kalah semua kerusi walaupun dalam PRU 2018 PKR mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah di Melaka. Setiap dari kita, apatah lagi yang memimpin parti politik, akan terus berdepan dengan dua pilihan dalam setiap keputusan: sama ada kita memilih jalan pintas untuk menang (contohnya mengambil calon lompat yang pasang siap); atau kita memilih untuk menang atas usaha melahirkan calon-calon yang kita didik sendiri. Saya akan ulas dinamik politik dan pilihan raya Sabah dalam podcast YBM minggu ini, hari Jumaat 14 November jam 9 malam.

Rafizi Ramli

34,854 views โ€ข 8 months ago